Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Wednesday, April 18, 2012

Bukan Ustaz 4

“Biarlah.Benda lepas.Buat apa kita nak ingat lagi kan?,”Jihan mengukirkan senyuman.

Masih terasa sampai sekarang rasa sakit dek kena rotan dengan cikgu disiplin.Dia bukan sengaja hendak calarkan kereta cikgu.

Kebetulan,pada masa tu dia gedik nak lalu dekat celah-celah kereta cikgu yang diparking rapat.Konon badan dia kurus.Kalau orang lain yang lalu compirm tak muat.

Tak sangka pula rantai kunci cengkerang(gantung dekat beg)miliknya bergesel dengan kereta cikgu.Terus dia lari lintang pukang.Takut orang nampak.

Sebab itu dia sangat terkejut bila dipanggil ke bilik disiplin.Setahu dia,hanya dia seorang sahaja yang ada di situ.Tak sangka pula DAUN ternampak.

Memang menyibuk betul Daun ni.Suka jaga tepi kain orang.Tak padan dengan kecik.Dah la tinggi tu paras bahu dia aje.Suara pulak macam doremon.Tak matured.

Aih.Apa aku ni.Kata nak berubah.Boleh pulak mengutuk dalam hati.

“Tak kan nak lupa macam tu aje?Kau tak geram ke?Hmm?,”Ihsan angkat-angkat kening.

Ihsan memang sengaja nak buat dia marah.Wajah suci Ihsan yang tengah mendongak memandangnya dipandang dengan hujung mata.

Kalau dah pendek tu kan…

“Kau jangan risau.Aku maafkan kau.Kita ni sebagai manusia,tak baik berdendam,”terasa seperti tengah menasihati budak-budak tadika.

“Serius?Tak rasa geram langsung?,”

Aish.Ada jugak yang nak kena penyepak aku ni karang.Tak kan Ihsan tak tahu yang dia tengah mengawal emosi?Budak ni memang sengaja nak cari fasal.

Jihan menarik nafas dalam-dalam.

“Kalau aku geram kenapa?,”dia tanya dengan senyuman.

“Tak nak cubit aku?,”

“Eh..tak apalah,”Jihan menolak dengan baik.

“Tak nak tumbuk?,”

Kali ini dia diam.Kalau dia tumbuk,memang terpelanting si Ihsan ni.

“Sepak?,”

Nanti menangis pulak.Dia juga yang akan susah bila ayah Ihsan,Tengku ….. tu datang sekolah.Ihsan tu kan anak kesayangan ayah.

“Terajang?,”

Jihan kembali buat kerja.Sampai bila-bila pun perbualan ni tak akan habis kalau dia duk melayan Ihsan.

“Weh,kau dengar tak apa aku cakap ni?,”

Jihan beku di tempat duduk.

“Hoi!!!,”

Dia hanya membiarkan Ihsan terpekik terlolong di hadapan dia.

“Hish…sakit jiwa aku!!,”bebelan Ihsan tidak dihiraukan.

Ihsan kembali ke tempat duduk sambil menghentak kaki.

*****

Dia menghampiri Aaron yang tengah duduk bersidai di luar kelas.Tengah tunggu loceng yang menandakan waktu rehat telah tamat berbunyi.

“Aku ada benda nak cakap dengan kau,”ujarnya laju.Patutnya Ashminta temankan dia.Tapi si Ashminta nak pergi pulang buku dekat library.Hari ini tarikh last pulang buku.

“Wah.Bunyi macam penting aje.Apa dia?,”Aaron mengukirkan senyuman.

“Kau tolong cakap dengan kawan kau tu..lepas ni aku tak nak dia kacau aku.Kalau boleh lepas ni,jangan tegur aku,”

“Kawan aku?,”

“Yelah,kawan kau,”

“Kawan aku ada ramai.Yang mana satu?,”

“Bff kau,”

“Bff aku pun ramai,”

Banyak songeh la pulak Aaron ni.Ingatkan bila dah pakai songkok,dia yang paling baik sekali.Rupanya tak.Sama aje perangai dengan Ihsan.Patutlah boleh berkawan baik.Rapat lagi tu.

“Ihsan lah..,”

“La..cakap la dia.Aku ingat kau maksudkan Aziz.Bob ke…,”Aaron ketawa.

“Kau beritahu budak tu tau.Jangan lupa pulak!,”

“Tapi kan…kenapa kau tak beritahu sendiri?,”

“Kalau aku beritahu sendiri..mesti gaduh punya.Kalau boleh aku dah tak nak bergaduh dah.Tolong tau,”

“Insayaallah kalau aku ingat,”

*****

Ihsan menoleh ke sebelah.Eduard tengah membaca buku cerita.Kisah penyiasatan.Diam lagi.Dia sudah tak tahu nak borak apa.Eduard bukannya layan sangat bila dia bercerita.Ulat buku lah katakan.

Mana bas tak sampai lagi ni?Boleh mati dia kalau kena tunggu lagi sejam.

“Ihsan!!,”tepukan di bahu membuatkan dia sedikit tersentak.

Aaron rupanya.Ingatkan siapalah tadi.

“Kau tak balik lagi?,”dia tanya Aaron.

Aaron menggeleng kepala.

“Tadi aku pergi bertugas dekat library,”

Ini lagi seorang.Tak lama lagi mesti berjangkit dengan Eduard.Mula-mula tu kemas buku,lepastu baca buku.Dan lama-lama semua kawan dia kan jadi ulat buku.

Aaron baru dua bulan dilantik jadi pengawas pusat sumber.Cikgu Library ada ajak dia jadi pengawas pusat sumber.Tapi dia tolak.Apa kelas jadi pengawas pusat sumber.Bosan kot.Impian dia nak jadi pengawas sekolah.

“OOOo..,”

“Jihan ada tinggal pesan dekat aku,”Aaron berterus terang.

Huh.

“Apa yang dia pesan?,”

“Dia tak nak kau kacau dia.Lagi satu dia cakap…kalau boleh dia tak nak kau tegur dia.Jangan cakap dengan dia,”

Setiap patah perkataan yang terbit dari mulut Aaron didengar.Panas sungguh hati ni!

Kenapa perlu guna Aaron sebagai orang tengah?Tak boleh ke berterus-terang aje dengan dia?

“Kau dengan Jihan ada apa-apa ke?,”dia tanya dingin.

“ ‘Apa-apa’ tu apa?,”

Buat tak tahu pulak.

“Yelah,kau macam rapat aje dengan dia.Artikel tu pun kau paskan dekat dia.Jihan pulak,kalau nak cakap apa-apa pergi dekat kau,”

Aaron ketawa.Lama.Siap pegang perut lagi.Entah apa yang lucu sangat.

“Jeles?,”

Ihsan bangun.

“Hoi.Hoi.Cakap baik-baik sikit ek.Tak ada makna aku nak jeles.Aku Cuma tak puas hati aje…,”mukanya masam.

“Eduard,kau suka Jihan ea?,”Aaron tarik buku Eduard.

“Apasal pulak nak babitkan Eduard ni?,”Ihsan rasa nak mengamuk.

“Kau tak pelik ke?Kau tak rasa yang Eduard ada sorokkan sesuatu dari kita?,”ujar Aaron.Bahu Ihsan dipeluk.

Ihsan pandang Eduard yang macam biasa.Diam.Kemudian,matanya mendarat semula pada Aaron.

“Maksud kau?,”

“Cuba fikir….dia tinggi dari Jihan.Kalau nak pukul Jihan tu memang senang sangat.Tapi bila Jihan buli dia..dia diam.Tak balas langsung.Kenapa?Mestilah sebab dia suka Jihan,”

Hrm..Ihsan mula berfikir.Ada betulnya juga cakap Aaron tu.

“Eduard,”

“Ayah aku dah sampai.Balik dulu.Bye,”Eduard rampas kembali buku cerita miliknya yang dipegang oleh Aaron.

“Weh Eduard!!Sinilah!Aku tak habis tanya lagi!!,”Ihsan jerit kuat.Namun Eduard sudah terkocoh-kocoh hendak masuk ke dalam kereta.

“See…,”Aaron komen sepatah.Dia hanya serkap jarang.Tapi apa yang dia agak tu macam betul aje.

Ihsan menjungkitkan bahu.Tanda tidak tahu.Persoalan yang mereka tengah bincang amat mudah dan senang.Tapi Eduard sengaja buat jadi susah.Kalau suka…cakap suka.Kalau tak suka tu pun,beritahulah dia.

Tapi kalau dah lari masuk kereta…susah untuk dia agak apa perasaan Eduard.

Tapi apa kaitannya dengan dia kalau Eduard suka Jihan?Kan?Ini AARON punya fasal lah ni.Tiba-tiba sahaja babitkan dia tentang hati dan perasaan.Selama ni,dia langsung tak pernah fikir fasal tu.Yang dia tahu,sampai sekarang…dia tak suka Jihan.

“Apa?,”soalan itu membuatkan dia rasa sebal.

“Tak ada apa,”

******

Ihsan dah tak bercakap dengan dia.Bagus.

Kertas di atas meja diambil.Ada nota dari Ihsan.

Sila fotostat kertas ni 30 salinan

-Ihsan-

Amboi.Sesedap hati aje mengarah orang.

Aku sibuk.Rumah kau kan lagi dekat.

Dia letakkan kertas berkenaan betul-betul di atas meja Ihsan.Tuang empunya badan tidak dipedulikan.Anggap sahaja Ihsan tak wujud.Jihan kembali ke tempat duduk.Tak sampai dua minit dia duduk di kerusi,Ihsan pula datang.

Rumah aku jauh sikit.Rumah kau lagi dekat.

Dia pandang wajah Ihsan dengan muka tak berkelip.Berkira sungguh mamat ni.Kita bukan berjiran ke?Ini yang dia malas nak jadi Penolong Kelas ni.

Kertas itu digumpal-gumpal.

Jihan keluarkan kertas baru.

AKU SIBUK PETANG NI

Dia tulis besar-besar.Betul,petang ni Datuk dengan Nenek dia nak datang.Sebagai cucu tunggal,tak elok rasanya kalau dia tak ada di rumah.Ihsan masih lagi berdiri di hadapan dia.

SEKEJAP AJE PHOTOSTAT.BUKANNYA LAMA SANGAT

Ihsan ni memang tak faham bahasa.Dia tidak membalas.

Aku tak kira.Kau jugak kena fotostat.

Ihsan tinggalkan dia dengan sekeping nota yang diberi oleh cikgu untuk difotostat.Jihan menggetap gigi.Bergaduh dalam diam lagi menyakitkan hati.

Petang tu,habis aje sekolah..di terus ke kedai fotostat.Murah aje kedai ni ambik.Sekeping lima sen.Kalau fotostat dekat sekolah mahal sikit.

Kedai ni kedai alat tulis,tapi macam-macam perkhidmatan ada dekat sini.Binding..Fotostat.

“30 keping ye Abang Mal,”dia menghulurkan nota ringkas Sejarah.Abang Mal terangguk-angguk macam burung belatuk,tanda faham.

Sambil abang Mal tengah fotostat tu,Jihan merayau-rayau di dalam kedai.Langkahnya terhenti di rak alat tulis.

Mamat yang tingginya paras bahu dia.. yang sedang memilih pemadam dipandang lama.Macam ku kenal.Argh!!!

Geramnya.Geramnya.

Tak ada kertas pulak nak tulis.Ah.Lantaklah!Dia sudah tidak peduli pada pergaduhan dalam diam antara dia dengan Ihsan.Yang dia tahu,dia geram sangat-sangat.

“Cakap lah kau nak datang sini.Senang…Boleh aje kan fotostat sekali.Tak adalah aku susah-susah datang sini,”ujarnya sinis.

Ihsan hanya tergaru-garu kepala sambil pandang pensil dan pemadam.

“Hoi…,”dia mendesis.

“Hantu mana pulak cakap dengan aku ni?,”

Grrr…

2 comments: