Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Thursday, December 3, 2009

Abrisam Abbasyi


“Tahun nie kita balik beraya dekat Kelantan….,”itu keputusan muktamad mak dengan ayah.Aku dan adik lelaki aku yang baru berusia 10 tahun buat muka tak puas hati.

“Nak balik Penang…,”aku menyuarakan rasa hati.Rindunya aku nak balik Penang.Boleh berjumpa sepupu-sepupu aku yang dah lama aku tak jumpa.

“Tahun lepas kan dah balik?Mak dah janji dengan Pak uteh nak balik beraya sama-sama…,”muka aku bertambah masam bila mendengar kata-kata emak.

Pak Uteh tu adik emak.Kalau tak silap aku Pak Uteh duduk dekat KL.Entah macam mana entah muka Pak Uteh..Aku pun dah ingat-ingat lupa.Kali terakhir aku balik kampung bila nenek meninggal.Itu pun sekejap aje.

Tak nak!Aku tak nak balik Kelantan…Sebab utama kenapa aku tak nak balik kampung belah emak ialah aku tak rapat sangat dengan keluarga emak.

Lagipun sejak nenek aku meninggal 8 tahun lepas..kami dah jarang-jarang balik sana.Mana ada siapa-siapa pun.Nenek pun dah tak ada..

“Dah2 la Kekwa…kalau tak balik sekarang..bila lagi kita nak baliknya…sekarang lah masanya kamu nak kenal saudara mara kamu..nanti sampai bila-bila tak kenal,”

Aku masukkan baju ke dalam beg balik kampung dengan perasaan malas.

*******************************

“Cepat-cepat..bangun..kita dah nak bertolak nie…,”mak menggerak-gerak tubuh aku untuk bangun.Aku jeling jam di sudut meja.

Pukul 5 pagi…adeih..ini yang aku tak berkenan kalau balik kampung nie..Mesti kena bertolak awal-awal pagi..Kalau balik Penang lagi lah lama.Nasib baik kali nie Kuantan dengan Kelantan..Tapi masanya tetap lama 6 jam tu..

Melalui tingkap kereta aku pandang sekeliling…permandangan biasa..jalan raya..rumah-rumah orang..tak pun hutan.

Bantal peluk berbentuk segi empat aku peluk erat.Bila nak balik kampung..aku selalu prepare awal-awal dengan bantal nie.

Barulah sedap bila tidur.Lena.Suasana gelap di luar sana menyebabkan mata aku makin kuyu..

“Uteh dah sampai ke belum?,”ayah bertanya mak.

“Dia semalam lagi dah sampai…tunggu kita nie lah…,”mak pula menjawab.

“Rajin betul Uteh tu balik kampung.Bukannya ada siapa-siapa dekat sana..,”

“Isteri dia kan orang Kelantan..itu yang selalu balik tu..Tanah dia pulak belambak dekat sana..,”

Aku dan Dzul tak masuk campur.Tak reti lah nak menyampuk.

*************************

“Mak…mak..ada plastik beg tak?,”Dzul yang duduk di sebelah aku tiba-tiba bertanya.Aku rasa aku tahu apa yang akan terjadi lepas nie.

“Kau jangan nak buat hal Dzul..nanti batal puasa kau..lagipun kita dah nak sampai nie..…,”aku memberi amaran.Janganlah Dzul muntah.Aduhh..tak sanggup aku nak menahan bau.

“Cepat lah mak…Dzul tak tahan nie…,”

Mak menghulurkan plastic beg yang berwarna hitam kepada aku.

Aku hulur pada Dzul..

“Buekkk….,”

“Akak..tolong pegang plastik itu…,”arahan daripada ayah menyebabkan aku menggagahkan diri memegang hujung plastik.

“Buekkkk,”adui..cecair itu buat aku pun rasa nak muntah sama.

**************************

Kereta yang dipandu ayah menyusuri jalan yang masih berbatu bata sebelum berhenti di sebuah rumah kayu yang masih nampak cantik dan kukuh.

“Akhirnya..sampai jugak…,”ayah menggeliat.Membetulkan urat saraf yang lama memandu.

“Akak..ambil beg bawak turun..,”aku ke bonet kereta.Mak dengan ayah pergi bersalam-salaman dengan sepasang suami isteri.Pak Uteh dengan isteri dia kot.

Beberapa buah beg aku bawak turun.Dzul duduk sambil memandang lantai di kaki tangga madrasah.Pening lagi la tu…Rumah nenek bersebelahan dengan madrasah.

Aku heret beg pakaian ke tangga rumah arwah nenek.

“Ini Kekwa ker?Amboi..dah besar dah sekarang…,”aku mengangguk sambil bersalam-salaman dengan wanita dalam lingkungan 40-an tu.

“Dulu Pak Uteh nampak kecik aje…Kekwa sekarang tingkatan berapa?,”Pak Uteh pula menyampuk.Pak Uteh nie saja aje nak buat aku marah.Ada ker dia tanya aku tingkatan berapa?Sebenarnya aku tak suka orang panggil aku kekwa….rasa macam orang zaman dulu-dulu.

“Panggil saya K Pak Uteh….,”ujar aku.Pak Uteh Cuma tersengih.Aku tak tahu lah Pak Uteh faham ke tidak apa yang aku maksudkan.Aku Cuma nak dipanggil K.

Adik aku si Dzul tu aku paksa suruh panggil aku dengan nama K.Cuma mak aje yang tarik muncung sedepa bila aku suruh mak panggil aku K.Mak kata aku nie mengada-ngada.Nama dah cantik tapi suruh panggil K.Sebab tu mak saja nak mendera perasaan aku..dipanggilnya aku dengan nama Kekwa.

Banyak sebab kenapa aku tak suka dengan nama Kekwa.Sebab utamanya sejak aku bersekolah lagi..ramai yang ejek aku dengan nama tu.

Sebab tu lah aku tak suka.

“Kekwa tu nampak aje kecik..dah masuk U budak tu…,”mak menjawab bagi pihak aku.Aku mengukirkan senyuman kelat.Mak nie….Kekwa jugak yang disebutnya …

“Dah masuk u?oh..lebih kurang sebaya Sam lah nie,”

“Sam 19 tahun kan?Ha ah..iye lah tu..sebaya Sam..,”

Aku yang dengar soal jawab antara Mak dengan Pak Uteh dah blur…Sam mana pulak nie?Nama macam orang putih.

Aku mengekori mak untuk masuk ke dalam rumah.Pak Uteh dengan ayah sibuk berborak di luar rumah.

“Sam….sini kejap!,”Mak Uteh panggil seorang lelaki yang aku perasan bila nampak aje aku dengan emak terus aje langkah kakinya melencong ke sebuah bilik.

Lelaki itu menghentikan langkah.Mak Uteh dihampiri.

“Kak Mah..ini lah Sam…Sam salam dengan Mak Uda….,”budak lelaki tu pun salam dengan mak aku.Dia pandang aku sekilas sebelum matanya kembali memandang maknya.

“Ini pulak siapa ma?,”tangan Sam terhala kepada aku.

“Ingat tak nak tanya tadi..tu lah sepupu kamu..tak akan tak ingat dah…Kekwa ,”aku dan Sam berbalas senyuman.

“Kekwa?Tak ingat lah ma….,”Sam tergaru-garu kepala sebelum meminta diri untuk masuk ke dalam bilik. Aku pun dah tak kenal dia siapa..padanlah dia tak kenal aku.

Mak Uteh cerita dekat aku dengan mak…Sam tu anak yang baik.Selalu ikut cakap mak dengan ayah.Tak pernah melawan.Kiranya anak yang mendengar kata lah nie..Mak Uteh juga cakap yang Sam tu pendiam orangnya.

Aku yang berada dekat sebelah Mak terpaksa menadah telinga bila mak suruh aku jadi macam Sam.Jangan melawan kata mak dengan ayah.

*******************************

Aku masih enak berselimut di atas toto di dalam bilik.Baru pukul 9 pagi…buat apa nak kecoh-kecoh.Besok dah raya…hrm…

“Woi akak!!!Mak suruh bangun!,”Dzul tiba-tiba terjengul di pintu bilik.Bertuah punya adik.Tak habis-habis nak mengejutkan aku.Nasib baik lah aku nie tak ada penyakit jantung.

Aku mula perasan ada mata-mata lain yang mengintai di sebalik pintu yang sedikit terbuka.Selimut aku tarik lagi tinggi.

“Nie akak Kekwa ker?,”seorang budak dalam lingkungan 7 tahun masuk ke dalam bilik diikuti dengan seorang lagi yang sebaya dengan Dzul.Dua-dua budak lelaki.

“Nie akak K…,”aku membetulkan.Akak Kekwa?Uish..pelik benar bunyinya.

“Siapa diorang nie Dzul?,”aku tanya Dzul.

“Adik abang Sam…yang sebaya dengan Dzul tu nama dia Adib..yang kecik tu..Azman..,”ohhh….aku ingatkan Sam tu anak tunggal.Tak tahu lah pulak kalau-kalau dia ada adik lain.

Tapi kenapa semalam aku langsung tak nampak diorang?Argh..lantak la..

“Akak belum mandi lagi?,”Adib tanya aku sambil tersengih-sengih.

“Busuk lah akak..kitorang pagi-pagi tadi dah mandi…,”sampuk si kecik Azman pulak.Azman,Adib dengan Dzul mentertawakan aku.

“Sibuk lah korang…keluar-keluar..menyibuk aje…,”aku menghalau budak tiga ekor tu..Cheh aku ingatkan perangai diorang tu baik-baik..Rupanya dua kali lima aje dengan Dzul.

***********************

Pada waktu petang,aku mengekori mak dengan ayah ke rumah Pak Long.Rumah Pak Long tak lah jauh sangat tak sampai 3 minit berjalan kaki.

Aku bersalam-salam dengan Mak Long dan Pak Long.Pak Long ramai anak.Kebanyakannya dah berkeluarga.Yang masih tinggal dengan Pak Long Cuma anak bongsu mereka.

Bersempena dengan Hari raya nie barulah anak-anak Pak Long berkumpul.Jadi penuhlah rumah Pak Long dengan cucu cicitnya.

Aku melangkah keluar dari rumah Pak Long bila mak dengan Mak Long mula bercakap dengan loghat Kelantan.

Loghat Kelantan la yang aku paling lemah sekali.

“Kekwa!!!,”terasa ada yang memanggil nama aku.

Dua makhluk yang sedang duduk di bawah pokok limau bali melambai-lambai ke arah aku.Aku menghampiri.

“Firdaus..nie la Kekwa hok yang aku royak ke mu semaley…,”ujar Sam kepada lelaki di sebelahnya.Aku respect habis dengan budak Kl nie.Pandai la dia speaking kelate.Tapi betul ker nie Sam yang pendiam tu?Ramah semacam aje.Aku rasa Mak Uteh dah salah orang nie.

“OOoh..comey lotey wei…gewe mu ke nie?,”jawab Firdaus pula sambil tersengih-sengih.

“Kekwa..nie sepupu kita…Firdaus….anak Pak Long,”Sam memperkenalkan aku dengan Firdaus.Soalan yang berbaur usikan dari Firdaus tidak dihiraukan.

“Panggil aku K,”

“Apasal?Tak kan malu dengan nama Kekwa?,”

Aku tak menjawab…

“Aku panggil kau kek lah…,”

Aku memandang geram.Apa ke jadahnya?Aku duduk di atas pangkin yang berdekatan.

“K…Sam nie gewe mu ker?,”hish…Firdaus nie tak habis-habis dengan soalan dia yang entah apa-apa.Tapi disebabkan dia menggembirakan aku bila dia panggil aku dengan nama K..aku jawab jugaklah pertanyaan dia.

“Dok eih…bukan gewe aku…,”rasanya aku dah cuba sehabis baik untuk bercakap Kelantan.Tapi budak dua orang nie tersengih-sengih.

Lantaklah..Malas aku nak melayan.Firdaus seterusnya bermain gitar.

“Demo loni tok supo mulo….tok berani kawe nak tegor…..,”Sam mula bernyanyi.

“Cepat..nyanyi lah sama…,”

Aku mengerutkan dahi.

“Alah..jom la nyanyi…kita nyanyi sama-sama…,”

“………………………………………..,”

“Tak sporting la Kek nie…,”Sam dah mencemik bibir.

“Aku tak reti nyanyi la….,”wajah aku turut masam mencuka.

“Nyanyi aje….ikut lagu tadi….,”rimas dengan ajakan Sam..aku pun bersuara.

“Demo loni tok supo mulo….tok berani kawe nok…,”belum habis aku bernyanyi diorang dah gelak kuat-kuat.

“Hahahahaha….adeih…kelakar gila lah kau nyanyi…betul ker kau nyanyi bahasa Kelantan nie?Apasal pelik benor?,”Sam yang paling kuat menggelakkkan aku.

“Sebab tu aku kata aku tak reti…,”

“Kekwa…jom balik…,”panggilan mak membuatkan aku mengatur langkah untuk pulang.

****************************************

Takbir raya sungguh menyentuh perasaan.

“Besok kita nak pergi rumah Pak Usu…,”aku yang tengah menonton berita di tv3 menoleh…

“Pak Usu mana mak?,”laju sahaja aku bertanya.

“Pak Usu yang duduk dekat Rantau Panjang…,”Sam pula yang menjawab.Aku mendengus.

“Sibuklah dia nie..aku tanya orang lain….,”

“Kau biar betul Kek….tak akan Pak Usu pun kau tak kenal?Ayah sedare kita tu….,”

Memang aku tak kenal.Dah balik jarang-jarang.Bilanya aku nak cam muka Pak Usu tu..?

“Betul cakap Sam tu…Pak Usu duduk dekat Rantau Panjang…mak nak pergi tolong Mak Long bakar lemang nie…tutup pintu elok-elok…,”

Aku jeling jam.Tak sampai pukul 9 malam lagi…awalnya Mak Long bakar lemang.

Ayah dengan Pak Uteh pergi bertandang ke rumah Pak Long.Mak uteh pulak dari petang tadi ada dekat rumah Mak Long.Malam raya nie semua orang sibuk memasak.

Adib,Azman dengan Dzul masih bermain kejar-kejar.

“Weh…korang boleh diam tak?Bergegar rumah nie.Ingat nie rumah batu ker?,”Sam yang sedang asyik menonton televisyen bersuara sedikit tinggi.Makin kuat budak bertiga tu berlari.Aku tak tahu lah kenapa MaK Uteh cakap anak dia yang sorang nie pendiam.Hakikatnya Sam nie mulut dia langsung tak boleh nak duduk diam.Aku mencicah susu pekat manis F&n sebelum memasukkan makanan ke dalam mulut.

“Kau makan apa tu?,”

Aku pandang Sam sambil menunjukkan lemang di tangan.

“Lemang dengan susu?Hish….sedap ker?,”

“Sedap…tak kan kau tak pernah rasa?,”

Sam menggeleng kepala.Aku bersimpati dengan Sam dan orang-orang yang tak pernah makan lemang cicah susu pekat manis.Memang rugilah.Sedap gila.Lemang nie aku jumpa dekat dalam peti sejuk.Entah siapa yang beli.Memandangkan tak ada makanan lain yang aku nampak..aku sapu aje makanan nie.

“Nak rasa?,”

“Tak nak lah aku makan benda pelik-pelik..,”

“Fine…eh aku nak tanya sikit…,”

Sam pandang aku sekilas.

“Apa dia?,”

“Apasal semua orang panggil kau Sam?Nama sebenar kau apa?,”

Sam sengih sambil sedikit berdehem.

“Ahem…nama aku Abrisam Abbasyi Bin Mokhtar…,”Abrisam Abbasyi?

“Peliknya nama kau….,”aku tak dapat mengelakkan diri daripada mentertawakannya.

“Dah tu nama yang ayah aku bagi..terima aje lah.tapi nama nie special tau.Bukan semua orang pakai nama nie.Kalau kau dengar betul-betul…nama nie macam Arabic sikit kan?,”Sam tersenyum bangga.

“Iye ker ayah kau bagi..entah2 kau reka sendiri…aku tahu..nama sebenar kau Samdol kan?,”

“Kau cakap bebaik sikit kek..aku tahulah nama kau Kekwa.So janganlah jeles dengan nama aku yang best nie..,”

“Kekwa-kekwa jangan sebut ek..lagi satu panggil aku K…Toksah la panggil aku kek.Kau ingat aku nie makanan ker?,”

“Hai…marah nampak…err..kau ambil course apa?.”Sam bertanya.

“Accounting…kau pulak?,”

“Aku ambil kulinari….,”

“Waa…bakal chef lah nie….Eh..tak akan kita nak tengok tv aje malam raya nie..tak nak pergi tolong bakar lemang?,”aku bertanya Sam.Tak akan nak terperuk aje dekat dalam rumah malam raya nie.

“Bakar lemang?Hrm…malas lah aku.Dah la banyak asap..buat pedih mata aje…Aku ada idea yang lagi best….nak main?,”Sam tersenyum lebar.

**************************************

“Okey….bila aku cucuh benda nie dengan api kau cepat-cepat baling…,”arah Sam serius.Aku mengangguk.Terasa berdebar-debar pula.Pertama kali main mercun.

Mercun ketupat itu aku pegang kejap.Sam pula mula mencucuh dengan api.Aku rasa aku dah baling cukup kuat..tak tahulah pulak mercun itu jatuh tak sampai dua langkah dari tempat kami berdiri.

“Laaaarrriiiiii!!!!!,”jeritan Firdaus menyebabkan kami lari lintang pukang.Aku yang selalu dapat nombor last bila merentas desa tiba-tiba aje lari paling laju.Takut beb.Karang tak pasal-pasal hilang jari kaki.

Kami berdiri di bawah pokok koko.Menanti dengan penuh sabar bunyi mercun ketupat yang dicucuh tadi.

Satu saat….

Dua saat….

Tak ada bunyi apa-apa pun.Rasanya tadi aku main mercun ketupat..bukan ketupat.

Aku,Firdaus dengan Sam dah garu kepala.Dzul,Adib dengan Azman masing-masing dah berkerut muka.

“Api padam tu….takpe2…kita try main mercun nie pulak…,”Sam menghulurkan mercun Mancis.Nak main mercun nie senang aje..macam mancis..kita kena gores dekat tempat yang disediakan.

Daripada mercun ketupat..yang aku rasa cukup power…kami bermain mercun mancis,mercun bola,mercun lalat dan mercun roket.

Memang riuh kawasan belakang rumah arwah nenek kami buat.

Aku yang mulanya takut-takut dah jadi makin seronok bermain mercun.Ye..aku tahu main mercun nie merbahaya.Tapi bila aku dengar mercun tu meletup..terasa ada kepuasan dalam diri aku.

“Kekwa!!!!!!!!,”

Mak lah tu..siapa lagi yang suka jerit-jerit nama aku dengan kuat.Mercun bola yang masih belum dicucuh dengan api masih berada di tangan aku.

“Ya Allah budak nie….kamu buat apa?Awak tu perempuan Kekwa..yang pergi main mercun tu kenapa?Dah besar panjang kan?Tak tahu ker mercun tu bahaya?Kalau nak main mercun sangat…cubalah main mercun yang Sam main tu....,”tangan mak tunjuk ke satu arah.

Sungguh aku tak percaya bila aku nampak Sam tengah main mercun bawang.Yang membuatkan aku jadi makin hangin bila Adib,Firdaus,Azman dengan Dzul tengah main bunga api.Jadi yang nampak nakal dan teruk adalah aku sorang…

“Diorang tu pura-pura mak…,”aku dah hentak kaki.

“Pura-pura apa pulak…kamu yang buat salah nak salahkan orang..Dah2…pergi tolong abah bakar lemang….,”

Aku masih tidak bergerak.

“Mak kira sampai tiga.Kalau kamu tak pergi sekarang…jangan harap kamu,”

“Ye lah..ye lah..nak pergi lah nie…..,”aku sempat menjeling ke arah Sam and the geng.Siaplah korang.

*********************************************

Keesokan harinya,aku mengikut mak dan Mak Uteh bersembahyang raya di madrasah.Mak telah menunda perancangan untuk ke rumah Pak Usu.Katanya nak pergi hari raya ke 4.

Raya pertama memang sibuk.Saudara-mara yang aku tak kenal tak putus-putus datang.Aku pun turut menyibuk di dapur.Bukannya tolong buat air..Cuma tolong hidangkan aje.

Nak suruh aku buat air?Alamatnya cirit-birit lah tetamu yang datang.Aku juga turut berkunjung ke rumah Pak Long dan kawasan sekitar nie.Aku ikut Dzul dengan budak-budak tu beraya aje.Duit raya aku tahun nie memang sikit.Aku tak harap pun dapat banyak duit raya..sebabnya aku sedar aku nie dah makin berumur..

Malam hari raya Pertama aku duduk menghadap tv.Sam terperap dekat dalam bilik.Mak uteh kata Sam tengah baca buku.Budak tu memang menyampahkan.Dekat depan mak dia punyalah baik.Pijak semut pun tak mati.tapi dekat belakang…

Tengah aku syok melayan filem..tiba-tiba perut nie memulas.Aku tak tahan nak pergi tandas.

Aku pandang sebelah.Nampak muka ayah dengan Pak uteh.Rupa-rupanya bukan aku sorang aje yang tengah layan filem.

Hrrm..rasanya line dekat dapur tu dah clear…Ayah dengan Pak Uteh ada dekat sini..Sam ada dekat dalam bilik.Jadi tak ada siapalah yang tengah guna bilik air.Aku berjalan laju menuju ke dapur.

Mak dengan Mak Uteh tengah berborak.Aku menghampiri pintu tandas.Apasal aku dengar bunyi air aje?

“Kekwa nak guna tandas ker?Budak bertiga tu tengah mandi…tandas luar ada..lampu suluh dekat atas meja…,”Mak Uda macam tahu-tahu aje apa tujuan aku turun ke dapur.

Aku mengeluh.Apa nak buat.Nasib badan…Kenalah guna tandas dekat luar rumah.Aku mencapai lampu suluh.Selipar lusuh entah milik siapa aku sarungkan ke kaki.

Gelapnya…aku keluarkan handset..dah jam 10 malam.Patutlah…Tandas yang tidak berlampu itu aku masuk.

Hajat yang telah ditahan sejak tadi aku tunaikan.Lega rasa.Aku keluar daripada tandas.Persekitaran yang gelap aku perhatikan.Rasa seram lah pulak.

Krekkk..kreekkk..

Yih?Apa benda tu?Aku mencari dari mana datangnya bunyi berkenaan.Mata aku terpaku ke arah bilik yang paling hujung rumah arwah nenek.

Satu lembaga sedang berusaha untuk memanjat keluar dari tingkap.Sam!Automatik tangan aku mengeluarkan handset.Ooohh…ini rupanya kerja kau selama nie.Baca buku konon.Aku tersenyum.Tangan aku makin lincah menangkap gambar Sam dalam pelbagai posisi.

Lampu jalan membuatkan gambar Sam yang tengah curi keluar begitu jelas dalam handset aku.Siaplah kau lepas nie…

*******************************************

Baju aku yang aku pakai di dalam rumah cukup simple..T-shirt lengan panjang dan seluar track yang aku padankan dengan tudung warna hitam..tak pun tudung putih.

Aku menguap.Mengantuknya rasa.Disebabkan hari nie hari raya..aku gagahkan diri untuk bangun.Aku mencapai tudung yang tersangkut di kerusi.Nak pergi mandi nie.Tapi rasanya elok kalau aku gosok baju dulu.

Aku mengambil baju kurung yang baru dibeli dari dalam beg.Keluar aje dari bilik..mata aku menangkap kelibat Sam yang tengah menggosok baju Melayu.

Aku teringat satu benda lah…Aku tersengih.Sam yang sedang khusyuk menggosok aku hampiri.

“Gosok baju aku…..,”aku meletakkan baju kurung warna Pink di sebelahnya.

Sam pandang sekeliling.Bila dia yakin tak ada orang..barulah dia bersuara.

“Kau ingat aku siapa?Orang gaji kau?Gosok sendiri lah kek…,”mentang-mentanglah tak ada orang..selamba badak dia aje panggil aku kek.Kalau dekat depan orang lain…macam mak dengan abah aku..Mak Uteh…Pak Uteh…..pandai pulak dia panggil aku K..Sam memang ada dua personaliti.Personaliti pertama ialah personaliti yang tersangatlah baik.Nerd..Pendiam..pura-pura aje tu…Perangai sebenar dia…Macam nie lah….suka menyakitkan hati orang dan suka buat kacau.

Aku menggetap bibir.Kek lagi!!!Bosan aku dengar.

“Hei Samdol..lebih baik kau gosok cepat..,”aku mengarah sambil memberi amaran.Sam pandang aku macam nak telan.

“Wah2 Kek nie..sejak bila jadi berani ha?,”

“Sejak aku ada gambar kau terjun tingkap…,”aku dapat lihat muka Sam biru.Tahu takut.

“Tipu,”eh..tak percaya lagi.

Aku menunjukkan handset aku kepadanya sambil ketawa jahat.

“Kalau aku tak nak gosok baju kau?,”

“Mak Ute…..,”

“Okey2…aku gosok….,”Sam cepat-cepat menghalang bila aku bersedia untuk melontar vokal dengan menjerit nama mak dia.

“Bagus2….,”aku menuju ke dapur untuk mandi.Senyuman masih tak hilang dari bibir aku.Senanglah hidup aku kalau macam nie terus..

*******************************

Bila tetamu dari Peringat balik.Barulah aku terasa sedikit lega.Bosanlah pulak.Tak ada apa nak buat.

Aku duduk di atas kerusi rotan di hadapan tv.Aku jeling Sam yang tengah baca surat khabar..Dia bukan baca surat khabar pun.Aku tahu..sebabnya dari tadi dia baca muka surat yang sama.

Dekat sebalik surat khabar tu dia tengah baca majalah yang dipenuhi dengan artis-artis posing dekat tepi kolam.Mata aku nie tajam sikit.Tadi ternampak Firdaus pinjamkan dia majalah Pelam tu.

Gatal rupanya si Sam nie.Setakat nie..aku belum pernah nampak Sam baca majalah Playboy…Rasanya Sam tak adalah melampau sangat macam tu.

Dia tengah bersenang lenang nampaknya.Kacau sikit…

“Ahem2…,”aku berdehem-dehem.Sam jeling semacam.

“Aku rasa dahaga lah….teringin pulak nak minum air Fresh Orange…Rasanya orang yang ambil course Kulinari mesti reti buat kan?,”

Sam tak ada tanda-tanda mahu bangun.

“Suruh Mak Uteh la buat…,”

“Kau nie….yelah2…aku buat air untuk kau….,”Sam menuju ke dapur.Tak sampai lima minit dia keluar dengan air FreshOrange.

“Nah…,”

Aku menghirup perlahan.Sam menanti aku minum.Err..manisnya!Nie nak suruh aku ada penyakit kencing manis lah tu..

Aku pandang Sam yang dah tersengih bila meliihat muka masam aku.Tak apa Sam..aku maafkan kau…banyak lagi benda yang aku boleh buat untuk mendera kau.

***********************************

Rasanya duduk beraya di Kelantan tak lah bosan sangat.Sebabnya ada Sam yang boleh aku kenakan.Yang paling best…Sam tak akan membantah kata-kata aku.

Aku nie jahat orangnya.

Hari Raya Ketiga tetamu yang datang beraya dah tak berapa ramai.Aku turun ke dapur.

Baru aje tolong Mak Uteh mengacau kari mak dah suruh aku beli sayur..Aku keluar dari rumah dengan perasaan malas.

Adik dengan sepupu-sepupu aku tengah membersihkan kolah di hadapan madrasah.Mesti Pak Long yang suruh.Pak Long aku kan imam dekat madrasah Ubaidillah tu.

Firdaus tengah menyental dinding kolah.Dzul dengan kawan dia yang dua orang tu bukannya menolong.Main air adalah.

Sam pulak tengah duduk termenung atas tangga.Nampak aje muka aku dia cepat-cepat ikut Firdaus menyental dinding kolah.

“Entah kenapa hari nie aku teringin nak makan ais krim….,”aku menanti reaksi mereka-mereka yang ada di situ.

Dzul menoleh sambil memandang aku.

“Nak aiskrim pergi la beli….,”

Aku menggeleng kepala.

“Eit Samdol…kau nak tolong beli kan?,”

“Kek betul lah kau nie…apasal asyik aku aje yang kena?Ramai lagi kan orang yang ada dekat sini,”

“Eh..tak apalah..dah aku nak suruh kau…kenapa?Kau tak sudi ker?Kalau kau tak nak tak apa..aku mintak Mak Uteh tolong beli…,”

“Iblis….,”seronok aku tengok Sam menggetap gigi.

“Uwah…takutnya aku…,”aku ketawa kuat.Sengaja nak membakar perasaan Sam.

“Kau nak aiskrim apa?.”

“Aiskrim RM3 ringgit..lepastu jangan lupa beli sayur kangkung tau…,”

“Aiskrim RM3.Banyak cantik muka kau….,”

“Tak nak beli?Tak apa lah..aku suruh mak Uteh buatkan aiskrim untuk aku..,”

“Aku nak pergi lah nie…kecoh….,”Sam meminjam motosikal Firdaus.Jahat ker aku nie?Aku tahu aku nie bukan jenis yang suka menyibuk hal orang.Jadi Sam tak perlu risau.Sebabnya aku tak akan bocorkan perangai sebenar Sam dekat depan mak dia.Biarlah mak Uteh tahu sendiri.

Alah..setakat Sam panjat tingkap untuk curi-curi keluar tu aku rasa Mak Uteh tak ada lah marah sangat.Setakat kena marah sikit-sikit.Biasalah..Sam nie yang takut sangat.Entah apa yang dia takut aku pun tak tahu.Aku Cuma mengambil kesempatan dengan sikap Sam yang penakut tu.

**********************************

Jam dah pukul 10 malam..keluarga aku dengan keluarga Sam semua tengah berkumpul dekat ruang tamu.Bersembang sambil menonton televisyen.

Disebabkan rasa dahaga..aku ke dapur untuk minum air.Tak sangka pulak boleh terserempak dengan Samdol dekat sini.

Sam tengah minum air kopi.Siap pejam-pejam mata.Konon nikmat lah tu.Aku tuang air kosong ke dalam gelas.

Duduk berhadapan dengan Sam.

“Aku rasa lapar lah…,”

Sam pandang aku geram.

“Kau nak apa lagi?Tak boleh tengok orang senang langsung,”

“Eh…aku Cuma cakap aku lapar aje.yang kau marah sangat nie kenapa…?,”

Sam mencemik.Air kopi dihirup.

“Aku rasa nak makan Spegheti la…kau boleh tolong masak?,”

“Tengok tu…..aku dah agak dah..kau kalau tak ada angin mengada-ngada kau jangan mimpi lah kau nak borak-borak dengan aku.Oi Kek…kau ingat kau sekarang nie ada dekat Peranchis?Sesuka hati mak bapak kau aje nak makan Spegheti…,”

“Kau kan bakal Chef..mestilah kau reti masak…,”

“Dekat rumah nie tak ada Spegheti….,”

“Pergi lah beli….,”

“Aku tak ada motor….,”

“Motor Firdaus kan ada?,”

“Dekat sini rupanya Sam..mak ingat dalam bilik..Sam mak ada benda nak cakap sikit,”suara Mak Uteh tiba-tiba kedengaran.

Aku dan Sam sama-sama menoleh.

“Sam nie kenapa?,”

“Kenapa apa mak?,”

“Lain kali…baju tu susun elok2 dalam almari baju.Jangan buat sepah dekat dalam bilik.Jangan nak menyusahkan mak pulak yang nak kena lipat.Kamu kan dah besar….,”selesai sahaja memberikan nasihat buat anak terunanya Mak Uteh berlalu semula ke ruang tamu.

Biasalah mak bagi nasihat dekat anak-anak.

“Isk..isk…,”siapa pulak yang menangis nie?Aku pandang Sam.Mata Sam dah merah.Biar betul budak nie?

Mak dia marah sikit aje..tak akan dah menangis.

“Kau nangis Samdol?,”aku ketawa melihat air mata tak henti-henti mengalir dari mata Sam.

“Kau diam lah…,”dalam tengah menangis tu sempat lagi dia marah aku.Anak manja rupanya Sam nie.Anak emak…Aku rasa Sam boleh aje kalau orang lain nak jerkah dia..marah2 dekat dia..tapi dia sensitif dengan mak dia.Dia tak boleh mak dia marah dia.

“Kau jangan lah beritahu mak aku yang aku curi keluar rumah…nanti mak aku marah aku..lagipun malam tu aje aku curi keluar…Firdaus ajak aku tengok orang race…,”dengan tangisan yang masih bersisa Sam menjelaskan.

Haisey…payah nie..kalau Sam tak berhenti nangis nanti orang ingat aku buli dia pulak.K buli Sam…Tak boleh jadi nie..Aku risau kalau-kalau ada sesiapa yang turun ke dapur.

“Dah la tu…kau nie…buat malu aje…nie aku nak cerita sikit dekat kau..,”

Sam angkat kening.

“Apa?.”

“Lusa aku dengan family aku dah nak balik Kuantan…,”

“Betul?,”

“Ye lah….,”

“Alhamdulillah..aman lah hidup aku lepas nie…,”Sam senyum panjang.Suka sangat.

“Sam..tak kan kau tak sedih nak berpisah dengan aku?,”aku menunjukkan muka sedih.

“Aku lagi bahagia kalau kau tak ada dekat sini…,”

Heh..aku dah agak dah.

“Lama lagi ke kau duduk sini?,”

“Tak lah lama sangat….lagi dua hari kot.Lepastu kitorang balik KL.Besok kitorang nak melawat saudara aku yang duduk dekat Gua Musang….,”

“Ooo…kau tak nak buatkan aku air kopi?Lusa aku dah nak balik…,”. Adib pernah cerita dekat aku kampung belah Mak diorang dekat Gua Musang.Sayangnya diorang dah tak ada atuk dengan nenek.Yang ada Cuma saudara mara.

Aku rasa aku masih beruntung sebab masih ada nenek dekat Penang.

Aku saja-saja aje suruh.Tak sangka pulak Sam betul-betul buatkan air kopi untuk aku.Aku pandang air kopi dihadapanku lama sebelum menghirupnya.

Dalam manis…ada rasa pahitnya.Sedap jugak Sam buat kopi.Tak adalah manis gila macam air Fresh Orange hart u..

Disebabkan mata aku rasa mengantuk..Air kopi tu langsung tak memberikan apa-apa effect pada aku.Sepatutnya aku rasa segar bila minum air kopi.Ini kenapa rasa mengantuk nie?Ker Sam ada letak sesuatu dalam air aku?Aku buang perasaan syak wasangka itu jauh-jauh.Aku bangun pukul 4 pagi hari nie..mana tak mengantuk.Aku meminta diri untuk masuk ke dalam bilik.Nak tidur.

************************************

Hari nie kami dua keluarga akan ke Rantau Panjang.Nak ke rumah Pak Usu.Keluarga Pak Long mulanya nak pergi jugak..tapi tak jadi nak pergi sebab ada tetamu yang datang kat rumah diorang.

Kami pergi dengan dua buah kereta.Aku dengan keluarga aku.Pak Uteh dengan keluarga dia.

Lama jugaklah kami singgah di rumah Pak Usu.Dari pagi sampai tengahari.Lepas tu kami singgah ke Pekan Rantau Panjang.Rumah Pak Usu tak la jauh sangat dari Pekan Rantau Panjang.

Pertama kali aku dapat menjejakkan kaki ke sini…selalunya aku hanya tengok di tv.Ramai betul orang dekat sini.

Pekan dia pulak luas.Barang-barang dekat sini dah la murah.Barang Siam lah katakan.

Aku yang tak pernah datang sini rasa sedikit teruja bila nampak jenama T-Shirt Adidas yang dijual hanya dengan harga RM10.

Kami berjalan secara berkumpulan.Orang tengah bersesak-sesak…payah pulak kalau ada yang hilang.

Aku menuju ke gerai yang menjual anak patung.Aku toleh belakang.Keluarga aku dengan Mak Uteh ada dekat kawasan sekitar.

Anak patung nie tak berapa lawa lah…aku melangkah makin dalam.Rupanya banyak lagi kedai yang jual anak patung.

Cakap aje nak patung apa..Doraemon?Shin Chan?Spongebob?Semua ada…semuanya barangan Made In Thailand….

Aku pandang belakang.Eh…mana diorang?Aku ulang alik pusing kawasan sekitar..Bayang mak dengan yang lain langsung tak kelihatan.

Ini yang aku sedih nie…Aku capai handset.

“Hello mak…mak ada dekat mana?,”nasib baik mak angkat telefon..

“Mak dengan Pak Uteh semua tengah makan nie….,”mak nie…anak dia tengah sesat sedap-sedap aje makan.

“Mak…K sesat……,”aku tahan air mata dari menitis..

“Kekwa ada dekat mana?,”

Aku pandang sekeliling.

“Dekat kedai orang jual anak patung…,”

“Hrmmm..tak apa lah…mak suruh Sam cari....slurp….okey..bye…,”amboi mak…siap hirup air lagi.Aku jugak tengah kelaparan sekarang nie.Dah la panas teriik.Peluh dah menitik-nitik dari tadi…

Aku keluar dari kedai yang menjual anak patung.Mata aku terpandang key chain yang melambak-lambak.

Kalau gantung dekat handset lawa jugak.Aku membelek key chain yang berhuruf K.

“K untuk kek…sesuailah tu….,”aku pandang sebelah.

Sam tersengih.Setelah selesai urusan jual beli.Key Chain K itu menjadi milik mutlak aku.Sam masih mengekori aku.

“Mana mak aku?,”

“Tengah makan dekat sebelah sana…kau tak lapar ke?,”

“Lapar la jugak…,”aku berterus terang.

“Jom kita makan….,”

Sam memesan dua gelas air sirap dan Mee Sup.Mee Sup nie nampak menyelerakan.

“Nah..untuk kau….,”Sam menghulurkan sesuatu di dalam plastik.

“Key chain?Betul ker kau nak bagi kat aku?,”key chain kristal.Tak sangka betul Sam nak bagi aku.Ya lah..kan selama nie aku banyak buat jahat dekat dia.Teringat pula pagi tadi…sebelum bertolak ke rumah Pak usu…aku terjumpa dompet Sam.Belek punya bilik..nampaklah kad pengenalan dia.Rupanya betul la cakap Sam..nama dia Abrisam Abbasyi.

“Yarp…,”aku tersenyum panjang.Rezeki jangan ditolak.Orang dah beri tu ambil aje lah..

Lepas makan..aku dengan Sam menuju ke kereta.Rupa-rupanya semua orang tengah menanti kami.

**********************************************

Sedar tak sedar dah lama aku tak balik Kelantan.Asyik beraya di Penang aje.Sepatutnya aku gembira.tapi entahla…fikiran nie asyik teringatkan mamat yang manja tu.

Kalau diikutkan hati aku nak sangat balik Kelantan..tapi tu lah…mak selalu balik masa musim cuti sekolah.Itupun dua hari..sekejap sangat.Yang selalu mengekornya Dzul.

Aku pulak sibuk dengan kuliah..sekarang nie aku dah kerja pun.

Aku mencari-cari kasut untuk dipakai.Almari kasut aku selongkar.Masih awal lagi untuk pergi kerja..boleh la aku pilih kasut lama-lama sikit.

“Mak…..,”aku seru nama emak.

“Iye..,”mak yang tengah menyapu tak jauh dari aku menyahut.Entah mimpi apa mak tiba-tiba aje rajin menyapu pagi2 hari nie…

“Sepupu dengan sepupu boleh kahwin kan?,”

Emak pandang pelik.

“Kenapa tiba-tiba tanya macam tu?,”

Aku tersengih-sengih.

“Saja tanya..boleh kan?,”

“Memang la boleh..tapi seeloknya dielakkkan..sebab pertalian tu dekat sangat.Tak berkembang….tapi kalau dah jodoh..nak buat macam mana..terima aje lah kan?,”mak macam bagi lampu hijau aje.

Relaks K..jangan tunjukkan rasa angau kau kat Sam…Sam belum tentu suka dekat aku nie.Entah-entah Sam dah ada makwe tak?Ruginya aku tak bertukar-tukar nombor phone dengan Sam.

“Mak ada benda nak tanya nie….,”

Aku pandang mak.Menanti kata-kata yang selanjutnya yang mungkin keluar dari mulut mak.

“Kekwa dah ada teman lelaki?,”aku geleng kepala.Mak dah tahu anak mak nie tak ada peminat.Saja aje nak buat aku sedih.

“Bagus lah kalau macam tu…ada orang berkenan dengan Kekwa…,”

Jantung aku jadi berdebar-debar.Ada orang berkenan dengan aku?Wah?Biar betul?

“Siapa?,”aku bertanya tenang..

“Abrisam Abassyi…..,”

**********************************************

“Kek…nampak kasut abang tak?,”

Aku jeling orang yang panggil aku tu tajam.

“Abang nie tak habis-habis dengan perangai suka menyakat dia…,”

“Laa…kek marah ker?,”dia ketawa.

“Samdol..kasut awak dekat luar rumah….,”suami aku yang aku nikahi tak sampai dua bulan tu gelak makin kuat.

“Okeylah sayang….cepatlah sikit pakai kasut…abang tinggal karang….,”Sam jerit dari luar rumah.Nak main ugut-ugut la pulak.Aku berkejar ke pintu depan.Kasut di dalam almari aku capai.Sam kerja dekat sebuah hotel.Tiap-tiap pagi….dia lah yang hantar aku pergi kerja.Katanya nak jadi suami Mithali.

Bagus azam Sam tu.Yang aku tak sukanya aku selalu kena buli..tak habis-habis panggil aku kek..Bila aku ugut dia dengan gambar lama yang dia cuba nak keluar dari tingkap tu..dia dah tak takut dah.Siap jelir lidah lagi kat aku.Sam dah berubah…dah tak menangis kalau kena marah dengan mak dia.

Masa dah mematangkan dia.Adeih..aku dah tak boleh nak kenakan Sam lagi…

Abrisam Abbasyi…

16 comments:

  1. he3...he3...he3...no word to say...very funny..best3..aa bravo!!thats all..huhu

    ReplyDelete
  2. hahah sangat best!!
    x sangka ada gak laki manja
    cam sam ni
    lawak je
    hahhaha

    ReplyDelete
  3. So CuTe THiZ sToRy..
    I lov IT

    ReplyDelete
  4. haha..
    gempak la ctew nie..
    btw, pew mksud abrisam abbrasyi??
    huhu

    ReplyDelete
  5. abrisam abbasyi>>>tampan/rjin berusaha ;D

    ReplyDelete
  6. sdp gler nme sam tuh..
    haha..
    mne awk dpt nme cmtu..?
    btw,
    cter nie best!
    luv it

    ReplyDelete
  7. hanis gurlz>>>mne dpt?hehe...ambik aje dlm bku..thanx 4 the comment...

    ReplyDelete
  8. asal aku rse mcm name cite hindustan ehh ?
    apeee ? bantal pelok warne pink bulu2 pgi perlis ? okayy .
    i nk pggl dy abbas no matter what .

    ReplyDelete
  9. aish.....x leh blah la....
    mercun bawang????ngan x bersalahnya.....
    hahahahaaaaaaa
    cian..

    >>niCk<<

    ReplyDelete
  10. apasal smua cita dlm blog ni best sesgt....jtuh cinta aku kt empunya blog....truskan berkarya...

    ReplyDelete
  11. cute la citer ni.. :)

    ReplyDelete
  12. mmg cute sungguh. haha..konflik pun xde
    tp best. sweet memory..

    ReplyDelete