Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Thursday, April 5, 2012

Bukan Ustaz 2



“Hai adik…..,”Jihan menegur Eduard.


Eduard diam membisu.Wajah keruh Ihsan dipandang.


“Adik sihat?,”sekali lagi Jihan bertanya.


“Hoi.Kau tak nampak ke aku ada dekat sini?,”

Jihan jeling sekilas pada orang yang tengah bersuara.D.A.U.N.

“So?,”

Ihsan bangun.Dari tadi dia hanya bersabar bila Jihan tegur Eduard dengan ayat yang geli geleman.Adik?Jihan memang sengaja nak buat dia muntah.Jihan hanya tua dua bulan dari Eduard.Rasanya tak perlulah sampai nak beradik-kakak.

“Kau ni terdesak sangat ke?Dah tak ada orang lain dalam dunia ni yang nak dijadikan adik angkat?,”

“Aku rasa Eduard tu comel.Comel lah dari kau.Kan adik?,”Jihan mengukirkan senyuman pada Eduard.Pipi Eduard berubah rona.Merah.Malu kot.Aduh!Comel pulak adik angkat aku ni.

Jihan sengih.

“Kalau dia adik kau.Aku ni abang kau!,”

Huh.

“Apasal pulak?”

“Aku tua tiga bulan dari kau.Panggil aku abang,”

“Eih..tolonglah jangan nak buat aku muntah pagi-pagi hari.Abang?Hish.Geli tahu tak?,”

“Tahu pun geli!Habis aku ni tak geli bila kau panggil Eduard tu adik?Naik bulu roma aku!,”

“Yang kau sibuk fasal aku dengan adik angkat aku ni kenapa?Eduard tak kisah pun..Kau pulak yang lebih-lebih,”

“Mana kau tahu dia tak kisah?,”

“Aku tahulah…kan Eduard?Kau tak kisah kan?,”Jihan tanya Eduard.

Tiada jawapan yang diberikan Eduard.

“Eduard…,”nama Eduard disebut Jihan.

Eduard hanya diam tanpa bicara.

“Eduard Lee…,”

Masih tiada balasan.

“Hmph..dah la.Aku tak nak kawan kau!Kau tak payah dah jadi adik angkat aku!,”Jihan berlalu pergi dari situ dengan pelbagai perasaan yang bercampur baur.Marah.Sedih pun ada.Dia ker yang paksa Eduard?

“Ala…touching la pulak…,”Ihsan ketawa mengejek.Bahu Eduard ditepuk beberapa kali.

“Bagus.Bagus.Macam ni la sahabat aku,”

Lambat-lambat Eduard senyum.

Ihsan sengih panjang.Tak sampai separuh hari,hubungan Eduard-Jihan putus.Padahal masa rehat tadi baru dia tahu yang Jihan ambil Eduard sebagai adik angkat.


Lagipun,tak akanlah Jihan tu tak sedar?Jihan dengan Eduard tak sesuai langsung.Eduard tu putih.Jihan pulak…err..bukan nak mengutuk.Tapi hakikatnya Jihan tu hitam.

Padanlah dia asyik kawan dengan Ashminta.Sama-sama hitam.Hati pun hitam jugak.

*****

Jihan menjeling Eduard dengan ekor mata sebelum mengambil tempat duduk.Kalau kau tak nak jadi adik angkat aku pun tak apa!Ramai lagi yang nak jadi.Dia marah dalam hati.

Tak ada guna kalau dia marah depan Eduard.Eduard tu kayu.Beku.Tak akan ada reaksi punya.Baru pukul 7 pagi.Masih awal lagi.Entah kenapa lah hari ni dia bangun awal pulak?Biasanya dia bangun lewat sikit.

Sekali lagi jam ditangan dikerling.


Hmph.


Cuma Eduard aje yang baru datang.Bayang Daun pun dia tak nampak.

Tangan Jihan meraba laci meja.Ingat nak buang kertas-kertas yang dia gumpal semalam.Tapi apa dia ni?


Sepucuk surat berwarna pink dibawa keluar.

Kepada: Abang Ihsan

Daripada: Nora

Apasal pulak boleh ada bawah meja aku?Nora tu bukan adik angkat Ihsan?Jihan pandang sekeliling.Eduard tengah khusyuk membaca buku cerita.

Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyum.Dia tersengih.Sedih betul Nora ni.Tempat abang angkat sendiri pun tak tahu.

Siapa suruh letak dekat sini kan?Hehe.

Surat pink itu dibuka perlahan.Takut terkoyak.Isi kandungannya dikeluarkan.Wangi semacam.Dah macam surat cinta pulak.

Ke hadapan abang Ihsan yang disayangi…

Uwek.Tu baru sebaris dia baca,dah rasa macam nak muntah.Sayangilah sangat.Lepas ni aku buat kau dah tak sayang abang angkat kau ni.

Jihan memaksa diri membaca ayat berikutnya.

Terima kasih sebab mengambil berat tentang Nora.Abang Ihsan jangan risau.Budak lelaki tu(Kamil) dah tak kacau Nora lepas abang Ihsan bagi warning dekat dia.

Abang memang Superman!

Superman?Jihan gelak kuat.Pandangan aneh dari Eduard membuatkan dia terdiam semula.

Haha.


Jihan gelak dalam hati.Lawak betul budak ni.

Kalau boleh Nora nak jemput abang datang rumah.Sabtu ni Kakak Nora nak kahwin.


Nora harap sangat abang dapat datang rumah Nora.

Emak Nora pun nak jumpa abang.Rasanya sampai sini dahulu surat ini Nora tulis.Harap abang dapat balas surat ni secepat mungkin.


Oh,Nora ada sertakan gula-gula bersama-sama dengan surat ini.Tanda terima kasih.

Adik angkat,

Nora

Gula-gula perisa strawberry itu Jihan kulum di dalam mulut.Surat itu digumpal menjadi bola sebelum dicampakkan ke dalam tong sampah di belakang kelas.Eh,silap pulak.Kalau buang macam mana nak tiru tulisan?Surat itu diambil semula.Jihan kembali semula ke tempat duduk.

Dia senyum lagi.

Sini,surat versi aku.Sehelai kertas dikeluarkan.Pen di tangan mula bergerak laju.

*****

Ihsan mengetuk pintu kelas.Sedikit tersentak bila nampak Jihan sudah ada di tempat duduk.Cepat pulak datang?Pelik.Biasanya bila loceng dah nak bunyi baru Jihan tu datang.

Eduard tak ada di tempat duduk.Pergi tandas kot.Dia meletakkan beg di atas bangku.Surat berwarna pink di atas meja dipandang musykil.

Jihan yang tengah membuat kerja sekolah dipandang dari jauh.Siapa letak atas meja dia?Jihan ke?Surat cinta ke ni?Jantung Ihsan berdegup kencang.

Kepada:Abang Ihsan

Daripada:Nora

Nama itu membuatkan Ihsan menarik nafas lega.Ingatkan siapa lah tadi.Tak fasal-fasal dia berdebar sendiri.

Surat itu dikoyak laju.Apa yang Nora tulis?Mengingatkan Nora,Ihsan senyum sendiri.Mulanya dia anggap Nora tu adik angkat dia aje.Tapi makin lama dipandang,Nora tu makin comel lah pulak.

Patut ke dia ambik Nora jadi girlfriend dia?Ke macam mana?

Ke hadapan abang Ihsan,

Nora dah banyak dengar cerita yang bukan-bukan fasal abang.Nora rasa,abang tak layak jadi abang angkat Nora.Sedarlah sikit abang.Abang tu dapat nombor last sekali dalam kelas.

Abang ni bodoh ke?Tak reti nak study?

Ihsan menggaru kepala sendiri.Memanglah dia pernah dapat nombor last.Tapi sekali aje.Tu pun sebab dia demam.

Yang lain,semua dia dapat nombor 1.Tapi macam mana Nora boleh tahu?Peristiwa memalukan itu tidak pernah diberitahu pada Nora.

Nora dah bosan jadi adik angkat abang.Yang abang pergi bagi warning pada Kamil tu kenapa?


Abang tahu tak yang Nora suka dekat Kamil?Sekarang Kamil dah tak tegur Nora.Kamil langsung tak kacau Nora.

Semua salah abang!Kita putus!Nora dah tak nak jadi adik angkat abang!

Surat itu Ihsan lipat laju.Terasa ada yang pelik pada surat ini.Tak macam Nora yang tulis.Walaupun tulisannya sama,tapi nadanya berbeza.Nora yang dia kenal,lembut dan sopan santun orangnya.

Bukan kasar dan mengikut perasaan.Nora tu cakap berlapik.Ini dah macam Jihan aje.Sekali lagi muka Jihan dipandang.Kali ini agak lama.

“Apasal?Dah jatuh hati dekat aku?,”pertanyaan Jihan membuatkan Ihsan mencemikkan muka.


Dia segera berlalu keluar kelas.Malas hendak bergaduh dengan Jihan.Karang tak pasal aje ada yang kena lempang dengan dia.

Dia berkira-kira hendak ke kantin.Masa masih ada.Sempat kot kalau dia pergi makan Nasi Goreng.Dari jauh susuk tubuh Nora sudah kelihatan.Ihsan mengukirkan senyuman,namun senyuman yang diberi tidak berbalas.

Muka Nora masam.

Ini apasal ni?Apa pulak yang aku dah buat?Serius ke?Nora yang bagi surat tu?

*****

“Aku bukan nak burukkan Ihsan.Tapi untuk pengetahuan korang la kan…semalam aku nampak dia pegang tangan Nora,”Jihan memberitahu rakan-rakan sekelasnya dengan wajah yang serius.

“Ya Allah.Betul ke kau ni?Tak kanlah Ihsan nak buat macam tu?Nora tu kan adik angkat dia.Bukan girlfriend,”wajah Shikin berkerut.


Tanda tak percaya.

“Iye ke adik angkat?Mula-mula memanglah adik angkat.Lama-lama?,”Rohayu pula menyampuk.Dia dan rakan-rakan perempuan satu kelas berkerumun di meja Jihan.

“Aku pun rasa Ihsan dengan Nora tu apa-apa.Cara dia layan Nora tu special sangat.Budak perempuan kelas kita pun dia tak layan macam tu,”Jenab pula berkata-kata.

Mereka semua yang berada di situ menganggukkan kepala.Tanda mengiyakan kata-kata Jenab.Jihan sengih dalam hati.

“Jihan,”

Pelajar perempuan semua bergerak ke tepi.Memberi laluan pada Aaron untuk lalu.

“Nah,”tiba-tiba Aaron menghulurkan sehelai kertas pada dia.

“Apa benda pulak nie?,”sibuk betullah si Aaron ni.Bukan kelas Aaron dekat sebelah?Kertas yang dihulur tidak disambut.

“Artikel.Nanti tolong tampal,”Aaron masih menghulurkan kertas sehelai.

“Apasal aku pulak?Bagi ajelah dekat ketua kelas,”Jihan bersuara tidak puas hati.

“Masalahnya aku tak jumpa cari ketua kelas,”

“Macamlah sekolah ni besar sangat.Tu..kau pergi cari dekat kantin,”

“Apa masalahnya kalau aku bagi kau?Kau kan Penolong Kelas?,”Aaron mengawal suara.Dia pula yang naik geram bila bercakap dengan Jihan ni.Biasanya dia bagi Ihsan.Tapi Ihsan selaku Ketua Kelas tak kelihatan pula hari ini.

“Nah.Ambik.Aku nak pergi kelas sebelah,”dia meninggalkan artikel berkenaan di atas meja Jihan.

Sibuk lah tu konon.


Jihan mengutuk dalam hati.Padahal AJK Persatuan Agama Islam aje.Dalam banyak-banyak persatuan,hanya beberapa kerat pelajar aje yang sudi masuk Persatuan Agama Islam.


Antaranya Aaron.Lelaki paling alim.

Satu-satunya pelajar tingkatan 2 yang pakai songkok.

Artikel yang diterbitkan dua kali sebulan itu dibaca.



MENGUMPAT DAN MEMFITNAH ADALAH DOSA BESAR



Erks.Matanya dibuka luas-luas.Aaron ni macam tahu-tahu aje.



Mengumpat: Mengata atau menceritakan keburukan seseorang di masa ketiadaannya serta boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan di hadapannya.

Memfitnah: Melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti.
Abu Hurairah رضي الله عنه melaporkan bahawa Baginda Rasulullah صلّى الله عليه وآله وسلّم pernah bersabda:

"Saudara-saudara tahu apa itu mengumpat?"
Sahabat-sahabat Baginda menjawab:

"Allah dan utusan-Nya yang lebih mengetahui."
Rasulullah bersabda:

"Mengumpat itu adalah saudara menyebut hal rakan saudara yang tidak disukainya."
Ada orang bertanya:

"Apa pandangan tuan apabila saudara saya itu memang sifatnya seperti saya sebutkan?"

Baginda menjawab:

"Apabila dia memang begitu, maknanya saudara mengumpat kepadanya. Apabila dia tidak bersifat seperti apa yang saudara katakan, bererti saudara memfitnahnya."

(Hadits riwayat Imam Muslim رحمه الله , dicatatkan oleh Imam An-Nawawi رحمه الله dalam kitab Riyadhus Sholihin)
Firman-Firman Allah dan hadith-hadis:
Al-Buruj : 10
Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar.
Al-Isra'a : 36
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggung jawabnya tentangnya."
Dari Imam Ghazali
"Mengumpat itu dosanya sama dengan berzina 30 kali."
Dari Imam Al-Mawardi
"Orang yang biasa mengumpat, isi batinnya kotor"





Ada satu rasa yang terbit di dasar hati.Sukar untuk Jihan jelaskan.Rasa bersalah barangkali?Atau rasa berdosa?Dia tahu mengumpat tu berdosa.


Apatah lagi memfitnah.Dia tahu.Dia dah lama tahu.Tapi kenapa sampai hari ini,perkara yang menyebabkan dosa tu dia masih lakukan?

Bibir diketap kuat.Wajah teman yang masih memandangnya dipandang satu persatu.Dia menghulurkan artikel itu pada Rohayu.

“Baca.Lepas siap paskan dekat orang lain.Lepastu tolong tampal dekat depan,”ujarnya sebelum keluar kelas.


Hatinya rasa tidak enak selagi tidak bersemuka dan meminta maaf dengan Ihsan.

*****

Loceng dah nak berbunyi,Ihsan bergerak laju menuju ke kelas.

“Ihsan,sini kejap!!,”Cikgu Hamidah melambaikan tangan pada dia.

Ish.Ini adalah tu nak mintak tolong ke apa.Nak tak nak,dia bergerak juga menghampiri Ketua Panitia Bahasa Melayu yang sedang sarat mengandung itu.

“Kenapa cikgu?,”dia bertanya sopan.

“Nah.Nanti ada pertandingan sajak dekat sekolah sebelah.Minggu depan bertanding.Isi.Lepastu bagi semula dekat cikgu.Cikgu nak kamu masuk,”

Borang penyertaan itu Ihsan sambut.

“Tapi kenapa ada dua helai cikgu?,”

“Satu lagi bagi Jihan.Kamu berdua kan pandai bersajak,”

“Ayoyo…,”borang yang sudah tertulis nama Siti Nur Jihan di hujung kertas diperhatikan agak lama.

“Kenapa?,”

Ihsan sengih.

“Tak ada apa cikgu,”

“Bagi tau.Jangan lupa pulak,”Cikgu Hamidah hilang di balik pintu bilik guru.


Borang penyertaan itu ditenung buat kali kedua.Nak bagi Jihan?

Kalau Jihan masuk,makin sikitlah peratus untuk dia menang.Jihan tu tersangatlah pandai bersajak.Selalu kalau dekat sekolah,Jihan yang menang nombor satu.Dia pulak dapat nombor dua.

Hurm…anak matanya memerhatikan tong sampah yang berwarna hitam yang terletak tidak jauh dari dia berdiri.

Alah.Senang cerita,tak payah bagi Jihan.

Dia baru berkira-kira hendak mencampakkan borang itu ke dalam tong sampah.Betul.Sipi-sipi lagi dia nak buang.Borang tu hanya dua inci sahaja dari terjerumus ke dalam tong sampah.

“Ihsan!!!,”

Ihsan tersentak.Bunyinya macam suara Jihan.


Tapi kenapa pulak panggil Ihsan?Bukan selalu Daun ke?Buang tabiat ke apa budak sorang ni.Borang itu cepat-cepat disumbat ke dalam tong sampah.

"Apa?,"Ihsan bertanya dengan senyuman yang paling manis.


p/s: Sekarang tengah cuti sem. :) Maaf sebab lambat buat entry baru.
Rujukan:

No comments:

Post a Comment