Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Saturday, October 10, 2009

I Warn You!! (11)

Syafiq menarik kembali tangannya.Dia pegang tangan aku?Wah…melampau nie..Nurul pun tak pernah rasa kelembutan tangan aku nie…

“Jom masuk….,”.Syafiq mengekori langkah perempuan berkenaan.

“Mummy!!!Abang Syafiq dah datang!!!,”seorang perempuan separuh usia keluar.Cantik.Nampak ciri-ciri elegan dalam dirinya.Jadi ini mummy?Orang yang dah rampas ayah daripada mama?

“Syafiq…dah lama mummy tunggu Syafiq…,”perempuan yang dipanggil mummy itu memeluk tubuhnya.

“Mari…mummy kenalkan..ini Shaliza…adik kamu…,”mummy memperkenalkan gadis manis disebelahnya.Shaliza tersenyum.Adik aku rupanya…Fuhh..selamat….

“So…mana bilik Syafiq?,”matanya melekap ke wajah mummy.Dia malas mahu berlama di ruang tamu mewah ini.Sungguh tidak selesa.

“Sha…bawak Angah masuk bilik dia…,”mummy mengarah.Pandai2 sahaja menggelarkan dia Angah.Syafiq mencemikkan bibir.Shaliza menganggukkan kepala.Akur dengan arahan mummy.

********************************************************************

“This is your room…so enjoy lah yek.Mummy dah hias bilik nie.Hope Angah suka..,”Syafiq meletakkan beg sandangnya di atas katil.

Wajah adik tirinya dipandang lama.

“Kau nie anak sape?,”

“Kenapa Angah tanya macam tu?,”

“Jadi…kau nie anak kandung ayah?,”

“Yalah..Sha anak kandung daddy..adik angah…,”Syafiq mengeluh.Ayah memang melampau.Dah dapat isteri baru…anak baru…terus dia dan mama dilupai.

“Angah berehat lah dulu…kalau angah nak apa-apa…Sha ada dekat bilik sebelah,”Shaliza menutup pintu bilik Syafiq.Kakinya melangkah turun ke bawah.Menuju ke arah ruang tamu.Kelibat mummy di cari…Tidak ada…Kepalanya dijengah di beranda luar.Mummy sedang berehat di bangku berdekatan dengan kolam renang.

“Mummy…Angah tu macam tak suka aje tinggal dekat sini…,”Puan Sri Yasmin menoleh.

“Beri dia masa Sha…,”

“Sha rasa dia bencikan keluarga kita..,”

“Sha rasa macam tu?,”Shaliza mengangguk.

“Jadi..Sha kena lah buat dia sayangkan keluarga kita nie.Biar dia sayang dekat Sha..dekat mummy..dekat Along dekat daddy…,”

“Cakap pasal Along…mana Along mama?Tak nampak pun?,”Shaliza mencari kelibat abangnya.

“Along kamu tu pergi mana lagi..keluar dengan perempuan lah tu..,”muncung Puan Sri Yasmin dah sedepa.Dia memang tidak berkenan dengan tingkah laku anaknya yang seorang tu.Entah ikut perangai siapa.Playboy.24 jam asyik berkepit dengan perempuan.Kuliah tu jangan cakap la.Ponteng memanjang.

********************************************************************

Syahrein mengetuk stereng kereta beberapa kali.Bosan betul.Inilah perempuan.Nak bersiap pun berjam-jam.

“Sorry yang..I lambat…,”Vivian mengambil tempat di sebelah pemandu.

“You nie kan…,”belum pun sempat Syahrein menghabiskan ayatnya…Vivian dah menyampuk.

“I promise…I tak buat lagi..okey!,”jari telunjuknya hinggap di bibir Syahrein.Syahrein mengukirkan senyuman.Mudah betul hati nie berlembut.Inilah keistimewaan Vivian.Dia pandai memujuk…

**********************************************************************

“Makan banyak sikit Syafiq….,”Tan Sri Mohd Luthfi menambahkan nasi di pinggan Syafiq.Syafiq cuma mendiamkan diri.Sebenarnya dia malas nak turun makan malam…tapi si Shaliza lah nie.Sibuk memaksa.

“Angah diet tu daddy…,”ujar Shaliza pula.Ingin memeriahkan suasana.Jelingan tajam daripada Angahnya membuatkan mulut Shaliza serta-merta terdiam.

“Best tinggal dekat sini…?,”Puan Sri Yasmin pula bertanya.Semua mata menghala ke rah Syafiq.Menantikan jawapan.

“Hurm..boleh la..,”Syafiq menghirup jus guava.

“Daddy dah ada plan bagus untuk Syafiq….,”

“Plan apa daddy?,”Shaliza pula yang bertanya.

“Daddy ingat nak hantar abang kamu nie study dekat U.K..,”

“Elok sangat lah tu abang..Result Syafiq kan bagus,”Puan Sri Yasmin memberikan sokongan.Kalau itu lah perancangan suaminya…dia setuju sangat-sangat.Nak harapkan Syahrein..Huh..memang tak boleh diharap.Dah elok-elok belajar dekat London…lari balik.

“Wah..best lah Angah…daddy nak hantar study dekat U.K,”wajah Shaliza ceria.Turut tumpang gembira.

“Tak apa lah..tak payah susah-susah…,”Syafiq bangun.Dia berkira-kira mahu kembali ke bilik.

“Fiq..duduk…,”suara tegas daripada daddy mematikan langkahnya.

“Fiq nie kenapa?Daddy cuma nak yang terbaik untuk Syafiq…,”Tan Sri Mohd Luthfi bersuara sedikit tinggi.

“Tak payah daddy nak sibuk-sibuk hal Syafiq..Syafiq boleh uruskan sendiri!,”suara Syafiq turut sama naik.Dia turut memanggil ayahnya dengan panggilan daddy.Sekadar mengikut panggilan Shaliza.Nak sebut daddy pun..payah betul..

“Kalau Syafiq nak duduk lama dekat dalam rumah nie..Syafiq kena ikut cakap daddy!!Next month Syafiq akan ke U.K.Titik!,”Tan Sri Mohd Luthfi mula bangun meninggalkan meja makan.

Syafiq menggetap bibir menahan geram.Mama..Tengok tu ma. ?Macam mana Syafiq nak hormatkan dia?Dia nak atur hidup Syafiq mama…

*********************************************************************

Syafiq turun menuju ke dapur..Siapa pulak mamat nie?

“Hoi…kau siapa ha?,”suara Syafiq lantang bertanya.Syahrein terbatuk-batuk kecil…Dia menoleh ke arah belakang…

“Kau??,”macam tak percaya dengan apa yang dilihatnya.Halif??

“Hye..nice to meet you..aku Mohd Syahrein Halif…so kau nie adik aku lah ye?,”dia tersenyum sinis.Syafiq tidak mempedulikan kata-kaat makhluk di hadapannya.Dia membuka peti sejuk.Mencari sesuatu untuk diminum.Sekotak susu segar dikeluarkan..

“Masalah kita belum settle lagi…bukan main lagi kau dulu…tunjuk macho lah konon,”Syahrein menahan pergerakan Syafiq.Syafiq mendengus kasar.

“Kau nak apa nie?,”kening Syafiq sedikit terangkat.

“Hei...rilaks la...hal lama kan??,”Syahrein ketawa kuat..

Syafiq menarik kerusi makan di dapur.Air susu dituang ke dalam cawan..Syahrein mengambil tempat di hadapannya.

“Mana perempuan tu yerk??,”

“Perempuan mana nie??,”

“Ala..yang lawa-lawa tu...yang mintak nombor aku masa dekat warung tu...,”

“Mana aku tahu!,”Syafiq menjungkitkan bahu...Aku pun tak tahu kat mana Nurul.Selangor tu luas...

“Dia tinggal dekat mana??,”

“Aku tak tahu....dia awek aku la..yang kau sibuk sangat tu kenapa??,”direnung tajam wajah Syahrein.

“Itu pun nak marah..aku tanya aje la....dah la...aku nak pergi clubbing nie...nak ikut??,”Syahrein mengajak Syafiq.

“No thanks...aku orang kuat agama....,”selamba Syafiq menuturkan kata.Syahrein mencemik bibir.

Mummy pula masuk ke ruangan dapur...

“Ha…Along…nak keluar lah tu..malam-malam pun nak merayap lagi…nak pergi mana pulak tu?,”Puan Sri Yasmin bertanya Syahrein.Menyedari Syahrein dah nak keluar dari dapur.

“Mummy…Along dengan Syafiq nak pergi jalan alamanda nie ha…dia yang beria nak pergi jalan dekat situ mummy..al maklumlah..tak pernah pergi, ”dia memaut bahu Syafiq sambil ketawa mengejek.Syafiq dah tersedak.Memang sial la..berani dia buat cerita.

“Haha..Eh…bukan kau ker yang ajak aku pergi clubbing tadi??,”

Syahrein terdiam kaku.Syafiq dipandang seolah-olah ingin ditelan.

“Syahrein!!!!,”mummy mula mengeluarkan vokal mantapnya.

***************************************************************

“Okey….sekarang kita pergi alamanda…,”Syafiq berkata-kata.Syahrein yang sedang memandu memandang sekilas adik tirinya itu.


“Nak buat apa dekat sana??,”

“Eh..tadi kan kau kata kita nak pergi jalan dekat sana…?,”Syafiq tersengih-sengih.

“Kau sengaja nak sakitkan hati aku kan??,”

Syafiq ketawa.

“Dah tu….kau nak pergi mana??,”

“Clubbing la…mummy tak akan tahu punya…,”

“Tadi kan kau dah janji dengan mummy tak akan jejak kaki lagi dekat situ.Tak usah buat-buat lupa la,”

“Tolong ar..jangan lah baik sangat…kita pergi bukannya lama.Sekejap aje.,”

“Takpe..takpe..kau pergi lah.Balik nanti aku bagi tahu mummy,”

“Tak guna kau!Kuat mengadu rupanya….,”

“So camner?Kau nak pergi mana??,”

“Clubbing lah..peduli apa aku kalau kau nak beritahu mummy…kalau aku kena…kau pun akan kena jugak..,”

“Woi!!!!!,”

**************************************************************

“Vivian sayang…,”Syahrein menghampiri Vivian.Mereka saling berbalas pelukan.Syafiq mengalihkan pandangan. Kebisingan kelab nie membingitkan telinganya.


“Sayang…siapa nie??,”Vivian bertanya ingin tahu.

“Ohh…my brother..ala..biar lah dia.Jom dance darling…,”tangan Vivia ditarik Syahrein.

Syafiq menuju ke ke tempat memesan minuman.Dia duduk di situ.

“Lycheer or Vodka orange??,”Syafiq terkebil – kebil.Tak dengar apa yang dikata oleh pembantu di situ.

“Ha???.”

“Lycheer?,”kurang jelas lagi..musik dekat sini bising sangat.Dengar macam orang nie tanya… ‘laici yer?’.Kepalanya dianggukkan.

“Here….,”cawan bersaiz kecil diletakkan di hadapannya.

Syafiq memandang lama minuman di hadapannya..Macam pelik aje air nie…

“Fiq!!Cepat weh..blah!!!,”tiba-tiba Syahrein muncul entah dari mana.Syahrein menepuk kasar bahunya.Dalam keadaan blur…Syafiq mengikut gerak langkah Syahrein yang berjalan pantas.

“Pehal nie?,”Syafiq bertanya ingin tahu.Dia dan Syahrein masing-masing sedang menghampiri kereta BMW 3 series m sport milik Syahrein.

“Masuk kereta cepat!!!,”Syahrein langsung tidak mempedulikan pertanyaan Syafiq.Nak tak nak Syafiq masuk ke ruangan di sebelah pemandu.

Syahrein menghidupkan enjin…Tak boleh…

“Damn!!!Apesal pulak nie??,”dia menghentak stereng kereta.Marah.

“Kau nie apesal pulak??Tetiba mengamuk…,”

Syahrein menoleh ke arah Syafiq.

“Kau cuba start enjin kereta nie.Aku start tak hidup…,”Syafiq dah ketawa kuat.Sengaja ingin menyakitkan hati Syahrein.

“Hidup enjin pun tak reti..haha,”Syafiq keluar dari tempat duduknya.Dia bergerak menuju ke arah tempat pemandu.Syahrein bergerak memberi laluan.

“Tak hidup rr….,”enjin kereta dipulas Syafiq buat beberapa kali.

“Huh….,”Syahrein mengeluh.Dia meliarkan pandangan ke arah sekeliling sebelum sedikit menjerit…

“Cepat oiii!!Cepat!!Diorang dah nak sampai dekat kita..,”

“Ha??Ha?Apa dia?,”walaupun tak tahu apa-apa..Syafiq masih berusaha keras untuk menghidupkan enjin.

Syahrein makin gelabah...Sekumpulan samseng makin menghampirinya.

Dussshhhh!!!!

“Lu pa hal???Yang lu kacau awek gua tu kenapa???,”Syahrein hampir-hampir terdorong ke belakang.Mulutnya dikesat.Berbisa sungguh tumbukan Eric nie.

Syafiq sedikit tergamam.Perlahan-lahan tangannya menutup pintu kereta..Relaks Fiq..cool down…Dia menarik nafas..Syahrein yang sedang dibelasah di luar kereta dijeling dengan ekor mata.Nak keluar ker?Kalau keluar…tu namanya saja nak cari nahas.Diorang tu ramai…aku sensorang aje.Syahrein tu pulak lembik bukan main.Bukannya nak membalas.

Enjin sekali lagi cuba untuk dihidupkan…Yes..berjaya jugak akhirnya….Apabila mendengar bunyi enjin kereta..sekumpulan manusia yang tengah membelasah Syahrein itu saling berpandangan.Syahrein mengambil peluang untuk melarikan diri.

“Sial kau!!!Bukak la pintu nie!!,”Syahrein cuba untuk membuka pintu di sebelah ruangan pemandu.

Pintu dibuka dari dalam.Syahrein menerobos masuk.Samseng-samseng berkenaan berkejar ke arah Syahrein.

“Kau tunggu apa lagi???Cepatlah..bawak kereta nie keluar dari sini...,”

“Kau gila???Aku mana ada lesen!!Bawak kereta pun tak reti..setakat hidupkan enjin tu boleh la...,”

“Kau jangan nak buat lawak time-time macam nie…tarik handbreak…cepat lah!!!,”Syafiq terkial-kial menurut arahan Syahrein.

Bismillahirrahmanirrahim….selamatkanlah aku. Ya Allah…

BMW milik Syahrein akhirnya berjaya diundurkan.Hampir sahaja dia melanggar salah seorang daripada samseng berkenaan.

“Bawak macam siput kenapa???Laju lah sikit!!!!,”Syahrein bersuara geram...

“Aku tahu lah!!!!,”Syafiq membalas dengan nada yang marah.Sesedap hati nak arah-arah aku!Had laju kereta dilajukan.BMW dibawa keluar daripada perkarangan kelab.

“Laju lagi!!!Ada kereta ikut kita!!!Takkan kau tak perasan??!,”Syahrein tertoleh-toleh

ke arah belakang.

“Aku tengah bawak kereta la!!!.”

“Laju lagi!!!!Diorang makin dekat tu!!!,”

“Kau nak mati ker?!!!Diam sikit boleh tak?!!!,”boleh Syahrein memekak time-time darurat macam nie.Makin gelabah lah aku...

Mulut Syahrein terkunci rapat.Syafiq memecutkan kereta.

“Hoi..hoi...kau nak terbangkan kereta aku ker??,”Syahrein bersuara sedikit risau.Kereta yang dipandu Syafiq sedikit tak stabil.Dah la laju...sekejap ke kiri..sekejap ke kanan...

“Aku dah kata...aku tak reti bawak kereta...,”

“Dah!!!Berhenti!!!Kau berhenti la dekat mana-mana balai polis sebelum kita nie masuk kubur!!,”

**************************************************************

Syahrein mengeluh lega apabila kereta yang dipandu Syafiq memasuki sebuah balai polis yang berhampiran.

Syafiq mematikan enjin kereta.

“Diorang ikut kita lagi??,”wajah Syahrein dipandang.Syahrein tertoleh-toleh ke arah belakang.

“Rasanya tak dah...kita ada dekat balai polis...takkkan diorang berani ikut..,”

“Sebenarnya yang ikut kita tadi tu sape??!!Yang belasah kau tu pulak sape??!!,”Syafiq bertanya marah.Gara-gara Syahrein..dia terlibat sama.

“Eric dengan geng dia.....,”Syahrein menjawab bosan...

“Sape Eric tu??,”

“Boyfriend Vivian.....,”

“Hahhh??,”Syafiq menggeleng-geleng kepala.

“Kau dah tahu perempuan tu ada pakwe...yang kau pergi kacau kenapa??Tolol lah kau nie!!!,”

“Heh...tolol2 jangan main ek..kau tak boleh nak salahkan aku...sape suruh Eric tu tak reti nak jaga awek.Perempuan nie just need a guy yang romantik..caring macam aku...bukan lelaki panas baran...gangster.. macam Eric...,”

“Kau caring???Tak nampak macam caring pun...,”Syafiq dah tergelak.

“Memang ar kau tak nampak..tak akan aku nak caring dengan kau kot?!,”Syahrein bersuara bengang.

“Wuh...okey2...relaks ar..so macam mana kita nie?Kau tak nak balik ker?Dah pukul 3 pagi nie...,”Syafiq menjeling jam di tangan.Tadi,dia dan Syahrein keluar dalam pukul 11 malam.Sebenarnya dia malas nak ikut...tapi si Syahrein nie ha yang memaksa.Disebabkan dia pun bosan...tu pasal lah..dia ikut jugak.

“Tukar tempat..aku bawak kereta..,”

****************************************************

BMW kepunyaan Syahrein diparking di garaj kereta.

Syafiq dan Syahrein masih berdiam diri di dalam kereta.

“Kereta daddy ada ….,”Syafiq menelan air liur..Kalau tak salah dia…daddy sepatutnya sekarang nie dah bertolak ke U.S.

“Dah tu??,”

“Kau turun la dulu..bila line dah clear kau panggil aku…,”

“Banyak cantik muka kau!Ahh...turun sama-sama,”Syahrein keluar daripada kereta.Syafiq mengekori.Di hadapan pintu utama.Masing-masing kaku.

“Aku nak pergi belakang jap…,”Syafiq bercakap dengan nada yang perlahan.Takut ada orang dengar.Mana lah tahu ada orang di sebalik pintu utama nie,

“Nak buat apa?,”Syahrein bertanya aneh.

“Aku nak kencing r …tak tahan la…,”Syafiq tersengih.

“Pengotor ar kau.Tandas dekat dalam rumah ada...,”

“Aku tak tahan gila nie..kau masuk la dulu...,”Syahrein mendengus.Macam-macam si Syafiq nie.Nak tak nak…dia sensorang depan pintu rumah.Tombol pintu dipulas.Ehh..tak kunci.Pelik!Syahrein melangkah masuk ke dalam rumah.Di hadapan pintu…wajahnya pucat lesi.

“Daddy??Tak tido lagi?,”

“Apa nak jadi dengan kamu nie Syahrein??Dari dulu sampai sekarang..perangai tak berubah-ubah...kerjanya asyik nak keluar malam aje.Kamu tahu tak sekarang nie dah pukul berapa?,”Tan Sri Mohd Luthfi bangkit daripada sofa.

“Err…3 pagi??,”

“Tahupun!!Dah tu?Berapa kali daddy nak kena cakap yang kamu kena balik rumah sebelum pukul 12.Tak kan kamu tak faham-faham?,”

“Daddy...cammon la...tak kan nak seronok2 pun tak boleh?Lagipun Syah bukan pergi sorang Syah pergi dengan....,”

“Dengan siapa?,”wajah daddy serius.

“Morning dad…bro…,”Syafiq tiba-tiba muncul daripada dapur.Di tangan Syafiq ada segelas susu.




Tan Sri Mohd Luthfi menoleh.Tubuh Syafiq dipandang.

“Kamu nie pulak Syafiq?Dah pukul 3 pagi..tak tido lagi?,”

“Syafiq haus la...itu yang pergi turun minum...,”Syafiq tersengih.Muka Syahrein yang merah padam menahan marah dijeling sekilas.

“Bila kamu turun?Daddy tak perasan pun...,”

“Daddy syok sangat baca majalah....mana nak perasan Syafiq.Huwargh...Syafiq dah mengantuk nie..Fiq naik dulu yer,”Syafiq berlalu dengan pantas menuju ke tingkat atas.Sebelum daddy tanya soalan yang dia tak reti nak jawab...lebih baik cabut lari dulu..

Kesian kau. Syahrein....Ini Syafiq la..setakat nak curi masuk dalam rumah.Kacang aje..Bilik Pengetua dia pernah pecah masuk.Setakat rumah nie...eleh..senang sangat.Tapi..iye lah kan?Takkan nak ajak Syahrein join sekali.Musuh tetap musuh.

14 comments:

  1. bijak ya kau syafiq..
    sambunglah lagi..
    hehehe..
    makin best...

    ReplyDelete
  2. bt0l3...brilliant!huhu :D

    ReplyDelete
  3. cayalh syafiq tu...hahaha

    pdn mke dkat syahrein..

    ReplyDelete
  4. cpat la cmbOng..
    bez gLew cter nie..
    haha :))

    ReplyDelete
  5. hahahaha... xle bla tol la syafiq tuh...
    mntng2 dlu ex-taiko, boleyh lak men pech msuk umah sendri...

    ReplyDelete
  6. cp la shafiq tu kn..

    ReplyDelete
  7. cite ni mkin menarik..xsbr nak bace smbgn die..

    ReplyDelete
  8. pleaz...
    nak smbungan dia cpat...
    xsabar la nak tau ending dia sbelum masuk blaja next week...

    ReplyDelete
  9. cpt2 lah sambung.. semakin best ni..

    ReplyDelete
  10. lmbt nye dye pnye smbungan...
    :(

    ReplyDelete
  11. akak suka cite ni. best! menarik! walau pusing, campak, terjun , lurus, yg penting, shafiq dgn nurul tau!

    ReplyDelete
  12. so cuter.. kelakar gila si syafik ni..

    ReplyDelete
  13. best sesangt,,ctewr neyh,,wahh cayalah syafiq,,:D

    ReplyDelete