Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Saturday, December 11, 2010

B.M.W 8

Lama Darian dan Amsyar berpandangan sesama sendiri.

“Kau nak cakap apa ni? Kalau setakat nak menatap muka hensem aku, baik tak payah la. Awal-awal aku cakap, aku tak berminat dengan kau. ”Amsyar bersuara tiba-tiba. Darian yang mendengar melepaskan tawa.

“Aku nak kau ambik aku kerja.”nada suara Darian bertukar serius.

“Ha?”Amsyar angkat kening. Ambik kau kerja? Sorry kawan. Kalaupun aku tak cukup pekerja, kau adalah orang terakhir yang ada dalam list my-future-employee-to-be.

“Kau setuju tak ni?”

“Kenapa aku kena setuju ambik kau kerja dengan aku pulak nya?”soal Amsyar. Air di depan dihirup sedikit.

“Kau kena ambik aku kerja dengan kau, kalau taknak kedai kau kena tutup.”balas Darian pula.

“Err. Excuse me?”Apa mandat yang kau ada sampai kau boleh main tutup tutup kedai aku?

“Ops. Lupa pulak nak kenalkan diri aku. Here’s my card.” Sekeping kad dikeluarkan dari dompetnya sebelum kad itu berpindah tangan. Amsyar memerhati kad itu. Lama.

“Kenapa senyap ni bro? Tak tahu baca? Takpe. Takpe. Mari aku tolong bacakan.”kad ditangan Amsyar diambil kembali sebelum dibaca, “Pengurus Besar Ihsan Parade. Darian Darwisy bin Dato’ Alwi.”wajah Amsyar dijeling. Kad nama itu disisipkan kembali ke dalam dompetnya. Bimbang kad itu jatuh ke tangan Bella. Dia tak nak Bella tahu lagi buat masa sekarang.

“Sekarang, kau faham? Ambik aku kerja atau bersiap sedia untuk tutup kedai kau.” sekali lagi Darian menuturkan kata-kata yang sama pada Amsyar.

Amsyar ketap bibir. Menahan rasa marah. “Kau nak apa sebenarnya ni?”

“Nak kerja dengan kau lah. Takkan berpuluh kali aku cakap tadi kau tak dengar?”
Amsyar tarik nafas sebelum melepaskannya perlahan-lahan.

“Apa niat kau sebenarnya ni? Takde angin takde ribut, tiba-tiba semangat bukan main nak kerja dengan aku.”

“Kenapa? Kena tunggu ada angin dengan ribut dulu ke baru aku boleh kerja dengan kau?”Darian loyar buruk. Amsyar tidak memberi reaksi. Tanda dia sedang serius.

“Ok. Ok. Aku nak kerja sama dengan Bella.” Amsyar ketawa.

“Sorry lah. Bukan aku taknak. Tapi pekerja aku dah cukup. Lebih dari cukup. Aku dah tak mampu nak ambik sorang lagi. Kedai aku bukan besar sangat. Lagipun, kalau kau kerja dengan aku, kau takkan ada kerja nak buat.”

“Siapa kata aku takkan ada kerja?”

“Dah kau akan ada kerja ke?”Darian mengangguk. “Kerja apa?”

“Kerja mengorat Bella.”tanpa perasaan dan tapisan Darian menjawab. Buat apa nak berselindung. Biar Amsyar tahu yang aku pun suka dekat Bella. Bukan dia sorang je.

Sekali lagi Amsyar gelak besar. “Kau yakin sangat ke yang Bella tu akan suka kau kalau kau kerja dengan aku?”

Darian mengangguk lagi.

“Ok. Tapi aku tak rasa aku dapat kasi gaji banyak dekat kau. Bisnes aku.. Erm. Kau faham faham je lah.”ujar Amsyar.

“Aku faham. Bisnes kau tak maju-maju. Kau takde banyak duit sangat nak hire orang ni.”Amsyar kerut dahi. Eh. Ini dah terlebih faham. Kau perli aku ke apa? Mentang-mentang dia tu anak orang kaya.

“Sebab tu aku tak kisah kau nak bagi aku gaji berapa. 10 ringgit sebulan pun aku terima.”Kalau dah angau la.

*******

“Nah air.”air ditanganku dihulur pada Darian. Manakala sebelah lagi tanganku sedang mencari baki dalam poket seluar.

“Thanks.”ucap Darian. Dia menyedut air carot susu di tanganku. Namun air itu tidak diambil.

“Eh, dah air kau ni?”aku bertanya. Tangan yang sedang mencari baki di dalam poket sudah dikeluarkan. Darian yang sudah berdiri itu dipandang.

“Kau ambik je lah.”pantas aku menggeleng.

“Tak nak aku. Dah la kau dah minum.”sekali lagi cawan plastik di tangan dihulur pada Darian.

“Kenapa nya kalau aku dah minum? Kan sharing is caring. And caring means love.”aku yang mendengar dah berkerut. Apa love-love tiba-tiba ni?

“Kau kena sampuk ke?”aku meletakkan cawan plastik di atas meja.

“Ni bukan sampuk, sayang oi. Ni namanya love struck.”kerutan di dahi ku makin bertambah apabila mendengar kata-kata Darian. Wajah Amsyar dipandang mencari penjelasan. Amsyar cuma menggeleng-gelengkan kepala. Tak menyempat-nyempat nak mengorat Bella.

“Oh, by the way. Kau kena buat baik dengan aku.”

“Apasal pulak?”

“Sebab nanti kita akan kerja sama-sama. See you tomorrow. ”kemudian Darian pergi meninggalkan aku yang masih lagi blur. Amsyar pula sudah buat-buat tak tahu.

******

“Kenapa kau ambik dia kerja kat sini?”bisik aku pada Amsyar, perlahan. Mataku tertancap pada Darian yang sedang berbual dengan Fakhrul.

“Nak buat macam mana. Dia takde kerja, aku kasi lah dia kerja.”Amsyar membalas. Dia masih sibuk membalas e-mail pelanggan tetapnya yang bertanyakan hal komputer.

“Ish, makin tak aman lah hidup aku nanti.”aku merungut. Kakiku melangkah ke kaunter.

“Bella!!”jerit Darian dari jauh sambil berjalan menuju ke arahku. Tengok? Kan aku dah cakap.

“Apa?”

“Amsyar suruh aku hantar computer dekat client.”Darian sengih.

“So?”

“Jom lah teman aku. Lagipun dari tadi aku tengok kau tak ada kerja nak buat. Asyik tercongok kat kaunter ni je. Pelanggan satu pun tak datang.”

“Oi oi. Aku dengar tu.”tegur Amsyar dari tempat duduknya.

“Aku cakap apa yang betul je. Jom lah teman aku. Lepas balik tu, kita boleh pergi jalan-jalan. Kita pusing keliling taman ke. Kita pergi pantai ke. Nak?”pelawa Darian lagi.

“Boleh blah.”laju mulut aku menjawab. Nak pusing pusing taman dengan Darian? Lambat lagi.

“Bella, kau kata nak suruh aku ajar cara format lappie kan? Aku tengah free ni. Nak aku ajar tak?”Amsyar tiba-tiba menyampuk. Aku mengangguk laju. Peluang keemasan nak lepaskan diri dari Darian.

“Eh, apa nya. Aku baru je nak ajak Bella teman aku.”Darian tak puas hati.

“Sekarang ni, siapa bos? Aku ke kau?”

“Kau.”

“Dah tu aku suruh kau hantar computer kan? Kau hantar je lah. Yang tercegat lagi tu kenapa?”arah Amsyar. Itu la. Padan muka. Nak sangat kerja dengan aku eh? Rasakan.

“Am. Cepatlah ajar aku.”ujarku yang sudah mula menarik kerusi ke sebelah meja Amsyar. Amsyar mengangguk. Darian dijeling sebelum menuju ke arah Bella.

Oh. Kau ingat kau bos kau boleh buat ikut suka kau lah. Silap besar kau Amsyar. Ni mungkin kedai kau. Tapi kau kena ingat kedai kau dalam mall aku. Darian senyum jahat sebelum berjalan keluar dari kedai. Bilik suis dicari.

*******

“Pakcik, abang saya panggil.”ujar Darian pada lelaki yang menjaga bilik suis itu.

“Err, kenapa Tuan Rasyiq panggil saya, Encik Darian?”soal lelaki itu pada Darian. Darian memandang lelaki yang lebih kurang sama umur dengan abah itu. Orang tua ni memang la. Dekat Rasyiq dia panggil Tuan. Aku ni dia panggil Encik je. Haish. Saja buat aku panas pagi pagi ni.

“Mana saya tahu. Pakcik ada buat apa-apa ke? Marah benar saya tengok muka abang saya tu. Seumur hidup saya la kan pakcik. Tak pernah saya tengok dia marah-marah macam tu.”Darian mereka cerita. Muka pakcik itu berubah. Darian senyum.

“Ya Allah. Macam mana ni Encik Darian.. saya ada 3 orang isteri lagi nak kena tanggung ni. Anak-anak 11 orang. Macam mana ni Encik. Tolongla jangan bagi Tuan Darian pecat saya.”Pakcik itu mula merayu-rayu.

“Itu saya tak tahu pakcik. Abang saya cakap, dalam masa 5 minit kalau pakcik tak datang, mungkin sesuatu yang buruk akan terjadi pada pakcik. Kena pecat kot. Saya on the way datang sini dah 3 minit. Cakap cakap dengan pakcik dah 1 minit. Eh, tinggal 1 minit lagi.”Darian memerhati jam tangannya. Dia memandang pakcik itu kembali. Tetapi dia sudah tiada. Lesap menuju ke bilik abangnya. Darian senyum. Suis-suis di depannya dipandang.

Kotak suis besar dibuka. Satu wayar berwarna hitam dipotong menggunakan pisau lipat. Sekelip mata suasana yang terang benderang di mall tadi tiba-tiba menjadi gelap. Dia cepat-cepat berlari keluar.

Mission accomplished. Jangan harap la Amsyar boleh bermesra-mesra dengan Bella. Nak ajar cara-cara format laptop lah konon. Kalau dah black out macam ni, macam mana nak on lappie nya?

********

Darian menyanyi-nyanyi kecil sebaik memasuki kedai Amsyar. Namun langkahnya terhenti seketika.

“Eh, kau dah balik? Aku pun tak tahu pasal apa tiba-tiba je black-out mall ni. Kau dah hantar computer tadi?”Fakhrul menegurnya. Darian tidak membalas. Dia memerhati Amsyar dengan Bella yang sibuk di meja. Mata masing-masing tertumpu ke arah laptop. Eh, bukan dia dah black-out kan satu mall ke? Macam mana diorang boleh sedap-sedap bukak laptop tu.

“Untung je, aku tak cabut bateri laptop aku. Kalau tak mahu hilang semua data aku. Dah la aku tak save lagi.”Fakhrul terus menerus bercerita. Bateri! Kenapa la dia tak terfikir. Darian mengetuk-ngetuk kepalanya. Dah nama pun laptop, Darian. Kalau black-out sekalipun, selagi ada bateri selagi tu boleh guna.

Well, takpe. Bateri tu bukan boleh tahan lama sangat. Sejam dua jam nanti habislah. Tapi sanggup ke kau nak tengok kemesraan ni berlanjutan hingga sejam dua jam lagi? Darian menggelengkan kepala. Tak boleh dibiarkan ni. Come on, idea idea please come. Tiba-tiba dia ukir senyum. Kalau tak jadi jugak tak tahu la.




Langkah diatur ke fire alarm. Dan dia memecahkan kaca itu. Loceng kecemasan berbunyi nyaring. Tak cukup dengan itu dia menjerit. “Api! Api!” Mall itu sekali lagi bertukar huru hara. Semua orang lari bertempiaran termasuk Bella dan Amsyar. Darian puas.

*****

“What the hell were you doing, Darian?”jerkah Rasyiq pada adiknya sebaik Darian melangkah masuk ke dalam rumah.

“Relax la brother. Apa main hell hell ni.”Darian menggeliat. Jam baru pukul 10 malam. Tapi dia dah rasa penat.

Mungkin sebab siang tadi ada 2 misi penting yang dia dah buat kot. Lepas je kejadian ‘kebakaran’ tu. Dia ingatkan ada la can nak jalan-jalan dengan Bella. Cari punya cari Bella dalam ramai-ramai orang tu rupa-rupanya Fakhrul beritahu yang Bella dah balik dengan Amsyar. Dah apa gunanya dia buat semua tu tadi? Last-last dia pergi jalan-jalan dekat taman sorang-sorang. Lepas tu pergi lepak tengok wayang.

“Darian. Kau tu bukan budak 5 tahun kau tahu tak?”

“Tahu..”jawab Darian malas. Dia menguap beberapa kali.

“Dah tu yang kau cerdik sangat pergi potong wayar suis and pecahkan fire alarm tu kenapa? Dah bosan sangat? Tak ada kerja dah nak buat?”Darian tak menjawab. Abang Rasyiq dia ni bab bab membebel memang nombor 1. Kalah mama dibuatnya.

“I want you to give me a good reason. Apasal kau buat semua tu. Dah la kau pergi tipu Pak Nor tu. Menangis-nangis orang tua tu datang jumpa aku. Takut sangat kena pecat.”

Darian ketawa besar. “Dah siapa suruh dia bendul sangat. Aku cakap sikit terus nak percaya.”

“Kau cakap kenapa kau buat benda-benda tak berfaedah tu. Kau tahu mall kita dah rugi berapa sebab kerja bodoh kau tu?” Rasyiq terus menerus membebel.

“Mana ada aku pecahkan fire alarm tu..”Darian masih cuba hendak berdalih.

“Kau ingat kau buat semua tu orang tak nampak? Hoi. Kau lupa ke kita habiskan berpuluh ribu ringgit nak pasang CCTV.”Cis. Macam mana boleh lupa ada CCTV ni.

“Okay. Aku mengaku aku yang buat semua tu. Eh tapi kira okay la tu. Kau anggap je tadi sebagai latihan kebakaran untuk tahun ni.”

“Banyak la kau. By the way, I already told abah about this.”Mata Darian yang tadi tidak bermaya kembali segar. Dia bangun dari sofa serta merta.

“Please lah bro. It is a small matter. You just need to send a repairman to repair that switch and just call somebody to turn off that noisy alarm. Yang kau kecoh kecoh pergi beritahu abah kenapa?”giliran Darian pula memarahi abangnya. Kalau dah sampai ke telinga Dato’ Alwi, siap sedia je lah terima hukumannya.

“Oh, aku kecoh? Dah yang kau buat kecoh kat mall tadi takpe pulak?”tengking Rasyiq kembali.

“Abah suruh aku buat apa?”Darian bertanya. Redha.

“Abah just cakap, Welcome to Ihsan Parade. Kau faham faham lah maksudnya kan?”

“What? No! Aku takkan kerja lagi. Kau faham tak?”

“Pergilah cakap dekat abah macam tu. Dia ada dalam bilik.”Rasyiq senyum sinis sebelum beredar.

******

Darian membuka peti sejuk. Air kosong diambil sebelum diteguk. Dia memerhati dua orang gaji nya berbangsa indon yang khusyuk menonton drama China di dapur. Kadang-kadang dia pelik jugak, time orang-orang Malaysia sibuk tergila-gila cerita Korea, dua dua orang bibik dia ni sibuk tengok cerita China.

“Cerita apa tu?”tegur Darian cuba berbasa basi. Dia sudah menarik kerusi meja makan. Mata diarahkan pada kaca tv.

“Kalau kita bilang bapak enggak akan tahu kok.”Tia membalas. Nuni di sebelah mengangguk. Mereka dah menutup suis tv apabila cerita itu sudah habis.

“Tia. Kamu lihat enggak tadi? Waduh, sweet bangat kan heronya itu. Bilang wo ai ni sama heroinnya. Kalau aku kan Tia, sudah lama aku nikah sama itu cowok.”ujar Nuni teruja. Dia sudah mula membasuh pinggan manakal Tia yang tua dua tahun daripadanya sedang mengelap meja.

Darian sekadar jadi tukang pemerhati perbualan kedua-dua orang gajinya itu. Bengang pun ada jugak. Dah la dia ni tuan rumah. Boleh pulak si Nuni dengan Tia buat-buat tak nampak yang dia ada dekat situ.

“Nuni. Kamu enggak usah mimpi dong. Lambat lagi akan ada cowok bilang wo ai ni sama kamu.”Nuni mencebik. Darian yang mendengar jadi tertarik.

“Wo ai ni? Maksudnya?”Darian ingin tahu.

“Bapak enggak tahu? Loh.. wo ai ni itu saya suka kamu. Sama seperti I love you.”Tia membalas pertanyaan majikannya.

“Aneh ya. Kelihatan bapak ini sepertinya orang bijak-bijak. Tapi enggak tahu apa itu wo ai ni. Kiranya kita lagi bijak dari bapak lah Tia kan?”Nuni dengan Tia sama-sama ketawa mengejek.

Darian berkerut. "Okay. Lets say I want to tell my girl that I love her, can I just tell her wo ai ni?"Darian pandang kedua-dua orang gajinya yang blur.

"Bapak bilang apa?"Tia bertanya. Dia dengan Nuni kalau bab bab english ni memang fail lah.

"Sekarang siapa lagi bijak?"

"Bapak."

"Tahu pun."ujar Darian sinis sebelum beredar dari dapur itu.

“So, wo ai ni sama dengan saya suka awak?”tanya Darian pada dirinya sendiri. Darian sudah mendapat idea. Kalau susah sangat nak mengorat Bella, apa kata beritahu je perasaan sebenar dia pada Bella. Lagi senang kan?

Darian bersiul-siul kecil. Handphone diambil. Nama Bella dicari. Punat hijau ditekan.

“Hello.”kedengaran suara di sana menjawab.

“Wo ai ni.”punat merah ditekan setelah meluahkan perasaan. Darian ukir senyum.

6 comments:

  1. ngok la darian ni. cam org xde otak ja tgk. leh lak p potong kabel n pecah fire alarm. mmg merugikan company ja dia ni. keja xnk kerosakn yg dia bt. jahanam syrkt ayh dia tu. huhuhu...

    ReplyDelete
  2. haha , ape la .
    kelakar betol si darian to .

    ReplyDelete
  3. biler nk smbung ning............dh x sbr nk thu kesudahn citer ning...............pleazzzzzz writer tlg smbung..............
    :-)

    ReplyDelete
  4. darian....darian.....mmg dare...........bezzzzzzzznya............ nak lagi!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. bezzzzzzzzzzzzzzzzzzz gler ar,,
    bler nx smbung,,
    da lme mnunggu taw,,
    nx lagi!!!!

    ReplyDelete