Pemilik.

My Photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Sunday, May 20, 2012

Bukan Ustaz 8

Ihsan tersengih-sengih sambil pandang Tok Ayah dan Tok Imam.Lambat-lambat Ihsan mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket.Handphone terus dibuat mood silent.

Nasib baiklah tadi telefon dia tak berbunyi masa tengah sembahyang tadi.Kalau ada orang call,tak ke haru biru jadinya?

“Ini kawan saya punya kerjalah ni.Entah apa-apa ringtone dia set,”ujarnya sambil menggeleng kepala.Dia senyum malu.Kawanlah sangat.Padahal dia sendiri yang setkan ringtone tu.

Lagu favourite dia..

Tok Imam dan Tok Ayah senyum tanda mengerti.Dia senyum lega.Pertama kali dia berasa lega bila menipu.Aduhai…rupanya susah juga nak jadi ustaz.

“Saya mintak diri dulu Tok Imam.Tok Ayah,”Ihsan menghulurkan tangan.

“Teringat ada kerja dekat rumah,”dia beri alasan.Tidak betah rasanya hendak berlama di situ.Makin lama dia di situ,lakonan dia terasa makin kurang sempurna.Bagai ada caca merba.

“Ustaz balik naik apa?,”Tok Imam bertanya ingin tahu.

Aish.Hampir terlupa yang dia datang sini tumpang kereta Lokman.

“Saya datang sini jalan kaki.Balik pun sama lah.Jalan kaki,”

“Tak penat ke ustaz?Mari lah tumpang Tok.Belakang motor tu bukan ada siapa yang bonceng,”Tok Ayah beria mengajak.

“Betul ke Tok Ayah?”matanya bersinar.

Tak sampai hati pula Ihsan hendak menolak pelawaan Tok Ayah.Lagipun tak akanlah dia betul-betul nak balik jalan kaki?Ada juga yang pengsan karang.

“Apa pulak tak betulnya?Jom la ustaz,”sekali lagi Tok Ayah mengajak.

“Elok jugak tu ustaz.Apa salahnya tumpang Tok Ayah ni,”

Sokongan Tok Imam membuatkan Ihsan berasa senang hati untuk menumpang motosikal yang dibawa oleh Tok Ayah.

“Okeylah..jom Tok Ayah,”dia mengukirkan senyuman.

Tok Imam dan Tok Ayah pula senyum meleret.Sungguh dia tak faham apa makna senyuman tu.

*****

“Tok!!!Perlahan sikit Tok!!!,”dia tepuk bahu Tok Ayah.Mata dipejam rapat-rapat.Tak berani hendak dibuka.Tok Ayah ni bawak motor sampai badan dia boleh terasa melayang-layang.Punyalah laju.

Boleh kalah mat-mat motor dekat luar sana tu.

“Hah?,”sudah.Tok Ayah tak berapa nak dengar pulak.

“Perlahan sikit motor tok!!,”dia kuatkan suara.Melawan bunyi angin.

“Hah?Apa?,”

Aish.Ada aku hentak kepala orang tua ni karang.Tak akanlah masih tak dengar lagi?Berapa bulan dah tak korek telinga?Mesti dah berkepul dekat dalam tu.

“Perlahan!!!Motor!!Nanti kain pelekat saya terlondeh pulak tengah jalan ni,”dia memberitahu penuh jujur.Bukan dia seorang aje yang tengah pakai kain pelekat.Tok Ayah pun dua kali lima jugak.

Buatnya kain pelekat yang dia pakai ni terbang tengah jalan.Tidak ke naye?

“Apa??.Lajukan??”itu pula yang Tok Ayah balas.Ihsan diam.Sudah penat menjerit.Cepatlah sampai.Dia menahan geram dalam hati.

Bahaya sungguh Tok Ayah bawak motor.Nasib baik Tok Ayah ada bawak helmet tambahan.Boleh la juga dia pakai.

Lepas ni,sumpah dia tak akan membonceng motosikal yang dibawa oleh Tok Ayah.Jalan menuju kematian.Ini lah dia.

Sebelum naik motor tadi dia sudah beritahu Tok Ayah arah jalan ke rumah dia.Mujurlah Tok Ayah genius.Ingat apa yang dia beritahu sebentar tadi.

Tok Ayah memberhentikan motosikal betul-betul di hadapan rumah teres berwarna biru.Belum sempat motosikal betul-betul berhenti,Ihsan sudah melompat turun.Dia segera menanggalkan topi keledar.

“Ustaz okey ke ustaz?,”Tok Ayah tanya dia.

“Hah?,”

“Nampak macam marah aje,”tambah Tok Ayah sambil tersenyum.

Serta-merta Ihsan mengukirkan senyuman.

“Mana ada Tok Ayah.Pandai-pandai aje Tok Ayah ni,”dia senyum lagi.Senyum yang tidak ikhlas.Memang rasa hendak marah.Tapi tak akan nak marah Tok Ayah?

Tok Ayah pula macam sengaja hendak menduga tahap kesabaran dia.Entah-entah tadi tu Tok Ayah sengaja aje buat tak dengar tak?

“Tok balik dulu,”

Ye.Tok.Baliklah cepat-cepat.

“Bawak motor tu hati-hati sikit Tok,”dia meringankan mulut menasihati Tok Ayah.

Tok Ayah terangguk-angguk tanda faham.

“Nanti kalau ada masa jemputlah datang rumah,”bila lah orang tua ni nak blah?

“Insyaallah…,”

Tok Ayah akhirnya pergi juga tinggalkan dia.Motosikal yang ditunggang Tok Ayah di pandang tajam.

Amboi.Itu rasanya tu tak sampai 60 km sejam.Tadi bukan main laju lagi.Dia masuk ke dalam rumah dengan perasaan yang sebal.

Rumah yang dia sewa dengan kawan baik dia sunyi.Mungkin Amraan tengah tidur.Eloklah tu.Jadi,dia tak perlu bersoal jawab dengan Amraan mengenai pakaian yang dia sedang pakai.

Baju Melayu+Kain pelekat+ Songkok.

Mahu pengsan budak tu tengok.Selalunya baju Melayu hanya dipakai masa hari raya aje.

******

Jihan memerhati suasana kedai buku miliknya.Chantek BookStore.Tak berapa ramai orang yang datang kedai dia.Selalunya macam tulah.Setiap hari,boleh dikira dengan jari jumlah pengunjung yang datang ke kedai dia.

Sudah ada tanda-tanda nak bankrupt.Sebelum ini kedai buku milik dia sesak dengan orang ramai.Tapi sejak ada kedai buku dua tingkat yang baru bukak dekat sebelah kedai buku dia, kedai dia semakin tidak laku.

Jihan mengeluh.

Tap.Tap.

Ada tangan sedang mengetuk meja kaunter.

Jihan mengangkat kepala.Wajah cemberut di hadapannya dipandang sekilas sebelum dia membuang pandangan ke arah lain.

“Jihan!!,” Raihan menjerit marah bila kehadiran dia tidak dipedulikan Jihan.

“Apa?,”Jihan membelek majalah Wanita.

“Aku tension lah,”

“Hrm…,”

“Kau dengar tak ni?,”

“Iya..aku dengar,”Jihan menjawab malas.Sejak akhir-akhir ini sudah nak dekat lima puluh kali Raihan beritahu dia benda yang sama.

Tension.Sikit-sikit tension.Dia pula yang naik tension bila dengar ayat tension.

“Aku dah tak tahu nak buat apa dekat dalam kedai ni,”ujar Raihan.Dia memeluk tubuh.

Jihan senyum.

“Pergilah susun buku,”Jihan menjawab tenang.

“Masalahnya hari ini sahaja dah lebih 4 kali aku pergi susun buku.Kau cuba tengok sikit Jihan.Buku-buku dekat dalam kedai kita ni dah tersusun sangat.Tak terusik langsung dekat rak,”

Raihan.Satu-satunya kawan baik dia.Merangkap satu-satunya pekerja dekat kedai buku kecil ini.Jika ditambah dengan dia,maka pekerja kedai buku ini semuanya berjumlah 2 orang.Kedai buku ni kecil.Memang dia tidak berdaya nak upah ramai orang.

Gaji Raihan bulan lepas pun dia masih belum bayar.Dia tak ada duit nak bayar.Dengan keadaan kedai yang macam ni.Aduhai.

“Hoi…kau dengar tak apa yang aku cakap ni?,”soalan Raihan berbaur marah.

“Dengar lah..,”

“Dah tu?,”

“Dah tu apa?Kau nak suruh aku buat apa?,”aku menaikkan suara.Bengang juga bila asyik dimarah.

“Kau buat lah sesuatu..,”muncung Raihan sudah sedepa.

“Sesuatu tu buat apa?Sekarang ni aku dah tak boleh nak buat apa dah.Kita tunggu aje sampai tak ada orang datang sini,”Jihan benar-benar sudah pasrah.

Aneh.Kenapa darah seorang peniaga tidak mengalir dalam diri dia sedangkan Tok Ayah seorang businessman yang berjaya.

Kalau Tok Ayah yang uruskan kedai buku ini,mesti Chantek Book Store sudah ada banyak cawangan.

“Jihan!!,”

“Ada orang mesej…,”pekikan Raihan sengaja dibuat tak tahu.

Mesej dibaca.

-Lunch dekat rumah-

TOK AYAH

Apa mimpi pulak tiba-tiba Atuk ajak dia lunch dekat rumah?Selalunya bila dia ajak Atuk lunch dekat rumah,banyak aje alasan yang atuk bagi.Makanan dekat rumah tak sedaplah.Apalah.Padahal makanan tu Jihan yang masak.

Nasib baiklah dia jenis yang tidak mudah merajuk.Tak kisah dengan komen Atuk.Sebab bagi dia,makanan yang dia masak adalah makanan yang paling sedap di dunia.Heh.Atuk tu jeles sebab Atuk kan tak reti masak.

“Siapa?,”Raihan menjungkitkan kening.

“Atuk…ajak lunch dekat rumah,”Jihan sengih.Semalam,balik sahaja dari masjid Atuk asyik senyum memanjang.Tidak tahulah kenapa.Dia pula malas hendak ambil tahu.

“Nak ikut.Boleh?,”Raihan pegang lengan dia.Kalau makan free tu bukan main laju lagi minah ni.Kalau suruh belanja punyalah susah.

“Jom…,”dia faham keadaan kewangan Raihan.Mereka berdua sama-sama tengah pokai.Sekarang masa untuk berjimat cermat.

Jihan mengambil handbeg.Raihan pula sudah bersedia untuk menutup kedai.

*****

Kereta Kancil milik Raihan masuk ke halaman rumah.Kereta milik Jihan ada di kedai buku.Malas pula dia hendak bawa.Lagipun kejap lagi dia hendak kembali ke kedai buku semula.Matanya terpaku pada sebuah kereta.Proton Wira.Entah milik siapa.

“Kereta siapa tu Jihan?,”

“Entahlah.Aku tak pernah nampak pun,”Jihan menjungkitkan bahu.

“Atuk kau ada tetamu ke?Adui.Malulah aku kalau macam ni,”Raihan mematikan enjin kereta.

“Makan dekat rumah aku tak malu pulak?,”

“Itu lain..aku ingatkan kita bertiga aje.Aku.Tok Ayah dengan kau.Kalau ada orang lain tak best la,”Raihan sudah mula buat protes tak mahu turun kereta.

“Sudah.Kau jangan nak mengada-ngada.Turun sekarang,”dia tarik lengan Raihan.

“Kau ni hati kering betul la.Tak kan kau tak malu Jihan?Ada orang lain la dekat dalam rumah tu,”

“Rumah aku.Buat apa nak malu.Lagipun mak cik,aku tengah lapar ni,”Jihan melangkah keluar dari kereta.Ekor mata Jihan sempat menangkap kelibat seseorang yang bergerak pantas untuk masuk ke dalam rumah.

Siapa?Dia tidak tahu.Hanya nampak bahagian belakang.Yang pasti.Orang tu memakai songkok.

“Jihan.Kejaplah.Tunggu aku,”

Tengok.Baru nak tergopoh-gapah.Malu lah sangat.Dia meninggalkan Raihan jauh di belakang.

Tombol pintu dipulas.Eh.Tak boleh bukak.Dia memulas sekuat tenaga.Masih lagi tidak terbuka.Ini kenapa pulak ni?Tadi baru dia nampak ada orang masuk.

“Kenapa tak masuk?,”Raihan yang sudah berdiri di sebelah dia bertanya.

“Pintu tak boleh bukak,”Jihan berkata jujur.

“Kau biar betul?Cuba bukak lagi sekali?,”

Buat yang kesekelian kalinya dia cuba untuk membuka pintu rumah.Jihan menggetap gigi.Geram betul.Apasal pulak lah lelaki tadi boleh aje masuk?

“Nak aku tekan loceng?,”Raihan menyampuk.Agaknya Raihan kasihan melihat dia membazirkan tenaga membuka pintu.

Jihan mengangguk.Tangannya masih mencuba untuk membuka pintu.Masih juga tidak berjaya.Nak masuk rumah sendiri pun susah.

******

“Ustaz tengah buat apa tu?,”suara Tok Ayah membuatkan Ihsan tersentak.Pegangan kejap di tombol pintu terus sahaja terlepas.