Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Wednesday, December 30, 2009

I Warn You!! (19)

“Korang dah bertunang ker?Bila?Apasal aku tak tahu pun?,”Malisa nampak terkejut.

“Kau tak tahu lagi ker Lisa?Alamak…aku ingat aku dah beritahu kau…,”Daniel tersengih.

“Sampai hati korang tak beritahu aku….,”

Aku tepuk bahu Malisa.Aku pun baru aje tahu tadi.

“Lepas nie aku beritahu kau ye Lisa…,”Daniel pula memujuk.

“Nurul…..,”pandangan aku terhala semula pada Syafiq.

Muka Syafiq dah macam muka budak-budak umur 2 tahun yang tak dapat beli gula-gula…Sedih…sendu semua ada…

Aku pandang dengan ekor mata.Tak habis-habis lagi rupanya.Aku main-main aje lah…Kalau pun aku marah sebab cerita aku ditukar ke versi Cinderella..tak adalah sampai nak putuskan pertunangan..

Kalau aku betul-betul serius nak putuskan pertunangan….memang sah aku dah tak betul..Siapa nak tolak bahagia wei…

“Nurul….,”

“Tipu aje….,”

Ada riak lega di wajah Syafiq.

Kami berempat berbual-bual…bergelak ketawa di Warung Mak Cik Kiah..Dulu kami datang sini berlima…sayangnya sekarang berempat..

Amira dah berpindah…Tinggal dengan Uncle dia…Dekat New Zealand sana tu ha…Malisa kata kat aku…dia jarang sangat tefon Amira…Mahal…Cuma kadang-kadang aje ber YM di alam maya…Amira dekat sana sibuk tolong Uncle dia berniaga dekat restoran milik Uncle dia.

Rindunya aku kat Amira…Dia masih lagi ada hati kat Syahrein?Agaknya apa perasaan Mira bila dia tahu Syahrein tu abang tiri Syafiq?

Tak puas berborak..sedar-sedar aje jam dah pukul 6 petang..Aku dan Malisa meminta diri untuk pulang.

Aku ingat malam nie aku nak telefon Wafa….sebenarnya aku tak patut nak salahkan Wafa seratus peratus…Ya…memang Wafa ada salahnya..tapi siapa aku nak hukum Wafa?

Semua tu antara Wafa denganNya.

***********************

Syafiq ketuk pintu papan di hadapannya kuat-kuat.Tangan dah naik merah.Syahrein nie saja nak uji iman dia.

Relaks Syafiq….cool down…sabar itu sebahagian daripada iman.

Pintu rumah digegarkan dengan kuat.Tak ada tanda-tanda orang akan buka pintu.Uwargh…melampau nie.

“Hoi Syahrein!!!Bukak lah pintu nie!Kau pekak ker badak!!?,”

Pintu dikuak dari dalam.Muncul Syahrein dengan rambut kusut masai.Mata pun merah menyala.

“Kau nie kenapa bising-bising…aku nak tidur susah….,”

Syafiq melangkah masuk ke dalam rumah.Rumah mama dan dia…Lama betul dia tak menjejakkan kaki ke sini.

Entah kenapa sekarang baru hatinya tergerak untuk kembali ke rumah nie.Syafiq menuju ke dapur.Makanan yang dibeli untuk makan malam tadi disumbat ke bawah saji..

Syahrein mengekor.

“Bila kita nak balik nie?,”

Syafiq pusing belakang.

“Kalau kau nak balik…balik lah dulu…aku tak nak balik lagi…,”

Syahrein mengeluh..Dia kembali ke ruang tamu.Kerusi rotan menjadi tempat pilihan untuk dia baring.Kalau ikutkan hati dia…memang lah dia boring gila duduk dekat sini.

Tak sanggup nak berlama-lama dekat sini.Cuma masalahnya kalau dia tinggal Syafiq sorang-sorang kat sini..dekat KL nanti mesti kena marah dengan daddy…

Syafiq tu kan anak kesayangan daddy…Syafiq nak kahwin pun daddy dia sanggup pinangkan….Tak macam dia…dari dulu lagi dia pujuk daddy kahwinkan dia dengan Vivian…Tapi daddy buat derk aje….

Bila dia ugut nak kahwin lari…daddy start jeling tajam..Mulalah ugut nak ambil kereta..hantar belajar kat luar negara…sekat kad kredit..

Sudahnya…dia sabar aje lah…lagipun Vivian tak ada lah pulak cakap nak kahwin dengan dia.Dia aje yang gila bayang kat Vivian tu.

Vivian bukan orang Islam…Dah ada pakwe pun…Si Eric tu lah pakwe Vivian…Dia nie cuma teman tapi mesra aje..

Vivian tu pun satu…tiap-tiap hari mengadu dekat dia…gaduh dengan Eric.Eric pukul dia lah..apa lah…Tapi still jugak jadi makwe Eric.

Hurgh…tak kisah lah…cerita dia dengan Vivian dah lama berlalu..Sekarang dia tak kisah keluar dengan 2 tiga orang perempuan sekali gus pun.Tak ada cintan cintun..

Hati dia dah lama beku untuk terima seorang perempuan jadi insan istimewa dalam hidup dia.Perempuan menyakitkan hati dan menyerabutkan fikiran.

Tangan Syahrein lincah menekan remote control televisyen.

****************************

Syafiq mengatur langkah ke dalam bilik arwah mamanya…KARINA…Tiba-tiba sahaja perasaan sebak menyelubungi diri.

Dia sedih tiba-tiba….

“Ma….,”Syafiq duduk di atas katil..Bilik nie sentiasa kemas…sama seperti dulu.

“Syafiq rindu mama…,”suaranya pula terasa tersekat di kerongkong.

Syafiq merebahkan diri di atas katil.Kalau lah mama masih ada…mama mesti tahu betapa dia rindu pada mama…Pada siapa patut dia luahkan segala kerinduan nie?

Dia tak mahu orang kata dia lemah…Tapi hakikatnya hati..jiwa dan perasaan dia terlalu rapuh..Dia sentiasa kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup dia…

Syafiq bangun…sakit pulak kepala bila baring atas katil mama nie…Bantal mama dirasakan amat keras.

Tangannya menarik bantal.Ada sebuah buku..nampak usang..Lama.entah zaman kolonel mana.

Kulitnya tebal…dan keras..Patutlah sakit kepala tadi.

“Catatan Karina….,”tulisan di luar dibacanya perlahan.Wah..mama ada catatan…catatan tu maknanya diary lah kan?

Sejak bila mama rajin menulis nie?Tak pernah lah pulak selama nie dia nampak mama tayang buku nie depan dia..Selalunya dia nampak mama tulis Rekod Pengajaran dan Pembelajaran.(buku rekod yang cikgu-cikgu selalu guna tu…yang warna biru tu…alah yang tebal-tebal tu…)

Syafiq kembali baring di atas katil.Tak syok lah baca diary orang sambil duduk bersila.Buat lenguh kaki dengan bahu aje…

Landing atas tilam nie baik sikit.Lembut dan empuk…

Muka surat pertama dibelek…kosong..tak ada apa-apa pun…Kejap lagi ada lah tu..Dibelek lagi muka surat seterusnya…

Hah..ini dia…

6 Februari 1989

Hari nie ada mamat kaya datang..Handsome…sampai aku pun jatuh hati….Nama dia Mohd Luthfi..Rupanya dia tu Pengurus sebuah Syarikat…datang kampung nie pun sebab ada projek yang dia kena uruskan dekat sini.

Alah…tu je?Sikitnya…cinta mama pada daddy baru nak berputik lah nie?Gatal jugak mama masa time dulu-dulu.Hrm…Tak puas baca..muka surat sebelah turut dibelek.

14 Februari 1989

Rupanya Luthfi dah ada isteri dan anak…Dia sendiri cakap dekat aku..dia sayang dekat isteri dia…Hati aku hancur berkecai…Patutnya dari dulu lagi aku tak jatuh cinta kat dia…Hancur impian aku nak jadi orang kaya baru dekat kampung nie.Nak harapkan ayah yang cuma nelayan?Sampai bila pun aku tak akan kaya.

18 Februari 1989

Hubungan aku dengan Luthfi makin rapat…Aku tolong hilangkan kesunyian dia dekat sini.Aku tak peduli walaupun dia cuma anggap aku nie hanya kawan dia…yang penting..hati aku nie cuma untuk dia.

4 March 1989

Minggu depan Luthfi akan balik Kuala Lumpur…kerja dia dekat sini dah hampir selesai…Kalau Luthfi pergi…aku nie macam mana?Tak…aku tak akan biarkan Luthfi pergi dari sini…Luthfi cuma milik aku…AKu tak akan biarkan perempuan lain rampas Luthfi dari aku.

LUTHFI CUMA UTK AKU!!!!!

5 March 1989

Aku mintak tolong dengan Mamat..Dia sanggup tolong aku.Asalkan aku bayar dia.Aku curi-curi ambil duit ayah untuk bayar Mamat.Kami sepakat…benda nie akan dilaksanakan malam esok…

Kenapa bunyinya macam jahat?Tolong lah diary jangan cakap dekat dia yang mama isteri kedua…

6 March 1989

Luthfi akhirnya sah jadi suami aku..Melalui kawan dia..aku mintak Luthfi datang dekat sungai...Aku lengah-lengahkan masa bila Luthfi nak balik kat rumah sewa dia…Kata Luthfi…dah jauh malam…Bila Luthfi nak balik jugak…aku pura-pura jatuh…Luthfi nak tolong aku.Tapi dia ikut jatuh sama.Iya…aku yang tarik dia…Cuma Luthfi aje yang tak perasan semua tu.Tak lama lepas tu..Mamat datang dengan Pak Imam…Akhirnya…Mamat buat mcam apa yang direncanakan.Dia tuduh aku berkhalwat dengan Luthfi..Luthfi bangkang habis-habisan bila Pak Imam suruh kami kahwin…Kata Luthfi…kami tak buat apa-apa.Aku pura-pura menangis.Siapa sangka masa aku jatuh tadi baju di bahagian bahu aku tersangkut pada ranting pokok.Bagus betul…Terkoyak pulak tu..Nak tak nak…Luthfi kena terima aku…Maafkan INA ayah..mak…INA dah malukan mak dengan ayah..tapi Ina terpaksa…Ina sayangkan Luthfi…Sayang sangat-sangat..

9 March 1989

Luthfi cuba terima aku seadanya…dia reda andai ini ketentuan tuhan.Dia tak salahkan aku…Memang sekarang dia tak salahkan aku..sebab dia tak tahu..aku yang rancang semua nie…tapi kalau dia tahu macam mana?AKu jadi srba salah…Fikiran aku tambah berserabut bila Mamat tak habis-habis nak duit…dia ugut aku…kalau aku tak bagi duit yang dia mintak…dia akan beritahu Luthfi perjanjian kami.

12 March 1989

Aku buntu..aku tak tahu nak minta duit pada siapa..kalau aku mintak pada Luthfi..boleh tu memang boleh..tapi aku tak nak dia syak apa-apa.

15 March 1989

Luthfi balik Kuala Lumpur.Dia tinggalkan aku..Dia betul-betul marah kat aku…Aku cuba nak halang Luthfi…tapi dia langsung tak hirau cakap aku.Semua nie sebab Mamat!!1

17 March 1989

Hidup aku sunyi….Aku rasa serba salah…aku nak minta maaf pada Luthfi..aku tahu aku tak patut buat dia macam tu…Aku menyesal…Mamat pun dah kena tangkap polis sebab pecah masuk rumah orang.

20 March 1989

Ayah hilang dekat laut…..Mak sedih sangat…aku lagi lah sedih..

25 March 1989

Akhirnya orang jumpa mayat ayah….

28 March 1989

Mak dah tak ada selera makan..aku tahu mak teringatkan ayah…

1 April 1989

Ada orang perempuan datang..Lawa..tengok pun tahu dia orang kaya…Dia isteri pertama Luthfi…Dia tanya aku..kenapa buat Luthfi macam tu…Dia cakap lagi..dia terima kalau dah jodoh aku dengan Luthfi…Dia sanggup bermadu…Baiknya dia…..Aku minta maaf pada Kak Yasmin…Teruknya aku…kejamnya aku…aku dah rosakkan rumah tangga orang lain…Aku dah luka kan perasaan seorang manusia yang sejenis dengam aku.Kak Yasmin cakap lagi…dia kata dia akan cuba pujuk Luthfi supaya terima aku semula.

4 April 1989

Aku tahu sampai bila-bila pun Luthfi tak akan terima aku…Luthfi tak akan maafkan aku…

5 April 1989

Mak dah pergi tinggalkan dunia nie…Aku keseorangan…

8 April 1989

Kak Yasmin banyak bagi dorongan kat aku..Atas pertolongan akak Yasmin aku diterima mengajar di sebuah sekolah..

9 Oktober 1989

Aku mengandung..Ya Allah gembiranya aku…Aku tak kisah apa yang orang lain akan cakap…aku tahu aku tak ada suami kat sebelah aku…Yang penting…aku akan tetap kandungkan anak nie.

8 Julai 1990

Nama anak aku Syafiq…dia comel…cute…macam ayah dia..Aku janji aku akan jaga Syafiq baik-baik.Kak Yasmin ada datang melawat aku…Luthfi?Entahlah…Perasaan terkilan tu memang ada…aku tahu aku bersalah pada dia…tapi Luthfi tak sepatutnya buat Syafiq macam nie…sekurang-kurangnya jenguk lah Syafiq…Aku tak mintak banyak kali…cukup lah sekali cuma…

Air mata dah meleleh turun..Rupanya mama isteri kedua…Memang mama bersalah…tapi daddy tak sepatutnya buat macam nie…

Tapi…kalau dia berada dekat tempat daddy…mungkin dia akan buat benda yang sama..

“Hoi…kau buat apa dekat sini?,”

Syafiq sedikit tersentak..Muka dia segera disorokkan ke belakang..Tindakan refleks..malu lah kalau Syahrein tahu dia menangis…Dah la dulu pernah terkantoi dengan mamat nie..tak kan terkantoi wat kali yang kedua kot?Lelaki sejati mana boleh menangis…tak macho..

“Nie pehal lak tiba-tiba tangkap leleh nie?,”

“Mana ada?!!,”Syafiq tenung Syahrein macam rupa singa nak makan kancil.

“Air mata dah berjejer pun tak nak mengaku lagi…,”Syahrein ketawa..Mengejek.

Suka sangat..Syafiq tarik nafas.tahan geram.

“Kau dah tahu yang mak aku isteri kedua?,”serius dia bertanya.

Syahrein mengangguk.Langsung tak terkejut bila dengar soalan Syafiq.

“Aku dah tahu lama…mula tu memang aku marah kat mama kau…Aku benci..aku menyampah kat kau…Aku anggap kau dengan mama kau nie pemusnah kebahagian mummy…sampai sekarang aku tak dapat fikir…kenapa mama kau sanggup perangkap daddy aku?Tapi daddy cakap dengan aku…sama ada kita sedar atau tak..setiap orang pernah lakukan kesilapan…Bila mula-mula daddy cakap daddy nak ambil kau tinggal dengan kitorang…aku betul-betul tak setuju.Lama-lama baru lah aku dapat sesuaikan diri dengan kau..Fiq…aku tahu daddy serba salah…dia menyesal sebab dia tak pernah nak pedulikan kau dulu..,”

Syafiq diam..cuba untuk menyelami perasaan Syahrein.

“Kalau kitorang boleh cuba untuk terima kau..kenapa kau tak pernah cuba untuk terima keluarga kitorang?,”

“Syahrein….aku…nak minta maaf….aku mintak maaf bagi pihak mama aku…..aku…aku malu dengan keluarga kau…,”

Air mata Syahrein mengalir turun..

“Keluarga aku…keluarga kau jugak…tak payah la nak malu2…eh apa kes kita buat babak air mata dekat sini?,”

Syahrein kesat air mata dengan hujung lengan baju..

“Iye jugak…besok kita balik KL…,”

“Kata tak nak balik lagi?,”

“Aku nak jumpa daddy…sebelum tu kau boleh teman aku tak?,”

“Pergi mana?,”

“Kubur….,”

Muka Syahrein pucat macam muka zombie..

***********************

Kenderaan kepunyaan Syahrein diparking betul-betul di hadapan Tanah perkuburan Islam.

Syafiq melangkah turun dengan selamba.Tinggal lah Syahrein sorang-sorang dalam kereta..Syafiq nie memang..macam tak ada masa lain nak melawat kubur…Time-time maghrib jugak dia nak redah…

Lepas sembahyang maghrib tadi..mereka terus terbang ke mari…Naik BMW…mesti la laju…tengok lah siapa yang bawak kan?

Syahrein pandang sekeliling..Gelap….sunyi…sepi…Dah la kedudukan tanah perkuburan nie betul-betul sebelah hutan.

Tak boleh jadi nie..Syahrein turun dari kereta.Langkah Syafiq dikejar.

“Hoi2…apa main langar-langgar orang nie?,”

“Sorry2.tak sengaja…,”

Syafiq membentangkan tikar…Dia duduk di atas tikar mengkuang itu.Syahrein ikut duduk.

“Kau nak buat upacara apa?,”Syahrein menyiku lengan Syafiq.

“Upacara apa?Kau nie tak pernah pergi kubur?Nak berdoa lah…,”Syafiq sedikit mendesis.

Syahrein menggaru kepala…Kepala dia tengah duk dengar bunyi-bunyi cengkerik dan makhluk2 dalam hutan sana…itu yang lambat pick up sikit..

“Bismillahirrahmanirrahim….,”Syafiq memulakan al-fatihah…Syahrein ikut baca…Lepas al-fatihah…mereka baca yassin..

“Mama…Baru hari ni Syafiq paham kenapa mama marah sangat bila Syafiq cakap Syafiq benci daddy…,”

Syafiq mencabut rumput-rumput liar yang tumbuh di pusara mama.

“Syafiq janji ma…Syafiq tak akan kecewakan mama lagi…Syafiq janji Syafiq tak akan buat daddy marah…Syafiq janji….,”

“Fiq…fiq….,”

“Apa?,”sedikit marah Syafiq bersuara…Orang tengah feeling nie…kacau betul.

Syahrein menunjukkan ke satu arah.Mata Syafiq tak berkelip.Zombie?Oh tidak…bukan Zombie?Habis tu apa benda yang tengah gali kubur tu?

“Jom…kita tengok…,”

Syafiq nganga mulut..Syahrein biar betul?Tadi suara dia macam takut…sekarang Beraninya bukan main…

Syahrein capai sebatang kayu yang besar.Tangannya pegang kuat-kuat.Syafiq ikut di belakang.

Dalam gelap-gelap..makhluk nie tengah tekun menggali.

“Hrmm..rasanya dah cukup dalam nie…muat lah kalau nak masukkan Syafiq…,”

Tangan Syafiq tiba-tiba meremang.Nak masukkan aku?

Tangannya yang memang lampu suluh menghala ke arah makhluk berkenaan.

Makhluk tu pandang Syahrein dengan dia…Mereka pun saling memandang..

“Uwarghhh!!!!!!!!!,”masing-masing menjerit…yang paling kuat menjerit…Syafiq.

8 comments:

  1. ahahahaha...
    kelakar pun ader,tgkap leleh pun ader...
    ahahahahahah

    cpt smbung :-)

    ReplyDelete
  2. ha?
    nk msukkn syafiq????
    cpt2 smbung...
    huhuhuhu..
    xsbr nk thu nie

    ReplyDelete
  3. nak msukkan syafiq??wow..amazing ni xsbar nk tau nie...

    ReplyDelete
  4. syafie ada musuh ke???
    tak sabo nak baca.
    cepat sambung

    ReplyDelete
  5. haha..
    nie msti syafiq yg len pnyee..
    xkn la syafiq nurul tuh..
    haha

    ReplyDelete
  6. hahahahahah. lawaknyer. sedih pun ade jugak. best lha ~

    ReplyDelete