Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Sunday, February 21, 2010

B.M.W (6)


“Baru naik ferris wheel dekat funfair. Dah terjerit-jerit. Kalau pergi theme park, aku tak tahula macam mana. Muntah kuning kot jadinya.”Darian gelak bersama kawan-kawannya.
“Sibuk je.. Ikut suka akulah, nak menjerit ke nak melalak ke.. aku punya hal.” Aku menjeling tajam
“Memanglah kau punya hal, Bella. Tapi jeritan kau tu mengganggu telinga aku. Kalau kau jerit sedap takpe jugak.. Ni tak, jerit macam katak. Sumbang.”
“Bro, katak menjerit ke?”Farish tersengih-sengih bertanya.
“Eh, tak eh?”Darian gelak lagi.
“Hish, apasal la wujud jugak orang macam ni kat dunia.”aku beredar pergi. Lama-lama boleh jadi sakit jiwa melayan si Darian ni.
***********
“So, tu ke mamat yang naik kereta dengan kau tadi?”Lysa memulakan perbualan.
“Kau dah tahu, tanya lagi..”ujarku separuh bosan.
“Hensem jugak kan?”Nani pulak menyampuk.
“Hensem? Tolonglah… kalau muka hensem perangai tak hensem buat ape?”aku buat muka.
“Kalau aku.. aku tak kisah. Yang penting ada rupa.”Nani dengan Lysa slap high five.
“Apa-apa lah korang..”aku berjalan laju.
“Jap. Bella, kau ok dah kan? Kau dah tak pening dah kan? So, apa kata kita masuk rumah berhantu. Nak tak? Dengar cerita, haunted house dia seram. Jom la try.”Lysa mengutarakan cadangan.
“Betul.Betul. Aku pun ada dengar.”Nani pula mengiakan.
“Rumah hantu kat fun-fair not my standard lah, kawan. Setakat hantu static je buat apa? Boring gila. Membazir token je. Taknak aku. Korang pergi lah. Aku tunggu kat luar.”
“Eleh, not my standard ke.. kau yang takut? Aku takut kau je yang terjerit-jerit karang..”
“Apa kau cakap?”aku pandang Nani tajam.
“Macam ni, aku cabar kau.. masuk rumah hantu tu sorang-sorang. And, kau kena keluar dari rumah hantu tu dengan muka kool je. Tak mau nangis-nangis. Tak nak terjerit-jerit. Anggap je kau lalu dalam taman.”Lysa mencabar aku. Aku ni jenis yang pantang dicabar sikit. Lagipun, setakat hantu fun fair je..
“No hal. Aku dapat apa?”
“Mee sup aku belanja.”
“Setakat mee sup, buat apa?”
“Take it.. or. Leave it?”Lysa menggerak-gerakkan jari telunjuknya.
“Korang tunggu kat pintu keluar.”aku melangkah ke pintu masuk rumah hantu.
“Kau agak… dia ok ke?”Lysa pandang Nani.
“Entah. Kita tengok jelah..”Nani dan Lysa sama sama tersenyum.
*********
“Nak balik dah ke? Baru pukul berapa.. ”Farish melihat jam Nike di tangan.
“Dah nak main ape lagi? Bosan lah.”Naqeeb pandang keliling funfair. Mencari permainan yang menarik.
“Weh, kita main tangkap itik tu nak?”dia menyambung.
“Tak payah. Tangkap itik tu sama macam judi. Buat apa kita habiskan duit untuk seekor itik yang belum tentu kita dapat? Tu kiranya, judi kecil la tu. Tapi hukum tetap sama. Haram. Bukan main tangkap itik je.. Tu ha. Main dart, tembak belon, bola pingpong tu. Semua judi belaka. Yang sedihnya, yang banyak main benda-benda haram tu ramai orang Islam. Kadang-kadang berpuluh-puluh ringgit habis. Ni lah.. Umat akhir zaman.”panjang lebar Oman berceramah.
“Dengar tu, Naqeeb.”Farish mengangkat kening.
“Apa pulak aku.”Naqeeb pura-pura tak mengaku.
“Kita pergi rumah hantu jelah.”Darian yang lama menyepi tiba-tiba bersuara.
“Perfect! Jom pergi. Aku memang excited sikit tengok benda-benda mistik ni.”ujar Oman separuh excited.
“Tapi kan.. Lame gila masuk rumah hantu.”Darian geleng-geleng kepala.
“Habis? Kau jugak yang kasi idea tadi.”Farish tolak kepala Darian.
“Masuk rumah hantu,mana syok.”lebar senyuman Darian.
“Dah tu?”Naqeeb, Farish dan Oman bertanya serentak.
******************
Aku mengeluh panjang. Lambatnya. Leceh betul. Nak masuk rumah hantu pun kena sorang-sorang jugak ke? Lepas sorang tu dah siap.. baru yang lain boleh masuk. Entah ape yang diorang buat kat dalam tu. Aku mengalihkan pandangan ke pintu keluar rumah hantu. Seorang budak perempuan yang ku kira budak sekolah rendah keluar dengan teresak-esak. Dia segera memeluk ibunya yang menanti di luar.
“Mak.. Kakak taknak masuk dah.. Mak.. kita balik.. Mak..”tersengguk-sengguk bahu budak perempuan tu menangis.
Orang-orang yang beratur di depanku mula beredar. Tak jadi nak masuk. Mungkin bila tengok budak tadi menangis, diorang gerun kot. Ala, chill lah. Budak kecik.. memang confirm nangis. Aku senyum lebar. Makin tak sabar-sabar pulak nak masuk sana.
“Berapa token uncle?”soalku pada uncle yang menjaga pintu masuk.
“Tiga.”
“Tiga? Banyaknya.. Seram sangat ke sampai tiga token? Main kuda pusing pun satu token je..”tiga keping token tetap aku hulur. Pokai lah kali ni.. Ni pun mujur Lysa yang belanja.
“Selam. Manyak selam. Kalau lu talak nangis… talak jerit. Memang talak sah. Lu tak tengok ka itu budak nangis-nangis tadi? Kalau lu mau tau.. ada orang, sudah pengsan dalam sana. Yang terkucil pun ada. Selam, amoi.. Uncle pun talak berani mau masuk.”
“Yeke?”
“Iya.. Lu masuk. Lu tengok sendili.”aku senyap. Macam aku percaya cakap Uncle ni. Seorang lagi lelaki keluar dari pintu keluar rumah hantu. Kali ni, lelaki. Badan tough. Rambut crew-cut. Cool je mamat tu keluar. Yang aku peliknya, dia pakai sunglasses. Kot-kot ada air mata di sebalik sunglasses tu.. mana tahu.
“Ok. Lu boleh masuk. Good luck, ya amoi.”Aku senyum. Lampu suluh kecil yang dihulurkan Uncle itu aku ambil. Uncle tu cakap, kat dalam tu gelap. Kena suluh baru boleh nampak. Entah ye ke tak aku tak tahu lah..
Aku melangkah ke dalam rumah hantu itu. Gelap jugak kat dalam ni. Aku pandang kiri kanan. Takde hantu pun. Betul ke ni rumah hantu? Ke aku salah masuk? Aku meneruskan langkah. Lampu suluh kecil yang diberi aku suluh di sekeliling rumah hantu.
Aku berhenti. Signboard di hadapan disuluh.
“PILIH DENGAN TEPAT. JIKA TIDAK ANDA MAUT.”
Aku telan liur. Ni ke yang dikatakan seram sangat tu? Tulisan yang ditulis dengan cat merah itu aku suluh lagi. Ada dua laluan kat sini. Nak pergi mana satu? Kiri ke kanan? Tapi bukanke orang cakap, kanan lebih afdhal? Eh, nak masuk rumah hantu pun kira afdhal tak afdhal jugak ke? Alah.. bantai jelah. Laluan kanan aku pilih.
“You’re DEAD!”aku pandang signboard merah tu. Habis, Bella! Jalan mati. Patah balik cepat. Patah balik cepat. Tiba-tiba satu tangan cuit aku. Lysa! Nani! Korang ke?
“Jangan pandang belakang. Kalau kau pandang, kau mati.” Ya Allah.. ni rumah hantu ke kem penjenayah ni? Kalau, rumah hantu.. satu suara hantu pun aku tak dengar dari tadi.
“Jalan straight. Masuk balik lorong tadi.”aku akur. Langkah dipercepatkan.
“Good luck.” makhluk itu berbisik perlahan di telinga aku sebelum ghaib. Macam tu je? Err, takde apa-apa pun jadi kat aku. Baik benar hantu tadi. Aku senyum lebar. Kalau hantu first dah baik macam tu, yang lain-lain mesti lagi baik. Aku berjalan menuju ke laluan kiri tadi sambil menyanyi-nyanyi kecil.
Eh? Kat mana ni? Seketika, kepalaku hampir pening. Laluan ni penuh dengan cermin. Dah la tu, tiap-tiap cermin ada lampu merah. Aduh. Berpinar biji mata.
“Ikut aku.” Muncul hantu pocong yang mukanya penuh dengan bedak dari belakang aku. Dia mengilai kuat.
“Kalau kau nak hidup.. Ikut aku.”kali ni suara nyaringnya berubah garau. Aku dah mula terketar-ketar. Cover, Bella. Cover. Ingat mi sup.
Kepalaku dah berpusing. Mana satu lorong yang hantu ni lalu. Semua aku tengok dalam cermin sama je. Aku jalan kedepan. Kepalaku terhantuk cermin. Salah la pulak.. Serentak dengan tu satu hilaian kuat memenuhi kawasan itu.
“Kenapa kau tak ikut aku? Kenapa? Kenapa?”hantu itu menyoal aku garau diselangi dengan tawa seramnya. Bayangnya sudah tak kelihatan. Aku tutup telinga. Jalan keluar aku cari. Satu persatu cermin aku langgar. Mana ni.. Cepatlah. Aku nak keluar cepat. Hah. Jumpa pun. Aku berlari keluar dari kawasan cermin itu.
Aik? Apasal tenang semacam je kat sini? Aku suluh keliling. Takde orang ke? Dah habis dah? Alhamdulillah.. takde la seram sangat. Aku menarik nafas lega.
“Assalamualaikum.”lembut satu suara menegurku. Siapa pulak ni? Hantu ke? Hantu bagi salam?
“Waalaikumus..”salam aku tak sempat jawab habis. Hantu berambut panjang di depanku sedang mendodoi bungkusan dalam pegangannya. Matanya merah. Siap ada taring lagi. Vampire? Awat vampire dia buruk sangat.. Lain kali buat lah vampire macam Edward Cullen tu.
“Awak boleh jaga anak saya?”
“Pardon?”adeh. Macam mana boleh tersasul cakap omputih pulak ni.
“Saya nak balik rumah saya kejap. Tapi.. anak saya takde orang nak jaga. Awak boleh jaga?”hantu itu membelai-belai bungkusannya.
“Rumah? Dekat mana?”aku meringankan mulut bertanya.
“Dekat kubur sana tu.. Nak ikut?”pantas aku gelengkan kepala. Takpe. Terima kasih jelah.
“Awak jaga anak saya ye. Jaga baik-baik. Jangan bagi dia nangis. Dia ni manja sikit.”hantu itu tergelak seorang diri.
“Tata sayang.. ibu pergi dulu..” hantu itu menyerahkan bungkusan itu kepadaku lalu beredar pergi. Aku memandang pemergiannya. Bagus. Pergi jugak akhirnya. Bungkusan yang diberi kepadaku aku buka sedikit. Anak patung ape ni ek? Barbie doll ke? Alolo.. comelnya la kalau barbie doll. Patung feveret aku tu.
“Ahh!”aku mencampakkan bungkusan yang dibalut dengan kain batik. Tengkorak sape tu?
“Uwaa..Uwa..”suara bayi menangis aku dengar melalui speaker. Aku cepat-cepat melarikan diri. Bila nak keluar ni.. Cukuplah tu.. Aku surrender. Dah penat dah ni.
“Tolong cari kepala aku, boleh?”kali ni aku pusing belakang. Hantu spesies apa pulak ni.. Kepala takde. Dahla tinggi semacam.
“De… de. Kat.. mana?”suaraku tersekat sekat.
“Sana.”garau suaranya membalas. Aku menoleh ke kiri. Kalau tadi, satu je tengkorak. Sekarang, puluhan tengkorak ada. Berlonggok-longgok. Macam mana aku nak cari kepala kau , abang hantu oi.. Banyak sangat.
“Kepala awak saiz berapa? Warna apa? Ada rambut tak?”aku bertanya bertubi-tubi.
“Kepala aku ada tulis nama BELLA guna marker. Boleh kau cari?”
“Na…na..ma apa?”
“BELLA. Dia awek aku dulu. Tapi nak buat macam mana. Allah lebih sayangkan aku. Aku pergi dulu. Jadi, aku abdikan nama dia kat kepala aku. Biar aku ingat dia selalu. Kau boleh cari?”panjang hantu tu bercerita.
“Dalam 15 saat. 15… 14…”aku bergegas ke longgokan tengkorak itu. Mak oi.. seramnye.. Cari kepala yang ada nama sendiri.
“Nah.”Aku mencampakkan tengkorak yang tertulis nama BELLA padanya. Alamak! Terkena badan dia. Macam mana ni? Hantu tu mengaduh kecil. Tekeluar suara jantannya.
“Kau lempar kepala aku? Kau lempar kepala aku?”Hantu itu berjalan ke arahku.
“Sorry. Tak sengaja.”aku memohon maaf. Tolonglah stop.. aku dah tak tahan ni.. Seberani berani aku pun.. kalau macam-macam hantu aku jumpa aku down jugak. Ingat aku tak seram ke? Even diorang semua tu manusia, pakaian diorang, props, semua nampak real. Macam mana aku tak takut? Dengan hantu baik, hantu pocong, vampire, ni hantu takde kepala pulak. Stoplah hantu-hantu semua. Air mata aku ni sipi lagi nak keluar..
“Siap kau.”
“Tolonglah.. kan saya cakap saya tak sengaja.. Janganlah kacau saya! Saya dah kasi kepala awak, kan?”kali ni aku menjerit sambil menangis. Hantu itu tetap mara kepadaku.
Hantu tetap hantu. Memang takkan dengar orang cakap apa. Langkah ku dibuka. Aku lari secepat mungkin. Hantu itu mengejarku. Semakin laju aku lari, semakin laju dia lari. Tiba-tiba kaki aku tersadung batu. Aku jatuh terduduk.
“Awak… janganlah kacau saya.. Saya buat baik dekat awak. Tadi saya tak sengaja. Tolonglah jangan kejar saya. Saya nak keluar ni.. Janganlah awak..”aku menangis teresak-esak. Air mata dah merembes turun. Biarlah nak cakap apa pun. Hantu itu berhenti berlari. Dia senyap.
“Bella? Kau takut ke? Aku mintak maaf. Kau janganla nangis..”

10 comments:

  1. haaa...
    best nyerr
    sape hantu last tu Darian ke??
    hehe
    comey lah dua org tu
    nak lagi new en3 pliss

    ReplyDelete
  2. eh..
    hantu 2 darian n friends ke??
    hahaha..
    gile kcut bella..
    nice n3..
    wt bnyk2 n3 ag ek..
    x sbr nk bce..
    :D

    ReplyDelete
  3. hahaha klaka la....
    n3 yg bez...

    ReplyDelete
  4. penah msk umah antoo sekali kat genting.seram la jugak walaupun statik..huhu

    kelaka laa...bestbest
    siap tau name lg :))

    ReplyDelete
  5. kelakar kelakar kelakar... tak tahan nak gelak siot... Darian ni mesti nakal plus romantik kan.. i like it... ahahahaha
    -=Fara=-

    ReplyDelete
  6. darian.....darian.....sian bella tau!!!! sukat kat bella, pd masa yg sama, menyakat kwn tu!!!! best!!best!! apapun, akak follow................

    ReplyDelete
  7. lambtnye next episode....bla leh upload...xsbr la nk tgu...huhuhuuhu....

    ReplyDelete
  8. cmel la derian ni....

    nakal2 rmantik.....
    he5...
    nk agii..nak agi....

    >>niCk<<

    ReplyDelete
  9. pat la..
    mane sambungan dia?
    nk bace lg!!!!!!

    ReplyDelete
  10. tak tahan betullah, part dlm rumah hantu ni!!!!! mmg best!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete