Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Saturday, April 28, 2012

Bukan Ustaz 5

“Kaulah Hantu!,”

Ihsan pandang dengan ekor mata.

“Nak gaduh ker?Tumbuk?,”

“Kau ni tak habis-habis nak sakitkan hati aku!,”

“Sakit ke hati?Nak aku ubatkan?,”

“Sudahlah kau,”

Dia tinggalkan Ihsan dengan perasaan yang sebal.Duit dibayar sebelum dia bergerak untuk pulang.

****

Ihsan sengih.Hai.Marah nampaknya.

‘Sakit ke hati?Nak aku ubatkan?’

Macam mana ayat yang menggelikan macam tu boleh keluar dari mulut dia?Dia bukan jenis yang suka mengayat orang.Apatah lagi nak menggatal.Dia jenis yang tak boleh duduk diam.Nasib baik Jihan tak komen apa-apa fasal tu.

Teringat pula fasal Eduard.Tadi dekat sekolah dia tanya Eduard tentang hal semalam tu.Eduard mintak maaf sebab balik cepat sangat sampai tak sempat nak jawab soalan yang dia dan Aaron tanya.Eduard cakap dia sakit perut.Tak tahan nak pergi tandas.Sebab tu dia cepat-cepat masuk dalam kereta.

“Aku tak suka Jihan.Aku suka orang lain,”

Itu apa yang Eduard cakap.Entah siapa la ‘orang lain’ yang Eduard maksudkan.Dia pun tak tahu.Jadi,dia percaya ajelah apa yang Eduard cakap tu.

Aaron ni memang pandai buat cerita.Memang ada harapan nak jadi batu api ni.Entah terpengaruh dengan siapa.Sebab setahu dia Aaron tu alim dan baik.Tak tahulah pulak kalau selama ini Aaron hanya alim-alim kucing.

Dia baru berkira-kira hendak bayar pemadam,ternampak pula Nora yang sedang memilih buku latihan.Senyuman Ihsan mati.Dah lama ker Nora ada dekat situ?Macam mana dia boleh tak perasan?

Aisy.Ihsan memandang ke arah lain.Dia hampir terlupa mengenai Nora.Lepas Jihan mengaku tentang surat palsu tu,memang dia ada baca surat sebenar yang Nora bagi.Cuma itulah,terlupa pula nak balas.Hidup dia sejak akhir-akhir ni amat sibuk.Sibuk nak buat Jihan marah.

Nora juga nampaknya berpura-pura kononnya tak nampak dia.Merajuk kot sebab dia tak balas surat hari tu.Biarlah.Biar aje sampai dekat sini.

Serabut pulak bila ada adik angkat.Jihan pun tak terlayan.Ini…tambah pulak dengan adik angkat.Eh.Apa kena-mengenanya dengan Jihan?

Dia geleng kepala.Sejak dua menjak ni otak dia dah jadi makin tak betul.

“Yalah kan…orang dah ada girlfriend…mana nak ingat dekat adik angkat,”

Ihsan pusing belakang.Mukanya penuh dengan tanda soal.Wajah Nora ditatap.Nora terus pandang ke arah lain.

Ini apa hal pulak ni?Masa bila dia ada girlfriend?Nora telah pun bergerak ke rak lain.Ihsan mengeluh kecil.Lantak kau lah Nora.Dia sudah malas hendak memeningkan kepala.

Dia menuju ke kaunter.Nak bayar pemadam.Dia memang saja nak buli Jihan.Nak buat Jihan marah.Sebab tu bila nampak Jihan singgah kedai nak fotostat,dia pun ikut singgah sama.

Bila balik rumah,Jihan tengah duduk atas buai.Ihsan jeling sekilas.

“Kata datuk dengan nenek kau nak singgah?,”terus dia tanya.Dekat sekolah tadi Jihan kata dia sibuk petang ni.Datuk dengan nenek nak datang.Kononnyalah.

“Tak jadi,”pendek sahaja Jihan balas.

Hah.Iye lah tu.Kalau dah pemalas tu kan,banyak saja alasannya.Datuk nak datang konon.

“Ah..Tengoklah dunia.,”Jihan pula mula bersajak.

“Hoi.Hoi,”Ihsan menoleh ke arah belakang sambil memanggil Jihan.Tak jadi nak masuk rumah.

“Pencemaran merata-rata.Habuk memenuhi udara,”Jihan masih lagi bersajak.Siap pejam mata lagi.

“Itu sajak aku,”dia mengawal suara.

“Habis tu?Salah ke kalau aku nak berlatih?,”

“Salahlah!,”

“Apasal pulak?,”

“Dah nama pun sajak aku kan?Aku sorang aje boleh…,”dia marah Jihan.

Jihan ketawa.Ketawa itu menyakitkan hati Ihsan.

Kalau paip di pasu bunga tu dekat dengan dia,hendak sahaja rasanya dia sembur pada muka Jihan.Tak tahu kenapa,sejak dia pindah ke sini…wajah itulah yang dia paling benci sekali.

Dia masih ingat lagi hari pertama dia berpindah ke tempat ini..masa tu dia baru darjah 2,Jihanlah orang yang pertama sekali yang menegurnya.Jiran yang mulanya nampak baik.Tapi…

“Kau perempuan ke lelaki?,”soalan itu menyebabkan dia mengalami trauma.Pertama kali dengar soalan yang macam tu.

“Lelaki lah,”

“Eh…ye ke?Tipu…,”

“Betullah,”

“Kau sekolah tadika ke?,”

“Taklah!Darjah 2…,”muka sudah makin masam mencuka.Bila-bila masa sahaja air mata akan menitis turun.Memang badan dia sedikit kecil.Tapi tak lah macam budak tadika.

“Tadika….,”

“Darjah 2…,”

“Tadika,”

Akhirnya dia menangis sambil berlari masuk ke dalam rumah.Mulai hari tu,Jihan adalah musuh dia.

“Ihsan!!!,”

Panggilan itu membuatkan Ihsan sedikit tersentak.Dia menyumpah dalam hati.Satu perangai Jihan yang paling dia tak suka.SUKA SANGAT MENJERIT.Tak boleh ke cakap elok-elok?

Eh.Bukan Jihan kata nak berubah ke?Berubah lah sangat.Hangat-hangat tahi ayam aje tu.

“Apa?,”dia balas dingin.

“Sorry.Aku panggil kau nak dekat lima kali,tapi kau buat derk aje,”Jihan membetulkan suara.Perit kerana menjerit sebentar tadi.

“Kau dah berlatih sajak?Bukan esok ke pertandingan?,”

“Dah.Dah siap hafal pun,”ujar Ihsan sedikit bangga.

“Oh.Okeylah kalau macam tu,”Jihan mula bergerak.Ingin masuk ke dalam rumah.Dia sudah kehilangan kata-kata.Kalau diikutkan hati,dia nak sambung marah Ihsan.Tapi rasa marah yang membuak-buak sebentar tadi hilang begitu sahaja.Tak tahu ke mana hilangnya.

Tiba-tiba dia terasa kekok pula untuk berbual-bual dengan Ihsan?Apakah ini? Growth Disorder?

“Jihan….,”panggilan itu membuatkan langkahnya terhenti.

“Good Night,”selepas mengucapkan dua perkataan,Ihsan hilang di balik pintu rumah.

Langit yang cerah dipandang.Cahaya matahari yang masih memancarkan sinaran menjadi mangsa pandangannya.

Jihan mengerutkan mata.Silau!

Apekehal budak ni?Buang tabiat pulak wish selamat malam.Selama ni jangankan ucap selamat malam,beri salam pada aku pun tak pernah.Ini Good Night?Waktu siang pulak tu.Memang tak betul agaknya.

****

Pagi itu dia bangun sungguh awal.Jihan menyimpulkan tali kasut sambil mata dia sekali-sekala menjeling ke arah rumah sebelah.

Aneh.

Kenapa pulak rumah Ihsan gelap gelita aje ni?Kereta ayah Ihsan pun tak ada.Tak akan dah pergi sekolah kot?

Baru pukul berapa….

Tak sampai pukul 7 pagi pun lagi.Kalau dah pergi,mesti ada bunyi kereta.Tadi masa dia tengah sarapan,dia tak ada pulak dengar bunyi enjin kereta.

Bila sampai dekat sekolah,Aaron tiba-tiba datang dekat Jihan.Budak-budak sekelas masih ramai yang belum datang.

“Kau dah tahu?,”

Jihan menjungkitkan kening.

“Tahu apa?,”

“Ihsan….,”

“Kenapa dengan Ihsan?,”

“Emak dia accident,”

Jihan pandang Aaron dalam-dalam.

“Hisy.Tipu la,”Jihan sengih.

“Betul.Malam semalam pukul 2 pagi Ihsan telefon aku.Dia cakap dia on the way nak balik Kelantan dengan ayah dia.Emak dia accident,”

Macam mana dia boleh tak tahu hal ni?Jihan memarahi diri sendiri.Nak cakap rumah dia dengan Ihsan jauh,jawapannya memang tidaklah.Rumah dia dan Ihsan hanya dipisahkan dengan pagar.

Tapi bila dia ingat kembali perangai ayah Ihsan yang tak berapa suka bergaul dengan jiran-jiran.Rasanya dia boleh faham kenapa berita ni dia tak tahu.Mak dengan ayah yang dekat rumah pun belum tentu tahu.

Ayah Ihsan,Tengku….. tu terlalu pentingkan darjat.Hanya bercakap dengan orang kaya-kaya.Tak cakap dengan middle class.

Yang peliknya,kalau dah kaya sangat kan…kenapa tinggal dekat situ?Menyewa pulak dekat sebelah rumah dia.Kalau kaya,buatlah cara orang kaya.Pergilah pindah tempat mewah sikit.

“Jihan…,”

Panggilan itu membuatkan Jihan sedikit tersentak.

“Ya?,”

“Ihsan pesan.Dia nak kau beritahu cikgu yang dia tak boleh masuk pertandingan sajak hari ni,”

Tanpa ragu,Jihan menganggukkan kepala.

Dan sejak hari tu dia tak pernah dengar lagi berita tentang Ihsan.Ihsan dengan ayah dia hilang macam tu sahaja.Cikgu cakap Ihsan dah pindah sekolah.

Langsung tak balik ambil barang-barang.Tak pernah langsung singgah untuk ucap selamat tinggal.Habis sahaja tingkatan 3,Jihan pindah sekolah.

Dia ada dengar khabar angin yang Ihsan masuk sekolah agama.Cuma khabar angin.Tak jelas beritanya.Tak ada siapa pun yang boleh buktikan kesahihan berita tu.

2 comments:

  1. Wahh.. kelakarlah cerita ni. Baru baca dari bab 1, tapi bila dah baca, rasa kelakarlah pulak. Hahahah >_<

    Rupanya Ihsan cakap goodbye tu ada makna~

    ReplyDelete