Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Tuesday, December 29, 2009

I Warn You!! (18)

Pandangan aku terhala pada Daniel sebelum jatuh pada Syafiq.Apa yang Syafiq buat kat sini?

Malisa berdiri rapat di sebelah aku.

“Apa awak buat kat sini?,”aku tanya Syafiq.

“La….nak jumpa awak lah..tak kan tak boleh kot?,”Syafiq senyum malu-malu.Serius…aku tak suka bila dia start perangai gatal-gatal gini.Adeih…

“Amboi2..sejak bila bersaya awak nie?Musykil betul aku..Dulu masa time sekolah dulu..tak pernah lah pulak cakap lembut-lembut macam nie…,”Malisa menyampuk sambil tersengih.

“Apasal?Kau jeles?,”Syafiq jeling Malisa.

Bila dengar sahaja ayat perasan Syafiq…Malisa terus ketawa kuat.

“Aku?Jeles?Ohh..tidak….,”Malisa menafikan.

“Dah tu?,”soalan Syafiq itu langsung tidak dihirau Malisa.

“Okey..dah2 la melalut…Aku datang sini nak tengok kau tenyeh-tenyeh orang Fiq…So..apa tunggu lagi?,”Daniel yang sedari tadi hanya berdiam diri mula berkata-kata.

Aku toleh pada Daniel.Tertarik pada kata-katanya.

“Syafiq nak tenyeh orang?Sape?,”laju aku bertanya.

Syafiq hanya diam sementara Daniel pula galak ketawa.Aku tak tahu apa benda lah yang kelakar sangat sebenarnya nie?

“Fiq..kau tunggu apa lagi?Tak kan tak berani kot…..kau sendiri kata kan…kau tak main-main…,”Daniel terus menerus memprovok Syafiq.

“Hish…korang nie…Syafiq nak tenyeh siapa sebenarnya nie?,”Malisa pula bertanya.Kalau aku rasa nak tahu…Malisa lagi lah.

Apa yang pasti..bakal mangsa tenyehan Syafiq tu..sama ada aku atau Malisa..tak akan lah Daniel pulak..

“Cepat lah Fiq…lembap lah kau nie…cepat lah tenyeh Nurul…,”

Aku membeliakkan bijik mata.Heh…Apa kes tiba-tiba nak tenyeh aku nie?

“Cubalah kalau berani….,”kata-kata ku berbaur amaran..Ada hati nak tenyeh aku…Dia tak tahu langit tu tinggi ke rendah…Ini bekas Ketua Pengawas la..

“Apa nie?Tak nak lah gaduh depan rumah orang….,”muka Syafiq masam..

Aku senyum…tengok..ingatkan berani sangat Syafiq nie..Tapi kan apa motif dia tiba-tiba aje nak tenyeh aku?

“Tak nak lah gaduh depan rumah orang konon…cakap aje lah yang sebenarnya kau takut dengan Nurul..,”Daniel menambah sambil tersengih.

“Takut dengan Nurul? Sini…nak sangat aku tenyeh Nurul ek…,”Syafiq menghampiri aku.

Benda nie?Dia nak buat apa?Nak tenyeh?Aku bercekak pingang.

“Mari lah!Nak sangat cari gaduh…,” ini yang buat aku hotz nie…

Syafiq ketawa.Ada nada mengejek di situ.

“Pejam mata….,”

Aku angkat kening.

“Kenapa pulak?,”aku bertanya.

“Pejam aje lah….,”Syafiq separuh menggesa.

Malisa dengan Daniel pun turut menyokong arahan Syafiq.…Diorang macam excited nak tahu apa sebenarnya yang Syafiq nak buat dengan aku.

Aku akhirnya akur dengan desakan mereka.Lepas aje mata aku ditutup…Satu kain hitam pula dililit dekat kepala aku.Entah kat mana Malisa rembat.Huh..kalau dah guna kain.Baik tak payah suruh aku tutup mata.Saja aje nak menyusahkan aku.

Tiba-tiba aku terasa tangan aku ditarik perlahan..

“Siapa yang pegang nie?,”aku bertanya sedikit teragak-agak.

“Tangan awak lembut Nurul….,”nak pengsan aku bila dengar suara Syafiq…

Aku menyentap tangan aku.

“Apa pegang tangan nie?Kita nie bukan muhrim…kat sekolah tak pernah belajar agama?,”aku jadi geram.Sesuka hati aje ambil kesempatan masa mata aku tengah bertutup.

Terdengar tiga ketawa bergabung.Malisa,Syafiq,Daniel.

“Jangan lah macam tu…sakitlah tangan saya….awak nie….,”ujar Syafiq sedikit tergelak.

Tangan aku dipegang sekali lagi.Kali ini makin kuat.

“Syafiq!!!!,”aku lontar suara aku kuat-kuat.Tak kisah lah pitching lari ke hape…

Badan aku pula tiba-tiba dipeluk seseorang…Kejap ..lama…Suara Malisa ketawa cukup jelas di pendengaran aku.

“Hei….relaks lah…kau nie..aku lah yang pegang tangan kau…jangan dengar cakap Syafiq tu..dia saje nak main-main…,”

Aku menarik nafas lega….lega-lega pun aku bengang jugak nie…Siap lah dia nanti…Dalam keadaan mata aku yang tertutup…aku hanya mengekor ke mana sahaja Malisa tarik aku.

Hinggalah akhirnya kaki aku nie naik lenguh.Rasanya dah lama aku berjalan.Entah berapa kilometer agaknya.

Aku tersepak seketul batu…Aduh…sakitnya….badan aku tak dapat mengelak daripada jatuh tersembam ke atas rumput.

Tangan aku meraba-raba batu yang aku langgar tadi….Aik..dah hilang?

“Jatuh yea cik Nurul?,”Daniel menyindir.

“Siapa tahan kaki aku tadi?,”aku mula berfikir dengan waras.Darjah kepanasan aku naik mendadak.

“Marah ker?,”Syafiq bertanya sambil tergelak-gelak.

Aku tengah jadi mangsa buli ker?Argh…Aku segera bangun.Aku dah bosan.Tanpa berkata apa-apa..tangan aku laju merungkaikan lilitan kain di kepala aku.

Lega….

Kepala aku pusing sekeliling..Malisa dah hilang…Daniel pun ikut hilang sama.Depan mata aku sekarang cuma ada Syafiq..

“Silakan tuan Puteri….,”Syafiq menarik sebuah kerusi untuk aku.Bukan kerusi empuk atau mahal dekat hotel lima bintang…cuma kerusi plastik yang harganya tak sampai RM 2.

“Tak payah la nak ngade-ngade…warung Mak Cik Kiah je kan?,”aku segera duduk untuk menghilangkan rasa penat.Dari tadi aku berjalan dengan mata tertutup..Seksa tahu tak..seksa…

Rupa-rupanya tempat yang nak dituju cuma warung Mak Cik Kiah yang duduknya dekat simpang aje.

“Air tak ade?,”aku pandang Syafiq…Tekak nie rasa dahaga…

“Daniel dengan Malisa tengah pesan makanan tu…,”

Mata aku terarah ke kaunter.Dekat situ rupanya diorang.Tengah bercakap sesuatu dengan mak Kiah.Patut lah aku tak perasan tadi.Suasana warung nie dari dulu sampai sekarang tak berubah.Masih tetap sibuk dan penuh dengan ramai orang.

Pelayan nye cuma seorang..buat pelanggan yang nak makanannya cepat siap..orderlah sendiri dekat tuan empunya kedai….

“Oo…,”

Diam….

“Tadi kata nak tenyeh…,”

Syafiq senyum.

“Nak jentik awak pun saya tak berani…saya tenyeh karang…menangis pulak…,”

Aku mencemikkan muka.

“Tapi pehal pula tiba-tiba Daniel suruh awak tenyeh saya?,”

Wajah Syafiq bertukar serius.

“Mak dengan abah awak risaukan awak…semua orang risaukan awak…bukan nie caranya kalau awak ada masalah…Awak tak boleh fikir diri awak aje.Awak kena fikir pasal orang lain jugak…kenapa awak off phone awak?,”

Aku terpaku.

“Masalah saya..tak ada kaitan dengan awak…,”

“Apa pulak tak ada kaitannya….awak tunang saya….,”

Aku separuh terkejut.Kepala aku menggeleng laju.

“Tak…abah saya nak tunangkan saya dengan Syed bukan awak….,”

“Saya tak tahu apa yang jadi pasal pertunangan awak dengan Syed tu…tapi hakikatnya dekat sini..Daddy saya sendiri yang pinangkan awak untuk saya..dan abah awak setuju…,”

“Kenapa abah saya setuju?,”

“Manalah saya tahu…,”

“Kenapa awak tak bagi tahu saya awak nak pinang saya?Awak patutnya beritahu saya malam tu…saya tunggu punya lah lama…tapi langsung tak ada berita dari awak…,”

“Saya nak buat surprise…,”Syafiq tunduk tenung lantai…

Aku genggam tangan aku kuat-kuat.Handset yang dah lama disimpan dalam poket aku keluarkan.

Telefon bimbit milikku terus sahaja aku aktifkan.Mesej masuk bertalu-talu.

Wafa:

Ak dgr ko hilg….ko kat mne?

Wafa:

Nurul….

Missed call:

Rumah

Syafiq

Wafa

Rumah

Rumah

Wafa

“Macam mana saya nak balik nie?,”aku bersuara risau.

“Macam mana ape?Balik aje lah….,”

“Nanti abah saya marah….,”

“Itu lah…sebelum lari hari tu…tak fikir dulu…sekarang sendiri tanggung lah…,”

Syafiq bukan nak senangkan hati aku.Sengsarakan lagi adalah….Apapun semua nie jadi sebab aku..Aku gatal-gatal nak lari dari rumah.Sepatutnya aku duduk dengan reda dan penuh tawaduk menanti saat aku tak jadi ditunangkan dengan Syed…

Nurul?!!!!Bodohnya kau..sekarang aku sendiri yang susah.Agaknya macam mana lah respon abah bila aku balik nanti.Abah tak tergamak kan balun aku dengan batang penyapu?Atau abah akan kejar aku secara marathon 24 jam sekeliling rumah.

Tak sanggup..tak sanggup…

“Nak dengar satu cerita?,”

Aku angkat muka.

“Cerita apa?,”

“Cinderella….,”

“Boring lah..klise…last sekali happy ending…,”aku buat muka bosan.

“Tak yang nie lain..best…versi Syafiq….,”ujar Syafiq bangga.Siap buat thumb up lagi…tanda cerita dia nie memang best…lain dari yang lain..

“Prove it….,”aku tadahkan jugak telinga nie mendengar cerita Cinderella versi Syafiq..Pelik jugak…punyalah banyak cerita dongeng..kenapa Cindrella yang dipilihnya.

“Ahem..ahemm….,”agaknya itu intro cerita Cinderella dari Syafiq…

“Suatu masa dulu….di sebuah kampung…..tinggal lah seorang perempuan dengan emak dan kakak tirinya…nama perempuan tu Cinderella…Cinderella nie lawa…cantik sangat-sangat…,”

Aku anggukkan kepala.Itu aku dah tahu..Cinderella tu cantik…

“Kakak tiri dan emak Cinderella sayang sangat dekat Cinderella…Mereka anggap yang Cinderella nie bawa tuah pada diorang….,”

Aku mula perasan kelainan cerita Cinderella…

“Hidup diorang senang…sejak ada Cinderella…harta diorang melimpah ruah..Sebab tu lah Cinderella nak ditunangkan dengan Prince Charming…Mak tiri Cinderella rasa Cinderella nie sesuai sangat dengan Prince Charming….,”

Syafiq telan air liur sebelum menyambung kembali.

“Tapi Cinderella tak suka dekat Prince Charming…Cindrella….,”Syafiq tak jadi nak teruskan ceritanya bila suara Daniel tiba-tiba aje meyampuk.

“Ape ke biul sangat Cinderella tu?Prince Charming tu kan handsome..terima aje lah..banyak songeh betul…,”

Aku tak pulak nampak kelibat Daniel menghala ke arah sini.Sedar-sedar aje dia dah duduk.Malisa pulak duduk di sebelah aku.

Syafiq jeling Daniel..

“Suka hati aku lah..cerita aku…kau diam boleh tak?Kacau aje orang nak cerita…nie air aku mana?Lambat betul…dahaga dah nie…,”

“Tu..depan mata tu apa?,”tangan aku menunjuk ke arah minuman di hadapan kami.

Syafiq tersengih.Air teh ais segera dihirup.

“Okey aku sambung…Cinderella tak suka Prince Charming..sebabnya Cinderella dah lama jatuh cinta pada pembantu Prince Charming yang bernama Syafqi Azralez…,”

“Syafqi Azralez ker Syafiq Azriel….,”Daniel menyindir.

Sekali lagi Daniel dijeling Syafiq.

“Daniel..kau reti diam tak…tengok Malisa dengan Nurul senyap aje…,”Syafiq menyuarakan rasa tak puas hati..

“Okey2…aku diam…sekarang sambung balik cerita kau tu…,”Daniel mengangkat kedua-dua belah tangannya.

“Masa hari pertunangan Nurul…eh silap…masa hari pertunangan Cinderella dengan Prince Charming tu..Cinderella pun larikan diri…Dia berlindung dekat rumah Syafqi Azralez…Tapi Syafqi Azralez nie baik orangnya…dia pujuk Cinderella.Suruh balik..Dia tahu keluarga Cinderella mesti tengah susah hati…Cinderella akhirnya akur pada pujukan Syafqi Azralez…Masa Cinderella balik….majlis tu dah pun dibatalkan…Keluarga Cinderella sangat malu sebab Cinderella sanggup mencontengkan arang ke muka mereka.Mereka tak sangka Cinderella sanggup buat macam tu…Mak tiri dan kakak tiri Cinderella tak tahu macam mana diorang akan berhadapan dengan kerabat diraja…,”

Syafiq menarik nafas kejap…pastu dia sambung balik…

“Cinderella minta maaf pada keluarga dia…Dia janji dia tak akan buat perkara tu lagi…Tapi mak tiri dengan kakak tiri Cinderella tak boleh nak maafkan Cinderella…Cinderella dikurung dekat dalam stor…Cinderella langsung tak diberikan makanan dan minuman…Mereka bukan sahaja kurung Cinderella dekat situ…tapi mereka jugak lepaskan berpuluh-puluh ekor ular berbisa dekat Cinderella….akhirnya….Cinderella pun mati…Cinderella kelaparan dan mati disebabkan bisa ular…,”

“Macam bangang cerita kau nie…,”Daniel dah ketuk meja.

“Entah apa-apa ending dia!Apesal pulak Cinderella matinya..,”Malisa pulak masam mencuka.

Otak aku masih berfikir…Aha…got it…Aku jeling Syafiq…Syafiq memang tengah tunggu reaksi aku.

“Awak perli saya ker?,”sambil tu mata aku makin berapi…

Syafiq ketawa.

“Lah…baru perasan ker?Awak rasa abah awak akan kurung awak tak?,”

Chis…chieh..tui….tuieh…

“Syafiq…..,”aku cuba menyabarkan perasaan aku.Kalau sehari tak kacau aku tak sah.Cinderella konon..tak payah la cakap kisah Cinderella…cakap aje kisah Nurul dan abahnya….

Ketawa Syafiq makin kuat…

“Kita putus tunang…,”

Muka Syafiq bertukar pucat…

“Nurul…jangan la macam nie....pagi tadi baru aje kita bertunang….tak akan petang dah putus?Nurul…saya dah lama tau saya tunggu awak…sejak kita sekolah menengah lagi…,”

8 comments:

  1. Nurul sje ugut ke btl2 nie??hope x btl le dia nk putus tunng...
    Habislh Syafiq rhsia dia admire Nurul sjk dr sklh dh tbongkr...
    hihihi...
    smbung2...

    ReplyDelete
  2. Nurul sje ugut ke btl2 nie??hope x btl le dia nk putus tunng...
    Habislh Syafiq rhsia dia admire Nurul sjk dr sklh dh tbongkr...
    hihihi...
    smbung2...

    ReplyDelete
  3. hahahhaa..best tol ugutan nurul tul..eh btol ke memain jer nurul tu??

    ReplyDelete
  4. ku da xtau nk kta aper..mampu sengih je dr td..huhu

    ReplyDelete
  5. alah.........x mo la main putus cam2 je...


    sian kat syafiq!~

    +_*

    ReplyDelete
  6. ala..
    jgn r ptus 2ng..
    cian kt syafiq..
    err..
    nurul men2 ke kn..?
    tlg r kate ye......
    huhuhu

    ReplyDelete
  7. La, penat aje syafiq
    pujk ayah die sruh tunang.
    Jngn le putus lak.
    cite dah smpai part best
    dah.hu..hu. cepat le sambung.
    dah tak sabo nak bace.(^_^).

    ReplyDelete
  8. nie msti sesje je..
    haha..
    nurul nie...!!
    haha

    ReplyDelete