Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Saturday, November 14, 2009

I Warn You!! (13)

Aku menghulurkan beberapa keping duit RM50..Melayang duit aku.Nasib baik aku ada bawak duit cukup-cukup.Mamat tu aku jeling tajam.Huh.Tak ada faedahnya dia dekat sini.Bukannya tolong aku pun.

“Jom Wafa kita balik…,”aku menghampiri Wafa.

“Sorry awak...saya tak tahu pun workshop nie tak guna kad kredit.Kalau saya tahu....saya bawak cash banyak-banyak,”mamat tu cuba nak memujuk.

“Awak hutang saya...Kalau awak tak ada duit....jangan muncul depan saya,”

“Awak....,”

“Nak apa lagi?,”Wafa sekadar menjadi pemerhati perbualan kami.

“Awak dah tak ingat saya?,”kening aku berkerut-kerut.

“Kenapa saya kena ingat awak?,”

“Sebab awak kenal saya...,”aku tergelak mendengarnya.

“Sorry awak...kawan saya semua bukan orang kaya.Saya tak ada kawan yang pakai BMW macam awak nie...,”

“Betul awak tak ingat saya?,”

Wafa mencubit lengan aku.

“Kau nie...dia kawan kau kot..tak kan lah kau tak kenal?,”Wafa bersuara separuh membisik.

“Aku tak kenal la....,”aku pun cakap perlahan jugak.

Mamat tu pun buka helmet dia.

“Saya Syafiq.Thanks sebab tak kenal saya....,”Syafiq?Biar betul?Aku tergamam.

“Syafiq..nanti jap...,”aku cuba untuk mengejar langkah kaki Syafiq.Dia bergerak makin laju.Helmet disarungkan kembali ke kepala sebelum enjin motosikal dihidupkan.

Tanpa sepatah kata...motosikal laju meninggalkan aku dan Wafa.

“Syafiq....,”aku jadi serba-salah.

“Kau okey tak?Itulah kau...tak cuba ingat betul-betul...,”


*********************
“Dah malam baru ingat nak balik rumah?,”suara daddy mengganggu telinganya.Syafiq menggantung kembali kunci di tempat yang sepatutnya.


“Fiq letih..Fiq nak berehat......,”

“Nanti dulu Fiq...daddy ada benda nak cakap...,”Nak tak nak…Syafiq meringan-ringankan diri untuk duduk di sofa menghadap daddynya.

“Daddy tak marah Fiq nak balik lambat.Fiq dah besar..Dah reti fikir yang mana baik..yang mana buruk.Fiq ada masalah ker?Kalau ada..Fiq cakap dengan daddy..Kalau boleh tolong....daddy akan cuba tolong...,”

Selama nie tak ada lah pulak daddy sibuk bertanya pasal masalah aku.Kenapa sekarang baru nak sibuk?Nak beritahu ke tak nak?Bukannya besar pun..Cuma hati nie yang terluka bila kekasih hati dah tak mengenali.

“About girl...boleh ker daddy tolong?,”adeih..muka nie rasa merah la pulak.Malu siot.Syafiq buat muka selamba. Mana boleh main bucu kain alas meja depan daddy.Tak macho beb.

“Heh...daddy ingat pasal apa...ooo..sebab tu lah Fiq berkeras tak nak study dekat UK.,”daddy senyum.

Syafiq menganggukkan kepala.Bukan sebab Nurul dia tak nak belajar dekat U.K.Cuma dia yang sendiri yang tak nak.Tapi daddy dah anggap lain...mengaku aje lah.

“Syafiq nak suruh daddy buat apa?,”

“Boleh Syafiq nak duit?,”ketawa Daddy makin kuat.

“Daddy memang ada benda nak bagi kamu nie...Nah...kredit card..and your bank card..,”Syafiq menyambut huluran Tan Sri Mohd Luthfi.Mata dia dah bersinar-sinar.Tak sangka betul.

“Syahrein mengadu pada daddy...kamu ambil kredit card dia..betul?,”Syafiq tersengih.

“Saja main-main.Fiq bukan guna pun,”Syafiq mengembalikan kredit card milik Syahrein pada daddynya.

“Esok Fiq ikut Syahrein….,”

“Ha?Nak buat apa pulak?,”

“Just follow him...,”
**************************
Aku cuba mendail nombor Syafiq.Tapi tak dapat.Memang lah budak nie.Aku bukannya sengaja tak ingat dia.Dia pun satu...siapa suruh berbungkus dengan helmet tu.Manalah aku nak cam.

Aku membiarkan laptop terpasang sebelum menuju ke bilik air.

Keluar aje dari bilik air..Wafa dah berguling dekat atas katil aku.Dia dah siap angkut laptop dia dekat dalam bilik aku.Sunyi la tu sebabnya dia sensorang aje dekat bilik tetamu.Tangan Wafa lincah menaip.Wafa nie satu-satunya cousin aku yang duduk dekat KL.Rumah aku dah jadi macam rumah dia.Kalau dia tak bermalam sehari dalam seminggu dekat rumah aku memang tak sah.Abah dengan mak pulak on aje.Diorang tak kisah..Aku nak keluar jalan-jalan…Tengok wayang…Boleh.Tapi Cuma dengan Wafa.Aku dengan Wafa dulu pun satu sekolah.Itulah sebab utama mengapa kami bertambah rapat.

“Kau buat apa ha?,”Wafa cuma sengih.

Aku menjenguk monitor laptop.Tengah berchatting rupanya minah nie.Malas nak hirau Wafa…Aku main game.Entah apa yang bestnya chatting tu..aku pun tak tahu.

“Eh….aku nak pergi tandas jap...,”Wafa berlari menuju ke bilik air.

"Woit Wafa!! Mat hip -hop tanya soalan nie,"aku menjeling ke arah laptop Wafa sambil menjerit..

"Alah!Jawab aje ape2..aku emergency nie.,"jerit Wafa agak kuat dari dalam balik air.Hohoho.Aku jawab yerk?Aku senyum jahat.Meh aku jawab kaw2 punya..

-MAT hipHop-Awk tengah buat apa Wafa?
-sweetWafa-Tengah teringtkan awak dekat satu tempat..;-)


Dalam fikiran aku..Wafa tengah teringatkan Mat Hip-hop dekat dalam tandas.

-MAT hipHop-Ha3.cute la awak nie..awak rasa muka saya macam mana?
-sweetWafa-Ntah.India kot..
-MAT hipHop-Pndai la awak..saya cute taw..


Perasan gila mamat nie..Baru jer aku nak membalas..

"Dah2..cukup2..kalau kau balas..tak pasal2 aku ada skandal dengan dia..Teringatkan dia dekat satu tempat?,"tangan Wafa mencubit lenganku..Aku mengaduh sambil ketawa..

Aku kembali bermain game....

"Nurul.....,”aku mengangkat kening...

"Syafiq tu pakwe kau ker?,”erk...ke situ pulak dia...

"Dia kawan lama aku.Kitorang pernah satu sekolah dulu....,”

"Oooo.....ye ker?Tipu la...,”

"Tipu pebende lak?Betul la...,”

"Aku tengok Syafiq tu handsome apa....kau tak pernah ada hati dekat dia?,”Wafa tersengih.

"Cakap bebaik sikit!Setakat Syafiq,,,,tolong ar....,”ketawa Wafa makin kuat.

"Kalau tak betul...buat apa marah.?Mengaku aje la Nurul...kau suka dia.Nak luahkan perasaan tak susah.Cuma tiga patah perkataan,”Wafa pandang aku.

"Maybe aku suka dekat dia..alah kau nie..perasaan budak-budak sekolah..mana lah boleh percaya sangat...,”aku menggerak-gerakkan mouse.

"Kalau kau pernah suka dia dulu...kenapa tak couple aje dengan dia..?,”

"Aku KP okey...ketua pengawas...,”

"Kenapa?KP tak boleh couple ker?,”Wafa macam tak puas hati dengan penjelasan aku.

"Afa oi....aku nie KP yang bertanggungjawab.Aku tak suka budak-budak sekolah couple2 nie..Aku selalu ikut cikgu tangkap budak-budak sekolah tengah berdating dalam kelas...cuba kau fikir apa yang diorang akan cakap..kalau aku couple?Lagipun...aku dengan Syafiq cuma kawan.Syafiq pun bukannya suka dekat aku.Faham...?,”aku dah jawab panjang lebar.

"Aku mengaku yang aku tak kenal sangat dengan Syafiq tu.Tapi dari air muka dia...aku tahu yang dia sukakan kau..Orang lain pun akan perasan.Perasaan dia tu dah nyata sangat.Kau pun tahu kan dia suka dekat kau...Cuma kau aje yang buat tak tahu....,”

"Kau dengar sini Afa....Syafiq...dia tak pernah cakap pun yang dia suka kat aku..tak pernah...kalau dia cakap pun...aku belum tentu akan terima dia...,”

"Tu masa dulu...kalau sekarang dia cakap dia suka kau?Kau terima dia?,”

"Ni pehal nie tiba-tiba cakap pasal hati dan perasaan nie?Eh...aku dah mengantuk lah..Kau boleh keluar tak?,”Wafa melempar bantal peluk ke arahku.

"Bila dah tak reti nak jawab apa...terus nak halau aku...kau memang...,”aku senyum mendengar kata-kata Wafa.

Lambat-lambat tangan Wafa menutup laptopnya.Dia mengangkut keluar laptop daripada bilikku.Merajuk la tu...Adui....dah tua bangka pun merajuk tak habis-habis.Anak manja betul.Aku gurau aje..dia pulak ambil serius kata-kata aku.

Disebabkan berasa dahaga...aku turun ke dapur.Air susu aku tuangkan ke dalam gelas.

"Tak tido lagi Nurul?,”emak menegurku.

"Belum lagi mak...dahaga....,”mak turut mengambil gelas.Emak minum air masak.Emak bukan suka minum air susu malam-malam.

"Tido cepat sikit Nurul...besok nak pergi kenduri rumah Aunty Julina pulak,”aku pandang emak lama.

"Aunty Julina buat kenduri?Kenapa Nurul tak tahu pun….,”aku mencemikkan muka.Ini aku kecik hati nie...Aunty Julina tu jiran kami.Duduk selang berapa rumah aje.Dia tu baik.Aku rapatlah jugak dengan dia.Aunty tu pun kenal jugak dengan Wafa.Kan Wafa tu suka sangat mengekor.

"Mak dah suruh Wafa beritahu kamu tadi...dia tak beritahu ker?,”Wafa nie...pelupa betul..

"Dia lupa kot.Tak apalah mak.Jap lagi Nurul jumpa dia...,”

"Iyelah..kamu jangan lupa tutup lampu Nurul.Bukan mak tak tahu..kamu tu suka aje membazir elektrik...,”aku tersengih-sengih.Pedas seih...

*******************************
Aunty Julina menghulurkan aku sebuah bakul.Di dalamnya terdapat berpuluh-puluh kotak gula-gula.



"Apa nie Aunty?,”muka aku dah masam..Wafa pulak sedap menggelakkan aku.

"Dah tak ada orang nak tolong bagi...ala Nurul..tolong kejap aje..bila dah letih bagi Wafa pulak.Gilir-gili ye...,”Aunty nie...mentang-mentang la aku baik dengan dia.Sesuka hati aje nak guna-gunakan aku.Aku nie dah la tak suka senyum dekat orang yang aku tak kenal..nak jugak suruh aku bagi gula-gula dekat tetamu dia.

"Aku nak pergi masuk dalam dulu...apa-apa hal kau panggil lah ek,”Wafa meninggalkan aku sorang-sorang.

Aku pandang khemah tetamu.Segannya aku.Mana lagi orang yang bagi gula-gula?Tak akan aku sorang aje?
"Lawa la Kak Nurul..kak Nurul pun bagi gula-gula jugak yer?Samalah kita...,”Fifi yang baru berusia 8 tahun menegurku.

Erkks...

"Siapa lagi yang bagi gula-gula?,”anak jiran depan rumah aku tu aku tanya.Aku mengukirkan senyuman.

"Fifi...Kak Nurul..Samiera,Zatul,Biela....,”

"Hah?,”aku dah tawar hati nak bagi gula-gula.Ye lah...semua orang yang disebutnya sebaya dia aje.Cuma aku nie yang terlebih besar.

Baru aje aku nak bergerak masuk ke dalam rumah Aunty Julina semula....Fifi tarik tangan aku.

"Kak nak pergi mana tu?Jom la...teman Fifi...,”

"Tak apalah Fifi...Fifi ajak orang lain yer.Kak Nurul tak jadi la nak pergi....,”

"Ala kak..teman la Fifi...tak akan Fifi nak pergi sorang-sorang?,”muka Fifi dah nak nangis.Ini yang aku lemah nie...

"Ye la...ye la...akak teman...,”Fifi senyum gembira.Aku ditarik menuju ke khemah tetamu.

"Akak bagi belah sini...Fifi bagi belah sana ye...,”Fifi lari meninggalkan aku.Nak pergi join kawan-kawan dia la tu.

"Dik...tak akan pegang aje gula-gula tu....tak nak bagi ker?,”suara mak cik berumur dalam lingkungan 50-an mengembalikan aku ke alam nyata.

Aku senyum.Beberapa kotak gula-gula aku hulurkan pada mak cik tu.Bila ramai yang dah siap makan...aku meringan-ringankan diri meninggalkan gula-gula.

Dari hujung meja nie...ke meja sana....asyik senyum aje kerja aku.

Melihat sekumpulan keluarga dah mula membasuh tangan...aku menghampiri.Bila makin dekat….aku rasa nak lari jauh-jauh.Apa yang dia buat dekat sini?

Aku baru aje nak patah balik...ada pulak suara yang menghalang.

"Nak ke mana tu old Sweets girl?,”terdengarlah suara orang ketawa beramai-ramai.

"Apalah abang Syafiq nie...kesian dia...,”ada seorang perempuan memarahi Syafiq.Dalam marah-marah dekat Syafiq tu…dia pun ikut gelak jugak.
Lambat-lambat aku bergerak menghampiri meja berkenaan.Bakul gula-gula aku tinggikan.Biar Syafiq tak perasan orang yang dia tengah dia gelakkkan tu aku.

Empat kotak gula-gula aku suakan ke atas meja.

"Alah main tutup muka pulak.Ingat dia orang arab ker?,”Grr..Syafiq....?Sekali lagi meja itu riuh dengan ketawa.

"Dah2 la Syafiq...kesian mama tengok budak nie...,”

"Kami nie ada 5 orang awak....tak cukup satu...,”suara lelaki muda yang aku tak kenal menegur.

Ah..tak cukup ker?Aku mengambil lagi satu kotak.

Bokk...aku tiba-tiba dilanggar.Habis berterabur kotak gula-gula di atas rumput.

"Err...sorry..,”perempuan muda tu cepat-cepat meninggalkan aku.Bukannya nak tolong.

"Nurul?,”muka aku pucat lesi.Aku menunduk mengutip kotak gula-gula yang bertaburan.

"Nurul Fathinia?,”Syafiq bangun dari kerusi.

"Saya tolong....,”aku hanya biarkan tangan Syafiq membantu aku mengutip kotak gula-gula.Bukan banyak sangat pun.Syafiq aje yang terlebih rajin.Patutnya yang tolong aku perempuan tadi.Hish...


“Angah…Along…adik ikut mama dengan daddy masuk dalam…,”seorang remaja perempuan yang aku kira masih bersekolah memandang kami sambil tersenyum.

Syafiq sekadar mengangguk.

"Thanks...,”aku meminta diri...

"Nanti jap...saya ada benda nak cakap dengan awak...,”aku tak jadi melangkah.

"Apa dia?Saya tak makan lagi nie...,”memang aku tak makan lagi.Tapi aku tak adalah terdesak sangat nak makan.Tu cuma alasan untuk aku larikan diri dari Syafiq.

"Eh...kebetulan saya pun tak makan lagi..jom la makan sama-sama...,”Ha?Dia pun belum makan lagi?

************************************
"Saya dengan abang saya datang lambat sikit...,”Syafiq menghulurkan pinggan kosong kepadaku.
Aku menyambut. Telinga aku baru tersedar yang dia bahasakan saya awak dengan aku.Dah dia yang mulakan bahasa macam tu..aku ikut aje lah.

"Tadi tu emak awak?,”sopan betul bahasa aku..Dulu dekat sekolah jangan mimpi la aku dengan dia nak bersaya awak..

"Panjang ceritanya...nanti kejap lagi saya ceritakan dekat awak..,”tanpa disuruh Syafiq mengisikan nasi di pingganku.

Mak...Hati Nurul cair..



Tak boleh Nurul...Setakat isi nasik dalam pinggan..semua orang boleh buat.

Kami mengambil tempat di meja yang kosong.Syafiq duduk berhadapan dengan aku.

"Mama saya dah tak ada...,”

"Tak ada?,”Syafiq mengangguk,

"Dia dah meninggal dunia..masa hari saya ambil result SPM…Hari tu jugak dia tinggalkan saya….,”wajah suram Syafiq membuatkan aku tumpang bersimpati.

Memang aku tak begitu mengenali emak syafiq...tapi aku tahu emak Syafiq seorang yang baik.Dia tabah...

"Dia baik...,”aku pernah terserempak beberapa kali dengan emak Syafiq di sekolah dulu.Disebabkan kes disiplin Syafiq...dia sering dipanggil ke sekolah.

"Saya tahu....,”

"Jadi awak tinggal dengan siapa sekarang?,”

"Dengan ayah saya...yang awak nampak tadi tu....adik tiri dengan emak baru saya,”

"OOOoo..,”aku mengangguk tanda faham.

"Macam mana awak kenal Aunty Julina?,”

"Aunty Julina?Aunty Julina tu kawan mummy..saya pun tak kenal sangat..Cuma ikut aje..”

"Awak pulak?Macam mana boleh kenal Aunty Julina?,”

"Aunty Julina tu jiran saya....,”

"Jiran awak?Oh..kiranya awak duduk dekat area nie lah?,”muka Syafiq bercahaya.

"Ha ah..,”aku mengiakan.

"Boleh join sekali?,”seorang lelaki bertanya.

"Tak boleh...,”Syafiq bercakap tegas.Mamat tu buat bodoh..Tetap jugak duduk dekat sebelah Syafiq.

"Hye...saya Syahrein...abang Syafiq...,”aku senyum.Abang Syafiq rupanya.Tapi macam pernah nampaklah mamat nie…

"Nurul kan?Awak dah tak ingat saya?,”dahi aku berkerut-kerut.

"Saya Mohd Syahrein Halif....kita pernah jumpa dekat warung..,”aku menepuk dahi.Ha ah la...mamat t-shirt putih tu...

"Awak rupanya....tak sangka betul awak nie abang tiri Syafiq....,”aku menghirup air sirap.Syahrein senyum.

"Kitorang baru aje sampai tadi...bila sampai terus join mummy dengan daddy...tengok diorang makan...,”tanpa disuruh…Syahrein bercerita.

Aku cuma terangguk-angguk macam burung belatuk.Tak tahu apa yang patut ditanya lagi.

"Cantik baju awak....,”aku angkat kening.Ikhlas ke tak Syafiq puji aku nie?

"Tak ada lah...biasa aje...,”aku rasa aku pakai macam biasa aje hari nie...Baju kurung warna ungu.Syafiq pulak..yer..dia memang cute dengan baju Melayu putih.

"Kita baju kita sama warnalah..ungu...ada jodoh nie...,”aku sekadar tersengih mendengar kata-kata yang berbaur gurauan daripada Syahrein.

"Jodoh apa benda nyer?Kebetulan aje...,”Syafiq pula menambah.Dengar macam dia tak suka aje..

"Nurul!!!Cepat2...Eh…Syafiq pun ada....Cepat Nurul..,”muncul Wafa entah dari mana.

"Apa dia?,”

"Cepatlah Nurul....masuk dalam....,”sekali lagi Wafa menggesa aku.Di sebelah Wafa ada adik tiri Syafiq.Entah bila diorang nie berkenalan.

"Jap2...aku nak basuh tangan nie...,”aku cepat-cepat menjiruskan air ke atas tangan.Syafiq dengan Syahrein ikut bangun.

*********************************
"Ala...boleh la Nurul...,”Wafa nie tak habis-habis nak memujuk aku.Aku pandang pelamin di hadapanku dengan perasaan sebal.Kalau aku tahu ini yang akan disuruh Wafa..tak adanya aku nak ikut dia masuk dalam rumah Aunty Julina.

Dah la tadi aku tukang bagi gula-gula dekat orang..Sekarang Wafa nak suruh aku jadi pengapit pengantin pulak.Banyak cantik muka dia.

"Aunty Julina suruh kau kan?,”muka aku menunjukkan bahawa aku memang tak puas hati.

"Memanglah dia suruh aku...tapi kau tahu lah aku kan?Aku nie pemalu orangnya...,”heh.Pemalu konon.Aku mencemikkan muka.

"Siapa yang sepatutnya jadi pengapit Kak Nor nie?,”aku masih lagi bertanya.

"Kawan kak Nor tak dapat datang la Kak Nurul...,”adik tiri Syafiq yang bernama Shaliza pula menyampuk.

"Tolong la Nurul...aku pakai baju biru...mana ada mamat-mamat yang pakai baju biru..,”

"Banyaklah kau punya alasan....Abang Zack kan ada...,”aku masih tetap dengan pendirian aku.Aku tak akan jadi pengapit pengantin.Muktamad!

"Tak akan la aku dengan Abang Zack jadi pengapit pengantin?Abang Zack tu suami orang kau tahu tak?Dah la berjambang...hitam pulak tu,”Wafa nie...kot ye pun tak nak jadi pengapit..tak usah la kutuk Abang Zack macam tu.Dengar dek abang Zack nanti...

"Wafa...cepatlah...apa yang duduk tercegat lagi tu?Akak dah nak bersanding nie...,”Kak Nor menghampiri kami.

"Cepat Wafa...Kak Nor dah panggil tu...,”aku menolak-nolak badan Wafa…Bila duduk depan tu nanti…barulah kau tahu perasaan aku masa jadi Sweets girl tadi… Segan gila..

Wafa mengeraskan diri.Tiada langsung tanda-tanda mahu bergerak.

"Kak Nor...mana ada mamat handsome yang pakai baju biru macam Wafa...kita suruh Nurul aje lah kak Nor…,”

"Eih..aku pulak.Dah2...kau jangan nak mengada-ngada..Pergi depan tu cepat...,”aku tak pedulikan renungan Kak Nor.

"Nurul pun boleh jugak..Cepatlah..ala korang nie...,”Kak Nor nie biar betul?

"Kau dengar tu Nurul.....baju kau okey dah..warna ungu...siapa pengapit sorang lagi ek?,”Wafa berfikir-fikir sejenak.

"Along jadi pengapit..along pun pakai baju Ungu jugak…,”Shaliza nie kerjanya menyampuk aje dari tadi.

"Hah...molek sangat tu...cepat Nurul...karang akak tak nak kawan dah dengan Nurul...,”Kak Nor dah menghampiri suami dia.Masing-masing dah bersedia nak duduk di atas pelamin.

"Sini along....,”Shaliza menarik Syahrein.

"Eh...okey ker nie?Nurul sudi ker?,”Syahrein mengada-ngada bertanya.

Aku sekadar menjeling dengan ekor mata.Aku tak ada masa nak bergurau dengan dia.Tengah hangin nie…Syafiq dari tadi berdiam diri.Entah apa yang difikirnya.

"Err...kalau putih dengan ungu okey tak?,”Syafiq tiba-tiba bersuara.Aku,Shaliza,Wafa dan Syahrein sama-sama pandang Syafiq.

10 comments:

  1. nak jugak si shafiq tu.. jelous ar tu.. hahahaha..
    cepat cepat upload erk...
    suka sangat citer ni...

    ReplyDelete
  2. kah3..ok ker ???? mcm2 lah syafiq nie..suke wat blurr...erm prasan x??aku jd 1st comment lg lah..huhu

    ReplyDelete
  3. muah muah muah..
    klaka gla ngan syafiq.
    ayat hbis jeles jer..

    ReplyDelete
  4. ekh..da ada org lg awal???hurmm...waaaaa cedihh

    ReplyDelete
  5. hahahhaha
    sweetnye...
    cpat r smbg..
    sukeeee...

    ReplyDelete
  6. hahahaa.........syafiq. jeolous u. jgnlah syahrein nyibuk....

    ReplyDelete
  7. hah! syafiq jeles! KANTOI..!! =P ..
    syahrein tuh msti nnti dye ske nurul kn..?
    dh bley agk dh.. =D ...!!

    ReplyDelete
  8. erm .
    dah tentu lar si Syafiq 2 jelez !
    dah buah ati dyer nak diganding an ngan abg tiri dyer !
    hahahhaha .
    anyway cepat ar sambong erk !
    tak saba nak taw per jadi !
    huhuhuhuhuhu .

    ReplyDelete
  9. hahaha..
    tersengih 24hrs bce cite nie..
    tahniah3!
    seronok!

    ReplyDelete
  10. hey writer.. korg pon minat cte he's beautiful ehh.. hahah,bru sye perasaan mse tgok pic kat tepi tuh.. haha cute gle pic go mi nam. anyway,sye pon mnat cte tu gak.=.= huhu melalut plak. pape pon cte awk best la.. ske sgt.. keep it up ok! xD

    ReplyDelete