Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Wednesday, February 17, 2010

B.M.W (5)

“Fuhh.. Nasib baik dah ade .”aku mengeluh lega.
“Oo yep. Ape kau nak cakap tadi?”
“Takde ape. Dah. Aku nak balik.”Darian menolak kerusi. Mukanya masam.
“Nak balik dah? Sape nak bayar ni?”
“Kaula bayar. Kan aku tolong kau siang tadi.”
“Yela.. Tapi..tapi.. aku ingat kau main-main je.. Weh…”aku melihat Darian melangkah keluar. Huh. Tak gentle langsung. Macamla aku ni kaya sangat. Sendiri makan sendiri bayar lah. Dahla tolong tak ikhlas. Kalau aku tahu, baik aku tak payah datang tadi. Aku menghabiskan mi basah. Tak baik membazir..
“Bang, kira.”aku mengangkat tangan. Beg duit kubuka. Mengira-ngira duit yang ade. Cukup ke duit ni? Mee basah, nasi goreng ikan masin, sirap limau, teh tarik. Ade kot dalam RM15 kebawah. Cukup.. cukup.. Jap. Bukanke Darian minum 3 gelas air ke time tunggu aku tadi? Kira jugak ke? Dahla duit ade RM20 je ni.
“Semuanya dah bayar dah cik.”
“Ha? Siapa bayar?”Not RM10 disimpan kembali.
“Kawan cik tadi.”kawan? Darian? Aku senyum panjang.
***************
“Sorrylah.. Bella.. Kau marah lagi ke?”Nani memujuk aku.
“Bella.. please. Kitorang janji. Dah tak buat macam tu dah. Promise.” Jari manis, hantu dan telunjuk dilipat..
“Lagipun kitorang bukannya buat apa. Kitorang just tolong pak guard tu je..”
“Iye.. Iye.. Aku tak marah dah. Dah la tu korang.. Orang tengoklah. Buat malu je.” Dari aku turun kereta hinggalah nak sampai dekat kedai Amsyar ni, diorang asyik memujuk aku. Padahal aku bukannya marah sangat. Ala.. adatlah. Merajuk manja macam tu kan?
“Betul kau tak marah dah?”Nina dan Lysa tanya serentak. Aku menganggukkan kepala. Malas.
“Tengok tu. Mesti kau marah lagi. Cuba kau cakap. Saya, Nurul Issabela binti Razim sudah memaafkan Lysa dan Nani atas kesalahan mereka.”
“Ish.. buat ape? Kau ingat aku nak angkat sumpah ke ape? Dah. Dah. Korang pergi balik. Aku nak pergi kerja ni.”aku tolak tangan Lysa dan Nani perlahan. Macam budak-budak diorang ni.
“No. Kitorang takkan pergi selagi kau tak cakap macam Lysa suruh tadi.”Nani bersuara tegas.
“Taknak pergi sudah. Nanti aku panggil guard suruh halau korang. Padan muka.”aku mula mengugut.
“Ha.. Yelah. Yelah. Macam ni. Kitorang pergi.. Tapi kau kena janji.. Malam ni.. kau ikut kitorang.”
“Aku kerja lah.”
“Mintaklah keluar awal. Lagipun boss kau Amsyar je kan?”
“Nantilah aku try. Korang nak pergi mane?”
“Fun-Fair!!”jerit Nani dan Lysa. Sebijik macam kanak-kanak riang.
***********
“Darian!”
“Naqeeb. Woi. Ape cerita. Lame tak nampak.”Darian berbalas-balas peluk dengan Naqeeb. Salah seorang kawannya time belajar dulu.
“Aku macam ni jelah. Still handsome and single.”Naqeeb sengih.
“Banyak lah kau hensem. Aku tengok makin boroi adelah.”Darian gelak besar.
“Boroi boroi lah cute. Kau ape tahu.”ketawa mereka pecah.
“Sorang je ke? Geng yang lain mane?”
“Ade. Diorang pergi 7E tadi. Ha. Tu pun diorang.”tangan Naqeeb menghala ke arah sekumpulan lelaki. Darian mengangkat tangan sambil senyum. Lama tak jumpa ramai-ramai macam ni. Rindu beb.
“Darian. Sahabat aku.”Farish menepuk-nepuk bahu Darian.
“Farish, alang-alang kita jumpe Darian kat sini, ajakla dia sekali.”ujar Oman yang berketurunan Jawa.
“Ajak aku pergi mane?”Darian pandang Oman.
“Camni Darian. Kitorang ade plan baiiik punye. Kau Cuma bawak duit banyak-banyak je.”kali Naqeeb pula bersuara.
“Yelah.. Tapi plan ape? Weh, aku dah insaf dah. Dulu je zaman jahiliah aku. Sekarang dah tak.”
“Alah.. Kau takyah risau.”
***********
“Fun-fair? Ni ke plan korang yang baiiik sangat tu?” ujar Darian sebaik turun dari kereta.
“Bukan selalu kitorang dapat pergi fun fair ni. Nak pergi genting jauh sangat. Mahal pulak tu. So, fun-fair jelah yang mampu.”Oman dan Naqeeb mengangguk-angguk. Setuju dengan Farish.
“Tapi.. fun-fair ni kadang-kadang tak selamat sangat. Diorang kan berpindah randah. Kalau ade skru tercabut ke ape ke.. tak pasal-pasal kita jadi arwah.”Darian membebel.
“Darian, ajal maut tu kat tangan Tuhan. Kalau dah sampai ajal, tak semestinya dekat fun-fair ni.. dekat mana-mana pun kita boleh jadi arwah.”Oman membalas. Masing-masing senyap seketika. Kalau Oman dah start berceramah memang insaf. Keluarga Oman pulak berketurunan lebai. Lagilah menusuk.
“Err.. Dahla tu korang. Ni siapa nak tukar token? Aku belanja.”Not RM50 Naqeeb keluarkan dari poket.
“Darian. Kau pergi. Kitorang tunggu kat area kereta langgar sana.”cepat-cepat Naqeeb meletakkan duit di dalam tangan Darian.
“Apasal aku?? Woi!”
*************
“Kenapa aku kena naik sorang-sorang nya? Nani.. kau temanlah aku..”aku menggoyang-goyang tangan Nani.
“Sorry Bella. Lysa dah booking aku. Takpe.. first round kau naik sorang.. Nanti second round.. Aku naik dengan kau. Third round kita semua naik sorang-sorang. Nak?”Nani cuba memujuk.
“Yelah.. yelah..”Aku menaiki kereta langgar sambil merungut-rungut kecil.
“Cik adik, kejap lagi.. saya nak book kereta ni boleh?”aku mendongakkan kepala. Aku memandang lelaki yang berkumis nipis itu.
“Tapi saya nak main tiga round. Sorry.”aku senyum segaris.
“Nak main 3 round?”lelaki itu ketawa kuat disambut dengan 2 orang kawannya. Senyumanku mati. Cis. Ikut suka aku lah nak main berapa round pun. Bukannya selalu aku naik kereta langgar ni.
“Token dik.”lelaki pengutip token menghulurkan tangannya. Aku memberi 2 keping token. Tidak lama kemudian, loceng dibunyikan. Kakiku menekan pedal. Tanganku memegang stereng kereta. Bersedia. Tapi…
“Apasal tak gerak ni??”aku menekan-nekan pedal. Stereng kereta juga aku pusing tahap 360 darjah. Still, tak gerak. Kereta Lysa dan Nani aku pandang. Diorang dah start langgar kereta orang.
“Awat tak gerak kereta ni? Kate tadi nak main 3 round. Ni baru first round.. takkan dah sangkut kot.”lelaki tadi mengejek aku sambil diikuti dengan gelak rakan-rakannya. Makcik-makcik yang berdiri di tepi mereka juga turut tersenyum simpul.
“Marilah.. kasi saya main yek. Kalau dah name tak reti tu. Tak reti jugak cik adik oi..”aku jeling lelaki itu tajam. Kalau ikutkan hati nak je aku langgar mamat tu dengan kereta ni. Kereta ni pun satu, bawak kereta Satria Neo aku pun tak susah macam bawak kereta langgar ni. Tekan pedal terus jalan.
“Nah. Token korang.”Darian memberi 25 keping token yang ditukar pada Oman.
“Korang buat ape ni?”mata Darian terancap pada muka Bella. Bella pun datang jugak? Mana dia pergi.. mesti ade Bella. Kalau dah jodoh, memang tak ke mane..
“Ni ha Darian. Awek ni.. konon nak main kereta langgar ni 3 round. Tapi baru first round dah takleh jalan. Ape kes.”Naqeeb gelak lagi. Aku menundukkan muka. Geramnye.. Patutlah perangai mamat ni macam hantu. Rupanya kawan Darian.
“Tepi sikit.”Darian tolak Naqeeb.
“Kau duduk sana.”aku pandang Darian. Ha?
“Duduklah sana. Biar aku bawak kereta ni. Lain kali kalau tak reti tak payah naik.. Buat malu je.”aku bergerak ke tepi. Memberi ruang untuk Darian duduk.
“Darian! Asal kau tiba-tiba interframe ni? Potong line betullah.”Naqeeb dah jerit marah.
“Salah ke?”Darian kenyit mata pada Naqeeb sebelum menekan pedal. Laju je kereta langgar itu bergerak.
“Tengok? Senang je aku bawak.”ujar Darian sedikit bangga.
“Nasib je..”aku mencebikkan bibir. Memang nak kena kereta ni. Time aku bawak banyak pulak ragam. Time Darian laju je gerak. Tak payah pusing stereng 360 darjah pun dah jalan. Hish..
“Sekarang aku musykil macam mane kau boleh dapat lesen kereta. Bawak kereta langgar ni pun tak reti. Kau suap berapa ribu kat trainer tu?”
“Apa suap-suap? Kau ingat aku ni ape?”suaraku sedikit tinggi.
“Pegang kuat-kuat. Aku nak langgar orang ni.”aku memegang tepi kereta kemas.
*************
“OMG!! Is that our Bella?”Nani jerit kuat.
“Mane?”mata Lysa melilau.
“OMG!! Dia dengan sape tu?”kali ni Lysa pulak menjerit.
“OMG!! Hensemnya mamat tu.”
“OMG!! I think tu guard yang kita jumpa haritu kan?”nada suara diperlahankan.
“OMG!! Diorang naik kereta sama-sama?”
“OMG!! Diorang couple ke?”
“OMG!! Kenapa Bella tak cakap kat kite?”
“OM..”Lysa menutup mulut Nani dengan menggunakan tangan kanan. Kakinya melepaskan pedal seketika. Mereka berhenti.
“Cukup. Annoyinglah.”
“Siapa annoying?”
“Kitelah. With our ‘OMG’!!”Nani dan Lysa sama-sama tergelak.
“Kejap lagi time aku naik kereta dengan dia aku interview dia. Nanti aku report kat kau eh.”
“Kau nak naik kereta dengan dia? Ha.. kau cakap kat dia sekali tau yang aku dah taknak naik dah kereta langgar ni.”
“Apasal pulak?”
“Bosanlah. Bukannya ada mamat- mamat hensem yang nak langgar kereta aku. Asyik aku je yang langgar kereta diorang. Aku tak suka perigi mencari timba ni..”
“Kau memang… Wei, Lysa! Ada kereta nak langgar kita. Gerak cepat.”gesa Nani tiba-tiba. Kelam kabut Lysa menekan pedal.
Dumm! Nyaris mereka tercampak dari kereta.
***********
“Siapa dia sebenarnye? Baik kau cakap..”Nani menarik-narik lengan baju aku.
“Takde sape lah.. Tak penting pun dia. Dah kau nak naik tak kereta ni dengan aku?”aku memangil Nani. Kali ni confirm boleh gerak kereta ni. Tadi aku dah perhati betul-betul cara Darian bawak kereta. Cara dia tekan pedal, cara dia putar stereng. Semua dah lekat dalam kepala ni.
“Sambil kau bawak kereta kau cerita kat aku eh?”
“Tengoklah nanti..”aku menekan pedal. Stereng dipulas sedikit. Kereta langgar bergerak perlahan-lahan.
“Yes!! Nani. Kau tengok Nani. Kereta ni gerak. Kereta ni bergerak Nani. Aku reti bawak kereta ni. Nani… Kau tengok tak?”ujarku girang.
“Ye.. Ye.. Aku nampak kereta ni bergerak. Biaselah tu. Orang lain aku tengok takdelah excited macam kau. Setakat kereta langgar je.. Bella.”
“Kau ni..”aku memasamkan muka. Aku nak excited sikit pun kecoh si Nani ni. Hish..
“BELLA!!”aku toleh ke belakang. Darian? Apasal dia asyik ikut kereta aku ni? Nak langgar aku ke? Tak boleh jadi ni.. Pedal semakin kuat aku tekan.
***********
“So.. Kau suke perempuan tu ke?”Oman pandang Darian yang sedang bawak kereta langgar. Sepatutnya, yang jadi ‘pemandu’ kereta tu dia.. Tapi tiba-tiba Darian menyibuk nak bawak.
“Kenapa kalau aku suka dia?”Darian focus. Kereta Bella dihadapan terus dikejar. Laju jugak Bella bawak kereta langgar ni. Tadi terkial-kial.
“Takde.. Tapi aku rasa macam Naqeeb ade hati jugak dengan budak tadi tu.”Pantas wajah Oman direnung tajam.
“Kau cakap kat dia.. Langkah mayat aku dulu. Baru kenal tak sampai seminit, dah ade hati dekat Bella. Banyak hensem perut dia.”Oman senyum. Jarang dapat tengok Darian marah-marah sebab perempuan. Bukan jarang. Tapi tak pernah kut.
“Okay. Nanti aku cakap kat dia. By the way.. Apasal kau teruja sangat nak langgar kereta perempuan tu? Tadi bukan main.. Time dia kena gelak dengan kitorang kau jadi hero lah konon.. Duduk sebelah dia. Tolong dia bawak kereta lah.. Sekarang.. ape kes?”
“Saje. Aku nak kacau dia.”Darian senyum lagi.
**********
“Laju lagi Bella. Laju lagi!”desak Nani. Kereta guard di belakang mereka semakin laju. Sipi-sipi je nak menyondol kereta langgar mereka.
“Aku tengah laju la ni.. Kau tak nampak ke?”ujarku sedikit geram. Aku mengesat peluh dengan lengan baju. Cuak jugak main kereta langgar ni.. Baru aku tahu.
“Game Over, Bella!” Darian menjerit kuat. Serentak dengan itu, kereta aku dilanggar kuat. Kereta aku terhenti.
“Siap kau!”aku men’reverse’ kan kereta. Kali ni giliran aku mengejar kereta Darian. Kereta lain yang ada kat dalam ‘gelanggang’ ni dah tak dipedulikan.
“Laju lagi! Laju lagi! Lajulah sikit Darian!!”kali ini, Oman pula menggesa Darian.
**************
“Syok jugak kan main kereta langgar ni.. Kan Bella?”Nani tersengih.
“Syok apekebende nya? Habis sakit-sakit kepala aku terhantuk kat stereng. Lepas ni aku taknak dah drive. Buat sakit hati je..”rungutku sambil menggosok-gosok kepala.
“Eleh.. hati kau tu sakit sebab guard tu duk mengejar kereta kau je kan.”Nani terus mengusik.
“Sekali lagi kau cakap pasal mamat tu.. Siap kau. Dah. Sekarang kita nak pergi mane?”
“Lysa baru mesej tadi. Dia cakap dia tunggu kita kat Ferris wheel.”
“Ferris wheel? Tak bestlah Ferris wheel kat sini. Tak tinggi. Tak mencabar langsung. Lainlah kalau eye on Malaysia tu. Baru mencabar sikit.”
“Kau belum lagi naik.. Dah cakap tak mencabar. Tengoklah.. time kita nak naik nanti. Baru kau tau..”
“Whatever.. Jom pergi.”aku menarik lengan Nani.
************
“Aku dah bayar token untuk korang. Naiklah.”pelawa Lysa. Macamlah ni dia punya roda ferris.
“Selamat ke ni?”aku menggoyang-goyangkan besi pemegang roda ferris yang dah agak berkarat itu.
“Kalau tak selamat, cik cari saya.”lelaki penjaga token itu bersuara sinis. Aku tersenyum senyum sambil menggaru kepala. Dia dengarlah pulak,…
“Cik jangan bukak pintu ni pulak.. Nanti tak ‘selamat’.”pesan lelaki berbangsa India itu sebelum roda ferris ini bergerak.
“Kau lah ni.. Pandai-pandai cakap tak selamat.. Buat malu je..”Lysa memarahi aku sebaik roda ferris mula berpusing.
“Takdelah.. Aku cakap je.. Mana tahu dia boleh dengar.”nada suaraku perlahan.
“Aku peliklah.. Apasal lelaki yang duduk dalam gerabak sebelah kita ni tak habis-habis pandang kat sini ek? Dah tu.. siap melambai-lambai lagi. Sawan ke ape?”aku dengan Lysa serentak menoleh ke gerabak sebelah.
Tu bukanke…. Darian? Tiba-tiba aku memegang lengan Lysa di sebelah. Kenapa tiba-tiba rase pening ni?
“Kau pening ke Bella? Aku dah habaq.. Roda ferris kat fun fair pun mencabar jugak. Mula-mula je dia pusing slow-slow.. Lame- lame makin laju.”soal Nani dalam sindiran.
“Awat kau tak cakap, yang dia pusing laju-laju? Kalau ade skru tercabut ke ape ke.. Macam mana?”aku menutup mata. Dahla tinggi.. laju pulak tu..
“Aaaaaahhhhhh…”aku menjerit spontan. Cepat-cepat aku menutup mulut dengan tangan. Macam mana boleh terlepas jeritan aku ni. Aku peluk bahu Lysa. Cepatlah turun.. cepatlah turun.. Dah lame tak naik tempat tinggi. Nilah jadinya..
“Dah.. dah.. Kita dah sampai pun.”Lysa pimpin tangan aku.
“Macam mana cik? ‘Selamat’ naik roda ferris ni?”sapa lelaki India itu sebaik aku turun. Sibuk betul. Aku dahla nak termuntah ni. Karang ade aku muntah kat dia.. Baru padan muka.
“Hai.. siapalah yang terjerit-jerit naik roda ferris..”aku menolehkan kepala. Ni lagi sorang!

2 comments:

  1. bst gler...
    klakr jep tgk darian n bella.

    nice n3 n nice work..
    ske sgt ctr nie

    ReplyDelete
  2. berjangut aq tunggu...
    bez tol cte ni...
    ari2 aq bukak blog ni nak tgk n3 b.m.w...

    ReplyDelete