Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Friday, January 1, 2010

B.M.W (1)




“Nani!! Kau lambat lagi ke?? Cepat la..”jeritku pada Nani yang sedang berada di fitting room. Masuk kali ni, dah berpuluh kali dia keluar masuk fitting room.

“Jap. A minute please.”Nani membalas pendek. Aku mengeluh berat. Cepatlah Nani oi.. 2 jam dah kita kat sini. Lysa yang sudah terlentok dibahuku aku jeling. Ni lagi sorang. Tidur je kerjanya.

“Nani!”sekali lagi aku jerit. Kali ni agak kuat. Kepala Lysa di bahuku aku tonyoh2. Menyuruh dia bangun.

“Okay2, aku dah siap. Jom.”Nani keluar dari fitting room.Baju-baju yang telah dicubanya digumpal-gumpal sebelum dicampak ke tempat asal. Salesgirl tadi yang dari tadi asyik memerhati sudah bercekak pinggang.

“Kau tak beli ke?”soalku sambil angkat kening.

“Tak. Not my taste lah. Jom, ciao.”ujar Nani sebelum segera angkat kaki dari situ. Aku dan Lysa pula pantas mengekorinya. Bimbang dimarahi oleh salesgirl yang sudah mula menuju ke arah kami.

****************

Tiit.. Tiit.. Tiitt. Tiba- tiba sensormatic anti theft di pintu keluar woman department tu berbunyi. Lysa dan Nani memberhentikan langkah. Masing-masing saling memandang. Aku pulak ingin terus berjalan, tapi dihalang oleh mereka.

“Bell, tunggu la dulu. Menatang tu dah berbunyi. Eh, kita ada curi barang ke ha?”Lysa bersuara. Terkocoh-kocoh dia memeriksa begnya.

“La.. Takde mendenye.. Dah-dah…jom pergi. Kita tak buat apa- apa kan.”aku mula melangkah.

“Bell.. Aku dah cuak dah nie.. Betul ke boleh bla macam tu je?”Nani menarik-narik lengan bajuku.

“Bolehnye.. Kita tak salah kan. Jangan buang mase kat sini. Korang taknak bla sudah. Yang penting aku pergi dulu.” aku bertegas. Diorang ni takut sangat.. Banyak lagi orang yang pergi macam tu je even sensor ni berbunyi.

“Kau pekak ke bodoh? Tak dengar ke sensor tu berbunyi? Dah tak reti-reti nak berhenti?”satu suara mencuri tumpuan kami. Langkahku turut terhenti. Seorang guard berusia 20 an berjalan ke arah kami. Aku memerhati penampilannya. Baju guardnya sengaja tidak di ‘tuck in’, topi juga tidak dipakai, malah rambut juga siap digayakan. Huh. Bajet hot la tu. Entah etika pemakaian mana dia tiru aku pun tak tahu. Yelah, sebelum ni, tak pernah pulak nampak guard bergaya ‘sakan’ macam dia. Semuanya skema-skema belaka.

“Tolong keluarkan barang-barang dalam poket korang.”arah guard yang bernama ‘Darian’ itu tegas. Berdasarkan tag nama yang dipakai.

Aku, Nani dan Lysa buat muka redha. Lambat lambat kami mengeluarkan segala harta benda yang ada dalam poket.

“Hmm.. Okay. Sekarang tolong kasi beg. Aku nak cek.”ah sudah. Kalau kasi beg memang aku taknak kasi. Tak akan! Lysa dan Nani dah menyerahkan beg mereka.

“Kau punya beg pulak?”Darian memandangku tajam. Dia menghulurkan tangannya. Meminta beg daripada aku. Aku pulak makin kuat memegang beg sandangku.

“Apasal pulak? Hei, aku tak curi apa-apa la.”

“Eh2 minah ni. Aku kata bagi tu, bagi jela.. Nak melawan pulak. Kalau kau dah curi tu, baik kau mengaku sekarang. Sebelum aku report kat polis.”

“Masa bila pulak aku curinya? Aku kata aku taknak bagi, taknak bagilah!”ujarku geram. Sibuk nak cek beg orang. Huh.

“Bell, awat kau ni? Kasi jela beg kau kat dia. Habis cerita.”Nani berbisik padaku.

“Tak bolehla, Nani. Sebab, dalam beg aku ada...Hoi!”belum sempat aku menjelaskan pada Nani, guard tadi dah merentap beg aku. Mujur dia hanya memegang tali beg. Aku pulak pegang yang selebihnya.

“Kau ni kenapa? Takut sangat nak kasi? Don’t worry la.. Aku dah biasa dah cek beg perempuan. Segala roti, kek, biskut.. Semua aku dah pernah jumpa. Takyah nak segan-segan.”Darian tersengih-sengih. Kurang asam punya guard. Agak-agakla nak cakap tu. Dahla cakap kuat-kuat. Memang nak kena dengan aku betulla mamat ni.

Lysa dan Nani tiba-tiba memegang lenganku. Automatik tanganku yang sedang memegang beg tadi terlepas. Lysa! Nani!

Darian mengangkat ibu jarinya keatas pada Lysa dan Nani. Dengan tawa yang masih bersisa, dia segera memeriksa beg aku. Lama kelamaan, senyuman terukir dibibirnya. Makin lama makin lebar. Arghhh.. Nak cek tu cek jela.. Tak payah nak senyum-senyum.

“Nah, beg kau. Takpe, aku tak beritau orang punya. I’m promise.”Darian menyerahkan beg aku kembali. Senyuman masih tak lekang di bibir.

“Tapi apasal kau bawak banyak sangat?” jerit Darian kuat sebelum cepat-cepat berlalu. Bodoh!! Nani dan Lysa aku pandang tajam.

“Puasla hati korang? Tolong mamat tadi?.”soalku keras.

“Sorry, Bell. Lagipun tadi kitorang nak suruh kau cepat kasi beg tu..”Lysa menjelaskan keadaan.

“Cepat je yang korang tau. Malu aku dengan mamat tadi tau tak?” aku mula melangkah. Lysa dan Nani mengekoriku. Sambil mulut mereka tak henti-henti merayu meminta maaf.

************

“Hello, Pengarah Urusan. Kau buat apa? Busy?”tegur Darian sebaik memasuki pejabat abangnya, Rasyiq.

“Kau tak kerja ke?”Rasyiq angkat kepala, memandang adik lelakinya.

“Nilah tujuan aku datang.. Aku nak berhenti dari jadi guard. Penat la weh jadi pak jaga ni. Kena ronda sana, ronda sini.” Darian melabuhkan punggungnya di sofa yang terdapat di situ.

“Kau nak berhenti? Hah, bagus sangat la tu. Kau tahu tak, aku dapat banyak komplen, yang cakap guard mall kita kurang ajar. Guna bahasa kasar bila spotcheck barang. Aku tak payah tanya siapa pun aku tahu, yang orang tu kau, kan?”Rasyiq meletakkan kaca matanya di atas meja.

“Darian, kau jangan ingat ni mall abah punya kau boleh tengking customer kita sesuka hati. Kau jadi guard ke jadi apa ke, kau tetap pekerja kat sini. Jaga reputasi mall kita. Ni nasib baik abah tak tahu. Kalau abah tahu? Habis kau.”Rasyiq terus berceramah.

“Yelah.. yelah.. aku tahu. Kau tak payah nak membebel panjang. Sekarang aku rasa aku nak jadi cleaner pulak lah. Boleh kau tolong kasi uniform cleaner kat aku?”ujar Darian sambil membelek majalah CLEO yang terdapat di atas meja kopi.

“Cleaner pulak? Hari tu kau dah jadi Salesboy, lepastu jadi guard, sekarang kau nak jadi cleaner pulak? Apasal kau tak jadi pengurus terus? Tu ha.. kerusi pengurus tu dah lama tersedia untuk kau.”keluh Rasyiq. Mentang-mentang ni mall famili, Darian suka-suka je nak mintak kerja apa. Abahnya pun satu, bukannya nak larang Darian, malah, digalakkannya lagi.

“Aku nak jugak rasa apa yang pekerja aku rasa. Macam mana diorang jadi guard, macam mana diorang jadi cleaner. Barulah aku boleh jadi pengurus terulung.”Rasyiq mencemikkan bibirnya.

“Kau cakap je lebih. Pengurus terulungla konon. Dah, bila kau nak start jadi cleaner nya?”

“Kau bagi ke aku kerja? Thanks dude. Kalau aku nak start esok boleh?”Darian bersuara gembira. Dah lama dah dia nak jadi cleaner ni. Boleh dia masuk toilet perempuan. Darian sengih jahat.

“Petang ni kau mintak uniform dengan ketua cleaner. Nanti aku inform kat dia.”Rasyiq tekan butang interkom.

“Kau memang abang terbaiklah. Sebelum aku lupa, sensor kat woman department tu ada problem lah. Orang tak curi barang pun berbunyi jugak mende tu.”adu Darian sebelum melangkah keluar dari pejabat abangnya.

****************

“Kenapa pulak saya tak boleh masuk toilet perempuannya?”Darian bersuara tak puas hati. Ketua cleaner berusia 40 an itu dipandang tajam. Penat-penat dia pakai uniform cleaner, tiba-tiba dia tak dibenarkan masuk toilet perempuan. Nasib baik uniform pekerja cleaner ni cantik jugak warnanya. Hitam-biru. Kalau buruk pakaian ni memang dia takkan pakai.

“Maaf, Tuan Darian. Tapi Tuan Rasyiq dah bagi arahan pada saya, kerja mencuci toilet perempuan akan diserahkan pada pekerja perempuan yang lain dan Tuan Darian sama sekali tak dibenarkan menjejakkan kaki dekat tandas perempuan.”tegas nada Mak Cik Kinah.

“Huh. Mak cik ikut sangat cakap si Rasyiq tu. Mak Cik tau tak? Saya ni bakal pengurus. Nanti bila saya jadi Pengurus nanti, saya pecat Mak Cik baru padan dengan muka makcik.”ugut Darian keras.

“Tolonglah.. jangan pecat makcik....”Darian senyum panjang. Tau takut.

“Tuan ingat saya akan cakap macam tu? Maaf Tuan. Pengarah Urusan lagi besar kuasanya dari Pengurus.”senyum Darian mati. Wajah ketua cleaner itu dipandang. Memang dia akan pecat perempuan tua ni nanti. Confirm!

“Dah sekarang ni saya kena buat apa?”soal Darian agak kuat. Marah. Abang Rasyiq pun satu, tahu-tahu je niat sebenar dia nak jadi cleaner.

“Sekarang kamu pergi dekat tandas lelaki. Nah, ambik troli ni.”Mak Cik Kinah menyerahkan beberapa batang mop, dilengkapi dengan cecair pencuci, penyapu dan tong sampah kecil yang diletakkan di atas tempat beroda yang dipanggil ‘troli’. Toilet lelaki? Jauh menyimpang dari harapan dia. Malas- malas Darian mengambil ‘troli’ dari tangan Mak Cik Kinah. Dia menolak ‘troli’ itu menuju ke arah toilet lelaki.

****************

"Fuhh.. lega.."ujar Darian sejurus keluar dari tandas lelaki. Memang dia tak suka pergi toilet. Maksud dia public punya toilet. Memang jarang lah, toilet lelaki ada yang wangi. Kalau ada pun boleh bilang dengan jari je. Kalau dekat hotel, lain. Diorang cuci 24 hours.... Kot.

“Bang.. tolong cuci toilet perempuan bang. Eii.. busuklah. Tadi ada budak perempuan muntah. Kotor. Eii..”seorang perempuan yang keluar dari tandas perempuan mengadu pada Darian. Toilet perempuan? Dia salah dengar ke??

“Budak muntah? Banyak ke muntah dia?”sengaja Darian bertanya.

“Banyak tanya pulak. Cuci jelah. Geli orang nak masuk tau.”perempuan tu separuh menengking. Darian terangguk-angguk. Kepalanya dipusing ke kiri dan ke kanan. Line clear! Mak Cik Kinah tu takde. Bayang Abang Rasyiq pun dia tak nampak. Darian cepat-cepat menolak ‘troli’ barangnya menuju ke dalam tandas perempuan. Sorry, bang. Bukan dia nak, tapi terpaksa. Darian senyum panjang.

***************

Lambat-lambat Darian mengelap lantai. Masuk kali ni dah dua tiga kali dia bersih tempat budak muntah tu. Cecair pencuci yang pada mulanya penuh pun dah hampir habis dia guna. Sengaja dia melambatkan kerja. Kalau dia keluar pun nak buat ape.. Mesti kena cuci toilet lelaki floor atas pulak. Mall ni dah la banyak floor. Mau pengsan menghadap toilet lelaki je. Tapi toilet perempuan takpe..

“Jeyah, kau cuci tandas kat dalam tu.” laungan suara seorang perempuan dari luar tandas menghentikan kerja Darian. No way. Tu macam suara Mak Cik Kinah je. Suara ketua cleaner tu memang besar, sebesar badannya. Kelam kabut Darian berlari memasuki salah satu tandas perempuan yang kosong. Kalau Mak Cik Kinah tu nampak batang hidung dia, masak dia kena. Nak-nak kalau Mak Cik Kinah tu report pada abang dia. Lagilah mati.


4 comments: