Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Friday, January 15, 2010

B.M.W (3)

“Uhuk.. Uhuk..”Darian tersedak melihat perempuan separuh abad itu. What the… Apa yang dia buat kat sini?

“Mak.”ujar Amsyar sepatah. Mak cik Kinah senyum memandang anak sulungnya. Mak? Maksudnya Am ni anak…. Dia? Keciknya dunia.

“Makcik.. Rindunya dekat makcik.. Dah lama kita tak jumpa kan? Makcik ingat tak lagi dekat saya?”aku dan Mak Cik Kinah saling berpelukan. Memang dah lama aku tak jumpa mak Amsyar. Last jumpa pun time ambik result SPM.

“Ingat. Takkan makcik tak ingat. Amsyar mana ada kawan perempuan lain. Bella sorang je lah.”Makcik Kinah meleraikan pelukannya.

“Duduklah, makcik. Join kitorang makan sekali.”pelawa Wadi tanda hormat. Kerusi kosong di meja berhampiran ditarik.

“Terima kasih.”Mak cik Kinah melabuhkan punggungnya.

“Mak nak makan apa? Am order.”Amsyar segera memanggil pelayan.

“Makcik buat apa kat sini?”ringan mulut aku bertanya usai pelayan perempuan tadi mengambil pesanan.

“Makcik cari pekerja ponteng.”sinis jawapan Mak Cik Kinah.

“Pekerja ponteng? Sejak bila pulak tugas ketua cleaner jadi macam cikgu disiplin ni?”Amsyar menyampuk. Tak pernah-pernah dia dengar cerita ketua cleaner cari pekerja ponteng.

“Nak buat macam mana.. Pekerja mak ponteng kerja. Kalau mak tak cari dia, mak kena marah dengan boss. Budak tu pun satu.. baru je kerja sehari dah berani nak ponteng.”ujar Mak Cik Kinah sambil matanya menjeling-jeling Darian.

“Teruknya pekerja tu. Habis? Makcik dah jumpa ke?”kali ni Wadi bersuara. Darian dari tadi asyik tunduk je. Tak berpaling langsung. Still mengadap mangkuk laksa.

“Makcik rasa makcik dah jumpa. Tapi makcik taknak ajak dia paksa dia sambung kerja. Biar dia pergi sendiri. Kita ni manusia. Kerja tu umpama amanah. Tanggungjawab kita. Berat atau ringan kerja kita, kita kena buat. Kalau kita tak buat amanah yang orang beri, kita yang berdosa. Nanti kita jugak yang kena jawab kat akhirat nanti. Makcik Cuma nak tolong dia. Tapi kalau dia still nak ponteng, nak melepak.. nanti makcik suruh dia berhenti kerja. Yelah.. dari menanggung dosa free.”lancar mulut Mak Cik Kinah member nasihat atau sindiran mungkin.

“Hrm.. Saya ada jugak ponteng kerja sekali sekala dulu. Tapi tu dulu, makcik. Time masih jahil. Sekarang ni tak..”jujur Wadi mengaku. Sekarang dia dah ada business sendiri. Mana boleh ponteng dah. Karang tak pasal-pasal lingkup.

“Baguslah kalau dah tak buat. Kita ni kalau kerja, mesti ikhlas. Bersungguh-sungguh. Jangan buat kerja tak habis. Tak baik. Nanti siapa nak habiskan kerja kita? Fikirkan orang lain jugak. Orang lain ada kerja sendiri. Bukan nak buat kerja kita yang tak siap tu je..”Mak Cik Kinah menyambung ceramahnya. Amsyar memandang aku sambil tersengih-sengih. Maybe suruh aku faham sikap mak dia yang suka bagi ceramah. Takpe, Am. Aku faham.

Darian bangun tiba-tiba.

“Sorry, semua. Aku pergi dulu. Nah. Kau bayar makanan ni nanti.”Not RM50 diserahkan pada Wadi.

“Nak pergi dah?La.. relakslah bro. Baru pukul berapa.”Wadi pandang Darian yang sudah mahu melangkah.

“Aku nak sambung kerja. Kerja tu kan amanah.”Makcik Kinah yang mendengar tersenyum lebar.

***************
“Am. Boring lah. Apesal takde orang pun.”keluhku jujur. Wajah Am yang sedang menghadap skrin computer dipandang.

“Kau ni.. Kot ye pun bosan. Tak payah la nak tanye straight to the point. Terasa aku tau. Aku tau la kedai aku ni tak ramai orang. Tak laku.”suara Amsyar kedengaran perlahan. Matanya langsung tak memandang aku.

“La.. merajuk pulak dia. Tak, maksud aku.. Aku nak buat apa sekarang ni?”aku membelek-belek fail di atas meja.

Serius. Aku memang tak faham satu habuk pun pasal computer ni. Kalau orang tanya pasal Word, Power Point tu boleh la aku jawab.

“Macam ni. Kau jaga kedai jap. Aku dengan Fakhrul nak pergi makan.”Amsyar bangun dari kerusi.

“Apasal nya? Aku nak pergi jugak..”aku menunjukkan muka tak puas hati. Mana aci tinggal aku sorang-sorang.

“Habis? Siapa nak jaga kedai? Perut aku dah lapar ni.. Aku tak lunch lagi siang tadi. Kau jangan nak mengarut. Jom Am. Aku dah kebulur ni. ” ujar Fakhrul yang muncul dari belakang Amsyar.

“Kalau ada customer datang… Lepastu dia mintak yang bukan-bukan macam mana? Aku bukan reti.”

“Kau jangan risau, pagi-pagi jarang ada orang. Kalau ada jugak, kau call je aku.”Amsyar senyum segaris.

“Tapi..tapi..”

“Bye..”Amsyar melambaikan tangannya. Fakhrul turut mengekorinya keluar. Aku pandang keliling. Boleh ke aku jaga kedai sorang-sorang ni?

“Hello, miss.”seorang lelaki cina berusia lebih kurang 30 an masuk ke dalam kedai. Aku melemparkan senyuman manis.

“Yes, sir. May I help you?”Aku bertanya dengan ramah. Confirm lepas ni rating kedai Am naik. Mana taknya, ada cashier peramah macam aku.

“Can I ask you something?” Tanya? Habislah aku. Harap-harap dia tanya soalan yang aku boleh jawab.

“Err.. sure. Why not.” Naik lenguh dah pipi ni dari tadi duk senyum.


“My laptop always shows the message that you may be the victim of software counterfeiting and the screen becomes black. How can I fix the problem?”Macam mana ni.. software counter ape pulak tu. Amsyar.. tolong lah.. Aku dah nak nangis ni..

“Sekejap ye.”ujarku sebelum mencapai telefon bimbit. Nombor Amsyar pantas kucari sebelum menekan butang hijau. Lama aku menunggu. Apasal silent tetiba ni? Biasa ada bunyi. Skrin telefon ku pandang. Takde bateri!! Habislah aku. Dah la no Amsyar aku tak ingat. Kalau tak, boleh aku guna telefon kedai ni. Charger phone pun aku tak bawak. Redha je lah Bella.

“Sorry sir. Tapi.. sa..sa. saya tak tahu.”lambat-lambat aku menjawab.

“What do you mean by tak tahu?”marah lelaki cina itu. Aku diam.

“You kerja kat sini but you tak tahu software counter tu ape? You ni….”

**************
Nak pergi ke tak.. Nak pergi ke tak.. Pergi.. tak.. pergi ke tak.. Dari tadi Darian tengok lelaki cina tu marah Bella. Kebetulan, tadi dia lalu depan kedai tu. First time dia tengok Bella kena marah memang dia rasa nak bersorak je. Padan muka. Padan muka. Tapi tu semua 10 minit lalu.

Sekarang, rasa kesian pun ada. Apek cina tu marah Bella tak henti-henti. Entah apa masalah pun dia tak tahu. Besar sangat ke problemnya? Sekejap cakap English. Sekejap cakap cina. Sekejap Melayu. Dia yang berdiri tak jauh dari kedai ni boleh dengar. Walaupun tak berapa jelas. And now, dia dalam dilema. Pergi tolong ke tak pergi tolong.. Kalau dia pergi, takut Bella menangis terharu pulak. Kalau tak pergi, melepas chan nak jadi hero. Pergi jelah. Sekali sekala buat amal jariah.

Langkah dituju ke arah kedai Am the Whizzer.

“Apasal ni apek? Dengan perempuan pun nak marah ka?”tegur Darian. Dia menepuk bahu lelaki itu.

“Apa lu cakap?”lelaki itu pusing belakang. Mukanya merah.

“Apa masalah lu, apek? Kita settle slow-slow. Tak payah nak marah-marah. Lu bikin malu gua punya kedai la.”soal Darian. Aku yang mendengar dah angkat muka. Apa maksud dia dengan gua punya kedai? Hello.. ni kedai Amsyar ok. Suka suki mak bapak dia je.

“Ini lu punya kedai?”Darian angguk. Belasah je lah. Alang-alang menipu.

“Lu towkey?”sekali lagi Darian angguk.

“Lu pigi mana tadi?”

“Lu banyak tanya la apek.. Sekarang lu cerita sama gua. Apa masalah lu sampai lu kecoh-kecoh.”ujar Darian sedikit keras. Sibuk pulak apek ni.

“Ini.. gua ada masalah dengan laptop gua. Dia punya scleen dah tukal jadi hitam wo. Sebelum tukal hitam tu, dia ada tulis itu software counterfeiting. Macam mana gua mahu buat? Gua manyak lisau wo. Itu laptop gua manyak sayang..”

“La.. Tu senang saja.. Lu bawa lu punya laptop. Nanti gua punya pekerja format balik.”Darian senyum.

Sebenarnya, dia pakai cakap je. Setahu dia.. kalau laptop ada problem reformat balik je. Tu yang abang Rasyiq selalu buat.

“Lu punya pekerja mau baiki? Siapa? Ini amoi ka?”mulut lelaki itu diherotkan ke arah aku.

“Kalau ini amoi, gua kasi hanta tempat lain.” Dahiku berkerut. Teruk sangat ke aku ni? Sampai nak hantar tempat lain?

“Tak.. Lu jangan risau.. Ini amoi Cuma kuli gua saja.”Darian sengih sengih sambil menjeling aku.

“Kuli lu? Betul?”soal lelaki cina itu tak percaya.

“Betul.. Lagipun ini amoi ada penyakit.”Aku berdehem-dehem. Sejak bila pulak aku ada penyakit ni? Nak kena betul mamat ni. Aku hempuk karang.. Jap.. mana boleh. Kan dia dah tolong aku. Lagipun.. aku dah berterima kasih sangat-sangat dekat Darian. Tapi, takkan aku nak cakap kat dia kan? Tak-akan.

“Penyakit apa?”ujar lelaki cina itu ingin tahu.

“Slowisma Amnesiasm Madism.”

“Apa punya penyakit itu?”

“Kelembapan yang berlaku akibat penyakit hilang ingatan dan jika berterusan boleh menyebabkan pesakit kurang waras.”aku membulatkan mata. Lembab? Hilang ingatan? Kurang waras? Apa kes?

“Wo.. Manyak bahaya ini penyakit.. Itu pasal la ini amoi jadi lembab-lembab.”Amboi.. diorang ni mengutuk aku macamlah aku invisible kat sini. Darian pun melebih pulak aku nampak. Entah wujud ke tak nama penyakit tu.
Darian gelak-gelak.

“So, apek. Kira settle la lu punya masalah.”

“Settle. Nanti gua kasi hanta gua punya laptop.”Darian berjabat tangan dengan lelaki itu sebelum lelaki cina itu berdedar pergi.

“So…”Darian pandang aku.

“So apa?”aku pandang Darian.

“Taknak cakap apa-apa ke?”Darian mengangkat kening double jerk.

“Cakap apa?”aku angkat kening triple jerk.

“At least say lah something.. Macam.. thanks Darian.. You’re my hero. Kalau la awak takde.. Taktahula saya nak buat apa. Oh.. Darian.. You’re my superman.”Darian mengubah suaranya sedikit.

“Buat apa aku nak cakap benda-benda gedik macam tu?”

“Ni bukan gedik.. Ni namanya Appreciate. Aku dah tolong kau.”

“Kau tolong tak ikhlas. Siap cakap aku ada penyakit Slowiz Amnesiasm Madisiasma lagi. Entah wujud entah tak. ”

“Slowisma Amnesiasm Madism lah.”Darian memperbetulkan apa yang aku cakap.

“Whatever.”aku memeluk tubuh.

“Penyakit tu wujud apa.”

“Yeke?”aku pandang Darian. Kejap lagi nak search kat google lah.

“Trylah google. Kau nak cakap apa-apa tak ni?”

“Apasal kau beria suruh aku cakap something ni?”

“Sebab aku tak suka orang yang tak hargai apa yang aku buat. Cakaplah something.” Sengaja Darian mendesak.

Dia sebenarnya memang nak dengar suara perempuan yang ego tinggi tu say thanks kat dia.

Lama aku berfikir.

“Ok. Ok. Aku cakap.”Darian pasang telinga.

“Darian..”senyuman terukir di bibir Darian.

“You’re my cicakman. Thanks.”Darian tarik muka.



p/s; sori lambat update. sekarang ni writer busy :) maybe next entry pun dlm 1 or 2 weeks lagi.

3 comments:

  1. wah menarik3...tapi jangan laa lame sgt sampai 1 or 2 week lagi....hehehe x saba nak tau kisah seterusnye....

    ReplyDelete
  2. best3x..kelakar giler...........sambung lg...

    ReplyDelete