Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Monday, January 31, 2011

Ehem Ehem.


"Ehem ehem. Sorang je? Nak saya temankan?" Rania yang sedang membelek-belek buku rujukan Sejarah sementara menunggu bas datang mengangkat kepala.

Aik? Siapa yang bercakap tu? Setahu aku, selain aku cuma ada budak lelaki yang baya-baya anak jiran rumah sebelah je dekat bus stop ni. Takkan budak kecik yang muka innocent ni yang cakap kot. Mustahil.

Rania pusing memandang budak lelaki di sebelahnya. "Adik ada dengar orang cakap apa apa tak tadi?"tanya Rania. Hari ni dia balik lambat. Kena hias kelas. Pertandingan kelas tercantik mula minggu depan. Dia pulak pegang jawatan ketua kelas, kena lah buat kerja banyak sikit.

Budak itu memandangnya sambil sengih. "Saya lah yang cakap tadi, kak."

"Ha?" Telinga aku tersumbat ke apa? Takkan dia yang cakap kot. Tak mungkin. Tak mungkin.

"Kakak tak percaya ke?"soal Afiq sambil senyum. "So, boleh saya tahu nombor phone akak?"sambungnya lagi. Rania dah jatuh rahang. Dia mencubit pipinya sendiri. Aku tak mimpi kan? Budak kecik tengah mengorat aku?

“Umur awak berapa?”soal Rania.

“8 tahun.”

"Maaf. Kakak umur 14 tahun. Lagipun, kakak tak minat budak bawah umur."Rania menolak lembut.

"Kakak,"panggil Aqif. "Cinta tak mengenal usia."Rania terbatuk batuk. Kalau dia tengah minum air sekarang ni confirm tersembur habis air tu.

"Kakak tak suka budak budak lah."beritahu Rania lagi.

"Saya ni nampak je macam budak budak kakak. Tapi saya dah matang tau." Rania terdiam. Patut ke aku percaya yang budak ni dah matang sedangkan dekat tangan budak ni siap ada lolipop lagi. Kalau dah nama budak budak la kan.

"Err, takpelah."Rania tak berminat.

“Kakak tak tertarik dengan saya?”

“Kakak ada anak saudara umur 6 tahun. Nanti akak kenalkan ye?”Rania senyum pura-pura pada budak itu. Haish. Boleh meremang bulu roma aku kalau macam ni.

“Saya tak minat budak kecik la kak. Saya suka orang yang lagi tua. Macam kakak.”

Rania telan liur. Mana pulak bas ni. Tayar pancit tengah jalan ke?

"Kakak, saya dah lama perhatikan kakak. Saya selalu tengok kakak tunggu bas dekat sini. Saya rasa saya suka kat akak lah."Rania terkedu pula. Apakah? Dia cepat cepat membuka buku rujukan Sejarah di atas riba.

"Perang Klang. Ngah Ibrahim. Tunku Kudin."Rania buat buat menghafal fakta sejarah.

"Kakak sudi tak terima hati saya?"

"Tanjung Rachado diserang Inggeris. Pembunuhan Go Hui di Pahang, Sultan terpaksa menerima Residen.."makin kuat suara Rania. Sengaja mahu mengabaikan soalan budak 8 tahun itu.

"Hoi Afiq. Kenapa dari tadi orang panggil tak jawab. Tak dengar ke apa? Tak nak balik ke?"suara lelaki yang tiba tiba muncul itu menyebabkan Rania berhenti menghafal. Mata tertumpu pada lelaki yang baru turun dari motor itu. Adib mendekati adiknya yang duduk di perhentian bas.

"Eh, Rania. Awak buat apa kat sini? Lama tak jumpa awak. Last kita jumpa bila eh? Minggu lepas? Bulan lepas? Ke tahun lepas?"tegur Adib gembira. Dia menggosok gosok dagu. Tanda berfikir.

"Kita baru je jumpa semalam."

"Eh? Yeke? Kenapa saya rasa dah seminggu kita tak jumpa?"Rania mencebik. Tahu sangat dengan perangai gatal tak bertempat Adib, yang tua dua tahun tu.

"Alang-alang awak ada kat sini, apa kata saya perkenalkan awak dengan adik saya. Afiq."Adib memperkenalkan adiknya pada Rania. Rania angkat kening.

“Adik?”

Padanlah gatal semacam. Rupanya mewarisi perangai miang keladi Adib.

"A'ah. Adik. Kenapa? Muka kitorang tak sama ke? Tu saya tahu. Ramai orang cakap saya lagi hensem dari dia. Well, saya pun dah tak boleh kata apa la kan. Dah tu semua orang yang cakap. Bukan saya."

“Abang.”jerit Afiq tiba-tiba.

“Apa?”

“Kakak ni orang punya lah.”Rania betul-betul rasa nak tersungkur di situ jugak. Berani punya budak.

“Kau punya?”Adib memandang adiknya dengan Rania silih ganti. Sejak bila pulak Afiq sempat mengorat si Rania ni? Adib mula bimbang.Adiknya tu, harap je umur lapan tahun. Tapi skill mengorat dia tu boleh tahan. Biasanya si Afiq mengorat budak perempuan menggunakan senjata utamanya; muka innocent. Cis.

“Afiq…”Adib seru nama adiknya 3 harakat.

“Ya abang.”jawab Afiq patuh.

“Takkan kau tak nampak cop mohor dekat dahi kak Rania tu? Kan terang-terang tulis ‘aku milik Adib’.”Afiq memerhati dahi Rania lama. Tak ada apa pun, bang. Lagipun, cop apa bang? Mohor? Apa tu?

“Tapi orang dah suka dia la bang. Terlajak kata boleh diundur, terlajak hati ke pelamin lah jawabnya.”Adib memandang adiknya dengan dahi berlipat. Sejak bila pulak adik aku reti berperibahasa pulak ni? Setahu aku, nak baca suku kata pun merangkak lagi.

Rania sekadar jadi penonton adegan adik-abang itu.

“Abang tak kira. Dia abang punya. Kalau kau nak dia, over my dead body first.”ujar Adib bersemangat. Kau speaking-speaking dengan Afiq ni macam lah dia faham, Dib. Dia tu Cuma tahu apa je? Hello. Hi. How are you? I’m fine thank you. Itu aje. Yang lain? Haram.

“Apa korang ni? Cakap macam aku tak wujud kat sini je.”Rania jadi geram.

“Sorry, Rania.Tapi aku terpaksa abaikan kau kejap. Aku ada hal penting yang perlu diuruskan dengan adik aku ni.”Adib serius. Dia merenung adiknya. Terasa menyesal pulak dia menunjukkan sifat-sifat miang semulajadi dia depan Afiq selama ni. Kan budak tu dah terpengaruh.

“Abang nak cakap apa lagi? Kan orang dah cakap, orang suka kakak tu. Nanti orang besar, orang nak kahwin dengan dia.”Adib mengucap panjang. Ya Allah, jauhkan lah perkara tu.

“Kalau jangan nak berangan Afiq. Langkah mayat aku dulu.”Sekali lagi Adib mengulang ayat yang sama. Tetapi kali ni dalam bahasa Melayu. Baru adiknya tu faham.

“Langkah mayat abang? Jadi Afiq kena tunggu abang mati dulu lah baru boleh dapat kakak ni?”soal Afiq. “Kalau Afiq bunuh abang, mesti lagi cepat abang mati kan?” Adib dengan Rania saling berpandangan serentak. Masing-masing dah berubah muka. Seram gila adik kau ni, Adib!

********

“Kenapa tak nak pergi sekolah naik motor Abang?”soal Puan Halijah pada anak lelakinya yang berusia 8 tahun. Sekolah Afiq sebelah sekolah Adib. Apa salahnya kalau Adib yang dah ada lesen tu hantar Afiq sekali pergi sekolah.

“Abang bawak motor macam mat rempit mama. Hari tu sikit je lagi motor nak bergesel dengan lori balak.”Afiq mereka cerita. Pandai je kau buat cerita, kan Afiq? Bukan ke abang kau tu pembawa motosikal terlambat ke? Kalau berlumba dengan kura-kura pun tak tentu lagi boleh menang.

“Kamu biar betul?”suara Puan Halijah dah meninggi. Afiq mengangguk. Kalau semua ni benar-benar terjadi, dia tak boleh biarkan. Nyawa anak-anaknya dalam bahaya.

“Betul mama. Lepas tu kan, bila nak pusing dekat selekoh je mesti dia sengetkan motor dia tu. Sikit je nak cecah jalan tar. Mujur Afiq pegang baju dia kuat-kuat. Kalau tak, dah jadi arwah Afiq ni tau.”makin lancang mulut Afiq menabur fitnah. Untung kau tak baligh lagi. Kalau tak, mahu senget bahu tu, Fiq. Berat menanggung dosa.

“Panggil abang kamu sekarang!”arah Puan Halijah. Afiq dah senyum sampai ke telinga. Nasib lah kau, abang.

*******

“Tak mama. Semua tu tak betul. Dusta semata-mata. Mana ada Dib bawak motor laju.”bantah Adib. Dia beria-ia menafikan tuduhan adiknya itu. Ada lah tu plan jahat yang si Afiq rancang. Afiq tu bukan boleh percaya sangat otaknya. Kalau dah fikir bukan-bukan, menakutkan jugak budak tu.

“Mama tak kira. By hook or by crook. Mulai esok pergi sekolah naik bas. Malam ni jugak mama telefon pakcik yang bawak bas tu. Esok, siap awal-awal. Tunggu bas depan rumah.”tegas nada suara Puan Halijah. Afiq sudah bersorak. Hai, senangnya dalam hati.

“Mama… Sanggup mama buat Dib macam ni? Kenapa mama percayakan Afiq bulat-bulat? Kenapa mama tak tunggu penjelasan Dib dulu?”soal Adib dengan nada sayu.

“Demi kebaikan kamu jugak. Mama taknak apa apa jadi dekat kamu dengan Afiq.”ujar Puan Halijah sedikit lembut. Dia memang lemah bila anak sulungnya start buat suara sebak dan hiba macam tu. Hati yang tadi agak panas terus jadi sejuk. Ilmu apa yang kau pakai kat mama ni Adib?

*******

“Hai, kakak!”sapa Afiq kuat pada Rania yang baru naik ke dalam perut bas.

“Eh?”Rania terkejut. Apa budak seram ni buat dekat sini? Bukan dia pergi sekolah naik motor dengan abang dia ke?


“Mulai hari ni, saya dengan abang naik bas sama dengan kakak.”ujar Afiq gembira. Rania terangguk-angguk. Dia menjeling ke belakang bas. Dilihat Adib yang duduk di tepi tingkap sedang merenung ke arah luar. Mukanya monyok. Rania meletakkan beg di atas seat sebelum dia melabuhkan punggung.

“Cop. Cop. Cop. Kakak! Kenapa duduk dekat situ?”Rania berpaling pada Afiq yang duduk di seat belakangnya. Ada masalah ke, adik?

“Duduklah sebelah saya ni. Kan kosong.”Afiq sengih-sengih. Sumpah aku tak pernah jumpa budak umur 8 tahun yang miang macam ni. Rania menggeleng-gelengkan kepala sebelum kembali memandang depan.

Tiba-tiba Rania terasa kerusi di sebelah diduduki orang. Dia menoleh. “Awak buat apa kat sini?”

“Duduk sebelah kakak lah.”kata Afiq tak tahu malu.

“Ish.. Kerusi ni ada orang lah.”

“Siapa?”

“Kawan kakak.”

“Kalau macam tu, boleh saya duduk tengah-tengah tak?”

“Tak boleh.”

“Kenapa?”

“Tak boleh tak boleh lah.”degil. Degil punya budak.

“Hai, Nia.”Tiara yang baru naik bas menegur kawan baiknya. Dia melemparkan senyuman.

“Hah. Tengok tu kawan kakak dah datang.”beritahu Rania lega. Kali pertama dia rasa lega tengok muka Tiara. Sebelum ni tak pernah-pernah. Selalu rasa bosan pun ada. Mana taknya, dari tadika muka Tiara tu jugaklah yang di hadap.

“Assalamualaikum, kakak. Nama saya Afiq. Saya sekolah dekat sebelah sekolah kakak. Boleh tak saya duduk dekat sebelah kakak Rania ni? Sebab, saya tak boleh duduk belakang sangat. Cepat pening kepala.”Afiq memperkenalkan diri dengan sopan pada kakak yang baru datang itu. Rania sudah terkejut. Pandai betul kau berlakon eh? Jangan terpedaya Tiara. Jangan terpedaya.

“Oh my god! Gila comel budak ni, Nia. Adik siapa ni? Aku tak pernah jumpa budak cute, baik and cerdik macam dia ni.”jerit Tiara separuh teruja. Rania tepuk dahi. Kenapa aku boleh terlupa yang si Tiara ni pencinta kanak-kanak nombor satu. Impian si Tiara ni pun nak bukak Tadika.

“Ok. Adik duduklah sebelah kakak Rania ni. Kakak tak kisah. Sebab, selama ni hari-hari kakak dah duduk sebelah dia.”Tiara senyum pada budak yang membawa beg sekolah Power Rangers itu. Comel. Dia menuju ke seat belakang. Rania mengeluh. Habislah aku kalau hari-hari macam ni.

******

“Ti. Kalau bas datang, kau cakap dekat Pak Oji aku lambat sikit. Suruh dia tunggu tau. Aku kena hantar buku cikgu ni.”pinta Rania pada Tiara semasa mereka hendak keluar dari kelas.

“Eh. Nia. Aku lupa nak cakap, hari ni mak aku kerja half-day. So, aku tak balik dengan bas.”Tiara serba salah.

“Dah tu macam mana. Kalau aku kena tinggal bas aku nak balik dengan apa?”tanya Rania. Air muka sudah mempamerkan reaksi bimbang.

“Takpe. Nanti aku turun dulu. Bila bas datang, aku beritahu Pak Oji suruh tunggu kau.”Rania angguk. Mujur kau ada, Tiara. Pak Oji tu bukan boleh kira. Bila datang angin marah dia, dia tinggal je siapa-siapa dia suka.

******

Rania berlari lari anak ke arah pintu pagar. Ni semua sebab cikgu Norlia lah. Ada pulak waktu dia pergi hantar buku dekat bilik guru tadi Cikgu Norlia panggil mintak tebuk lubang pada kertas OMR. Nanti senang dia nak tanda katanya. Nak menolak tak sampai hati pulak. Cikgu Norlia tu selalu tolong dia time exam. Nak nak bila dia dapat BM 78, cikgu Norlia tolong naikkan jadi 80. Dia takkan lupa semua tu.

Harap-harap Pak Oji tu tak tinggal lah aku ni.

Senyuman terukir bila nampak kelibat bas buruk Pak Oji di depan pintu pagar.

“Sorry lambat, Pak Oji. Ada hal tadi.”ujar Rania sebaik menjejak kaki ke atas anak tangga bas.

“Huh. Mujur budak tu merayu-merayu suruh tunggu kau. Kalau tak, jangan harap aku nak tunggu.”bebel Pak Oji. Pedal minyak ditekan. Rania cuma sengih. Sampai merayu-rayu kau, Tiara semata-mata nak suruh Pak Oji tunggu aku? Ceh. Nampaknya aku terhutang budi dengan kau la ni.

Rania berhenti di tengah-tengah bas. Dia pandang dua tempat kosong yang tinggal.Satu di sebelah Adib satu lagi di sebelah Afiq. Nak pilih mana satu ni? Budak dua orang ni pun satu, apa salahnya kalau diorang duduk sebelah-menyebelah. Nak jugak duduk asing-asing tu. Langkah diatur ke arah kerusi yang diduduki Afiq.

“Afiq, pergi lah duduk sebelah abang tu. Kak Rania nak duduk sini.”beritahu Rania pada Afiq. Afiq menggeleng.

“Duduk je lah sebelah Afiq ni. Macam tak biasa. Kan pagi tadi kakak dah duduk sebelah Afiq dah.”Rania mendengus. Geramnya aku dengan budak ni. Mulut tu, pandai je nak menjawab. Rania berjalan menuju ke arah Adib pula.

“Adib, kau duduk lah sebelah adik kau tu. Biar aku duduk sini.”

“Tak nak. Kau pilih lah, nak duduk sebelah aku ke nak duduk sebelah Afiq.” Adib pula membetul-betulkan posisi duduknya. Tanda dia tak akan berganjak dari situ.

Rania mengerutkan dahi. Cis siap kau orang adik-beradik.

Takpe. Takpe. Aku boleh berdiri lah. Rania memegang kerusi di berdekatan kerusi Afiq sambil berdiri.

“Hati hati semua, selekoh maut dekat depan tu. Duduk baik-baik. Nanti tercampak keluar tingkap Pak Oji tak tahu.”seloroh Pak Oji kuat.Memang depan tu ada selekoh tajam pun. Dah berapa kali ada kemalangan, bas terbabas lah. Apa lah.

Afiq memandang Kak Rania di yang berdiri sambil memegang seat depannya. “Tunggu apa lagi, kak. Duduklah. Kalau kakak tercampak, saya tak dapat nak sambut.”Afiq sengih. Rania terpaksa akur. Dia memilih untuk duduk di sebelah Afiq. Ye lah. Afiq tu kan kecik lagi. Kalau time dekat selekoh, kalau bahu berlaga dengan bahu Afiq pun tak kira dosa. Budak budak masih mumaiyiz kan?

Tiba-tiba Rania terasa ada kepala melentok di bahunya. Rania menoleh ke sebelah. Amboi, pandai kau mengambil kesempatan eh? Rania ketap bibir memandang Afiq yang pura-pura tidur itu. Kepala disandarkan pada bahunya. Mata terpejam tapi bibir ukir senyum. Gatal punya budak. Nanti kau.

Rania bangun. Kepala Afiq yang disandarkan pada bahu Rania terjatuh pada tempat duduk. Afiq mengaduh kesakitan.

“Apa ni kakak? Sakit tau kepala Afiq ni.”Afiq mengaduh sambil menggosok-gosok kepalanya yang sakit. Sampai hati, kak Rania.

“Dah siapa suruh gatal sangat. Padan muka. Lain kali, buat lah lagi.”marah Rania. Dia menuju ke kerusi paling depan. Belakang tempat driver. Orang yang duduk kat kerusi tu dah turun tadi.

Afiq mengekori Rania. Dia turut duduk di sebelah Rania sambil sengih-sengih.

Rania menghadiahkan jelingan maut pada budak lelaki yang duduk di sebelahnya. Ya Allah, Kau berikanlah aku kesabaran.

“Kakak taknak tidur ke? Kakak tidur lah. Takpe, saya takkan buat apa-apa pada kakak.”Afiq sengih lagi.

“Afiq ingat kita pergi rombongan ke Melaka? Sempat lagi nak tidur-tidur. Rumah kakak tak sampai 10 minit pun dah sampai tau.”Rania membuang pandang ke luar tingkap. Memerhati rumah-rumah di tepi-tepi jalan.

“Ala, kalau kakak rasa nak tidur, kakak tidurlah. Kalau kakak terlentokkan kepala kat bahu saya pun, saya tak kisah.”

“Eleh, nak lentok kepala kat bahu Afiq? Mahu patah tulang leher kakak ni. Afiq tu pendek. Tinggi pun paras pinggang kakak je.”Afiq yang mendengar sudah tarik muka. Diskriminasi ketinggian. Mana aci!

“Kakak nak lollipop?”Afiq menghulurkan lollipop Strawberi pada Rania. Rania menggeleng.

“Taknak. Afiq makan lah.”Rania menolak.

“Kakak ambiklah. Tadi Afiq jawab kuiz dekat sekolah. Cikgu bagi lollipop dua.”Afiq menunjukkan lollipop perisa Blueberry di tangannya.

“Ok.”Rania menjawab sepatah sebelum tangannya mencapai lollipop di tangan Afiq.

“Tak nak balik ke? Abang Adib dah turun tu.”beritahu Rania sebaik melihat Adib sudah turun dari perut bas.

Afiq geleng. “Taknak. Saya nak tengok rumah kakak.”

“Eeeh. Kenapa pulak sibuk nak tengok rumah kakak? Sudah. Sudah. Pergi turun sana.”

“Biar saya lah. Saya takkan turun selagi kakak tak turun dari bas ni.”Afiq berpeluk tubuh. Lagak macam orang tua.

“Oh yeke? Then, kakak takkan turun dari bas ni selagi Afiq tak turun.”ugut Rania pula. Afiq sekadar senyum.

“Ish.. Baik turun sekarang, Afiq. Nanti mak Afiq marah nanti.”arah Rania walaupun pintu bas sudah pun tertutup dan bas mula bergerak.

“Mama pergi kerja. Mana ada orang dekat rumah.”

“Nanti abang Adib cari. Baik Afiq turun.”

“Abang bukan kisah pun pasal Afiq.”Rania mengeluh. Nasib. Nasib.

********

“Eh. Dah sampai dah rumah kakak?”soal Afiq sebaik melihat Rania sudah mencapai beg. Rania mengangguk. Dia menuju ke arah pintu bas. Afiq pula pergi ke tepi tingkap. Dia mengeluarkan kepalanya melalui tingkap bas yang terbuka.

“Rumah kakak yang mana? Atap biru ke? Atap hijau ke? Atap coklat ke? Atap merah?”tanya Afiq kuat pada Rania yang baru turun dari bas. Rania berhenti seketika. Dia mendongak ke arah Afiq yang masih ada di atas bas.

“Rumah akak yang atap kuning.”ujar Rania sebelum berlalu. Afiq terdiam. Ada ke rumah atap kuning dekat sini? Tak nampak pun. Ah, biarkan je lah.

“Bye. Bye kak Rania. Esok jumpa lagi. Tidur nanti mimpi saya tau. Bye..”Afiq menjerit kuat. Tangannya melambai-lambai pada Rania. Rania menoleh melihat Afiq. Dia menjelirkan lidah lalu berjalan pulang ke rumahnya.

“Pak Oji. Nanti pusing rumah saya balik tau.”beritahu Afiq pada Pak Oji sebaik bas bergerak. Dia kembali ke tempat duduknya. Sekarang, Cuma dia satu-satunya penumpang yang tinggal.

“Eh. Banyak hensem muka kau. Kau ingat aku ni drebar kau?”marah Pak Oji pada penumpangnya itu. Harap je budak sekolah rendah, tapi banyak songeh.

“Bolehla Pak Oji. Nanti saya nak balik, macam mana?”suara Afiq sudah berubah serak. Taktik untuk memancing simpati.

“Huh. Untung kau tu anak kawan baik aku. Kalau tak, dah lama aku turunkan kau kat tepi jalan. Dah la tadi merayu-rayu suruh aku tunggu si Rania tu. Hish. Buang masa je.”Pak Oji mula membebel lagi. Afiq sengih. Cakap lah nak cakap apa pun, Pak Oji. Asal Pak Oji hantar saya balik sudah.

******

“So, nama awak apa?”tanya Afiq lagi pada perempuan berkaca mata tebal yang sedang duduk bersendirian itu.

“Pergi sana lah.”marah perempuan itu.

“Kenapa marah-marah ni? Ok. Ok. Macam ni. Apa kata awak bagi je nombor telefon awak kat saya. Senang sikit kita nak berurusan nanti.”tangan sudah mencapai telefon di dalam poket seluar. Wajah perempuan itu dipandang lagi. Sombong.

“Eh, awak ni tak reti bahasa ke? Saya cakap, pergi pergi lah!”kali ni perempuan itu menengking Afiq. Dia kemudian berlalu dari situ.

“Eleh. Aku pun tak heran lah dengan kau tu. Bajet lawa sangat. Aku saja je nak test iman kau tu kuat ke tak.”marah Afiq pula. Matanya melilau ke sekitar kawasan Universiti itu. Mencari mangsa.

Sebenarnya, dia bukannya desperate sangat. Cuma, entah kenapa dia jadi suka usik perempuan. Dari kecik dah macam tu. Nak buat macam mana. Tapi kali ini matanya jatuh pada seorang perempuan yang sedang berjalan. Air muka perempuan itu serius. Berkali-kali perempuan itu memandang jam di tangan. Eh, macam kenal perempuan ni. Tu bukan ke…

“Hai.”tegur Afiq sebaik perempuan itu lalu di depannya.Dia berdiri di depan perempuan itu sambil tersengih.

“Ya?”tanya perempuan itu pada lelaki di depannya.

“Rania kan?”soal Afiq inginkan kepastian.

Lambat-lambat Rania mengangguk. “Betul. Saya Rania. But, you can call me Dr Rania.”balas Rania sambil menunjukkan tag namanya.

“Oh, so you’re the new lecturer?”Rania angguk lagi.

Afiq senyum. “Interesting.”

“Err, sorry tapi awak ni….”

“Afiq.”pantas Afiq menjawab.

“Afiq mana eh?”dahi Rania berkerut. Cuba untuk mengingat mana-mana rakannya yang bernama Afiq. Takde rasanya.

“Hai.. banyak sangat ke lelaki nama Afiq dalam hidup awak sampai awak tak ingat saya?”Afiq ukir senyum lagi.

Rania tidak menjawab. Tanda dia betul-betul tak ingat.

“Ni Afiq lah. Afiq adik Adib. Tak ingat ke? Kita naik bas sama-sama dulu?”Rania terdiam. Lama. Sebelum dia pura-pura melihat jam di tangan.

“Saya ada class. Sorry. Got to go.”ujar Rania melarikan diri.

“Saya tahu. Awak mesti dah ingat saya siapa kan?”tanya Afiq sambil mengekori Rania.

“Tak. Awak salah orang.”Rania menafikan. Macam mana lah boleh jumpa dengan budak gatal ni lagi?

“Awak tak boleh tipu saya lah Rania.”Rania yang mendengar dah melajukan langkah.

“Betul saya cakap ni. Awak salah orang.”tegas Rania lagi. Dia membelok ke kiri untuk menuju ke arah pejabat. Afiq sudah berhenti mengikuti Rania namun matanya tetap menuruti pergerakan Rania . Tiba-tiba dia menjerit,

“Awak! Bukan dulu je saya suka kat awak. Sampai sekarang saya still lagi suka kat awak!”orang yang lalu lalang di situ sudah mula memandang Afiq pelik. Afiq pula tak habis-habis senyum. Orang nak cakap apa pun cakap lah. Yang penting dia dah jumpa Rania dia balik.

*********

“Doc. Boleh tolong ulang point yang tadi tak? Saya kurang dengar lah.”pinta Afiq pada Dr Rania yang berdiri di depan. Tak sangka, Rania tu ajar course yang dia ambik. Kalau dah jodoh tak ke mana, kan?

“Point yang mana ya?”tanya Rania pada studentnya itu. Geramnya aku budak ni. Tak dengar kau cakap? Padahal duduk depan sekali. Tak dengar apa nya?

“Point yang tadi lah.”

“Point yang mana?”

“Yang tadi tu.”

“Afiq, saya dah cakap banyak point tadi. Yang mana satu awak kurang dengar?”Rania cuba bersabar.

“Hmm. Macam mana ni Doc. Saya rasa semua point yang Doc cakap saya kurang jelas lah. Ok. Macam ni je lah. Apa kata Doc jadi tutor saya je. Tiap-tiap petang, saya pergi rumah Doc. Kita buat extra class. Satu jam sehari pun cukuplah. Amacam? Ok tak?”beritahu Afiq panjang lebar.

Cakap je lah yang kau nak suruh aku jadi tutor kau dari awal. Kan senang. Hish.

“Saya rasa, yang tu kita bincang kemudian. I’ve to finish my class first, Afiq.”Rania senyum plastic pada Afiq. Afiq membalas senyumannya itu dengan sengihan lebar.

“Ok. It’s up to you. Asalkan Doc jadi tutor saya, cukup. Tu pun saya dah suka.”

*********

“Awak pergi mana? Bila saya masuk MRSM waktu form 1 terus kita lost contact.”Afiq berjalan mendekati Rania yang sedang mengemaskan buku-buku di meja. Student lain semua dah keluar.

“Pindah.”balas Rania sepatah.

“Kenapa tak beritahu saya? At least tulislah surat ke.. Apa ke.. Saya tertanya-tanya tau. Dah la nombor phone pun awak tak kasi kat saya.”rungut Afiq. Rania tidak menjawab. Dia mengambil buku-bukunya sebelum keluar dari bilik kuliah. Seperti dijangka, Afiq juga mengekorinya.

“Kita nak pergi mana ni?”soal Afiq.

“Excuse me? Kita?”Rania memandang Afiq yang muda 6 tahun daripadanya itu.

“Ye lah kita. Kita nak pergi makan dulu ke or nak pergi rumah awak terus?”

“Bukan kita. Tapi saya ok. Kita pergi asing-asing. Saya naik kereta saya. Awak ikut dari belakang.”

“Dr Rania.. Apa salahnya saya naik kereta awak. Kita kan nak pergi tempat yang sama.”

“Saya tak nak.”

“Tapi saya nak. Lagipun kita kena menyahut seruan kerajaan. Car pooling. Baru dapat jimat minyak. Save environment.”

“Awak nak suruh saya jadi tutor awak ke tak ni? Kalau nak, kita pergi asing-asing.”sekali lagi Rania memberitahu keputusannya. Kali ni nada suaranya tegas. Dia membuka pintu kereta Perdana berwarna putih. Dia meletakkan buku-buku di seat belakang, sebelum menuju ke seat pemandu.

Tali pinggang ditarik. Tiba-tiba pintu kereta penumpang hadapan keretanya dibuka. Afiq masuk ke dalam kereta. Dia memakai tali pinggang.

“Tunggu apa lagi?”Afiq pandang Rania di sebelah. “Jom lah gerak.”

“Afiq…”Rania panggil nama Afiq.

“Ya, Rania sayang?”

Rania mendengus. “Keluar dari kereta saya ni.”

“Kalau saya cakap saya tak nak?”

“Saya takkan gerakkan kereta ni selagi awak tak turun.”

“Oh ye ke? So, saya takkan turun selagi awak tak gerakkan kereta ni.”Afiq sengih memandang muka Rania yang sudah marah itu.

“Eh, situasi ni macam pernah jadi je kan? Ingat tak time kita naik bas dulu? Awak suruh saya turun, tapi saya taknak turun selagi awak tak turun. Ingat tak?”Afiq menoleh pada Rania.

“Tak. Saya tak ingat. Saya tak ingat apa-apa pun pasal kita dulu-dulu.”

“Entah kenapa saya sentiasa ingat setiap detik kita bersama waktu dulu-dulu.”

“Ish. Afiq!”marah Rania. Budak ni dari kecik hingga sekarang degil tak bertempat.

“Apa?”Afiq bertanya tidak bersalah.

“Keluar dari kereta saya sekarang jugak.”

“Tak nak.”

“Baik awak keluar, sebelum saya…sebelum saya…”Rania berhenti tiba-tiba. Memikirkan idea yang bernas untuk mengusir Afiq keluar dari keretanya.

“Sebelum awak apa?”Afiq mengangkat kening sambil tersenyum.

“Sebelum… saya… beritahu… beritahu tunang saya.”Senyuman di bibir Afiq mati. Namun tidak lama kemudian dia ukir senyum kembali.

“Awak jangan nak menipu lah Rania. Awak tak bertunang lagi, kan?”

“Betul. Saya dah bertunang. Saya bertunang dengan…. Hakim.”

Afiq gelak. “Kalau macam tu saya dah bertunang jugak. Saya bertunang dengan Leeya.”

Oh, kau ingat aku main-main eh? Takpe. Biar aku tunjuk bukti. Rania buka pintu kereta. Dia memerhati sekitar kawasan parking Universiti itu. Mata melilau mencari lelaki yang boleh membawa watak ‘Hakim’ itu.

Afiq juga membuka pintu kereta.

“Awak buat apa?”dia bertanya. Pelik dengan tingkah laku Rania.

Rania jeling Afiq sekilas. “Cari tunang saya lah.”Afiq berubah muka. Tunang? Jadi betul lah Rania ada tunang dekat sini? Hati mula berasa tidak sedap.

Rania pula memerhati lelaki berkaca mata yang lalu di sebelahnya. Tak putih sangat, tak gelap sangat. Tinggi pun sedang-sedang je. Bagus. Ni lah ciri-ciri ‘Hakim’ yang sesuai.

“Hakim. Tengok dia ni Hakim. Sibuk nak naik kereta I.”adu Rania melulu. Lelaki yang dipanggil Hakim itu kelihatan terkejut. Rania mula mengenyitkan matanya pada lelaki itu. Tolonglah. Tolonglah menyamar jadi tunang aku.

“Ha?”dahi lelaki itu berkerut.

“You boleh tak tolong marah dia sikit, Kim?”pinta Rania lagi pada lelaki yang tak dikenalinya itu.

Lelaki itu senyap. Dia memandang Rania dan Afiq silih berganti.

Afiq dah pecah gelak tiba-tiba. Kuat. Rania menoleh ke arah Afiq. Kenapa pulak budak ni?

“Awak.. untuk pengetahuan awak tu bukannya Hakim. Nama dia Halim. And he’s married. Dah ada anak pun.”Afiq ketawa lagi. Air muka Rania dah berubah. Lambat-lambat dia memandang ‘Hakim’ tadi.

Lelaki itu membetulkan kaca matanya. “Maaf. Saya tak boleh terima cinta Doc.” Dia berlalu pergi dari situ.

Rania menggelengkan kepalanya berkali-kali. Apa aku dah buat ni? Ya Allah, memalukan diri sendiri betul. Rania melangkah masuk kedalam kereta. Kepala ditelekupkan pada stereng kereta. Malunya.. malu. Harap-harap takde orang nampak. Kalau tak kalau tak, mana dia nak sorok muka ni. Dah la dia tu lecturer. Lecturer baru pulak tu. Kalaulah isteri lelaki tadi tahu, mesti lagi kecoh.

Tok. Tok.. Tok..

Cermin kereta pemandu diketuk dari luar. Rania menoleh. Afiq sedang tersenyum sambil memberi isyarat agar dia menurunkan cermin kereta. Rania menurunkan cermin kereta.

“Kenapa?”soal Rania. Muka masih ditelekupkan pada stereng. Rasa malu masih tak hilang.

“Entah kenapa saya rasa baik kita tangguhkan dulu lah tutor kita tu.”Rania menjeling Afiq. Dah jadi macam ni baru nak tangguh. Huh.

“Esok kita start. Tapi don’t worry. Esok, saya naik kereta saya. Kesian pulak saya tengok awak, punyalah taknak naik kereta dengan saya sampai tuduh laki orang jadi tunang awak.”Rania pandang Afiq tajam. Ni ada jugak yang nak makan asap kereta ni.

“Ok then. Saya pergi dulu. Take care. Jumpa esok. Assalamualaikum.”Afiq senyum lagi. Dia mula berpaling untuk beredar dari situ.

“Eh, kejap.”Afiq menoleh semula.

“Yes darling?”Dahi Rania berkerut. Gatal. Gatal. Gatal!

“Awak jangan cerita dekat siapa-siapa pasal hal ni.”pesan Rania.

“Hal apa eh? Hal kita naik kereta sama-sama ke pasal hal awak nak mengorat budak tu tadi?”Rania dah menjengilkan biji mata.

Afiq sengih. “Jangan risau. Saya tak cerita dekat siapa-siapa. Buat apa saya nak malukan perempuan yang saya suka.”Rania terangguk-angguk. Bagus. Bagus.

“Tapi tak tahu lah. Kot-kot nanti kalau awak reject cinta saya, saya tak janji saya boleh simpan rahsia ni ke tak.”Eh eh dia ni!

****

“Abang saya, Adib dah kahwin.”ujar Afiq sambil menghulurkan kad perkahwinan pada Rania.

“Oh, yeke? Dengan budak mana?”Rania membuka kad yang dihulurkan sambil senyum.

“Entah. Diorang kenal waktu study dulu.”Afiq tarik kerusi di depan Rania.

“Eh, Afiq.”

“Ya. Kenapa?”

“Tarikh dalam kad ni semalam kan?”

“A’ah.”

“Awak terlupa bagi ke?”

“Taklah.”

“Habis tu?”

“Saya saja nak bagi kad tu lambat.”

“Ha?”Rania angkat kening.

“Sebab saya takut nanti mana tahu kalau-kalau bila dia nampak awak dekat majlis perkahwinan tu dia tak jadi kahwin pulak dengan bakal isteri dia tu. Yelah, kan dulu dia pernah suka dekat awak.”

Rania ketawa kuat. Perangai macam budak budak.

*****

“Awak!”Afiq mengejar Rania dari belakang.

“Kenapa dengan awak ni?”taya Afiq. Rania buat muka tidak peduli.

“Apasal awak nak lari dari saya je ni?”

“Awak ni buta ke pekak ha?”marah Rania.

“Maksud awak?”

“Awak tak nampak ke? Awak tak dengar ke yang semua orang sibuk cakap pasal kita.”

“Yea, so?”

“So? So awak cakap? Afiq.. yang diorang duk umpat, duk kutuk tu saya. Saya, awak tahu tak? Diorang cakap saya tak sedar diri, sibuk nak kawan dengan budak yang jauh lagi muda dari saya.”

“Lantak lah diorang nak cakap apa pun. Bukan kita kacau hidup diorang pun.”

“Awak cakap senang lah. Sebab diorang bukan kutuk awak. Diorang kutuk saya.”

“Habis tu awak nak saya buat apa? Pergi sealed mulut sorang-sorang. Macam tu?”

“Saya nak awak jauhkan diri dari saya and saya akan anggap awak tu macam student saya yang lain.”

“Oh kira ni salah saya lah? Sebab saya selalu ikut awak?”Rania angguk.

“Fine. Fine Nurul Rania Arisya. Fine. Kalau tu yang awak nak. Fine!”jerit Afiq sebelum beredar. Rania terdiam. Aku salah cakap ke tadi?”

****

“Jadi ada apa-apa soalan?”Rania memandang studentnya satu persatu. Mata jatuh pada Afiq. Dulu Afiq lah yang sibuk bertanya itu ini tiap-tiap kali habis kelas.

“Afiq? Anything? ”Panggil Rania.

Afiq memandang Rania sekilas sebelum memandang jam tangannya. “Kelas dah habis kan, Doc? Boleh saya keluar?”Afiq bangun sambil capai beg sandang. Rania angguk. Apasal aku rasa sedih semacam je ni. Rania tarik nafas.

“Doc!”jeritan kuat pelajar lelaki yang duduk di belakang kelas membuatkan Rania berpaling. Dia memandang studentnya yang bernama Faiz itu.

“Saya suka Doc!”Faiz menjerit lagi. Kelas dah bertukar riuh. Marker pen di tangan Rania terjatuh. Terkejut.

“Hoi! Aku dulu suka Doc! Kau jangan nak sibuk lah.”kali ni Afiq yang sudah hampir keluar pula menjerit. Matanya tajam memandang Faiz. Rania makin terkejut.

“Kalau kau nak suka dekat Doc, kau kena langkah mayat aku dulu!”marah Afiq lagi. Kemudian Afiq berjalan menuju ke arah Rania yang terkaku di depan kelas.

“Dr. Rania, jom kita kahwin!”lamar Afiq kuat.

*****

“Mama siapa nama kakak yang tadi?”Rania yang sedang melipat baju memandang anaknya, Fazren.

“Kakak yang mana?”soal Rania. Afiq yang sedang membaca surat khabar menjeling anak lelakinya sekilas.

“Ala.. kakak yang datang hantar kuih tadi tu.”Fazren mendekati ibunya. Kereta mainan di tangan tidak dilepaskan.

“Nama dia Syakirah. Dia kan anak makcik yang duduk sebelah rumah kita. Kenapa?”

“Umur dia berapa mama?”Fazren bertanya lagi.

“13 tahun rasanya. Betul tak bang?”Rania menjeling suaminya.

“Abang rasa betul dah tu. Bukan dia baru masuk sekolah menengah ke tahun ni?”

“Betul jugak tu bang. Baru saya teringat kan dia selalu tunggu bas depan rumah kita tiap-tiap pagi. Mak Syakirah tu tak boleh hantar dia. Sekolah Syakirah tu jauh.”

“A’aah kan. Tapi kenapa Ayen tanya?”

“Ayen umur 7 tahun kan papa?”Afiq mengangguk perlahan-lahan sebelum dia memandang isterinya sambil mengangkat kening. Kenapa anak kita tu, yang?

“Kenapa, Ayen?”Rania pula bertanya.

“Dia tu cantik jugak kan, mama?”serentak dengan itu Afiq menghamburkan tawa. Muka Rania dah masam mencuka.

“Tak boleh! Tak boleh! Ayen tak boleh suka dia!”marah Rania. Suaminya yang ketawa di sebelah dijeling.

“Mana ada orang suka dia. Orang cuma cakap dia cantik je.”Fazren membela diri. Dia duduk kembali ke atas sofa.

“Relaks lah sayang. Jangan marah-marah.”pujuk Afiq kemudian dia ketawa lagi.

“Relaks abang cakap? Ni abang punya pasal la ni. Eeeee, geramnya saya. Ni semua Fazren ikut perangai abang la ni.”

“Eh eh. Saya pulak yang kena.”

“Mama tak izinkan Ayen suka dia. Ayen tu umur tujuh tahun. Dia tu 13 tahun. Tak boleh. Tak boleh. Ayen dengar tak ni?”

“Ya. Ya. Ayen dengar.”

“Mama. Mama.”

“Kenapa?”

“Kalau Ayen nak pergi sekolah naik bas, boleh tak?”

“Ayen!!!”

_________________________________________________________

UPDATE: Writer dah tukar gelaran Prof. Rania kepada Dr. Rania. Thanks untuk siapa-siapa yg tegur :)

25 comments:

  1. Haha..kelakarlah cerpen ni.Sama je prangai anak dgn ayah.Haha :)

    ReplyDelete
  2. hehe..aku senyum je bace cerita ni dr awal..hehe..like father like son..hehe

    ReplyDelete
  3. hahaha...
    ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasinya...
    haha...endingnya sangat best!

    ReplyDelete
  4. really2 like this cite.. :) hahah

    ReplyDelete
  5. best nye ! sies lwak sgt ! leleh air mta bce .. hahaha

    ReplyDelete
  6. hehehe...sukenya cite nie..
    lawak la..asyik nak gelak ja bla bca..

    ReplyDelete
  7. Hahaha..
    Lawak jer
    Dpt gen bapak dia lebih:D

    ReplyDelete
  8. hahaha....
    like father like son...

    ReplyDelete
  9. hak3
    lwak gler..
    cinta bdak umo 8 taon..
    creative gler writer niyh

    ReplyDelete
  10. g-ler cite ni!!xpenah bc story cam ni dowh!hahahahaa......kreatif r korg nih!

    Sufi (",)

    ReplyDelete
  11. 5 star la...bes2..heee~~

    ReplyDelete
  12. seronoknyer cite nie....sangat2...

    ReplyDelete
  13. teringat kata sorang ustaz kat skolah,..sorang laki xkan suka kan sorang pompuan tu kalo lebih tua dari dia...kalo ade, mesti somthing goes wrong somewhere.
    tp baca cerpen ni kan...
    lawak je afiq ni. haha. sgt suka...!

    ReplyDelete
  14. hahahaha..comelnyaaa...><..dri cerpen naim suka nadhrah lgi comel2 jerr citerr diaa...

    ReplyDelete