Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Thursday, January 6, 2011

Hail Qasrina


Menatap indahnya senyuman di wajahmu..

Membuatku terdiam dan terpaku…

Mengerti akan hadirnya cinta..

“Bukak mulut luas-luas,”

Mulut dinganga.

“Tunggu kejap…saya pergi ambil jarum,”

Peluh tiba-tiba aje menitis.Biar betul.

“Doktor!!!,”Qasrina memanggil kuat.Doktor gigi itu pusing belakang.

“Saya nak cuci gigi!!Bukan cabut gigi..,”

Dr.Hail Hadi sengih.Menayangkan giginya yang putih berseri.

“La…saya ingatkan awak nak cabut gigi…,”Dr.Hail pura-pura lupa.

Qasrina menggeleng kepala.Risau aku.Macam mana lah nak dapatkan rawatan gigi?Rasanya tadi dia dah cakap dekat Dr.Hail yang dia nak cuci gigi.Dr.Hail main hentam nak ambil jarum.

Qasrina pergi klinik nie pun atas saranan sepupu dia.Hilmi kata yang Dr.Hail nie kawan dia.Sebab tu lah dia pergi.Dia percayakan Hilmi.

Dia baru aje berpindah ke Kuantan.Sebelum nie dia duduk di Shah Alam.Jadi,nak tak nak,doktor gigi pun bertukar sama.

Qasrina memegang wayar dengan jari.Dr.Hail meneruskan kerja dia.Membersihkan gigi Qasrina.

“Masyaallah…awak makan apa nie?Dah berulat-ulat gigi awak…,”Dr Hail yang memakai mask berkata-kata.

Sengal doktor nie.Gigi dia tak seteruk itu!!Dia tahu.Dia dah berus gigi setiap hari.Dah beratus kali telek gigi dekat depan cermin.

Qasrina hanya berdiam diri.Nak balas macam mana?Mulut dia penuh dengan air liur.

“Haish…dengan taik giginya…,”

Tiba-tiba rasa malu.Semua orang ada kan?Tak percaya cuba check sendiri.

“Ai…darah pula.Pergi kumur cepat…,”Dr.Hail mengarah.

Qasrina segera bangun dari pembaringan.Mata dia berair.Rasa macam nak muntah.Dia segera berkumur.

Dr.Hail menghulurkan tisu.Pembantunya berdiri di sebelah.Muda orangnya.Cantik.Kerja dekat klinik nie mesti best.Goyang kaki aje.Setakat hulur alat-alat yang doktor nak guna.

Alah..mudah sangat.

“Umur awak berapa?,”doktor tu tanya.

“23…,”

“Study dekat mana?,”

“Tak study dah.Tengah cari kerja…,”dia menjawab malas.

“Dah siap dah doktor?”Qasrina buat-buat tanya.Kerja belum siap dia sibuk nak buat interview.Payah betul kalau dah doktor muda.Nie lah peelnya.Dapat pula pesakit yang lawa macam dia.Patutnya dia cari klinik yang doktornya dah tua bangka.

“Siap?Siap apa?,”

“Cuci gigi…,”

“Oh…nak sambung la nie.Baring cepat,”Dr.Hail kembali serius.

*********************

“Dah balik?,”suara emak kedengaran.

Qasrina mengangguk.Sofa terus menjadi sasaran dia.

“Macam mana?Tengok gigi…,”emak menyuruh dia membuka mulut.Qasrina menayangkan gigi.

“Ya Allah budak nie..Qas..mak suruh kamu cabut gigi taring tu..dah la warna hitam semacam.Buruk mak tengok…,”

“Mak…kalau cabut gigi tu,Qas tak ada gigi taring la mak.Terlopong orang tengok…Ada rongga-rongga udara lagi..,”

“Masalahnya Qas….mak sakit mata tau.Hari-hari tengok kamu menyengih depan mak dengan gigi hitam tu.Itulah makan sangat benda manis,”

Qasrina mencemik.Sedih.Apa lagi yang patut dia buat?Gigi kekal dia dah bertukar hitam sejak sekolah rendah lagi.

Agaknya sebab banyak makan gula-gula kot.

“Habis tu kamu buat apa dengan duit yang mak bagi tadi?,”emak masih ingin bertanya.

“Cuci gigi….,”

“Budak nie….,”

Qasrina lari ke dalam bilik.Emak memang angin satu badan dengan perangai dia.Qasrina merebahkan badan ke atas katil.

Handset miliknya di hujung meja diperhatikan dalam-dalam.Hari tu terjatuh dalam lopak air.Masa tu hujan lebat.Sampai sekarang dia masih belum baiki.

Ingat nak minta duit dengan mak,tapi mak memang tak akan bagi.Untuk benda-benda macam nie mak memang payah nak tolong.

Kalau pasal gigi dia,mak memang bermurah hati nak keluarkan duit.Dari sekolah rendah dia simpan gigi taring yang hitam nie.Manalah emak tak sakit hati.

Kalau doktor gigi dia nak cabut,dia akan larang..Dia tak nak pakai gigi palsu!Umur dia muda lagi.Biasanya orang tua yang akan pakai gigi palsu.

Qasrina pandang syiling..Dr.Hail.Tengok sekali,handsome yang amat.Dua kali tengok…dia nie tak ada makwe ke?

Sayang..harap muka aje handome..tapi mulut tak ada insurans.Angin bayu yang meniup ke dalam bilik,melayukan matanya.

Qasrina menarik selimut.Dah masuk waktu asar.Masa balik dari klinik tadi dia sempat singgah rumah Eyla.Dah sembahyang dekat sana.

Terasa nak tidur.Tapi mak cakap lepas asar tak baik tidur.Boleh jadi gila.Mak cakap lagi…krooh…

Dia terlena jua.

“Mak!!!.”Qasrina terbangun dari tidur.Dia memegang pipi.Rasa sakit menusuk-nusuk.Dia jadi tak tahan.Air mata dia terlalu rapuh.Dia menangis.

“Mak!!,”dia ke dapur.Nak mengadu pada emak.

Ayah yang sedang membaca majalah di meja makan menoleh.

“Itu kenapa pula tu?Kena sampuk jin?Itulah…tidur waktu asar…,”ayah pula membebel.Tidak berkenan dengan perangai dia yang suka tidur petang.

“Jin mana pula nak sampuk anak kita abang oii..tu tak lain sakit gigi la tu.Saya dah suruh dia cabut gigi hitam tu.Tak nak.Simpan gigi tu buat apa?Bukan gigi emas…,”emak meluahkan rasa tidak puas hatinya pada ayah.

“Mak…ayah…,”tangisan dia makin menjadi-jadi.Tak kisah la gigi yang mana satu buat hal.Yang penting sekarang ini,gigi dia sangat sakit.

Emak menuju ke peti.Mengambil satu tablet dan menghulurkan dia segelas air kosong.

“Makan…ubat tahan sakit.Kejap lagi reda la tu,”ujar emak.Dia segera mencapai gelas.Sekelip mata ubat itu ditelan.

Qasrina kembali ke dalam bilik.Mengambil selimut sebelum baring.Tangan masih menekan-nekan pipi yang sakit.

Seksanya…air mata turun lagi.

“Dah..dah la nangis tu..kejap lagi hilang lah sakit,”emak jenguk di pintu.Seolah memahami penderitaan anak bongsunya ini.

“Pergi bangun.Sembahyang tu.Lepas nie ayah teman pergi klinik,”ayah berdiri di sebelah emak.

“Nak buat apa ayah?,”dia bersuara serak.Kesan dari banyak menangis.

“Cabut gigi la..,”

“Tak nak…,”dia paling takut bila cabut gigi.

“Suruh doktor tu tengok.Kenapa gigi kamu sakit,”ayah cuba untuk menenangkan dia.

****************************

Qasrina masuk ke dalam Klinik Gigi Hail itu bersama ayah.Kebetulan klinik ini yang paling dekat dengan rumah.

Lagipun dia dah pernah datang klinik nie,tak perlulah susah-susah lagi isi borang maklumat pesakit.Leceh.

“Qasrina…. ,”pembantu itu panggil dia.

“Ayah jangan balik dulu tau..,”dia pandang ayah.Mata masih merah.Nasib baiklah rasa sakit sudah hilang.Berkesan juga ubat tahan sakit yang diberikan emak.

“Ya…hai..budak nie..manja tak bertempat,”ayah menggeleng kepala.

Qasrina masuk ke dalam bilik pesakit.Dr.Hail sedikit kaget melihat keadaannya.Ya,mata dia bengkak.

Ikutkan hati dia nak pakai kaca mata hitam datang sini.Ayah pula kata jangan nak menggedik.Terus dia tak jadi nak pakai.

“Kenapa mata tu?Baru lepas nangis?,”Dr.Hail ramah bertanya.

Dia tak menjawab.Terus baring.

“Cepat doktor.Check gigi saya…,”

Dr.Hail senyum..

“Check aje?,”

“Check aje..saya bagi warning dekat doktor,jangan cabut sebatang pun gigi saya..,”dia pandang Dr.Hail tajam.

Ingat dia main-main ke?Dia tengah serius.

Dr.Hail tersengih.Tangannya terangkat.

“Okey..okey saya tak cabut.Jangan risau sangat..,”Dr Hail segera memakai sarung tangan yang berwarna putih miliknya.Mask turut dipakai.

Lampu di kerusi dibuka.Kerusi yang dia sedang baring dilaraskan.

“Hrmm…awak sakit dekat mana?,”

“Gigi taring tu…”

“Ohh…,”

“Doktor nak sapu ubat apa tu?,”

“Tak ada apa.Ubat tahan sakit..,”jawapan itu menyebabkan dia rasa tidak sedap hati..Gigi taring miliknya digoyang perlahan.

Dia tolak tangan doktor.

“Doktor…jangan cabut,”dia mengulangi amaran yang diberikan sebentar tadi.

“Tak..saya tak cabut.Saya nak tengok aje…awak datang sini dengan siapa?,”

“Ayah saya…,”

“Oh..ayah.Ayah awak kerja apa?,”banyak pula yang doktor nie tanya.Dia jadi musykil.

“Ayah saya kerja..Arggh!!!Doktor!!!,”air mata mengalir laju.Sempat juga Dr.Hail patahkan gigi dia.

Gigi taring hitam yang dia simpan selama ini selamat dicabut oleh doktor Hail.

“Kan saya kata jangan cabut?Doktor kejam!Habislah..hidup saya dah tak bermakna..,”dia masih lagi menangis.

Tangisannya langsung tidak dihirau Dr.Hail.Dr.Hail menyumbat tempat yang tak ada gigi tu dengan kapas.Memanglah tak sakit,tapi gigi dia dah tak lawa.dah lompong.Ada lubang di depan.Qasrina pandang giginya yang elok terletak di dalam bekas.

“Alah…sebatang aje gigi.Gigi tu tak lawa pun.Nanti saya tolong buat gigi palsu.Saya bagi diskaun dekat awak…,”

Bagi diskaun ke apa ke…semua tu tak boleh nak memujuk hati dia.Qasrina segera keluar dari bilik rawatan.Ayahnya dihampiri.

“Ayah…doktor tu cabut gigi adik…,”dia menunjukkan gigi taringnya yang hilang.Dr.Hail ikut keluar dari bilik rawatan.

Mentang-mentanglah tengah tak ada pelanggan.

“Assalamualaikum pak cik,”Dr.Hail Hadi bersalaman dengan ayah.

Ayah mengukirkan senyuman.

“Saman dia ayah..saman..,”dia jadi batu api.Tak puas hati bila Dr.Hail tak dengar amaran yang dia bagi.Dia kata jangan cabut gigi!!!Tu pun tak faham.

“Haish..adik nie.Ada pula cakap macam tu,”ayah tampar lengan dia perlahan.

“Terima kasih la doktor..anak saya nie bongsu.Sebab tu perangai dia macam nie.Susah sangat nak cabut gigi.Masa dekat Selangor dulu,dia warning juga doktor gigi dia.Sebab tu lah doktor tu tak cabut gigi.Bagus lah kalau doktor tak ikut cakap dia,”ayah menepuk-nepuk bahu Dr.Hail.

Bangga sebab doktor tu berjaya cabut gigi taring dia?Ayah memang.

“Tak apa pak cik.Dah memang tugas saya.Gigi nie kalau sakit, kena cabut,kalau tak sakit tu memang tak akan hilang,”

Dr.Hail dengan ayah sama-sama ketawa.Qasrina yang memandang jadi sakit hati.

****************************

Masuk hari ini,dah seminggu dia pakai gigi taring palsu.Gigi dia putih berseri.Emak tak habis-habis puji dia.Kata emak,emak bertuah sungguh ada anak yang cantik macam dia.Senyuman lawa pula tu.Seputih kapas.

Tak tahu la emak ikhlas atau tidak.

“Yang kau pergi letak gambar aku dekat sini kenapa?,”Qasrina mengambil frame gambar milik Hilmi.Ada nama Hilmi dekat frame gambar tu.

“Biar aku lah nak letak mana pun.,”

“Masalahnya gambar aku ada sama.Kau tengok nie..aku tengah pejam mata.buruk betul,”

“Bukan gambar kau sorang dekat situ.Gambar ramai-ramai kan?,”

“Tak kisahlah.Tapi aku yang paling menyerlah,”

“Gigi hitam kau tu lah paling menyerlah sekali,”

“Hoi..tolong sikit.Aku senyum tak nampak gigi,”Qasrina ralit memerhatikan gambar itu.Gambar lama.Dia dengan Hilmi berborak di ruang tamu.Mak Long tengah masak di dapur.

Dah lama tak lepak rumah mak Long.Dia dah jarang sangat singgah rumah Mak Long sejak besar panjang nie.Segan.Adik-beradik Hilmi pula semua lelaki.Dia tak berapa rapat sangat dengan mereka semua.Dengan Hilmi aje lain.Mungkin mereka sebaya,sebab tu lah mereka boleh bersahabat baik.

Hilmi dah lama bekerja,hanya dia yang masih mencari kerja.Hilmi sekarang ini bekerja sebagai penolong pengurus.Syarikat apa dia tak nak ambil tahu.Mak Long kata pengurus kedai serberaneka.Kedai tu ada banyak cawangan dekat Semenanjung Malaysia.

“Eh,kau kata ada benda nak bagi aku.Apa dia?,”Qasrina tanya Hilmi.Hilmi tengah menghadap laptop.Ada kerja.

Hilmi tunjuk ke arah sofa.

“Eh,comelnya..hadiah untuk aku?,”dia senyum.

“Ambil lah.Orang bagi,”Hilmi pusing pandang dia.

“Wah…Iphone.Gila…Macam tahu-tahu aje handset aku rosak…,”bungkusan hadiah tu dah selamat dibuka.

“Kau bagi ke?,”dia tanya Hilmi.

Hilmi menggeleng.

“Dari bagi kau.Baik aku beli untuk aku..,”Hilmi mencemik.

“Habis tu?Siapa bagi?,”perasan ingin tahu membuak-buak.

“Dr.Hail…,”

Er?

“Tak nak lah aku…,”aku hulurkan kembali pada Hilmi.

“Hail cakap…kalau kau tak nak..aku boleh ambil.Aku kata dekat dia handset kau rosak,sebab tu dia bagi nie.Sekali tanda minta maaf sebab dia cabut gigi kau.Serius kau nak bagi aku nie?,”Hilmi tersengih.

Qasrina pandang muka Hilmi sebelum kembali pandang Iphone.Doktor gigi memang macam nie ye?Suka membazir.Tahulah dia banyak duit.

Dia tarik hadiah tu semula.

“Yalah…aku terima,”jadi tak puas hati kalau hadiah nie akan berpindah milik pada Hilmi.

“Qasrina…kau nak tahu tak?,”

“Apa?,”

“Hari tu Hail datang sini…,”

“So?,”biarlah dia datang sini.Rumah nie rumah Mak Long.Bukan rumah dia.

“So dia nampak gambar kau.Gambar ramai-ramai nie,”

“Kau biar betul…,”

“Dia cakap kau comel…,”

Hilmi teringat semula kejadian bulan lepas:

“Comel la awek nie,”Hail puji.

“Biasa aje aku tengok.takde apa yang special pun,”

“Tak lah.Serius nie.Comel,”

“Hmph.Mata kau dengan aku lain.Tang mana yang comel?,”

“Aku pun tak tahu nak cakap...tapi dia comellah..,”

“Kau nak kenal dengan dia ke?,”

“Kau kenal ke dia?,”

“Qasrina.Apa pula tak kenalnya..sepupu aku nie bro.,”

“Boleh ke kalau aku nak kenal dengan dia?,”

“Boleh.Boleh…serahkan aje pada aku.Tahulah aku nak buat macam mana nanti,”Hilmi tersengih.Teringat tentang Qasrina yang sibuk nak cari klinik gigi.

Senyuman terus mekar dibibir.Refleks bila dipuji,macam nie lah.Qasrina geleng kepala.Tak boleh senyum.Setakat Dr.Hail.

“Biasalah..semua orang cakap macam tu,”muka dia serius.Pertama kali ada orang kata dia comel.Terharu sungguh.

“Kau tahu kan…dia doktor?,”Hilmi tanya dia.

“Memanglah…dah tu?,”

“Dia tak ada masa nak bercinta-cinta nie.Sibuk dekat klinik.Sebagai orang tengah..aku nak tanya kau,kau sudi tak kalau dia nak serius dengan kau?,”

“Aku…aku tak suka dia,”

**************************

Qasrina dah tak bertegur sapa dengan Hilmi.Hilmi cuba nak kenenkan dia dengan Dr.Hail Hadi tu?Cheit.dia tak suka.

Dia pun dah lama tak datang klinik Dr.Hail.Macam tak ada klinik lain.

“Dah bayar habis duit gigi palsu tu?,”ayah tanya dia.Mata dia ralit pandang televisyen.

“Belum…,”dia jawab sepatah.Tukang buatnya doktor Hail.Memang dia tak akan pergi bayar.

“Kenapa tak bayar?Gigi tu kamu dah pakai…ayah kan dah bagi duit,”

Qasrina peluk bantal.Masih lagi tengok televisyen.Hidup dia macam nie lah.Masih tak dapat kerja.Puas mintak,orang masih tak nak bagi.Padan muka dia,siapa suruh pilih course yang tawaran kerjanya terhad.Dia masih lagi di bawah tanggungan emak dengan ayah.

Sangat jeles bila tengok kakak dengan abang-abang dia semua dah kerja.

“Senang sangat…biar ayah lah yang bagi doktor tu.Semalam ayah terserempak dengan dia dekat pasar malam.Malu ayah dengan kamu nie.Pakai gigi dah berbulan-bulan.Duit tak habis bayar,”

“Ikut ayah la…,”

“Ayah nak pergi dah nie…,”ayah berada di muka pintu.

“Ya lah..ya lah…adik pergi bayar sekarang…,”

****************************

Kata benci.Tak suka Dr.Hail.Kau nie memang cakap tak serupa bikin Qasrina.Sekarang buat muka tak malu.Patutnya dia biar aje ayah nak pergi bayar duit.

Qasrina masih di depan kaunter.

“Tak apa kan kalau saya bayar duit dekat awak aje?,”dia tanya pembantu klinik.

“Nama?,”pembantu itu bersedia nak sambut duit.

“Qasrina….,”

“Eh..tak boleh…tak boleh..kena bayar dengan Dr.Hail sendiri.Saya tak reti sangat bab duit nie,”duit itu dihulur semula.

Pembantu tu tak jadi ambil.Qasrina ketuk juga bilik Dr.Hail.Pembantu tu suruh dia bayar sendiri.Macam ada komplot aje.

“Masuk,”suara orang dalam suruh dia masuk.

Dia duduk di depan Dr. Hail.

“Tak sakit dah gigi?,”

Dia menggeleng.Rasa sikit pelik bila berhadapan dengan Dr.Hail.Nak-nak lagi bila dia dapat tahu Dr.Hail syok dekat dia.

Doktor Hail mengangguk.

Dia menghulurkan kotak kecil atas meja.Apa nie?Jangan cakap itu cincin.Kan dia dah reject?Doktor nie degil betul.

“Cincin untuk awak..,”

“Untuk apa?,”dia jeling.

“Untuk awak terima lamaran saya…,”sah!Memang hati batu.Hilmi tak beritahu dia ke?

“Saya tak nak.Saya tak suka…,”dia berterus terang.Walaupun sebenarnya dia kurang pasti dengan perasaannya sendiri.

Dr.Hail Hadi ketawa.

“Tak pernah ada perempuan reject saya….so terimalah saya,”

“Saya tak nak,”dia tak suka bila Dr.Hail memaksa.Baguslah dia jadi perempuan pertama yang reject doktor nie.

“Awak tak perasan ke saya nie handsome?Awak pula comel.Orang comel sesuai dengan orang handsome..,”

Ohh…Dr.Hail kuat perasan rupanya.

“Saya datang nak bayar baki hari tu.Nah,”Qasrina letak duit atas meja.

“Cuba beri saya 10 sebab kenapa awak tak boleh terima saya,”Dr.Hail senyum.

Qasrina pandang Dr.Hail dalam-dalam.

“Sebab saya tak suka doktor,”

“Tu baru satu.Lagi?,”

“Sebab saya dah memang tak suka.Nak buat macam mana?,”

“Kenapa awak tak suka saya?,”

“Dah tu perasaan saya.Doktor tak boleh nak pertikaikan perasaan saya,”Qasrina jadi naik angin.

Doktor Hail ketawa.

“Sebenarnya awak suka saya kan?Ala…cakap aje awak suka.Cuma awak malu,”

“Saya nak balik.Bye…,”

Otak dia jadi makin berserabut.Dah la tiap-tiap malam asyik mimpi Dr.Hail.Ke Dr.Hail ada calit badan dia dengan ubat guna-guna?

“Qasrina….,”

Dia toleh belakang.

“Mak dengan ayah awak dah setuju.Awak bila lagi?,”

“Hah?,”bilakah?Bila Dr.Hail jumpa mak dengan ayah dia?Kenapa dia tak tahu?

****************************

“Kamu nak yang macam mana lagi?Kamu dah kira beruntung tahu tak?Dah la tak kerja.Ada pula doktor yang minat dekat kamu!,”mak bising.Nak suruh dia terima Dr.Hail.

“Mak tak faham!,”mak tak faham perasaan dia.Dia rasa dia betul-betul malukan diri dia depan doktor tu.Cuba bayangkan,doktor tu dah tengok segala rupa gigi dia.Tolong buang taik gigi lah.

Segala benda yang buruk pasal dia semua doktor tu dah tahu.Dia tak boleh nak control cun.Kalau dia tahu,doktor tu minat dekat dia,dia tak akan terima rawatan gigi dekat situ.

Lebih baik dia pergi klinik lain.Lepas gigi dia dah cantik,baru tayang gigi depan Dr.Hail.

Comfirm Dr.Hail akan sampai tahap tergila-gilakan dia.Dia pun akan terima doktor tu.

“Apa yang mak tak faham?Terima aje lah dia…dia tu baik,”mak tepuk bahu dia.

“Ayah pun suka Dr.Hail.Baik budaknya.Hormatkan orang tua..,”ayah pula menyampuk.

“Adik nak tidur,”dia bangun.Nak masuk dalam bilik.

“Tengok tu.Orang cakap sikit merajuk.Tak habis-habis..,”mak menyindir tajam.Dia buat tak dengar.

**************************

“Sebenarnya….saya suka dekat awak Hail,”perempuan yang pakai skirt tu menghampiri Dr.Hail Hadi.

“Jeane…saya pun suka dekat awak juga,”Dr.Hail senyum.

“Betul nie?,”

“Betul Jeane…kalau tak percaya.Belah lah dada saya.Awak akan nampak nama awak,”

“Haha…Hail nie mengadalah.Menyampah.Kalau saya belah nanti awak mati.,”

“Kita kahwin nak?,”

“Betul ke?Untuk awak saya sanggup buat apa saja Hail,”

“Saya sayangkan awak Jeane,”

“Saya pun sayang awak Hail,”

Qasrina tersentak dari tidur.Mimpi rupanya.Dia bangun.Dikerling jam loceng di tepi.Pukul 2 pagi.

Hati berdebar lain macam.Rasa takut yang tak pernah ada muncul tiba-tiba.Macam mana kalau ada perempuan lain suka Dr.Hail?

Dia berlari ke bilik emak dengan ayah.Pintu bilik emak diketuk.

“Mak!!Adik setuju terima doktor Hail,”dia jerit kuat.Emak dan ayahnya tersentak. Masing-masing mengurut dada. Kau tak sayang mak dengan ayah dah ke, Qasrina? Nak suruh kami meninggal cepat-cepat?

“Apa kamu cakap?”ayah tanya kuat.Pintu bilik tetap tidak dibuka.

“Adik setuju jadi isteri dia… Adik setuju jadi isteri Dr. Hail,”sekali lagi Qasrina berkata-kata.

“Hrm….tak boleh beritahu pagi besok?,”emak malas nak melayan.Masih mamai.

“Kalau kamu tak setuju pun,ayah akan setujukan bagi pihak kamu,”ayah di sebelah emak menyampuk.

Macam tu pula?

**************************

“Happy anniversary yang ke 3…,”Dr.Hail Hadi hulurkan hadiah.

Qasrina senyum panjang.

“Apa benda nie?Cincin?,”dia goncang kotak kecil tu.

“Takkan tiap-tiap tahun cincin?Tengoklah.Istimewa untuk sayang abang nie,”

Kotak itu dibuka.

“Gi..gigi?,”gigi yang berwarna kehitam-hitaman itu dipandang dalam-dalam.

“Romantik kan bang?Dah lama abang simpan.Tu gigi sayang tu,”Dr.Hail menoleh.Pandang wajah isteri dia.Ingin tahu reaksi si isteri.Marah ke?Dia bersedia nak cabut lari.Hadiah sebenar ada dalam kereta,sengaja bawak keluar benda nie.

Nak menyakat.

“Teringat masa dulu-dulu,”

Dr.Hail pandang tak percaya..Betul nie?Qasrina tak marah?Melihat senyuman di wajah Qasrina,dia ikut senyum.

Klinik dia.Tempat dia dan Qasrina mula-mula bertentang mata.

-TAMAT-

12 comments:

  1. kelakar laaa... tak habis² akak gelak tau.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. bestnye cite nie..:)

    ReplyDelete
  3. bila nak wat citer baru ni..huhu

    ReplyDelete
  4. sempoi r korg!best!lawakkk dowh!!ade je benda nak wat cite.len dr yg len..

    sufi (",)

    ReplyDelete
  5. kelakar ada plak third anniversary bagi gigi hahaha x penah dibuat owg hahaha please somebody need to stop my laugh hahahaha.......

    ReplyDelete
  6. Adeh...senak perut den dok gelak plus smpai terguling-guling bagai baca citer ni...Best citer ni Hahaha

    ReplyDelete
  7. bolehlaa... ~~


    ::mentega terbang::

    ReplyDelete
  8. alah.
    comelnya.
    ada ke hadiahnya gigi?
    hitam pulak tu.
    nasib tak berkarat.
    haha!

    ReplyDelete