Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Thursday, December 31, 2009

I Warn You!! (20)~end

Aku masih sedap baring-baring atas katil…Malisa pergi toilet..Tadi baru aje aku lepas makan malam dengan keluarga Malisa.Sempat lah jugak beramah tamah..Ikut diorang gelak sama-sama…Borak-borak..Tolong Malisa dengan mak dia basuh pinggan mangkuk.

Telefon aku tiba-tiba aje berdering…

Serta merta jantung aku berdegup makin laju…Siapa telefon?Abah?

Aku capai handset yang letaknya tak berapa jauh dari aku.Wafa…Butang hijau aku tekan.

“Assalamualaikum….,”kedengaran suara di hujung sana memberi salam…

“Waalaikummussalam….Wafa…,”

“Nurul…akhirnya dapat jugak aku call kau…kau kat mana?Kau sihat?,”

Aku jadi sebak tiba-tiba.

“Aku?Aku sihat…kau macam mana?,”

Tawa kecil Wafa berkumandang di telinga aku.

“Sihat….kau tahu tak…Anuar dah setuju kahwin dengan aku…,”

“Betul ker Wafa?Bagus lah..aku tumpang gembira…,”walaupun terkejut bila dengar berita tu…aku tumpang gembira kalau Wafa bahagia..

“Macam mana Anuar boleh setuju?,”aku teringin jugak nak tahu.

“Puas jugak lah ayah aku kejar dia dengan parang…baru lah dia setuju…kau pun kenal ayah aku kan?Baran dia lebih kurang abah kau…er..kurang lah sikit dari abah kau..,”

“Okey…aku mengaku abah aku garang….,”

“Jadi sebab tu la kau lari?Kau dah tahu yang abah kau tunangkan kau dengan Syafiq?,”

“Dah….,”aku senyum.

“Aku dengar mak dengan ayah aku cakap…yang Syed jumpa abah kau…Dia cakap dia tak nak tunang dengan kau..Sebabnya dia dah ada pilihan dia sendiri…,”

“Ye ker?Syed cakap macam tu?,”hati aku berbunga-bunga…tak sangka Syed sanggup jumpa abah aku..Baiknya hati kau Syed..

“Yarp…,”

“Tapi kan Wafa…setahu aku…abah aku tak suka Syafiq…kalau tak suka…kenapa terima Syafiq?,”

Diam di sana..

“Aku pun tak tahu…mungkin abah kau dah sedar..yang nak kahwinnya kau..bukan dia..jadi dia tak ada hak nak paksa-paksa kau…Nurul…abah kau baik…dia cuba jadi abah yang baik…kenapa kau tak cuba sendiri untuk selami hati dia?,”

“Aku pernah cuba dulu…tapi aku tak boleh…kalau orang lain boleh kamceng dengan abah dia..AKu tak akan pernah boleh…Abah selalu serius…Aku nak tengok dia senyum punyalah susah…,”

“Tu dulu…kalau dulu kau gagal nak selami hati dia…tak semestinya sekarang pun kau gagal…,”

Wafa memang ada bakat untuk jadi pakar motivasi.Kata-kata dia banyak menyedarkan aku.

“Nurul….kau balik yer…aku tunggu kau….besok aku akan nikah dengan Anuar…aku nak kau ada masa tu nanti…Kau balik tau!,”Tik..bunyi talian diputuskan.

Hah?Besok Wafa kahwin dengan Anuar?Cepatnya….

*****************************

Syafiq pandang Pak Lang dan Mak Langnya berulang kali.

“Kamu buat apa dekat situ malam2 Syafiq?,”

Syafiq tersengih..Buat sakit tekak dia aje jerit kuat-kuat…Ingat jembalang mana…Pak Lang rupanya…

Macam mana lah dia boleh sampai terlupa yang Pak Lang dia tu Penggali kubur.Syahrein pula mengambil keputusan untuk diam..Cuma mulutnya sahaja laju menghirup air yang disediakan Mak Lang.

Lepas sesi jerit-jerit tadi…Pak Lang heret dia dengan Syahrein balik rumah Pak Lang.

“Saya dengan Syahrein pergi melawat kubur arwah mama..tak sangka lah pulak boleh jumpa Pak Lang….siapa yang meninggal Pak Lang?,”

“Syafiq…anak Pak Hussein…merempit sangat..tu lah padahnya…keluarga arwah nak kebumikan lepas Isyak…itu yang Pak Lang gali…,”

“Ooo….,”serun betul…Makin takut lagi bila yang mati tu pun namanya Syafiq..Nama Syafiq kan common..biasa….ramai yang guna nama nie.

Dia pun dulu pernah la jugak merempit sekali-sekala….Hanya berhenti bila mama Karina start membebel dan bila dia start jatuh hati kat Nurul…nak tackle Ketua Pengawas…kena lah buang perangai lama kan?

“Lama tak nampak muka…baru balik ker Syafiq?,”Mak Lang pula ambil tugas Pak Lang untuk bertanya.

“Ha ah….baru sampai petang tadi….Ingat besok nak balik KL…,”

“Syafiq tak sabar nak kahwin tu mak cik….,”Syahrein menyampuk…

Eh…dia nie..ingatkan dah bisu…Tak sangka tahu pulak bercakap….

“Syafiq dah nak kahwin?,”

Syafiq senyum.Rupa terperanjat Mak Lang dengan Pak Lang disambut dengan tenang.

“Mana ada Mak Lang…Syahrein nie pandai-pandai aje buat cerita.Saya baru aje bertunang…,”

“Dah bertunang?Dengan siapa?,”senyum Mak Lang sampai ke telinga.

“Nurul Fathinia….,”ada semacam satu perasaan bila dia sebut nama Nurul..Ini lah yang dinamakan cinta..

“Nurul?Macam kenal…ohh…anak polis tu?,”Pak Lang nampak teruja.

“Betul lah tu Pak Lang…Nurul anak polis…,”Syafiq ikut excited…tak sangka Pak Lang pun kenal tunang dia.

“Anak Mustafa?,”sekali lagi Pak Lang meneka.

“Chantek Pak Lang…betul Pak Lang…betul….,”

Pak Lang ketawa….

“La…orang dekat aje lah rupanya….,”

“Bila Fiq kahwin nanti..Pak Lang dengan Mak Lang jangan lupa datang tau….,”

“Insyaallah……kalau tak ada aral…,”

“Err…Pak Lang..kami mintak diri dulu lah ya…macam dah lama dah kat sini…,”

“Tak nak singgah makan ker?,”Mak Lang pelawa.

Perut memang lapar…jika dibandingkan lauk dingin yang dia bawak balik petang tadi…lauk Mak lang mesti lagi best.

“Tak apa lah Pak Lang...Mak Lang…kami makan nasik dingin aje kat rumah…,”buat-buat sedih.

“Makan lah kat sini…baru lah meriah sikit…kami pun berdua aje…,”

Mata makin bersinar…

“Okey lah…kami makan dekat sini…Mak Lang pun asyik memaksa aje…tak nak lah kecewakan Mak Lang dengan Pak Lang….,”

Pak Lang dengan Mak Lang tersenyum simpul.

**************************

Aku sumbat beg aku ke dalam kereta MyVi kepunyaan aku.Malisa memerhatikan aku dengan wajah yang sendu.

“Nurul…kau bawak kereta tu elok2…,”air mata Malisa turun laju menuruni pipi.

“Kau jangan risau lah Lisa…aku dah expert…eh…kau jaga diri kau tau….jangan rindu-rindu dekat aku…,”

Aku menghampiri Malisa..Saling berbalas pelukan.

“Kau dengan Daniel macam mana?,”

“Macam mana apa?,”Malisa pura-pura bertanya.

“Bukan kau dah lama suka dekat dia?,”

Malisa meledakkan tawa.

“Aku dengan Daniel…kisah kitorang lambat lagi….Masa banyak lagi…kitorang pun muda lagi….biarlah kawan aje dulu….,”

Malisa senyum malu.Biarlah ‘kawan’ aje dulu…Dalam maknanya tu….tak kisah la..asalkan Malisa bahagia…

**************************

Aku tutup pintu kereta rapat-rapat.Dalam rumah masih terang benderang.Ini yang aku takut nie…

Lambat-lambat aku buka kasut…aku tinggalkan kasut di hadapan pintu sebelum tangan aku mencapai tombol pintu.Aku buka pintu pelan-pelan.

Jam di dinding sempat aku perhatikan..Pukul 2 pagi…

Aku nampak kelibat abah sedang tengok tv.Perut makin kecut.Abah tak tidur lagi?Atau abah tunggu aku balik?

Aku tahu abah dengar bunyi pintu yang aku bukak..tapi kenapa abah Cuma diam?Abah langsung tak bagi respon apa-apa.

Abah….maafkan Nurul…abah….

Air mata aku jatuh ke atas lantai.Aku menghampiri abah.Tangan abah aku capai.Aku salam dan cium tangan abah.

“Abah…Nurul minta maaf…Nurul dah banyak buat salah pada abah…Nurul minta maaf abah…Nurul tahu Nurul nie teruk…Abah maafkan Nurul ya?,”aku goyang-goyangkan tangan abah.

Kebekuan abah menyebabkan air mata aku menitis kian laju.Abah…aku dah teresak-esak..

“Abah…Nurul tahu..Nurul salah…Nurul janji Nurul tak buat lagi….,”

“Nurul…abah dah lama maafkan Nurul…,”terasa ada tangan yang mengusap-usap kepala aku.

Aku pandang abah.Mata abah berair.

“Abah tahu abah terlalu memaksa Nurul selama nie..Abah nak Nurul ikut cakap Abah..tapi abah tak pernah nak fikir perasaan anak abah nie…Abah kongkong Nurul…Abah nie memang tak guna…,”

Mata aku makin merah.

“Tak…Nurul yang salah…….abah tak pernah salah…abah cuba lindungi Nurul…Abah Cuma nak yang terbaik untuk Nurul…,”

Abah terangguk-angguk..

“Nurul…..Nurul dah balik?,”aku toleh belakang.

“Mak!!!!Nurul rindu mak!!!,”aku peluk emak erat-erat.

Sedih…pilu…lepas nie aku janji…aku tak akan lari lagi….lari bukan penyelesaian sesuatu masalah..

**********************

Keesokannya tu.. Wafa kahwin..Meriah majlis perkahwinan Wafa…Aku ada nampak kelibat Anuar...Syukur lah kalau Anuar cuba untuk berubah..

Aku akan sentiasa mengharapkan kebahagiaaan diorang.Rahsia yang Wafa baru beritahu aku ….Rupanya Anuar pernah chatting dengan aku dekat alam maya.

Mat Hip Hop yang miang-miang tu Anuar rupanya...

Kadang-kadang alam maya pun boleh pertemukan orang…tak hairanlah ada yang sampai ke jinjang pelamin lepas berkenalan dekat laman friendster.

Aku pandang cermin di hadapanku lama.Hari ini hari bahagia aku.Hari pernikahan aku dan Syafiq.Sayangnya Amira tak dapat datang…

“Hei minah…dah2 la telek muka sendiri….lawa dah tu..cun melecun,”aku hanya tergelak bila dengar sindiran Malisa.

Malisa jeles la tu..cakap aje lah yang dia pun nak kahwin jugak.

Wafa khusyuk merapikan solekan di muka aku.Dia yang jadi mak andam aku hari nie.

“Eh…dah pukul berapa nie?,”aku tanya Malisa.

Malisa pandang jam di tangannya.

“1.30…..pak imam datang pukul 2 kan?,”

Aku mengangguk..Tiba-tiba rasa nervous.Sendi-sendi aku nie rasa macam nak tercabut.Tak sampai sejam lagi aku akan jadi isteri sah Syafiq.

Tok!Tok!

Muncul Syahrein di balik pintu.

“Apa nie?Lelaki mana boleh masuk!,”Malisa bercekak pinggang.Tunjuk garang.

“Aku datang bawak mesej….,”

“Apa?,”aku pusing belakang.

“Mesej dari Syafiq…..dia sekarang tengah bersiap dekat rumah..,”

Aku capai huluran kertas yang berlipat tu.Syahrein pun keluar.Tangan aku pun buka lah surat tu.Malisa ngan Wafa ikut jenguk.

Orang pernah cakap cinta tu memang buta.Saya langsung tak pernah tahu erti cinta…erti rindu…hinggalah saya jumpa awak.

Awak istimewa sangat…bila first time awak tulis nama saya..saya memang marah…Sebab awak… saya terpaksa menghadap muka cikgu bermisai.

Tapi tu cerita dulu…saya tak tahu mana silapnya..bila saya tiba-tiba tangkap cintun dengan awak.

Saya sendiri report dekat awak tempat saya dengan kawan-kawan saya tengah ponteng.Tempat kitorang merokok..Sebabnya…saya suka tengok muka awak..Saya suka tengok muka awak bila awak marah.Kalaulah diorang tahu saya yang beritahu awak.

Saya pernah curi-curi tengok awak…dekat library…malu betul bila awak perasan.Ye lah…saya tenung awak macam gaya nak makan orang..mananya awak tak perasan.

Lagi segan bila awak sound saya straight to point.Saya suka kacau awak..suka marah awak…

Nurul Fathinia…saya ikhlas sayangkan awak..

SPY>>>Syafiq

“Lah…dia baru beritahu hari nie ker?,”ada nada tak puas hati pada suara Malisa.

Aku tenung Malisa penuh syak wasangka.

“Kau dah lama tahu?,”

Malisa tersengih-sengih.

“Dia pernah kantoi dengan aku…,”Malisa jadi serba salah.

“Bila?,”

“Lama dah…masa time sekolah dulu..masa tu dia nak letak kertas bawah meja kau…,”

Aku ketap bibir.

“Kau tak pernah beritahu aku pun…,”

“Sorry….aku dah janji dengan Syafiq….,”

Perlahan-lahan senyuman bercambah di bibir aku.

“Tak kisah la kan…cerita lama….yang penting sekarang..tak lama lagi dia jadi husband aku…,”aku sengih sambil pandang Wafa ngan Malisa.

****************************

“Mana sampin aku?Hilang dah…habislah….,”Syafiq bersuara risau.Dia kelam kabut mencari.

“Atas katil kau tu ape?,”Daniel separuh menyindir.

“Ha ah la..ye lah…tak perasan pulak…,”Syafiq capai sampin yang berwarna putih itu.Segera dipakai dipinggang.

Lepas siap pakai sampin…Syafiq lama menghadap cermin.Rambutnya dirapikan segera.Buat cacak-cacak sikit.

Rambutnya ditegakkan ke atas.Guna brylcreem gel…baru tahan lama.

Ada pulak tangan yang menyibuk..rambut yang dia susah payah tegakkan sengaja dileperkan.

“Kau nie kenapa Daniel?,”geram betul…dah la sekarang nie dia tengah kejar masa.

“Tak lama lagi kau kan dah nak jadi suami orang…agak-agak lah sikit oi…tak akan lah nak buat rambut jenis goku jugak?,”

“Takde2….suami ker tak suami….dah aku suka rambut jenis camtu…,”Syafiq kembali mencacakkan rambut.Daniel nak suruh dia pergi nikah dengan rambut mamat jambul ala zaman 80 an?Tak mungkin.Dah la macam nerd..sumpah akan kena gelak.

Daniel mencemik.

******************

Daniel jadi pemandu Syafiq hari nie.Kereta BMW milik Syafiq segera dipandu laju.Mereka dah lambat.

Jam pun dah pukul 1.40 petang.Semua orang dah pergi rumah Nurul…yang masih lagi belum sampai-sampai…dia dengan Daniel.

Streettttttttttttttttttt…..

Syafiq terdorong ke hadapan.Nasib baik kepalanya tak terhantuk kena cermin hadapan kereta.Kalau tak mesti cacat rupa dia….Pengantin akad nikah dengan muka calar-balar.

“Bawak tu elok-elok lah sikit!,”Syafiq menghamburkan rasa marah.

“Bukan aku…minah tu tiba-tiba aje tahan!!!,”Daniel ikut marah.

“Minah mana?,”mata Syafiq terhala ke arah hadapan.

“Siapa tu?,”Syafiq siku lengan Daniel.

Daniel menjungkitkan bahu.Dia pun tak kenal.

“Abang Syafiq!!!!Abang tak boleh kahwin!!!!,”

Syafiq mengurut dada.Terkeju beruk bila perempuan yang tengah mendepangkan tangan tu menjerit kuat.Dah la sebut nama dia.

“Kau..kau keluar lah…,”Daniel pula menyuruh.

Syafiq jeling jam dalam kereta.Pukul 1.45…kacau betul..nak tak nak Syafiq turun dari kereta.

Melihat dia turun..perempuan tu terus mengalirkan air mata.

“Abang Syafiq…abang tak boleh kahwin….,”Syafiq menggaru kepala yang tak gatal.Ah sudah….apa pulak nie?

Lagi satu…siapa perempuan nie…?Macam pernah nampak..

“Kau nie sape?,”dah memang tak ingat…dia tanya aje lah siapa gerangan nya…

“Abang Syafiq…nie I lah…Niela…..,”

Niela mana pulak nie?Hadui…makin serabut kepala dia..dah la sekarang nie dia dengan Daniel tengah kejar masa.

“I nie kawan Shaliza..yang you pijak kaki I dulu..tolong lah…you jangan kahwin…..tolong lah jangan kahwin yer?I sayang sangat you…I love you Syafiq…,”

Lah…minah tu…yang gediks2 tu….parah dah budak zaman sekarang nie.

“Adik…adik belajar rajin2 yer…sekolah pun tak habis lagi..tak payah la fikir pasal cinta-cinta nie semua….,”nasihat tu macam kelat di kerongkongnya….bunyi macam kena batang hidung sendiri.

Dia dulu masa time sekolah pun perangai gedik-gedik.Nak mengorat Nurul lah katakan.Tak kisah dah pasal dah habis study ker belum.Yang penting….i love u Nurul…

Si Niela makin kuat melalak.Problem…problem…dia dah tak reti nak buat apa…Lantak kau lah Niela.Syafiq segera berlalu ke kereta.

Baru selangkah dia berjalan….kaki dia tak boleh bergerak.

Apasal nie?Cramp ker?

Rupanya ada tangan yang peluk kaki dia..

“Abang Syfiq…tolong lah Abang Syafiq…….,”

“Adik…..dah la tu….apa cakap orang nanti….kereta dekat belakang pun dah bersusun….,”Daniel keluar dari kereta.

“Dah la tu…kita tak boleh nak paksa orang terima kita…Perempuan yang baik…untuk lelaki yang baik….insyaallah tak lama lagi akan ada orang yang betul-betul suka dekat adik….percayalah cakap abang….,”

Niela mengesat air mata di pipi…Pelan-pelan tangannya terungkai.

*********************

“Cepat Daniel…dah nak pukul 2 dah nie….,”

Daniel melajukan lagi kereta.

Syafiq betul-betul terhutang budi pada Daniel…kalau la Daniel tak ada…entah macam mana lah dia agaknya..Dia bukannya reti nak pujuk orang.

Tepat jam 2.01 minit.Mereka sampai juga kat rumah Nurul.Masa tu barulah masing-masing tarik nafas lega.

Sampai juga akhirnya…Lambat pun seminit aje.

Bila jejak kaki kat dalam rumah Nurul….Tok Kadi dah pun menunggu.

Jantung tiba-tiba aje berdebar tak tentu fasal…darah gemuruh tiba-tiba aje datang.Masalah betul…masa nie pulak dia rasa nak pergi tandas.

Peluh pun dah menitik-nitik.

“Relaks Fiq…relaks..tarik nafas tu dalam-dalam….,”Daddy tepuk belakang dia…Mungkin daddy perasan anak teruna dia yang sorang nie tengah gelabah gila.

Huluran air mineral oleh Syahrein segera disambut.Sempatlah jugak hirup seteguk dua.Syafiq duduk di atas tempat dia yang sepatutnya.Depan Tok Kadi.

Nurul ada dekat situ…Mata dia sempat jugaklah usyar-usyar Nurul.

Tok Kadi pun mula lah berkata-kata…..cakap itu ini…

“Mohd Syafiq Azriel Bin Mohd Luthfi?,”

“Ya…saya …,”

“Aku nikahkan dikau dengan Nurul Fathinia Binti Mustafa dengan mas kahwinnya lima puluh ringgit tunai…,”tangan Syafiq digoyangkan.

Syafiq sedikit tersentak…

“Aku terima nikahnya Nurul Fathinia Binti Mustafa dengan mas kahwin lima puluh ringgit tunai…,”

Sekali nafas dia melafazkan.Nasib baik tak tergagap-gagap..kalau tak buat malu kampung aje…Syafiq taiko masa sekolah dulu kena akad nikah dua kali…Syafiq yang rambut spike tu gagap rupanya….Tak ker sedih kalau orang cakap macam tu?

“Sah?,”

“Sah…,”

Selesai jugak…Semua orang di situ sama-sama mengaminkan doa.Akhirnya dia selamat dinikahkan dengan Nurul.Sekarang dia punya tanggungjawab yang lebih besar..jadi suami orang.

Minggu depan..dia dengan Nurul akan sama-sama daftar masuk Universiti…

*******************************

Syafiq turun ke bawah dengan muka yang masih mengantuk.Dia menguap perlahan…Mata dia memandang sekeliling.Tengah cari seseorang.

“Mummy….Nurul mana?,”

Puan Sri Yasmin tersengih sambil pandang dia…Daddy yang tengah kunyah roti pun ikut senyum.

“Hai..baru dua hari kahwin…tak akan isteri sendiri pun hilang?,”mummy macam menyindir aje..

Takpe2…

Syafiq tarik kerusi.Sandwich di atas meja terus dicapai.Syafiq diam membisu.Pura-pura terasa dengan kata-kata mummy.

Ada…dekat luar tu..tengah main chess dengan Syahrein…,”

Syafiq senyum meleret..Laju sahaja dia pergi ke luar.Nak biar Nurul main chess sorang-sorang dengan Syahrein?Tak boleh jadi nie…

***************

“Okey sayang..gerak King tu belah sana….,”

“Alah sayang….salah tu…cuba bawak kuda tu pergi tepi…,”

Syahrein jeling tajam.

“Sibuk!Mana aci..mana boleh tolong Nurul….biarlah dia jalan sendiri….,”

Syafiq ketawa.

“Aku nie husband yang perihatin okey….,”

Otak aku masih laju duk berfikir.Nak gerak kan apa ya?

“Psstt…gerak King tu kat situ….,”Syafiq pulak berbisik.Aku mengangguk-angguk.Tadi Syafiq dah tolong aku….Pandai jugak Syafiq nasihatkan aku..buktinya aku dah makan dua bijik rakyat Syahrein.

Aku menggerakkkan seperti yang Syafiq suruh.

“Checkmate…..,”Syahrein senyum meleret.

“Tipu!!!,”aku dah tak puas hati….sedih nya bila kalah…

Syahrein dengan Syafiq saling gelak-gelak.

“Thank you lah bro…kau lah penyelamat aku….,”Syahrein tepuk-tepuk bahu Syafiq.

“Alah…biasalah tu…..upah dia tak banyak…..ajar aku bawak kereta aje…,”

“Syafiq!!!!!!,”muka aku masam mencuka.

“Relaks sayang..okey abang marah Syahrein…Ahem…kau nie Syahrein…..sampai hati kau makan King Nurul….,”Syafiq pura-pura marah.

Permulaan hidup kami…nak jadi isteri Syafiq nie kena banyak bersabar…




TAMAT



p/s: janji tetap janji ;)…akhirnya….lepas berbulan2……habis jugak citer nie…writer masih lg bertatih dlm dunia penulisan…byk lg yg prlu dibaiki…ape pun..terima kasih pada yg sudi baca…

39 comments:

  1. Best cite ni n
    good job for you.
    Lepas ni leh wat part 2,
    pasal rumah tngga dieorg lak ke?
    Ape-ape pun memng best gile
    cite ni.(^_^)

    ReplyDelete
  2. ala...dh abis dh...
    best sngt citer nie..
    suke2..thniah 2 writer...
    nnt wt citer y best2 lg..

    ReplyDelete
  3. akhirnya......... best bahagian penamat ini... apapun, akak follow..........................

    ReplyDelete
  4. ermmmm...
    dah habis pulak !
    hehheehe..
    tpi bezz lorh...
    tahniah yer writer !
    =D

    -shahieka-

    ReplyDelete
  5. yay! beatlah ending diee.
    comell jehh :DD
    suke suke
    klu cite nih dipnjgkn lagi mesti bestt :)

    ReplyDelete
  6. nice..
    hepi ending...
    ske3...!
    :-D
    hope ade bnyk ag ctr yg bst..
    good job...

    ReplyDelete
  7. best...
    ermmm akhirnya...
    sambung la pulak cte saudari semah tu hehe
    :)

    ReplyDelete
  8. best3!!
    yupp!
    btl tuh!
    nnti smbg la plak saudari semah..
    cter tuh best gak..

    ReplyDelete
  9. dah abissssssssssss..
    pas nie wat sequal die lak tau..
    nk tau gak dorg nyer live mse kawin..
    sweet nyerrrr

    ReplyDelete
  10. lily..

    cumell jek cite ny..gud job writers..
    korunk besh!!

    ReplyDelete
  11. bpak best la.. huhu.. nice je.. pape pon,all the best k! xD

    ReplyDelete
  12. best laa cerita ini

    ReplyDelete
  13. rindu pulak kat diorang... kan best kalu sambung lg lepas diorang kawin.. hehe..

    yana: good luck 4 SPM..

    ReplyDelete
  14. Bagus... Bagus.. Saya suka.... Nice... Teruskan berkarya... Saya akan terus menyokong anda... <--- Gila skema ayat neh... huhu...

    ReplyDelete
  15. firstly baca satu cerita yg bderet2 ni..xda boring langsung..
    hahahahaha..seriusly sgt2 la hapy...kakaka..kelakar n best sgt2x..
    wa yg dah tua nih pun dok tsengih sorang2 mgenang kisah zaman sekolah.. tp appun..gud2x..syg giler kat penulis nih...tbaik la dik oii.. adoyai...suka sgt2x..hak3x...ending yg pling best n tbaik~

    ReplyDelete
  16. alaa sweet nye ending dye...
    huhuuhu
    ^_^

    ReplyDelete
  17. Salam...

    Tahniah penulis, cerita yang santai tapi cute.
    Ada part yang tersenyum sendiri bila membacanya.

    ReplyDelete
  18. wow!best g-ler!!!tahniah r...klu smbg part2 pun ok gak tuh!heh...

    ReplyDelete
  19. wow!!1best g-ler!sempoi!sentap pun ade gak!bgs tul!ade statement yg aku amik sbb aku suke!nway..makasih...klu smbg part 2 pun ok gak tuh!...B-D...

    Sufi (",)

    ReplyDelete
  20. Wey~~~ bestnya citer ni. aku ni dulu ska la bca nvel, pastu perenti dah baca, coz boring byk nvel jiwang sgt. tapi citer ni mmg best giler.. tak sia-sia baca.. tahniah tuk penulis.. ^___^

    ReplyDelete
  21. hmmm sy baru je 4lo blog nie mlm nie n trus jew baca novel nie...
    best sgt2... good job writer...
    btw, lpas nie nk usya cite2 lain yg ade lpak la... huhuhu

    ReplyDelete
  22. wahhh. best-2. :D

    *Ainnur

    ReplyDelete
  23. best sgt2 nOvel nie-:)

    ReplyDelete
  24. best giler. wt la smbungannye lg..............

    ReplyDelete
  25. 'Syafiq yang rambut spike tu gagap rupanya….Tak ker sedih kalau orang cakap macam tu?'
    “Relaks sayang..okey abang marah Syahrein…Ahem…kau nie Syahrein…..sampai hati kau makan King Nurul….,”Syafiq pura-pura marah.
    -memang xbole blahhhhhh~~ XDXDXDXD~good job!!

    ReplyDelete
  26. haha ...funnyla citer ni

    ReplyDelete
  27. cite nie best sgt,....tp agk xmatured skit..hehe..jus sharing my opinion.. ;)
    pape pon..manto0p!!

    ReplyDelete
  28. sweet giler ! kak yana ur cter ar best laa.i can see how's nurul n shafiq life . full of funny mesti meriah kan ?

    ReplyDelete
  29. Sgt sgt sgt sweeeeeet..mcm x puas je bce

    ReplyDelete
  30. hoho. sgt best.
    mula2 rasa kurang jugak, muda2 dah kawin.
    haha, tp ok lar.
    ikut syariat, kan?
    kehkeh.
    sgt best!
    thumbs up writer!

    ReplyDelete