Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Saturday, August 15, 2009

Love is Undefined




Deo mencapai air botol di atas meja kantin.Pergh.Sejuk betul air ni.Baru keluar dari peti ais kot.Peluh menitik-nitik dari tubuhnya.Walauapapun..dia tetap stay dapat No 1 dalam acara merentas desa peringkat daerah nie.Satu bonus buatnya kerana sekolahnya menjadi tuan rumah dalam pertandingan kali nie.Deo menoleh sekeliling.Ramai lagi pelari yang belum sampai..

"Kau..tak gune kau,..habis air aku..ganti balik!!!"aku menjerit kuat.

"Bising la kau.Ala.relaks la.Berapa ringgit aje..,"pujuk Deo sambil tersengih-sengih.Jejaka berketurunan Tionghua ini fasih bercakap dalam Bahasa Malaysia..Sebijik macam orang Melayu.Nak buat macam mana..dia sering dikelilingi dengan orang Melayu.

"Beli malas.Air aku jugak dia nak kebas..Jantan tak guna.."bebelku tak puas hati..

"Oii2..perempuan palsu..tak payah lebih-lebih ek.."aku jadi berang.

"Apa palsu-palsu?Aku tulen tahu!."ujarku penuh yakin..

"Aya..Liar..kalau betul.Buktikan lah.."ejek Deo..

"Tak ada maknanya aku nak buktikan dekat kau Lee..boleh jalan la.."aku menjelirkn lidah.

"One night stay..takut?"selesai sahaja Lee Deo berkata demikian..

Pok!!..Jimmy mengetuk kepala Deo..

"It is dirty man..enough la..kau dengan Thira gaduh 24 hours.."Jimmy mula jadi penasihat tak bertauliah..

"Don't call her thira.Yark..dia kan Ath..,"

"Tak kisah la.Ath tu nama glamour..sama aje.."Deo menghampiriku.

"Nah,"Deo menyuakan sebotol air mineral..

"Tak nak aku..air aku mahal.."Deo mencebik bibir apabila mendengarnya..

"Mengada la kau nie..habis tu?Nak aku ganti dengan apa?"Deo mula naik angin.

"Aku nak pingat yang akan kau dapat kejap lagi..,"aku berlalu dengan senyuman jahat yang terukir di bibir.. Hohoho..

"Hoi..sini kau Ath!! shit.."aku tidak mengendahkan jeritan maut Deo..

************************************************************************

Jimmy memerhatikan keadaan sekeliling.Line clear!

"Yes..,"Deo tersenyum.Siap la kau perempuan tomboy..Dah la tadi kau bawa lari pingat aku.

************************************************************************

Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat..aku menghidupkan motosikalku..Perjalanan aku lancar hinggalah tiba di Lorong Mewati..tiba-tiba enjin motosikal aku mampus.Tak guna betul..dekat depan sekolah elok aje.Ni dekat tempat sunyi juga benda nie buat hal.

Salah aku jugak ngada-ngada nak lalu jalan pintas.Perut meragam.Mana boleh tahan beb.Tapi bila dah terpacak dekat jalan nie dalam 15 minit..hilang pulak sakit perut aku..Aku observe sekeliling.Hutan aje yang aku nampak..Huish.Naye aku kalau Mat-mat gian lalu sini.

"Enough la.Pity to her..dia nak balik tu..Let us help her,"Jimmy yang membonceng motosikal Deo bersuara perlahan.Kesian pula dia tengok Ath tengah blur.Tak tahu nak buat apa.Apa la yang minah tomboy tu tahu pasal motor.Motor Ath,dia dengan Deo punya angkara.Diorang sedut minyak motor sampai tinggal sikit.Caranya? Adelah..cuma orang genius aje tahu.

"Shh..bising la.Wait a minute.Kita tengok dulu macam mana dia nak balik"Deo menunjukkan jarinya.

Jimmy mengeluh.Huh.Dari tadi diorang jadi pengintip Athira..Perempuan tu pun satu..yang lalu jalan sunyi apa fasal?Memberatkan masalah sendiri jerk..Tiba-tiba mata mereka berdua terpaku kepada seorang mamat Melayu yang berhenti di hadapan Athira..

Fahmi memberhentikan motosikal.

"Ciannya makwe aku nie..nie kenapa lak nie?"Fahmi bertanya separuh mengusik.

"Entah la.Tiba-tiba buat hal.Ce kau tengok kejap.Mana tahu kalau boleh repair..Nasib baik la aku bawa henfon pergi sekolah,"aku tersenyum puas.

"Teruk betul budak-budak zaman sekarang..pergi sekolah pun bawa henfon.,"Fahmi menampar manja lenganku.

"He’eleh.Kau pun sama..kalau tak macam mana boleh jawab call aku..,"aku cuba membalas tamparannya..Fahmi sempat mengelak.Dia tertawa terbahak-bahak..

"Ala.tak ada minyak kot..tak apa la..kau tinggal aje motor dekat sini.Aku hantar kau balik,"aku akur dengan Fahmi.Baru aje aku nak naik membonceng motosikalnya..Fahmi menarik lembut tanganku..

"Ala Thira..nak balik dah ker?Sekali-sekala..takkkan tak sudi nak lepak dengan pakwe sendiri?"Fahmi merenung wajahku.Keningnya yang lebat terangkat.

"Err..kau pehal pulak tiba-tiba nie..,"tergagap-gagap aku dibuatnya.Tak pernah-pernah Fahmi buat hal..apatah lagi nak menggatal..Sebabnya Fahmi nie jenis yang ganaz n rock sama macam aku..Dia bukan Mat Romeo..tapi tak tahu la pulak kalau selama nie dia berpura-pura aje depan aku..

"Ni la masanya..Thira..kau pun tahu aku sayang gila-gila kat kau.Kau pun macam tu jugak kan?Miss you..kau lawa sangat la Thira..,"muka Fahmi menghampiri mukaku..Terkaku aku dibuatnya...namun,tanganku tetap menggenggam penumbuk.Menanti masa untuk melayangkan tumbukan padu.Dalam sipi-sipi aje dia nak kiss aku..

Duuuuuuuuusssshhhhhhhh!!!!!!!

Tumbukan kuat seseorang membuatkan Fahmi jatuh tersungkur..aku tergamam..Siapa yang tumbuk??Aku tak naik tangan lagi..

"Woi..kau Melayu kan?Apa tak tahu adab?"suara Deo tinggi kedengaran..

Fahmi mengesat darah yang mengalir dari mulutnya..Berdesing telinga dia mendengar ayat-ayat yang dituturkan oleh pemuda berkulit cerah nie.Tak guna betul budak Cina nie..Baru sahaja dia ingin membalas..Deo sudah menyerangnya bertubi-tubi..tumbuk dengan terajang tu tak usah cakap la.Banyak kali..

“Stop it Deo.You want to kill him?"Jimmy cuba untuk menyabarkan best friend nya yang tiba-tiba naik hantu tatkala melihat adegan yang hampir berlaku di hadapan mereka..

"Argh..hey.. don't disturb me..okey!!,"Deo memberi amaran..

Duuussshhhh!!!

Satu tumbukan hinggap di mukanya..Deo hampir-hampir terdorong ke belakang.

"Tu untuk boyfriend aku..,"Deo menggetap bibir mendengarnya..

"Hei tomboy!!!..apa fasal kau backing dia,hah?"Deo menolakku kasar.

"Dia boyfriend aku lah..stupid!!"

"Aku tahu la bodoh..tapi yang kau backing boyfriend tak guna macam dia,kenapa?"Jimmy menggeleng kepala.Start dah perbalahan mulut yang menampakkan urat leher..mereka nie..kalau bergaduh…kuat gila bunyinya.

"Hey..dia boyfriend aku la..bukan boyfriend kau.Aku tahu la dia macam mana..,"

"Berambus la..,boyfriend konon.."deo menarik lenganku untuk pergi dari situ..

"Sakit la..,"aku cuba untuk membebaskan diri dari pegangan kejap Deo..

"Kau nak bawa makwe aku pergi mana,hah?"Fahmi yang masih terbaring di atas lantai bertanya kuat..

"You shut up man..!!"sempat lagi kaki Deo menyepak Fahmi...

Deo meninggalkan Jimmy terkulat-terkulat dengan Fahmi.Tak guna betul si Deo ni.Dia syok-syok blah dengan perempuan..Jimmy menggerutu di dalam hati.

Deo memberhentikan motornya..

"Sakit?,"aku memasamkn muka.

"Tak nampak ker?Merah lengan aku..,"ujarku marah.

"Merah pun tak nampak sangat.Kau kan hitam..,"melampau betul Lee nie.aku tahu la kau tu putih.So,what?Did I care?Aku pun bukannya gelap sangat.Kulit aku biasa aje.Ahem-ahem..tapi cun la jugak.

"Hantar aku balik..,"arahku sambil memandang Deo..

"Are you think I am your driver?Please la..balik sendiri..tadi aku saja nak buat boyfriend kau jeles.,"habis sahaja kata-katanya..Deo benar-benar mengotakan ayatnya.Aku ditinggalkan keseorangan di tepi jalan besar..That's why I hate you Deo!!

************************************************************************

Peristiwa yang berlaku semalam langsung tidak memperbaiki hubungan aku dengan Deo.Kami tetap musuh forever n ever.Hari nie..masuk kelas aje budak-budak duk sibuk bercakap pasal percutian kelas..Dalam kelas aku..60% boleh dikatakan budak Cina.Budak Melayu tu sikit aje.Jadi..tak hairanlah kalau aku rapat juga dengan budak Cina kelas aku.Cuma dengan mamat sekor tu aku tak boleh nak kamceng..

"Attention-attention..kelas kita akan buat percutian..kita akan berkhemah dekat dengan hutan..,"Janet selaku Penolong Kelas mengumumkan..

"Waa..best-best..Dekat mana tu,?"sampukku ingin tahu..

"Alaa... don't worry dekat aje..Kem Hulu Bestari..," gadis bermata sepet itu tersenyum.

"Hulu??Hahaha.tak nak aku..Let Ath pergi sorang-sorang.,"Deo ketawa kuat..Huh.Sabo aje la.

"Semua orang kena pergi..arahan dari cikgu..kitorang dah tulis surat dah.,"Janet berkata serius.Ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusn ini..Iye la..AJK kelas pandai-pandai aje buat keputusan.Langsung tak berbincang dengan kitorang.Ingat ker dapat bercuti dekat tempat yang best..Ini..hulu??Mulanya ramai yang tak nak pergi.Tapi lepas kena bebel dengan Cikgu Rohana,guru kelas kitorang..terpaksa la pergi jugak..

************************************************************************

Pagi-pagi hari lagi kami tiba di Kem Hulu Bestari dengan menaiki bas..Ingatkan jauh sangat.Rupanya 45 minit aje.Harap nama aje yang lebih.Dalam bas,baru la kau tahu..yang Kem Hulu Bestari kawan ayah Shahmi yang punya.Senang lah sikit kami semua nak berurusan.

Siangnya aktiviti bebas.Aku,Nisha dengan Katherine bersama-sama memasang khemah..lepas tu kitorang memasak dengan menggunakan kayu.Seksa betul..phuhh..letih dah mulut aku meniup..Tak hidup-hidup gak api nie..

"Helo man..hidupkan api pun tak boleh?,"Deo n the geng yang melalui khemah kami tergelak-gelak.

"Eh manusia..macam lah kau boleh buat,"sindir aku pula.Giliran kami bertiga ketawa.. Deo,Shahmi, Jimmy dan Alan menghampiri..Terasa kot.

"Let me do it.,fuuu..."Deo meniup lembut..

"Haha..tiup macam perempuan.Bila nak hidup.,"kata-kata Nisha membuatkan kami berenam ketawa serentak..

"Tepi kau..tengok nie..lelaki macho tiup..phuhhh,"dah terpercik air liur Shahmi pown..api tak hidup jugak..

"Aya.. monitor pun tak reti nak hidupkan api?Come-come..aku buat.Mesti boleh,"Janet yang tiba-tiba datang bersuare penuh confident..Baru aje dia nak meniup sepenuh hati..

"Oit korang..buat apa ramai-ramai tu?Tak nak makan ker?"jerit Shaliniy daripada Dewan Terbuka yang letaknya berdekatan dengan tapak perkhemahan kami..

"Bising lah Liniy.Tengah nak hidupkan api ni,"marah Janet.

"Buat apa?Dah tempah katering lah..kan hujan semalam..kayu api basah.."Shaliniy memberitahu..

"Sampai mati pun tak hidup api tu..,"sindir Fiqri yang berada di dewan.Sedang melahap Nasi Minyak.

"Tak guna-tak guna....,"Janet menyepak-nyepak kayu di hadapannya..

"Relaks Janet..nak buat macam mana.Lain kali la kau tunjukkan kebolehan kau tu yek,"aku tersengih sambil menepuk-nepuk bahu Janet..

"Buat letih aku aje kat sini.,tui.," Shahmi mula bergerak menuju ke dewan..kami yang lain mengekorinya.

************************************************************************

Lepas isyak..kami diminta pergi ke Dewan terbuka.

"Okey friend..semua dah ada?Cepat tengok siapa yang tak ada..,"kami memandang sesama sendiri.Alan mengangkat tangan..

"Jimmy dengan Deo tak ada..diorang kata datang lambat sikit..,"Janet mencatatkan sesuatu di atas kertas.

"Are you ready for fun?"Shahmi sudah memulakan perangai gila-gilanya..

"Aktiviti malam nie ialah..Nurul akan tutup lampu dekat dewan nie selama 3 minit.,jadi kita akan bergelap..,"Janet memulakan taklimat.

"Bergelap?Sedap tu..hehe,"Shahmi tersenyum miang..

"Kenapa sekejap sangat?,"Alan menyuarakan rasa tidak puas hati..

"Amboi Alan..nak lama-lama..,"sampukku membuatkan dewan sedikit gamat..

"Aku tanya aje la,"Alan mengenyitkn matanya.Nak cover malu la tu..Nak buat macam mana kan?Otak kitorang nie kuning sikit.Haha..

"Sorry lah hampakan you Alan..Nurul nak tutup lampu 3 minit aje.Dia cakap bahaya tutup lama-lama..Okey dengar sini..dalam masa 3 minit nie..korang boleh la berdiri sebelah budak yang korang admirer..or your best friend..lepas tu korang akan bernyanyi berpasang-pasagan.,"terang Janet lagi.

"Jap-jap..aku tak ada sikit perasaan pun dekat budak lelaki kelas kita..,"Evina memberitahu jujur..

"Melampau you Evina.Uhuk.uhuk,"Ryan berpura-pura sedih..

"Ala..tak kisah la tu..duduk aje sebelah siapa-siapa..,"Shahmi membantu Janet menjawab.

"One more question..katakan lah..aku nak duduk sebelah Shaliniy..Alan pun nak duduk sebelah Shaliniy..macam mana?,"soalan daripada Fiqri menghangatkan kembali suasana dewan..

"Ye lah.Betul tu..,"Ryan mempersetujui kata-kata Fiqri..

"Apa susah..nyanyi aje tiga-tiga sekali..,"ujar Janet sambil ketawa..

"Okey-okey..Serius semua.Kita nak mula dah..Perhatikan kedudukan orang yang korang admirer..siapa tak ada pasangan kena denda..three.. two.,one." Shahmi memulakan count down..

Lampu ditutupkan..aku tiba-tiba tercengang..tak tahu nak bergerak ke mana. Suasana aku dengar gamat sekali..badan aku dah 2.. 3 kali kena langgar.Ganaz betul dak kelas aku..Aku reda aje lah tak ada pasangan.

Daripada kena langgar aje dari tadi.. lebih baik aku duduk depan pintu dewan.Teraba-raba aku dalam gelap..memang menyeksakan..tangan aku menyentuh sesuatu yang lembut.Macam kain.Baju kot.Argh..entah ler.Aku anggap tu kain buruk yang tergantung dekat pintu macam yang aku nampak siang tadi..

Tiba-tiba ada tangan mendarat di bahuku..Nisha lah tu..siapa lagi yang berani nak bermanja-manja dengan aku.Takkan budak lelaki kot..Aku memaut pinggang Nisha.Kalau tak salah aku..Nisha nie orangnya kurus melidi…kenapa aku rasa pelik nie..bila badan orang tu dekat sangat dengan aku..baru lah aku terbau perfume seseorang..aku selesema.Tu pasal hidung aku problem sikit.Wait..wait…aku familiar sangat bau nie…Alamak..takkanlah..Aku melepaskan pautan sambil cuba untuk menepis tangan yang mendarat di bahuku…Tak berjaya..makin kuat manusia nie peluk bahu aku..

Ahh..masaklah aku lepas nie.

Tapp.. lampu dibuka..terkebil-kebil aku memerhati keadaan sekeliling..

"Huargh.. mengantuknya..,"Deo menguap..

"Kenapa pandang aku macam nampak hantu aje nie?,"Deo bertanya aneh..Pelik apabila semua mata memandang ke arahnya.Wangi pulak bau Jimmy.Tak senang hidung Deo menghidunya..

"Eh..Jim..kau?,"terkejut tahap maksimum Deo apabila melihat wajah di sebelah nya..Dia pula peluk bahu orang yang disangka Jimmy tu kuat-kuat.Ingatkan nak bergurau dengan Jimmy.Patut la masa lampu tertutup tadi orang di sebelahnya menepis tangannya yang mendarat di bahu..

Cume dia aje yang buat-buat bodoh..

"Err..sorry..,"Deo menggaru kepala yang tidak gatal..Deo memandang geram ke arah Jimmy. Amboii. laju betul kau blah.Siap berdiri sebelah Janet.

Aku menyumpah-nyumpah di dalam hati..Kau punya pasal la ngok.Aku dah tepis.Yang kau tak nak lepas,pehal?.. aku dengan Deo tak dapat lari daripada usikan rakan-rakan yang lain.Ye lah.diorang berdiri aje sebelah pasangan.Tak ada la sampai peluk-peluk bahu..

“Wow…loving couple…haha..korang kena nyanyi la lepas nie…,”Nisha ketawa kuat…

“Korang main apa nie?Sampai nak kena nyannyi lah pulak.Tak nak aku..merepek aje..,”wajah Deo masam mencuka.

“Betul…betul..game nie merepek,”sahutku tidak puas hati.Buat pertama kali dalam Sejarah..aku mempersetujui kata-kata Deo.

“This is admirer game.Sekali korang join…tak boleh tarik diri..,”Janet tersengih.

“Masalahnya…aku langsung tak tahu yang korang main game nie..,”ucap Deo geram..Dia teringat lagi tadi..Dia dan Jimmy baru sahaja lepas bersiap..On the way nak pergi dewan…Gelap aje..Ingatkan ada sesi menginsafkan diri.Kenana semula jasa mak ayah ker…jasa cikgu ker…Tapi sekarang nie apa??Admirer game?What the heck?

“Korang nie tak sporting lah…kitorang suruh nyanyi je..bukan buat apa-apa pun..Orang lain pun nyanyi jugak,”Nisha sudah memuncungkan mulutnya.

“Betul cakap Nisha tu..It just a game..just nyanyi.Janganlah ambil serius sangat,”sampuk Jimmy.How dare Deo kata game ciptaannya itu merepek..Ingat senang ker nak reka game baru?Sebagai salah seorang AJK kelas,tugas untuk memenuhkan aktiviti kelas semasa di Kem Hulu Bestari diserahkan kepadanya seratus peratus.

Disebabkan ramai yang dah tarik muka..nak tak nak aku dan Deo terpaksa akur dengan tuntutan game nie.Hrmm..bila pikir-pikir balik.Betul juga kata-kata Nisha..Menyanyi aje…bukannya apa-apa.

Tiba lah pula masa persembahan..

"Hari nie..saya keseorangan.. sebab pasangan saya telah dirampas dalam suasana kegelapan sebentar tadi..,"Shahmi berpura-pura sedih dengan ayat skema nya..

"Terima lah lagu Issabella..watch out Fiqri..kau rampas Nurul aku..,"walaupun bunyi macam serius..kami semua tidak dapat menahan gelak.Lebih-lebih lagi apabila melihat wajah pasrah Shahmi.Dia sorang yang tak ada pasangan.Patut la tadi aku dengar riuh sikit dekat bahagian suis..berebut rupanya.

"Nasib la kawan.kau lambat sangat.,"Fiqri ketawa..dan tiba lah masa aku dengan Deo menyanyi..kami masing-masing diberikan sepasang microfone..

"Tepuukkk!!tepuk kekasih,"Nisha merancakkan suasana dewan.Siap la minah tu nanti.Tahu la aku kerjakan.

"Kami akan menyanyikan lagu..Aspalela,"aku memberikan kata alu-laluan apabila Deo sekadar mendiamkn diri.

"Tak romantik langsung!booo!!!,"sahut alan..Mengada betul Alan nie..cakap aje la tak tahu tu lagu apa.

"Aspalela? What is that?Tak nak aku.,"Deo tiba-tiba membantah..

"Lagu la.Tak tahu ker?,"balas ku pula.

"Macam embrassing aje.Kau nyanyi la sorang-sorang.,"Deo menjawab acuh tidak acuh sahaja..

"Aku nak nyanyi lagu..Jenny.,"Deo menyatakannya penuh semangat..

"Tak best.Tak nak aku,".Jenny?Aku memang anti dengan lagu tu.Lagu tu mengingatkan aku pada ex aku.Fahmi.Dia suka sangat dengan lagu tu.Konon tu lagu cinta kitorang la.

“Aku bukan nak nyanyi dengan kau pun…”

"Aler.Sorang nak nyanyi jiwang..sorang nak Aspalela..nyanyi lagu Ketika Cinta Bertasbih aje la,"cadang Nisha..Ketika cinta bertasbih??Wow.Aku suka lagu Melly Geoslow dengan Amee tu.Cuma..aku takut Deo aje yang tak boleh nyanyi.Ni kan lagu ketuhanan. Melihat Deo excited nak nyanyi lagu tu..aku ikut aje la..Layan aje la..Nanti diorang cakap aku nie banyak songeh pulak...

Jadi aku nyanyi lah dengan biasa..tapi aku respect habis dengan Deo.Dia betul-betul menghayati lagu tu...!!Sebijik macam orang Melayu.Tak ada dengar pulak slang Cinanya..

Tu la antara aktiviti kami semasa perkhemahan kelas..Antara aktiviti lain yang kami buat ialah flying fox,cari harta karun,LDK dan mendengar ceramah motivasi.Objektif perkhemahan..memupuk semangat setiakawan..

Peristiwa tu berlaku sebulan menjelang SPM..Budak-budak kelas lain sibuk dengan motivasi..kitorang pergi berkhemah..tapi of course la perkhemahan kitorang tak ada kena mengena dengan pihak sekolah.Ingat pihak sekolah nak kasi budak Form 5 pergi berkhemah?Semua di usahakan oleh AJK kelas kitorang dan turut dibantu oleh Cikgu Rozana.Itupun setelah dipujuk oleh Janet berkali-kali.Alasan Janet..untuk release tension..Segala risiko semasa perkhemahan ditanggung sendiri.Alaa..pergi dua hari aje..bukannya lama sangat.Sebelum pergi tu..memang kitorang diberi taklimat panjang berjela oleh Cikgu Rozana.Huhu..Kitorang kan tak ada surat kebenaran penjaga.

Balik aje dari perkhemahan hujung minggu kami..kami mula serius study.Tak ada main-main lagi dah.Kami memang pulun habis.Kami nak buat betul-betul SPM tahun nie..Biar kasi gempaq satu Malaysia.Chewah!

************************************************************************

Sedar tak sedar..SPM dah pun berlalu dan esok keputusn SPM..,tapi aku kena ambil result lambat sikit..maybe lusa..Sebabnya aku tengah bercuti dekat rumah Uncle aku di Bandung.Turun ajedari flight..aku terus ambil teksi.. pergi sekolah..excited nak tahu result aku..

Sampai tak sempat nak balik rumah.Bila sampai depan pintu pagar tu..nervous lah pulak aku rasa.Nisha dah ambil result dah.Semalam aku call dia..aku tanya aku dapat berapa.Tapi dia tak nak kasi tahu..nak suruh aku menangis katanya.Isk.isk.perempuan tu saja nak menyeksakan jiwa aku.Nisha kata juga dekat aku..sekolah kami ramai yang dapat cemerlang..

On the way nak pergi pejabat..aku terserempak dengan musuh ketat aku.Baru keluar dari office agaknya sebab aku nampak dia pegang slip..

"Hoi.how much you got?,"Deo mendongakkan muka..

"Should I tell you about it,.?Rahsia..,"penuh mengada-ngada Deo menjawab..

Aku menunjukkan penumbuk..

"Sombong..Eleh.aku pun tak ingin nak tahu..Eh, ni apa ikut aku pulak neh?,"aku menyuarakan perasaan tidak senang apabila mula perasan Deo berjalan beriringn denganku menuju ke pejabat..

"I can't wait to see you are crying.,"menyampah betul aku.Lantak kau ler.Aku menatap berkali-kali slip di tangan..dari dalam pejabat sampai lah ke luar pagar sekolh..mataku langsung tidak lari dari memandang slip tersebut..

"I am genius.,"aku tersenyum puas..12A1.Yea!Deo yang mendengar dari atas motor mencebik bibir..

"Ala..jangan perasan la..I am more better than you..15A1..sekarang siapa hebat?,"Deo mengangkat keningnya..

"Tipu..mana?Nak tengok..,"aku mengambil keputusnnya..Mak eih..betul la.Teror juga budak nie..Aku ingat lagi dulu,satu kelas kecoh bila Deo cakap dia nak ambil 15 subjek.Aku ingatkan Deo akan slack juga beberapa subjek.

"Setakat 15A..apa yang nak dibangga..Bukan boleh bawa masuk kubur..,"aku sengaja ingin menyakitkan hati Deo.Deo tersenyum. menampakkan lesung pipitnya,..

"Sekarang ni..who start it first?You,.right?Eh, kenapa lambat ambil result?,"soal Deo tiba-tiba..

"Aku ada kat Bandung..baru aje balik.Kau pulak?,"soalku pula.

"Aku?Saja malas datang awal.Nanti jadi star pulak..I know I am great..,"aku menutup telinga mendengarnya.

"Eii.. tolong la..menyampah aku dengar,"Deo ketawa melihat gelagatku..

Aku melihat jam di tangan.Lambat pula abang aku jemput..Jalan jamp kot.Kami masing-masing diam seketika.Tidak tahu apa lagi yang patut dibualkan..Wajah Deo aku pandang sekilas.Aku rasa Deo nie okey apa…Muka dia yang cute tu aku tak boleh nak nafikan.Tapi pelik juga,sampai sekarang dia tak ada girlfriend.Nak kata tak ada peminat…si Katherine tu pun dulu pernah minat dekat Deo.

Yang tak best pasal aku dan Deo..Sejak peristiwa malam tu, ramai budak sekolah aku ingat aku dengan Deo nie couple..??Merepek betul..

"Lambat kau balik..tunggu siapa?,"aku memecahkan keheningan antara kami..

"Tunggu kau la..aku risau aje Fahmi bawa lari kau.,"err..serta merta aku terdiam.Dah tak tahu dah nak cakap apa..

"Kau dengan dia on lagi ker?,"Deo bertanya serius.

"Haha..kenapa tiba-tiba babit dia lak ni?,"aku tertawa.Soalan itu kedengaran kelakar..

"It nothing..I just want to say that..if you are not with him.. Could you be my girlfriend?,"lancar sekali Deo berkata-kata..

Pon!pon!

Tidak sempat aku untuk berkata apa-apa..abang aku sudah membunyikan hon..Aku berlalu begitu sahaja.Deo pula sekadar mendiamkan diri..Tatkala berada di dalam kereta..mataku sempat menjeling ke arahnya..Deo sedang meraup muka..dia frust ker?Itu aku tak tahu.Aku pun tak tahu yang soalan dia tadi..serius ker or just main-main..Tak sampai 10 saat pun dia luahkan perasaan..Main-main la tu…

************************************************************************

Selain dari Janet,Fiqri dengan Nisha..aku dah lost contact dengan diorang..No diorang habis hilang coz henfon aku rosak hari tu..No Janet,Fiqri dengan Nisha aje aku ingat.No diorang mudah nak ingat..No VIP ler katakan.Mahal dan mudah untuk diingat.No Deo..aku langsung tak tahu.. (sebenarnya tak pernah mesej dengan dia..walaupun dah 2 tahun sekelas..sejak form 4)

Minggu lepas..aku turun KL.Terserempak pulak dengan Fiqri dekat Pavillion KLCC..Dia belanja aku makan shushi.Kami pun berbual panjang.

"Kau tahu tak..semalam aku terjumpa Jimmy dengan Janet..tengah dating.Pandai diorang sekarang,”

"Tak tahu pulak aku Jimmy dengan Janet.Sampai hati Janet tak beritahu aku..,”aku membuat muka sedih.

“Kau bila lagi nak ada pakwe?Jangan cakap kat aku yang kau masih ingat kat Fahmi tu.."

“Macam nie la aku..tak ada peminat..nak buat macam mana..,”aku mengukirkan senyuman.

“Iye ker tak ada peminat?Aku dengar dia luahkan perasaan dekat kau..tu lah kau…Lee nak..kau jual maha,”uhuk.uhuk. tersedak aku dibuatnya.Fiqri tahu ker kes depan sekolah tu?

"Pandailah kau serkap jarang,"aku berdalih.

"Ala..jangan buat tak tahu la..dia mintak pendapat aku dengan Jimmy taw..Nisha yang beritahu Deo kau ambil result lambat..jadi Deo pun ikut kau jugak.Ambil lambat…kenapa kau tak nak jadi girlfriend Deo ek?Deo baik apa..,"Fiqri memandang tepat ke arah ku.

“Aku bukan tak nak okey?Dah abang aku datang.Tak sempat lah aku nak cakap,”Fiqri tergelak mendengar jawapanku itu.

“Oh…jadi kau nak lah nie..Kau sudi lah kiranya nie..Rupanya dalam diam kau suka dekat Deo ek…Kantoi..,”usik Fiqri sambil menahan gelak.

“Kau jangan nak pandai-pandai ek..Dosa fitnah lebih besar dari membunuh tahu.,”aku menoleh ke arah lain.Muka aku sekarang nie memang tengah blush.Aku menampar bibirku perlahan.Ahh..pebende yang aku merepek nie..

“Fitnah apa pulak..kau sendiri yang cakap tadi kau nak.Cute la kau nie..Macam nie rupanya Thira malu..sampai tersasul-sasul cakap,”aku bunuh kau Fiqri!!!

“Aku cakap ‘aku bukan tak nak’..Kau jangan nak pandai-pandai putar belit cakap aku ek..,”

“Kalau kau ‘bukan tak nak’…maksudnya..kau nak..,”

“Dah la.Malas layan kau.Sekali lagi kau cakap..Pinggan shushi ni melekap kat muka kau,”

Mendengar kata-kataku.Fiqri mula tutup mulut.Namun bibirnya masih tersernyum mengejek.

***********************************************************************

Aku mendengus geram..

Fiqri kata nak jumpa dekat depan kedai Fast Food papa dia nie..Alih-alih tak jadi pulak.Ada hal lain katanya.Aku mengatur langkah masuk ke dalam.Alang-alang dah datang sini.Kenapa tak makan aje kan? Hehehe.. Ingatkan nak ajak Nisha.Tapi dia sekarang ada dekat kampung dia.Aku dah lama tak jumpa Deo.Kalau tak silap aku sejak luahan perasaan dia hari tu.Fiqri pun dah tak cakap sangat pasal Deo dah.Hurm..bagi aku..Cuti lepas exam SPM nie memang membosankan.Nak kerja part-time mama tak bagi.Dan aku tak dapat mengelak daripada berfikir tentang Deo.Entah penyakit apa yang melanda diri aku.Serius cakap..dulu aku tak macam ni.Ye lah,Deo kan musuh aku..

Aku jadi teringat pertanyaan cousin aku dulu..kenapa kita mudah sangat jatuh cinta pada orang yang kita dah tahu suka pada kita?Masa zaman sekolah rendah dulu..ada lah jugak mamat-mamat yang minat dekat aku.Bila ada yang kata suka dekat aku.Aku pun jadi suka dekat budak tu.Padahal sebelum ni langsung tak kenal..hahaha.Inilah kot yang orang panggil cinta monyet.Mudah sangat suka dekat orang.Tu dulu,zaman aku belum matang lagi.

Hari ni,aku belajar banyak perkara.Beza 'cinta' dan 'suka'.Bila kita suka pada seseorang..Senang sangat untuk kita lupakan dia..Betul tak? Cinta?Entahlah..cinta sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.Sampai kita sendiri pun tak tahu kenapa kita boleh suka pada orang tu..Sebab tu lah..Love is undefined.Bagi aku,bila aku dah jatuh cinta pada seseorang…aku akan ingat pasal dia.Kadang-kadang sampai termimpikan dia..Baca novel cinta pun asyik teringatkan dia aje..Haha..Melampau betul aku neh.Hurm..aku rasa aku dah jatuh cinta.

Seseorang tiba-tiba mengambil tempat di hadapanku..Eh budak nie..aku dah lama beratur.Barisan dah la panjang.Budak lelaki yang aku agak 5 tahun usianya selamba betul.Aku memandang sekeliling.Budak ni nak beli sendiri ker?Mana mak dengan ayah dia.Bukan nak mengata..tapi compirm dia tak sampai nak buat pesanan nanti.Aku memandang belakang budak itu.Dia memakai t-shirt putih..ada perkataan 'I' yang tertulis. Tulisannya berwarna merah.

1,3..5 minit.. Lamanya.Line tak bergerak-gerak lagi.Biar betul.Kenapa lama sangat ni?

"Adik,boleh suruh orang kat depan cepat sikit?,"ujarku pada kanak-kanak itu.

Tanpa berkata apa-apa kanak-kanak itu terus berlalu pergi.Eh..eh kenapa pulak ni?Aku tak halau dia lah..Apabila melihat budak lima tahun itu pergi,kakak di hadapan aku turut berlalu.Walaupun pelik dengan gelagat mereka.Aku hanya membiarkan.Mak dia kot.Aku sekadar menyedapkan hati sendiri.

Aku mengambil ruang yang kosong..Di hadapan aku sekarang adalah seorang 'atuk'.Siap pakai tongkat pulak tu.Rambut atuk ni semua putih.Aku hampir tergelak apabila melihat belakang baju t-shirt putih yang dipakainya..ada bentuk love warna merah yang besar..lepas tu adalah kata-kata cinta sikit.

"Hrm..,"aku tersengih.Jiwang jugak atuk ni..Naik lenguh kaki aku berdiri.Atuk ni lagi lah.Dah terketar-ketar kaki tu aku tengok..Dia nak sangat makan fast food ni kot.Aku jadi bersimpati dengan dia.

"Atuk..,"atuk tu pun menoleh memandang aku.

"Atuk suruh lah orang depan tu cepat sikit..,"atuk tu tersenyum.

Dia mengangguk-anggukkan kepala.. Atuk tu lantas berjalan keluar dari kedai.

"Atukk!!,"sedikit terjerit aku memanggil.Semua mata memandangku. Aku menggaru kepala yang tak gatal.. Atuk..kenapa atuk keluar kedai?Serba-salah aku dibuatnya. Aku cuma mintak atuk tu suruh orang depan cepat sikit aje.Atuk ni salah dengar kot. Uish.Tiba-tiba aku rasa jahat..

Kini,di hadapanku seorang lelaki yang berbadan besar.Malas dah nak mengumpat dalam hati.Lelaki ni pakai t-shirt yg tertulis 'you'.. Berwarna putih jugak.Tulisannya berwarna merah.Aku rasa aku dah ketinggalan zaman la..Zaman sekarang orang suka pakai baju t-shirt yang ada tulisan kot..Itulah yang dapat aku kata berdasarkan pemerhatian aku tadi.Aku mengeluh.. Lama betul aku tunggu.Tak sampai-sampai jugak turn aku.Lambat betul pekerja papa Fiqri buat kerja.Nak kena adu kat Fiqri nie.

"Encik..,"aku memanggil lelaki dalam lingkungan 30-an di hadapanku. Dengar sahaja aku memanggilnya,lelaki berbadan besar itu bergegas keluar dari kedai.Apa semua nie?Kenapa dari tadi semua orang layan aku macam ni?Mulut aku ni busuk ker? Sampai semua orang nak keluar kedai.Mana lah tahu diorang nak muntah dekat luar tu.Aku memandang lelaki yang memakai t-shirt berkolar di hadapanku dengan perasaan sebal..

Selepas ni,sampai lah giliran aku..Aku takkan gatal-gatal mulut dah.Itu janji aku.Namun,perkataan yang tertulis di belakang t-shirt lelaki itu membuatkan aku terpaku..'ath..' Aku mengimbas kembali perkataan-perkataan yang aku lihat tadi.'i' 'love' 'you' 'ath..'.Aku menekup mulut.. Langsung tidak percaya dengan apa yang aku lihat.

Jejaka di hadapanku langsung tidak bersuara untuk memesan makanan.Patut la dari tadi line tak bergerak.Orang yang dekat depan sekali bisu rupanya.Dia menoleh ke arah belakang.Mataku tiba-tiba bergenang dengan air mata.

"Deo?,"

"Eh,apasal kau nangis,ha?"Deo tergelak melihat juraian air mataku..

"Kau punya pasal lah Deo!,"aku meninggikan suara. Marah.Boleh lagi dia gelak-gelak.Bukan nak pujuk aku.

"Terharu lah nie?Fahmi tak pernah buat macam ni ker?,"sekali lagi tawa Deo meledak..

"Bye..,"aku bergerak ingin pergi dari situ.Dia sengaja nak menyakitkan hati aku.

“Weh Ath!!,”Deo menghalang laluanku.

“Takkan dah nak pergi dah?Buat penat aje aku buat semua nie,”luah Deo sambil membuat muka sedih.

Aku memeluk tubuh.

“Aku tak suruh kau buat pun,’aku berpura-pura marah.

Deo mengeluh.

“Payah taw aku nak pujuk Tuk Wan pakai t-shirt tu,”ungkit Deo pula.

Bibirku sepontan tersenyum.Namun,aku pantas menggarangkan wajahku.Aku bercekak pinggang.

“Aku tak suruh pun!Yang kau rajin sangat ni kenapa?,”Deo memandangku geram.

“Sebab aku suka dekat kau tolol..Hish…tak reti nak berterima kasih langsung.Nah..ambil bunga ni.Malas dah aku pegang,”Deo pantas menghulurkan kepadaku sejambak bunga.

Telefon bimbit kepunyaan Deo tiba-tibaberdering.

“Hello…Waalaikummussalam..Hah..Kau Fiqri.Aku ada dekat depan Ath ni,”sekali sekala mata Deo menjeling ke arahku.

‘Waalaikummussalam?’aku salah dengar ker?

“Plan kita?Ohh..jadi.Kenapa tak jadi nya?Ath siap ajak aku kahwin lagi,”terbeliak mataku mendengarnya.

Bokk!!

Jambangan bunga di tangan aku libas di bahu Deo.Deo ketawa mengejek.Ya lah,kena libas dengan bunga.Manalah sakit.

“Tadi?Tak ada apa lah..Ath segan bila aku cakap macam tu.Okey..Waalaikummussalam,”butang merah ditekan.Nah!Kali nie..aku tak salah dengar.Deo sebut ‘waalaikummussalam?’.

“Kau serius ker Deo?Kalau kau nak sangat couple dengan aku.Aku tak kisah,”aku berkata tanpa perasaan.

Dalam hati..fulamak..nak pecah jantung ni.Wajah Deo kelihatan serius.Dia menggelengkan kepala beberapa kali.

“Tak..aku tak nak couple dengan kau…,”pulak dah.

“Aku nak bertunang dengan kau..,”aku menelan air liur.Biar betul dia ni.Baru aje lepas SPM…takkan dah nak bertunang kot.

“Kalau kita bertunang…aku tak nak kau jumpa aku lagi dah,”ujarku pula.Main-main aje sebenarnya.Saja nak suruh Deo tarik balik kata-kata dia yang nak bertunang dengan aku tu.

“Aku okey aje..Aku takut kau yang rindu dekat aku…,”Deo tersenyum sinis.

“Aku tak akan rindu dekat kau punya.Jangankan jumpa.Telefon pun aku tak hingin.,”puas hati aku dengan kata-kataku sendiri.Dia ingat aku akan rindu dekat dia?Please lah..

Deo tersenyum. “Make sure kau kotakan kata-kata kau tu.Jangan mintak No. telefon aku dekat Fiqri or Jimmy la yerk..Sebab kalau kau telefon pun aku tak akan angkat..,”

“Never…”

“Before I forget it..I will go to Taiwan for 2 years…follows my family,”aku terpaku.

************************************************************************

Tak lama kemudian..kami bertunang.Dan Deo pun berpindah ke Taiwan.Melalui Fiqri,aku dapat tahu yang Deo dah lama peluk Islam.Kalau tak silap..masa tengah tunggu result SPM.

Ajal,jodoh dan pertemuan di tangan tuhan.Aku Nurul Athira binti Roslan akan tetap berpegang pada janji.Bagi aku…kita hanya mampu merancang.Tuhan yang menentukan segalanya.

Aku akhirnya berjaya menyambung pelajaran di universiti.Jurusan undang-undang.Deo pula sudah dua bulan pergi.Telefon bimbitku tiba-tiba berdering.

“Ya Nisha…aku baru habis kuliah nie…,”aku mendengar tawa Nisha di hujung talian.

“Weh…tunang kau tu tak habis-habis kacau hidup aku la..,”aku tergelak mendengar kata-kata Nisha.

“Bila kau nak kahwin dengan Airiel kau tu?Tiap-tiap hari dia call aku..tahu tak?Ath dah ada pakwe ker?Ath sihat?Ath rindu dekat aku tak?,”Nisha mengajuk kata-kata Deo..

Aku menahan geram di dalam hati..Mengada lah mamat tu..Konon tak rindu..Cakap tak serupa bikin betul.Sekarang siapa yang rindu siapa ni?

“Ath…kau tahu tak?Airiel beritahu aku..lagi seminggu dia balik Malaysia,”aku tersenyum sinis..

“Siap lah dia nanti…aku kerjakan dia cukup-cukup..call kau boleh..aku nie..dia bukannya nak call,”

“Dia segan lah tu..kan dia ada perjanjian dengan kau,”

“Aku serbu dia kat KLIA,”aku berkata penuh keazaman.

“Eh..jangan lah Ath…dia tak kasi aku beritahu kau..kau duduk rumah aje lah,”

“Tak kira…aku nak pergi jugak!,”

“Ath!!!Nanti Airiel marah aku!Aku takut kalau Airiel marah..Garang!,”

“Habis??Aku nie kau tak takut?”

“Ath!!!Janganlah..”

-TAMAT-


6 comments:

  1. Salam..syabas wat pnulis...
    gud idea...
    tp..sye x ske la ending die..
    huhuuhuuuu...hope pnulis x kcik aty..

    ReplyDelete
  2. dik...
    wat la sk8 ending dia..
    cam tergantung je...
    tp kan mmg best citer2 dlm ni..
    cute je...

    ReplyDelete
  3. kah3..klaka giler bahasa n jalan criter dier..alaa smbunglah smpai diorg dpt anak2..pelz

    ReplyDelete
  4. adoii....game dia len dr yg len!!!best r!!!akak suke!!heh...

    Sufi (",)

    ReplyDelete
  5. Kenape ending dye tergantung nier -,-

    ReplyDelete
  6. ending lain mcm pun still best.
    haha.

    ReplyDelete