Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Friday, December 11, 2009

I Warn You!! (16)

Aku turun dari tingkat atas dengan perasaan malas.Mak memimpin aku untuk turun.Aku dengar bunyi bising dari ruang tamu.

Apabila muka aku terjongol di ruang tamu.Tawa itu mati.Aku perasan banyak mata yang terhala ke arah aku.

“Jadi inilah Nurulnya?,”seorang lelaki yang aku kira sebaya dengan abah bersuara.Inginkan kepastian.

Abah mengangguk sambil tersenyum.

“Kalau macam tu..elok sangatlah…rasanya dah padan benar dengan Syed tu…,”lelaki separuh usia itu menambah sambil ketawa.

Abah ikut ketawa.Apa nie?Padan?Aku padan dengan Syed?Emak memperkenalkan aku dengan seorang wanita.Emak Syed.

“Rasanya majlis Nurul dengan Syed tu elok lah dipercepatkan…..,”

“Saya pun rasa macam tu jugak….benda baik...,”ujar emak sambil ketawa.Duduk lama di situ sebagai pemerhati dan pendengar perbualan mak dan tetamu menyebabkan aku mula memahami apa sebenarnya yang berlaku.

Abah nak jodohkan aku dengan Syed apa benda entah.Aku tak suka!Macam mana lah abah boleh terpikir sampai macam tu.Aku masih belum terdesak nak kahwin.Universiti pun belum sempat aku jejak.

Selepas tetamu-tetamu yang aku langsung tak undang tu balik…aku terus bersemuka dengan abah.

“Abah tak boleh buat Nurul macam nie…,”aku menyuarakan rasa tak puas hati.

“Buat apa?Jodohkan Nurul dengan anak kawan abah?Nurul kena ingat..sebelum Nurul kahwin dengan mana-mana lelaki..abah dengan emak ada hak atas Nurul..,”Emak pula yang menjawab.

Aku pandang mak tak percaya.Selalunya mak akan menangkan aku dan fikir tentang perasaan aku.Tapi hari ini mak menyokong seratus peratus tindakan abah.

“Mak…Nurul tak nak kahwin lagi….,”aku pandang muka emak sebelum mata aku mendarat di wajah abah.

“Sebelum Nurul buat benda-benda tak senonoh…Sebelum Nurul contengkan arang ke muka abah..Eloklah Nurul kahwin dengan Syed!!,”suara abah sedikit tinggi.

“Nurul tak kenal pun Syed tu!Abah tak boleh letakkan kesalahan Wafa pada Nurul!Nurul bukan Wafa!,”

“Ini bukan soal Wafa!!Abah Cuma nak yang terbaik untuk Nurul!Abah tak nak Nurul berkawan dengan budak lelaki tak tentu hala…,”

Aku mencemikkan muka.Tak ada kena mengena dengan Wafa.Kalau semua nie tak ada kena mengena dengan Wafa..kenapa baru sekarang abah nak jodohkan aku dengan kawan dia?Kenapa tak dari dulu?Kenapa aku tak dijodohkan saja sejak kecil?Kenapa baru sekarang abah tak terfikir benda nie semua..Abah takut aku jadi macam Wafa..itu aku yakin sangat-sangat.

“Nurul tak pernah kawan dengan budak lelaki tak tentu hala..,”

Abah pandang aku macam nak telan.

“Habis lelaki yang kamu keluar hari tu?Bukan lelaki yang tak tentu hala?Percaya cakap abah..budak tu cuma nak mainkan kamu.Dia sama macam Anuar..Tak ikhlas...Lepas dia dapat apa yang dia nak.Dia akan buang kamu macam sampah..,”sinis sekali suara abah.

“Syafiq bukan macam tu abah….,”

“Jadi Syafiq nama budak tu?,”

“Abah tak boleh nak samakan Syafiq dengan Anuar..Syafiq lain…,”

“Yang kamu backing budak tu kenapa?,”

“Sebab apa yang abah cakap tu tak betul…,”emak tarik tangan aku.

“Nurul…dah la tu..jangan lawan cakap abah..pergi masuk bilik…,”

Aku melangkah ke arah tangga.

“Buktikan pada abah apa yang abah cakap tu tak betul!Kalau budak Syafiq tu ikhlas dengan kamu..suruh dia kahwin dengan kamu!,”

Aku pusing belakang.Abah biar betul?

“Mana boleh abah..Nurul kawan aje dengan Syafiq..,”

“Abah bagi kamu masa dua hari…Kalau Syafiq tu tak setuju..suka atau tak..abah akan nikahkan kamu dengan Syed…,”

************************

Aku menggaru kepala yang tak gatal.Kacau.Abah nak suruh aku tanya Syafiq sudi tak dia kahwin dengan aku?Will you marry me?

Mana boleh macam tu.Aku baru aje reject Syafiq.Tak sampai dua hari pulak tu.Tak kan nak mintak Syafiq kahwin dengan aku?Nampak sangat aku nie terdesak.

Kalau aku tak buat apa yang abah suruh..aku kena kahwin dengan Syed yang aku langsung tak kenal tu.

Persoalannya sekarang..Syafiq nak ker?

Argh..boleh gila aku kalau macam nie…Syafiq atau Syed?Aku memang akan pilih Syafiq.Sepatutnya aku gembira bila abah suruh aku kahwin dengan Syafiq.Tak perlu bercinta..kahwin aje terus.Kan bagus tu…

Cuma sekarang nie sanggup ker aku nak melamar mamat tu?

****************************

“Hoi Syafiq!!Kau nie dari semalam tak keluar-keluar bilik..apa masalah kau ha?Kalau nak mati pun..mati la kat luar bilik…,”Syahrein terjerit-jerit di hadapan bilik Syafiq.

Syafiq menggetap gigi.Syahrein nie tak habis-habis nak mengganggu hidup dia.Tak boleh ker Syahrein biarkan dia hidup tenang.

“Angah!!Keluarlah bilik..mummy dengan daddy dah risau tu…,”suara Shaliza pula kedengaran.

Syafiq bergerak ke pintu bilik dengan perasaan malas.Pintu dibuka.

“Apasal mata kau merah menyala tu?,”Syahrein dah tergelak-gelak.

“Diam ah kau…,”Syafiq sedikit marah.Sibuk betul Syahrein.Suka hati aku lah mata merah ker..biru ker..…Tak ada kena mengena dengan dia.

Shaliza dijeling sekilas.

“Nak turun lah nie…,”Syafiq menuju ke ruang tamu.Mummy tengah duduk berehat dengan daddy.

Dia sekadar tersenyum kelat sebelum menuju ke halaman rumah.Sedihnya hati..Nurul reject dia.Tak sangka betul.

Ingatkan Nurul pun sayang kat dia..tapi rupanya…

Ergh..air mata tiba-tiba aje nak menitik.Sedih…sedih….Kalau ingat tentang Nurul..lagi lah sedih perasaan yang dah sedia terluka nie.

“Lemah kan lelaki?Sebab perempuan pun menangis…,”sumbang betul suara yang bercakap.

Mata Syafiq terhala ke arah Syahrein.Rasa nak masak gulai aje dengan daging makhluk nie.

“Kau tak payah la nak sibuk…,”

“Aku bukannya sibuk..Aku Cuma teka…,”

“Teka tu pun menyibuk jugak…,”

Syahrein ketawa kuat.Muka Syafiq bertambah kelat.

“Jadi betul la?Kau menangis sebab perempuan?Who’s that lucky girl yang dah buat kau menangis tu?,”

“……………………..,”

“Nurul?,”

Syafiq masih diam.

“Lupakan aje Nurul..kalau dah dia tak nak dekat kau..nak buat macam mana?Tak akan aku nak paksa dia kot?Lagipun Syafiq…bunga bukan sekuntum..Maybe dekat luar sana ada ramai lagi perempuan yang lebih baik dari Nurul…,”

“Kau tak faham apa yang aku rasa…aku suka Nurul sejak aku sekolah lagi.Tak mungkin aku boleh lupakan dia..perasaan tu dah sebati dalam diri aku…,”

“Heh..cinta konon..kau ingat zaman sekarang nie cinta monyet kau tu boleh pakai ke?,”

“Kalau kau duduk sini semata-mata sebab nak menyakitkan hati aku..Tak payah!Lebih baik kau berambus…,”

“Hai…marah nampak…aku cakap benda yang betul.Buang masa kau aje teringat pasal dia.Padahal dia langsung tak fikir pasal kau..,”

“Berambus…..,”

“Atau kau nak aku kenalkan kau dengan kawan aku.Kawan aku ramai..Pilih aje yang mana satu yang kau suka..,”

Tit..tit..Syafiq tidak menghiraukan kewujudan Syahrein.Telefon bimbit dikeluarkan dari poket.

Jumpa dekat Airbucks sekarang.Penting..

Mesej itu dibaca berulang kali.Dia tak rabun kan?Memang Nurul yang hantar.Apa yang Nurul nak?Tak cukup ker Nurul dah tolak dia?

Hrmm..entah-entah Nurul dah bersedia nak jadi girlfriend aku tak?Senyuman mula bercambah di bibir Syafiq.

****************************

Syafiq mengambil tempat di hadapan Nurul.Dia senyum..Nurul langsung tak balas.Sombong betul.Nurul nie tak tahu ker senyum tu kan sedekah?

“Hai….,”Syafiq cuba beramah-tamah.

Nurul masih diam.Syafiq mula gelisah.Nurul kata nak jumpa dia..tapi asyik diam memanjang nie apa hal?

“Apa yang awak nak cakap dengan saya?,”di dalam hati Syafiq..dia amat berharap..ayat yang akan keluar dari mulut Nurul sebentar lagi akan mengembirakan hatinya.

Moga-moga Nurul setuju nak jadi girlfriend aku.

“Saya..saya….,”ini tergagap tiba-tiba apa fasal?Syafiq pandang Nurul lama.Pandangan mata dia yang redup memikat nie ker yang buat Nurul gelabah?

“Teruskan….,”ujar Syfiq tidak sabar.Jantung Syafiq kian berdegup kencang.

“Err..awak…awak….,”tadi saya..lepastu awak pulak.Apa kena dengan Nurul hari nie?Saja aje buat dia pening kepala.

“Kenapa dengan saya?,”sebelum kepala dia makin pening..Syafiq bertanya.

“Awak..awak nak kahwin dengan saya?,”Ha?Kahwin?Serius tak nie?Biar betul Cik Nurul Fathinia Binti Mustafa ajak aku kahwin?Aku tak bermimpi kan?

“Saya..saya….,”dia pulak berjangkit dengan penyakit gagap Nurul.Rasanya semalam dia ajak Nurul couple aje..bukan kahwin.Nurul salah dengar ker atau ada sound problem?

Dia bukan tak suka dengar soalan tu..suka sangat-sangat.Tapi dia harap dia akan dengar soalan tu beberapa tahun lagi.Syafiq masih muda.Duit tiap-tiap bulan pun daddy yang bagi.

“Tak apa..saya dah tahu jawapan awak..maaf kalau saya mengganggu…,”Nurul dah bersiap sedia nak bangun.

“Nanti jap Nurul…,”Syafiq menahan.Nurul duduk semula.

“Kenapa tiba-tiba aje awak tanya saya soalan macam tu?,”Syafiq menyambung.

Wajah Nurul kelihatan pucat.Kusut.Semacam banyak perkara sedang berada dalam benak fikirannya.

Terdengar keluhan dari Nurul.

“Maaflah..saya tak sepatutnya libatkan awak dalam masalah saya….saya tak sepatutnya cuba nak jadikan awak mangsa keadaan…,”

“Apa maksud awak?Saya tak faham…cuba awak cerita sikit.Awak boleh percayakan saya.Kalau saya boleh tolong..saya akan cuba tolong…,”

“Masalahnya..boleh ker awak tolong saya?Masalah saya berat.Soal masa depan saya…sanggup ker awak nak tolong?,”

“Kalau awak tak cerita..macam mana saya nak tolong?,”

Nurul diam.Lama.

“Abah saya bagi masa dua hari…kalau awak tak nak kahwin dengan saya…dia akan jodohkan saya dengan anak kawan dia…,”

Syafiq menolak rambutnya yang berjuntaian di dahi.Berat masalah Nurul tu.Abah Nurul pun satu…dia tak tahu ker soal kahwin bukannnya boleh dipaksa-paksa.

“Awak tak sanggup kan nak tolong saya..?,”

“Saya mengaku saya sayangkan awak..tapi..entahlah…awak bagi saya masa fikir benda nie...Boleh?,”

Nurul mengangguk.

****************************

Pening..pening..Nak kahwin ke tak nak.Kalau dalam masa dua hari dia tak setuju.Nurul akan kahwin dengan lelaki lain.Mana boleh macam tu!

Nurul Cuma untuk dia.Lelaki lain jangan mimpilah.Dari sekolah dia suka kat Nurul..Tak akan senang-senang aje nak menyerah.No way.

Cuma sekarang nie..macam mana dia nak kahwin dengan Nurul?Dia mana ada rumah sendiri.Kereta yang tersadai tu pun daddy yang beli.Hidup dia masih ditanggung sepenuhnya oleh daddy.

Tak kisah la semua tu..yang penting sekarang..Ya…dia kena kahwin dengan Nurul.

“Angah macam tak selera aje makan..fikir pasal apa tu?,”Shaliza menegur.

Syafiq sedikit tersentak.Memandang satu persatu wajah-wajah yang ada di situ.Nafasnya ditarik dalam.Dia kena berterus terang dengan keluarga.

“Daddy…Syafiq nak kahwin…,”Tan Sri Luthfi yang baru nak menyuap nasi ke dalam mulut tak jadi menyuap.

“Apa?Nak kahwin?Biar betul kau nie Syafiq?Aku yang lebih tua dari kau nie tak kahwin-kahwin lagi…,”Syahrein bersuara separuh terkejut.

“Kenapa nak kahwin?,”Mummy pula bertanya.

“Syafiq ada buat benda-benda tak elok dekat perempuan tu?,”Daddy pula menyambung.

Syafiq menggeleng.Hish daddy nie..Ke situ pulak.Syafiq dengan Nurul pegang tangan pun tak pernah.

Tan Sri Luthfi menarik nafas lega.

“Syafiq tak ada buat apa-apa kan?Bagus kalau macam tu…lupakan aje soal kahwin tu.Syafiq tu muda lagi..belajar dulu rajin-rajin.Bila dapat ijazah..kerja dulu..Masa tu barulah fikir soal kahwin..boleh?,”

“Tak boleh daddy..Syafiq kena kahwin jugak..,”

“Ish kau nie..dah gian sangat nak kahwin ker?,”lancang mulut Syahrein menyindir.

“Along….,”Mummy sedikit marah.

Syahrein mengunci mulut.Bimbang dimarahi lagi.

“Syafiq..Syafiq ingat kahwin nie kerja mudah ker?Bila kahwin..Syafiq bukan sahaja berkahwin dengan isteri Syafiq..Syafiq berkahwin dengan keluarga isteri Syafiq sekali.Besar tanggungjawab seorang suami…Syafiq kena cari nafkah..Syafiq kena bimbing isteri Syafiq..Syafiq tunggu lagi lima tahun..bila Syafiq dah ada kerja…daddy sendiri yang akan pinangkan perempuan tu untuk Syafiq,”

“Lagi lima tahun daddy?,”

Tan Sri Luthfi mengangguk.

“Kalau lagi lima tahun perempuan tu dah kahwin?,”

“Syafiq kena terima.Reda yang dia bukan jodoh Syafiq.Kita cuma mampu merancang…,”

Melihat Syafiq seolah-olah kehilangan kata-kata.Tan Sri Luthfi tersenyum lega.Dia yakin Syafiq semestinya sudah sedar.Bukan senang nak jadi seorang suami.Tak hanya sekadar melafazkan Kabul..tapi lebih daripada itu.

Syafiq menggetap bibir.Kalau dia tak cepat…lagi dua hari Nurul akan dijodohkan dengan orang lain.Kalau lagi lima tahun dia baru nak terhegeh-hegeh pergi meminangNurul…Memang bodoh lah.

Masa tu mesti Nurul dah kahwin dengan orang lain.Entah-entah dah beranak-pinak pun.Abah Nurul tu bukannya boleh percaya sangat.Baru hari ini dia percaya khabar angin semasa dia di sekolah menengah dulu.

Ramai pelajar cakap yang abah Nurul garang.Hanya dia yang malas nak percaya.Kalau dah nak jodohkan anak sendiri dengan anak kawan dia.Abah Nurul sebenarnya memperjudikan masa depan anak dia sendiri.Wake up Syafiq.Nak salahkan abah Nurul la pulak.

Bukan salah abah Nurul…dia Cuma nak yang terbaik untuk anak dia.Lagipun..bukan ker perkahwinan tu satu perjudian?

Dia tak boleh tunggu lagi lima tahun.Tak boleh…

“Syafiq kena jugak kahwin dengan dia abah…abah kena meminang Nurul besok…,”

Tan Sri Luthfi tergamam.Keras kepala betul budak sorang nie..

12 comments:

  1. ya allah best giler n3 kali nie....
    gelak kuat mase bace cite nie sampai kena marah ngan mak...cepatlah sambung ehh....
    dah x sabo nak tau kisah selanjutnye...
    arap2 syafiq kawin laa ngan nurul....hehehe

    ReplyDelete
  2. huhuhu...
    cpt2 r kawen ngn nuruk 2 syafiq oi...
    hehehe..
    best gler...
    x sbr nk tggu next epi...

    ReplyDelete
  3. huaaaaaaa
    bestnye citer ni
    cpat laa smbung

    ReplyDelete
  4. alaa kawen xsmestinya xleh smbg blaja xleh cri nfkah...xsalah pon kawen muda...kawen jek la cpat..hahaha then bleh g stdy sma2..dating pon leh slalu...da x haram daa gagagaga

    ReplyDelete
  5. kalo kawen cpt,
    nnti bler umo 30..
    ank dh besa.. :D awet mude wooo!!
    :D :D :D

    ReplyDelete
  6. yeehhhh. cayalah syafiq!!!!!!!!!!!!!!!! nurul, here i come.................

    ReplyDelete
  7. klu syafiQ xnk kawen nan nurul pown, tempah la nurul tat abah dy. hoho. xpown. bertunang dlu.

    ReplyDelete
  8. salam .
    wahai writer yg tercinter .
    cepat lar ckit smbung 2.
    x saba nak taw citer selanjutnyer .
    faster please .
    huhuhuhuhu .

    ReplyDelete
  9. cptlahhh , smabung citer die..
    best gilleeer

    ReplyDelete
  10. ahaks!`cpt2 x sbr nk tau next n3!@_+

    ReplyDelete