Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Wednesday, May 2, 2012

Bukan Ustaz 6

Beberapa belas tahun kemudian..

Jihan memandang ke luar tingkap.Hujan turun dengan lebat sekali.Tiada tanda-tanda mahu berhenti.Jika diikut pada perancangan asal,hari ini sepatutnya dia dan Raihan pergi berjoging dekat taman.

Nampaknya nak tak nak,kena postpone lah rancangan tu.

“Jihan,”panggilan atuk membuatkan Jihan menoleh ke arah belakang.

“Tok nak keluar kejap.Kalau ada apa-apa telefon lah,”atuk meninggalkan pesan.

“Hujan-hujan pun Tok nak keluar?Tok nak pergi mana?,”ditanya dengan nada risau.

“Macam biasa,”jawapan itu membuatkan dia tak berani melarang.Dijeling jam di tangan.Dah pukul petang.Seperti biasa,tiap-tiap hari Atuk mesti pergi masjid yang dekat hujung perumahan ni.

Selalunya sebelum azan asar lagi atuk dah pergi.Kawan-kawan atuk kebanyakannya pak-pak ustaz,tok imam,tok bilal dan setaraf dengannya.Atuk memang suka berkawan dengan orang-orang masjid.

Atuk kata,bila dia berkawan dengan mereka-mereka semua tu,ada banyak perkara yang dia boleh belajar.Itu dia tak kisah.Niat atuk memang murni.Nak menuntut ilmu.Tapi niat sampingan atuk pula membuatkan Jihan rasa tidak senang.

Atuk bercita-cita nak kahwinkan dia dengan ustaz.Tinggi betul impian atuk.Dia tak adalah sebaik mana.Apatah lagi kalau nak digandingkan dengan seorang ustaz.Terasa diri kerdil seperti semut.

Pernah dahulu atuk hendak menjodohkan dia dengan Ustaz Saufi.Ya,bila dengar nama tu memang dah confirm jatuh cinta.Baru nama,tak tengok muka lagi.Atuk berkenan sangat dengan ustaz tu.Pagi petang siang malam asyik duk sebut nama Ustaz Saufi.Ustaz Saufi inilah…itulah.

Semuanya ustaz Saufi.Bila dapat tahu yang ustaz Saufi dah bertunang,atuk terus patah hati.Hanya dia sahaja yang suka hati.Sekarang nampaknya atuk macam dah nak aktif semula jadi telangkai tak bertauliah.Hrmm..

Agaknya dah sampai masa dia cari suami kot.Barulah atuk akan duduk diam.Dan tak sebut lagi nama-nama ustaz yang bujang trang tang tang di hadapan dia.

Tapi umur baru berapa.Baru 26.Muda lagi.Bunyi loceng rumah menganggu lamunan Jihan.Haisy.Ini siapa pulak ni?

Dia bergerak malas ke pintu hadapan.Tudung di atas kerusi dicapai.Pintu dibuka.

“Assalamualaikum…Tok Ayah ada?,”

“Waalaikummussalam….tak ada.Tok baru aje keluar,”dia memberitahu jujur.Wajah Lokman yang sedang berdiri di hadapannya di tatap sekilas.

“Oh..boleh kita cakap dekat situ kejap?,”Jari Lokman terhala pada kerusi batu di halaman.Pertanyaan itu membuatkan Jihan menggaru kepala sendiri.Tak pernah-pernah pun Lokman ajak dia berborak,tiba-tiba sahaja ajak dia berbual ni kenapa?

“Hm..okeylah,”Jihan keluar dari rumah.Dia menyarungkan sandle.Tak ada apa nak dirisaukan.Pak Cik Rahman tengah potong rumput dekat kolam.Juga dekat halaman rumah.

Jihan memeluk tubuh.Menanti hal yang akan dibicarakan oleh Lokman.Lokman masih sahaja berdiam diri.Sekali-sekala mata Lokman terhala pada kereta miliknya yang diparking berdekatan.Entah apa yang Lokman tilik.

Dia diam.Menanti bicara Lokman.Lokman pula diam juga.Juga menanti dia bercakap.Agaknyalah.

“Jadi apa?Apa yang awak nak cakap tu?,”Jihan tanya.Mula hilang sabar.Kalau nak diam sahaja,baik tak payah panggil kan?Apa Lokman ingat dia tak sibuk.Ada banyak lagi benda yang dia kena buat.

Lokman menghulurkan sepucuk surat.

“Tolong bagi kat tok ayah.Pasal ladang kelapa sawit dekat Johor tu..,”

“Kenapa tak bagi sendiri?,”Jihan pegang surat yang bersampul putih itu.

“Minggu ni saya sibuk sikit.Banyak kes nak kena selesai,”

“Oh…,”rasanya kalau setakat nak bagi surat,tak payah lah sampai panggil dia keluar.Hulur aje dekat celah pintu.Sengal punya Lokman.Memang sengaja buat penat kaki dia berjalan ke depan.

Kata-kata itu hanya berada dalam hati Jihan.Tak mampu untuk diluahkan.

“Okeylah.Saya balik dulu.Kirim salam dekat Tok Ayah,”Lokman meminta diri untuk pergi.Jihan mengangguk.Perasaan geram sebentar tadi dibuang jauh-jauh.Dari jauh kelibat Lokman diperhatikan.Lelaki itu bergerak tenang sebelum masuk ke dalam kereta.

Nama ringkas:Lokman

Nama penuhnya:: Jihan tak tahu.

Kerjaya:Peguam

Hendak dijadikan cerita,Lokman merupakan peguam yang atuk upah.Kiranya antara orang-orang yang atuk percaya.

Status:Single

Lokman ni kalau nak dikatakan handsome,tak adalah handsome mana.Tapi bolehlah.Ada rupa.Walaupun Lokman ni single a.k.a bujang.Tapi atuk tak hairan pun.

Syarat pertama yang dah masuk kategori wajib.Yang perlu ada pada calon suami dia.Adalah ustaz.Atuk nak dia kahwin dengan ustaz.

Apalah nasib,kalau tak ada seorang pun ustaz yang hendakkan dia..memang sampai mati lah agaknya dia akan membujang.Dia pernah tanya atuk,baik sangat ke dia sampai hendak dijodohkan dengan orang-orang alim macam tu.

Sebab apa yang dia tahu.Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya.

Sekali atuk cakap:

“Kalau dah tahu diri tu tak berapa baik,cuba lah baikkan”

Hmph.Ok.Baiklah.

******

Di sebalik cermin hitam kereta Lokman, Ihsan memandang perempuan yang tengah berbual dengan Lokman..

Sweet.Wajah itu mengingatkan Ihsan pada cinta pertama dia.Urgh.Cinta pertama lah sangat.Tak kisah la tu kan.Kiranya cinta pertama lah jugak walaupun dia syok sendiri.

Perasaan rindu tu hadir bila dia berpindah sekolah.Kisah dia jatuh cinta pada jiran dia sendiri berakhir dengan penuh tragis bila dia cuma sedar perasaan itu ketika dia berada nun jauh di Kelantan.

Tak ada siapa yang tahu perasaan dia.Hanya dia yang tahu sendiri.Itu dulu.Sekarang dia dah tak suka siapa-siapa.Dan dia tak suka perempuan yang pakai tudung.

Macam perempuan yang tengah berborak dengan Lokman tu.

Kertas di tangan dibaca lagi sekali.

Siti Nur Jihan.

Aneh.Nama ini membuatkan jantung dia berdegup laju.Sekali lagi dia teringat pada cinta pertama dia.Nama macam familiar.Tapi entahlah.Tak mungkin ini Jihan.Mungkin pelanduk dua serupa.Lagipun dalam dunia ni dah ramai sangat perempuan nama Jihan.

Lagipun,setahu dia.Jihan tinggal dengan ayah dengan emak dia.Bukan dengan atuk.Itu apa yang dia tahu masa dia jadi jiran Jihan.

Lokman tiba-tiba masuk ke dalam kereta.

“Jadi?,”

“Jadi apa?,”Ihsan balas malas.

“Perempuan tu..,”Lokman tak menghabiskan ayat.

Ihsan geleng kepala.Tawaran Lokman sangat lumayan.Sayangnya terlalu berisiko.

“Kau nak aku menyamar jadi ustaz?Kau biar betul bro?,”hari ini entah berapa kali ayat itu diulang.

“Aku seriuslah bro,”

“Kau pernah nampak aku sembahyang?,”

Lokman menggelengkan kepala.

“Sejujurnya,tak pernah lagi aku nampak kau sembahyang,”Lokman memberitahu sambil tersenyum.Tadi dia sengaja panggil Jihan pergi halaman rumah.Senang.Dekat dengan kereta.Senang juga untuk Tengku Ihsan tilik wajah Jihan.

“See..Benda ni mustahil kau tahu tak?,”Ihsan meluahkan apa yang terlintas di fikiran.Lokman sudah memandu kereta ke luar kawasan banglo tiga tingkat tadi.

Sekali lagi syarat-syarat yang terpapar di kertas itu dibaca.

Nama:Ustaz Ihsan

Bla.Bla.Bla.Universiti Al –Azhar…

Fuhh..Dia tak pernah jejakkan kaki pun dekat Mesir.

Bla.Sekarang mengajar dekat Sekolah Agama Batu Lapan.

Fuyooh..Ini lagi lah mengarut.

Susah dia hendak percaya bila Lokman hendak dia menyamar jadi ustaz.

“Kenapa mesti ustaz Ihsan?Tak ada nama lain ke kau nak bagi?,”dia menyuarakan rasa tidak puas hati.Nama Ihsan sudah lama tidak digunakan.Ada cerita sedih di sebalik nama itu yang membuatkan dia malas hendak menggunakan nama Ihsan.

Sekarang semua orang panggil dia Tengku.

“Tak akan kau nak suruh orang panggil Ustaz Tengku kot?Tak pernah dibuat orang kau tahu tak?,”

Ihsan mengeluh.

“Tengku.Kau ni member aku.Sebab kau member aku,baru aku bagi proposal ni dekat kau.Aku Cuma nak tolong kau.Lagipun dulu kau jugakkan yang beria nak buat kerja ni,”

Ihsan diam.Tak membalas.Sebab apa yang Lokman cakap tu benar belaka.Memang dulu dia merayu dengan Lokman agar bagi dia kerja.Sebabnya mudah.Dia tak ada kerja.

“Senang aje kerja ni.Tak payah nak serabutkan kepala.Yang penting sekarang..kau bawak watak kau tu elok-elok.Perfect.Lagipun dulu kan kau pernah masuk sekolah agama.Setakat sembahyang tu kacang aje,”

Ihsan pandang luar tingkap.

“Kau nak suruh aku kahwin dengan perempuan tu?,”

“Yes…you must,”

“Lepas dua bulan,ceraikan dia?,”

“Woho..yang tu aku tak suruh..,”

Ihsan senyum sinis.

“Bro…kalau aku ikut proposal kau ni.Nak tak nak..aku kena ceraikan dia.Kalau tak..aku dengan kau.Kita sama-sama hancur,”

“Ye tak ye.Betul jugak cakap kau,”

Fikiran Ihsan melayang jauh.Sekarang dia sudah tak ada apa-apa.Tak ada keluarga.Tak ada kerja.Setakat berkahwin dengan yang namanya Siti Nur Jihan selama dua bulan.Tugas tu rasanya tak adalah susah sangat.

Ya betul.Tak susah.Sebabnya dia hati batu.Sampai sekarang dia tak malu nak mengaku yang dia tak pernah ada teman wanita.

Cold.Heartless.That’s him.

“Okeylah.Aku setuju…,”

“Deal?,”

“Deal…,”Ihsan menjawab penuh yakin.

2 comments:

  1. Wah!! dah ada sambungan!! Cepatnya..seronok!! dan best!!

    ^_^

    ReplyDelete
  2. ala.. kenapa tibe2 ihsan jadik jahat plak ni? x semayang plak tuh.huhuhu

    ReplyDelete