Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Monday, April 25, 2011

Dia Salihin 15 ( END)


“Bi….apa dekat belakang bi tu??,”aku bersuara takut-takut.Rasa nak ketawa bila nampak muka Syazwi bertukar pucat.Sedap gelakkan bini ye?

Syazwi kaku.

“Ada apa-apa ke belakang Bi? Serius?,”

Aku mengangguk.

“Honey…..,”Syazwi panggil nama manja aku perlahan.

Aku menjungkitkan kening.

“Dekat belakang honey pun ada juga….,”

“Argh!!!Apa dia??Apa dia?!,”aku dah terlompat-lompat.

Ketawa Syazwi memecah suasana sunyi.

“Ada unggun api….,”dia masih lagi ketawa.Aku pandang geram.Aku baru nak kenakan dia.Akhirnya aku juga yang terkena.

Aku menghampiri batu besar.Sejuk betul.

“Tak nak mandi dah ke?,”Syazwi turut mengekori aku.

“Sejuk lah..Kita tak nak makan ke?,”aku tanya Syazwi sebelum melabuhkan punggung ke atas batu.

“Maggi?,”Syazwi duduk di sebelah aku.

“Tak kenyang la….,”

“Habis tu?Honey ada bawak makanan lain ke?Bi bawak maggi aje…,”

“Bi tak bawak makanan dalam tin?,”aku cuba untuk mengorek barang-barang yang dibawa Syazwi.Beg Syazwi macam beg orang yang nak pergi daki gunung.Besar bukan main.Tak kan dalam tu ada maggi aje?

“Ada…sardin,”

“Lagi?,”

“Kacang peas..,”

“Lagi?,”

“Jagung manis…,”

“Lagi?,”

“Garam…,”

“Lagi?,”

“Black pepper…,”

“Lagi?,”

“Minyak…,”

“Lagi?,”

“Telur..,”

“Selain itu?,”

“Beras…,”

“Cantik bi…malam nie kita makan nasi goreng….,”aku mencadangkan.Ibu jari aku tunjukkan pada Syazwi.

Syazwi ketawa.

“Siapa nak masak honey?Bi tak boleh masak…tangan tiba-tiba aje terseliuh,”Syazwi menunjukkan tangan dia yang kononnya sakit.

“Tadi elok aje terjun sungai?,”

“Tadi lain..sekarang tak tahu kenapa.Tiba-tiba aje sakit..aduh…,”Syazwi pejam mata.Dahinya berkerut-kerut.

Pandang aku sebentar sebelum kembali mengaduh.

“Iye lah….Honey masak…,”aku mengalah.

******************************

Aku menuangkan minyak ke dalam kuali.Bagus Syazwi nie.Nasib baik dia bawak kuali yang kecik nie datang sini.

Syazwi memerhati aku yang sedang masak.Nasi dah siap tanak tadi.Aku ajak Syazwi memasak dekat dalam chalet.Chalet nie kan dah ada dapur.Peti sejuk aje yang tak ada.

“Bi tak bawa bawang?,”

“Tak…,”

Aku membiarkan minyak panas untuk seketika.

“Nah..ini dia..honey masukkan kebahagiaan dengan kekekalan,”aku memecahkan telur ke dalam kuali.

“Kebahagiaan warna kuning?,”Syazwi pula sibuk bertanya.

“Tak kisah la warna apa pun…,”

Aku kemudiannya memasukkan nasi ke dalam kuali.Nasi itu aku gaul rata.Biar aje beberapa minit.

Aku mula menuangkan kacang peas dan jagung.Serbuk lada hitam pula aku ambil.

“Ini perencah cinta,”ujarku sambil memandang Syazwi.

“Eleh…habis tu?Nie pula apa?,”Syazwi mengambil garam.Bersedia untuk menabur ke dalam nasi goreng.

“Tu garam lah..bi.Apalah bi nie.Garam pun tak kenal..,”aku ketawa.Seronok melihat muka Syazwi yang masam mencuka.

“Tak apa…sampai hati honey,”Syazwi bergerak menuju ke tangga.

“Bi nak pergi mana tu?Nanti lah kejap bi.Dah siap dah nie…,”aku menutup api.Chalet nie memang bagus.Dah siap ada gas.

“Nak ambil air mineral kejap…,”Syazwi melaung dari atas.

Aku senyum.Ingatkan dia nak tinggalkan aku sorang-sorang.Risau juga aku.Kami membawa makanan ke luar chalet.

Meja batu menjadi pilihan kami.Aku menyalakan lilin di atas meja.

“Patutlah kecik aje beg honey…bawak lilin sebatang aje,”Syazwi menuangkan air mineral ke dalam gelas.

Aku mengukirkan senyuman.

“Banyak tau…nak tengok?Macam-macam warna ada…,”

“Tak nak….,”Syazwi mencemikkan muka.

“Ada lagi lah bi…honey bawa banyak makanan ringan.Bi nak apa?Cakap aje..twisties?Bika?Super Ring?Kacang?,”aku mengangkat-angkat kening.

“Makanan tak berkhasiat tu honey…tak elok makan banyak-banyak,”Syazwi menyuap nasi goreng ke dalam mulut.

“Tak berkhasiat?Okey..kalau bi makan siap bi…,”aku bersuara separuh mengugut.

“Bi pun tak hingin….,”ujar Syazwi pula.

Aku kembali menyuapkan makanan ke dalam mulut.Aku pandang Syazwi sambil tersenyum.Syazwi turut senyum.Sunyi.Kami dah tak cakap apa-apa.

Sekadar pandang memandang antara satu sama lain.

“Hadoi bi nie..jangan lah pandang honey macam tu.Honey tahu lah honey nie lawa…,”aku mulakan bicara.Memecahkan kesunyian dan babak pandang memandang.

Syazwi ketawa.

“Honey nie kuat perasan betul.Bi pandang lilin nie.Bila masa pula bi pandang honey?,”

Aku pula yang ketawa.

“Bi nie comel lah…malu ye bi?,”spontan kata-kata itu terluah dari bibirku.

Syazwi mencerlungkan mata.

“Apa dia honey?Ulang sekali lagi…,”

“Bi nie comel…,”

Serta merta Syazwi ketawa.

“Honey nie memang tak sayang mulut.Dah..makan.Tengok tu.Nasi tak habis-habis dari tadi.Banyak tu juga…,”Syazwi pandang lain.Muka dia merah.

“Perangai Bi lain kan?Sebelum kahwin dulu…payah tau nak tengok bi ketawa macam nie.Nak cakap dengan honey pun payah.Bi nie kelakar…,”

Syazwi tersengih.

“Sebab tu la honey…honey beruntung tau dapat kahwin dengan bi…,”

“Tahu….,”

“Dengan honey aje bi macam nie..eh.Cuba pejam mata jap honey..,”Syazwi suruh aku pejam mata.

Aku pandang musykil.

“Kenapa?Bi nak buat apa?,”

“Pejam aje…,”Syazwi masih menggesa.

“Bi tak tinggal honey sorang-sorang dalam gelap nie?,”itu yang aku tanya.Kelemahan aku yang satu.Takut gelap.

“Tak da lah…bi bukan nak buat macam tu…,”Syazwi menyangkal.

“Habis tu bi nak buat apa?,”

“Sebab tu lah honey kena pejam mata dulu….,”

Aku pejam juga mata bila Syazwi asyik suruh aku pejam mata.

“Hulurkan tangan…,”

Aku menghulurkan tangan.

“Nak bagi hadiah ke?,”

Syazwi tak menjawab.

Ada sesuatu jatuh ke atas tangan aku.Aku segera membuka mata.

“Rantai?,”

Syazwi mengangguk.

“Honey pernah bagi bi cincin nie kan?,”Syazwi menayangkan cincin platinum yang masih berada di jari manisnya.

Aku jadi terharu.

“Nie hadiah untuk honey…,”Syazwi tolong memakaikan rantai berkenaan.Cantik.Loketnya berupa huruf S.

“S untuk?,”aku bertanya.

“Syazwi dan Sumaiya…,”Syazwi menjawab.

******************

“Honey….,”

Aku masih lagi tidur lena.

“Bangunlah….,”kali ini selimutku ditarik.

“Hrmm….,”

“Dah pukul berapa dah nie…,”

“Hrm…bi pergilah dulu,”mata aku masih lagi terpejam rapat.

“Honey...bangun sembahyang subuh,”suara Syazwi masih kedengaran.

Aku bangun.Terkelip-kelip pandang Syazwi yang sedang memerhatikan aku sambil berpeluk tubuh.

Aku baring semula.Selimut kembali ditarik sampai paras leher.

“Honey!!!,”Syazwi makin kuatkan suara.

“Ya..bi sembahyang lah dulu…,”aku kembali memejamkan mata.Mengantuk.Dalam kepala aku Cuma ada satu.Tidur.Kelemahan aku yang kedua.Payah nak bangun pagi.Nak bangun sembahyang subuh tu lagi lah.Mama puas memekik.Aku pula macam biasa,buat tak dengar.Bila matahari tengah terik atas kepala,baru aku bangun.

Syazwi dah tak berbunyi.Aku pejam mata rapat-rapat.Krooh..krooh…

Burr!!

“Bi!!!!,”aku bangun.Pandang Syazwi geram.Habis basah kuyup badan aku.Katil nie pun dah basah.

Syazwi sengih.

“Honey yang paksa bi buat macam nie.Bangun honey.10 minit dari sekarang.Bangun,mandi dengan ambil air sembahyang.Bi tunggu dekat bilik sebelah.Kita sembahyang sama-sama,”Syazwi mula serius.

Perlahan-lahan aku turun dari katil.Syazwi menghulurkan tuala.Aku segera menyambutnya.

“Sekejap sangat lah bi..20 minit boleh?,”

“Tak boleh…10 minit…,”Syazwi dah menuju ke bilik sebelah.

“Bi…15 minit?,”10 minit aku terasa terlalu sekejap.Nak gosok gigi pun ambil masa 5 minit.

“7 minit…,”Syazwi membalas dari bilik sebelah.

“Bi!!!!,”

“6 minit….,”

“Ya lah…10 minit.,”aku bergerak laju ke tandas.Sudahnya tak sampai 5 minit aku dah siap mandi dan ambil air sembahyang.

Pagi-pagi nie sejuk betul.Chalet nie mana ada pemanas air.Aku bersiap-siap memakai kain sembahyang.

Jam tangan di atas meja aku ambil.Baru pukul 6 pagi?Sungguh tak percaya aku bangun sepagi nie.

*********************

Dah pukul 7 pagi.Kami bersarapan serba ringkas.Roti yang disapu dengan jem.Syazwi sedang mengikat tali kasut sukan.

“Kita nak pergi mana sejuk-sejuk nie?,”aku terlebih dahulu dah keluar dari chalet.Memerhatikan Syazwi yang masih berada di muka pintu.Lama betul Syazwi bersiap.Dia tak pakai songkok.Jadi muka dia nampak lain sikit.

Maklumlah aku selalu nampak muka dia yang bersongkok.Apapun Syazwi tetap handsome di mata Sumaiya.

Keadaan masih lagi berkabus.Syazwi bangun.Menghampiri aku.

“Kita bersenam,”Syazwi mula memanaskan badan.Berlari setempat.

“Tak nak lah bi…,”

“Warm up dulu.Kejap lagi kita main..,”

“Main apa?,”mata aku bercahaya.Tak dapat sembunyikan perangai kebudak-budakan aku yang dah lama tersorok.

“Adalah….,”Syazwi memandangku sambil tersenyum.

“Ready…satu…,”Syazwi sudah mulakan kiraan.

“Jap bi..kalau honey menang dapat apa?,”aku yang berdiri di sebelah Syazwi bertanya.

“Honey boleh pergi bandar Terengganu…,”

“Kalau kalah?,”

“Kalau kalah duduk sini aje la…,”Syazwi mengenyitkan mata.

“Honey mesti menang punya..,”aku bersuara penuh keazaman.Dah lama tak pergi Terengganu.Kali terakhir aku pergi,masa kecil dulu.Tak ingat dah.

Aku tak nak duduk terperap dekat sini.Bukan kejam ke hapa..tapi aku sungguh aku tak tahan duduk dekat Sekayu.Baru hari ke dua aku dah rasa boring.

“Okey…ready…satu..dua,,tiga,”

Mendengar perkataan tiga,aku terus memecut meninggalkan Syazwi.Aku bergerak pantas mendaki anak-anak tangga.Siapa dulu yang sampai puncak bukit dia menang.

Aku melajukan larian.Tertoleh-toleh ke arah belakang.Aik?Mana Syazwi nie?Lambat betul dia lari.

Aku duduk di atas anak tangga.Tangan aku membuka penutup botol mineral.Tadi aku sempat bawa air mineral.

Aku menjeling jam tangan.Mana pergi Syazwi nie?Huwargh…aku menguap.Pagi-pagi nie mata aku mudah mengantuk.

Tidur lah kejap.

Aku melingkarkan tangan pada lutut sebelum menyembamkan muka.

*************************

Syazwi sekadar berjalan.Kakinya melangkah satu demi satu anak tangga.Laju betul Sumaiya lari.Macam pelesit.Biarlah dia jalan lambat-lambat.

Buat-buat kalah.Apa salahnya..sekali sekala berkorban demi isteri.Dia sebenarnya juara berlari masa zaman sekolah dulu.Malas lah nak riak,biar Sumaiya aje yang menang pertandingan nie.

Dia bukan serius sangat pun.Idea nak main nie pun tiba-tiba aje datang masa dia tengah ikat tali kasut.Daripada tak buat apa-apa,elok juga berlari sikit.Baru cergas.

Kalau Sumaiya kalah pun,dia akan tetap bawa Sumaiya pergi Terengganu.Suami yang baik kan?

Syazwi mengesat peluh di dahi.Letih betul.Baru berjalan peluh dah menitik-nitik keluar.Syazwi mendongak ke atas.

Banyak lagi ke anak tangga?Bila nak sampai nie?

Matanya sempat menangkap kelibat seseorang yang tengah duduk di atas tangga.Macam kenal aje..Eh, isteri aku kan tu?

Syazwi berlari-lari anak.Jogging.Senyum meleret bila melihat Sumaiya tengah tidur.Nak lintas ke nak gerak Sumaiya?

Tinggal aje lah dia sorang-sorang.Siapa suruh tidur.Syazwi kembali mendaki anak tangga.Sumaiya ditinggalkan.Kemenangan bakal menjadi milik mutlak dia.

Baru lintas tiga anak tangga,Syazwi patah balik.Tiba-tiba rasa bersalah.Risau juga tinggal Sumaiya sorang-sorang dekat sini.Kalau apa-apa jadi macam mana?Syazwi ikut duduk di sebelah Sumaiya.

Jeling si isteri sekilas.Hai..orang duduk sebelah pun tak sedar?Memang tidur mati betul.Nak kejut Sumaiya sembahyang subuh punyalah susah.Azab.Nasib baik dia nie penyabar orangnya,kejut dengan penuh lemah lembut.Paling kejam pun Cuma simbah air.Kalau suami orang lain…mungkin dah bagi free kick.

“Sumaiya boleh berubah.Umi yakin Along boleh ubah dia”itu apa yang umi cakap bila diminta pendapat mengenai Sumaiya.Abi turut menyokong kata-kata umi.

Syazwi menjatuhkan pandangan ke arah sekeliling.Permandangan yang cukup indah.Pokok-pokok yang penuh kehijauan.Kabus pagi menambahkan lagi keindahan alam ciptaan Illahi.

Terasa nak ambil gambar.Dia mengeluarkan kamera dari dalam beg sandang.Memang niat dia nak berjalan..sebab tu dia bawa kamera digital bersama.

Syazwi melentokkan kepala ke bahu Sumaiya.Honeylemon tak akan sedar kan?Kamera dihalakan kepada mereka berdua.

Klik.

Tanpa flash,sekeping gambar berjaya ditangkap.

Gambar yang baru ditangkap diperhatikan.Cantik.Muka dia nampak handsome.Sumaiya pula sedang elok aje tengah tersenyum.

Eh senyum?Sumaiya senyum?Bukan dia tengah tidur?Syazwi menelan air liur yang terasa pahit.Dia mengalihkan kepala dari bahu Sumaiya.

Segan.Malu.Dia bangun.Langsung tak pandang Sumaiya.

“Bi nak pergi mana bi?,”

“Jalan-jalan….,”

“La…kenapa bi?Tak nak ambil gambar dah?Kita buat aksi lain pula ye?,”suara itu separuh mengusik.

“Bi lari dulu…bye,”Syazwi kembali menyambung larian.

“Nanti lah bi.Tunggulah kejap.Kita lari sama-sama,”Sumaiya berusaha untuk menyaingi langkah kakinya.

Mereka tiba di puncak bukit pada waktu yang sama.Syazwi senyum.Matanya jatuh pada wajah Sumaiya.

“Kita seri lah..nak buat macam mana ye?,”dia berkata-kata.

Sumaiya diam.Mungkin tengah cari jalan penyelesaian.

“Hah!Honey tahu…siapa kelip mata dulu dia kalah,”

“Lah?Main tu aje…senang aje tu.kacang.,”dia menghampiri Sumaiya.Memandang anak mata Sumaiya.Lama.

Sumaiya masih tak berkelip.Sampai bila nak tahan mata tu yank?

“Sweet honeylemon,”Syazwi berkata-kata.Memulakan perang psikologi.

“Smart Salihin,”Sumaiya pula membalas.

“Beautiful Sumaiya…,”

“Ugly Syazwi,”

Erk?Tak apa.Mata dia masih lagi tak berkelip.Dia berusaha untuk tidak mengerdipkan mata.

“I love you…,”Syazwi menuturkan perlahan..

Mata Sumaiya akhirnya berkelip jua.

“Yes..yes..bi menang…,”

“Mana aci cakap macam tu…,”

“Apa pula tak acinya?Betul lah tu…,”

Sumaiya melangkah pergi.

“Nak pergi mana tu?,”Syazwi meringankan mulut bertanya.

“Turun lah..nak buat apa lagi dekat sini,”

“Merajuk ke?,”

“Tak….,”

“Okeylah…jom pergi bandar Terengganu,”

“Betul nie?,”

“Yes madam…,”

*******

"Papa,"

"Apa?,"

"Nak pilih gula-gula yang mana satu eh?,"

"Ha?"

"Kakak nak bagi hadiah pada mama. Nak beli gula-gula. Tapi kakak tak tahu nak beli yang mana."

"Ala, meh sini papa pilih."tangan mencapai gula-gula Honey Lemon.

"Nah."diletak di atas tangan anaknya, Najwa, 10 tahun.

"Kenapa honey lemon papa?"

"Adalah.."

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia




p/S:Cerita ni memang banyak kekurangan.Apa- apa pun...Terima kasih sebab sudi baca. ;)
Link

15 comments:

  1. wahh best cite nie..heee..najwa 2 anak diorg ke???
    buat la special entry...xpuas la bce..hihihi

    ReplyDelete
  2. sweetnye dorang nie~~~
    akhirnye..menemui pengakhiran kish cnta dorang nie...
    gud job writer...

    ReplyDelete
  3. soooo sweettttt...^^
    oh laa comel yg amat..:D

    ReplyDelete
  4. best..
    ending die comel je..
    walopun citer ni pendek je..
    ok n terbaik..
    buatla karya lain ye..
    gudluck..! :)

    ReplyDelete
  5. heh...ending yg bagus!tahniah!!tggu cite baru plk..

    sufi

    ReplyDelete
  6. best2..you cn write a good story even xpnh mlalui zmn2 cm lam citer tu lg..you're 18 years old kn..so ble ad idea or da mlalui zmn tu..wt la special n3 eyh..this story is s0o0oo0o sweet n best!! chaiyok2 to y0u! =)

    ReplyDelete
  7. lagu satu cinta by star5
    http://www.youtube.com/watch?v=YCdrTVe5Q38

    ReplyDelete
  8. ala.....sweetnye...kalo sambung lg msti best...hehehe...

    ReplyDelete
  9. wahhhh..terbaaikkk...sweet sesanagt..:))

    ReplyDelete
  10. hurm .. sweet nya ! :)

    -sya-

    ReplyDelete