Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Monday, April 11, 2011

B.M.W 9

“Hello.”sekali lagi aku memanggil pemanggil di sana. Senyap. Telefon diperhati. Dah letak? Tapi orang tu cakap apa tadi eh? Oh Aini? Kalau setakat cakap oh Aini lepastu letak baik tak payah telefon. Kacau aku tidur je. Aku menggeliat kecil namun tangan tetap membuka list received call.

Eh, nombor ni macam nombor Darian.Walau aku tak save nombor dia, tapi aku ingatlah jugak nombor telefon Darian ni. Kan dia pernah call aku sekali dulu. Daya ingatan aku memang kuat. Ehem. Tapi kenapa pulak Darian cari Aini ni? Takkan dia tak tahu ni nombor Bella. Bukan Aini. Ke dia silap call? Entah siapa lah Aini tu. Makwe dia ke? Tunang?

Nak call balik ke tak. Nak ke tak? Mana tahu kot-kot ada hal penting yang Darian nak cakap dengan Aini tu. Tapi kalau penting takkan cakap oh Aini je. Nak call ke? Nak ke? Ah, tak payah lah. Habis kredit aku je. Handset diletak kembali di tepi sebelum aku menarik selimut ke paras dada. Jom kita tidur balik.

Mata terkelip kelip lama memandang siling bilik. Tak boleh tidur! Semua ni Darian punya pasal lah. Kacau je. Aku ni dah la jenis yang susah nak tidur balik kalau dah terjaga tu. Ish. Aku beralih ke kanan.

Tiba-tiba teringat pasal siang tadi. Mak tanya bila nak kahwin. Mak takut aku jadi macam kakak. Kahwin waktu umur 37 tahun. Mak… Bella mana ada calon lagi. Tapi betul ke takde calon, Bella? Amsyar tu? Amsyar kawan. Aku terangguk-angguk sendiri. Betul. Amsyar tu kawan.

Kalau Darian macam mana, Bella? Dia tu ok jugak. Darian? Dia tu musuh aku lah. Musuh nombor satu. Betul ke? Kalau musuh, dia takkan ikut kau Bella. Takkan kau tak perasan, dia mana ada kau di situ ada dia. Cuba fikir baik-baik, Bella. Betul ke?

“Betul lah!”aku menjerit. Selimut ditarik menutupi muka.

“Apa yang betul tu Bella? Kamu dah tak betul ke? Cakap sorang-sorang.”suara Mak kedengaran dari luar. Kuat sangat ke aku jerit tadi?

*******

“So, bila saya boleh balik?”soal Darian sebaik setiausahanya, Nuraini masuk menghantar fail.

Nuraini memandang Bos barunya itu. “Encik baru masuk kerja 15 minit. Takkan nak balik dah?”

Darian mencebik. Dia membelek fail-fail di hadapannya malas. “Ok. Ok. Whatever. Lunch pukul berapa?”

“Pukul 12.30 hingga 2.00.”

“Sekejapnya. Tak boleh extendkan lagi? Mana sempat nak makan.”

“Itu dah kira lama dah tu, Encik. Alhamdulillah, setakat ni takde orang yang complain. Saya pun sempat je makan, sembahyang dalam masa yang sekejap tu.”Nuraini menjawab. Darian memandangnya tajam. Kuat melawan betul secretary aku ni. Kenapa lah, abang Rasyiq lantik budak ni.

“Ok Fine. Sudah-sudah. Keluar dari bilik saya sekarang.”arah Darian tegas. Nuraini akur. Sebelum itu, dia berhenti memandang bosnya,

“Encik nak minum apa-apa?”

“Taknak.”

“Are you sure?”

“Yes. I’m very sure.”

“But I suggest you drink a mug of coffee so tak ada lah Encik mengantuk ke..rasa macam nak tertidur ke..”Darian merenung Nuraini lama. Bukan aku dah cakap yang aku memang taknak minum ke tadi?

“Err.. saya rasa baik Encik tak payah minum lah.”Nuraini tak jadi menghabiskan kata-katanya tadi. Dia cepat-cepat keluar dari bilik Pengurus Besarnya itu.

“Huh. Masalah dengan Bella tak selesai lagi, ada pulak secretary mulut bising.”Darian menyandarkan badannya pada kerusinya. Dia memusing-musingkan kerusi itu beberapa kali. Mata merenung lagi ke arah fail yang bertimbun di atas meja. Nanti lah bukak fail-fail tu.

Mulut sudah beberapa kali menguap. Mata dah berair akibat mengantuk. Sekali lagi jam di tangan dilihat. Entah kenapa rasa macam nak jumpa Bella pulak. Nak tahu jugak, apa jawapan Bella pasal ‘luahan perasaan’ aku semalam.

Darian cabut kot yang dipakainya. Nak jumpa Bella mana boleh segak-segak sangat. Buatnya Bella jatuh hati, susah!

*******

“Eh, Encik Darian nak pergi mana tu?”

Darian yang sedang menyanyi-nyanyi kecil sambil menutup pintu pejabatnya terhenti. Dia pandang Nuraini yang duduk berdekatan dengan pintu pejabatnya.

“Emm, kerja lah.”

“Encik Darian, kerja Encik ada dekat dalam sana tu. Encik tak payah keluar pun kalau nak buat kerja encik.”tegur Nuraini. Dia yang pada mulanya duduk kini sudah berdiri setentang dengan bosnya.

“Err.. Hmm..tak.. tu ha. Tuan Rasyiq awak tu panggil saya.”dalih Darian. Mencipta alasan.

Nuraini senyum. “Encik Darian, Tuan Rasyiq outstation hari ni. Dia tak ada dekat office pun. Encik jangan nak menipu saya.”

Darian mengecilkan matanya memandang secretary nya itu. “Awak ni nak kerja lama dekat sini kan? So, sebelum saya pecat awak serta merta. Baik awak diam. Tutup mulut awak. Buat kerja. Ni tak dari tadi pot pet pot pet.”

“Tapi Encik Darian, Tuan Rasyiq dah cakap dekat saya awal-awal, cuma dia sorang je yang boleh pecat saya. Orang lain tak boleh. Apatah lagi encik Darian.”

Darian ketap bibir. Okay. Sekarang dia berminat nak tahu, dari mana Abang Rasyiq kutip secretary annoying macam Nuraini ni.

“Dan saya nak cakap dekat awak awal-awal, tak ada siapa yang boleh halang apa saya nak buat. Apatah lagi awak. So, saya pergi dulu.”tegas Darian.

“Eh, eh, Encik Darian!”suara Nuraini yang memanggilnya diabaikan. Kaki dituju ke arah kedai Amsyar.

******

“Amsyar!”sapa aku sebaik memasuki kedai Amsyar.

“Assalamualaikum, Bella.”balas Amsyar. Aku cuma sengih.

“Waalaikumussalam.”Aku memerhati keadaan sekeliling.

“Mana Darian?”aku bertanya. Beg tanganku diletakkan di atas meja.

“Entah dia. Dah berhenti kot.”lancar mulut Amsyar menjawab. Tangannya sibuk mencabut wayar-wayar di belakang computer.

“Dah berhenti? Kau berhentikan dia ke?”

“Hish kau ni. Macam tahu tahu je niat aku tu. Tapi bukan sekarang aku akan berhentikan dia. Maybe in a few days more, I will.”dahi aku berkerut memandang Amsyar. Kenapa Amsyar ni tiba-tiba nak berhentikan Darian pulak?

“So.. mana Darian?”aku bertanya lagi. Amsyar berhenti mencabut wayar. Matanya memandangku. Yang Bella tiba-tiba terlebih prihatin pasal Darian ni apasal?

“Tu ha. Dari tadi aku nampak dia terhendap-hendap kat balik pintu kedai tu.”mulut Amsyar dimuncungkan ke arah pintu kedai. Ada kelibat seseorang di situ. Aku berjalan menuju ke muka pintu kedai.

“Hah! Buat apa tu?”sergahku sebaik menghampiri Darian.

“Kau ni. Terkejut aku.”marah Darian sambil mengurut-urut dada.

“Eleh, orang sergah sikit pun nak melatah.”aku mencebik. Badanku disandarkan pada dinding luar kedai.

Darian memandang Bella yang bersandar itu. Kenapa Bella macam berlagak cool je ni? Aku punya lah segan mati tak hidup malu nak jumpa dia, tapi dia?

“Kau ada apa-apa nak cakap dekat aku?”Darian bertanya aku. Aku memandangnya sambil mengangkat kening.

“Err, aku kena ada apa-apa ke yang aku perlu cakap dengan kau?”

Darian garu-garu kepala yang tak gatal. Haish Bella ni, dia main tarik tali pulak dah dengan aku. Cakap je lah apa jawapan dia untuk luahan perasaan aku semalam. Ini tidak.. saja buat aku tertanya-tanya.

“Tak adalah. Tapi kau tak rasa, kau perlu beri jawapan pada seseorang ke sekarang ni?”tanya Darian. tersipu-sipu.

“Maksud kau?”aku kerut dahi. Pelik melihat gelagat Darian.

“Alah kau ni.. Yang semalam tu.. Ala yang aku.. Yang aku… Yang aku call kau tu.”Darian buang pandang ke arah lain. Tiba-tiba rasa segan.

Aku berfikir lama. “Oooooh.” Dia nak cakap pasal dia call semalam rupanya. Cakap lah awal-awal.

“So?”soal Darian. Please Bella. Please cakap kau pun suka aku jugak. Please?

“So…. Siapa Aini tu?”

“Ha?”Darian agak terkejut. “Siapa apa?”

“Encik Darian!”suara perempuan tiba-tiba memanggil nama Darian. Aku dengan Darian berpaling.

“Penat saya cari Encik Darian.”ujar perempuan itu termengah-mengah.

“Apa kau buat dekat sini?”tanya Darian. Agak keras nadanya.

“Saya cari Encik Darian lah.”jawab perempuan itu selamba. Senyuman dilemparkan ke arahku. Aku membalas senyumannya.

“Siapa suruh kau cari aku?”Kata ganti nama saya-awak telah ditukar ganti. Geram punya pasal.

“Saya ni amanah orangnya Encik Darian. Bila Tuan Rasyiq suruh saya jangan bagi encik keluar, saya kena ikut arahan dia. Kalau Encik Darian keluar jugak, saya tak ada pilihan lain. Saya kena cari encik. Suruh encik balik office semula.”

Darian ketap gigi. Ini ada jugak yang nak kena pecat ni. Harap dia tak ada kuasa je. Kalau tak, sekarang jugak perempuan depan dia ni dah dilarang masuk Ihsan Parade dah.

“So, encik. Apa lagi? Silalah. Takkan nak suruh saya tunjuk jalan kot nak balik office.”tambah Nuraini lagi.

“Darian. Siapa ni?”aku bertanya setelah aku terasa diriku diabaikan di situ.

“Err, ni..”

“Hai. Assalamualaikum. Saya Nuraini.”belum sempat Darian menjawab, Nuraini memintas.

Aku yang mendengar nama tu dah berubah riak. Siapa nama perempuan ni tadi? Nuraini? NURAINI? And semalam Darian call aku dia cari Aini kan? AINI ni ke? Diorang ni ada apa-apa ke? Hati tiba-tiba jadi tak sedap.

“Oh, em, saya Bella.”tanganku menyambut salam yang dihulur Nuraini. Bibir digagahkan untuk senyum.

“Bella? Sorry lah Bella. Kalau ikut hati saya nak je saya borak-borak panjang dengan awak. Tapi sekarang saya kena bawak balik Encik Darian pergi office semula.”

Yang awak sibuk-sibuk nak bawak balik Darian tu kenapa? Awak tu driver dia ke? Darian ni pun satu, tak boleh nak balik sendiri? Eh kejap tapi dia kata nak bawak balik Darian pergi mana? Office?

“Kenapa awak nak bawak balik dia pulak?”aku bertanya lagi.

“No! Aini!”

“Saya kan secretary dia.”Nuraini senyum lagi.

“Secre.. apa?”keningku bertaut memandang Nuraini.

“La.. Secretary. Setiausaha.” Aku tahu lah secretary tu setiausaha tapi.. kenapa Darian nak ada setiausaha pulak ni?

“Ye lah Encik Darian kan Pengurus Besar..”

“No! Aini!”Darian cuba menghalang.

“Ihsan Parade. Ni kan mall family dia.”mulut Nuraini lancang bersuara. Darian raup muka. Damn it. Hancur! Hancur semua!

Aku pandang pula Darian. Muka seakan-akan masih tak percaya dengan apa yang dikatakan Nuraini.

“Takkan lah. Kan dia kerja cleaner, jaga semua tu.”Aku masih tersengih-sengih pandang Nuraini. Pandai pulak si Nuraini ni buat lawak pagi-pagi macam ni.

“Tu memang hobi Encik Darian dah menyamar macam-macam kerja.”balas Nuraini. Aku tiba-tiba rasa marah. Sumpah! Rasa malu! So, selama ni aku kerja under mall dia? I mean under MALL DIA? Selama ni aku ingatkan kerja aku lagi ‘atas’ dari kerja dia. Tapi tapi..

Kakiku laju diatur ke dalam kedai. Darian cuba mengejar. Namun aku lebih laju, menyorokkan diri dalam toilet. Satu-satunya tempat yang dia tak boleh ceroboh, walaupun ini mall dia.

******

2 bulan kemudian…

“Bella, sini kejap.”panggil Amsyar. Aku yang sedang mengelap-ngelap computer berhenti mengelap.

“Kenapa?”aku berjalan mendekatinya.

“Nah.”Amsyar menghulurkan aku sepucuk surat.

“Kau cakap dekat Darian, biar lah berapa ratus surat dia kasi dekat aku sekalipun, aku takkan maafkan dia!”tegas aku.

Yes. Dah dua bulan aku melarikan diri daripada dia. Well, tak ada lah melarikan diri sangat sebenarnya. Sebab, ni mall dia. Aku pergi mana-mana dalam mall ni pun memang tak sah kalau aku tak terserempak dengan dia dengan abang dia. Kalau dengan abang dia aje tak apa. Aku tak ada lah kisah sangat. Tapi Nuraini hari tu pun ada jugak menyibuk dengan diorang. Mana aku boleh tak kisah!

Tapi aku sekadar pandang diorang dari jauh je lah. Dia pun, walaupun aku tak nampak, aku tahu dia ada jeling-jeling aku dari jauh.

Bulan pertama memang dia beria-ia mintak maaf. Tiap-tiap hari datang kedai Amsyar. Nak jumpa aku. Nasib baik aku ada Amsyar. Tiap kali dia datang, Amsyar suruh dia balik. Lama-lama dia dah tak datang dah. Dah tak call aku dah. Dah tak mesej. Lega? Tak jugak. Rasa macam.. entahla. Tapi aku rasa macam…

“Ni sejak bila pulak aku cakap surat ni surat dari Darian.”Amsyar gelak.

“Dah tu?”

“Bukaklah.”

_________________________________________________________________

Sorry sangat-sangat sebab buat korang tunggu lama. Cerita ni tak menarik pun. Cerita ni biasa je. Terima kasih sebab sudi tunggu. Sekarang ni pun still nak adapt into Form 4 life. Busy. Stress, nak catch up semua. Update pun jarang-jarang. But don’t worry, cerita ni akan habis tak lama lagi. Tunggu sikit lagi, boleh?

3 comments:

  1. CASPER sanggup tggu..abiskan k..promise

    ReplyDelete
  2. salam mady,
    xpe...janji story ni ade ending dia.crite ni enjoy la mady!blh release tension tau!besalah...amik ms sket nak sesuaikan diri msk form 4 ni..ape pun gud luck tau!

    (",) sufi

    ReplyDelete
  3. aah la kami akn tunggu awak punye citer ni..
    lg satu kamu ni br f4 ke..hehe stdy lekl0k dn hargai zaman persekolahan kamu yek!
    =)

    ReplyDelete