Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Sunday, April 8, 2012

Bukan Ustaz 3

Jihan bergerak menghampiri Ihsan.

Dia turut membalas senyuman Ihsan.

“Kau buang apa tadi?,”dia cuba menjenguk ke dalam tong sampah tapi ada tangan Ihsan yang menghalang.

“Tak ada apa.Plastik roti,”Ihsan pula menjawab selamba.

“Iye ke?,”

“Yalah.Dah kenapa kau cari aku ni?,”

“Err…,”payah pulak hendak menyebut.Tapi…

“Aku nak mintak maaf dengan kau,”dia sebut laju-laju.Ihsan mengerutkan dahi.

“Kau kenapa?Demam?Ke gila?Kalau gila…aku boleh tolong hantarkan ke hospital bahagia,”

Ayat yang keluar dari mulut Ihsan benar-benar menguji kesabaran.

“Aku kan dah banyak buat salah dengan kau.Aku banyak mengumpat kau.Aku fitnah kau..aku,”

“Kejap..,”Ihsan menyampuk.

“Kau apa?Fitnah aku?Wah,beraninya kau fitnah aku…,”Ihsan menggetap gigi.

“Sebab tulah aku nak mintak maaf.Aku harap sangat kau dapat maafkan aku,”Jihan memberitahu.Jujur dan ikhlas dari dasar hati.

“Kau nak pindah sekolah ke?,”

“Hish!Bila masa pulak aku nak pindah sekolah?,”Jihan meninggikan sedikit suara.Geram.

“Aku cuma nak mintak maaf aje,”suaranya diperlahankan semula.

Ihsan ketawa kuat.Loceng sudah pun berbunyi.

“Adoi…seram aku dengan kau ni..Dahlah,tak payah nak berlakon dekat sini,”Ihsan berkira-kira mahu pergi dari situ.

“Kau maafkan aku tak?,”laju sahaja Jihan bertanya.

“Iya!!Aku maafkan.Dahla.Masuk kelas,”

“Ihsan!!!,”

“Apa lagi?,”

“Aku tukar surat Nora.Surat tu aku yang tulis.Surat sebenar ada dalam tong sampah.Sorry,”

Ceit.Ihsan mendesis.Sudah ku agak perempuan ni punya kerja.

“Tak apa.Aku maafkan,”entah kenapa dia jadi seorang yang pemaaf hari ini.

Jihan pandang Ihsan dari jauh.

“Borang kau dalam tong sampah!!!,”jeritan itu membuatkan Jihan terpana sebentar.

Borang apa pulak?Tong sampah hitam dihampiri.Kertas yang sudah direnyuk dibuka.

Borang Penyertaan Pertandingan Sajak.

Ada nama dia di hujung kertas.Siti Nur Jihan.Oh.Inilah rupanya plastik roti.Dia menarik nafas.Panjang.Cubaan..

*****

Jihan masuk ke dalam kelas dengan senyuman di bibir.Pelik.Musykil betul.Baru lepas geledah tong sampah,tak akan happy kot?

Jangan cakap yang minah ni nak jadi Muslimah la.

“Kau kenapa?,”Eduard tepuk meja dia.

Jari Ihsan terhala pada Jihan.

“Apasal budak tu?,”

“Kenapa?,”

“Kau tak rasa Jihan tu baik semacam hari ini?,”

“Haah.Aku perasan.Lepas Aaron bagi artikel,terus dia tak berkumpul ramai-ramai,”

Ihsan angkat kening.

“Artikel apa?,”

“Tu.Dekat depan,”

Ihsan bangun dari kerusi.Papan kenyataan segera dihampiri.

MENGUMPAT DAN MEMFITNAH ADALAH DOSA BESAR

Oh.Patutlah.Baru aje dia nak baca ayat yang berikutnya,telinganya pula ditarik dari belakang.

“Dah.Duduk tempat,”Cikgu Ibrahim memberi arahan.

“Alah cikgu.Nantilah kejap.Saya nak baca ni,”dia sengih nampak gigi.

“Tadi tak nak baca.Masa cikgu nak mengajar ni lah sibuk nak baca.Cepat.Cikgu nak buat kuiz ni,”Cikgu Ibrahim masih menggesa.

“Kejap cikgu.Lima minit,”

“Tengku Ihsan…,”

“Yalah..yalah,”Ihsan menapak malas ke kerusi sendiri.Sebelum Cikgu Ibrahim mengamuk,lebih baik dia lari dulu.Nasib baik tadi cikgu hanya pulas telinga dia.Bukan pulas perut.Kalau tak memang meranalah diri dia.

“Semua bangun.Assalamualaikum Cikgu,”dia memberi arahan.Dia sebenarnya tak nak jadi ketua kelas,tapi budak kelas dia yang beria cadangkan nama.Terpaksalh terima.Orang femes.Anak TENGKU lagi tu.Nak buat macam mana.

Yang tak bestnya,Jihan pulak dilantik jadi Penolong Ketua Kelas.Kononnya dia dan Jihan serasi.Serasi tang mana tu dia tak tahulah.

Seperti yang dijanjikan,Cikgu Ibrahim bagi kuiz untuk dia dan budak satu kelas jawab.Soalan senang macam kacang Kuda.

Kuiz Matematik itu dijawab tak sampai 15 minit.Nak tunggu budak kelas dia jawab..punyalah lama.Sampai dia tertidur atas meja.

Cikgu Ibrahim nak setiap orang tanda kertas orang lain.Tak boleh tanda kertas sendiri.

Sekali kertas Siti Nur Jihan yang dia dapat.Malang sungguh nasib kau Jihan.

Kertas itu ditanda menggunakan pen merah WALAUPUN Cikgu Ibrahim kata:

“Sila tanda menggunakan pen biru,”

Soalan satu.Oh dah salah.Dibulat besar-besar.Kepala digeleng beberapa kali.Itulah.Lain kali bila cikgu mengajar.Dengar.

10/20

Teruk.Teruk.

Tinggal komen sikit.

Lain kali sebelum jawab…sila fikir menggunakan otak.

Tak berapa nak kejam.Tambah sikit lagi.

Kau ni sekolah tadika ke?

Heh.Ayat itu menyebabkan dia rasa puas hati.Dia menghulurkan kertas itu pada Eduard.

“Pas dekat Jihan,”

Dari jauh diperhatikan reaksi Jihan nun di seberang sana.Bila Jihan pandang dia,Ihsan melambaikan tangan.Jihan pula hanya tersenyum.

Ihsan turunkan tangan.Wajah Eduard ditatap.

“Apahal Jihan tu?Demam?Mabuk?,”dia pula yang naik angin bila tiada respon dari Jihan.

“I don’t know,”ringkas sahaja jawapan yang diberikan Eduard.

Kepalanya diletakkan di atas kepala.Wajah ceria Jihan ditatap dari jauh.

*****

“Aku rasa nak tumbuk-tumbuk aje muka Ihsan tu,”Jihan menggetap gigi.

“Habis tu?Kenapa tak tumbuk?,”Ashminta di sebelah bertanya.

“Sebab sekarang ni.Aku dah insaf.Aku dah tak nak bergaduh.Tak nak mengumpat.Buang masa aje semua tu.Buat tambah dosa aje,”

“Eleh…iyalah tu,”Rohayu pusingkan kerusi.Cikgu Ibrahim tengah keluar pergi tandas.

“Betul lah.Aku nak berubah.Ni bukan Jihan yang dulu,”Jihan memberitahu penuh semangat.Artikel tadi benar-benar menyentuh jiwanya.Benar-benar memberi kesan pada diri dia.Pada orang lain tu tak tahulah.

“Jangan cakap aje Jihan.Amalkan..,”ujar Rohayu.

“Kau pun.Joinlah aku sekali,”

“Aku ikut kau aje,”Rohayu menjawab sambil tersengih-sengih.

“Okay.Lepas ni aku tak nak nak tengok kau gaduh dengan Ihsan.Boleh?,”Shikin yang sedari tadi hanya berdiam diri mula berkata-kata.

“O..okey.Beres.Tak ada hal.Senang aje tu,”Jihan senyum panjang.Senang ke?Kenapa rasa macam susah.Belum cuba belum tahu Jihan.

****

Hari ini sudah masuk hari yang kedua dia tak bercakap dengan Jihan.Lima patah yang ditanya Jihan,namun sepatah pun tidak dijawab.Nampak macam Jihan serius mahu berubah.

Ihsan mengeluh.Bosan lah hidup aku kalau macam ni.Dia masuk ke dalam kelas Aaron.Kebetulan cikgu tengah bermesyuarat.Batang hidung pengawas yang bertugas menjaga kelas sementara cikgu bermesyuarat pula tidak kelihatan.Dalam perjalanan kot.

Aaron tengah berborak dengan Aziz.Entah apa yang ditarbiah Aaron.Budak-budak lain buat kerja sendiri.Yang terlebih rajin,study.Macam Eduard.Tapi kebanyakannya ramai yang buka sidang perbincangan.Kerusi yang kosong ditarik sebelum diletakkan betul-betul di hadapan mereka berdua.

“Dunia dah nak kiamat.Kau tahu tak kenapa sampai sekarang tak ada orang pun yang dapat selesaikan misteri Segi Tiga Bermuda?,”Aaron tanya Aziz.

“Segi Tiga Bermuda?Tempat yang banyak kapal hilang tu?,”Ihsan menyampuk.Menarik pulak topik ni.Segi tiga bermuda.Dia memang suka benda-benda misteri macam ni.

Aaron dan Aziz sama-sama menganggukkan kepala.

“Aku ada baca yang segi tiga bermuda ni...titik pertembungan aliran sejuk dengan panas.Afrika dengan Amerika.Maknanya,dekat situ banyak jin dengan syaitan,”Aaron menjelaskan.

Wajah dua orang sahabat dipandang satu-persatu.

“Kenapa pulak kalau sejuk dengan panas,banyak jin dengan syaitan?,”Aziz bertanya.Tanda dia sememangnya tidak faham.

“Korang pernah dengar satu hadis nabi ni tak?,”soalan dari Aaron itu menyebabkan Ihsan ketawa.

“Memang aku baca hadis,”dia dan Aziz sama-sama tersengih.

“Sebab tu aku nak beritahu, Ada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya, "Apabila salah seorang berada di tempat yang terbuka atau di tengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebahagian dari dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri (meninggalkan tempat itu),”

Ihsan pandang kagum.Fuh.Cayalah.Panjang hadis tu.Boleh budak ni hafal.Memang tabik spring lah!

“Kau hafal ker?,”

“Tak.Semalam aku baca fasal ni.Sebab tu aku salin dalam kertas,”sehelai kertas kecil Aaron tunjukkan pada Ihsan dan Aziz.

Ceit.Tabik dah tak spring.

“Korang ada pernah dengar nama Christopher Columbus?,”Aziz pula hendak bercerita.

“Cerita ajelah.Manalah aku tahu fasal Lombus ke Lotus ker,”Ihsan menggesa.Sejak bila Aziz minat sejarah ni?Selalu tu nama-nama orang putih ni lah yang Aziz paling susah nak menyebut.Hafal tu lagilah.

Itu yang namanya Alfonso de Albuquerque tu Aziz ambil masa hampir setahun nak ingat.Bila dah naik form 2 barulah ingat nama tu.

Terasa diri bodoh sebab tak tahu apa-apa fasal segi tiga bermuda atau nama inggerisnya Bermuda Triangle.

“Christopher Columbus ada cerita.Masa kapal dia lalu dekat kawasan segi tiga bermuda,diorang punya jarum kompas asyik bergerak aje. Padahal cuaca hari tu tersangatlah baik.Malamnya,dia dengan anak kapal nampak bebola api.Bebola api tu terjun macam tu aje dalam laut,”

“Sure ke tu bebola api?Bukan bebola ikan?,”soalan Ihsan tu menyebabkan Aziz menjeling tajam.

“Mana aku tahu.Aku tak ada dekat situ.Itu apa yang Christopher Columbus cakap.Tapi kesimpulannya dekat sini,Christopher Columbus ni bertuah sangat sebab kapal diorang tak hilang. ‘Benda’ tu cuma buat pertunjukan aje,”dia menyimpulkan perbincangan.

“Aku ada baca lagi semalam,dekat segi tiga bermuda ni ada banyak rahsia alam.Kononnya dekat situ ada sebuah telaga.Siapa yang minum air dekat situ,akan dipanjangkan umur.Sebab tulah,syaitan dengan dajal jaga tempat tu.Mereka tak nak manusia tahu rahsia tu,”

“Hrm…,”Ihsan tak tahu nak cakap apa.Dia tidak ada cerita untuk ditokok tambah agar topik perbincangan ini bertambah hangat.

Wallahu a’lam..Kita manusia ni hanya mampu bercerita,”Aaron menepuk bahu Ihsan.

“Kau janganlah monyok sangat weh.Aku dengan Aziz ni buat research dulu semalam.Kitorang ingat hari ni nak bertekak fasal segi tiga bermuda.Itu yang ada isi nak cakap tu,”

Aaron seolah-olah ada instinct.Senang sangat hendak memahami gelodak jiwa dia.

“Lah..apasal tak beritahu awal-awal?Kalau tak..tak adalah aku rasa bodoh sorang-sorang,”

Aziz ketawa.

“Siapa suruh kau main terjah aje masuk kelas ni?Bagi salam pun tidak.Ini apa hal kau datang sini?Tak best ke kelas kau?Eduard buat apa?,”

Banyak pula soalan Aziz.

“Eduard tu macam biasa.Study 24 jam.Aku bosanlah duduk dalam kelas tu.Jihan pulak senyap memanjang.Cakap dengan budak perempuan aje.Bosan tahu tak?Ini semua salah kau Aaron,”dia memarahi Aaron.

“Aku?Kenapa aku pulak yang salah?,”

“Yang kau bagi Artikel tu dekat Jihan kenapa?Tak pasal aje dia dah insaf,”

“Baguslah kalau dia dah insaf,”

“Aku tak suka kalau dia insaf,”

“Amar ma'ruf nahi mungkar,”

“Aku tetap tak suka,”

“Eh eh.Banyak betul iblis dalam badan kau ni,”

Ihsan diam.

“Aku ingat nak buat something lah…,”ujar Ihsan separuh berbisik.

“Buat apa?,”Aaron dan Aziz sama-sama bertanya.

“Semua duduk tempat masing-masing!,”alamak!Pengawas dah masuk.Tak sempat dia nak beritahu mereka.

“Ihsan.Kerusi aku,”Johan datang dekat Ihsan.

“Yalah,”

Dia bangun.

“Hoi!Kau nak buat apa?,”Aziz jerit.Tak puas hati bila Ihsan tidak menghabiskan kata-kata.Dah la datang tidak dijemput.Boleh pulak blah macam tu aje.

“Shh…,”pengawas yang bertugas suruh Aziz diam.

Ihsan tersengih.

“Sorry kak.Saya nak balik kelas saya,”

“Kelas awak dekat mana?,”

“Sebelah,”

“Dah.Pergi cepat.Duduk diam-diam dalam kelas.Jangan merayau,”pengawas tu menasihati dia.Ihsan menganggukkan kepala.

Ternyata kelasnya tak ada pengawas yang jaga.Agaknya masih belum sampai…takpun memang tak ada orang jaga.Aman dunia.

Eduard masih lagi study.Itu sahajalah kerja sahabat dia yang seorang tu.Belajar lah banyak mana pun Eduard.Kau tetap dapat nombor 3.Tak kan boleh lintas dia.

Takbur pulak rasa.

Tapi dia cakap benda yang betul.Hmm..Jihan diam di kerusi.Entah apa yang dia study.Ini lagi sorang,korang tak akan boleh lintas aku dalam exam.Percayalah!

Tengku Ihsan tetap nombor akan dapat nombor 1 sampai bila-bila.Kalau dah genius kan.Baca sekali terus melekat dalam otak.

Dari tadi dia nak buat Jihan marah.Kita tengok sampai bila Jihan boleh menahan sabar.Orang cakap,kesabaran manusia tu terbatas.Ada had.

“Aku nak buat pengakuan,”dia berdiri di hadapan meja Jihan.Renungan tajam dari Ashminta tidak dipedulikan.

“Tahun lepas,beg kau hilang kan?Akulah yang curi,”ditelek reaksi Jihan.

Nothing.Macan tak berkesan aje umpan dia.

“Kau ingat lagi tak masa ustaz buat kelas agama dekat surau?Kasut kau ada hilang sebelah kan?Ha..tu kerja aku lah tu,”

“Ihsan,”

“Buku sekolah kau pernah lencun kena air kan?Tu pun aku jugak yang basahkan,”

“Ihsan…,”

“Kau pernah kena rotan sebab tercalarkan kereta cikgu masa tahun lepas.Tak kan kau tak nak tahu siapa yang report dekat cikgu?Akulah orangnya…,”dia sengih jahat.

“Ihsan!!!,”

Muka masam mencuka Jihan dipandang dengan riang.Yes!Umpan mengena.Nak jadi baik konon..

1 comment:

  1. kenapa lah Ihsan ni baik sangat kan..... hehehe.... sabarlah Jihan ... nama ja Ihsan tapi x pernah belas Ihsan dengan orang lain....

    ReplyDelete