Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Tuesday, August 25, 2009

I Warn You!! (4)

“Siapa yang berani makan dalam kelas saya?,”Cikgu Norizan bertanya garang.Syafiq menoleh ke belakang.Wajahku sudah pusat lesi.

“Saya gurau aje cikgu,”ujar Syafiq sambil tersengih-sengih.Aku menarik nafas.Lega.Cikgu Norizan ni bukan boleh agak sangat apa yang dia nak buat.Silap hari bulan ada yang kena jemur dekat padang.Wajah Cikgu Norizan serius.

“Saya tak ada masa nak bergurau.Awak berdiri atas kerusi..sekarang!,”suara Cikgu Norizan kedengaran agak kuat.Kecut perut aku mendengarnya.

“Saya ker cikgu?,”Syafiq bertanya tidak percaya.

“Ya lah.Awak.Awak nie mengganggu kelas saya..naik atas kerusi sekarang!!!,”Syafiq mencemikkan muka.Perlahan-lahan dia naik ke atas kerusi.

“Sampai hati cikgu..,”sempat lagi Syafiq meluahkan perasaan sedihnya.

“Saya tahu..cikgu tak sayang saya.Siapalah saya nie..Cuma menumpang,”Syafiq membuat muka sedih.Ramai yang dah tersengih-sengih mendengar ayat pasrah Syafiq.Perangai Syafiq nie lain sikit.Dengan cikgu yang paling garang…boleh lagi dia main-main.

“Diam Syafiq!Nanti saya demerit awak..nak?,”mulut Syafiq terkunci rapat.


“Okey kelas..Kita sambung belajar,”Cikgu Norizan meneruskan pengajaran yang telah terganggu sebentar tadi.Budak kelas lain yang lalu depan kelas kitorang pakat duk jeling-jeling.Iye la..dah Form 5 pun still kena berdiri atas kerusi.Kalau aku jadi Syafiq..memang aku malu.Aku rasa bersalah pulak..sepatutnya yang kena denda tu aku..bukan Syafiq.Tapi..siapa suruh dia cuba nak cari pasal dengan aku?Tapi..tadi dia dah tolong aku.Uwargh..serabut betul.

Lepas Cikgu Norizan keluar,tamatlah denda yang dikenakan terhadap Syafiq.Sekarang masa Bahasa Malaysia..Cikgu Hidayat masih belum masuk ke dalam kelas.Ramai yang buat kerja sendiri.Ada yang mengambil peluang untuk ke tandas.

“Nurul!!Kau tak sapu sampah pun,”Amira = penolong kelas menghulurkan sebatang penyapu.Aku menepuk dahi.

“Alamak!!Aku lupa…aku bertugas hari nie.,”kerja rumah Matematik aku simpan ke dalam beg.Jadi..aku mulalah menyapu.Sapu tempat aku dulu.Biar bersih.

“Nasib baik Cikgu Norizan tak komplen kelas kita kotor,”Amira memrhatikan aku menyapu sampah.Aku turut mengakui kata-kata Amira.Kalau Cikgu Norizan komplen..alamatnya satu kelas lah kena denda.

“Ha ah la.nanti aku jugak yang kena paling teruk,”meja guru pula aku bersihkan.

“Siapa sebenarnya yang makan tadi?Aku ada nampak Syafiq pandang-pandang belakang.Kau ker?,”tuduh Amira serkap jarang.

“Kan dia kata dia bergurau aje,”wajah Amira aku pandang sekilas.

“Ye ker?Tapi aku rasa dia backing someone la..kau tak rasa ker?,”aku menghentikan sapuan.

“Entah..aku tak rasa macam tu pun.Kau nie..fikir banyak sangat la,”bahu Amira aku tepuk perlahan.

Tok!Tok!

“Assalamualaikum…,”aku dan Amira memandang ke arah muka pintu.Muncul Syafiq dan Daniel.Baru balik dari tandas lah tu.

“Hei Nurul!Aku dah tak nak kawan dengan kau,”Syafiq menghampiri aku dan Amira.

9 comments:

  1. haha. nice. eh, update la slalo n panjang2 sket ye..
    sgt2 niceee:)

    ReplyDelete
  2. alaa...pendeknye...
    papepon,,sweet gilerr seyh story niy..cepatcepatlahh update...
    okey??
    chaiyok arh....

    ieyqa!

    ReplyDelete
  3. cpt aa...
    huhuhu..
    obses giller daa nier..

    ReplyDelete
  4. wahh...sweetnye syafiq nan KP dy uhh...
    huhu...
    whateva unn,,cepatcepat larr sambong story niy..
    na tau sangat ape ending dy..
    gud luck!!

    ReplyDelete
  5. bes la cta nyh..
    tp apsal la pndek sgt part nyh??
    pnjg2 la cket...
    plz wat cpt cket..
    dh nk kna blk asrma dh..
    huhu..
    nnti dh x leh slalu bca lak...
    plzzzzzzz.....

    ReplyDelete
  6. lerk!pesal pndek jer???boring r kalo cmni...:( ..npe syafiq xnk kwn ngan nurul??coz bdk len ejek dye coz dye kne brdiri ats krusi ker???

    ``~farah97~``

    ReplyDelete
  7. woh
    suspen3
    jgn2 nk couple twos
    ahahahahah
    xsbq ae
    cpat2 ae n3 next chapter

    ReplyDelete
  8. hahha..
    norizan..
    huhu..
    nme ayh sy..

    ReplyDelete
  9. bes sgt2 cter niy..

    ReplyDelete