Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Thursday, November 26, 2009

I Warn You!! (14)

“Putih dengan ungu?Tak match lah angah…,”kata-kata Shaliza tu menyebabkan Syafiq memasamkan muka.

“Baju Nurul kan ada bunga-bunga putih…sesuai lah dengan baju angah…,”

“Kamu tercegat apa lagi?Cepatlah..pengantin dah duduk dekat pelamin tu..pengapitnya mana?,”Aunty Julina dah memanggil.

“Macam nie lah....biar Nurul sendiri pilih...Syafiq ker Syahrein....,”Wafa memberi cadangan.

Aik..aku pulak yang kena pilih?

Hrm.....

Aku pandang Syahrein...lepastu pandang Syafiq...Pandang Syahrein balik..Syafiq pulak buat tayangan beberapa keping not RM50 kat depan muka aku.

Aku tersengih.Rasanya aku dah tahu siapa yang aku akan pilih.

“Biar Syafiq la teman aku jadi pengapit...,”Syafiq tersenyum panjang bila dengar ayat yang keluar dari mulut aku tu.

Muka Syahrein aje yang macam tak puas hati.

“Kau main kotor...mana aci weh....,”

Syafiq ketawa kuat.Wajah Syahrein dipandang.

“Mana ada aku main kotor....kalau Nurul dah tertawan dengan muka aku yang handsome nie..nak buat macam mana kan?,”

“Dah2 la korang...Nurul...Syafiq..cepatlah..kesian Kak Nor tunggu dari tadi...,”

********************

“Wah wah…ayunya pengapit pengantin kita…,”ketawa Wafa menyakitkan hati aku.Tanganku laju mengipas Kak Nor.

“Perlahan sikit Nurul…nanti rosak tudung akak..,”aku tersengih.Speed kipasan aku kurangkan.

“Syahrein…sini jap..kau tolong ambil gambar pengantin dengan pengapit pengantin…,”Wafa memanggil Syahrein.

Muka cemberut Syahrein aku tatap sekilas sebelum pandanganku terhala kepada Syafiq.Ini lagi sorang…dari tadi senyum memanjang.

Akhirnya habis juga sesi tangkap-menangkap gambar dan menepung tawar.Baru sahaja aku nak turun dari pentas pelamin..Syafiq menghalang. Syahrein keluar dari rumah dah.. kalau tak silap aku daddy dia panggil.Aku jugak baru tahu yang ayah Syafiq rupanya Tan Sri..Itupun bila secara tak sengaja terdengar Aunty Julina bahasakan ayah Syafiq Tan Sri.

“Rileks la Nurul..kita tangkap gambar dulu..,”Syafiq dah duduk di kerusi pengantin yang kosong.

“Tadi kan dah tangkap gambar?,”

“Tadi tu lain…tak akan awak tak nak rasa duduk kerusi pengantin kot?,”Syafiq bertanya sambil tersengih-sengih.Ruang tamu rumah Aunty Julina tak sepadat tadi.Orang ramai dah beransur-ansur pulang.

“Kerusi pengantin kan kerusi jugak..,”aku membalas kata-kata Syafiq.Syafiq bercakap macam lah kerusi pengantin tu special sangat.Nama pun kerusi..mesti sama aje dengan kerusi yang ada atas dunia nie..

“Tak lah…kerusi nie lain sangat..empuk..lembut..tak macam kerusi..rasa nak tidur bila duduk atas kerusi nie,”

“Ye ker?,”dia nie saja aje nak buat aku excited nak cuba.Cuma perasaan was-was yang menghalang tindakan aku.Syafiq nie bukan boleh percaya sangat.

“Tak caya cubalah duduk…,”lambat-lambat aku menghampiri kerusi pengantin yang satu lagi.

Tak rasa apa pun.Biasa aje…aku tak adalah rasa nak tidur.Lembut konon..Kerusi yang keras macam batu nie dia kata empuk?Ini la yang buat aku naik darah.Tak apa Nurul..cool down..

“Cepat ar Sha..snap gambar Angah dengan Kak Nurul..,”Syafiq mengarahkan adiknya.

“Senyum Kak Nurul…1..2…3…,”

Klik!

“Nak tengok..nak tengok…,”tangan aku mengambil kamera daripada Shaliza.

“Akak jangan risau..lawa gambar nie..tengoklah siapa yang ambil gambarnya…,”

“Puji diri sendiri nampak..,”Shaliza tersenyum.Tapi itu memang hakikatnya.Shaliza nie lawa orangnya.Muka dia dah la cerah…mata pulak galak.Pendek kata memang cun habis la.Sayangnya Shaliza tak bertudung.Rambut perang dia yang aku yakin tak semulajadi terdedah begitu sahaja.Kalau Shaliza pakai tudung…compirm ramai lelaki yang akan cair.

***************************

Aku tengah start enjin kereta bila ada satu suara tiba-tiba memanggil.Aku menoleh ke sebelah.

“Apa?,”

Syafiq yang sedang bersandar di pintu kereta tersenyum.

“Kita date nak?,”mata aku terbeliak bila mendengarnya.

“Awak biar betul?,”automatik itu yang keluar dari mulut aku.

“Betul lah nie…saya serius….ker awak nak jadi makwe saya?,”

Aku mengurut dada…Diri aku nie macam kena renjatan elektrik.Dah la tadi Syafiq tiba-tiba ajak aku pergi date…sekarang nie tak pasal-pasal nak aku jadi makwe dia.

“Nurul…tak akan tak sudi?,”

Aku pandang Syafiq tajam.

“Awak serius ker main-main?,”aku bertanya dengan perasaan yang bercampur baur.Mata Syafiq menghala ke arah aku..

“Hrm….,”dia mengukir senyuman sebelum ketawa perlahan

“Mesti la main-main..haha..ape la awak nie…eh..kenapa muka awak tiba-tiba aje pucat?Saya acah aje..tak akan dah gelabah kot?,”kureng asam punya Syafiq…

Cis….

Aku buat muka selamba..Dia berjaya happy kan dan down kan perasaan aku dalam masa yang sama.

“Muka saya dah semulajadi pucat…..yang awak nie..buat apa pulak menyibuk dekat sini?Boleh main jauh-jauh tak?Saya nak undur kereta nie…,”aku menutup pintu kereta.

Aku dengan Wafa baru nak balik dari rumah Aunty Julina…Mak dengan Abah baru aje balik.Cuma keluarga Syafiq nie aje yang dari tadi tak balik-balik.

Tok!Tok!Tingkap cermin kereta aku diketuk.Apa lagi yang dia nak nie?Aku menurunkan cermin.

“Saya rindu awak…,”

Cermin kereta aku naikkan semula.Ingatkan apa yang penting sangat.Pintu kereta di bahagian penumpang di sebelah aku di buka dari luar.

Tak payah nak toleh..aku dah tahu siapa.

“Kau nie Wafa..lambat macam semut.Aku tunggu kau punya lah lama.Kau buat apa kat dalam rumah Aunty Julina lama-lama?Jumpa abang Zack?,”aku menghamburkan rasa marah.

Tadi Wafa lah yang beria sangat nak balik. ‘Nurul kau pergi la start enjin kereta tu.’ ‘Nurul cepatlah sikit’ ‘.Nurul..aku mengantuk…nak balik rumah..tido…,’

Yang sebenarnya…dia sendiri yang lambat.

“Abang Zack..abang Zack jangan jangan sebut ek…nak bernanah telinga aku nie dengar…,”

Aku ketawa.Wafa dah mula la tu dengan ayat hiperbola dia…

“Aku kesian taw dekat Abang Zack…dia baik dengan kau…tapi kat belakang dia kau mengumpat macam-macam….,”ujar aku.Masih dalam sisa ketawa.

“Kau tu yang buat aku cakap macam tu..macam tak ada nama lelaki lain yang kau nak sebut..Laki orang jugak yang kau nak kenenkan dengan aku.Cubalah padankan aku dengan Syafiq ker…Syahrein ker..tak pun Tan Sri Luthfi ker…,”

“Wah2….ayah orang pun kau nak masuk jarum….,”

“Ayah2 orang pun…poket tebal okey…hish..tak nak aku….tua..kau tahu tak?,”

“Yang kau nak marah aku nie kenapa?Bukan kau yang mula dulu ker?,”aku dah geleng kepala.

Wafa tersengih.

“Eh..aku yang start dulu ea?Lupa pulak..aku ada something nak bagi kat kau…,”

“Apa dia?,”aku bertanya penuh minat.

“Tadi sebelum aku masuk kereta…aku terserempak dengan Syafiq…dia bagi kau nie…,”Wafa menghulurkan secebis kertas.

JUMPA HARI ESOK KAT

CAFÉ AIRBUCKS

PKL 9 Pg…

~syafiq

Sesuka hati dia aje buat rancangan.Aku tak ada kata pun nak jumpa dia.

“Nurul….,”

Aku pandang Wafa sambil menaikkan kening.

“Kata nak balik rumah…ini yang kita terpacak kat depan rumah Aunty Julina dari tadi nie apa kes?,”

Aku menepuk dahi.

“Sorry2…,”aku mula menggerakkan kereta.

*********************************

“Cepat la Fiq….pilih motor pun susah….,”rungutan Syahrein tidak dihiraukan Syafiq.Balik aje dari rumah Aunty Julina Syahrein terus bawa dia ke kedai kereta dan motor.

Arahan dari daddy..tak akan Syahrein nak bangkang pulak.Kalau diikutkan perangai sebenar si Syahrein tu..tak adanya Syahrein nak bawa Syafiq pilih motosikal baru.

“Tak nak motor…aku nak kereta….,”

Syahrein pandang geram.

“Banyak peel lah kau nie…orang dah nak bagi motor tu bersyukur lah sikit…,”

“Suka hati aku ar…bukan duit kau pun kan?Yang kau nak bising-bising apa kes?,”

“Okey2..fine!!Cepat lah pilih kereta kau tu…,”

Syafiq senyum.

Sebuah kereta dihampiri…

“Aku nak kereta nie lah bro…,”

“Lebih-lebih pulak kau…kereta aku tak mahal macam tu…,”

“Tadi kau sendiri suruh aku pilih kan?,”Syafiq dah bengang.Mamat nie memang…

Nak tak nak Syahrein menghampiri jurujual yang berada berhampiran mereka.

“Saya beli kereta tu…,’

“Card or cash?,”

“Cash…,”

Poket baju Melayu Syafiq tiba-tiba vibrate..Siapa pulak yang call nie?Syafiq bawak keluar handphone.

Nombor yang tak dikenali.

“Hello…,”

“Hello Fiq……,”suara manja dihujung talian begitu aneh di pendengarannya.Bukan Nurul aku nie.Tak akan lah Nurul nak buat suara macam nie…Kalau Nurul macam nie..awal-awal lagi dia dah reject Nurul daripada list Syafiq admire woman. Lagipun dia awal-awal lagi dah set nama Nurul dalam telefon dia.

“Siapa nie?Sha ek?,”

Tawa manja tiba-tiba meledak.

“Sampainya hati abang Syafiq….tak akan dah tak kenal…cuba teka nie siapa?,”sakit betul….nak main teka- teka lah pulak.

“Bye…,”telefon di off kan

“Ni I la..Niela!!!,”Niela di hujung talian dah menjerit.Sayangnya orang di sebelah sana langsung tak mendengar.

Niela mendengus geram.

Susah payah dia berusaha..barulah dapat nombor telefon Syafiq…Ingat senang ker nak curi nombor Syafiq daripada handphone Shaliza?Tapi Syafiq layan dia nak tak nak aje.

Niela membaringkan diri di atas katil.

“I tak kisah la..sekarang you sombong dengan I Syafiq..tak lama lagi you sendiri akan datang cari I…tak pernah la ada orang buat Niela macam nie…,”Niela tersenyum yakin.

Even headboy,lelaki paling handsome dekat sekolah dia dan Shaliza sendiri tergila-gilakan dia.Ini kan pulak Syafiq….Why not kan?

********************************

Aku menguap…mengantuknya….Wafa pagi-pagi hari lagi dah bising nak suruh aku jadi drebar dia.

Wafa kata dia ada date hari ini…Entah siapa lah jejaka yang malang tu…

Aku mengacau air minuman.Bila Wafa tengok muka aku….Wafa mesti tahu yang sekarang nie aku tengah bosan.Bab tunggu-menunggu orang nie lah yang aku lemah sekali.

“Kau kata nak kenalkan aku kat boyfriend kau….mana?Bayang pun tak nampak…,”

“Sabar la..sekejap lagi dia sampai la..dia memang macam nie..lambat sikit…,”Wafa cuba menyabarkan aku.

‘Dia memang macam nie…lambat sikit…,’ Huh.Ini Wafa kata lambat sikit?Aku dengan Wafa dah nak dekat sejam duduk kat dalam restoran nie.

Agaknya macam nie lah rupa orang bercinta..yang pahit..yang perit..semua nampak manis.Mak dengan ayah Wafa tak kisah kalau Wafa nak bercinta ke apa..asalkan Wafa tahu jaga diri.

Mak dengan Abah aku memang tak berkenan bila dapat tahu Wafa tengah couple.Disebabkan Wafa tu anak orang..mak dengan abah tak masuk campur.Emak dengan ayah Wafa cool aje..tak akan lah mak dengan abah aku nak bising-bising pulak kan?

“Hye sayang…sorry lambat…,”seorang pemuda mengambil tempat di sebelah Wafa.

Aku memerhati penampilan lelaki di hadapanku.Smart..okey lah kot.Muka pun boleh tahan.

“Sayang..nie Nurul…cousin I yang I selalu cerita kat you..Nurul…ni Anuar…,”aku dengan Anuar saling berbalas senyuman.

“Korang berkenalan la dulu yer..I nak pergi ladies kejap…,”bertuah punya sepupu.Ditinggalnya boyfriend dia dengan aku.Siap suruh berkenalan lagi.

Wafa nie bukan tak tahu..aku payah sikit nak berborak dengan orang yang aku tak kenal.Nak-nak lagi kalau orang tu lelaki.

Kalau tawar duit dekat aku…hrm…itu boleh dipertimbangkan.

“Nurul…kalau you nak..I boleh clash dengan Wafa…,”apa pulak nie?

Aku diam.Menanti ayat selanjutnya yang mungkin keluar dari mulut Anuar.

“ I bukan serius pun dengan Wafa…kita couple nak?,”darah aku serta merta mendidih.Berani Anuar nie buat pengakuan yang terlampau berani dekat aku.Aku nie sepupu Wafa..tak kan lah dia tak sedar?

Kalaulah Wafa ada dekat sini sekarang…mesti dia kecewa habis.

“Nurul….you dengar tak?,”Anuar cuba nak pegang tangan aku.Aku mengelak.Serta-merta aku bangun.Malas la nak berlama-lama dekat sini.

Aku bergerak keluar dari restoran.

“Nurul…I serius nie…kita pergi hotel nak?,”Ya Allah…aku tak sangka pulak yang Anuar nie ikut aku.

Dah rosak budak Anuar nie….ada ker nak ajak aku pergi hotel?

“You dah salah orang nie…sorry tapi I bukan jenis yang macam tu….,”

“Tipu…I tahu you suka kan?,”Anuar tarik lengan baju kurung aku.Aku menepis kuat.

“Saya dah ada boyfriend tahu!,”aku bercakap kuat.

Anuar tergelak.

“Wafa cakap dekat I yang you single….,”

Wafa!!!Aku rasa nak menjerit dekat situ jugak..Apa lagi pasal aku yang Wafa cerita dekat mamat nie..

“Orang yang pakai baju kurung…tak semestinya baik…,”suara Anuar kedengaran sinis.Aku dah menggetap gigi.

“Awak siapa nak judge orang?Malaikat?,”kalau Anuar nak gaduh dengan aku.Silakan…dia tak tahu betapa pedasnya mulut aku.

“Sayang….I tak nak bergaduh dekat sini…jom ikut I….,”sekali lagi lengan aku yang berlapik ditarik.

Aku terpinga-pinga buat seketika sebelum memijak kakinya sekuat hati.Melihat seseorang yang aku kenal tiba-tiba lalu…Syafiq?Dia buat apa dekat sini?Alamak…Café Airbucks tu dekat tingkat bawah mall nie.

Aku toleh jam di tangan..Pukul 10.30..macam mana lah aku boleh lupa?Alah..tak kisah la tu semua….sekarang nie..aku kena larikan diri daripada Anuar.Aku menghalang langkah Syafiq.

Syafiq kelihatan terkejut bila melihat aku.Dengan selamba aku berdiri di sebelah Syafiq.

“Anuar…nie boyfriend saya….Syafiq,”nah….Anuar kelihatan macam tak percaya bila mendengar pengakuan aku.Syafiq lagi lah…

“Tak..tak ada lah..mana ada….,”rasa nak siat-siat mulut Syafiq nie.Sejak bila kau jadi lurus bendul nie?

8 comments:

  1. hi2....lawak btl le Nurul nie...
    asal le plk ttibe Syafiq jd lurus sngt nie....

    ReplyDelete
  2. eh..syafiq yg bley lak pie jdi lurus nie aper cer...

    ReplyDelete
  3. oloo...cute sgt la dorg nie...
    nk lg...nk lg!!!

    ReplyDelete
  4. cepat lar smbung !
    x saba ni !
    hehhhe

    ReplyDelete
  5. anuar tuh siot gler..!
    bnci gler..! =D ..!!
    yg syafiq tuh plak,
    bkn dye ske nurul ke..?
    so,
    kalo nurul kate syafiq tuh pkwe dye,
    xkn ar shafiq x epi kot..?

    ReplyDelete
  6. tiba2 lak si syafiq tu blurrrrrrrr. ngeeeee. geram ni...................

    ReplyDelete
  7. rsenyer coz nurul xdtg time date dieorg kot..
    kol 9 an??syafiq bengang r 2

    ReplyDelete
  8. syafiq bingit kot...
    msti coz die tggu lme kt starbucks..
    huhuhu..
    tp....eee...ngaku je la pkwe nurul..
    neway...
    smbung r cpat..
    hahaha..
    bst gler ctr nie

    ReplyDelete