“Oh…kawan saya tinggal dekat sini,”aku mempamerkan senyuman menawan.
“Saya masuk dulu lah ye!Bye!,”aku menghilang di balik pintu kondo milik Fayyad.Aku tak nak Syazwi tahu yang aku dah ada boyfriend.Susah la nanti aku nak ngorat dia.
Aku tersentak melihat Fayyad yang sedang berdiri memandangku.
“You pergi mana?,”
“I ambil angin dekat luar..,”aku mencapai salah satu cawan yang sedang dipegang oleh Fayyad.Kalau dia tahu aku baru aje merancang nak tinggalkan dia sorang-sorang.Fayyad mesti marah.Mengamuk?Setakat nie dia tak pernah mengamuk depan aku.
*************************
Aku duduk menghirup udara malam di tepi tingkap.Ingatkan nak ikut Pak Su pergi clubbing.Mama pula tak bagi.Terpaksalah aku menjalani kehidupan malam seorang diri.
Papa dah seminggu tak balik rumah.Bermalam dekat rumah isteri dia yang satu lagi la tu.Dengar cerita mak tiri aku tu mengandung anak kedua.Makin payah la aku nak nampak muka papa dekat rumah nie.
Tit.Tit..
SUN KE TU?NI RAQWAN…
Mesej yang pertama dari Raqwan.Aku pura-pura tak nampak.Tiba-tiba rasa malas nak balas.
Deringan telefon pula menyusul tiba.Dia call lah pula.Haish.
ANGKATLAH WEI…
Lambat-lambat aku tekan butang hijau.
“Aku mesej tak balas..Aku telefon baru kau angkat..Kedekut betul!,”
Aku senyum sebentar cuma.
“Syazwi tak pernah cerita dekat kau pasal aku?,”
“Heh.Aku dah agak kau akan tanya pasal dia,”Raqwan di hujung talian ketawa.
“So cerita lah dekat aku.,”aku jadi teruja nak dengar..
“Dia cakap kau nie comel.Manja macam awek Jepun ,”
“Ya?,”mata aku bercahaya.
Ketawa Raqwan makin kuat.
“Kau percaya cakap aku?,”
“Habis tu kau tipu la nie?,”
“Ya lah Sun oii…eh.Mak aku datang,”
“Cepatlah cerita weh.Aku tak ada masa nak main dengan kau,”
“Aku dah janji dengan Syazwi tak nak bagitahu siapa-siapa.Bye..,”
“Raqwan!!!!,”
Tak ada respon.Raqwan dah putuskan talian.Dia nie saja nak mendera perasaan aku.Aku Cuma nak tahu apa perasaan Syazwi pada aku.Itupun salah ke?
Sekali lagi telefon aku berdering.Kali ini dari siapa pula?
“Hello hye Gordon..,”
“You dah lama tak call I..,”bunyi macam merajuk.Gordon masih di Switzerland.Pengajian dia masih berbaki beberapa tahun di sana.
“Oh..okey..betul lah tu.I memang dah lama tak call you…,”aku mengaku kesilapan sendiri.Hidup aku benar-benar sibuk di sini.Nak layan kerenah Fayyad.Dengan Farhan yang tak habis-habis ajak aku kahwin.Dia ingat kahwin tu senang?Aku dengan Farhan kenal pun tak sampai seminggu.
“So?Nak putuskan hubungan kita nie?,”kata-kata itu terbit dari mulut Gordon.Aku tak tahu sama ada dia benar-benar serius atau main-main.
Selama aku kenal dengan Gordon.Dah berpuluh kali dia cakap nak putus dengan aku.Gaduh sikit.Kita putus!Kalau aku berebut dengan dia nak bayar bil makanan..kita putus.Tapi biasanya tak tahan lama.
Dua hari lepas tu..dia akan mula hantar hadiah.Bunga.Coklat.Dan kami akan berbaik semula.
“Okey aje…,”aku tak akan rasa kehilangan kalau Gordon memang ingin memutuskan hubungan kami.
“Sun!!!,”dia dah marah.Panggilan telefon diputuskan Gordon.Maknanya tadi tu dia tak serius.Saja nak ugut aku la tu.Aku sikit pun tak heran.
Sekali lagi telefon aku berdering.Aku jadi bosan.Gordon lagi?Tanpa membaca nama pemanggil…butang hijau it uterus aku tekan.
“Go…,”belum pun habis aku menyebut nama Gordon,suara Fayyad sudah kedengaran.
“Sun!Datang sini cepat!,”
Aku menjauhkan gagang.Nasib baik aku tak tersasul sebut nama Gordon.Kalau tak memang jenuh la nak menjawab dengan Fayyad.
“Kenapa?,”aku bertanya pelik.Suara cemas Fayyad membuatkan aku bertambah pelik.
“Langsir dekat beranda tu bergoyang…,”Fayyad bersuara takut-takut.Aku tersengih.Rasa nak ketawa.Takut la nie?Fayyad tu teruja nak bermalam di rumah baru.Sebab tu la malam nie dia nak test tidur dekat sana.
“Angin la tu…you macam tak tahu.Dekat situ kan kuat angin.Tutup la beranda!,”
“I takut lah nak pergi sana..,”
Aku ketawa kuat.
“You jangan lah gelakkan I. I tengah serius nie…,”
“Okey.I tak gelak.Senang sangat you pergi minta jiran you teman you.You kan ramai jiran,”
“I tak kenal pun diorang…,”
“Masa nie lah you kena kenal diorang.Tak lama lagi kan you akan tinggal dekat situ,”aku memberi nasihat yang tak berapa nak ikhlas.Aku malas sebenarnya nak pergi kondominium Fayyad.Lagi aku tak berani bila Syazwi pun tinggal dekat situ juga.
Lepas berbuih mulut aku nie bagi nasihat pada Fayyad…akhirnya dia meminta diri.Nak tidur kot?
******************************
Lagu Spongebob membingitkan telingaku.Bunyi yang Fayyad setkan untuk dirinya sendiri.Kiranya kalau Fayyad telefon..aku akan dengar lagu Spongebob.
Aku mendengus kasar.Fayyad nie mengganggu betul!Aku masih lagi belum puas tidur.
“Hmm..you nak apa?,”aku bertanya dengan mata yang masih terpejam.
“I ada dekat rumah jiran I nie…,”
“Hmmm..,”
“You tidur lagi ke?Bangunlah!Dah pukul 6 nie…,”
“Hmm…Nanti I bangun lah….,”aku mengawal nada suara.Terasa nak menyumpah seranah Fayyad.Baru pukul 6 pagi?Patutla aku payah nak bangun.
“Jiran I nie duduk sorang.Dia pun tak ada kawan.So dia tak kisah kalau I tidur dekat sini.Semalam I tidur dekat sini.Syazwi nie peguam..tu pun kalau you nak tahu..,”Fayyad menyambung cerita.
Mendengar nama Syazwi,mataku terus sahaja terbuka luas.
“Semalam you tidur dekat rumah Syazwi?,”payah aku nak percaya.
“Ya..semalam I tidur dekat sini.Kenapa?You takut I tidur rumah perempuan lain?I sayang you sorang aje.Tak payah risau sangat…,”
Aku tidak mempedulikan segala kata-kata Fayyad yang kononnya nak mentenangkan aku tu.Hati aku bertambah gusar bila mendapat tahu Fayyad sudah mula berkawan dengan Syazwi.
Susah la aku nak mengorat Syazwi nanti.Atau patut ke aku putuskan hubungan aku dengan Fayyad?
**********************************
“Rehearsal semalam macam mana?Okey?,”aku memandang Keylene dengan pandangan yang ingin tahu.
“Okey.Jangan risau..tapi tu lah…model utama kita tu tak datang rehearsal,”Keylene membantu aku membuat sentuhan terakhir pada pakaian yang akan diperagakan pada malam ini.
“Siapa?Fayyad?,”
Keylene mengangguk.
Heh.Excited nak tidur rumah baru sampai boleh pula dia lupa rehearsal.Memang nak kena Fayyad nie.
“Sun…I baru aje hantar coklat yang you suruh tu…,”
Aku mengangguk.Di dalam hati,aku tersenyum puas.Raqwan buat sombong dengan aku.Semalam aku try call dia balik.Langsung dia tak angkat.
Telefon aku berdering lagi.Kali nie dari Raqwan.Aku tersengih.Baru kau nak call ye.
“Hye….sihat?,”aku menegur dia dengan baik.
“Apa maksud kau dengan coklat nie?Forever love?Huh…,”Raqwan macam tak puas hati dengan aku.
“Tu bukan untuk kau la..aku nak suruh kau dekat Syazwi ,”
“Oh..kenapa tak cakap awal-awal.Aku ingat kau nak bagi coklat nie dekat aku,”
Dia ketawa.
Tak ada siapa nak bagi coklat dekat kau Raqwan.
“Boleh tak?Tolong bagi Syazwi,”
“Bagi coklat aje kan?Kerja senang aje tu.Kau jangan risau lah.Serahkan aje pada aku..Ada pesanan kau nak sampaikan kat Syazwi?,”
“Dah ada dah dekat situ,”
“Forever love?Blah ar kau.Ingat romantik la tu,”
“Memang la romantik.Dia mesti cair bila tengok kad tu.Eh..kau try tambah sikit lagi dekat kad tu,”
“Apa?,”
“Sun suka Syazwi,”
“Tak payah.Tak payah.Menghabiskan dakwat pen aku je.Aku nak sambung kerja nie.Lain kali la aku call kau..,”
“Bye…,”
Syazwi..Aku mengukirkan senyuman gembira.Aduh.Kau memang dah balik semula pada perangai yang dulu-dulu Sun.
Gila bayang pada Syazwi Salihin
**************************************
Aku membelek-belek alamat yang ada di tangan aku.Mengikut alamat yang diberikan oleh Alani…memang tak salah lagi.Syazwi kerja dekat sini.Aku ada hantar mesej dekat Raqwan.Tanya dia alamat Syazwi.Raqwan tu bukannya nak balas.Sibuk meeting kot.Kalau aku nak tunggu Syazwi datang cari aku?Rasanya itu tak mungkin akan berlaku.Bukan rasa dah..memang comfirm dia tak akan cari aku.Jadi..apa salahnya aku ringan-ringankan diri menjenguk dia bekerja?
Aku menaiki anak-anak tangga.Pintu pejabat itu aku buka.Seorang gadis bertudung dalam lingkungan 20 an di kaunter pertanyaan aku hampiri.
“Syazwi ada?,”
Dia memandang aku dari atas ke bawah.
“Awak nie siapa?,”
“Syazwi ada?,”aku mengulangi pertanyaan ku sebentar tadi.Kalau aku beritahu perempuan nie aku kawan Syazwi…kemungkinan untuk aku di halau adalah amat besar.Dia mungkin tak akan percaya Syazwi ada kawan yang macam aku.
“Dia pergi court..,”perempuan itu masih lagi memandang aku dengan penuh syakwasangka.
“Kalau macam tu saya tunggu dia.Mana satu bilik Syazwi?,”aku bertanya.Kepalaku pula memerhati sekeliling.
“Dia mungkin balik lambat sikit.Rasanya awak tak payah tunggu.Buat letih aje,”
Eh…suka hati aku la nak tunggu ke nak buat apa?Syazwi tu tunang kau ke?
“Tak apa… saya boleh tunggu.Mana bilik dia?,”aku menarik tangan perempuan tu.Seolah sedikit memaksa agar dia menunjukkan bilik Syazwi kepadaku.
Aku memerhatikan bilik keadaan bilik Syazwi.Kemas.Macam tuan dia juga.Perempuan tadi dah kembali ke tempat asalnya.Itupun setelah menasihati aku agar jangan menyentuh barang-barang yang ada dalam bilik nie.
Macam lah aku nie dari zaman Gua.Tengok sofa nak sentuh.Bila nampak kipas…pandang dengan pandangan yang teruja.Kalau nampak kerusi pulak,melompat macam orang gila atas kerusi.Macam tu ke?
Aku membaringkan diri di atas sofa.Bila bosan,aku bangun.Almari buku milik Syazwi pula aku hampiri.Sekadar melihat.Sentuh dan belek pun buat apa??Aku bukannya reti sangat pasal Syariah nie.
Aku kembali ke meja Syazwi.Duduk-duduk di situ sambil memusing-musingkan kerusi.Mataku jatuh pada mangkuk tingkat di atas meja.Aku yang bawa tadi.Tak buat.Cuma pesan pada Keylene.Cari kan lauk dan nasi.Lepas tu letak dalam mangkuk tingkat.Entah mangkuk tingkat siapa dia rembat.Pink bukan main.
“Maiya?,”Syazwi muncul di balik pintu.Aku tersentak.Serta merta aku bangun.
“Hye…,”aku melambaikan tangan.
Telefon bimbit milik Syazwi tiba-tiba aje berdering.
“Raqwan call.Kejap ya…,”Syazwi aku kira ingin bercakap di luar.
“Argh…kepala saya….sakit!!!,”aku menggedik di situ.Konon sakit.Bukan apa..nak tengok antara aku yang sakit nie dengan panggilan telefon dari Raqwan,mana yang lebih penting?Kalau dia angkat call Raqwan dan tinggalkan aku menderita kesakitan dekat sini maknanya aku langsung tak ada apa-apa erti dalam hati dia.
Kalau dia sanggup tolak tepi call Raqwan dan pergi dekat aku..tu maknanya Syazwi suka dekat aku.Ahem.Dia tak nak orang yang dia sayang menanggung kesakitan sorang-sorang.
Bibir aku mekar dengan senyuman bila Syazwi menghampiri.Handsetnya kembali ke dalam poket.Syazwi suka aku!!
haha..suke betul dengan maiya..cepat smbung..hehe
ReplyDeletesun perasannyee...
ReplyDeletedia nmpak awk dlm kesusahan mst la die tolong...
haha...
smbg2~
syazwi dgn alimnya....maiya dgn huru-haranya......boleh ke bersama????
ReplyDeleteapapun, best!!!!! i follow..............
cehhh!!hipotesis yg menjd!!suke r tuh!!
ReplyDeletesufi (",)