Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Sunday, January 9, 2011

Dia Salihin 6


Aku mengosok-gosok mata.Basah.Siapa yang jirus aku nie?!

“Bangun!!,”suara mama keras kedengaran.

“Bising la mama…Sun nak tidur,”aku menekup muka dengan bantal.

“Sun..dah pukul 6.30 Sun.Bangun sembahyang!Yang kamu nie liat sangat nak sembahyang kenapa?Tak kan dekat Switzerland tak pernah sembahyang?,”mama menarik-narik bantal yang aku gunakan untuk menekup muka.

Aku bangun.Masih lagi mamai.

“Sun nak sembahyang la nie…ma keluar dulu ya…,”aku menarik tangan mama keluar dari bilikku.

Termangu aku buat seketika.

Sembahyang?Aku menjeling jam.

“Huargh…,”aku menguap.Mengantuknya.Tilam dan bantal seolah memanggil-manggil aku.

“Tidur lagi best…,”aku bergerak kembali ke katil.Di Switzerland…pak Su tak pernah kejutkan aku sembahyang subuh.Pak Su sendiri bangun pada waktu tengahari.Apa lagi yang nak dikata?

**************************

Aku memasang earphone ke telinga.Alani.Aku menjawab panggilan Alani.

“Hey.. what’s up?Aku dengar kau dah ada dekat Malaysia…jumpa nak?,”suara Alani menerjah cuping telingaku.

“Boleh…dekat mana?,”

“Secret Recipe…,”

Alani,aku dengan Arena masing-masing tidak pernah terputus hubungan.Kami selalu berborak.Bersembang di telefon mungkin jarang.Paling koman kami berbalas-balas YM.Aku suka bila Alani dengan Arena langsung tidak menyebut nama Syazwi semasa kami bersembang-sembang..Mereka tahu kenapa aku berpindah.

Aku melekatkan sunglasses di mata.Handbag berjenama Valentino aku capai sebelum aku melangkah keluar dari kereta Ferrari 599 kepunyaan pak Su.Pak Su tiba-tiba aje nak bertukar kereta dengan aku.Kononnya nak merasa bawa Peugot.Macam lah selama nie tak pernah.

Aku mengatur langkah ke dalam Secret Recipe..Dari jauh aku sudah dapat melihat susuk tubuh Alani dan Arena.

Aku melambai-lambai.

Mereka aje yang tercengang-cengang melihatku.

“Lani…Rena…,”aku memeluk mereka berdua.

“Syazwi?,”pelukan aku terlerai.Mataku terpaku pada seorang jejaka yang memakai songkok dan lengkap berkemeja.

“Hi Sun…you look different..,”rupa-rupanya Raqwan pun ada dekat sini.

Aku tersenyum kelat.Lidahku terasa tawar.Selera untuk makan mati tiba-tiba.

“Duduklah Sun.Kau tercegat lagi buat apa?,”Alani menarik aku supaya duduk.

Lambat-lambat aku duduk di atas kerusi.Aku masih belum bersedia untuk berjumpa dengan Syazwi.Kenapa mesti hari nie?

Aku cuba untuk berbual-bual tanpa rasa kekok.Segala gerak-geriku terasa begitu canggung bila berhadapan dengan Syazwi.

“Gila la kau Sun?Lepas pergi Switzerland aku tengok makin sexy..,”Arena bersuara.Melenyapkan kebisuan antara kami.

Aku menjungkitkan bahu.

“Well,sexy is beauty.Right?,”ujarku pula sambil ketawa.

“Korang macam mana?Dah kahwin ke Lani?,”aku menyambung kata.Mataku jatuh tepat di wajah Alani.

“Kau tak habis-habis cakap pasal kahwin.Masa YM pun tak habis-habis tanya aku.Dah kahwin ke belum?Dah dapat anak?Wei!Aku nie muda remaja lagi..kau tu..bila nak kahwin?,”Alani memuncungkan bibir.

Aku pula yang kena?

“Aku?Hrm…tengok lah macam mana.Aku belum jumpa soulmate aku..,”jawapan yang aku rasa cukup baik dan sempurna.

“Jadi…kita semua nie single lah ye?!,”Arena pula menyampuk sambil ketawa.Single?Aku jadi tertarik mendengar ayat itu.

“Eh..bukan Syazwi dah bertunang?,”aku menudingkan jari pada Syazwi.Arena menyiku lenganku.

“Humaira dah meninggal lah wei.Dua bulan lepas kau pergi Switzerland,”Arena berbisik ke telinga aku.

Dah meninggal?Kalau aku tahu aku patut tunggu aje di Malaysia.Tak perlu fly ke Switzerland.Okey Sun.Itu sangat kejam.

“Oh.Sorry..aku tak tahu,”aku menyusun bicara.

“Tak.Tak apa.Cerita lama,”Syazwi yang dari tadi asyik berdiam diri bersuara.Seperti biasa.Tenang tanpa sebarang riak sedih.

Aku pandang Syazwi lama.Rindunya aku pada dia.Hati aku makin berbunga bila dapat tahu Syazwi dah tak ada tunang.

“Dah la tu..tak payah la cerita benda yang sedih-sedih.Kita makan nak?Korang pesan aje la.Aku belanja,”Raqwan pula menyampuk.

Kami mula memesan makanan.

***********************

“Eh,nanti jangan lupa contact aku tau,”aku mula mengagih-agihkan kad milikku pada semua rakan-rakan yang ada di situ.Termasuk Syazwi.

“Serius ke Sun?Aku call malam nie..,”Raqwan tersenyum sambil memandangku.Aku membalas senyumannya.

Aku melambai-lambai sebelum masuk ke dalam kereta.Senyuman yang paling manis terukir di bibirku tatkala mataku jatuh pada Syazwi.

Eh Sun?Bukan kau benci sangat dekat Syazwi tu.Konon tak nak lagi jejak Malaysia sebab Syazwi tu ada dekat sini.

Dulu lain…sekarang lain.Rasa hati yang aku sudah simpan jauh di sudut hati makin mekar.Lagi sekali aku jatuh cinta pada dia.


Aku masuk ke dalam studio dengan rasa letih.Jauh pula jarak studio kepunyaanku dengan Secret Recipe.Tersesat sebenarnya.Entah daerah mana aku pergi redah.Nak buat macam mana.Aku masih belum biasa dengan suasana Kuala Lumpur.Studio nie pula pak Su yang tolong belikan.Pak Su lah yang bertanggungjawab memilih lokasinya untuk aku.

Aku menghampiri Keylene.Wanita berketurunan cina yang dah lama bekerja dengan aku.Sejak di Switzerland lagi.

“Macam mana?Okey?,”

Keylene menggeleng.

“Lah?Kenapa?,”

“Fayyad buat perangai.Dia cakap dia tak mau berlatih kalau you tak pujuk dia..,”muka Keylene masam.Agaknya tension melayan kerenah model-model yang diletakkan di bawahnya.

Aku mengetap bibir.Kadang-kadang geram pun ada dengan Fayyad nie.Perangai mengalahkan budak-budak.Kalau tak sebab dia sememangnya berbakat,dan menjadi rebutan ramai pereka fesyen,dah lama aku buang dia.

Dia ada bakat.Dia ada pesona yang tersendiri.Gerak-gerinya semasa di pentas peragaan boleh memukau pandangan orang.

Aku menghampiri Fayyad yang tengah duduk meneguk air mineral.

“Apasal nie?Tak nak berlatih?Malam nie kan dah rehearsal?,”aku mengawal suara.Tak nak menampakkan bahawa aku sedang marah.Karang tak pasal-pasal Fayyad kecil hati.

“Kenapa you tak angkat call I?,”matanya tajam memandangku.

Sebab tu ke?Oh..dia nie memang lah perangai macam budak-budak.Merajuk sebab benda yang kecik.

“Sorry I tertidur semalam.Lagipun you call pukul berapa?Tengah malam kan?,”aku berkata ikut sesedap rasa.Pukul berapa dia call aku semalam?Tak ingat…

“Sun..I telefon pukul 10..,”dia meraup muka.Ada nada geram di situ.

“Oh..sorry,”ye tak ye juga.Dia call lepas aku habis makan malam dengan keluarga aku.

Fayyad bangun.Menghampiri aku.

“You sayang I kan?,”dia bertanya inginkan kepastian.

“Kenapa pula tak sayang?Hello..you boyfriend I kan?,”laju sahaja aku menjawab.Selama dua tahun ini.Aku dah terbiasa mengucapkan kata-kata seumpama ini.Cakap sayang jika perlu.Cinta atau tidak itu tak penting.Yang penting aku dapat apa yang aku nak.

Aku dapat Fayyad.Fayyad amat penting bagi aku.Dia boleh tolong aku menaikkan lagi nama aku dalam industri ini.

“Come…ikut I,”dia mengajak aku keluar dari studio.Apehal pulak dah Fayyad nie?

“Pejam mata you…,”lagi satu arahan untuk aku.Aku hanya akur dengan suruhan Fayyad.Dalam hati..rasa geram membuak-buak.Aku sememangnya tidak suka mendengar arahan orang.

“Kereta I.Cantik kan?I baru aje beli..,”

Aku membuka mata.Heh.Ingatkan nak tunjuk aku apa?Kot lah dia nak bagi aku hadiah ke apa.Rupanya nak tunjuk kereta baru.

“Jadi sebab nie la you call semalam?Nak cerita pasal kereta baru?,”aku cuba meneka.

Fayyad menggeleng.

“Semalam lain.I nak ucap selamat malam dekat you,”

Budak-budak!Macam nie lah.Umur dia kalau tak silap aku.Baru 19 tahun.Ke 18?Entah.Aku pun tak pasti.Katanya dah tak minat nak sambung belajar.Jiwa dia dalam dunia modeling.

Salah seorang orang yang aku terjumpa semasa di Switzerland.

“Sun…I tak ada siapa-siapa dekat Malaysia.I cuma ada you sorang aje..,”

“I tahu…,”tak perlu nak ulang ayat yang sama.

“You tolong jaga I..ya?,”

Tengok tu.Patutnya dia yang jaga aku.Bila berbual..berborak dan bersembang dengan Fayyad.Aku tak rasa yang dia tu boyfriend aku.Terasa seolah-olah aku hanya melayan seorang adik lelaki.

“Eh…you cakap you nak cari kondo untuk I.Mananya?,”pertanyaan dari Fayyad membuatkan aku menepuk dahi.

“Alamak.Lupa nak beritahu you.I dah jumpa dah.Tak jauh.Dekat aje..,”aku memberi jaminan padanya.Kondominium tu bukan aku yang cari sebenarnya.Tugas mencari sekali lagi aku berikan pada Pak Su.Nak suruh aku cari?Sorry..

“Nak tengok?Jom..,”aku mengajak Fayyad.

Fayyad termangu-mangu.

“Jadi I kena duduk sorang-sorang la dekat sana?,”

“Iye la..you nak ajak I ke?,”aku bertanya separuh memerli.

“Kalau ada pencuri macam mana?You tahu kan I tak berapa suka tinggal sorang-sorang…,”Fayyad memang tak berpura-pura.Setelah dua tahun mengenali Fayyad,aku jadi kenal dengan perangai dia yang penakut tu.

“Jangan risau la.Kondo tu ada CCTV…,”

“Lah?Kenapa tak beritahu awal-awal?You nie saja nak buat I risau.I baru nak ajak you tinggal sekali dengan I,”

“You nak mati tinggal dengan I?Kalau mama I tahu mati you,”

Fayyad ketawa.

“Gurau aje…,”

*****************************

Aku dengan Fayyad pergi ke kondominium tu dengan kenderaan masing-masing.Aku membuka pintu kondo.

“Cantik kan?,”aku turut kagum melihat susun atur perabotnya.Aku membuka pintu beranda.Permandangan di luar begitu menakjubkan.Cayalah Pak Su!Ini yang buat aku sayang pak Su ni.

“Cantik..pandai you pilih,”Fayyad ikut berdiri di sebelah aku di beranda.

“I memang pandai…you baru tahu ke?,”

Fayyad ketawa.

“Nak minum?I tolong buatkan..,”

Dahi aku berkerut.

“Ada minuman ke dalam rumah nie?,”aku bertanya aneh.

“Bukan dekat dalam peti tu ada milo?Gula?Kopi pun ada juga rasanya..,”Fayyad turut memandangku aneh.

“Ha ah la..I lupa I ada letak hari tu,”aku pura-pura tersenyum.Pak Su nie..kalau nak letak barang-barang tu bagi tahu lah.

Nasib baik tak terkantoi.Al maklumlah..Fayyad nie kan manja orangnya.

“Okey,..you lepak la dulu.I pergi dapur kejap,”Fayyad berlalu menuju ke dapur.

Aku mengeluh.Lega.Terasa nak tinggal kan Fayyad sorang-sorang.Alah.Sekali-sekala mengusik.

Aku membuka pintu kondo.Pintu kondominium itu aku kunci dari luar.Boleh buka dari dalam kan?Fayyad tak perlu gelabah.Kunci pendua juga sudah aku tinggalkan di atas sofa.

Dum..pintu kondominium sebelah ditutup.Aku menoleh.Terasa nak pengsan di situ juga bila susuk tubuh Syazwi datang menghampiri aku.

“Maiya?Tinggal dekat sini?,”Syazwi menegurku.Dia kelihatan terkejut.Sakit betul.Masa nie pula dia nak beramah tamah dengan aku.

“Err..saya..saya..,”lidah aku berbelit-belit.Di dalam hati sekarang aku amat berharap agar Fayyad tengah khusyuk dan tawadhuk membuat air di dapur.Janganlah hendaknya dia menyedari kehilangan aku.


4 comments:

  1. sun dah jadi lain ek skrg? tak sabar nk tau next ep..kalau fayyad kuar, kantoila..hehe

    ReplyDelete
  2. adui............please....beri Sun 2nd chance.......tackle Syazwi balik dan berubah for good!!!!!! best!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. part before Sun pergi ke Swiss tu mmg tak boleh tahan!!!! pecah perut akak !!!!!!

    ReplyDelete
  4. bestttt sgtt!!! cpt smbg ea..;p

    ReplyDelete