Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Friday, May 27, 2011

B.M.W 10

“Sampai bila lagi kamu nak duduk rumah je ni?”bebel mak tiba-tiba. Aku cuma diam. Mata masih lagi melekat di kaca tv. Melihat siaran Megamovie yang sudah diulang berulang kali.

“Bella.”panggil mak yang sedang melipat kain. Aku menoleh pada mak.

“Bella tengah tunggu offer letter la mak. Kan hari tu Bella baru lepas pergi interview.”balasku. Aku sudah menuju kea rah mak yang sedang duduk bersila itu. Mengambil dua tiga helai kain sebelum melipatnya.

“Interview kerja yang kamu pergi tu dah tiga bulan lepas, Bella. Nak tunggu offer letter apa lagi? Dah memang sah-sah tak dapat la tu.”mak terus menerus mempraktikkan ilmu bebelan yang diwarisi daripada arwah nenek.

Aku buat buat tekun melipat baju. Rupanya macam ni rupa orang menganggur. Itulah Bella, dulu masa U ambik course main-main. Kan dah tak laku macam ni. Takde orang yang sudi ambik kerja.

Elok-elok kerja dekat Amsyar, Amsyar berhentikan pulak. Alasan? Amsyar nak pindah tempat baru. Yang sewa lagi murah daripada kerja dekat Ihsan Parade tu. Lagipun Amsyar kata kononnya dia tak ada duit nak bayar aku. Yelah, aku ni pun bukan ada kerja sangat dekat kedai dia tu. Tak ada aku pun kedai dia tu boleh je lagi hidup. Sedih betul.

“Tadi waktu mak keluar, mak ada nampak iklan kerja kosong.”beritahu mak. Wajah aku sudah bertukar ceria tiba-tiba.

“Yeke mak? Dekat mana? Kerja apa? Jadi pegawai ke jadi pengurus?”tanyaku teruja.

“Eeeh, ada hati nak dapat jawatan pegawai dengan pengurus pulak. Sales Girl je. Nak ke tak nak? Mak ada ambilkan application letter tadi. Mana tahu kalau-kalau kamu berminat.”

Aku mengeluh. Cis. Ingatkan ada lah kerja yang up sikit. Ni sales girl je. Kalau hidup setakat gaji salesgirl, nak beli Ipad 2 pun lambat lagi boleh beli.

“Mengeluh pulak dia. Kamu nak ke taknak? Kalau tak mak bagi jiran sebelah. Anak dia pun menganggur jugak macam kamu.”

“Nak. Nak. Nak.”jawabku cepat. Mak ni bukan boleh kira, karang dia offer betul-betul job tu dekat anak jiran sebelah. Lagipun peluang dah ada dekat depan mata, buat apa nak tolak. Yang penting sekarang, apply dulu. Dapat ke tak belakang kira.

“Takut jugak kamu mak offer dekat orang lain.”Mak senyum sinis.

“Mana ada. Orang kata tak baik tolak rezeki.”dalihku.

“Tapi mak, kerja tu dekat mana?” aku bertanya lagi. Jauh-jauh sangat memang aku taknak. Nanti duit minyak aku makin bertambah pulak. Mak bukannya nak bagi subsidi minyak dekat aku ni.

“Alah, tempat kamu biasa pergi.”

“Dekat mana?”Aku sudah mula risau. Tempat yang aku biasa pergi kalau tak silap aku, Kedai Pak Hussin depan sana tu. Pekerja Indon yang kerja kedai Pak Hussin pun dah lari balik Indon semula. Takkan mak mintak application letter untuk jadi Sales Girl dekat kedai Pak Hussin pulak?

“Ihsan Parade.”mak menjawab pendek.

“Kalau macam tu, mak bagi offer je lah kerja tu dekat anak jiran sebelah.”balasku tanpa nada. Entah kenapa aku rasa jadi Sales Girl dekat kedai Pak Hussin lagi baik daripada jadi Sales Girl dekat Ihsan Parade. Aku jadi tawar hati nak pergi Ihsan Parade sejak-sejak aku ‘perang dingin’ dengan Darian hari tu.

“Tengok dia tu. Sekejap kata nak, sekejap kata taknak. Ni yang mana satu betul ni?”mak dah mula marah.

“Taknak.”aku jawab sepatah.

“Mak tak kira. Nak ke taknak ke kamu mesti nak jugak!”Tu dia.. Mak dah mula dah bercakap ayat-ayat yang sukar untuk difahami. Berbelit-belit.

“Takpe mak. Bella taknak. Mak bagi je anak jiran sebelah borang tu.”

“Dah tu nanti, anak jiran sebelah dapat kerja, kamu duduk sini lagi? Macam tu?”aku angguk.

“Mana boleh macam tu, Bella. Kalau kamu taknak isi borang tu, biar mak yang isi. Lusa dia punya interview, kamu kena pergi.”mak dah mula mendesak aku. Mak ni, tadi tak ada lah nampak beria sangat nak suruh aku jadi Sales Girl ni. Ini yang tiba-tiba terlebih semangat paksa aku ni, kenapa pulak ni?

“Kalau Bella cakap Bella taknak pergi?”aku menyoal untuk menduga mak.

“Berani ke kamu nak langgar perintah mak?”soal mak kembali. Aku jadi terdiam. Inilah akibat bila mak sudah menggunakan kuasa veto sebagai seorang ibu.

********

“Kamu ni, baju kurung kurun ke berapa kamu pakai tu? Mana baju kurung yang mak baru tempah hari tu?”bebel mak sebaik melihat aku siap berbaju kurung. Tengoklah. Punyalah semangat mak hingga dia pergi buat baju kurung sepasang untuk aku. Mak, ni interview jadi Sales Girl je mak. Bukan interview jadi doctor pun.

“Ni baju kurung arwah nenek.”jawabku. Sebenarnya, baju kurung tu memang dah lusuh pun. Warna pun dah luntur. Sengaja aku pakai. Biar tak dapat jawatan Sales Girl tu. Ish, tak sanggup aku nak kerja sebumbung dengan Darian lagi lepas dia dah tipu aku hidup-hidup hari tu.

“Kamu ni sengaja tau. Tahu tak first impression tu penting.”

“Tahu.”

“Eh, kenapa tudung bawal kamu kedut-kedut tu?”mak sudah mendekati aku. Membelek-belek tudung yang aku pakai.

“Mana?”

“Ni ha.”mak menunjukkan jari telunjuknya pada bucu tudungku.

“Alah sikit je ni. Biar je lah, mak.”

“Mak nak kamu tanggal tudung, pergi iron balik.”

“Ala mak. Tak payah lah. Lagipun nanti kan naik bas. Bersesak-sesak nanti kedut balik.”beritahuku. Jadi satu kerja pulak aku nak cabut tudung, lepas tu gosok balik. Ish.

“Naik bas?”dahi mak berkerut.

“Yelah. Naik bas kenapa, mak?”tanya aku.

“Kamu kan ada kereta sendiri, kenapa nak naik bas?”

“Nak save duit minyak. Minyak mahal sekarang ni mak.”

“Kamu jangan nak mengada. Nanti kalau kamu naik bas, lambat pulak sampai dekat tempat interview untuk kerja tu nanti.”Memang tu pun yang Bella harapkan, mak.

Mak berlalu masuk ke dalam bilik tidurnya. Sebelum keluar kembali.

“Nah. Buat isi minyak. ”Not 50 ringgit diletakkan di atas telapak tanganku. Wah, ini dah luar biasa. Tak pernah-pernah mak bagi duit tambang minyak dekat aku tiba-tiba hari ni bagi? Hebat betul penangan jawatan Sales Girl tu. Musykil!

“Err. Terima kasih mak. ”duit yang dihulur diambil dengan teragak-agak.

“Bella pergi dulu.”tangan mak aku salam.

******

“Nurul Isabella.”aku bangun menuju ke arah bilik yang ditetapkan setelah giliran aku tiba. Pintu kaca itu aku buka.

Ada seorang lelaki, seorang perempuan dekat dalam tu. Untung lelaki tu bukan Darian. Aku menarik nafas. Lega.

Aku duduk di atas kerusi berhadapan dengan kedua-dua orang penemu duga itu.

“Awak nampak kain baju yang berselerak dekat atas meja tu?”Perempuan yang berkaca mata itu tiba-tiba bersuara. Aku menoleh ke arah meja yang dimaksudkan. Selonggok pakaian yang belum dilipat ada di atas meja itu.

“Saya nak awak lipat semua baju tu dalam masa 5 minit. Dengan kemas dan cantik.”

“5 minit je? Mana sempat.” aku membalas. Nak suruh orang lipat kain cantik-cantik sangat, tapi bagi 5 minit. Orang bagi lah 50 minit. Dah la kain tu banyak. Sehelai dua tu tak apa jugak. Ini tidak, mahu 20 helai yang ada atas meja tu.

“Sempat tak sempat, lipat sekarang.”lelaki yang berkumis itu pula membuka suara. Tegas. Aku akur. Melangkah perlahan ke arah meja itu.

“Time’s up.”beritahu perempuan berkaca mata itu. Aku merapikan lipatan baju yang telah aku lipat. Daripada 20 baju yang ada dekat situ, Cuma 3 yang aku berjaya lipat. Kira ok lah tu, kan?

“Okay. You can go now.”lelaki berkumis itu mengarahkan aku keluar.

“Err, dah habis ke? Taknak tanya apa-apa dekat saya?”aku bertanya. Sekejap benar interview kerja jadi Sales Girl ni. Dah la sekadar kena lipat baju je, budak 5 tahun pun boleh buat.

“Kitorang nak tanya awak apa lagi? Ujian yang pertama pun awak dah gagal.”aku ketap bibir mendengar penjelasan perempuan itu. Rasa geram tiba-tiba. Dah la cakap dengan aku nada tinggi. Eh, aku tak pekak lagi lah. Ish.

Dengan rasa tak puas hati, aku beredar dari situ. Memang, memang menyakitkan hati perangai-perangai orang yang kerja dekat Ihsan Parade ni. Ini mesti berjangkit dengan Pengurus Besar diorang ni.

****

“Sorry bang, Kak Irah. Lambat sikit.”Darian tergesa-gesa masuk ke dalam bilik temu duga itu. Dia melemparkan senyuman pada abangnya dan Nadirah, sepupunya.

“Tak boleh lambat lagi ke Darian?”Nadirah bertanya, sinis.

“Boleh. Boleh je lambat lagi. Tapi aku kan Pengurus Besar yang berdispilin. Takkan lah nak datang lambat lagi kan?”Darian sengih memandang sepupunya yang sudah berubah muka itu.

“Dah dah. Irah, Darian. Enough.”tegur Rasyiq. “Darian. Duduk.”arah Rafiq.

Darian mencabut kot yang dipakainya.Dia menggantungkan kotnya pada coat-rack yang terletak bersebelahan dengan meja yang terdapat selonggok baju di atasnya.

“Eh. Cun ah lipatan baju ni. Kemas.”Darian berhenti di meja yang terdapat baju yang sudah berlipat 3 helai itu.

“Semua baju sama je Darian.”Nadirah membalas.

“Tu aku tahu. Tapi serius baju yang orang ni lipat lawa. Kemas. Dah la saiz baju yang dia lipat sama je. Kalau aku tak tahu, confirm aku ingat dia ukur pakai pembaris tau.”puji Darian beria-ia.

“Yang kau tiba-tiba puji lipatan baju tu apasal?”Nadirah dah mula pelik. Rasyiq juga.

“Aku tak tahu. Tapi aku suka tengok cara budak ni lipat baju. Kalau aku lah kan, aku nak cari isteri yang pandai lipat baju lawa macam ni lah. Baru sejuk sikit hati aku. Bukak almari je, tengok baju aku dia lipat cantik-cantik. Perempuan ke lelaki ni?”

“Darian, kita tengah interview jawatan Sales Girl. So, of course la dia perempuan. Kau ni.”Rasyiq menyampuk.

“Aku saja je nak test kau tadi.”Darian garu kepala.

“So, korang nak letak dia under department mana?”tanya Darian lagi.

“Nak letak dia under deparment? Hello, baju yang kita suruh lipat dalam masa 5 minit pun dia boleh lipat 3 je kau tahu. Dia langsung tak pass interview ni.”ujar Nadirah. Rasyiq terangguk-angguk.

“Pekerja macam tu lah yang kita nak cari. Dia dapat lipat 3 baju je daripada 20. Tu maksudnya dia tu jenis yang tak terburu-buru. Dia tu teliti dalam buat kerja. Hasil kerja dia maybe sikit tapi berkualiti. Come on lah guys, take her.”

Rasyiq dan Nadirah saling berpandangan. Mengakui kebenaran kata-kata Darian.

“Anggap je, dia tu calon favourite aku.”tambah Darian lagi setelah melihat abang dan kakak sepupunya itu diam. Lagipun, setiap kali interview, diorang masing-masing berhak pilih seorang calon favourite. Kiranya, setiap calon favourite ni memang confirm akan dipilih kerja.

“Yang kau over semangat ni kenapa?”Nadirah dah kerut dahi.

“I don’t know. But there is something yang attract aku untuk suka baju yang dia lipat tu.”Darian senyum.

“We got her resume. Tak nak tengok dulu ke?”tanya Rasyiq pada adiknya. Fail berwarna biru dihulur.

“Takpelah. Aku takut kalau-kalau aku tengok muka dia, aku tak jadi pulak nak ambik dia.”Darian menolak.

“Kau memang. Nampak la kau tu pentingkan paras rupa.” Nadirah menggeleng-gelengkan kepala.

Darian cuma sengih.

“So, nak letak dia under department mana?”soal Nadirah. Dia memandang Darian.

“Women department.”Rasyiq menjawab bagi pihak Darian.

“Eh. Tak payah-tak payah. Letak dia under Men department.”Darian membantah.

“Kenapa kena letak dia under Men Department nya?”Rasyiq bertanya tak puas hati.

“Eh, ikut suka aku lah. Calon favourite aku.”

********

“Bella.”sambut mak di muka pintu dengan muka yang ceria. Aku yang baru balik dari pasar minggu memandang mak pelik. Eh mak ni tak sabar sangat ke nak makan lompat tikam sampai sambut-sambut aku dekat pintu ni. Selama ni tak pernah-pernah.

“Kenapa mak?”aku bertanya. Tangan sudah mula mengeluarkan bungkusan plastik daripada tempat duduk belakang.

“Cuba teka mak dapat call dari siapa.”Mak senyum lagi. Bungkusan lompat tikam yang aku hulur langsung tidak dipandang.

“Siapa? Dari orang yang nak masuk meminang mak ke?”

Bahuku dipukul perlahan. “Ada pulak kamu cakap macam tu. Habis, abah kamu mak nak campak mana?”marah mak. Aku tersengih-sengih.

“Mana lah Bella tahu. Dah muka mak nampak teruja semacam. Bella main teka je lah.”aku menanggalkan selipar untuk masuk ke dalam rumah.

“Mak dapat panggilan daripada Ihsan Parade.”suara mak bernada gembira.

“Kenapa diorang call?”laju aku bertanya.

“Bella dapat jadi Sales Girl tu. Esok lapor diri.”mak dah separuh menjerit.

“Bella dapat kerja tu? Ish. Mak betul ke tu bukan prank call mak? Sebab diorang sendiri kata ujian pertama pun Bella dah gagal.”aku sendiri pun hampir tak percaya.

“Betul. Mak yakin seratus peratus.”Mak masih lagi senyum. “So, Bella nak pergi tak?”

“Taknak.”aku menjawab sambil senyum. Senyuman mak mati.

“Bella kena pergi!”tegas mak.

“Kalau Bella cakap Bella taknak pergi?”

“Bella cuba lah langgar perintah mak. Allah tu Maha Kuasa.”Ala, mak dah start dah..

********

Aku memandang pelanggan yang bertshirt biru muda itu sambil melemparkan senyuman.

“Ya, encik? Boleh saya tolong.”

Lelaki itu senyum. “Err, dekat mana saya boleh cari tshirt for couple?”

“Tshirt untuk couple? Sini encik.”aku menunjukkan arah.

“Have a look. Kalau ada apa-apa encik boleh panggil saya.”senyum lagi. Dah kata nak kerja lama dekat sini kan? Mesti kena senyum, ramah tamah selalu.

“Hmm, boleh awak tolong pilihkan untuk saya tak?”dahi dah mula berkerut.

“Saya rasa better kalau encik pilih sendiri. Encik yang nak pakai kan. Bukan saya.” ‘Ada tangan pandai-pandai lah pilih sendiri!’ aku menambah dalam hati.

“Tu saya tahu, tapi saya baru kenal dengan girlfriend saya ni. So, saya tak berapa tahu warna apa yang dia suka. Warna light ke, warna bright ke, warna dark ke.” lelaki itu menjawab. Habis tu kalau aku yang pilih, macam lah aku tahu warna apa yang girlfriend kau suka.

Bibir kuntum senyum. “Baiklah encik. Bagi saya lah kan, warna kelabu ni paling sesuai sekali untuk encik dengan girlfriend encik. Perfect.”aku memegang baju berwarna kelabu yang tertulis. ‘SHE IS MINE’ dan ‘HE IS MINE’ itu.

Kali ini dahi lelaki itu pula berkerut. “Cantik ke? Macam warna kelabu tahi anjing je saya tengok.”

“Encik ni.. Tak ada sense of fashion langsung. Warna-warna macam ni lah cantik. Menonjolkan nilai-nilai semulajadi. Natural colour.”

“Tapi saya tengok colour ni macam dull sangat. Awak tak rasa macam tu ke?”lelaki itu masih mempersoalkan baju pilihan aku.

“Encik, saya ni dah lama kerja dekat sini.”aku berhenti sekejap. Lama ke? Alah, 2 jam kira lama lah tu. 2 minit baru kira sekejap.

“Semua baju yang saya suggestkan pada customer, semua diorang puas hati.”aku menyambung. Lelaki itu diam seketika.

“Okay then. Memandangkan awak pun dah suka dengan baju ni, so I will take these.”aku senyum tiba-tiba. Tak dapat bayangkan macam mana wajah girlfriend lelaki ni nanti bila dapat hadiah baju warna buruk macam ni.

“Terima kasih kerana membuat pilihan yang ‘bijak’ encik.”kataku sambil menyerahkan resit pada lelaki itu.

“Bayar dekat kaunter nombor 9.”sambungku lagi.

“Wrap service ada kan dekat sini?”lelaki itu bertanya. Aku mengangguk. Mata memerhati langkah lelaki itu berjalan pergi. Nasib encik lah dapat salesgirl macam saya ni.

********

Aku menyambung tugas melipat-lipat baju. Sekali sekala aku menguap. Mengantuk! Jam di tangan dikerling beberapa kali. Pukul 2 baru turn aku rehat. Sekarang baru pukul 12.30. Lambat lagi.

Tiba-tiba ada kotak berbalut bunga-bunga dihulurkan kepada aku.

“Untuk awak.”baju yang dipegang di tangan tidak jadi dilipat. Mata memerhati keliling.

“Eh, apa ni encik?”aku bertanya pada pelanggan lelaki tadi.

“Tshirt.”

“Tshirt apa?”

“Tshirt yang saya beli tadi lah.”

“Bagi lah girlfriend encik.”

“Ni saya tengah bagi girlfriend saya lah ni.”dahi aku berkerut lagi. Oohh, kira mamat depan aku ni suka dekat aku ke ni? Aish. Kalau aku tahu awal-awal tshirt couple tadi untuk aku, aku pilih warna yang menarik sikit. Tak ada maknanya aku nak pilih warna kelabu tahi anjing tu.

“Tapi encik..”

Lelaki itu tiba-tiba gelak. Bertambah kerutan di dahi aku memandangnya.

“Okay. Okay. I know it is quite rude. Shocked right? My name is Rudy.”lelaki itu senyum sambil menghulurkan tangan. Aku senyum tetapi salamnya tak ku sambut.

“Tapi encik Rudy or whatever saya still tak nak…”

“Be my girlfriend please? Everybody is looking at us right now.”kali ni lelaki itu tiba-tiba melutut di depan aku. Tanggannya memegang kotak yang sudah dibalut cantik itu. Eh eh dia ni. Over lah pulak nak melutut-melutut.

Mata aku melihat keliling. Great! Semua orang tengah tengok kitorang sekarang. Just great!

Aku memandang lelaki yang bernama Rudy di depan ku. Kalau ikutkan hati nak je aku bagi penampar dekat mamat ni. Kenal pun tidak tiba-tiba nak suruh aku jadi girlfriend dia. Banyak hensem muka dia.

Tapi.. tapi.. kalau aku reject dia, confirm! Confirm dia akan malu gila. Malu sampai tak boleh nak berjalan keluar dari mall ni dah. Si Rudy ni pun satu, dia pergi buat drama pulak dah tengah-tengah department ni. Mana orang lain tak tengok.

Akhirnya, tanganku mengambil kotak yang mengandungi baju tshirt yang berwarna kelabu itu. Tapi belum sempat aku membuka mulut..

“Hei hei hei. Ni apasal kecoh kecoh ni? Hah? Apasal ni?”suara kuat Darian memecah suasana. Semua mata tertumpu pula pada dia. Termasuk aku dan Rudy. Darian memandang aku dengan Rudy bergilir-gilir. Melihat perlakuan Rudy yang sedang melutut itu dia seakan-akan sudah tahu apa yang terjadi.

“Kau ni siapa?”Darian bertanya Rudy. Rudy bangun.

“Err, Rudy. Customer dekat sini.”Rudy menjawab.

“Ooh, customer dekat sini? Padanlah kau tak tahu polisi syarikat kitorang apa.”ujar Darian. Rudy memandang Darian yang agak tinggi sedikit daripadanya.

“Polisi apa?”

“Untuk pengetahuan kau, polisi syarikat kitorang, pekerja tak boleh bercinta dengan pelanggan.”

“Sejak bila pulak kita ada polisi macam tu, Encik Darian?”seorang pekerja di department itu bertanya kuat. Bimbang sebenarnya, kerana boyfriend dia sekarang ni merupakan pelanggan tetap Ihsan Parade.

“Sejak tadi. Saya baru buat polisi tu. Awak peduli apa.”marah Darian tiba-tiba.

Rudy ketawa. “Ridiculous.”

“Ah, ridiculous tak ridiculous. This is my company. And I can do whatever I want.”

Rudy ketap bibir.

““Hah! Siapa Pengurus kat department ni? Keluar sini! ”Darian bertanya kuat.

Kak Katijah keluar. “Saya, Encik Darian. Kenapa Encik Darian?”Kak Katijah bertanya takut-takut.

“Ni siapa yang pandai-pandai suruh dia ni kerja dekat Men Department?”soal Darian.

“Siapa dia ni tu?”

“Bella lah.. Siapa lagi.”

Kak Katijah jeling aku sekilas. Aku tunduk.

“Tapi pihak atasan yang tetapkan, Tuan.”

“Saya tak kira! Saya nak awak pergi dekat Human Resources punya jabatan, cakap Tuan Darian suruh tukarkan dia. Saya taknak tengok dia kerja dekat Men Department lagi.”arah Darian lagi.

“ Kalau saya suruh dia orang letak dia under Kids Department boleh?”

“Hmm okay.”Darian mengangguk.

“Ehhhh. Tak boleh. Tak boleh. Tak boleh letak dia dekat Kids Department. Saya nak mesti dekat Women Department jugak.”Darian tiba-tiba mengubah keputusannya. Ye lah. Mana boleh suruh Bella kerja dekat Kids Department. Kalau ada ayah-ayah muda yang nak beli baju untuk anak diorang terpikat dekat Bella, tak ke susah?

“Err. Okay. Nanti saya pergi sana untuk tukarkan dia.”

“Apa nanti-nanti? Saya nak sekarang jugak tukarkan dia.”Jerkah Darian lagi. Kak Katijah terangguk-angguk. Muka aku makin masam memandang Darian. Geram.

“Hah! Yang lain tengok apa lagi? Tak reti-reti nak kerja balik?”marah Darian lagi. Pekerja lain sudah mula kelam kabut menjalankan tugas masing-masing. Pelanggan yang tadi berkerumun sudah mula bersurai.

Darian pandang Rudy yang masih tidak berganjak dari situ. “Kau tercegat apa lagi kat sini? Tak dengar polisi syarikat aku apa tadi?” Rudy mendengus geram. Dia sudah mula mengatur langkah. Ingin pergi.

“Eh. Kejap-kejap.”Rudy berpaling kembali memandang Darian yang memanggilnya. Darian mengambil kotak yang berbalut dari tangan aku.

“Nah ambik hadiah kau ni. Dia taknak hadiah ni.”Rudy merampas hadiah itu dari tangan Darian. Kasar.

Darian kembali membuang pandangannya ke arah aku.

“Apa?”soalku kepadanya.

“Ikut aku.”

19 comments:

  1. hahahaaaa,lawak la darian nih..merapu sgguh die pnya polisi syrkat!..tp kan,sweeeeet sgt..comei gitu.hihihiii,nak lg yea..jgn la lama sgt MIA tu,sian kite tau

    ReplyDelete
  2. haha..xpsl2 je..pdehal die yg nk bella keje men department sgt ..haha

    ReplyDelete
  3. alaaa....bersmbg plk?!next N3 plsssss..best nih!!

    Sufi (",)

    ReplyDelete
  4. update update plezz..hehe...

    ReplyDelete
  5. comelllllll. haha. sweetttttt.

    ReplyDelete
  6. bile na smbung nih? lame dha tunggu. update cpat-2 piliss! dha ta saba dha ni.

    ReplyDelete
  7. waa swetzz gler...
    ad ke pengurus cam2
    tp memang best r...
    senyum je aq bce dr awl...
    cpat2 la smbung

    ReplyDelete
  8. nape x smbug2 lg nih??
    dh lma tggu
    dh rindu ngn pgurus gile2 nih
    hehe

    ~esya~

    ReplyDelete
  9. bapak lah hebat gler reka citer ni .. x kering gusi aku baca ..

    ReplyDelete
  10. darian ni kebudak budakkan betoi la.....hahaha..sakit prut aku bca..sambung la lagi..best gila derr

    ReplyDelete
  11. hehe...bestlar..nak lagi..lucu..lar..lawak...hhee

    ReplyDelete
  12. cepat la sambung :l

    ReplyDelete
  13. bila nak sambung ni..dah berjanggut tunggu n3 baru...hehehe

    ReplyDelete
  14. best la cepatlah sambung ya tq.....

    ReplyDelete
  15. layan hbis..sampai mkn pon saye tangguh..huhuhu
    ape pon citer ni menarik..
    so???? goodluck utk part yg sterusnye..
    buat yg trbaik.. :)

    ReplyDelete
  16. layan hbis..mkn pon saye snggup tgguhkan huhuhuhu..
    ape pon citer ni menarik..
    so??goodluck utk part yg sterusnye
    buat yg trbaik

    ReplyDelete