Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Saturday, August 15, 2009

I Warn You!! (2)



Syafiq and the geng diberikan hadiah istemewa.Mereka digantung sekolah selama dua minggu.Aman betul sekolah nie aku rasa.

Kalau tak silap aku..hari nie diorang masuk sekolah semula.Teringat pula perjumpaan Pengawas masa hari Syafiq and the geng kena tangkap sebab ponteng tu.

Aku sempat la jugak membebel dekat anak buah aku.Suruh diorang nie tegas and garang sikit.Ni tak..aku tengok penakut ajerk sorang-sorang.Nasib baiklah hari tu Daniel tunjukkan muka dia.Kalau tak…memang nak kena budak tu.

Aku menggosok-gosok mata.

Tak percaya dengan apa yang aku lihat.Aku tak dapat nak nafikan yang minggu depan kitaorang ada ujian bulan 5..tapi bila aku tengok Mohd Syafiq Azriel…budak kelas 5 Ibnu Khaldun tu..yang selalu pegang rekod dapat number last sekali tiap-tiap ujian tu…..Dia pegang buku dekat tangan dia.

Tak percaya aku.Baju dia macam biasa la.Smart la kot..Aku terserampak dengan dia on the way nak pergi masuk kelas.Aku baru je sampai dekat sekolah.

Aku memandang lama wajah di hadapanku.Langkahku kaku bila tiba-tiba Mohd Syafiq tu tersenyum malu-malu tatkala memandang aku.

Erkk..apa kena mamat nie lak?

Aku menoleh sekeliling.Kot la dia ada nampak pompuan-pompuan cun ker.Tapi aku sorang je kat sini!!!

Tanpa membuang masa…aku segera menuju ke kelas ku.Pandang Syafiq lama-lama menyeramkan pulak.Entah apa kena mamat nie.Selalu takde la macam nie pulak.

“Hye Daniel!!Pagi!,”aku menyapa rakan yang duduk di sebelahku di dalam kelas itu.

“Pagi Nurul!,”Daniel khusyuk membuat kerja sekolah yang tak siap semalam.Mulutnya berkata-kata tanpa memandang ke arahku.

“Nurul!!!Kau nampak tak apa yang aku nampak???!,”Malisa yang baru sahaja sampai menjerit bagai kena histeria.

“Ye2….nampak…kau nak cakap pasal Syafiq kan?,”aku menekup telingaku.

“Sakit la telinga aku!,”Malisa sekadar tersengih-sengih mendengar rungutan aku.

“Dia pegang buku la weit…Cuba ko bayangkan.Kaki samseng sekolah pegang buku..ha ha ha.Aku rasa lah kan..Nie mesti dia nak masuk kelas kita…,”Malisa sekadar serkap jarang.

“Banyak lah kau!!Aku tak rasa dia boleh masuk kelas kita..o.k?Budak kelas kita semua budak baik-baik..bukan macam dia..taiko!,”aku langsung tidak bersetuju dengan kata-kata Malisa.

Pehal lak mamat tu tiba-tiba nak masuk kelas aku?Wuh.Menyibuk je.Malisa ketawa melihat gelagatku.

“Relaks la wei..aku agak jer..Hurm..tapi kalau betul..macammana??Nak bertaruh tak?,”Malisa sudah mengangkat kening.

Aku tersenyum lebar.

“Kalau betul dia nak masuk kelas nie..and dia dapat masuk kelas kita…aku rela dia duduk sebelah aku,amacam?”

“Amboi-amboi kau…melampau betul…sebab Syafiq…kau rela halau teman semeja kau sejak Form 2 nie?,”sampuk Daniel tiba-tiba.Ada rajuk di wajahnya.

“Hei....cuba kau fikir elok-elok Daniel.Kau rasa dia layak ker masuk kelas kita??I don’t think so….,”Daniel sekadar menjungkitkan bahu.

“Kau tak kenal dia Nurul..Sekali dia make a decision..dia takkan menyerah macam tu je..jangan mati terkejut pulak kau..aku rasa dia jadi akan duduk sebelah kau la!,”Daniel dan Malisa menggelakkan aku.

Ciss!!

Aku ingatkan mamat nie nak sokong aku.Kau gelakkan aku yek!Tak pe kau…

Dalam seminggu nie..aku cuba concenterate untuk menghadapi ujian.Cikgu kata nak buat steaming kelas.Kena la aku kekalkan reputasi aku untuk mendapat nombor 1dalam setiap ujian.

Semenjak dua menjak nie…nama Syafiq tak lagi menghiasi buku nota aku.

Dia tak lagi datang lewat..tak terlibat dah dengan kes-kes merokok….tak ponteng kelas..tak bertumbuk…Bagus la kalau dia dah insaf..Dia pun dah tak mendebuk belakang aku.

Bagusnyer….

Ada hikmah rupanya dia kena gantung sekolah.Tak macam kawan dia yang dua ekor tu..langsung tak insaf-insaf.Tapi ada sesuatu yang mengganggu aku sejak Syafiq tu berubah jadi baik.

Aku perasan ada orang yang asyik pandang aku.

Macam sekarang nie…aku rasa ada somebody intip aku la..Nie bukan perasan cun ke apa…Tak….Aku Cuma rasa tak selesa…

“Weih mamat..aku tengah nak study dekat dalam library..Boleh jangan kacau tak?,”tegurku kepada Syafiq yang duduk di seberang meja yang berhadapan denganku.

Syafiq menggaru kepala yang tidak gatal.

“Ada aku kacau kau ker?Mane ada…aku tengah baca buku lah!,”Syafiq menunjukkan buku rujukan Sejarah SPM yang dibacanya.

Aku menahan geram di dalam hati.

“Yang kau pandang aku tu kenapa??Baca buku konon..orang baca buku tak pandang depan lah…,”aku bercakap straight to the point..tak main la nak guna bahasa yang berkias-kias ni..Syafiq tergelak kecil mendengar kata-kata ku.

“Pandai la kau.Perasan pulak kau yek..Tapi kan cik Nurul..Ni mata aku kan?So suka hati aku la nak pandang sape-sape pun….,”ujar Syafiq lagi.

Cuba mempertahankan tindakannya.

Aku mendengus marah.

Aku menghampiri Syafiq.Kerusi kosong di hadapannya aku duduk.Malas la nak cakap kuat-kuat.Pengawas library dah jeling semacam je tu.

“I warn u….,”belum sempat aku menghabiskan kata-kata Syafiq dah menyampuk,

“Hah?You want me???,”Syafiq sengaja berkata kuat.

Semakin ramai yang memerhatikan ke arah kami.Ishhh..saja jer budak nie.Ade aku hempuk kepala tu karang.Ikut sedap mulut dia je cakap yang bukan-bukan.

“Aku cakap I warn you..W.A.R.N…,”nah.aku mengeja sekali depan kau.Kalau silap dengar jugak..tak tahulah aku nak cakap apa.

“Just kidding..,”Syafiq membuat muka tidak bersalah.

“I warn you..jangan cuba jadi baik la…,”selesai sahaja berkata-kata,aku berlalu keluar dari perpustakaan.Telingaku sempat menangkap deringan loceng sekolah.Tanda masa rehat sudah tamat.

“Jangan cuba jadi baik??Aduh..tak faham aku pompuan neh..,”rungut Syafiq perlahan.

*****

Result ujian dah pun keluar.Memang terkejut beruk aku bila dapat tahu Syafiq dapat nombor satu dalam kelas dia.Cikgu-cikgu pun terkejut jugak.Tapi tak de la sampai tuduh Syafiq tu meniru dalam ujian.Sebabnya…dia kan duk kelek buku 24 hour dekat sekolah…Mestilah cikgu ingat dia tu rajin membaca…Malisa pulak bawak masuk cerita tergempar di dalam kelas.

“Ahem..ahem!!!Announcement!!Sekejap lagi Syafiq Azriel akan masuk kelas kita k!!Aku baru aje keluar dari bilik guru.Cikgu Nur Mala suruh kita sediakan tempat kosong untuk Syafiq..,”jerit Malisa buat satu kelas.

“Tipu!!Kau saja main-main,kan?,”aku menyangkal kata-kata Malisa.Malisa sudah tergelak-gelak memandang wajah kelatku.

“Aku serius la cik kak woii…so Daniel…kau pindah dekat sebelah aku,”arah Malisa kepada Daniel.Daniel tersenyum sumbing.Dalam kelas kitaorang…Cuma ada satu tempat kosong.Sebelah Malisa.Tu pun sebab Nisha dah berpindah ke sekolah lain.

“Happy lah kau dapat geng kat sebelah yek…,”aku menghadap muka Malisa dengan wajah masam.

“Eh…aku tak kata apa pun yek…,”Malisa tersenyum meleret…

Suka tak suka..Syafiq duduk di sebelah aku akhirnya.Terlajak perahu boleh di undur..terlajak kata buruk padahnya..chewah…berpantun pulak aku..Aku sebenarnya sediih nie…Uwahhhh….isk,.isk..mummy..help me.Aku tak tahan la duduk dekat sini.

“Cuba kau translate kan ayat nie dalam B.I,”pinta Syafiq tiba-tiba.Cikgu Math pergi berkursus.Kami ditinggalkan dengan kerja yang melambak.

“Aku sibuk nie..tak yah la kacau,”aku langsung tidak menoleh ke arah kertas yang dihulur.

“Kejap je..bukan lama pun…aku mintak tolong sikit je..takkan tak boleh kot?,”kertas soalan Mathematic kepunyaanku ditarik oleh Syafiq.Huh.

“Mana?cepat la..kata nak suruh aku translate kan sangat,”Syafiq sudah senyum nampak gigi apabila mendengar kata-kataku.Kertas itu dihulur.


Saya cakap paus!


Aku tersenyum sinis.Ini pun tak boleh translate.






“I say whale…tu pun tak tahu ker?,”

“Hah?apa dia?aku tak dengar la…,”

“I say whale!!!,”sekali lagi aku berkata.Kali nie agak kuat.

Tawa Syafiq meledak.

“Bagus.Mengaku pun..kau memang sewel..,”aku menggetap bibir.

“Mana ada aku mengaku aku sewel..Orang gila pun tak mengaku gila tahu tak?,”aku berkata geram.

Sedap-sedap mulut dia je mengata aku.

Ahh..Kejap-kejap..Dia maksudkan…

‘I say whale?’tu equal tu I sewel?
Aku mengalihkan pandanganku ke belakang.Ini boleh mengakibatkan marah!

Tak habis-habis mamat nie cari pasal dengan aku.Daniel dan Malisa memandangku sambil tersenyum.

‘Nasib kau la Nurul..dapat kawan sebelah yang perangai macam tu’Malisa berkata-kata di dalam hati.

*****

Hari ini,seperti biasa…aku meronda kelas pada waktu rehat.Malisa hilang ke tandas.Aku menarik keluar sedikit cebisan kertas dari dalam laci.


Ada orang merokok woit..takkan tak perasan kot.
Dalam tandas lelaki 


-spy-


Informer aku nie dah lama menghilangkan diri…Entah apa sebabnya.Tiba-tiba muncul.Tapi aku tetap tidak memandang sepi aduannya.Tepat 100% aduannya.3 orang pelajar Tingkatan 3 akhirnya ditangkap kerana merokok di dalam tandas lelaki.

Loceng berdering,menandakan waktu persekolahan telah tamat.Aku dan Malisa bergerak menuruni tangga blok.Aku meraba-raba poketku.

“Alamak!,”aku memandang Malisa.

“Hah..yang kau nie pesal pulak?,”Malisa sudah membuat muka air limau.Masam.

“Purse aku hilang lah…macam mana nie??,”

“Kau biar betul Nurul!Takkan purse yang duk dalam poket kau pun boleh hilang??,”Malisa terkejut.

“Tu yang aku pelik…lepas rehat tadi rasanye ada…,”aku meluahkan kemusykilan yang berada di dalam hati.

“Problem..problem…entah entah ade orang pickpocket kau tak…?ce kau gi tengok bawah meja kau..mana tahu ada…,”aku akur dengan cadangan Malisa.

“Kau tunggu sini jap ek…,”aku berjalan pantas menuju semula ke dalam kelas.








3 comments:

  1. cepat2 update, pls. tak sbar, huh.

    ReplyDelete
  2. sye rse sye dh tau kot
    spe spy 2...org nye adlah
    jeng jeng jeng............
    SYAFIQ...kn??..huhuhu

    ``~farah97~``

    ReplyDelete
  3. comeylnyer daniel...

    tau jer cre die nak wt nurul naik angin...
    nurul pun 1...

    api kene lawan api...
    kalau die cm 2...
    kenela plan bebaik and last sekali pekenekn die blik...

    ReplyDelete