Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Saturday, December 19, 2009

I Warn You!! (17)

Aku pandang telefon bimbit yang masih tidak berdering sejak semalam.Ahh…terima lah hakikatnya Nurul…

Lepas pukul 12.01 tengah malam.Malam nie genaplah masa dua hari yang ditetapkan oleh abah.Syafiq langsung tak memberi jawapan.Aku tahu aku tak boleh nak salahkan Syafiq dalam hal nie.

Tok!Tok!

“Masuk…,”aku menjawab ringkas.

“Budak tu tak nak kahwin dengan kamu kan?,”abah macam tahu-tahu sahaja.

Lambat-lambat aku menganggukkan kepala.Abah mengukirkan senyuaman.Pertama kali aku nampak abah tersenyum.Abah gembirakan kesedihan aku.Tergamaknya abah.

“Besok Nurul duduk rumah.Jangan pergi mana-mana.Ada orang nak datang meminang..lusa Nurul kahwin…,”setelah selesai berkata-kata abah keluar dari bilik aku.

***************************

Aku cuba melenakan diri.Tak boleh.Mata aku tak boleh nak lelap.Aku tak boleh biarkan diri aku ditunangkan seterusnya dikahwinkan dengan lelaki yang aku tak kenal tu.Aku tak nak kahwin dengan Syed.Tak nak!

Ya…aku kena buat sesuatu.Kalau abah ingat aku nie jenis pasrah.Yang hanya menanti saat ditunangkan.Abah memang silap besar.Aku menuju ke arah almari baju.

Baju-baju yang bergantungan di dalam almari aku keluarkan.Disumbat ke dalam beg balik kampung.Aku nekad..Aku kena lari dari rumah nie.Aku tak nak ditunangkan dengan Syed.

Kaki aku terjengkit-jengkit menuruni tangga.Pelan-pelan.Rasanya abah dengan emak sedang tidur.Kunci MyVi yang tergantung di dinding aku capai.

Pintu hadadapan rumah aku buka.Beg pakaian kepunyaanku aku pegang kejap.Maafkan Nurul Abah..mak..Nurul tak nak bertunang dengan Syed.Nurul tak nak bertunang dengan orang yang Nurul tak suka.

Aku menghidupkan enjin kereta.Kereta kecil itu aku pandu membelah kesesakan malam.

**********************

“Daddy..boleh lah daddy…..,”

“Syafiq…tak guna kamu nak pujuk daddy…kamu tu baru aje lepas SPM.Dah gatal nak berbini…pergi masuk tidur.Dah pukul berapa dah nie..,”Tan Sri Luthfi berkata tegas.

Syafiq tak habis-habis mengekorinya.Nak menonton televisyen pun tak senang.

“Daddy….besok Nurul dah nak bertunang…,”

“Lagi lima tahun….,”

“Daddy…besok...,”

“5 years….,”

“Please daddy…Nurul...,”

“6 tahun lagi…,”

“Apa nie daddy??....,”

“10 tahun lagi….,”

Syafiq mencemik bibir. Sampai hati daddy buat dia macam nie..

“Ye lah….lima tahun…,”Syafiq mula angkat kaki dari sofa.Merajuk.Langkah diatur perlahan.Harap-harap Daddy akan memanggil nama dia.

“Syafiq….,”suara daddy.Syafiq pusingkan kepala.Mata dah bersinar-sinar.

“Jangan lupa baca doa sebelum tidur….,”

Kepalanya dianggukkan malas.Hampa.Sekali lagi Syafiq pusing kepala.

“Daddy….nie antara hidup dengan mati….,”

Tan Sri Luthfi ketawa.

“Hidup dan mati apa bendanya?Kalau tak ada Nurul kamu boleh mati ker?,”

Syafiq mengangguk laju.Tan Sri Luthfi mengeluh.Kepalanya digeleng berulang kali.Syafiq buat dia serba salah.Dia hanya nak kan yang terbaik untuk anak dia tu.Dia nak Syafiq punya kerjaya yang bagus.Dia langsung tak terfikir untuk kahwin kan Syafiq dalam masa yang terdekat nie.

Dalam masa yang sama…dia tak nak hati Syafiq kecewa.Dia pernah tahu bagaimana rasa dan peritnya bila hati dilukai.Dia tak nak Syafiq turut merasa semua tu.

Tan Sri Luthfi berdehem.

“Besok nak pergi pukul berapa?Barang-barang hantaran semua dah prepare?,”

*************************

Loceng rumah ditekan berkali-kali.Syed menoleh sekeliling.Lambatnya tuan rumah nak keluar.

“Assalamualaikum….,”

“Waalaikummussalam…,”Encik Mustafa mempersilakan tetamunya masuk sambil mengukirkan senyuman.Encik Mustafa pandang jejaka di hadapannya berulang kali.Nampak macam baik.

“Saya syed….,”

Mendengar nama itu… senyuman Encik Mustafa kian lebar.

“Kenapa datang sorang aje?Ummi dengan abi Syed tak datang sekali?,”

“Saya datang nie sebenarnya nak beritahu yang saya dah ada pilihan saya sendiri.Jadi saya rasa pertunangan saya dengan Nurul tak mungkin berlaku,”

Encik Mustafa terdiam.

“Jadi sebab tu kamu sanggup datang ke sini malam-malam buta macam nie?,”

Lambat-lambat Syed mengangguk.

“Ummi dengan abi saya tak tahu menahu pasal nie.Mereka ingat saya setuju dengan rancangan pertunangan nie.Lepas nie saya sendiri akan beritahu diorang….,”

“Hrm…,”

“Maafkan saya pak cik…saya mintak diri dulu…..,”

***********************

Semua barang-barang hantaran di sumbat masuk ke dalam kereta.Yea yea aku dah nak bertunang.

“Kau buat apa kat sini?,”Syahrein bertanya menyindir.Ada rupa macam orang tengah menghalau.

“Nak ikut lah…tak akan tak boleh kot?,”

Syahrein ketawa mendengarnya.

“Kau..duduk rumah.Berterima kasih sikit daddy dah nak pinangkan Nurul untuk kau…Lagipun adat pertunangan mana yang kau pakai?Setahu aku….tuan empunya badan pihak lelaki tak boleh datang rumah orang perempuan,”

“Betul cakap Syahrein tu…duduk rumah aje lah Syafiq….jangan nak serabutkan daddy nie,”

“Daddy tengah serabut ker?,”Shaliza pula menyampuk.

“Iye lah….kalau abah si Nurul tu tolak pinangan kita..tak ker malu tu?Masa tu memang compirm abang kamu nie tak akan bertunang dengan Nurul….,”

“Ha ah la…Syahrein pun ada terfikir jugak…kalau abah Nurul tak nak Syafiq jadi menantu dia…daddy pinangkan aje Nurul untuk Syahrein..Abah dia mesti terima punya…,”

“Kau nie…..,”

“Dah2 la Syahrein..kerjanya tak habis-habis nak mengusik Syafiq…masuk kereta cepat..kita dah lambat nie….Syafiq..jaga rumah elok-elok,”

Syafiq tersenyum kelat.Duduk rumah aje?Tak akan taiko sekolah duduk menanti dengan sabar dekat rumah bila keluarga dia pergi meminang?Hish..dia bukan jenis yang reti nak bersabar.

Kunci motor milik Syahrein segera diambil.

*************************

“Betul ker alamat nie?,”Puan Sri Yasmin menilik alamat di tangannya berkali-kali.Mengikut alamat sahabat dia Julina…Ini lah rumahnya..tapi betul ke tidak nie?

“Jom la turun….,”Tiga buah kereta yang lain turut berhenti di belakang.

Tujuh dulang hantaran untuk meminang di bawa keluar.

“Daddy dah siap reka pantun?,”Shaliza menarik lengan baju Melayu milik Tan Sri Luthfi.Dahi Tan Sri Luthfi berkerut-kerut.

“Pantun apa bendanya?Tak payah pantun2 lah..tanya aje terus….,”

“Mana boleh macam tu daddy..tak sopan..kena lah berkias-kias….,”

“Mummy dah tolong prepare…nah….,”

Ting Tong!Ting Tong!

Syahrein menekan loceng yang berhampiran.

“Assalamualaikum!!!,”

“Waalaikummussalam….ramainya…eh masuk lah…,”

********************

“Kami datang nie sebenarnya ada hajat…,”Teruskan daddy..teruskan.Syafiq duduk di celah-celah kaum keluarganya.Sedikit ke belakang.Syahrein,Shaliza dengan mummy bukannnya perasan

“Hajat apa?,”

“Hajat kami nie besar.Nak meminang bunga di taman…,”

“Bunga dekat rumah kami ada sekuntum aje…,”Boring lah pulak.Cakap pasal bunga.Straight to the point aje lah daddy.Senang.

“Ha yang tu lah kami berhajat.Nak pinangkan Nurul untuk Syafiq….,”

“Syafiq?,”

“Ya…Syafiq dengan Nurul tu pun dah lama kenal.Elok lah rasanya kalau kita satukan mereka berdua nie cepat-cepat.Bak kata orang hal yang baik tak elok ditangguh-tangguh,”

“Saya tak boleh nak cakap apa lah…tanya tuan empunya badan lah….Mah…cuba tanya Nurul….,”

Puan Normah memanjat tangga.Bilik Nurul segera ditujui.Tombol pintu dipulas-pulas.Masih seperti pagi tadi.Dikunci dari dalam.

Pintu diketuk berulang kali.

“Nurul….bukak pintu nie….,”

Masih tiada jawapan dari dalam.Rasa bimbang tak dapat dihalang daripada menular ke dalam diri.

Syafiq menelek jam di tangan.Lambatnya Mak Nurul pergi tanya…

“Abang!!Nurul tak ada!!,”

“Hah!Tak ada?,”Encik Mustafa dah terkejut.Syafiq lagi lah.Suasana jadi riuh-rendah.Nurul?Apa yang kau buat nie??

************************

Aku menguap perlahan.Tidur dalam kereta okey jugak…Memang lah tak selena atas katil…tapi apa boleh buat?

Aku yakin seratus peratus.Pertunangan dan pernikahan antara aku dengan Syed tu tak akan jadi sekiranya aku tak ada dekat sana.

Aku terus memandu mengikut gerak hati.Sedar-sedar tempat lama aku jugak yang aku tuju.Johor Bahru.

Di persimpangan jalan…baru lah aku terfikir…nanti aku nak tinggal kat mana.Adois…masalah betul.Itu lah kau Nurul…sebelum pergi tak fikir dulu.

Aku melajukan kereta.Rasanya aku dah masuk kawasan kampung aku.

Stttreeettttttttttttttt!!!!

Aku menekan brek mengejut.Apa yang aku dah langgar?Jantung aku nie makin lagu berdegup.Habis lah aku…habis lah…aku dah bunuh orang ker?

Aku melangkah turun dari kereta dengan perasaan was-was.

“Malaun betul!!Tahu lah dia ada kereta…tapi tak kan orang yang bawak motor nie pun tak nampak?,”

Aku menelan air liur.Mamat nie marah lah.Agak-agak nanti dia tak wacha kan aku kan?

“Awak..sorry…saya….saya tak sengaja…,”

“Apa sorry2?Mata tu dah rabun?,”Daniel angkat muka.Eh..alamak.Nurul lah.

“Nurul?,”otak Daniel berpusing-pusing.Syafiq cakap hari nie dia nak pinang Nurul.Tapi apasal Nurul boleh ada dekat sini?

“Daniel?Bagusnya aku jumpa kau….,”

“Ye..ye..bagus kau jumpa aku…,”Daniel tersenyum meleret.Best jugak kalau dia kenakan Syafiq.Mampus lah kau Syafiq…Nurul ada dekat aku.

“Jom…..kau mesti nak jumpa Malisa kan?,”

Mendengar nama Malisa yang Daniel sebut.Aku mengangguk laju.Malisa…rindunya aku kat kau.

*************************

Syafiq memerhati telefon bimbit di tangannya.Kaum keluarganya dah balik rumah.Sebelum mereka balik dari rumah Nurul…dia cabut lari dulu.

Memang lah emak dengan abah Nurul terima pinangan tu.Tapi masalahnya mana Nurul nie?Lari?

Telefon Syafiq berdering.

“Hello…ha kau Daniel…ada apa?,”

“Tak adalah..aku nak tanya macam mana surprise yang kau nak buat kat Nurul tu?Berjaya tak?Nurul dah jadi tunang kau ek?,”

“Memang lah Nurul dah jadi tunang aku..tapi Nurul tu dah lesap…,”

“Lesap?Mean?,”

“Iye….Nurul cabut lari….Hish..geram betul aku.Punya lah payah aku pujuk daddy aku pinangkan Nurul.Nurul pulak hilang entah ke mana.Kalau aku dapat Nurul tu…memang dah lama aku tenyeh-tenyeh..,”

Daniel ketawa.

“Betul ker kau nak tenyeh-tenyeh nie?,”

“Betul lah…Kau ingat aku main-main ker?Aku tengah hangin nie…sepatutnya besok aku dah boleh kahwin dengan Nurul…ini kena tunda pulak,”

“Itu yang kau bengang sangat tu?Relaks ar…Nie aku ada benda nak cakap dekat kau….,”

“Apa?,”

“Nurul ada dekat sini..,”

“Dekat sini?Dekat rumah kau ker?,”

“Kat kampung kita lah ngok…,”

“Eh…kau biar betul…?,”

“Betul lah nie..aku baru aje teman Nurul pergi rumah Malisa..kau tak nak datang sini ker?,”

“Aku datang sekarang jugak…..,”

**************************

Baru selangkah masuk ke dalam rumah Malisa…aku diterjah dengan bermacam-macam soalan.Aku berterus terang pada Malisa tentang handphone aku yang rosak.Serta tindakan abah yang mengawal ketat pergerakan aku.Sebab tu lah aku tak berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sini lagi.

Malisa cakap dengan aku..Daniel beritahu dia..yang Syafiq ada nombor telefon aku..Dia cuba mintak dengan Syafiq,..Tapi Syafiq langsung tak nak beri.Nak bolot sorang-sorang.

“Aku baru aje sampai kampung petang semalam.Baru sampai dari rumah akak aku….rindunya aku kat kau..kau dari mana nie?Mak dengan abah kau tak ikut sekali?,”

Aku mencapai air kopi yang terhidang di atas meja…Macam mana nak cakap kat Malisa?

“Aku datang sorang….hrm…kalau aku cakap nie kat kau..mesti kau susah nak percaya kan?,”

“Apa?,”

“Abah aku nak nikahkan aku dengan anak kawan dia….,”

“Ha?Kau biar betul?Siapa?,”

“Syed….,”

“Syed mana?,”

“Entah..aku pun tak kenal….,”

Aku dengan Malisa seterusnya sama-sama diam.

“Kau lari dari rumah la nie?,”

Aku tersengih.Seolah mengiakan kata-kata Malisa.

Malisa tepuk dahi.

“Eih…kau nie?Macam mana kalau abah kau mengamuk?Bawak parang datang sini?,”

“Tak akannya…abah aku tak tahu yang aku ada dekat sini…,”

Aku melepak di dalam bilik Malisa dari tengahari sampai ke petang.Mak dengan ayah Malisa tak ada…lagi lah sedap aku melepak dekat rumah Malisa.

Kami bercerita macam-macam.Dari zaman lampau sampai lah zaman sekarang.

************************

“Betul Nurul ada dekat dalam rumah Malisa?,”

Daniel mengiakan.Cepat betul Syafiq sampai sini.Tengahari tadi cakap nak datang..petang dah terpacul dekat depan rumah dia.

“Kau datang dengan siapa nie?Bukan kau tak ada lesen kereta ker?,”Daniel bertanya musykil.Kereta BMW di hadapnnya dipandang lama.Jeles.Kereta grand….siapa tak teringin nak naik?

Syafiq tersenyum.

“Aku datang dengan Syhrein…,”

“Hai…sejak bila kau berbaik dengan abang tiri kau…tak silap aku…dulu kau sendiri yang cakap abang tiri kau tu menyampahkan.Kau sendiri cakap kat aku..kau jangan ingat kau lupa lah…,”

Syafiq tersengih-sengih…

“Sekarang nie aku terpaksa berbaik dengan dia..kalau tak..siapa nak jadi driver aku…,”

“Heh..ada udang balik mee rupanya….,”

Syafiq dan Daniel menghalakan pandangan ke arah lelaki yang berkaca mata hitam yang baru sahaja turun dari ruangan pemandu.

Syahrein menghampiri.

“Kau nak duduk sini sampai bila Fiq?,”

“Aku nak gie lah nie….jom Daniel teman aku pergi rumah Malisa…,”

“Nanti jap…mana kunci rumah lama kau?Bak sini kat aku….,”Syahrein menahan.

Syafiq meraba-raba poket seluar jeannya.Segugus kunci di bawa keluar.Diberikan pada Syahrein.

“Rumah kau kat mana?,”Syahrein menyambut huluran Syafiq.Mata merahnya menatap wajah Syafiq.Mengantuk.Dia tengah nak cari port yang sesuai untuk tidur.

“Kau jalan terus..pastu belok kiri.Rumah yang warna coklat tu lah rumah aku…,”

***************************

“Kau tunggu apa lagi?Pergi la ketuk pintu tu…,”Daniel menolak-nolak badan Syafiq.

“Nak ketuk lah nie….,”Syafiq menghampiri pintu rumah Malisa.

Tangannya sedikit teragak-agak nak mengetuk.

“Ketuk lah..ketuk…,”

Syafiq menjeling Daniel tajam.

“Selak lah kau nie…sabar lah sikit..,”

Daniel tersengih.Dah biasa kena macam nie.Langsung tak terasa.Tak lama lepas Syafiq ketuk pintu…Malisa dengan Nurul keluar.

Syafiq speechless…

“Ha..cepat lah..kau tunggu apa lagi…kata nak tenyeh-tenyeh si Nurul nie…,”Daniel bersuara perlahan sambil menyiku lengan Syafiq.

“Hai..lama tak jumpa….,”

Wajah Daniel cemberut.Itu bukan tenyeh…itu namanya merenyam.

10 comments:

  1. ha3..merenyam..mmg gatai..mengedik..adeh..msti syafiq garu kepala..gasak ko

    ReplyDelete
  2. cepat la sambong..dah xsabar nak tahu mcm mane syafiq tenyeh nurul..hihihi

    ReplyDelete
  3. hahaha..... besttt cite nii... sambung lah lagii... good luck n good job....

    ~ thir ~

    ReplyDelete
  4. best adek!
    keep it up..
    huhu..
    xsangka amat berbakat.
    **thumbs up

    ReplyDelete
  5. best3!!!
    smbg byk2..
    nnti next year xyah la nk kne tggu n3 bru..
    :P :D

    ReplyDelete
  6. bezzzzzzzzzzzzzz sangat . sangat . sangat ..
    cepat smbong plezzzzzzzzzzzzz .
    hheehehehehehe =)
    cepat taw :D

    -shahieka-

    ReplyDelete
  7. hehehe...
    ckp x srupe bkin tol syafiq nieh...
    huhuhu..
    smbung cpat2 ae..
    best glerr ctr nie!!

    ReplyDelete
  8. best2,,cpt smbng taw.

    ReplyDelete
  9. haha..!!
    cayala syafiq.!!
    best t0l ''i warn u!!' nie..
    i like2.!!=)

    ReplyDelete