Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Tuesday, May 8, 2012

Bukan Ustaz 7

Rambut yang selama ini tercacak dipenuhi gel diratakan. Songkok hitam yang baru sahaja dibeli di jalan Tunku Abdul Rahman semalam diambil dari atas meja.Dia tersenyum puas di hadapan cermin.Oh,handsome jugak rupanya aku ni.

Kolar baju Melayu dibetulkan.Cermin mata hitam dipakai.

Dia merenung diri wajah sendiri di dalam cermin.Macam ada benda yang tak kena aje.

“Dah macam orang buta dah aku tengok,”Lokman yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati tiba-tiba memberi komen.

Cermin mata hitam terus ditanggal.Ingat nak jadi ustaz yang berstyle sikit.Tak sangka pulak yang style ni dah ramai orang buta yang chop.

Dia ambil pula cermin mata yang berbingkai tebal.Macam orang-orang berilmu.Yang ni bagus.Dia sengih sendiri.

“Dah siap belum?Jomlah,”

“Kejap bro..lima minit,”Ihsan memberi isyarat tangan.Cermin yang bersaiz gergasi itu masih lagi dipandang.Dia tidak puas hati dengan penampilan diri sendiri.

Kalau tadi dia rasa macam orang berilmu,sekarang tiba-tiba aje rasa macam nerd.Budak nerd aje yang selalu pakai cermin mata tebal macam ni.

“Aku ingat nak tukar pakai contact lens biru la,”selama ni memang dia pakai contact lens yang warna biru pun.Dah lama dah dia rabun.Sejak dia form 5 lagi.

“Sejak bila pulak ustaz Ihsan pan asian ni?,”Lokman bersuara separuh menyindir.Dah nak naik kebas urat saraf dia menunggu Ihsan.Punyalah lama bersiap.Mengalahkan perempuan.Sekarang hendak pakai contact lens berwarna lah pulak.

“Yalah.Yalah..Jom,” akhirnya Ihsan mengalah jua.Penat jugak tengok diri sendiri dalam cermin.Stress bila tengok wajah sendiri yang amat kacak.Padanlah ramai sangat perempuan yang minat dekat dia.

Mereka akhirnya sampai juga di Masjid Darul Iman.Dah nak dekat masuk waktu asar.Lokman menghentikan kereta perdana di hadapan pintu.

Lokman pandang dia.Dia pandang Lokman.

“Turunlah wei.Dah nak asar,”

“Aku tahulah,”tiba-tiba rasa berdebar.First time nak jumpa Tok Ayah.Lokman kata,kalau nak kahwin dengan Jihan tu senang aje.

Pertama sekali,kena ambil hati Tok Ayah.Buat Tok Ayah berkenan dekat dia.

“Cepatlah wei.Karang kita terserempak pulak dengan Tok Ayah.Kantoilah aku yang hantar kau,”

Bising sungguh mulut Lokman.Ingat dia sorang aje ke yang risau?Habis tu dia tak risau?Bila Ihsan ajak Lokman sembahyang sekali,laju aje menolak.Kononnya ada hal.Nak sembahyang dekat rumah.

Entah ya ke tidak.Lokman ni manalah pernah sembahyang.Sepupu sepapat syaitan sama dengan dia.

“Nanti kau ambik aku,”dia mengarah.Kereta dia tengah masuk bengkel.Sebab tulah Lokman menjadi mangsa untuk dia tumpang bila dia hendak ke mana-mana.

“Tengoklah macam mana”

Cis.Kata kawan.

Lepas sahaja dia siap menutup pintu kereta,kereta Perdana milik Lokman terus berdesup meninggalkan dia terkontang-kanting di situ.

Dia melangkah lambat-lambat ke anak tangga masjid.Perasaan Ihsan bercampur baur.Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke dalam masjid.Kalau lalu depan masjid dengan kereta tu selalu sangat.Cuma itulah dia.Hanya sekadar lalu.Sekadar menjeling dengan ekor mata.Tak pernah terdetik pun dalam hati dia untuk singgah.Sembahyang berjemaah di masjid memang tidak ada dalam kamus hidup dia.

Dia menanggalkan selipar di tepi tangga.Bunyi motosikal membuatkan anak mata Ihsan menoleh ke arah sebelah.Seorang lelaki dalam usia 60 an mengangkat tangan.Pada dia ke?Dia pusingkan kepala dua tiga kali.Memang hanya dia seorang sahaja yang tengah berdiri di situ.

Ihsan sengih.Tangan turut diangkat.Dia menanti lelaki berkenaan turun dari motor.Laju sahaja lelaki itu bergerak.

“Musafir ke?,”lelaki yang sebaya atuk dia (tu kalau atuk dia masih hidup) menanyakan soalan.

Ihsan menggeleng laju.

“Saya baru pindah kawasan ni..,”jawapan itu keluar tanpa dirancang.

Lelaki itu ketawa.

“Lah..ye ke.Maaflah sebab tanya.Tok sebenarnya excited sikit bila jumpa orang muda pergi masjid.Maklumlah.Zaman sekarang dah tak ramai yang suka mengimarahkan masjid.Anak ni nama siapa?,”

Ramah sungguh atuk ni.Ihsan garu songkok.

“Ihsan…,”dia menghulurkan tangan untuk bersalaman.

“Kerja dekat mana?,”salam yang dihulur disambut.Tangannya dijabat kemas sebelum dilepaskan.

“Dekat aje.Tak jauh.Sekolah Agama Batu Lapan,”malam semalam lagi dia sibuk menghafal nama sekolah agama ni.Nasib baik simple aje.Senang nak ingat.

“Lah ustaz ke ni??,”bahunya pula ditepuk dua tiga kali.Tak tahulah Ihsan apa yang menyebabkan atuk yang berada di hadapan dia teruja sangat.

Dia sekadar tersenyum.Ustaz tak boleh riak.

“Panggil aje Tok.. Tok Ayah,”

Nama itu membuatkan Ihsan sedikit tersentak.Dia cuba mengawal riak muka agar tetap nampak tenang.Mudahnya untuk dia berjumpa Tok Ayah.

Ingatkan susah sangat.Dia senyum pada Tok Ayah yang juga turut tersenyum memandang wajahnya.

“Ustaz dah berpunya?,”

Erks.

Ihsan ketawa.

“Jodoh belum sampai Tok Ayah…,”dia mengukirkan senyuman.

********

Rupanya tak ramai yang datang untuk solat asar berjemaah di masjid.Jika ditolak tambah,jumlah jemaah tak sampai sepuluh orang.Itu jika dikira sekali Tok Imam dan Tok Bilal,dia dan Tok Ayah.

Rata-rata yang datang ke masjid hampir semuanya sudah berusia.Hanya dia seorang sahaja yang masih belia remaja.

Nasib baik segala apa yang dia pernah praktikkan semasa di sekolah agama dulu masih diingat.Jadi tak susah mana nak bawa watak ustaz ni.

Kalau setakat ambil wudhuk tu,tak perlu rujuk buku.Dia dah cemerlang sangat dah.Tadi yang jadi imamnya Tok Imam lah siapa lagi.Nasib baik dia tidak disuruh menjadi Imam.

Kalau tak memang kacau sebabnya,doa lepas sembahyang dia sudah lupa.Nanti ada pula dia baca doa dalam BM.

Hmm..

Lepas ni terpaksalah kena hafal semula.

“Ustaz..nanti selalu-selalu lah singgah datang.Berjemaah sama-sama dekat sini,”dirinya dipeluk kejap oleh Tok Imam.Semuanya sudah bergerak untuk pulang.Hanya tinggal dia,Tok Imam dan Tok Ayah di tangga masjid.

“Insyaallah,”

“Saya bukan apa ustaz.Kalau boleh nak sangat jemaah masjid ni makin bertambah hari-hari.Biar selalu meriah.Tak adalah kosong aje,”mata Tok Imam berkaca-kaca.Terharu dek kehadiran dia barangkali.

“Ustaz..cuba ustaz bagi nombor ustaz,”Tok Ayah sudah mengeluarkan handphone dari poket baju Melayu.

Ihsan senyum.Positif nampaknya.Tok Ayah dah mula berkenan pada dia.

“Kamu ni tak menyempat-nyempat.Pantang jumpa ustaz.Semua nombor ustaz hendak disimpan,”Tok Imam tegur Tok Ayah.

“Lah.Apa salahnya Mam...boleh merapatkan ukhuwah,”

“Hmm.Ukhuwah lah sangat.Aku kenal kamu tu dah lama,”

“Eh..tak apa.Saya tak kisah,”dia mencelah.Dengan senang hati,Ihsan memberitahu nombor telefonnya pada Tok Ayah.

“Betul nombor ustaz ni?,”

“Betul Tok Ayah.Tu nombor saya,”

“Kejap ustaz.Tok missed call,”Tok Ayah melekapkan telefon bimbit pada telinga.

Hey, sexy boy, set me free,

Don't be so shy, play with me,

My dirty boy, can't you see

Renungan mata Tok Ayah dan Tok Imam sama-sama jatuh pada wajah Ihsan.

Damn.Dia lupa hendak silent kan phone.

10 comments:

  1. hahaha lawak doh ihsan ni..ustaz pakai ringtone mr.saxobeat..sengal gila...kahkahkah..

    ReplyDelete
  2. tersangatlahhhhhhhhhhh ustaz si ihsan ni....hahaha kantoi !

    ReplyDelete
  3. aduhai , ape laa ustaz nih . hahaha
    best laa smbung-2 .

    ReplyDelete
  4. sgt lawak..hahahaha...

    ReplyDelete
  5. kantoi2..abes la ko ihsan...
    nk lagi..hehe

    ReplyDelete
  6. adoyy.. memang lawak part last tu
    tergelak sorang2 dpn laptop..
    hihi :)

    ReplyDelete
  7. Alamak! kantoi sudah. mmg lawak sgt! Tak sbr nk tau smbungannya.

    ReplyDelete
  8. kah3..thumbs up ustaz ihsan..! mr.saxobeat..ustaz la sngt..haha

    ReplyDelete