Aku menoleh ke arah belakang.Lelaki yang memakai kemeja putih tu dah menurunkan tangan.
“Ohhh..really?,”dia tersenyum sinis ke arah Syafiq.
“Benda kau buat nie?…,”aku menyiku lengan Syafiq.
“Aku…aku….aku..ahh..dah la..Jom balik meja kita..,”Syafiq menarik lengan bajuku kembali ke tempat duduk.
Malisa memerhati pergerakanku.Lama.
“Kau dapat tak nombor dia?,”laju mulutnya bertanya.
“Tak…dia tu perasan bagus la,”aku meluahkan rasa meluat.
Malisa meledakkan tawa.
“Fuuh…selamat duit aku..,”dia bersuara lega.
“Ehh…diorang dah nak balik la…,”Daniel menunjukkan ke satu arah.Kami semua memandang ke arah kumpulan lelaki berkenaan.
“Mamat putih tu datang kat sini la…,”Amira mencuit lenganku.Aku memerhati lelaki berkenaan.
“Ha ah..ye lah…,”aku turut mengiakan apabila menyedari langkah kaki lelaki berkenaan semakin menghampiri.
“Call saya….,”terkejut beruk aku bila mamat yang pakai baju putih tu menyuakan sekeping kertas yang dah tercatit nombornya.Sedikit teragak-agak aku mengambil.
“Thanks,”aku menjawab perlahan.Tak sangka betul…ingatkan mamat nie tak nak kasi..
Halif- 013-9XXXXXX
Halif rupanya nama dia.Aku sengaja menayang-nayang kertas berkenaan pada Malisa.
“Seratus ringgit..jangan lupa yerkk,”Malisa dah tarik muka.Siapa tak sedih bila duit melayang.Itulah..siapa suruh pandai-pandai tabur janji.
“1.30 dah nie…tak nak balik ker?,”Syafiq bertanya.Dia memandang ke arah kami seorang demi seorang.
“Dah pukul 1.30?Jom2…,”Malisa mula bangun dari kerusi.Aku menuruti langkah Malisa.
“Okey..jom balik..Nurul..kau nak balik dengan sape?,”pertanyaan daripada Daniel menyedarkan aku.
“Biar aku balik jalan kaki aje lah…,”aku menjawab senang.
“Pagi2 buta nie kau nak jalan sorang2?,”Daniel bertanya tidak percaya.Aku sekadar menganggukkan kepala.
“Kita hantar Nurul balik nak?,”Syafiq pula mencadangkan.
“Kita?Eleh..kita ker kau yang nak hantar Nurul balik?,”sampuk Amira dengan senyum yang mekar di bibir.
“Aku boleh aje…takut Nurul pulak yang tak nak…,”Syafiq tersenyum.Aku mencemikkan muka.
Setelah lama berbincang…akhirnya mereka sepakat untuk menghantar aku pulang.Aku,Mira dan Syafiq berjalan kaki sementara Daniel dengan Malisa excort dengan motosikal.Terharu betul aku.Ini yang buat aku sedih nak tinggalkan tempat nie.
“Mana kertas tadi?,”Syafiq menghilangkan kebisuan antara kami berlima.Aku menghulurkan kertas yang dah berlipat itu kepadanya tanpa syak wasangka.
“Kau nak ker kertas nie?,”Syafiq bertanya perlahan.Aku dan Amira saling pandang-memandang.
“Kenapa pulak?,”
“Aku tanya….nak ke tak nak?,”
“Aku tak kisah pun…kertas tu bukan penting sangat..,”
“Betul nie tak kisah?,”Syafiq dah tersenyum lebar.
Bila aku dah mengangguk tangannya laju menyiat kertas yang tertulis nama Halif tu..Terkebil-kebil aku melihat tindakannya itu.
“Hoi!!!Yang kau siat tu kenapa?,”sergah Amira kuat.Dia menahan perbuatan Syafiq.
“Nurul kata dia tak kisah..so aku siat lah,”Syafiq mempertahankan perbuatannya.
“Tapi aku kisah!,”Amira bersuara garang.Kata-kata Amira itu mengejutkan aku,Daniel,Malisa dan Syafiq.Tawa kami meledak kuat.
“Kantoi…kenapa tak cakap awal-awal yang kau syok kat Halif tu…,”aku menggeleng-gelengkan kepala.
“Patut lah kau beria suruh Nurul pergi mintak nombor telefon dia…,”Malisa ketawa kecil.
“Dah korang tak tanya…,”Amira bersuara sedih.
“Sorry ye Mira…nanti aku tolong kau cellotape balik,”Syafiq dah rasa bersalah.Yelah..sesedap hati aje dia koyakkan kertas tu..
“Tak apa lah…biar aje lah…salah aku.Tak cakap awal-awal..eh Nurul…kita dah sampai dekat rumah kau la..,”Amira memeluk erat tubuhku.
“Adios lah korang.Thanks for this night.I appreciate it,”aku
“No hal…,”Daniel melambai-lambai
****************************************************************
Aku mundar-mandir di belakang rumah.Mampus aku!Macam mana nak masuk nie?Tadi turun ikut tingkap.Sekarang?Takkan lah aku nak ketuk pintu depan pulak.Hish…tak boleh jadi nie.Aku mengeluarkan telefon bimbit yang sempat aku sumbatkan ke dalam poket sebelum aku terjun daripada tingkap.Lupa…handset aku tak ada bateri.Aku memasukkan kembali ke dalam poket keluar.
Huh.Dah tak ada cara lain.Terpaksalah guna kaedah
Kenapa mak dengan abah tak kunci pintu dapur?Pelik jugak aku…Baru sahaja selangkah aku menapak.Muka nie dah rasa pucat lesi.Macam tak percaya abah sedang berdiri di hadapan aku.Air mata nie rasa nak menitis.Teruk lah aku kena.
“Sejak bila Nurul berani keluar malam nie??!!,”suara abah seperti halilintar menerobos masuk cuping telingaku.Aku tunduk memandang lantai.Dah nyata…aku langsung tak ada bakat nak curi-curi keluar daripada rumah.Percubaan kali pertama aje aku dah kantoi dengan abah.
“
“Ini hah!Anak awak nie berani keluar rumah malam-malam.Nurul keluar dengan siapa?
“Nurul…Nurul…keluar dengan kawan aje abah..,”aku menjawab tersekat-sekat.Lutut nie dah lama menggeletar.
“Dengan kawan?huh..Ini mesti kamu melilau dekat kelab-kelab malam
“Tak..Nurul tak pergi tempat macam tu…,”aku menjawab lantang.Cuba untuk mempertahankan diri.Memang aku curi-curi keluar daripada rumah.Tapi tak terlintas langsung dalam fikiran aku nak pergi berkunjung ke tempat yang abah cakapkan tu.
“Kamu ingat abah nak percaya cakap kamu tu?Sini….mana handset kamu??,”kata-kata Abah masih dalam nada yang tinggi.
“Abah nak buat apa?,”aku bertanya takut-takut.Emak hanya memerhati.Tidak berani ingin campur tangan.
“Sini!Bagi dekat abah!Jangan sampai abah hilang sabar!,”kata-kata berbaur amaran itu menyebabkan aku menghulurkan handset milikku dengan perasaan yang berat hati kepada abah.
“Nah…jangan kamu mimpi nak berkawan lagi dengan kawan-kawan kamu yang tak bermoral tu!,”aku tak kisah kalau abah nak menghempaskan telefon bimbitku sampai berkecai di atas lantai.Hempas aje lah kalau itu boleh membuatkan abah rasa puas hati.
“Abah!!!!,”terjerit kecil aku apabila melihat abah mematah-matahkan kad sim telefon aku.Tanpa dipinta,air mataku laju menuruni pipi.
Abah langsung tidak mempedulikan jeritanku.Telefon bimbitku dibawa ke sinki.Aku hanya mampu menahan perasaan apabila abah menjiruskan telefon bimbit kepunyaanku dengan air panas.
“Jangan kamu berani lagi buat macam nie…,”abah bersuara tegas sebelum meninggalkan aku dan emak di dapur.
Aku duduk mengutip serpihan sim kad..Macam mana lepas nie?Aku dah tak boleh contact Malisa,Daniel…Semua nombor telefon aku simpan di dalam telefon bimbit.
“Nurul…dah la tu…masuk bilik,”emak
“Tak apa mak..mak naik dulu.Biar Nurul sorang-sorang,”ucapku perlahan dengan tangis yang masih bersisa.
Emak bangun.
“Esok..pagi-pagi lagi kita nak bertolak..tidur awal,”emak menutup lampu dapur.Tinggallah aku seorang diri dalam gelap.
Aku bangun menghampiri sinki.Kalau aku tahu ini yang akan berlaku…sumapah aku tak akan berani-berani
*****************************************************************
Rasanya seolah-olah baru semalam Nurul berpindah.Siapa sangka dah berbulan-bulan lamanya.Lepas aktiviti makan-makan dekat warung Mak Cik Kiah…semua orang dah tak dapat nak contact Nurul.Syafiq mengeluh.Nombor yang diberikan oleh Malisa ditekan untuk yang entah ke berapa kali.
‘Maaf..nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi’dah beribu kali rasanya dia tekan..Cuma operator telefon yang menjawab.Kalau betul ni nombor Nurul..kenapa dia buat semua orang macam nie?
Syafiq mengambil MP4 miliknya.Lagu nyanyian Republik itu sengaja dikuatkan.
Ku tlah miliki…
Rasa indahnya perihku..
Rasa hancurnya harapku..
Kau lepas cintaku..
Yang seakan abadi..
Sekalipun kau mengerti..
Sekalipun kau fahami..
Ku pikir ku salah mengertimu…
Ho…oo..
Aku…
Hanya ingin kau tahu…
Besarnya cintaku…
Tingginya khayalku bersamamu…
Lagu ini tak pernah membosankan.Terasa setiap bait-bait kata dalam lagu nie begitu dekat dengannya.
“Syafiq…Syafiq!!,”Syafiq sedikit tersentak.Dia mengurut-urut dada.Apalah mama nie…
“Ma…kenapa tak ketuk pintu dulu?Main redah aje…,”Syafiq mula menyatakan rasa tidak puas hati.
“Mama dah ketuk banyak kali tadi..Kamu tu..siapa suruh tak dengar.Tulah..melayan perasaan aje kerjanya,”Puan Karina mula membebel.Dia duduk di birai katil.Paha anak terunanya ditepuk perlahan.
“Besok dah result SPM…kamu dah sedia dah?Agak-agak kamu dapat berapa?,”Syafiq memeluk erat mamanya.
“Insyaallah ma…ma tolong doakan Syafiq dapat keputusan yang bagus yer,”Syafiq meletakkan kepalanya di bahu Puan Karina.
Puan Karina menggosok-gosok kepala Syafiq.
“Ma sentiasa doakan yang terbaik untuk Syafiq…,”
“Terima kasih ma..mama baik..tak macam ayah..,”
“Syafiq..tak baik cakap ayah macam tu.Apapun yang berlaku…dia tetap ayah Syafiq,”Puan Karina merenung tajam wajah Syafiq.Syafiq mendengus.
“Ayah apa macam tu ma?Kalau dia ayah Syafiq…kenapa dia tak pernah tunjukkan muka dia dekat kita?Sejak kecil ma…sejak Syafiq kecil lagi..Syafiq tak pernah tengok muka dia.Syafiq tak pernah jumpa dia.Patut ker Syafiq anggap dia ayah?,”Syafiq bersuara sedikit marah.Dia bencikan ayah.Sanggup ayah tinggalkan mama seorang diri untuk menyaranya.
“Syafiq!Hakikatnya dia tetap ayah Syafiq.Walauapapun yang Syafiq cakap..darah dia mengalir dalam diri Syafiq.Syafiq tetap anak Mohd Luthfi.Lagi satu…Syafiq kena hormatkan dia.Jangan Syafiq berani cakap kurang ajar depan dia macam nie,”Puan Karina keluar daripada bilik.
Syafiq menyepak kaki katil.Damn!
Mama nak dia hormatkan ayah?Ayah tak pernah muncul..jadi macam mana dia nak hormatkan ayah?Tak mungkin ada rasa sayang dalam hatinya untuk ayah.Dia bencikan ayah.
********************************************************************
“Woit Syafiq!!Kau dapat berapa?,”Syafiq menoleh ke arah belakang.Daniel dah tersengih-sengih di hadapannya.
“Aku??
“Kedekut ar..beritahu aje lah…kau dapat berapa?,”Daniel
“Lepas lah!!,”Syafiq memijak kaki Daniel.Daniel mengaduh kesakitan.
“Aku pakai selipar jepun..kau pakai kasut sport..mana aci macamtu!,”sempat lagi tangan Daniel menampar kuat belakang Syafiq.
“Weh2..dah2 la tu.Apelah korang nieh..nak ambik result pun gaduh,”muncul Malisa yang baru sahaja tiba.Sopan memakai baju kurung.
“Korang dapat berapa?,”Malisa bertanya.
“Aku?Dapat 10A1 aje,”Daniel menunjukkan resultnya.
“Kau Syafiq?,”Syafiq menyerahkan lambat-lambat slip peperiksaan.
“Aku dapat sikit jer…11A1 aje..,”dia membuat muka sedih.
“Eh..bukan ker kau ambik 12 subjek?,”Malisa bertanya.
“Err…er..,”belum pun sempat Syafiq bercakap..Daniel dah menyampuk..
“Ini mesti kau slack BI
“
“C?Haha..aku siap dapat A1 lagi..,”Daniel tersenyum bangga.
Syafiq merenung sahabatnya geram.Apa punya kawan la?!!Selamba aje gelakkan kawan.Dia tak tahu ker yang aku nie tengah berduka lara..Aku memang tak berapa nak terror English..nak buat mcam mana…
“Sombong ah kau..Berlagak ar tu.!,”Syafiq menunjal-nunjal kepala Daniel.
“Oiii.oi…kepala-kepala jangan main ek..,”Daniel
“Mira mana?Tak datang lagi?,”mata Daniel melilau memandang sekeliling.
“Dia ambil result lambat sikit….takut..,”Malisa menjawab jujur.
“He’eleh…penakut rupanya minah tu..kau pulak Lisa?Dapat berapa?,”Malisa dah tunduk merenung lantai.
“Aku…aku..result aku teruk la..satu pun tak dapat A…,”suara Malisa dah mula serak.Cuba untuk menahan tangis.
“
“Betul tu..yang penting kau dah
“Err..aku nak kena balik dulu nie.Celebrate dengan family aku.Kau Syafiq?Nak pergi mana?,”Daniel bertanya.
“Aku pun nak kena balik jugak nie.Mama aku dah tunggu dekat rumah..aku pergi dulu lah ye..Lain kali ada masa kita sembang lagi..tak pun korang rajin-rajin lah telefon aku,”Syafiq meminta diri.Tak sabar-sabar ingin pulang ke rumah.Bagaimana agaknya reaksi mama yer?
**********************************************************************
Syafiq menghentikan motosikal di perkarangan rumah.Halmet segera ditanggal.Derap kakinya laju melangkah menaiki tangga rumah.
“Ma!!!OOooo Ma!!,”mana mama nie?Matanya melilau mencari kelibat mama.Ruang dapur dijengah.Tak ada orang pun.
Kakinya berhenti di hadapan pintu bilik mama.Bilik itu tertutup rapat.Serba-salah dia mahu mengetuk pintu.
Tok!Tok!
Tidak ada balasan.Ah..gasaklah..dia memulas tombol pintu kayu.
“Mama…Fiq..,”tak jadi Syafiq untuk terus berkata-kata apabila melihat mama di atas sejadah.Sedang sujud.Dia kembali menutup pintu.
Tunggu mama dekat luar aje lah.Hati kecilnya berkata-kata.Syafiq melabuhkan diri di atas sofa di ruang tamu.Jam di dinding ditenung sekilas.1.40 petang.Dah tengahari rupanya.Terasa lama pulak dia berada di sekolah.Tadi,sempat jugaklah dia bersalam-salaman dengan guru2.Syukur Alhamdulillah..kedudukan sekolahnya di antara yang teratas.Ramai pelajar yang cemerlang.
Kalau lah Nurul masih ada.Mesti dia di antara pelajar yang berjaya mengharumkan nama sekolah.Macam mana Nurul sekarang nie?Sihat ker dia?Dia tak rindu kat kitorang ker?
Asyik berangan…tak sedar mata nie terlelap.Bunyi hon kereta di luar rumah mengganggu lenanya..Syafiq menggosok-gosok mata.Pukul 2.30 petang.
“Assalamualaikum….,”kedengaran suara dari luar rumah memberi salam.
waaa
ReplyDeleteim da 1st person lae
ehehehheh
rely eager to know wt next n3
jgn 2 tu bpak fiq
heh like im the writer plak doe
hehehehehe
pa2 cntnue eh....
jeng3.. sape lh yg datang 2.. cpat2 smbung.. x sabar dah ni..
ReplyDeletentah2 nurul...
ReplyDelete