Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Saturday, October 3, 2009

I Warn You!! (10)

Syafiq segera bergerak menghampiri pintu.Pintu hadapan dibuka.

“Waalaikummussalam….oh..Pak Lang.Mak Lang.Masuklah,”dia membuka pintu luas-luas.

“Mak kamu mana?,”Mak Lang dah terjengah ke dalam rumah.

“Ada …tengah sembahyang.Sekejap lagi keluar lah tu..Duduk Mak Lang..Pak Lang..,”pelawa Syafiq.

Mak Lang dan Pak Lang mengambil tempat di atas sofa.

“Kami nie datang..saja nak melawat..sambil-sambil tu..nak jugak tahu result kamu..,”ujar Mak Lang berterus terang.

Syafiq tersengih.

“Biasa aje result saya Mak Lang…Mak Lang nak minum ker?Boleh saya buat..,”Syafiq bangun ingin menuju ke arah dapur.Nak buat air apa yer?

Peti sejuk dibuka.Air kopi?Ahh..buat aje lah air apa-apa pun.Yang penting air.Syafiq menyuapkan sesudu air oren ke dalam mulut.Nak test..sedap ke tidak..erm..sedap jugak.Chewah..masuk bakul angkat sendiri.Dia menatang air minuman yang diletakkan di atas dulang.

“Minum Mak Lang…Pak Lang..,”

“Rajin kamu Syafiq..air buat sendiri ker?,”Pak Lang bertanya sambil menghirup air minuman.

“Ahem2..Tengok orang lah Pak Lang…,”Syafiq tersengih-sengih.

“Boleh la Mak Lang buat menantu…,”Mak Lang dah tersenyum simpul.

“Eh..mak kamu tu mana Syafiq?Lama betul sembahyang..cuba kamu tengok sikit,”Syafiq bergerak menuju ke bilik mama.Dia pun pelik.Lama betul mama sembahyang…tak akan tak siap-siap lagi?Pintu bilik ditolak.Keadaan mama masih sama.Tetap sujud.

1..2..3…dia berdiri di situ.Matanya menghala ke arah mama.Tidak ada tanda-tanda mama mahu bangun.

“Ma…,”Syafiq memegang bahu mamanya,Puan Karina.Tiba-tiba Puan Karina jatuh tergolek.

“Ya ALLAH…Mama!!!,”Syafiq menggerak-gerakkan tubuh ibunya.

********************************************************************

“Syafiq…kamu jadi imam,”arah Pak Lang.Bahunya ditepuk perlahan.

“Betul cakap Pak Lang kamu tu Syafiq..yang jadi imam nie seelok-eloknya biarlah anak lelaki..,”sokong Pak Imam.Syafiq mengangguk-anggukkan kepala.Penduduk kampung dah mula memenuhi segenap sudut ruang rumah.Akhirnya mama pergi jua meninggalkan dia.Tak sempat untuk dia memberitahu mama berita gembira.Masih terngiang-ngiang suara mama di telinga.

“Usolli ‘ala hazihil mayyatati arba’a taqbirrotin fardho kiffayatin imaman lillahhita’ala,”solat sunat jenazah diimamkan oleh Syafiq.

*********************************************************************

“Syafiq..bawak bersabar banyak2..,”Daniel menepuk perlahan belakang Syafiq.

“Thanks sebab kau sudi datang,”Daniel turut membantu mengiringi jenazah arwah mama di tanah perkuburan.Hari dah jauh petang,atas nasihat Pak Lang..perkebumian arwah mama dipercepatkan.Kata Pak Lang…tak elok melambat-lambatkan pengebumian.

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai Karina Bin Halimah wahai Karina Bin Halimah,wahai Karina Bin Halimah, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.,”Ya Allah kau kuat kan lah hati aku…tabahkan lah aku untuk melalui hari-hari yang mendatang tanpa kehadiran arwah mama.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai Karina Bin Halimah, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai Karina Bin Halimah, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai Karina Bin Halimah tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai Karina Bin Halimah, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.,”bacaan talkin oleh Pak Imam begitu menyentap sanubari.Terbit rasa keinsafan di dalam diri.

Manusia hanya dipinjamkan buat sementara.Setiap manusia pasti akan mati.

Jika diikutkan rasa hati..air mata ni dah lama tumpah.Tapi Syafiq sedar…apa gunanya dia menangis.Menangislah air mata darah sekalipun…mama tak akan kembali lagi.Mama dah pergi kembali menghadapNya.

“Ma…Syafiq pergi dulu..,”air mawar disiram di atas pusara mama.

“Fiq…jom balik,”Mak Lang menarik lengannya.

Syafiq mengangguk lemah.

********************************************************************

Dah seminggu mama pergi.Rumah ni terasa kosongnya.

Tok!Tok!

“Daniel…kau bukak pintu tu,”Syafiq mengarah.Tangannya laju menekan punat televisyen.Rasa malas betul nak bergerak ke pintu depan.

“Aku nie tetamu Fiq…Ingat sikit…,”Daniel menyuarakan rasa tidak puas hati.Marah-marah dekat Syafiq pun dia tetap menuju ke arah pintu utama.Sejak dua menjak nie…rumah Syafiq dah jadi rumah keduanya.Tempat dia tidur dan melepak.Emak dan Ayah tidak kisah kerana mereka tahu dia menemani Syafiq.

“Waalaikummussalam…masuklah,”Daniel memerhati tetamu di hadapannya.

“Sape yang datang tu??!,”kedengaran suara Syafiq dari dalam rumah.

“Entah…aku pun tak tahu!!Jemput masuk Encik…,”sekali lagi Daniel mempelawa.

“Tak apalah..Uncle duduk sini aje…Syafiq ada?Boleh panggil dia kejap?,”lelaki dalam lingkungan 50-an itu dipandang pelik.Siapa uncle nie?Selama nie dia tak pernah nampak pun.

“Fiq!!!Ada orang nak jumpa!,”Daniel menjerit kuat.Kedengaran derap kaki dari dalam.Syafiq berdiri di sebelahnya.

“Ya..ada apa?,”laju mulut Syafiq bertanya.

“Syafiq kan?,”lelaki berkenaan menghulurkan tangan.Syafiq menyambut huluran tangan lelaki separuh usia itu.Mereka bersalam-salaman.Daniel sekadar menjadi pemerhati.

“Saya…Tan Sri Mohd Luthfi.Ayah kamu…Syafiq..,”wajah Syafiq serta-merta berubah.

*****************************************************************

“Syafiq…sampai bila kau nak macam nie?Aku tengok ayah kau tu beria sungguh nak kau tinggal dengan dia…sampai tiap-tiap hari dia sanggup datang sini pujuk kau,”Daniel mengambil tempat di sebelah Syafiq di beranda.

Wajah Syafiq kosong.Entah bintang mana yang dia tenung di langit sana.

“Fiq…kau dengar tak cakap aku nie?,”sekali lagi Daniel memancing perhatian Syafiq.

“Kau tahu tak…mama selalu marah aku duduk dekat luar rumah malam-malam.Macam apa yang kita buat sekarang…,”muka Daniel dipandang sekilas.

“Syafiq…..,”

“Huh…kau jangan sebut tentang ayah aku tu boleh tak?Aku tak boleh nak maafkan dia Daniel..Sebelum nie…masa mama ada..dia tak pernah pun muncul.Alih-alih sekarang nie dia pulak sibuk nak jaga aku.Kenapa baru sekarang Daniel?Kenapa tak dulu?Masa mama masih hidup,”

“Entah lah Syafiq..kadang-kadang kita tak boleh nak jangka perbuatan manusia.Macam yang mak aku selalu cakap..setiap peristiwa yang berlaku pasti ada sebabnya.Aku yakin ayah kau ada sebab dia sendiri…tak salah kalau kau maafkan dia Syafiq.Kalau mama kau ada lagi sekarang nie…aku berani jamin..dia pun nak kau maafkan ayah kau,”

Syafiq mengeluh perlahan.Setiap kata-kata Daniel ada benarnya.

“Syafiq tetap anak Mohd Luthfi.Lagi satu…Syafiq kena hormatkan dia.Jangan Syafiq berani cakap kurang ajar depan dia macam nie,”kata mama masih melekat dalam kepalanya.

Dia tak faham..kenapa mama langsung tidak marahkan ayah.Sebaliknya,mama beria-ia mempertahankan ayah.Mama tidak suka dia memburuk-burukkan ayah.Ah…mama.Mama terlalu baik.Kenapa ayah sanggup tinggalkan insan sebaik mama tanpa khabar berita.Memang mama tak pernah menzahirkan…namun dia tahu..mama amat merindui ayah.

“Ayah nak kamu tinggal dengan ayah…,”Itu antara apa yang dikata oleh ayah kepadanya.Syafiq meramas-ramas kepala.Semua nie menyerabutkannya.

“Fiq…aku masuk dalam dulu..sejuk ar duduk dekat luar nie,”Daniel menggosok-gosok badannya.Cuba menahan kesejukan angin malam.

“Nanti bila kau masuk dalam..jangan lupa kunci pintu pulak tau!,”sempat Daniel menitipkan pesan buat sahabatnya.

“Ye lah.,”Syafiq menjawab malas.

Langit yang dipenuhi dengan bintang-bintang dipandangnya lama.Kenapa semua orang yang dia sayang pergi meninggalkannya?Mula-mula Nurul..lepastu mama.Argh..Jangan menyalahkan takdir Syafiq.Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Syafiq mengeluarkan dompetnya dari poket seluar.Gambar bersaiz passport dikeluarkan.Nurul…kau dekat mana?Tak akan kau langsung tak rindukan aku?

Dia sendiri tidak tahu..kenapa dia boleh suka pada Nurul.Kawan-kawan dia yang lama kata Nurul tu tak ‘hot’..Siapalah yang suka perempuan sopan pakai tudung macam Nurul.Nak-nak geng dia yang perangai sorang-sorang macam hantu.Nurul tu garang la..Kalau kahwin dengan dia..compirm kena queen control..Bagi dia…Nurul tak ‘hot’…tapi dia ‘cute’..Nurul memang garang..tapi dia manis…KP…Of course kena garang.

Ada kata-kata pujangga yang begitu mendalam maksudnya:

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal

mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan

hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Mungkin itu lah sebabnya mengapa dia sukakan Nurul..Tak kisah la apa yang orang kata tentang Nurul..hati dia dah kata Nurul tu cantik.Dia terpaksa mengaku.Nurul tak secantik Penelope Cruz atau Selena Gomez…

Nurul cuma biasa-biasa aje.Yang penting…ada sesuatu dalam diri Nurul menyebabkan dia sukakan gadis itu.Bila hati dah suka…semua jadi indah.

***********************************************************************

Syafiq menghampiri Daniel yang sedang sibuk membasuh motosikal.

“Aku dah buat keputusan…aku akan tinggal dengan ayah aku..,”Cuma satu sebab mengapa dia bersetuju untuk tinggal dengan ayah.Dia tidak mahu menghampakan mama.Dia tahu mama mahu dia maafkan ayah.Syafiq mahu mama tenang di alam sana.Kalau ini antara salah satu cara yang boleh merapatkan hubungan dia dengan ayah..dia rela.Dia juga ingin tahu..mengapa ayah sanggup meninggalkan mama?Suatu hari nanti..dia pasti akan tahu sebabnya.

Daniel mengangkat mukanya.Sahabat karibnya direnung dalam.Serta merta dia tersenyum.

“Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi

merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan..kan bagus macam tu…so bila ayah kau nak ambil?,”

“Kau macam nak suruh aku cepat-cepat berambus aje,”

“Mana ada…aku Cuma nak tengok kau happy..kau kan kawan aku.Dekat sini apa yang kau dapat?Aku tengok kau asyik sedih aje..kalau kau tak teringatkan mama kau..mesti kau teringatkan Nurul..,”

“Heh..kau jangan nak pandai reka cerita eh..Mana ada aku teringatkan Nurul.Nurul kan dah lama pindah.Muka dia pun aku dah tak berapa ingat,”Syafiq memandang ke arah lain.

“Tak usah la nak menipu aku…aku pernah tengok dompet kau..wah!Bukan main lagi kau ya..siap simpan gambar Nurul..Eh,macam mana gambar Nurul boleh ada pada kau yek?Pelik aku,”Syafiq dah menggetap gigi.Berani kau curi-curi tengok dompet aku.Memang sengaja cari nahas.

“Kau apasal ha?Yang kau tengok dompet aku tu kenapa?,”

“Eh..nak salahkan aku pulak.Sape suruh kau letak merata.,”

Bok!!

Span yang basah dengan air sabun melekap di muka Daniel.

Tuih…Syafiq dah ketawa melihat muka berkerut Daniel.

“Kurang asam kau!!,”Daniel laju mengejar Syafiq.Apa lagi..Syafiq mula membuka langkah seribu.

“Opocot mak kau!,”Daniel jatuh terlentang di atas tanah.Dia menggosok-gosok kepala yang sakit.Entah berlanggar dengan sapa entah.

“Buta ker??Mata kau letak kat mana??,”suara nyaring seorang perempuan menyedarkannya ke alam nyata.

“Kau tu…sape suruh jalan tak tengok depan!,”Daniel melihat Malisa dengan pandangan yang berapi.Rasa nak telan minah nie hidup-hidup.Habis kotor baju aku.Dah la dia yang dipersalahkan.

“Ada apa nie Lisa?Apa mimpi kau datang sini?,”Syafiq menghampiri Malisa dan Daniel.

“Hrm..aku..aku nak bagi Daniel nie,”Malisa menyuakan sekotak hadiah yang berbalut kemas.

“Birthday aku lambat lagi la..,”Daniel tetap menyambut pemberian Malisa.

“Kau ambik lah..aku balik dulu.Bye!.”Malisa segera berlalu pergi.

“Apa kena Lisa tu?Tiba-tiba aje bagi kau hadiah?,”Daniel sekadar menjungkitkan bahu.

********************************************************************

“Bila sampai Kuala Lumpur nanti…jangan lupakan Mak Lang dengan Pak Lang dekat sini..,”Mak Lang dah teresak-esak.

“Mak Lang jangan risau..Fiq dah tak ada siapa-siapa dalam dunia nie..Fiq Cuma ada Mak Lang dengan Pak Lang aje,”Syafiq cuba untuk menyabarkan Mak Lang.

“Mak Lang tolong tengok-tenggokkan rumah Fiq yer,”

“Itu kamu jangan risau Syafiq.Tahulah kami nanti,”sampuk Pak Lang pula.Syafiq menoleh ke arah Daniel.Rakannya itu dari tadi sekadar mendiamkan diri.

“Daniel..apa-apa hal nanti..kau call aku.Sorry lah kalau selama nie aku ada buat salah dekat kau,”mereka saling berpelukan.

“Aku pun sama jugak Fiq…kosong-kosong la weh..,”

“Sunyi la kau dekat sini..Malisa dah pergi tinggal dengan akak dia.Mira pulak duduk dengan uncle dia,”Syafiq mengusik temannya.

“Banyak lah kau!,”

“Encik..kereta dah nak bergerak,”pemandu yang dihantar oleh ayah bersuara.Syafiq akur.Masa untuk dia bergerak meninggalkan tempat ini akhirnya tiba juga.

Ayah hanya menghantarkan seorang pemandu untuk menjemputnya.Setelah dia menyatakan persetujuan untuk tinggal bersama..ayah langsung tidak menunjukkan muka.Mungkin ayah sibuk.Ayah kan ahli perniagaan.Syafiq sekadar ingin menyedapkan hatinya sendiri.

********************************************************************

Besar rumah nie..dia terpaku buat beberapa ketika di hadapan pintu pagar.Syafiq menghampiri pintu pagar.Loceng rumah ditekan berulang kali.Pintu pagar terbuka secara automatik.

Tiba-tiba seorang perempuan belasan tahun meluru keluar.Dengan rambut berwarna keperang-perangan dia berlari menghampiri Syafiq.Tangan Syafiq ditarik.



8 comments:

  1. Syafiq dh g KL hope dia dpt jmp dgn Nurul coz Nurul kn ke dh pndh kt KL...

    ReplyDelete
  2. sape lah yg tarik tangan syafiq 2.. x nak lah ada org ke3.. sakit ati lah..

    ReplyDelete
  3. msti malisa tu sy0k kt daniel....

    ReplyDelete
  4. biler nk update ni...lambatnya

    ReplyDelete
  5. bila nak sambung nie..??naper lmbat sgt???

    ReplyDelete
  6. sedeynye :( syafiq baru nk btau mama dye reslt spm.. tp tk smpt..

    ReplyDelete
  7. sambunglah cepat...nak tau sape pompuan rambut perang tu...hehe

    ReplyDelete
  8. hmm,,,sedih sesangat,,tpi best gla argh ctewr neyh,,:))

    ReplyDelete