Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Sunday, October 9, 2011

Bukan Ustaz 1

Ihsan duduk di atas kerusi batu dekat halaman rumah.Matanya ralit memerhatikan kereta yang lalu lalang.

“Ah.Tengoklah dunia…Pencemaran merata-rata…Habuk memenuhi udara…,”Ihsan mula praktis sajak.Minggu depan dekat sekolah ada pertandingan mendeklamasikan sajak.Temanya alam sekitar.Hmm..sedap jugak sajak aku ni.Dia tersenyum sendirian.

“Dah la Daun.Kau kalau tak merepek sehari tak sah.Kalau puitis tu tahan la jugak.Ini tak.Sumbang. Rima pun entah ke mana…,”

Wajah Ihsan bertukar cemberut.Jihan yang tengah duduk menopang dagu di tepi tingkap dipandang geram.Mujur ada pagar yang memisahkan rumah mereka.Kalau tidak memang dah lama dia tarik rambut minah tu.

“Weh Petai..kau cakap baik-baik sikit!!Suara aku ni lunak merdu.Bukan macam suara kau.Kasar macam suara katak!Bahasa Melayu aku A++ lah mak cik!,”Ihsan balas kejam.

“Cikgu Ramlah tu rabun.Sebab tu dia bagi kau A.Lagi satu,nama aku bukan petai lah!!,”Jihan pula menjerit lantang.Tangan Jihan sudah berada di pinggang.
Marah nampaknya.Ah.Ingat dia takut?

“Siapa suruh panggil aku Daun?Padan muka kau!Nama aku punyalah sedap.Tengku Ihsan.Ada pulak panggil Daun..tahulah nama kau Siti.Nama kampung!Itu yang kau jeles sangat dengan nama aku..,”Ihsan ketawa berdekah-dekah.Bahagia sungguh rasanya bila dapat kutuk Petai a.k.a Siti.

“Nama aku Siti Nur Jihan! “

“Ada aku kisah?,”Ihsan tanya sambil pandang pokok ceri.

“Sudah la kau!Malas aku nak layan!”Jihan menahan marah.

“Siapa suruh kau layan?,”

Pap!!Cermin tingkap ditutup kasar.

Ihsan tersenyum lebar.Akhirnya Petai betul-betul marah.

*****************

Jihan garu kepala yang tak gatal.Wargh!!Tension betul.Sekali-sekala matanya menjeling ke luar tingkap.Hari dia tak nampak pulak bayang Daun.Mana pulak pergi si Daun ni?

Bunyi pintu rumah sebelah dibuka dari dalam membuatkan Jihan berdiri.Kakinya pantas menuju ke tepi tingkap.

Daun tengah letak baldi atas lantai.Nampak gayanya tu macam nak basuh basikal.

“Kesian…basuh basikal aje?Ayah kau tak kasi beli motor ke??,”Jihan gelak macam pontianak di tepi tingkap.

Sadis sungguh nasib Daun,orang lain semua dah pakai motosikal,Daun sorang aje yang masih pakai basikal.

Daun tak angkat kepala.Tangannya khusyuk meng elap basikal dengan air sabun.
Apa kena pulak Daun ni?Senyap semacam aje.Jangan cakap dah insaf nak jadi baik la,kalau Daun tiba-tiba berubah baik,memang menakutkan.

Daun cuma akan baik dengan dia kalau Daun nak buat benda jahat dekat dia aje.Ada udang di sebalik batu.

“Tak payah tunjuk baik la Daun,muka kau tu tetap muka penyangak…,”Jihan masih tetap berkata-kata.Saja nak umpan Daun berbalas kata.

“Ehem..Jihan.Dah lama duduk dekat tepi tingkap tu?,”suara orang berdehem membuatkan Jihan sedikit tersentak.Secara automatik Jihan mula perasan kehadiran satu susuk tubuh di depan pintu rumah Daun.

“Eh…Tengku…,”Jihan tersengih sendiri.Cover jangan tak cover.Macam mana lah boleh tak perasan bapak Daun ada dekat situ.Daun pun satu.Bagi la hint sikit.Ini tak..diam aje.Memang si Daun tu nak buat dia malu.Nasib baik sikit aje dia kutuk Daun.Kalau lebih-lebih karang,memang ada yang kena kapak dengan ayah Daun.Daun kan anak kesayangan ayah.

“Tengku dengan Tengku.Siti untuk Abu dengan Ali.Ingat tu Jihan…,”usai berkata demikian,ayah Daun menghilang ke dalam rumah.

Jihan mencemik bibir.

“Tengku dengan Tengku..Ingat tu Jihan.Hish.Tolonglah…Takut sangat.Aku pun tak hingin lah dengan mamat Kelantan ni,”Jihan ajuk cakap ayah Daun,Tengku benda apa entah.Tak ingat.Namanya panjang dan berbelit-belit.Biasalah tu kan.Orang ada gelaran.Kalau boleh dekat IC tu nak letak gelaran.

“Kalau kau tak hingin,aku sejuta kali tak hingin.Aku pun tak nak perempuan yang suka makan petai..,”

Eh,ada suara rupanya Daun.Ingatkan bisu.

“Aku pun tak suka lelaki yang makan daun,”Jihan balas geram.

“Bukan daun lah mangkuk!Ulam!,”nada Daun makin tinggi.

“Ah.Lantaklah.Ulam pun speisis daun jugak,”

“Macam lah kau tak pernah makan ulam,”

“Aku tak makan ulam okay!Lidah aku ni western.Sarapan pun dengan mayonis,”

“Orang western tak makan petai!,”

Geram betul dengan mamat ni.Kalau ada termometer dekat sebelah,tahap kemarahan Jihan mesti dah melebihi 100 C.Boleh tak jangan nak menjawab?Sekali sekala apa salahnya mengalah.Gentleman sikit.Lelaki yang budiman akan diam aje.

Huh.

Tapi kalau yang namanya Daun,memang tak akan pernah budiman.

“Aku tak cakap pun aku ni western!Aku cakap lidah aku..Please la Daun.Korek telinga tu betul-betul,”

Pap!Daun hempas baldi.

“Dah la kau!Makin lama cakap dengan kau makin panas hati aku!,”Daun nak bergerak masuk ke dalam rumah.

“Eh,nanti kejap Daun!,”Jihan menahan.

Daun pusing belakang.

“Apa lagi?!,”suara Daun bernada geram.

Jihan mula tersenyum manis.

“Kau dah siap Math?Nak pinjam boleh?,”

Daun tersengih sekejap sebelum ketawa terbahak-bahak.

“Kau ingat aku nak bagi kau pinjam?,”tawa Daun mati serta-merta.

“Boleh la Daun..kau kan genius.Aku belum buat satu habuk pun.Dah la soalannya banyak.Cikgu math pulak suruh hantar besok,”Jihan menunjukkan muka kesian.

“Apa yang aku dapat kalau aku tolong kau?,”nampaknya Daun dah mula menimbang.
Senyuman Jihan makin lebar.

“Aku sanggup buat apa saja yang kau suruh…,”

Daun berjalan masuk ke dalam rumah.Muka Jihan ditatap sebentar sebelum dia bersuara,

“Pergi mati!,”

Pintu rumah terus ditutup rapat.Grr…Jihan menahan geram.Kalau tak nak bagi pinjam tu cakap aje lah.Apa pergi mati?Bila ingat aje kata-kata Daun,telinga terus rasa berasap.

Tak guna punya Daun.Siaplah kau nanti.Aku nak buat baik dengan kau…sombong!Cis.

******************

Ihsan masuk kembali ke dalam kelas dia,2 Biru dengan tenang.Muka yang satu tu dicari-cari.Bayang Jihan tak ada dalam kelas.Makin tenang hati dia kini.

Terus mood hari ini jadi baik.Lepas rehat giliran Cikgu Ibrahim masuk mengajar.Subjek Matematik.Nasib baik dia dah siap kerja tu.

Alah,setakat Math.Pejam mata pun boleh jawab.Bukan macam budak yang sorang lagi.Tak berapa cerdik Math.Atau dalam bahasa kasarnya lembap.Lagi kasar bengong sungguh.

Jihan kalau buat Matematik berjam-jam.Mana taknya,nak kira 12x12 pun ambil masa 5 minit.

Ihsan membuka beg sekolah miliknya,nak bawak keluar latihan Math.Nanti senang bila Cikgu Ibrahim nak bincang.

Eh,apasal tak ada?

Biar betul?

Rasanya dari malam semalam lagi dia letak buku tu dalam beg.

Ihsan pusing sebelah.Menghadap Eduard Lee.

“Nampak tak buku Math aku?,”

Eduard geleng kepala.

“Tak,”

“Ada siapa-siapa tak datang tempat aku masa aku pergi tandas tadi?,”

“Ada…,”

“Siapa?,”

“Jihan..,”

“Cis.Yang kau bagi dia duduk sini tu kenapa?Kan ke Jihan tu musuh kita?,”Ihsan bertanya geram.Nak aje luku kepala Eduard ni.Harap nama aje best,tapi bendulnya…Ya Allah.Sabar aje lah aku.

“Aku tahu.Aku pun tak bagi dia duduk sini.Aku halau dia.Tapi Jihan tu degil..dia…dia..,”dalam pelat Cinanya,Eduard mengadu.

“Dia apa?,”

“Dia cubit aku…,”

Ihsan menggeleng kepala.Sedihnya rasa.Dah tak tahu nak cakap apa.Dengan perempuan pun kena buli.Jihan ni memang.Sanggup buli bestfriend dia.

“Mana budak tu?,”

“Dia bawak buku kau pergi tandas…,”

Langkah Ihsan untuk keluar kelas dihalang Cikgu Ibrahim.Kolar baju Ihsan ditarik.

“Hah?Nak ke mana pulak tu?Asal saya masuk aje terus nak keluar.Masuk dalam kelas,”tubuh Ihsan ditarik ke dalam.

“Alah Cikgu.Kejap aje.Saya nak pergi tandas.Tak tahan ni,”Ihsan cuba merayu.

“Masa rehat tadi tak nak pergi tandas.Dah.Tak payah nak mengada-ngada.Balik tempat kamu,”

Ihsan kembali ke tempat duduk dengan langkah longlai.

Tok!Tok!

Jihan,Ashminta dan Rohayu muncul di muka pintu.

“Sorry Cikgu.Kitorang lambat sikit…,”Jihan mengukirkan senyuman.

“Tak apa.Lain kali jangan lambat.Dah.Masuk cepat.Saya nak mula mengajar dah ni,”Cikgu Ibrahim menyuruh budak bertiga tu masuk dalam kelas.Lambat sebab sorok buku dia.Huh.Ihsan menahan geram.

“Okey.Sekarang kita belajar tajuk baru..,”

“Cikgu!,”Jihan tiba-tiba angkat tangan.

“Cikgu tak nak kutip latihan minggu lepas?,”

Dada Ihsan berdebar-debar.

Cikgu Ibrahim mengurut-urut janggut di dagu.

“Minggu depan hantar.Kita dah banyak tertinggal ni.Kelas lain dah masuk chapter 4,”

Ihsan senyum sinis.Jihan pula terus masam mencuka.

Padan muka kau Jihan.Tulah,jahat sangat.

*******************

Lepas kejadian yang dia sorok buku Daun,Jihan dah malas nak buat apa-apa.Penatlah bila bergaduh ni.Daun pulak selalu aje bernasib baik.

Nasib baik Daun tak balas dendam pada dia.Ye ke Daun tak balas dendam?Entah-entah Daun tengah rancang sesuatu?Jihan menggeleng kepala.Harap-harap tak lah.

Sejak kejadian dua minggu lepas tu,dia dengan Daun tak bergaduh.Kalau terserempak pun masing-masing buat tak nampak.Baguslah.Aman hidup dia.

Ashminta tiba-tiba datang tergopoh-gapah menghampirinya.

“Jihan…berita tergempar!,”gadis berketurunan India-Pakistan itu duduk di kerusi kosong di sebelah dia.

“Apa dia Ashmin?Aku kalau boleh malas la nak dengar apa-apa berita fasal Daun,”ujar Jihan jujur.

“Ni berita best tau.Daun ambil adik angkat,”kata-kata dia langsung tidak dipeduli Ashminta.

“So?,”keningnya terangkat.

“Kau pun tak nak ambil adik angkat?Sekarang dah jadi trend tau.Aku pun dah ada adik angkat,”

“Siapa adik angkat kau?,”

“Budak form 1.Jasmine,”

“Siapa adik angkat Daun?,”

“Kawan Jasmine.Nora,”

Jihan mencemikkan bibir.

“Kau dengan Daun memang membosankan.Tak ada budak lain ke dalam dunia ni nak dijadikan adik angkat?,”

“Dah budak form 1 tu comel..nak buat macam mana,”

“Tak kan kau tak nak ambil adik angkat?Malulah nanti.Daun ada adik angkat…tapi kau tak ada.Mesti Daun gelakkan kau,”

Jihan mendengus.

“Memanglah jauh di sudut hati,aku nak jugak sebenarnya ambil adik angkat.Tapi kau fikirlah sikit Ashmin.Berpijak di dunia nyata.Tak ada orang yang nak jadi adik angkat aku,”

*******************

Sejak ada adik angkat form 1 ni,hati rasa berbunga-bunga.Tak perlu lagi nak serabutkan fikiran fasal Jihan.Bila tengok muka Nora yang comel tu,hati terus rasa sejuk.

Bagus jugak ada adik angkat ni.

Ihsan menghampiri Bob,Aaron dan Aziz.Mereka tengah enak menjamu selera.Waktu rehat masih lama lagi.

Air sirap dan sepinggan mee goreng diletakkan betul-betul di hadapan Bob.

“Mana Eduard?,”Bob tanya sambil angkat-angkat kening.

Ihsan menjungkit bahu.Dia pun tengah cari Eduard sebenarnya.Bila loceng bunyi,terus aje si Eduard mendesup hilang.Pergi library kot.

Ihsan menyuapkan mee goreng ke dalam mulut.

“Kau ada dengar cerita tak?,”kali ni Aaron pula yang menyoal dia.

“Cerita apa?,”satu sudu mee disuap lagi ke dalam mulut.

“Jihan dah ada adik angkat,”ujar Aziz.

Ihsan tersenyum sinis.

“Budak tu memang.Bila aku ambik adik angkat,sibuk nak ambik adik angkat.Menyibuk betul,”dia menggeleng kepala.Memang tak faham dengan perangai Jihan.

“Kau tak kisah ke dia ambik adik angkat?,”kening Aaron berkerut seribu.

“Apasal aku nak kisah pulak?Lantak dia lah.Adik angkat dia kan….,”dahi Ihsan turut berkerut.

“La…kau tak tahu lah ni?,”Bob menyampuk sambil ketawa.

“Tahu apa?,”

“Lambat betul lah kau ni Daun.Kitorang yang dari kelas sebelah dah tahu…kau yang duduk satu kelas dengan Jihan tak tahu apa-apa…,”Bob ketawa makin kuat.

“Tahu apa?Cuba kau cakap sikit…,”Ihsan menahan geram.Sakit hati ditertawakan Bob.Dah la kata dia lambat.Atau dalam bahasa kasarnya lembap.

Air sirap dihirup.

“Adik angkat Jihan,Eduard Lee..,”

Pfhhh.Hampir sahaja air sirap yang diminumnya tersembur keluar.

10 comments:

  1. setelah lama tidak menjengah di sini.
    tup tup...
    yay ada cerita baru. ^^
    teruskan berkarya. :)

    ReplyDelete
  2. hehe.. suke-suke
    ada cerita baru yang best..

    ReplyDelete
  3. nice2..lme tnggu ctr dlm blog nie..gud job :)

    ReplyDelete
  4. yey..yey.. citer baru.. cepat sambung;)

    ReplyDelete
  5. haha aaron dan aziz ^

    ReplyDelete
  6. macam best je citer nie..cepat la sambung.....

    ReplyDelete
  7. Cepatla smbng x saba nie....

    ReplyDelete
  8. lama nya tunggu nk sambung :(

    ReplyDelete