Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Tuesday, December 8, 2009

I Warn You!! (15)

Anuar ketawa kuat bila mendengar pengakuan Syafiq.

“Jom Nurul…tak payah la nak buat cerita.You tahu tak you memalukan diri sendiri?Lelaki nie tak anggap you apa-apa pun.You tak usah la nak lebih-lebih,”

Aku menahan rasa geram.

“Sekejap la brother…gua tak habis cakap lagi…,”Syafiq pula menyampuk.Syafiq pandang aku sekilas sebelum kembali bersuara.

“Memang la aku nie bukan boyfriend Nurul..aku nie husband dia...…jadi sebelum aku panggil polis…lebih baik kau blah dari sini..,”aku ternganga.Melampau la tu..aku suruh dia mengaku jadi boyfriend aku tak nak..nak jugak pegang title ‘husband’.

“Tapi…tapi tadi kau cakap lain..tadi kau tak mengaku pun…lagipun..setahu aku Nurul tak kahwin lagi…,”

“Tadi lain..sekarang nie Nurul wife aku..So apa kau tunggu lagi..berambus ar!!,”mendengar kata-kata yang berbaur amaran itu..Anuar angkat kaki dari situ.

Aku menarik nafas lega.

“Hoi awek…apasal tiba-tiba kau menggatal dengan jantan yang entah apa-apa tu ha?,”Aku terkelip-kelip.

Secara automatik tangan aku menghala ke arah diri sendiri.

“Aku ker?,”

“Iye lah..kau lah..sape lagi…,”Syafiq bersuara dingin.

Haiya…ini mamat buat aku kompius aje.Sekejap bersaya awak..sekarang aku kau…apa kes?

“Aku bukan menggatal dengan dia lah!Dia yang nak menggatal dengan aku.Tak kan kau tak nampak dia ajak aku pergi hotel...?,”

“Dah yang kau layan dia siapa suruh?,”

“Aku tak layan pun….,”

“Kau mesti layan dia kan?Borak-borak manja dengan dia…,”sinis sekali kata-kata Syafiq.

Aku pandang semacam.

“Kau kenapa ha?,”aku menyuarakan rasa tak puas hati.

“Aku cakap perkara yang betul kan?Kau jumpa dengan lelaki tu..sebab tu kau tak jumpa aku.Nurul…aku tunggu kau lebih dari sejam!Kalau kau tak sudi..cakaplah..tak payah la nak buat aku tertunggu-tunggu….,”

Aku pandang bawah.Dia merapu benda mengarut konon aku borak-borak manja dengan Anuar..cakap aje lah yang dia tengah hangin dengan aku sebab tak datang jumpa dia.Senang.

“Okey….aku tahu aku salah…sorry la…aku tak sengaja.Serius cakap..aku memang lupa aku ada janji dengan kau..eh jap..kau yang pandai-pandai buat janji.Aku tak kata pun aku nak pergi.Sekarang nak salahkan aku pulak?,”

Syafiq diam.Hah.Terkedu.Itulah nak marah-marah orang tak fikir dulu.Aku tak ada cakap pun aku nak jumpa dia.

Perlahan-perlahan Syafiq mengukirkan senyuman.Tersengih-sengih macam kartun CJ7…ingat comel sangat la tu..

“Sorry2..terover pulak…yelah..saya tahu saya sesuka hati aje suruh awak datang jumpa saya..padahal awak tak nak pun..siapalah saya kan..hidung tak mancung..pipi tersorong-sorong…,”

Ayat dia dah bertukar.Aku kepada saya.Sekarang Syafiq tengah berdrama dengan ayat-ayat dia.Konon tengah berjauh hati.

Aku cuba untuk memahami perangai Syafiq..kalau dia tengah panas menggelegak..dia akan guna ayat kau.Itu tandanya dia tak puas hati la.

Kalau dia tengah cool…..tengah gatal-gatal nak mengayat…dia guna saya awak.Biasa la..lelaki…guna ayat paling sopan bila nak bercakap dengan perempuan.

“Nurul….,”Syafiq panggil aku bila aku langsung tak beri respond.

“Saya dah nak balik dah nie…thanks sebab tolong tadi…bye,”Aku mula melangkah untuk pergi.

“La..tak kan dah nak balik kot?,”

“Dah tu?Nak buat apa lagi kat sini?,”

“Saya dah tolong awak tadi..tak kan tak ada upah?,”Syafiq senyum panjang.

“Awak nak berapa?RM 500?RM 1000?,”aku menawarkan.Menyindir sebenarnya.Syafiq nie tak ikhlas langsung.Nak jugak balasan.

“Hrm..tawaran yang tak best…setakat duit..simpan aje lah…saya ada berlambak…,”Riak..Takbur.Hampeh.Aku tahu la kau kaya raya.

“So…what dou you want?,”aku pandang tepat ke arah Syafiq.

“I want you….,”

“Nie apa kes tiba-tiba nak warn saya nie?,”sakit hati betul.Aku tanya baik-baik..dia lak nak warning aku.

“Pekak betul….aku cakap lain kau dengar lain..,”Syafiq sedikit mendesis.Namun bibirnya masih lagi menguntumkan senyuman.

“Ha?,”aku masih blur.Rasanya Syafiq cakap dengan aku.Tapi perlahan sangat.Telinga aku tak dapat nak detect apa yang dia cakap.

“I want you…..,”Syafiq mengulanginya.

I want you?Eh..tadi dia cakap benda tu jugak?

“English awak tak fluent….,”

Syafiq tiba-tiba tergelak.

“Saya cakap saya nak awak..apa kaitan dengan English sayanya?,”

“SPM…english awak dapat berapa?,”

“Apa kena mengena SPM saya?,”

“SPM….berapa?,”

“Lima….,”

“Oohh…,”

“Saya tahu la English saya teruk…,”

“Eh..saya tak cakap apa pun….,”

“Dah cukup.Awak saja aje tukar topik kan?,”Syafiq pandang aku geram.

Aku cuba mengawal riak muka.Alamak?Dia perasan ker?Syafiq diam.Menanti ayat berikutnya dari aku.

“Kalau ye kenapa?…,”

Syafiq pandang keliling.

“Kita cakap dekat lain lah..tak sedap cakap dekat sini…,”Syafiq mengajak aku ke Café Airbucks.

******************************

Aku mengambil tempat yang berhadapan dengan Syafiq.

“Awak nak cakap apa?Cepatlah cakap..saya nak balik nie…,”

“Sabarlah sikit cik Nurul oi..dari tadi beria nak balik.Ada laki ker dekat rumah tengah tunggu awak?”

“Abah saya tengah tunggu…,”

Syafiq mencemik.

“Tipu la tu…awak kan dah besar panjang….tak kan duduk bawah ketiak mak abah lagi kot?,”

Pedas ayat…Kalau la Syafiq tahu perangai abah aku.

“Saya ada benda nak tanya nie…,”

Aku angkat kening.Berdebar-debar.Benda apa yang Syafiq nak tanya?

“Sebenarnya mamat yang desperate sangat nak bawak awak gie hotel tu siapa?,”

Aku menarik nafas.Ingat kan nak tanya apa.Mana lah tahu kot-kot dia sebut balik ayat English dia yang tak berapa nak power tu.

“Dia pakwe Wafa….,”

“Biar betul…pakwe Wafa macam tu?,”Syafiq kelihatan terkejut.Aku sekadar menjungkitkan bahu.

“Nurul….kita couple nak?,”

“Nak order apa?,”aku menarik nafas lega.Nasib baik lah waiter nie tiba-tiba datang.Kalau tak mesti aku dah tak reti nak jawab apa.

Dalam hati aku meronta-ronta untuk menerima pelawaan Syafiq.Siapa yang tak ingin bercinta?Tapi aku lebih takut untuk menerima habuan dari abah.Kalau abah tahu aku bercinta…agaknya apa yang abah mungkin buat?

“Bagi saya erm..erm…,”aku buat-buat berfikir lama.

“Cik..bagi kitorang milo ais aje lah…tu je..terima kasih..,”Syafiq laju menjawab.

Aku menelan air liur.Syafiq nie saja nak suruh waiter tu cepat-cepat pergi.Aku memandang langkah pelayan itu dengan ekor mata.

“Ahem2…,”suara berdehem seseorang menyedarkan aku bahawa aku sekarang ini bukan berseorangan.

“Apa?,”

“Macam mana dengan soalan saya tadi?Awak nak tak?,”

“Saya rasa saya kena balik rumah lah…,”

“Nurul..boleh awak bagi saya jawapan?Saya rasa sejak kita sekolah lagi awak tahu macam mana perasaan saya terhadap awak.Cuma awak aje yang buat-buat tak faham.Saya ikhlas.Saya sayangkan awak….,”

“Awak rasa patut ker saya jawab soalan awak?,”

Syafiq menganggukkan kepala.

“Saya tak kisah apa pun jawapan awak..saya sanggup terima.Kalau awak jugak sukakan saya..terima kasih..tapi kalau awak tak dapat nak terima saya..nak buat macam mana kan?,”ada lirih di situ.

Aku menarik nafas lama.Aku tak suka membicarakan soal hati dan perasaan.Sebolehnya aku tak nak jawab soalan tu.

“Saya…maafkan saya…saya tak boleh nak terima awak..saya tak bersedia…,”aku kira itu jawapan yang sepatutnya aku luahkan.

Aku tak nak memperbodohkan perasaan orang.Memang apa yang luahkan tak sama dengan rasa hati aku.

Tapi ini lah aku.Aku lagi tak reti nak pura-pura baik depan Abah andainya aku melanggar nasihat abah.Jangan bercinta..Jangan bercouple..

Aku bangun.Aku takut jika Syafiq akan memujuk aku.Aku bukan seorang gadis yang begitu warak dan alim.Hati aku begitu rapuh.

“Nurul…..,”sepatah sahaja yang keluar dari mulut Syafiq.Apa motifnya panggilan tu?Untuk merayu aku?Entah lah..

Tanpa berkata apa-apa aku segera berlalu dari situ.

****************************

Air mata aku laju menuruni pipi.Argh..apa perasaan nie?Sedih?Pilu?Aku mengesat air mata yang laju menuruni pipi.

Kereta Myvi kepunyaanku aku parking di garaj hadapan rumah.Kaki aku bergerak perlahan sebelum memulas tombol pintu.

Abah sedang membaca surat khabar di ruang tamu.Kaki aku menghala ke arah tangga.Aku dengan abah tak pernah sebulu.

Aku jarang berbicara dengan abah.Kalau kami bercakap sekalipun….sering sahaja berakhir dengan pertelagahan.

Sudahnya aku sendiri yang akan menangis.Belum pun sempat kaki aku mencecah permukaan tangga kayu itu nama aku tiba-tiba dipanggil.

“Wafa dah lama balik..Nurul pergi mana?,”itu suara abah.Seperti biasa tetap dingin.Tanda abah tak berpuas hati.

Aku menggigit bibir.Kacau…Wafa?Aduh..macam mana lah aku boleh lupa pasal Wafa.Aku keluar dengan Wafa…sepatutnya aku pun kena balik dengan dia jugak.Ini semua pasal Anuar lah..Menggatal tak kena tempat.Rasa serba salah menyelubungi diri aku.Wafa balik rumah dengan apa yer?Teksi?

Tapi aku pelik jugak..kenapa Wafa tak telefon aku.Aku juga tak nampak baying Wafa di kereta.

“Nurul..abah tanya nie..Nurul dengar tak?,”suara abah makin tinggi nadanya.

Aku pusingkan kepala.Wajah abah yang garang aku pandang.

“Nurul jumpa kawan….,”

“Siapa?Lelaki ke perempuan?,”

“Lelaki…,”dari kecil aku tak diajar untuk menipu.Kalau abah tahu aku menipu memang buruk padahnya.Aku tunduk pandang lantai.Bersedia untuk dimarahi abah.

Aku pernah juga buat sesuatu di luar pengetahuan abah..Curi-curi keluar malam untuk jumpa dengan kawan-kawan aku buat kali terakhir.

Endingnya tak indah untuk dikenangkan.Jadi sejak hari tu…aku dah tak berani lagi untuk cuba-cuba buat benda-benda yang aku teringin buat.Macam bercinta..

Dekat sekolah baru…ada lah seorang lelaki yang aku dah tak berapa ingat nama dia ajak aku couple..

Bila tengok rakan sekelas ramai yang couple..aku pun jadi teringin nak couple.Aku tak suka pun budak tu..cuma nak test.

Budak tu tulis surat dekat aku…baru aje aku nak membalas…dalam hati of course lah aku nak jawab aku sudi..

Abah tiba-tiba masuk.Rupa-rupanya Wafa cerita dekat abah ada budak lelaki minat dekat aku.Berminggu jugak aku tak bertegur sapa dengan Wafa.Abah macam tahu-tahu aje aku tengah nak menulis surat cinta.

Abah paksa aku tulis apa yang abah sebut.Surat cinta yang sepatutnya dipenuhi dengan ayat-ayat berbunga dan puitis yang aku ingin dekat budak tu bertukar jadi surat amaran.Ianya dipenuhi dengan kata-kata yang berbaur amaran.Jangan dekat lagi dengan aku.

Aku kembali memandang abah.Pelik..abah hanya diam.Sepatutnya abah sudah menengking aku.Melihat kebisuan abah..aku bergegas ke tingkat atas.

Perangai abah menimbulkan tanda tanya di benak fikiran aku.Aku merebahkan diri di atas katil.Tak sampai seminit aku baring….Wafa tiba-tiba menerobos masuk ke dalam bilik aku.

Mata Wafa merah.Wafa menangis?Aku jadi pelik.

“Wafa…kau nie kenapa?,”

Wafa bukan nak menjawab.Badan aku pula yang jadi mangsanya.Tubuh aku dipeluk erat.Wafa makin teresak-esak dengan esakan yang aku tak tahu kenapa.

“Anuar…anuar nak tinggalkan aku…,”

Mendengar nama Anuar yang disebut Wafa..aku jadi marah.

“Biarlah dia…lelaki macam Anuar tu tak sesuai untuk kau Wafa…,”aku luahkan apa yang aku rasa betul.Aku bukan nak jadi batu api..cuma aku tak nampak keserasian Anuar dengan Wafa.

“Tak boleh…tak boleh…Anuar tak boleh tinggalkan aku….,”

“Kenapa tak boleh?Kau boleh cari seribu lelaki yang lebih baik dari Anuar..,”aku leraikan pelukan erat Wafa.Muka Wafa aku tatap dalam-dalam.

“Aku….,”air mata Wafa makin laju turun menuruni pipi.

“Apa dia?,”

“Aku pernah terlanjur dengan Anuar….,”satu batu besar terasa menghempap kepala aku.Aku tergamam..tercengang…Lidah aku terasa kelu untuk berkata-kata.

Prangg…ada bunyi cawan menghempas lantai.

Aku menoleh ke arah pintu bilik yang sedari tadi tak bertutup rapat.Mak?Aku meraup muka perlahan-lahan.

Ya…mak dah dengar semuanya.Walaupun aku tak nampak kelibat mak..aku tahu mak terdengar perbualan aku dengan Wafa.Buktinya air susu yang melimpahi lantai.Hanya emak yang rajin membuatkan aku air susu.

“Kau kenapa Wafa?!Kau….kenapa kau buat macam tu?Kau sedar tak apa yang kau buat tu berdosa?,!,”tanpa disuruh air mata aku turut mengalir.

Bila Wafa senang-senang sahaja menyerahkan diri dia pada Anuar..tak hairanlah Anuar turut menyangka aku juga seperti Wafa.Mudah diajak untuk ke hotel.

“Aku sayangkan Anuar!!Kau tahu tak?Aku sayangkan dia..dia dah janji dengan aku yang dia akan bertanggungjawab…,”

“Kau nie memang bodoh!!Kau percaya cakap dia?Dia tu lelaki buaya kau tahu tak?Lepas dapat apa yang dia nak..kau ingat dia nak lagi dekat kau?Mesti lah dia akan tinggalkan kau!,”aku berbicara cukup lantang.Memang pedas dan amat keterlaluan bunyinya.Tapi aku betul-betul marah bila sepupu aku sendiri dipermainkan.

“Aku sayangkan dia!!!Aku sayangkan Anuar!!!,”Wafa dah terduduk di atas lantai..

“Nurul..tolong aku..aku tak nak Anuar tinggalkan aku…,”sekali lagi Wafa bersuara.Tapi kali ini perlahan sahaja..Tidak terjerit-jerit seperti tadi.

Aku benci melihat air mata Wafa.Buat apa dia menangis kerana lelaki itu yang nyata-nyata lagi telah mempermainkannya.

“Kau jangan sebut nama Anuar depan aku!!!,”aku geram dengan Anuar.Kalau Anuar ada di depan mata aku sekarang…memang dah lumat dia aku kerjakan.

“Nurul…..keluar sekarang…mak dah panggil Pak Ngah dengan Mak Ngah..sekejap lagi diorang sampai…,”Mak muncul di hadapan pintu.Di sebelah mak..ada abah.Abah melihat Wafa dengan pandangan yang suram.

Aku dapat melihat ada kekecewaan di situ.Aku akur bila disuruh keluar dari bilik sendiri.Mak nak aku tinggalkan Wafa bersendirian.

Tak kurang dua puluh minit…Pak Ngah dan Mak Ngah sampai.Mak dan Mak Ngah berbual-bual.Aku dapat melihat Mak Ngah mengesat-ngesat air mata dengan hujung tudung.

Wafa…kau tahu tak apa yang aku buat?Kau kecewakan semua orang yang ada dekat sekeliling kau…

Wajah Pak Ngah sahaja yang nampak bengis.Pak Ngah macam marah.Aku masih duduk di atas tangga.Melayan perasaan sendiri.

Emak suruh aku panggil Wafa turun..Aku heret Wafa secara paksa…Melihat sahaja muka Mak Ngah…tangisan Wafa makin kuat…Mak Ngah menarik Wafa ke dalam pelukan.Wafa kemudiannya di bawa masuk ke dalam kereta.

Pak Ngah menghampiri abah.

“Along jangan risau…terima kasih sebab terima Wafa dekat sini…Malu saya Wafa buat perangai macam tu..Pasal jantan keparat tu..tahulah saya nak mencarinya…,”

Abah terangguk-angguk.Aku memerhatikan kereta Mak Ngah dan Pak Ngah hilang dari pandangan.

Abah pandang aku lama sebelum menuju ke dapur.Abah bukan orang yang penyabar.Aku tahu abah berusaha kuat untuk tidak naik tangan pada Wafa.Abah mahu menyerahkan tanggungjawab itu pada Pak Ngah.

****************************************

Aku masih terkelip-kelip di tempat tidur.Pertanyaan Syafiq masih lagi terngiang-ngiang difikiran aku.

Nurul..kau dah bagi jawapan yang betul pada Syafiq.Aku menyedapkan hati sendiri.Dengan apa yang Wafa dah buat..aku tak rasa abah akan berdiam diri bila dia dapat tahu aku bercinta.

Aku cuba untuk memejamkan mata rapat-rapat.Sedar-sedar sahaja aku dah terlelap.Aku hanya terjaga bila azan Subuh dari surau berhampiran berkumandang.

Aku menarik selimut.Tandas aku tuju.Setelah selesai menunaikan solat.Aku kembali merebahkan diri di atas katil.Emak memang tidak berkenan jika dia tahu aku tidur semula selepas solat Subuh.Kata emak…tak elok.

Disebabkan rasa mengantuk yang amat sangat…aku kembali memejam mata.

“Nurul…bangun…bangun….,”terasa tubuh aku digerak seseorang.Aku membuka mata.Mak?Mak mengukirkan senyuman.

“Abah suruh mandi..pakai baju kurung yang paling lawa dekat dalam almari tu…,”

Aku pandang Emak dengan pandangan yang aneh.

“Cepatlah..orang dah nak sampai tu…,”aku terkial-kial untuk bangun.Walau tak faham kenapa aku disuruh pakai lawa-lawa..aku hanya menuruti perintah emak.

10 comments:

  1. huargh........
    sedey nyer....
    lar....
    wafa nie time nie jugak wat hal..
    aisey....

    ReplyDelete
  2. parent syafiq dtg nak pinang nurul ke.
    x sbr nak tggu next en3..

    ReplyDelete
  3. msti bpk nurul risau nurul jd mcm wafa.
    dy soh nurul kawen dgn mnantu plihan dy arh tuu..
    ish3...
    (mntk2 x btol)
    ;))

    ReplyDelete
  4. salam .
    cepat lar smbg .
    aper jdi ?
    ader owg nak msok meminang ker ?
    saper lar 2 ?

    ReplyDelete
  5. rasenye parents syafiq masuk meminang ni..hehe
    cepat la sambung..xsabar nak baca

    ReplyDelete
  6. adussssssssss. syafiq,,,, help!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  7. hehe..
    parents syafiq nak dtg mminang ker??
    huhuhu..
    xsbrnyer nk tggu nxt epi

    ReplyDelete
  8. Cpat la smbung....
    par3nts syafiq mminang 2...huhu..

    ReplyDelete
  9. btl3..!!
    parents syadiq mmg nk meminang si nurul tuh!
    aiyyoo,,
    wafa nie!
    mslh la plak..
    :D :D

    ReplyDelete
  10. peh..jgn bapak nurul jodohkn die ngn org len dah..
    capit cane nnt,,cian die..xnkkkk
    nk capit ngn nurul..

    ReplyDelete