Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Saturday, September 5, 2009

I Warn You!! (6)

Aku menoleh.Macam cakap pasal aku jerk.Syafiq?Dia tengah duk membelek-belek tin minuman.

“Aku malas nak cakap dengan kau,”aku mengambil beberapa jenis kari.Malas nak berlama-lama dekat sini.

“Aku cakap dengan Pak Amin..tak tahulah pulak kot ada yang terasa..,”tanpa memandang ke arahku,Syafiq berkata-kata.Huh.Iye lah tu.

Tiba di kaunter,tanganku sempat menyambar Twiesties yang berharga RM1.60,berperisa tomato sebanyak dua bungkus.

“Pak Amin…saya nak bayar,”Pak Amin mula mengira.

“RM6.40…,”Pak Amin tersenyum.

Aku menyeluk ke dalam saku.Aish…Mana pulak dompet aku neh?Takkan tertinggal dekat rumah kot?

“Kenapa Nurul?,”Pak Amin bertanya.Barangkali pelik melihat reaksiku.

“Jap..jap Pak Amin,”aku jadi gelabah.Tolong dompet.Jangan buat malu aku.

“Macam nie lah orang zaman sekarang Pak Amin…tak ada duit..buatlah cara orang yang tak ada duit.Ini tak..nak jugak pergi beli dekat kedai,”suara nie familiarlah.Aku mendengus geram.Pak Amin sekadar tersengih.

“Saya bayar sekali dengan semua ni,”Syafiq menghulurkan not RM10.Dia menghirup air minuman tin.Tanpa menunggu baki,dia berlalu pergi.

“Weh2…aku tak suruh kau bayar pun,”aku memanggil kuat.Sepatutnya aku berterima kasih dekat dia.Tapi,entah la..payah lidah nie nak menyebut.

“Syafiq!!Baki nie!,”Pak Amin pula memanggil.

“Tak apalah Pak Cik.Bagi aje dekat orang yang tak ada duit tu,”menyakitkan telinga betul ayat dia nie.

Pak Amin pulak paksa aku ambil duit baki tu.

*************************************************************

Syafiq menghentikan motor di hadapan rumah.Puan Karina sedang menyapu sampah di halaman.

“Kamu nie asyik merayap aje kerjanya Syafiq.Cuba lah duduk diam-diam dekat rumah,”ooh..yea…Puan Karina sudah mula membebel.

“Ma…Syafiq baru balik dari kelas tambahan,”Syafiq menghadiahkan senyuman yang paling cute.

“Jangan nak menipu lah Syafiq..air tin dekat tangan tu apa?Itu dari kedai namanya,”alamak.Kantoi..

Syafiq sudah tersengih-sengih.

“Genius nyer mama nie..Syafiq masuk dalam dulu ye ma.Nak mandi,”Ini sahaja satu-satunya cara untuk melarikan diri dari bebelan mama.

“Itulah..bila balik sekolah tadi,bukannya nak mandi terus..eh…nie apa nie Syafiq?,”Syafiq menghalakan pandangan ke arah tanngan mamanya.Dompet Pink.Ahh..sudah.Dia meraba-raba poket seluar.Terjatuh la pulak.

“Err…tadi Fiq jumpa ma..orang tercicir kot,”Hehe.Tercicir pun tercicirlah.Tak kan nak beritahu mak.. ‘Ma...tadi Fiq cilok dompet tu dekat kedai Pak Amin’ Sah kena penampar aku nie.

“Ohh..orang tercicir.Kenapa tak pulangkan balik.Meh ma tengok..yang sapa nie,”Mama mula berkira-kira untuk membuka dompet.

“Ma…jangan!!!,”Syafiq bersuara nyaring.

“Awat kalut sangat.Ma nak bukak aje..,”Puan Karina tersenyum-senyum.

“Ma…barang orang ma..Berdosa kalau bukak,”chewah.

“Kamu bawak balik nie tak berdosa?,”nak tak nak Syafiq terpaksa akur apabila dompet itu dibuka.Habislah.Mama akan tahu pemilik dompet nie duduk area sini je.

“Ada gambar…Nurul Fathinia Binti Mustafa…lawa budak nie…,”mama sudah jeling-jeling wajah anak terunanya ini.

“Tu awek Syafiq ma….,”Puan Karina ketawa besar mendengarnya.Wajah Syafiq masam mencuka.Jahat la mama aku nie.

“Sejak bila ada perempuan minat dengan kamu Syafiq.Rambut macam hero dragonball..Tak ada sapa berkenan,”Puan Karina menggeleng-gelengkan kepala.Sisa tawanya masih kedengaran.

“Ma aje yang tak berkenan.Awek Fiq tu selalu puji Fiq…Dia kata kan ma..,”Syafiq tidak sempat untuk menghabiskan karangan apabila mama tiba-tiba menghadihkan cubitan padu di lengan.

“Tipu lah tu.Ingat mama tak tahu.Besok beri balik dekat tuan dia.Ada IC dengan duit dekat dalam nie”

“Ye la..Fiq bagi balik dekat dia besok..,”

************************************************************

Setelah selesai menunaikan sembahyang Maghrib,Syafiq duduk bersantai di serambi rumah.Wah...bintang..bulan...Alangkah indahnya kalau masa nia aku tengah dating dengan Nurul.Wajahnya di halakan ke jalan raya.Nak keluar lepak-lepak..compirm mama tak kasi.Dia mengeluh.Sejak cikgu hantar surat gantung sekolah,mama memang dah tak percaya dekat dia.Al maklum lah..dia kan kuat menipu.

Setegas-tegas mama...hanya mama aje lah orang yang dia ada di atas dunia nie.Papa?Dia harap orang tu dah mati.Memang dia bencikan papa.Papa tak pernah langsung nak tahu kehidupan dia dengan mama.Selama nie,dia hanya ada mama.Papa tak pernah sekali pun memunculkan diri.

Teringat pula persitiwa siang tadi.Well...terrror betul aku nie.Nampaknya ada bakat nak jadi pencopet nie.Salah Nurul la..orang berdiri dekat belakang dia tak sedar.Syok sangat duk pilih rempah kari.Hahaha.Walaupun cara aku nie agak nakal sikit.Tapi tu aje lah cara yang aku boleh buat kalau aku nak belanja Nurul.Aku terpaksa mengaku,Nurul Fathinia tu sombong sangat-sangat dengan aku.Dia sombong dengan aku sorang aje.Dengan budak lelaki lain,boleh pulak senyum-senyum.Ini yang aku tak puas hati nie.Mungkin dia benci sangat dengan aku.Bagi dia..aku nie tetap Syafiq yang dulu.

“Mama ingat kamu mengaji dalam bilik.Rupanya tengah melayan perasaan dekat luar rumah,”Syafiq menoleh.Puan Karina sedang berdiri di pintu rumah.Err..sindiran yang cukup baik dari mama.Anak mama nie payah sikit nak mengaji.

“Apa salahnya mama.Sekali-sekala,”Syafiq tersengih.

“Hah.Iye lah sangat.Sekali-sekala duduk lepak dengan setan dekat luar rumah nie,”Huih..sampai setan mama duk menyebut.




“Huish..apa mama cakap macam tu..Fiq duduk sorang-sorang aje dekat luar nie ma,”aku bercakap perkara yang benar.

“Mana kamu tahu?Kamu nampak ker?Maghrib-maghrib nie banyak iblis..Dengan pintu rumah terlopong.Baik kamu masuk cepat Syafiq.Nanti mama kurung kamu dekat luar rumah,”Puan Karina sudah mula mengugut.

Betul jugak apa yang mama cakap.Masa Maghrib...banyaklah benda berterbangan di angkasa.Tadi tersengaja lah pulak keluar duduk dekat beranda nie.

“Cikgu Karina nie garanglah…,”Syafiq sempat mengomel sebelum kakinya melngkah ke dalam rumah.

“Aduh..sakit lah ma!Apa main cubit-cubit nie..,”Syafiq menggosok-gosok bahunya.

“Sebab tu lah Syafiq cakap mama nie garang…,”ujar Syafiq sambil memandang tidak puas hati.

“Mama garang dengan kamu je..Anak murid mama semua cakap mama nie baik..kunci pintu rumah nie Fiq,mama nak pergi dapur,”Puan Karina meninggalkan Syafiq terkulat-kulat di situ.
***********************************************************

“Abah ada benda sikit nak cakap,”ayat macam nie lah yang buat aku saspen.Tangan yang baru nak menyuap terhenti.Aku menanti kata-kata yang selanjutnya yang keluar daripada mulut Mustafa Mohd Ibrahim,ayah aku.

3 comments:

  1. hehehe..
    best2...
    ske btl..
    tulah,asal combonk sngat nurul 2???
    well pewr2 pown..great job!!

    ReplyDelete
  2. jaat tul syafiq tuh..sekeh kang..sian nurul tuh

    ala nurul tu bukan sombong dah syafiq perangai cm tuh sape yg nak even encem..hahahha

    pengalaman mase skolah lebeh kurang la ni

    ReplyDelete
  3. alaa...besh tuh kalu dpat jdik nurul..
    dpt knal ngn syafiq lgi gempak!!!
    congrats writer..
    btw.., cpat ckit ekk cmbungan..
    x cabo nk ending..
    agagagagaga

    -eira-

    ReplyDelete