Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Saturday, December 25, 2010

You hate it?I love it..

Senyum.

Pandang anak murid di depannya dengan senyuman yang masih lagi cuba dikawal.Sabar Nafis.Sabar itu separuh dari iman.

Tapi boleh ke dia bersabar bila dapat anak murid yang...yang..urgh.Harap muka aje lawa.Relaks Fis.Budak sekolah.

Apalah dosa aku sampai kena ajar budak yang payah nak diajar macam nie?

“Siapa suruh tidur?Abang suruh baca kan?,”

Feena mengangguk.Mata masih merah.Mulut tak habis-habis nak menguap.

Mengantuk!Kalau bukan Abang Nafis kejutkan..memang dia tak akan bangun.

“Baca tak?,”sekali lagi Nafis tanya.

“Baca..tapi tu lah abang.Baru aje muka surat empat saya rasa dah nak tertidur.Bukan salah saya.Buku nie memang membosankan,”

Nafis senyum sinis.Cakap aje la kau memang nak tidur.

“Apa maksud tamadun?,”

“Mudun.Madain.Madana,”Feena jawab bangga.Aku tahu tu.Aku tahu.Senang aje tu.

“Maksud madana?,”

“Tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar,”

Nafis mengangguk-angguk.

“Nyatakan empat ciri-ciri tamadun,”

Erks?Dahi Feena berkerut.Macam pernah baca dulu.

Nafis senyum sinis.

“Sistem pemerintahan Mesopotamia?,”

Gulp..Air liur ditelan.

“Ciri-ciri tamadun Indus?,”

“Sumbangan tamadun Hwang Ho?,”

“Maksud pelabuhan kerajaan?,”

“Pelabuhan entrepot?,”

Nafis terus mengasak Feena dengan soalan yang bertubi-tubi.

Feena mengangkat kedua-dua belah tangan.

“Okey.Cukup.Kan saya dah kata.Saya baca sampai muka surat empat.Abang Fis dengar tak?Empat…,”

Nafis meletakkan air kopi di atas meja.Dia baru pergi dapur kejap.Baru aje pergi mengacau air untuk diri sendiri.Tak sampai 10 minit.Feena nie dah bantai tidur.Tidur pula atas buku mata pelajaran favourite dia masa time sekolah.You hate Sejarah?But I love it.

Mahu dia tak hangin?Ingat buku teks tu bantal ke?Tempat tadah air liur basi?

“Nie lah masalah kau yang paling besar sekali.Kau dengar nie aku nak cakap.Selagi semua bab tingkatan 4 tak ada dalam kepala kau...Tak payah tergedik-gedik nak tuisyen dengan aku,”

Mata Feena terbeliak.

Dia nak aku hafal?Semua bab tingkatan empat?Ini bukan matematik Abang Nafis!Tapi Sejarah!

“Abang tak boleh buat macam tu..,”

“Apasal pulak?,”

“Mak abang kan suruh abang ajar saya.So nak tak nak abang kena ajar…,”

Heh.Menjawab.Nafis pandang budak sekolah di depan dia dengan pandangan yang tajam.Pandai betul menjawab.

Sebab mak lah aku kena ajar dia.Mak la nie…bersimpati sangat dengan anak kawan dia.Kononnya anak kawan mak nie cerdik.Cerdik apa kalau Sejarah dapat D?

Bukan nak riak apa.Tapi Sejarah nie senang aje.Kacang aje.Yang penting kena rajin membaca.Kalau dah orangnya malas nak membaca….ajarlah dua ribu kali sekalipun.Memang dia tak akan ingat.

Sejarah la mata pelajaran yang dia rasa paling best.Setiap kali exam kalau dia tak dapat 90 ke atas…memang tak sah.

Ini kan Nafis.

“Yang nak ajar kau..aku!Bukan mak aku.So…kau tunggu apa lagi?Baliklah!Tak reti nak balik rumah?Ke nak suruh aku hantar sampai dekat pintu?,”

Lambat-lambat Feena mengemaskan buku-buku yang bersepah di atas meja.Buku teks Sejarah tingkatan 4 itu dimasukkan ke dalam beg sandang.

“Mak cik!Feena balik dulu!!,”dia lekas-lekas bergerak menuju ke pintu sebelum memakai sandle.Nafis dihadiahkan jelingan yang cukup tajam.Tak nak ajar tak apa!Aku pun tak sudi!

“Eh…awalnya Feena balik?,”emak muncul dari dapur dengan sedulang air dan sepiring jemput pisang.Kelibat Feena dah tak kelihatan.

Nafis senyum sambil pandang emak.

“Kalau dah tak cerdik tu emak..tak cerdik juga..,”

“Kamu lah yang suruh dia balik?,”emak pandang dengan muka yang sememangnya tak puas hati.Anak kawan baik aku tu Nafis!Boleh pula dia halau macam halau kucing.

Dia yang tengah menggoreng di dapur ada dengar ayat-ayat menghalau anak terunanya itu.Sebab itulah dia keluar dari dapur.Ingatkan sempat nak halang Feena balik.

“Ya mak.Saya yang suruh dia balik.Kalau datang sini setakat nak buat taik mata baik tak payah mak.Saya pun ada banyak lagi assignment nak kena buat.Tak kan asyik nak layan peel dia?,”

Nafis bangun.Berkira-kira nak masuk bilik.

“Nafis….,”

Mata terkelip-kelip.Tunggu ayat yang selanjutya yang bakal keluar dari mulut emak.

“Pergi telefon dia..minta maaf.Besok suruh dia datang sini.Jangan kedekut ilmu Nafis..,”

“Bukan soal kedekut ilmu mak.Apa yang saya suruh…bukan dia nak buat,”

“Kamu tolong la dia…jangan asyik nak mengarah aje..,”

“Saya mana mengarah sangat mak.Adat lah.Kalau nak study Sejarah mesti kena banyak menghafal.Si Feena tu nak senang aje.,”

“Nafis…kamu nak cari gaduh dengan mak ke?,”

“Tak…,”suara diperlahankan.

“Bagus.Kalau macam tu malam nie minta maaf dengan dia”

**********************************

Nombor yang diberi emak ditatap lama.Apasal dia pula yang kena minta maaf.Dia Cuma bagi nasihat aje dekat Feena.Nasihat yang betul.

Bagi nasihat pun tak boleh?

Emak masih duduk di sebelahnya di atas sofa.Mak nie lah…macam tahu-tahu dia malas nak telefon.Tak akan nak jilat ludah beb?Yang berlalu biarlah berlalu.Tak payah nak ungkit-ungkit.Lagi satu…dia tak rasa yang Feena terasa dengan kata-kata dia.

Keypad telefon ditekan.Nombor Din ditekan.Emak bukan tahu dia telefon Din kan?

Call….

Talian diangkat.

“Hello Feena…abang Fis nie,”

“Kau sihat tak bro?Sejak bila nama aku jadi Feena,”

“Sorry lah pasal tadi…,”

Emak masih menjeling.Mendengar perbualan dia dengan ‘Feena’.

“Kau pesal weh?Pening kepala aku,”

Relaks Din.Kata kawan.Sahabat dunia akhirat.

“Abang harap Feena tak ambil hati pasal tadi.Abang Cuma beri nasihat aje…,”

“Nie kau tengah main apa?Abang?Geli ar..,”

“Besok datanglah rumah.Kita belajar sama-sama.Abang ajar,”

Suara Din pecah dengan gelak ketawa.

“Sejak bila kau cerdik dari aku?Bukan aku yang selalu ajar kau?,”

“Okey..bye…Selamat malam..Study elok-elok,”ayat-ayat perli dari Din langsung tidak dilayan.Dia memutuskan panggilan.Nafis senyum dalam hati.Besoklah aku jelaskan kat kau Din

Emak sudah mula senyum sampai ke telinga.

“Macam mana?Feena datang tak besok?,”

Nafis sengih.

“Feena kata kalau dia tak ada aktiviti dekat sekolah petang besok..dia datang,”

Emak terangguk-angguk.Senyum tak hilang-hilang lagi.

****************************

Feena meramas rambut sendiri.

Serabut!!!

“Tirani.Pemerintahan yang zalim yang memperlihatkan kekuasaan digunakan dengan sewenang-wenangnya,”mulut berkata-kata sambil mata melihat buku.

Seterusnya pula.Buku teks tingkatan empat itu ditutup.Kali ini Feena baring atas katil.Otak cuba mengingati apa yang dibacanya tadi.

“Tirani…pemerintahan yang zalim…yang..yang…,”

Dia garu kepala.Buku Teks Tingkatan Empat dibuka kembali.

“Ohh…pemerintahan yang zalim yang memperlihatkan kekuasaan digunakan dengan sewenang-wenangnya,”

Sekali lagi buku ditutup.

Sambil bermain-main dengan rambut…dia cuba menghafal.

“Tirani…pemerintahan yang zalim yang memperlihatkan…,”

Aduh?Memperlihatkan?Memperlihatkan apa?.Feena mengetap bibir.Cukuplah!Dah lama aku bersabar.

Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat dilempar ke ke atas meja.

“Kenapalah Sejarah nie susah sangat?!!!,”

Hati menyumpah-nyumpah.Mata pelajaran Sejarah tak sepatutnya ada dalam syllabus!Baru bab 2..dia dah rasa macam nak pitam.Itu belum lagi bukak SejarahTingkatan 5..

**************************

Tok!Tok!Tok!

“Kejap!Nak bukak la nie!,”Nafis menghampiri pintu.

Muka Feena yang tersengih-sengih terpampang di depan mata.Macam mana budak nie boleh ada dekat sini.Tak serik-serik kena halau semalam?Aku ingatkan dia tak akan datang sini lagi.

Pintu ditutup kembali namun sempat ditahan oleh Feena.

“Tolonglah abang Fis.Ajarlah Feena teknik mengingat,”

“Kau ingat aku tahu ke?Aku tak reti nak ajar budak bengap macam kau.Dah.Balik!,”

“Abang Fis..SPM dah nak dekat..,”Feena dah merayu-rayu.Bengap?Kata lah apa sahaja..Ayat itu ditelan pahit.Hanya pada Abang Fis aje dia boleh berharap.SPM dua minggu lagi..Dia tak nak dapat sejarah D!!!

Mata pelajaran lain dia okey.Biology?Physic?Chemistry?Chemistry yang dia paling suka.Tapi Sejarah?Dia memang lemah.

“Siapa suruh kau study last minute?Padan muka.Tepi tangan tu…aku nak tutup pintu..,”Nafis bersuara garang.Ayat sadis sangat?Lantaklah.Mulut aku.

“Abang Fis…kalau abang tolong kali nie.Feena janji.Sampai bila-bila Feena tak akan kacau abang dah..,”

Mata Nafis bercahaya.HATI BERBUNGA-BUNGA.



Dia tak akan ganggu aku dah?

“Sungguh?,”kalau betul.Dialah orang yang paling bahagia.Rimas betul meghadap muka si Feena nie.

Feena angguk banyak kali.

“Kau tunggu kejap…kejap lagi aku datang balik..,”Nafis tutup pintu depan.Dia bergerak menuju ke dalam bilik.

Rasanya ada lagi.Mana ya?Dia tak pernah buang lagi benda tu.

Laci digeledah.Tak jumpa.Barang yang dah lama..memang dia jarang guna.Mana pula dia letak?

Permandangan di bawah katil diintai.Kotak warna coklat ditarik keluar.

Nah!Ini dia!

Nafis tersenyum lebar.

************************************

Kaset yang dilabel dengan nombor tiga dimainkan buat kali yang ketiga.

“Perjanjian Aqabah pertama ada 3 syarat.Syarat yang pertama….suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman pada Allah dan Rasul.Diulangi..syarat yang pertama suku Aus dan Kahazraj hendaklah beriman pada Allah dan Rasul,”

Feena menopang dagu.Rupa-rupanya inilah teknik Abang Nafis mengingat.Suara Abang Nafis masih lagi berkumandang.

Tidak tahu kenapa..hatinya terbuai-buai mendengar rakaman lama itu.Salah ke kalau dia jatuh suka pada abang Nafis?

Jangan main gila Feena.Dia Cuma anggap kau budak-budak.Nafis tak perlu tahu perasaan dia.

Biarkan sahaja ianya berlalu.Yang penting sekarang..SPM!!

Dia kena buktikan pada Abang Nafis yang dia tak bengap.Dia boleh dapat A+ untuk Sejarah.Ya….dia pasti itu.

************************************

“Siapa yang pakai tudung pink tu mak?Sejak bila Aunty Zara ada anak baru?,”Nafis yang baru sahaja mengintai di tepi tingkap menghampiri emaknya yang sedang mengupas bawang.

Dia mengambil seulas bawang putih sebelum duduk di bersila di atas lantai.Wajah emak dipandang lagi.

“Siapa tu mak?,”

Emak masih buat derk..

“Emak?Siapa dia tu?,”

Emak angkat muka.Pandang dia umpama nak telan.

“Kamu nie bisinglah…emak nak dengar radio pun tak senang,”

Nafis tak rasa kecil hati.Radio yang elok terletak di atas peti sejuk dihampiri.Butang merah ditekan.Off.Dia mengukirkan senyuman yang paling manis buat emak.

“Kamu tutup radio tu lagi lah emak tak nak jawab,”

“Mak…Fis tanya nie…,”

Emak berhenti mengupas bawang.

“Bukak mata besar-besar sikit Nafis oii..itu kan Feena..,”

“Hah?,”

Nafis ketawa.Makin lama makin kuat.Lawak apa lah yang emak buat masa tengahari nie?

“Emak…Feena kan tengah belajar dekat Mesir?Lagi satu mak…Feena tu muka dia sememeh aje.Comot.Muka budak sekolah menengah mak…Yang pakai tudung pink tu lain.Lawa.Cantik mengalahkan bidadari..,”

Kali ini mak pula yang ketawa.

“Tak percaya mak dengar.Kamu ke Nafis yang tengah cakap dengan mak nie?,”

“Apa pula yang mak tak percaya?,”

Dahi berkerut-kerut.Cuba nak faham apa yang emak cakap.

“Kamu la.Dulu bukan main kamu kutuk dia.Tak cerdik lah..apa lah.Sekarang kamu puji dia?Fis..…Feena tu balik bercuti,”

“Tipu.Tu bukan Feena..,”Nafis menyangkal dakwaan emak.Emak cakap itu Feena?Dia langsung tak percaya.

“Itu Feena.Mak dah bersembang dengan dia semalam,”

“Emak tipu…,”

“Eh…eh budak nie..,”

Muka Nafis masam.Dia bangun menuju ke luar rumah.Kena siasat juga hari ini.Siapa sebenarnya budak perempuan tu?

Dah empat tahun Feena dekat negara orang..mestilah muka dia dah berubah.Akal mula berkata-kata.

Tidak!Perempuan yang pakai tudung pink tu lawa.Dia dah jatuh cinta pandang pertama pada perempuan tu.Kalau Feena…silalah Feena lalu beribu kali depan dia.Sekali pun dia tak akan jeling.

Hati mula menyangkal apa yang terbit di fikiran.

Mata Nafis terpaku pada seorang perempuan yang tengah menyiram pokok bunga.Dia menghampiri pagar.

“Hye awak…,”

Perempuan tu pusing belakang.Nak masuk dalam rumah.

“Eh awak..nanti lah kejap.Kita sembang-sembang,”Nafis tersengih.Menayangkan senyuman yang paling menawan.Moga-moga si bidadari akan turut jatuh cinta pandang pertama pada dia.

“Saya sibuk…,”dia mula tutup paip air.

“Jangan lah sombong awak…,”

“Abang Nafis nie kenapa?Semacam aje..,”

“Macam mana awak tahu nama saya?Saya tak beritahu lagi..tak apa.Ni mesti mak saya yang beritahu kan?Panggil abang Nafis pun okey juga,”

Dahi perempuan itu berkerut.

“Tak nak perkenalkan diri?Nama siapa?,”

“Apa abang Nafis nie?Nak kenalkan diri buat apa?Kita kan dah lama kenal?Ni Feena la,”

Erks?Perasaan malu terus menyerbu muka.

*********************************

“Mak..Fis malu..macam mana nie?Mana Fis nak letak muka Fis yang handsome nie?,”dia menarik baju yang sedang dilipat oleh emak.Anak emak.Biasalah.Apa yang dia rasa mak pun kena tahu.

Emak sengih.Mata pula sibuk menonton berita di tv3.

“Itu lah.Emak cakap tu Feena.Tak percaya..tanggunglah sendiri malu kamu tu.Malas mak nak masuk campur,”emak tarik kembali baju yang dipegang oleh dia.

“Emak….,”

Baju yang mak baru ambil diambil semula.

“Kamu nie kenapa?Kalau sehari tak kacau emak tak sah…,”baju yang masih dalam pegangan Nafis ditarik.

Nafis masih tidak melepaskan pegangan.

“Mak kena tolong Fis….,”

“Tolong apanya?,”

“Fis dah jatuh cinta pada dia….,”

Ketawa emak memenuhi segenap ruang di ruang tamu.Emak nie sungguhlah.Langsung tiada rasa kasihan pada anak teruna dia yang sorang nie.

“Dia tu tak cerdik Fis…kamu cari orang lain.Banyak lagi perempuan yang lebih cerdik dari dia…,”muka emak serius.

“Mak…janganlah cakap macam tu,”

“Kamu tu peguam Fis.Pergi cari orang lain,”

“Dia tu bakal doctor mak…dia lagi cerdik dari Fis..,”

Mak merentap baju yang dia pegang.

“Jadi?,”

“Okey mak…Fis mengaku.Masa dulu-dulu Fis kasar dengan dia.Fis tahu Fis tak patut layan dia macam tu.Fis minta maaf,”

“Tak payah nak minta maaf dengan mak.Kamu pergi minta maaf dengan dia,”

“Mak….,”

“Pergi minta maaf dengan dia.Kalau dia tak nak maafkan kamu,…kamu lupakan aje dia…mak malu nak pinangkan dia untuk kamu,”

Air mata rasa nak menitik.Relaks.Cool beb.Dia akan maafkan kau Nafis.

********************************************

Apa yang patut dia buat sekarang?Nak bagitahu Feena.

‘Hei budak.Aku suka kau’

Tak boleh-tak boleh.

‘Maaf sebab dulu saya selalu kasar dengan awak.I love you’

Pergh.Gila jiwang siot.Geli lah nak bermadah kata macam tu.Kotak yang berisi setangkai bunga mawar dari kebun emak dibimbit di tangan.Sengaja diletak dalam kotak.Kalau mak nampak karang tak pasal-pasal kena pulas telinga.

‘Dah tak ada duit nak belli sendiri?’

Agaknya itu yang mak kata.Dia nak cepat.Tak ada masa nak cari kat bandar.

Tak payah cakap apa-apa.

Hantar aje kotak nie.Dalam nie kan ada kad tertulis I’m sorry.Dia terjingkit-jingkit.Menghampiri rumah sebelah.Rumah kampungkan tak berpagar.

Senang lah dia nak terjah.Tak perlu panjat-panjat pagar.Dah kan sejak azali rumah-rumah dekat sini kebanyakannya tak ada pagar?

Hari masih petang.Agak-agak ada orang nampak tak?Kepala ditoleh sekeliling.Line clear.Bagus!

Bilik yang paling hujung dihampiri.Tingkap terbuka.Oh…memang bagus.

Bahaya betul lah mak dengan ayah mertua aku nie..Bila nak pasang grill?Kalau apa-apa jadi dekat Feena macam mana?Feena tu kan lawa.

Lepas kahwin nanti kena komplen nie.

Bila makin dekat dengan bilik Feena..dia seolah-olah mendengar suara sendiri.Apa pasai pulak suara aku boleh ada dalam bilik dia?

Musykil…

Dia bersandar di tepi tingkap.

“Bidang kuasa yang Di Pertuan Agung mengikut perlembagaan Malaysia ada banyak.Yang Di Pertuan Agung bertindak sebagai ketua negara,”

Itu kan pita rakaman yang aku kasi dekat dia dulu.Dia dengar tu buat apa?SPM kan dah lama berlalu.Dengar cerita dia pun dapat A Sejarah.

Pelik betul doktor Feena nie.

Muka Nafis serius tanpa secalit senyuman.Orang tengah berfikir.

Eh…jangan-jangan..Dia suka aku?Dia bertukar wajah.Senyum makin lebar.

“Eh awak…dengar suara kita buat apa?,”

Nafis menjengukkan kepala di tepi tingkap.

Feena mengurut dada.Terkejut.Nasib baiklah tudung yang dipakai sejak dia ke bandar tadi masih belum dibuang.

Nafis?Muka Feena jadi merah.

“Alahai awak nie.Tak usah la malu-malu.Tak apa.Saya tak beritahu siapa-siapa,”

“Apa?Feena tak faham,”

Nafis ketawa.

“Kenapa dengar tape tu?Rindu nak dengar suara saya?,”

“Nafis…,”

“Kalau suka cakap aje suka.Awak dah suka saya berapa lama?Mesti awak selalu mengintai saya kan?,”

“Abang Nafis.Dah la tu...,”Feena ketap bibir.Abang Nafis nie saja nak malukan dia.Dah tahu tu dah la.Tak payah nak ulas.Tanya pula soalan yang sebahagiannya memang betul.

“ Hati awak bergetar-getar ke bila nampak saya?,”Nafis menopang dagu di tepi tingkap.

“Betul ke dulu awak dapat D Sejarah?Saya tahu…awak saja buat-buat dapat D kan?Nanti senanglah awak nak gedik-gedik depan saya.Saya boleh ajar awak Sejarah kan?,”

Nafis sengih.

Feena masih diam.Tak tahu nak cakap apa.Dia dah tak mampu berkata-kata.Sungguh malu.Dia bukan sengaja dapat D.Dah tu memang keputusan trial dia.Nak buat macam mana lagi?Jatuh cinta dengan Nafis tu Cuma kebetulan aje.

“Okey lah..Saya suka awak juga.Sorry sebab selalu marah-marah awak.Cakap kurang ajar.Saya tahu saya tak patut layan awak kasar-kasar,”

Mata Feena tak terkelip.Cinta dia dibalas?

***************************************

Walimatul Urus.

Undangan Majlis Perkahwinan Nafis&Feena.

Sabtu,18 Disember 2010

12 Muharram 1432 H

Abdullah Bin Semat

&

NurMaznah Binti Dollah

mempersilakan Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik

……………………………………………………….

serta keluarga ke majlis perkahwinan puteri kami

Feena Natasya Binti Abdullah

Dengan pilihan hatinya

Ahmad Nafis Bin Jailani

Bertahtakan adat dan bersendikan sunnah Rasul,memadu pertemuan dua hati,mendirikan istana kasih

pada…

“Buat apa lagi tu?,”Feena dah mula memanggil dia.Haish.Kuat betul suara bakal isteri dia.Itu baru menjerit dari depan rumah.Belum masuk dalam lagi.

Nafis menutup kad undangan perkahwinannya..

“Iya…iya abang nak pergi la nie,”tangan masih tercari-cari sampul.Mana pula dia letak.Adeih.Kepala dah tergaru-garu.

Jumpa pun.Dia mencapai kunci kereta sebelum berlalu keluar.

Emak dengan bakal mak mertua dia dah menunggu.Hari ini mereka akan memilih baju pengantin.Tarikh pernikahan dengan perkahwinan dah nak dekat.

“Lama betul make up.Dah naik lenguh kitorang tunggu..,”Feena nie kan.Pot pet pot pet.Nasib baik muka tu lawa.Sejuk sikit hati.

“Abang tengah cari kunci kereta tadi..tiba-tiba hilang,”dia mula bergerak ke dalam kereta.Nak bagitahu Feena dia tengah feeling-feeling tengok kad kahwin diorang?Haish..tak boleh.Ada dia kena usik sat gi.

Dia usik orang tak apa.Orang lain nak usik tak leh.Feena nak usik dia?Lagi lah tak boleh.Dia sorang aje boleh usik Feena.Titik.

2 comments:

  1. wah3!!firts komen..best2..ada selitkan cra mengapal..kih3..nnty rias lara try..kah3..bez gila cite nie..

    ReplyDelete
  2. bila muka dah cantik baru nak suka -.-

    lsy .

    ReplyDelete