Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Saturday, August 29, 2009

I Warn You!! (5)

“Ikut suka kau lah..malas aku nak layan,”aku menuju ke belakang kelas.Menyandarkan penyapu ke dinding.

“Apa hal pulak nie?Tiba-tiba tak nak kawan dengan Nurul,”Amira bertanya.Sesiapa sahaja yang mendengar kata-kata Syafiq tu compirm nak tahu sebabnya.Wajah Syafiq kelat.

“She owe me one,”selesai sahaja mengucapkan kata-kata itu Syafiq kembali ke tempat duduk.

Aku menuju ke tempat duduk di sebelah Daniel.Malisa tersenyum tatkala melihat kelibatku menghampirinya.

“Aku ambil balik tempat aku.Beg kita aku dah tukar balik,”

“Lah...kenapanya?,”aku bersuara tidak puas hati.

“Aku boring duduk sebelah Syafiq tu..dia langsung tak cakap dengan aku,”Malisa cakap macam menipu aje.Syafiq budak paling kecoh dalam kelas nie dia cakap boring.Nak tak nak..aku duduk balik dekat tempat asal aku.Takkan nak berebut dengan Malisa pulak kan?

Daripada Ketua Kelas,Saiful cakap Cikgu Hidayat tak ada.Pergi kursus.Tapi cikgu kitorang nie dah tinggalkan banyak kerja.Nak kena hantar hari nie pulak tu.Aku rasa macam tak sempat nak buat aje.

“Mana pen biru aku?,”aku tercari-cari di atas meja.Tak ada.Dalam bekas pensil pun tak ada.Tu ajelah satu-satunya pen biru aku.Siapalah yang dengki sangat dengan aku nie?Mataku terpandang ke arah tangan Syafiq.Amboi..amboi...Perlakuannya aku perhatikan.Lepas siap guna pen biru aku milik aku,correction tape aku dia rembat...lepas tu pen ungu.Pen warna warni-warni aku...Dia buat macam harta sendiri!!!Nak pinjam pun tak beritahu aku.




“Kau nie kenapa?Dari tadi duk pandang aku,”geram betul dengar soalan dia.

“Aku tak pandang kau lah..,”aku menghalakan pandangan kembali kepada buku.

“Aku pandang pen aku,”perkataan pen aku tekankan supaya Syafiq sedar yang dia dah curi pen aku.Memang dia curi pun.Siap letak dalam bekas pensil dia lagi.Bukannya reti nak pulangkan balik.

“Ohh..nah.,”dia memberikan aku pen biru,pen hitam dan pen hijau.Tapi bukan yang aku punya..yang dia punya.

“Bagi balik pen aku.Aku tak suka guna barang orang,”aku berkata tegas.Pencil case kepunyaan Syafiq sudah berpindah tempat.Nun di hujung sebelah kiri mejanya.Tak tercapai dek tangan aku.

“You owe me one..,”

“Owe apa??,”aku tak paham langsung.

Syafiq merenggus geram.

“Say thank you...payah sangat ker?Aku kan dah selamatkan kau tadi..,”

“Kau yang cari pasal dengan aku kan masa Math tadi kan?Padan dengan muka kau,”jahatnya aku.Jahatnya.Cammon Nurul…just say thank you..Bukan susah sangat.

“Erkk..teri..,”baru aje aku nak ucap terima kasih Syafiq dah menyampuk.

“Tak payah lah.Dah terlambat.Hati aku dah terluka,”Mengada betul!

“Hrm..lagi satu..aku tak suka cakap dengan orang yang dah lukakan hati aku,”

“Kau nie kenapa?Aku just nak pen aku balik,”ujarku sedikit geram.Aku mintak pen..dia boleh babitkan soal hati pulak.

Syafiq memandangku tajam.Tanpa secalit senyuman terlakar di wajahnya.

“Kau nie bising ah...Boleh diam tak?Aku nak buat kerja payah,”mood Syafiq berubah.First time dia cakap segarang nie.Terkejut aku.Aku kembali menulis karangan.Malas dah nak suruh dia pulangkan pen aku.Nanti kena marah lagi.Isk..isk..

Sejak waktu tu..sampailah waktu balik..aku dah tak bertegur sapa dengan Syafiq.Dia nak sangat pen aku?Ambiklah.Aku tak heran..Pelajar-pelajar lain dah pulang ke rumah masing-masing.Malisa menemani aku ke bilik pengawas.Selesai mengunci bilik pengawas..aku dan Malisa bergerak untuk pulang.Kami melalui dataran.

“Sorang aje Zatul?Mana yang lain?,”aku menegur Izatul yang sedang menurunkan bendera.

“Diorang dah balik lah Kak Nurul.Kak Nurul kasi warning sikit dekat diorang tu,”adu Izatul tidak puas hati.Aku dan Malisa tidak jadi hendak melangkah.

“Siapa yang lari balik tu?,”Malisa pula bertanya.

“Abang Hilman..Najwa..Amar..,”Nah!Nama Hilman yang mula-mula dia sebut.Memang nak kena Hilman nie..Buat malu senior aje..

“Takpe..takpe..besok nanti kenalah diorang,.Meh akak tolong,”aku membantu Izatul,budak Form 4 tu menurunkan bendera.

************************************************************************

Aku membuka kasut sekolah.Letihnya...Pukul empat baru sampai rumah.Tunggu bas berjam-jam.

“Nurul..tolong mak boleh?,”emak dah terpacul di muka pintu.

“Nurul baru balik mak...Rumah belum masuk..baju sekolah pun tak salin lagi..,”aku membuat mimik muka keletihan.

“Alah Nurul.Pergi kedai kejap aje..beli rempah kari.Mak nak masak kari ni.Terlupa pulak nak beli,”emak menjelaskan.Aku tersengih.

“Mak nie..Nak masak kari..rempah kari pun lupa beli,”aku ketawa perlahan.

“Mak nak cepat tadi..Sedap kamu gelakkan mak yerk?Dah-dah.Pergi beli cepat,”dengan perasaan malas...huluran RM5 dan kunci skuter daripada mak aku sambut.Badan aku nie dah melekit-lekit.Tak sabar nak balik rumah.Mandi.Mujurlah tadi aku sempat sembahyang Zuhur dekat sekolah.

Kedai Pak Amin aku tuju.Buat apa nak pergi jauh-jauh.Yang dekat kan ada.

“Pak cik!!Rempah kari ada?,”huhu.Nampak sangat jarang datang kedai.Jarang datang pun..Pak Cik Amin ingat jugak nama aku.

“Dekat belakang,”ringkas Pak Cik Amin menjawab.Sibuk melayan pelanggan.Aku menuju ke arah belakang.Tergaru-garu aku buat seketika.Bukan garu sebab gatal tak mandi..Pening kepala sieh..Emak nak kari apa?Ayam dan daging?Ikan?Lupa pulak nak tanya.

“Hari dah petang...ada orang tu tak mandi lagi...,”

6 comments:

  1. cpt sambung, cepat sambung, CEPAT LA SAMBUNG........

    ReplyDelete
  2. ske3...
    cpt r smbung....

    ReplyDelete
  3. cutenye diorg nieh...
    nak lagi...
    nak lagi...
    cpat smbung ye sis...
    x sabo nak bace n3 seterusnye..
    ganbate..

    ReplyDelete
  4. besh3..cepat smbung.
    minat story nih

    ReplyDelete
  5. kNp x bUAT PnJg2??
    AnYwAy, I LuV DiS StOrY...
    sMbNg cPt..
    X SbR SeH..

    ReplyDelete
  6. kelakar la citer ni... jarang baca citer pasal ni...
    cepat cepat upload...
    tak sabar nak baca lagi!!

    ReplyDelete