Pemilik.

My Photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Wednesday, December 23, 2009

Pak Andam= Lelaki Lembut?


Fikiran tipikal rakyat Malaysia memaksa aku jadi begini.Aku bukanlah aku yang sebenar.Macam mana nak cakap ek…aku sebenarnya berpura-pura yang aku nie golongan lelaki lembut..hakikatnya aku nie lelaki tulen.

Untuk masuk dan berjaya dalam industri kecantikan nie aku kena lembutkan diri aku.Tak boleh control macho atau bajet hensem.Sebabnya mindset rakyat Malaysia dari dulu sampai sekarang tak berubah.Juru make-up lelaki equal lelaki lembut.

Lagipun kan..mana ada lelaki yang rela bakal isteri diorang di make up oleh juru make-up yang tough.Karang tak pasal-pasal tak jadi kawen.Sebabnya bakal isteri tangkap cintun dengan juru make-up. Contohnya.. aku. Hehe.

Okay2. Back to the topic. Aku rasa dunia nie memang tak adil…tak boleh ker rakyat Malaysia berfikiran terbuka sikit?Aku sedih sangat sebab aku tak dapat nak tunjukkan kemachoan aku kat para gadis dekat luar sana.Aku pujuk diri aku…Imtiyaz…kau Cuma bekerja tak sampai lapan jam sehari.Lepas lapan jam tu..lepas habis waktu kerja.Kau boleh la pakai smart2..Berjalan gagah2..tackle berapa ramai awek yang kau nak.

Sejak kecil lagi aku sudah menyimpan angan-angan untuk menjadi juru make up…Aku suka menyolek orang.Aku nak jadi glamour..kalau boleh nak jadi juru make up artist.Baru lah best..

Tapi nak buat macam mana..aku belum cukup professional untuk jadi juru make up artist..Jadi…cukuplah buat masa sekarang nie aku jadi pak andam.Make up bakal-bakal pengantin.

“Mak Ti…okey tak muka saya nie…?,”aku pandang wajah bakal pengantin di depanku.Lawa lah..Tengok lah siapa yang make up.

“Lawa dah dik oi…kagum mak tengok…,”aku meliang liukkan tangan aku.Sikit aje.Tak banyak.Dalam hati aku dah bosan dah berpura-pura lembut nie.Tapi dah tuntutan kerja..

Perempuan tu ketawa…

“Kalau Kamal Adli tengok muka saya mesti dia jatuh hati kan?Mak Ti suka tak Kamal Adli?Dia tu handsome kan?,”

“Kamal Adli pelakon tu?Memang handsome nak mati dik oii..kalau la dapat ke mak..hmph..tak tahu nak cakap apa lah…,”aku mengiakan kata-katanya.

Rasa meluat plus menyampah dalam hati aku hanya tuhan yang tahu.Eh..aku tak paham la kenapa ramai sangat perempuan yang tergila-gila kat mamat sorang tu.Kalau nak dibandingkan rasanya aku lagi hansome lagi dia.Kulit aku nie lebih putih dari Kamal Adli..diulangi..lebih putih yer…

Jadi of course lah aku lebih handsome.

“Mak Ti….dengar tak apa yang Dia cakap?,”suara Nadia sedikit kuat.

Aku sedikit tersentak.

“Mak dengar…..,”aku masih lagi terus mengoleskan gincu di bibir wanita di hadapanku ini.

“Mak Ti.. Nadia rasa berdebar-debar lah.. Tak sabar pulak..”Nadia bersuara teruja.

Ala.. tak larinya laki kau tu Nadia. Takot sangat..”Nadia tersenyum mendengar kata-kataku.

“Ya Allah. Lupa pulak mak. Dah pukul berapa sekarang ni? Habislah.. Mak Ti ada pengantin lain pulak kena makeupkan. Mak Ti kena pergi dulu.”aku terkocoh-kocoh mengemaskan barang. Segala peralatan make-up ku masukkan ke dalam bekas khas.

“Mak Ti nak pergi dah? Ala.. awalnye.. Tak sempat tunggu akad nikah ke?”

“Mak terpaksa Dia. Karang marah pulak orang lain. Apa-apapun, Mak Ti ucap Selamat Pengantin Baru ye Dia. Jaga makeup tu elok-elok.”

***********************

Lepas ke rumah Nadia…aku bergerak rumah Marwa.Kaum keluarga pengantin perempuan dah lama menunggu aku.

Aku masuk ke kamar pengantin.Bukan untuk rasmikan malam pertama…Cuma untuk make up kan pengantin…Isk.Isk…

Aku menghampiri Marwa.Setelah selesai make up di muka Marwa…Aku mencoletkan gincu ke bibir Marwa.Bibir perempuan nie lawa..Macam lembut aje.Argh..kacau betul..apa yang aku fikir nie?

Aku mempercepatkan kerja.Aku kena buat kerja cepat-cepat.Dah la aku ditinggalkan berdua je dengan perempuan nie.

Jantung aku makin berdegup kencang…Susah betul. Aku tahu perempuan nie lawa..tapi tolonglah jangan buat perangai ek…tak sampai dua jam lagi perempuan nie akan jadi isteri orang.

Aku berkenalan dengan Marwa tak sampai pun seminggu.Memang kami rapat.Aku mengaku aku tertarik dengan peribadi dia.Dia ada ciri-ciri wanita idaman aku.Tak susah pun untuk aku jatuh cinta dengan dia.

Perasaan aku sendiri membuktikannya.Apa pentingnya perasaan aku pada dia?Marwa tu bakal isteri orang.Aku beritahu pada diri aku berkali-kali.

Aku kena jauhkan perasaan ini.

“Mak Ti… Marwa rasa Marwa tak sanggup nak kahwin..,”

Tangan aku berhenti.Wajah gusar Marwa aku tatap lama.

“Tak sanggup nak kahwin?…kau jangan nak buat perangai....kau tu dah nak kahwin…tak sampai dua jam lagi ha..,”aku bersuara sedikit mendayu-dayu.

Suara macam nie aku belajar daripada sahabat aku yang jenis ayu-ayu.Nama dia Kamal.Bukan Kamal Adli..Kamal Safwan.Tapi dia tak suka orang panggil dia dengan nama tu..Dia nak orang panggil dia Wani.Paham-paham sendiri la jantina dia.Puas aku berlatih vokal dengan Wani..Inilah hasilnya.

Kan dah sama-sama cinta…sepatutnya Marwa gembira…,”aku menyambung. Alamak aih..terkeluar pulak suara lelaki pujuk awek..

Aku menggetap bibir.Harap-harap dia tak perasan.Melihat Marwa langsung tak ada riak terkejut..aku menarik nafas lega.

“Tapi Marwa tak sayangkan dia Mak Ti….Marwa..Marwa…,”

Kening aku separuh terjungkit..Selama jadi pak andam nie..aku lebih selesa untuk tak ambil tahu kisah-kisah peribadi pengantin.Aku lebih suka untuk siapkan kerja aku sebelum meminta diri untuk pulang.

Cuma kali ini sahaja lain….muka tegang Marwa membuatkan aku rasa ingin tahu.Bakal pengantin sepatutnya gembira.

“Maksud Marwa?,”

“Marwa tak pernah suka kat Ramli…Marwa cuba untuk suka dia..tapi tak boleh..Marwa cuba nak tengok kebaikan dia..tapi Marwa cuma nampak keburukan dia,”

“Marwa kena cuba terima dia…Beri Ramli peluang..mana tahu Marwa akan bahagia dengan dia…,”aku bercakap macam lah aku kenal siapa Ramli.

Aku sendiri pun tak pernah nampak muka si Ramli tu.Hanya nampak nama dia dan Marwa di kad undangan pengantin.Aku kira orang yang bernama Ramli tu sangat bertuah.Dia dapat mengahwini perempuan secantik Marwa.

“Marwa rasa tak sanggup….Mak Ti kawen dengan Marwa yer…,”ah sudah..Apa kes budak nie.Marwa siap menggoncang-goncangkan tangan aku.

Aku telan air liur.Kalau diikutkan hati memang aku nak sangat bawak lari perempuan nie.Kita kahwin kat Golok..But..masalahnya aku tak nak menyusahkan orang lain.Keluarga pihak pengantin perempuan mesti marah.

“Ramli tu baik…..,”aku tegaskan.Badan aku masih macam ulat bulu.

“Ramli dah kahwin 3 Mak ti!Kalau masuk Marwa cukup-cukup empat..,”Marwa bersuara sedikit geram.Nyata ada beban yang ditanggung Marwa.

Aku ternganga.Bangang betul Ramli tu.Tak sedar diri…Agaknya anak dah berderet-deret.Nak jugak cari bini baru.Bini muda.Dah la bakal bini dia nie muda..lawa pulak tu.

Lelaki nie ingat apa?Allah izinkan lelaki kahwin empat untuk lelaki buat amal ibadah.Tolong janda-janda yang kesusahan.Ramli pulak nak senangkan diri dia.

Aku dah geram nie….geram..sakit hati..aku dah belum kahwin.Ramli pulak nak kahwin banyak-banyak.Sepatutnya dia bagi chance kat lelaki macam aku.

Marwa…tolong peluk sikit abang Imtiyaz nie…karang tak pasal-pasal ada yang lebam bijik mata.

“Berapa umur Ramli tu?,”laju aku bertanya.

“56…,”

Aku dah tercengang.Wah2…melampau dah nie.Jantan nyanyuk tak sedar diri…Dah tua-tua pun masih gatal nak berbini.Sepatutnya sekarang si Ramli tu duduk atas sejadah.Beribadah banyak2…menanti masa untuk kembali kepadaNya.

Aku menarik nafas dalam-dalam.Aku tak suka umur Ramli tu..Aku jugak tak berkenan dengan status Ramli.

“Kalau tak suka kenapa nak kahwin?,”

Marwa diam.Lama.Entah apa yang dia sedang fikir.

“Marwa….,”aku menegur.

“Mak…mak dengan abah berhutang dengan berhutang dengan Ramli….,”perlahan aje Marwa cakap.Sampai aku kena tunduk sikit dekat muka dia…Err..yang sebenarnya tak ada lah perlahan sangat.Aku aje yang melebih-lebih.Well biasalah…nie kan Imtiyaz.

Kenapa emak dengan ayah Marwa sanggup nak gadaikan masa depan anak diorang semata-mata sebab duit.Aku tak faham…Perempuan yang cantik bukan untuk dijadikan gadaian.Aku bangkang habis-habisan.

“Berapa mak dengan ayah Marwa hutang Ramli?,”

“2…2…,”

“2 ribu?,”aku pakai teka.Kalau dua ribu..sekarang pun aku ada…

“Tak…Dua ratus ribu…,”

Dua ratus ribu?Huh….banyak nyer…Aku terdiam.Masih berkira-kira.Kalau aku tolong Marwa…Marwa kena kahwin dengan aku…Aku tak kira…Marwa kena kahwin dengan aku.Aku buat Marwa nie macam gadaian?Peduli apa aku..Dah keluar duit banyak-banyak..tak akan habuk pun tak dapat?

Mas kahwin pun tak ada lah sampai dua ratus ribu.

“Mak Ti tolong Marwa..tapi ada syaratnya…,”

“Betul?Mak Ti nak tolong Marwa?Apa syaratnya?,”Mata Marwa bercahaya.

Aku tersengih.

“Marry me….,”

“Kahwin dengan Mak Ti?Tapi..tadi..tadi tu Marwa gurau aje…,”

Aku jeling Marwa tajam.Gurau?Heh..siapa suruh main gurau-gurau dengan aku.

“Ramli atau Mak Ti?,”aku menggoyang-goyangkan tangan di hadapan Marwa.

Marwa menggigit bibir.Lama betul fikir.Fikir lah seberapa lama pun sayang…

“Baik…Marwa pilih Mak Ti…,”

Aku tersenyum meleret..

**************************

Aku keluar dari bilik.Terjenguk-jenguk cari gerangan orang yang bernama Ramli.Bakal pengantin lelaki tak sampai lagi ker?

“Mak Ti…buat apa dekat sini?Marwa dah siap?,”Miza..adik Marwa tampar lengan aku.Aku menggosok lengan aku yang pedih.Sakit!

“Dah..Mak Ti nak pergi ambil air jap..dahaga…,”aku tampar balik lengan Miza.Hambik kau..Sesuka hati dia aje tampar lengan aku.

Miza terjerit kecil.Aku meninggalkan Miza di situ sorang-sorang.Langkah aku menuju ke dapur.

Aku pusing sekeliling…Line clear…Marwa kata dekat dalam almari atas ada ubat tidur.Ubat tidur nie Marwa selalu guna bila dia rasa payah nak tidur.

Aku bawak keluar serbuk kopi yang dah ada di depan mata.Air panas aku tuang.Aku kacau laju-laju sebelum tangan aku masukkan beberapa biji pil tidur.Tak banyak.4 biji aje.

Siap!Aku senyum jahat…

****************************

“Apa?pak imam tak sampai lagi?Cuba call pak imam tu…,”

Aku tak berapa nak pedulikan sangat apa yang orang tu cakapkan.Target aku sekarang..Ramli.

Mata aku terarah pada seorang lelaki lima puluh-an yang duduk di atas kuisyen baldu.Rambut dia hampir semuanya dah putih.Uban la tu.

Aku tersenyum sinis.Aku nampak Ramli berpeluh-peluh. Nervous tunggu Pak Imam la kot.Orang yang dah ada banyak pengalaman…tak akan nervous lagi?

Aku mesti ambil peluang nie.Bila orang lain tengah sibuk nak call Pak Imam…aku merapati Ramli.Sapu tangan aku keluarkan.Aku mengelap-lap muka Ramli.

“Neves ye bang…,”

Ramli senyum kelat sambil terangguk-angguk.Apa lagi..aku pun keluarkan ramuan istimewa aku.

“Minum air dulu..biar lega sikit rasa….,”

Ramli tak menolak.Air yang aku hulur diteguk rakus.Makin senang la kerja aku.Tak payah la nak pujuk-pujuk.

1..2..3..minit…Aku tinggalkan Ramli.Kaki aku bergerak laju menaiki anak tangga.

“Pengantin pengsan!Pengantin pengsan..cepat pergi ambil air!,”

Heh…aku senyum lama.

******************************

Aku hulurkan cek 200 000 pada Ramli.Ramli pandang aku macam nak telan-telan.Aku kan dah rampas bakal isteri dia.

Siang tadi…Marwa dah sah jadi isteri aku…

“Kau ambil duit nie…then back off…..jauhkan diri kau dari keluarga Marwa..faham?,”

Tanpa kata…Ramli merampas cek di tangan aku.Muka dia merah menyala.Tengah hot la tu.

Aku ketawa perlahan.

“Abang handsome!!Malam pengantin tak akan duduk kat luar rumah aje?,”Miza tersengih.

Miza cakap aku handsome.Aku pandang pakian aku.Biasa aje.Baju Melayu.Nie sebenarnya baju persalinan pengantin milik Ramli.Aku cekau aje.

“Jangan lah jatuh cinta dengan abang…abang dah ada Marwa…,”

Miza mencemik.

“Mak Ti perasan….,”

“Mak Ti..Mak ti jangan sebut…,”

Miza menjelirkan lidah.Budak nie..Aku masuk ke dalam rumah.Baru selangkah aku masuk…Ibu bapa mertua aku tahan.

“Imtiyaz…sini kejap…,”

Aku duduk di hadapan mereka….

“Imitiyaz serius dengan Marwa?Imtiyaz tak akan main kan Marwa kan?,”

Aku mengangguk.

“Imtiyaz serius dengan Marwa..Imtiyaz tak akan permainkan Marwa…Imtiyaz cintakan Marwa….,”

“Boleh mak mintak satu benda?,”mak mertua aku bertanya.

Aku mengangguk.

“Imtiyaz dah elok pakai macam nie…Imtiyaz tak payah la pakai macam yang Imtiyaz selalu pakai yer…lagi satu..perangai Im yang dulu tu..tolong ubah…Jadi diri Imtiyaz yang sebenar..Imtiyaz tahu kan pakaian tu boleh timbulkan fitnah…Imtiyaz lelaki…,”

Aku tersengih…Tahu mak…

“Berdosa Imtiyaz…lelaki tak boleh menyerupai perempuan…,”ayah mertua aku pulak menyambung.

“Imtiyaz tahu mak…ayah…tapi Imtiyaz suka make up orang…Sebab tu Imtiyaz kena jadi Mak Ti…Tapi mak dengan ayah jangan risau..Imtiyaz tetap Imtiyaz….,”

Aku meminta diri.Mulanya mak dengan ayah Marwa terkejut bila Marwa cakap dia nak kahwin dengan aku…

Lepas aku sanggup nak tolong bayarkan hutang mereka dengan Ramli.Mereka pun setuju.Bila tengok transformasi aku…lagi lah mereka suka.Siapa yang tak nak memantu handsome macam aku kan?Aku tahu jauh di sudut hati mereka…mereka pun tak suka dengan Ramli tu….

Sebab hutang..mereka terpaksa.

Aku masuk ke dalam bilik Marwa.Marwa tengah sikat-sikat rambut.Kenapalah perempuan suka sangat melawa depan cermin?Biar aje lah rambut tu beralun..tak pun biar lah menggerbang sikit.

Okey Imtiyaz…cukup.. Anggap aje Marwa tengah melawa untuk aku.Maksudnya..erk…tak apalah lupakan aje..

Aku hampiri Marwa.

“Marwa terima Im apa adanya?,”aku tanya dia.

“Im terima Marwa apa adanya?,”dia tanya aku pulak.Mana boleh.Tak aci..aku tanya dia dulu.

“Ladies first…,”

Marwa senyum.Comelnya…

“Marwa terima Im apa adanya….,”

“Thanks….,”

“Im pulak?,”

“Laa kena jawab ker?Okey…Im terima Marwa seadanya…,”

Aku mengaitkan jari kelingking aku dengan jari kelingking Marwa.Ini janji kami.


P/S: Another short story. Layann.. :)

4 pencoret:

  1. layannnnnn...buzz.... tp mmg tau..laki lembut byk yg lagi hensem..huhu..mady , yana nk knl???kat kolej akk melambak..

    ReplyDelete
  2. hehhehehe.. sweet.. tapi tak moa la laki berubah jadi lembut just because of that.. jatuh saham nanti.. hahahaha...

    ReplyDelete
  3. comel, sweet, klaka la cite.. kekeke

    ReplyDelete
  4. wahhh....gagah perkasanya dia...
    sanggup tu jadi nyah tuk kerjaya...
    macho pun ok wat keje gtu...

    n,part rmantik kurang la....
    byk la skit....
    hihihiiiii

    >>niCk<<

    ReplyDelete