Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Monday, September 21, 2009

I Warn You!! (8)

“Woi!!Cikgu Faridah dah lama tunggu.Ingatkan kau dah hilang…rupanya tengah duk berdating.Dah2..balik kelas.Kita nak kena buat Peka nie,”tubuh Syafiq ditarik secara paksa oleh Daniel.

“Sibuklah kau nie…,”Syafiq menampar kasar bahu Daniel.

“Nurul…0148XXXXXX…call aku!!,”sempat lagi dia meninggalkan nombor telefon.Aku sekadar tersengih melihat telatah Daniel dan Syafiq.Syafiq bagi nombor telefon dia.Selama nie…walaupun kitorang nie duduk sebelah-menyebelah dalam kelas…aku dengan Syafiq nie masing-masing tak pernah mintak nombor telefon.Hari nie, Syafiq murah hati kasi nombor dia kat aku..Sayangnya otak aku nie tak boleh nak ingat.Yang aku ingat..0148.Apa yerk yang Syafiq nak cakap tadi?Jeng3…

*******************************************************

Aku memandang keadaan sekeliling.Aku pasti akan rindukan bilik nie.Semua barang dah siap pack dalam kotak.Katil awal-awal lagi lori dah angkut.Malam nie aku tidur atas toto la.Mak kata..besok pagi kami akan bertolak ke rumah baru.Selangor.

Aku mengalihkan kedudukanku.Urgh..payah pulak nak tido nie…Aku mengambil beg sandangku di sebelah.Hadiah yang Syafiq kasi tadi aku belum bukak lagi.Kotak yang berbalut kemas itu aku keluarkan.

Hehe.Nampak macam besar aje hadiah nie..Aku buka kotak itu perlahan-lahan.Bata?Ha’eleh..guna kotak terpakai aje ker?Bila kotak kasut itu aku siat-siat…maka ternampaklah dua kotak lain di dalamnya.Waaa…banyak lak hadiah yang aku dapat.Aku mengambil kotak yang tak berapa nak kecil.Tangan nie ringan aje menggoncang-goncang.Agak-agak apa kat dalam nie yek?

Aku memandang dompet yang berwarna pink yang kini berada di depan mataku dengan perasaan sebal.Cis…selama nie rupa-rupanya dia yang ambil dompet aku.Patut la hilang camtu ajerk.Nasib baik I.C aku still ada…Kiranya Syafiq nie berperikemanusiaan jugak la.Yang hilangnya..Cuma satu.Gambar aku yang bersaiz passport.Hurm..

Kotak yang satu lagi aku bukak dengan perasaan malas.Kali nie barang apa pulak yang Syafiq nak pulangkan balik kat aku?

Tergamam aku bila nampak benda yang berkilat-kilat nie.Mesti mahal nie.Seumur hidup aku..aku tak pernah la orang kasi hadiah yang macam nie.Paling kureng pun aku dapat duit….Trend zaman sekarang pulak…beri prepaid.Kredit aku nie dah bertimbun-timbun.Daniel topup..Mira ngan Malisa pun topupkan aku punya nombor.Pastu cousin2 aku yang duduk dekat negeri2 lain tu pun tambah nilai aku punya nombor.Boleh dikatakan ramai yang ambil jalan mudah.Just topup.

Aku memainkan music box yang berwarna kuning itu.Terdengarlah musik indah yang begitu menenangkan :








Ketang!Ketang!

Aku bangun dari pembaringan.Huih.Bunyi benda tu?Aku menuju ke tingkap bilik.Di sebalik langsir…mata nie duk mengintai.Tak ada orang pun.

Aku kembali ke toto.Baru aje nak baring semula…

Ketang!Ketang!

Mencabar iman betul...Siapa yang berani nak main-main dengan aku tengah-tengah malam nie?Aku mencapai tudung yang dah sedia digantung di dinding.Tingkap bilik aku buka luas-luas.Syafiq ngan Daniel rupanya.Dekat tangan Syafiq ada tin.Pahamlah aku…dia lah yang memekak tu.

“Weh….abah aku dengar nanti….,”aku bersuara dengan nada marah yang ditahan-tahan.

Ketang!Ketang!

Aku menoleh ke arah belakang sebelum memandang tajam ke arah Syafiq.

“Aku turun karang..nahas kau…bukannya tak boleh telefon.Nak jugak memekak,”Syafiq sekadar tersengih.Risau betul aku..dibuatnya karang abah tiba-tiba terjaga.Tak ke naya?Budak berdua nie pun satu..entah apa mimpi datang malam-malam dekat rumah aku.Selama nie tak pernah diorang menjejakkan kaki dekat sini.

“Memang kitorang nak suruh kau turun pun…,kitorang dah call…sape suruh kau tak angkat?,”ujar Daniel pula dengan nada yang perlahan.Aku bergerak laju mengambil telefon bimbit.Bateri dah habis…patutlah..

Aku kembali ke tepi tingkap.Wajah Daniel dan Syafiq aku pandang satu-persatu.

“Korang nak suruh aku turun?Macam mana?,”Tiba-tiba nak suruh aku turun.Nie mesti ada something.Rasanya tak salah kalau aku buat perangai nakal buat kali terakhir dekat sini.Besokkan aku dah nak nak pindah.Abah tak kan dapat tahu kalau aku tak gatal mulut beritahu.

“Turun aje lah,”gesa Syafiq.

“Kau gila?Tingkat dua nie…,”mataku mencerlung memandang Syafiq.

“Tak apa..aku sambut,”Syafiq berkata dengan penuh semangat.
Heh.Macam lah dia boleh dipercayai..Aku menelan air liur.Kalau aku keluar ikut pintu depan..bahaya sangat.Bilik abah dengan mak dekat dengan pintu depan.Teling abah sensitive sikit.Pantang dengar bunyi pelik sikit…terus jaga.Mujurlah bilik aku nie agak belakang.

Bismillahirrahmanirrahim….Selamatkanlah aku ya ALLAH…
Debuk!

“Adoi…,”nasib baik tak patah riuk pinggang aku nie.

Ingat senang ker nak terjun tingkat dua.Nasib baiklah aku dah ada pengalaman terjun pokok.Boleh lah dimanfaatkan.

Daniel dan Syafiq menghampiri.

“Jom Nurul…budak-budak kelas kita semua dah tunggu,”aku mengekori langkah mereka.

“Macam mana korang boleh masuk kawasan rumah aku nie?,”

“Pintu pagar kecik nie..siapa suruh tak kunci?,”Daniel tersengih memandangku.

“Mula2..kitorang ingat nak panjat pagar..Nasib baik lah abah kau lupa kunci pintu nie,”sampuk Syafiq pula.

“Jap2..kita nak pergi mana nie?,”di pintu pagar belakang..aku menghentikan langkah.

“Kat warung simpang depan tu…Nak celebrate last day kau dekat sini..Alaa..don’t worry la..kitorang takkan culik kau..,”Syafiq memberitahu.Kami berhenti melangkah sebaik tiba di sebuah motosikal.Motosikal ada satu..orang ada tiga.
Aku,Syafiq dan Daniel saling pandang-memandang.

“Err…nak buat macam mana yerk?Biar aku pergi dulu la naik motor nie.Boleh?Kau dengan Syafiq jalan kaki?,”Daniel memberi cadangan.

“Tak nak aku…,”pantas aku menjawab.Aku dengan Syafiq jalan berdua-dua?Malam hari pulak tu.Syafiq nie bukan boleh percaya sangat.Jam di tangan aku jeling sekilas.Mak eih..dah pukul 11.30 malam….

Daniel menggaru kepala yang tidak gatal.

“Korang datang tadi naik apa?,”aku bertanya kepada mereka berdua.

“Naik motor la Cik Nurul…,”Syafiq menjawab geram.Aku dah tersengih-sengih macam kerang busuk.Ye tak ye jugak…

Bila aku berkeras tak nak jalan berdua dengan Syafiq..terpaksalah Daniel join sekaki.Nak bawak motor milik Daniel tu aku memang tak berani.Motor race pulak tu…Kalau setakat skuter tu memang aku mahir.

“Lambat lah pulak nak sampai,”Daniel yang sedang menyeret motosikalnya merungut tidak puas hati.

Aku buat tidak dengar.

“Tu lah korang….ada plan tak beritahu aku awal-awal..,”
“Siapa yang mengada off telefon?,”Daniel membalas kata-kataku itu dengan satu soalan.

“Handphone aku tak da bateri la…,”
Ape lah…sesedap hati dia aje kata aku mengada off handphone.

1…2…3…saat..Sepi antara kami.Rasanya gerai dekat simpang tu dekat aje.Entah kenapa perjalan malam nie terasa amat panjang.
“Kau curik dompet aku ek..,”aku bertanya.Syafiq memandang ke arahku.

“Kau tanya sape nie?,”dia buat-buat tak tahu la pulak.

“Kau lah..sape lagi..,”
“Kau rasa muka aku nie ada muka pencuri ker?,” Syafiq mengurut-urut dagunya sambil tersenyum nipis.

“Kau jangan nak mengada-ngada lah Syafiq..Kalau kau tak curi..macam mana dompet aku boleh ada pada kau?,”boleh pulak Syafiq ketawa bila aku marah dekat dia.

“Haha..aku tak curi la..aku just copet aje,”aku memandang geram.

“Sama lah tu…,” aku mengerling ke arah Daniel.Senyap lah pulak mamat sorang nie.

“Kau kenapa Daniel?,”

“Lah…napenye?Tak boleh ker kalau aku nak diam?,”ujar Daniel sambil tersengih.

“Bukan tak boleh..Cuma pelik ajer..selalu kau lah yang paling bising,”

“Ha ah..la..aku pun perasan jugak..Apa mimpi kau tiba-tiba jadi pendiam nie?,”Syafiq dah mengangkat keningnya.

“Saja nak bagi can kat korang berbual mesra…,”

“Banyak lah kau berbual mesra,”aku menghadiahkan sepakan di kaki Daniel.Dia mengaduh kesakitan.Akhirnya…kami tiba juga di tempat yang ingin dituju.Warung Mak Cik Kiah.Dekat situ..ramai dah kawan-kawan aku yang menunggu.

“Nurul!!Macam tak percaya kau ada dekat sini…Abah kau bagi kau keluar ke?,”Malisa memeluk erat tubuhku.

Aku ketawa mendengar pertanyaan Malisa itu.

“Kau ingat abah aku akan kasi ker?Ni pun aku curi-curi keluar…Kenapa kau tak beritahu aku yang korang nak buat acara makan-makan nie siang tadi?,”

“Aku pun baru je tahu tadi.Mira mesej aku,”jawab Malisa.Aku mengukirkan senyuman.Malisa taka pa.Mak dengan Ayah dia sporting.Dengan syarat…balik rumah sebelum pukul 2 pagi.Kalau tak salah aku..itulah antara apa yang pernah dikatakan oleh Malisa kepadaku suatu ketika dahulu.

Kawan-kawan sekelas aku ramai yang tak boleh datang.Hari kan dah tengah malam.Jadi..yang tinggalnya…cuma kami berlima.Aku,Daniel,Syafiq,Amira dan Malisa.Kami memesan mee goreng mamak.Ringkas dan murah.Lagipun ni kan warung kopi aje…tak kan nak pesan Tuscan Sole.Terlopong Mak Cik Kiah nanti bila dia dengar nama masakan pasta Itali nie.

Sambil makan mee mamak.Kami berbual-bual kosong.Dan termasuklah pulak bab permainan.

“Kita main game nak?,”Amira mengemukakan cadangan.Kami semua dah habis melantak mee.

“Game ape bende?Best ker?,”laju Daniel bertanya.Macam excited aje bunyinya.

“Truth or dare…,”Amira tersenyum nipis.

“Eleh..setakat game tu..buat apa..Boring.Game lapuklah,”Syafiq mencemikkan bibir.Malisa dan Daniel ikut mengangguk.Mengiakan kata-kata Syafiq.

Aku menghirup air kopi yang masih penuh di dalam cawan.Panas lagi nie.Berasap-asap.

“Memang la game nie biasa aje..Tapi korang tak teringin ker nak tahu siapa orang yang Nurul suka?Lepas nie kita dah tak boleh jumpa dia lahi dah..,”nyaris tersembur air suam-suam kuku dalam mulut aku nie.Aku memandang tepat ke arah Amira.

“Amboi2…jadi kau nak main game nie sebab nak korek rahsia aku lah?,”aku pura-pura marah.

“Iye…Nurul sayang…,”Amira mengenyitkan mata.

“Eh..okey jugak tu…main aje lah game nie.Aku okey aje..,”sampuk Syafiq tiba-tiba.Ini lagi sorang…Tadi dia sendiri yang kata game nie boring.Lapuklah.

“Kau nie..tadi cakap lain..,”aku menggerutu tidak puas hati.Syafiq buat tidak dengar.Bila diorang dah berpakat nak main game nie…aku terpaksa lah setuju.Lagipun peratus aku nak kena sikit aje.Dekat sini ka nada 5 orang.Tak semestinya aku kena jawab.Eh…jap-jap.Kenapa pulak yang aku nak risau tak tentu pasal nie.Aku bukannya ada minat dekat sape2 pown.

“Okey…kita mula yek.Biar aku yang pusingkan botol nie,”Syafiq mula memutarkan botol coke kosong.Perlahan aje dia pusing.1..2…3…Kenapa botol nie menghala ke arah aku?

“Kau main mengelat…,”aku bersuara tidak puas hati.

“Mana ada..aku buat betul-betul lah..,”Syafiq tersengih memandangku.Tengok!Dari muka dia saja aku dah tahu yang dia main tipu.Bukan aku tak tahu..dia saja aje pusingkan botol tu lambat-lambat.

“Kau saja nak kenakan aku kan?,”

“Pulak dah..mana ada…dah nasib botol tu berhenti dekat kau…nak buat macam mana,”Syafiq curi-curi mengenyitkan mata.Orang lain langsung tak perasan.Aku memandang ke arah lain.Sakit hati betul..

“Dah2 la gaduh wei..kau yang kena Nurul..aku tak kira kau kena jawab jugak,”Amira memberi kata putus.

“Truth or dare?,”Malisa pula mencelah.

“Hrm…dare..,”aku lebih rela pilih cabaran daripada kebenaran.Banyak cantik..senang-senang aje diorang nak tahu rahsia aku.

Amira yang mendengar dah mengeluh.

“Kau nie pengecutlah…pilih la truth..,”Daniel pula memberikan nasihat kepadaku.

“Sibuk lah kau..so…apa dia cabarannya…?,”aku dah tak sabar-sabar nak menghabiskan giliran aku nie.

“Minum air Syafiq..,”Malisa memberikan arahan.Berkerut muka aku mendengar cabaran tu.

“Gila kau..bekas taik gigi dia..nak suruh aku minum?,”

Syafiq menjeling tajam.

“Aku tahu…apa kata kau pergi ngorat mamat yang dekat seberang meja sana?,”Amira dah senyum sampai telinga.

“Eh…okey jugak tu.Mamat yang mana satu?,”sokong Malisa.

“Yang pakai kemeja putih tu.Ala yang putih2 tu…kau ambil no phone dia..,”Amira tertoleh-toleh ke arah belakang.

“Ramai lah geng dia.Semua lelaki…tak nak aku,”aku membantah.

“Ambik nombor telefon aje Nurul.Tak kan itu pun kau takut?,”Daniel sengaja ingin mencabar aku.

“Aku takut?Okey…sekarang jugak aku pergi…,”aku dah bangun dari kerusi.

“Tapi ingat taw Nurul…aku tak kisah la kau nak buat macam mana pun untuk dapatkan nombor dia.Tapi kau jangan sesekali beritahu dia yang kau tengah main game!,”Amira memberi amaran.

“Yang korang beria nak suruh Nurul ngorat mamat tu kenapa?Macam tak ada benda lain yang dia boleh buat,”Syafiq bersuara tidak puas hati.

“Saja..nape?Tak boleh?,”Malisa ketawa mengejek.Sengaja ingin membakar perasaan Syafiq.

“Tercegat lagi buat apa Nurul?Cepatlah…kalau kau boleh dapat nombor phone dia..aku beri kau seratus..,”gesa Malisa.



“Betul nie?Seratus?Okey…ingat yer…seratus ringgit..,”bab duit lah yang aku lemah nie.Bukannya susah sangat..Dapatkan nombor mamat tu..lepastu aku dapat seratus.Aku bergerak perlahan-lahan menuju ke meja yang tak berapa nak jauh dari tempat kami semua duduk.

Mereka semua sedang asyik berborak.

“Ahem..ahem..,”aku dah mula buat bunyi orang sakit tekak.

Diorang masih rancak berborak.Langsung tak pedulikan aku.Pekak lah pulak.Ini yang payah nie.Duit seratus macam payah aje nak ada dekat dalam tangan aku.

“Ahem…ahem…ahemmm,”lagi kuat aku berdehem.Kalau diorang tak dengar jugak…aku dah tak reti nak kata apa dah.

Seorang lelaki menoleh memandangku.Serta merta mereka mula diam.

“Ya?Ada apa?,”seorang lelaki berbaju hitam mengangkat kening.

“Errr…ada kawan saya nak nombor dia….,”aku menunjukkan ke arah lelaki yang berbaju putih.



“Saya?,”dia menghalakan tangan kepada diri sendiri.

“Siapa kawan awak tu?,”dia bertanya ingin tahu.

“Yang pakai baju biru tu…,”nasib kau lah Malisa.Aku terpaksa gunakan nama kau.Tak kan lah aku nak kata aku yang minat dekat dia.Nampak sangat lah aku nie jenis perempuan yang tak tahu malu.Lagi lah dia tak beri nombor dia.

Mereka semua memandang ke arah Malisa.Kawan-kawan aku di meja berpura-pura memandang ke arah lain sebaik menyedari..meja kami dalam pemerhatian.

“Yang hitam tu?,”dia bertanya seolah-olah tidak percaya.Kurang ajar betul mamat nie.Macam lah dia putih sangat.Malisa tak ada lah gelap sangat.Kulit orang Melayu tulen.Tak ada mix..Biasalah..sawo matang.

“Yang pakai baju biru tu lah…,”aku mengulangi lagi.

“Awak tak nak ker nombor saya?,”aku yang mendengar nie rasa nak muntah.Uwek.Sabar aje lah..Tak hingin aku…

“Tak apalah..terima kasih aje..so macam mana?Boleh beri nombor awak?,”aku kembali kepada tujuan asal aku berdiri di sini.

“Awak beri nombor awak dulu…,”sampuk rakannya pula.Jejaka yang berbaju putih tu menyokong kata-kata rakannya.

“Tak nak beri sudah,”aku dah berkira-kira mahu pergi.Malas aku berlama-lama di sini.

“Eh…awak..nanti la dulu…,”terasa ada tangan yang mendarat di bahuku.

“Kau kenapa ha???Tiba2 aje pegang awek aku…,”suara Syafiq tiba-tiba kedengaran.

4 comments:

  1. sambung2..
    nak tau ney..
    pewr jadik r pas2???
    x sbr plak rasewrnyewr...

    ReplyDelete
  2. i like bila da kate “Kau kenapa ha???Tiba2 aje pegang awek aku… haha like sgt2

    ReplyDelete
  3. adoi boleh mati mengejut la nampaknya si nurul...

    ReplyDelete