Aku melemparkan sesuatu berdekatan dengan kereta Cikgu Shamsul.Farisha tolong ‘cover line’.Baru puas hati kami.Siapa suruh cikgu baru tu cari pasal??Selesai sahaja melakukan perbuatan itu…kami segera kembali ke kelas memandangkan masa rehat telah lama berlalu.
“Assalamualaikum…,”Cikgu Shamsul memberi salam.
Kami sekelas menjawab salam beramai-ramai sebelum dibenarkan duduk.Guru berkulit cerah itu mengukirkan senyuman.
“Qarina….apa awak buat tadi,ha?”aku tergamam.
“Err..pergi rehat cikgu..,”wajah yang tersenyum tadi bertukar serius.
Aku tersenyum kelat.
“Awak ingat saya tak nampak?Apa nak jadi dengan awak nie,Rina?Kalau awak tak puas hati dengan saya..cakap!Jangan serang belakang-belakang macam nie..,tu nasib mata saya sendiri yang nampak..kalau cikgu lain..habis dah awak,”aku sekadar menundukkan kepala tatkala mendengar suara marah Cikgu Shamsul.
“Lepas nie awak jumpa saya…,”Cikgu Shamsul memberi arahan sebelum memulakan pembelajaran.
Cikgu Shamsul baru sahaja berpindah ke sekolahku.
Di sini,dia diberikan tanggungjawab untuk menjadi guru kelasku , Kelas 4 Mutiara.Boleh dikatakan kelas kami yang paling hujung.Cikgu nie memang ‘busybody’ sikit , suka sangat mencampuri urusan kami.Cikgu lain tu tak payah cakap la…memang dah letih dan ‘surrender’ dengan kenakalan kami semua.Jadi kami bebas berbuat sesuka hati.
Cuma bila Cikgu Shamsul masuk ke sekolah ini…pergerakan kami sedikit terbatas.Aku bergerak malas ke bilik guru.Budak-budak lain sudah pulang ke rumah masing-masing.Aku sorang saja yang kena.Farisha tak kena pulak.Hishh..tak puas hati betul.
“Duduk la..yang awak tercegat lagi tu kenapa?,”jerkahan seseorang membuatkan aku sedikit tersentak.Aku menarik kerusi perlahan-lahan.Cikgu nie harap muka saja handsome…
“Hah..sekarang cakap…kenapa? Awak tahu tak yang tayar kereta saya tu mahal?,”ujar Cikgu Shamsul lagi.
“Mahal apanya cikgu..berapa puluh je,”aku bersuara perlahan sekali.Ingatkan cikgu nie tak dengar.Tak sangka pulak tahap pendengaran Cikgu Shamsul amat tajam.
“Hah..menjawab.. menjawab,” aku mencemikkan bibir mendengarnya.
“Awak marahkan saya pasal kes ponteng awak hari tu?,”tersenyum sinis aku mendengarnya.Sudah gaharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula.
“Saya buat semua tu..untuk kebaikan awak..dah orang report dekat saya,anak murid saya ponteng..takkan saya nak diamkan diri je,”Cikgu Shamsul mempertahankan tindakannya.
“Tapi cikgu tak payah la nak libatkan papa saya!!,”aku bersuara tinggi.Memang aku tengah berang.Perasaan marahku terhadap Cikgu Shamsul masih belum hilang sepenuhnya.
Dek mulut gatal Cikgu Shamsullah aku dimarahi papa.Bukan sahaja kena marah,aku turut disebat dengan rotan oleh papa.Aku tidak menafikan,papa aku merupakan seorang yang panas baran.Terdapat beberapa orang guru menoleh ke arah kami.Cikgu Shamsul terdiam.
“Dia ayah awak..jadi dia memang patut tahu,”
“Arghh..sudah la cikgu,”aku sudah tidak tahan lagi mendengar alasan demi alasan yang dikemukakan oleh cikgu.Aku pantas berlalu keluar.Bagiku Cikgu Shamsul tidak perlu mencampuri urusanku.Sama ada aku ingin ponteng …atau merokok....tiada kaitan sama sekali dengan cikgu.Bukan aku seorang sahaja yang anti dengan Cikgu Shamsul,tetapi boleh dikatakan hampir semua pelajar kelasku tidak menyukai guru muda itu.Kehadirannya benar-benar mengganggu kami.
Baru sahaja turun tangga,aku terdengar suatu perbualan,“Okey,semua beres… ‘sure’ nie?Aku panggil cikgu Sham sekarang,”Huda berlari-lari anak menaiki tangga ke bilik guru.
Dia berselisih denganku di tepi tangga.
“Ape hal nie?”aku ingin mengetahui perbualan mereka.Huda sekadar tersenyum sambil menunjukkan jari telunjuknya. Mengada betul ‘minah’ nie.Nak berahsia-rahsia lah pulak.Hurmm..mengada-mengada mereka pun,budak kelas aku jugak.Aku berdiri kaku bersebelahan tangga.Ternampak pula kelibat Zulaikha yang sedang duduk di bawah tangga.Entah apa yang dibuatnya.Dah la simen tu kotor.
“Oiiit…, ‘dating’ eh?”jeritku serkap jarang.Zulaikha ketawa kuat mendengarnya.
“Aku nak buat drama…kau duduk diam-diam kat situ,kalau kitorang perlukan bantuan,tolong tau..,”aku mengiakan sahaja.Ingin tahu juga apa agenda rakanku ini.
Tidak berapa lama kemudian,aku mendengar derap kaki laju ingin menuruni tangga.Cikgu Shamsul!Aku sedikit menyorok.
“Cikgu….tolong saya…,”Zulaikha merintih tiba-tiba.Aku bertambah pening kepala apabila mendengar Zulaikha meminta tolong.
“Zulaikha..awak tak apa-apa?,”Cikgu Shamsul bersuara risau.
“Eh..okey aja awak.Tak luka pun… Huda kata awak jatuh tangga,”guru muda itu pelik.Tiada lagi kedengaran suara risaunya.
“Memang saya tak luka…tapi hati saya yang luka.Cikgu dah buat hati saya berparut,”sungguh puitis bait-bait kata yang keluar dari mulut Zulaikha.
“Apa awak cakap nie?,”Cikgu Shamsul ingin bangun.Namun,Zulaikha bertindak pantas menarik lengan kemeja Cikgu Shamsul.
“Cikgu tak balas cinta saya..saya betul-betul sayang pada cikgu..Tapi cikgu pilih Cikgu Farhana…,”aku dapat melihat wajah bingung Cikgu Shamsul dengan kata-kata Zulaikha.Apabila mendengar derap-derap beberapa pasang kaki berlari, tangan Zulaikha bergerak pantas.Dia mengoyakkan bajunya sendiri.
‘What the hell she’s going to do??’ aku tertanya-tanya di dalam hati.
Air mata Zulaikha tiba-tiba mengalir laju.
“Cikgu…sampai hati cikgu…,”tangisannya sudah mulai teresak-esak.Muncul pula Tuan Pengetua,Huda dan beberapa orang guru lain,barangkali baru sahaja menuruni tangga.
“Cikgu Shamsul !!Apa yang cikgu buat nie??,”jeritan Tuan Pengetua sedikit menyentak perasaan aku.Cikgu Shamsul sudah mula serba tidak kena.
“Tak…saya tak buat apa-apa…betul,”Cikgu Shamsul
Senyuman sinis muncul daripada Huda.
“Cikgu nak kata apa lagi?Kami semua nampak,”Cikgu Borhan menggeleng-gelengkan kepala tidak percaya.Cikgu Naida pula
“Betul cikgu Borhan..saya tak akan buat perkara macam tu..Zulaikha anak murid saya,”Cikgu Shamsul berkata perlahan.
“Cikgu bohong!!!!cikgu kata nak jumpa saya dekat sini…tapi tiba-tiba cikgu tarik saya..cikgu
“Betul tu…saya dengan Qarina nampak.Saya dengan Qarina takut nak tolong…bimbang kami akan dicederakan.Saya suruh Rina tunggu dekat sini..sementara saya meminta pertolongan…Rina!!,”aku serta-merta keluar dari tempat persembunyian.Cikgu Shamsul benar-benar terkejut melihat diriku.
“Rina…..betul
“Ya…saya nampak..cikgu
Cikgu Shamsul menundukkan wajahnya.
“Allah nampak..Rina,”lirihnya perlahan.Aku berpura-pura tidak mendengar.Aku dapat melihat mata Cikgu Shamsul berair..Tapi,aku langsung tidak mahu mempedulikannya.Aku tahu Cikgu Shamsul ingin mempertahankan dirinya.
Tapi dia juga sedar…aku yang menentukannya.Sebab aku…saksi kejadian ini.Tiga lawan satu..mestilah kemenangan di pihak kami.Semuanya berjaya mengikut perancangan Zulaikha.Cikgu Shamsul dikenakan tindakan tatatertib.
Dia juga ditukarkan ke sekolah lain.Namun,dia sempat meninggalkan pesanan kepada kami.
“Hari ini hari terakhir cikgu di sini…Banyak kenangan yang cikgu lalui…
Sebelum berlalu keluar dari kelas,Cikgu Shamsul sempat meninggalkan sekeping kertas di atas mejaku.Terkebil-kebil aku mengambilnya.Malam itu,di dalam bilik tidur..Aku membuka lipatan kertas itu.
Salam buat anak didikku,
Cikgu tidak menyalahkan kamu semua dengan apa yang berlaku.Cikgu tahu cikgu juga ada membuat kesilapan.Cikgu redha dengan apa yang berlaku.Takdir Illahi…cikgu diberikan sedikit sahaja kesempatan masa untuk berkenalan dan mengenali kamu semua.Walaupun kita tidak akan bersua lagi…Cikgu tetap mendoakan yang terbaik buat anak-anak murid cikgu.Maafkan cikgu andai cikgu tak seperti yang kamu harapkan.Akhir kata,selamat maju jaya.Doakanlah cikgu di tempat baru.Cikgu sentiasa memaafkan kamu.
Salam sayang,
Shamsul
Air mataku mengalir laju..Cikgu..kenapa cikgu baik sangat?Cikgu langsung tidak memarahi kami dengan apa yang berlaku.Sebaliknya,cikgu tetap mendoakan kami.Adakah kami dapat berjumpa dengan guru sebaik cikgu lagi?Keesokan harinya,aku memberikan kertas itu kepada rakan-rakanku yang lain.Walaupun warkah itu diberikan kepadaku..aku tahu ianya untuk kami semua.
Pada mulanya,Zulaikha tidak mahu baca.Namun,aku memaksanya berkali-kali.Dia akur.Dia lah yang paling kuat menangis.Sampai merah matanya.Melihat tangisan Zulaikha,aku tidak dapat menahan diri daripada perasaan sebak.Kami berjumpa dengan pengetua.Kami mengaku kami yang melakukan ini semua..dan Cikgu Shamsul langsung tidak bersalah.Pengetua memandang tajam kearah kami.Air mukanya bercampur aduk.Namun tindakan kami sudah terlambat..
Aku tahu Cikgu Shamsul tidak mungkin kembali.Cikgu juga kami hadiahkan dengan serangan mental.Pasti cikgu amat tertekan dengan pandangan serong masyarakat.Cikgu ada di sebelah kami sewaktu kami susah.tapi siapa yang ada disebelah cikgu saat cikgu susah?Ya Allah…..aku berdosa.Aku memfitnah seorang insan yang berhati mulia.Kenapalah aku tak terfikirkan ini semua?
Sudah seminggu Cikgu Shamsul pergi.Kami juga dikenakan denda oleh Pengetua.Kelas tahanan selama 2 bulan.Walaupun denda itu kurasakan berat,namun ianya pasti tidak seberat dengan apa yang perlu Cikgu Shamsul tempuhi.Setelah menimbang-nimbang.Kami sepakat untuk berjumpa dengan Cikgu Shamsul.Tok!Tok!Tok!Pintu rumah Cikgu Shamsul kami ketuk.Aku was-was.Bimbang Cikgu Shamsul juga berpindah rumah.
Ya lah,dia
“Cikgu Shamsul ada?,”
“Kamu nie siapa?”
“Kami anak murid dia..,”Perempuan itu memanggung kepala.
“Kamu tak tahu?Cikgu Shamsul dah tiada,..Allah lebih menyayanginya,”setiap patah kata yang keluar daripada wanita yang aku kira ibu Cikgu Shamsul seperti halilintar masuk ke dalam cuping telingaku.
“Kenapa?Mak cik mestimain-main,
“Shamsul baru meninggal…Dua hari lepas.Accident masa nak pergi mengajar,”wanita itu menangis.Jika perempuan itu sedih..kami lagi sebak.
Mengikut kata Mak Cik Sofea..Cikgu Shamsul dikebumikan di tanah Perkuburan Tanjung Pian.Rakan-rakanku yang lain sudah lama pulang.Tinggal aku,Zulaikha dan Huda.Tanah masih merah,semerah mata kami yang menangis.
“Cikgu…kenapa cikgu tinggalkan kami…?kami nak minta maaf..cikgu..saya jahat..cikgu
“Saya memang tak guna cikgu..saya salah anggap perhatian cikgu..saya jatuh cinta dengan cikgu saya sendiri.Bila cikgu tolak cinta saya…saya tak dapat terima hakikat tu….yang saya tahu..kalau saya tak dapat cikgu..tak ada orang lain yang boleh dapat cikgu..termasuk Cikgu Farhana…saya nak jauhkan cikgu dengan cikgu Farhana..saya teruk,
“Cikgu…saya yang bersalah..semua salah saya..orang takkan kata cikgu macam-macam kalau mulut saya nie tak gatal buat cerita…saya…,”sendi-sendiku menggeletar.
Aku mengetap bibir.Tidak dapat meneruskan lagi kata-kata.Aku cuba menahan rasa di dalam dada.Cikgu Shamsul….Cikgu kami yang paling baik sekali telah meninggalkan kami buat selama-lamanya…Air mata di tubir mata aku sapu perlahan.Aku menatap batu nisan buat kali terakhir.
Muhammad Shamsul Bin Mansur….Tarikh wafat…12.05.2009….
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati…
“Kamu buat apa?Menangis dekat kubur orang?”aku berpaling.
Cikgu Shamsul?
“Cikgu…cikgu hidup lagi?,”Huda bertanya takut-takut.
“Hai..macam nak suruh cikgu mati cepat je..,”Cikgu Shamsul melemparkan senyuman.
“Cikgu nampak kamu semua tadi.Kenapa kamu ketuk pintu rumah jiran cikgu?”kami menggarukan kepala yang tidak gatal.
“Cikgu Shamsul dah tak ada…Dia jiran cikgu..kamu nie..nama cikgu sendiri pun tak ingat…nama cikgu..Shamsul Asyraf…,”bebelan cikgu tidak kami hirau.
Air mata kami seolah-olah ingin membanjiri tanah perkuburan.
“Cikgu…maafkan kami cikgu,”kami meluru ke arah Cikgu Shamsul.
“Hei..hei..apa nie?”Cikgu Shamsul
lerk!dh tgh sedey2 nie...
ReplyDeletetgk2 shamsul len...tp cter nie
mmg sedey r...
``~farah97~``
haahaha..ending dia lawak sey..
ReplyDeletewakakakkaakwaawa
~~asakura~~
waa....
ReplyDeletebes la cta nyh...
mmg sdey gler...
pas2 leh lak lwak jdinya...
bes sgt.....
skanya....
waa...
ReplyDeletecite nie mmg sedey..
cite nie bole bg pengajaran kat budak2 sekolah...
tntang kerjaya n jasa guru thadap murid..
like this story..
keep it up..
chaiyok2...
ganbate...
wah...
ReplyDeleteterharu dengan tindakan ckgu shamsul..
ternyata guru itu tdak sburuk yg kita sbgai pljar fkirkan..
tringat zaman sekolah..huhui
ReplyDeletehaha.klaka ouh.
ReplyDeletebest best best
=p
cikgu farhana tu mesti cantik kan..sedap je nama dier...ade gmbr cikgu2 tu tak??hehe
ReplyDeleteerkk.....
ReplyDeletex tahu nk bagi reaksi cmne..
ermmm....p.yg psti ak gelak at d end....
>>niCk<<
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletepretty cool stuff here thank you!!!!!!!
ReplyDeleteKejam ~ buang air mata je ouh
ReplyDeletebagus jugak la citer ni..
ReplyDeleteboleh memberi keinsafan..
:)
hmm... cikgu shamsul.. nama yg same.. teringat fom 4 dulu.. pnah ade ckgu pratikal mrajok xnak sebut name sy sbb sy xpna anta keje dy lgsong, suke mnjawab, suke tito mse kls dy... mse mgu last dy ngajar, kbtulan mgu exm, org lain pulun studi, sy lak dok kjar balik buat sume howework dy,.. dan hari terakhir.. dy umumkn mrkh student plg higher utk sbjek dy.. dan dapat jugak dy sbut name sy buat kli trakhir... sy la studnt tu..
ReplyDeletemse ckgu tu da nk blah, sy smpat bg origami burung tnde mnta maaf..~2006 rndu kt ckgu shamsul hisyam b. abd manaf
T__T
w/pun bkn cite cinta,.
ReplyDeleteserius sy minat dgn cite ni.
bosan sbenarnya kalo nak baca cg gatal2 dgn student,..
kalo baca mmg best,.tp kalo betul2 dpn mata ada cg gatal2 mcm tu, serius sy xsuka..kehkeh. mcm xsesuai dgn gelaran aje...
btw,.cite ni sgt best!
alamakk..baru jerr nk nangis tgk2 hahahahha...><
ReplyDelete