Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Saturday, April 10, 2010

Jamming boy vs. Pak Mertua



“Allahuakbar!!”

“DIA…… ISABELLA!!! LAMBANG CINTA YANG LARA!! TERPISAH KERANA…”

Takbirratulihram Pak Musa terhenti. Dia menarik nafas. Sekali lagi dia mengangkat tangan.

“Allahuakbar.”

“CINTAKU!!..”

Solat Isyak Pak Musa terhenti sekali lagi. Terganggu dek nyanyian anak-anak muda di sebelah rumahnya. Hish, tak khusyuk aku sembahyang kalau macam ni. Pak Musa melangkah keluar dari bilik solat.

“Najla!!” laung Pak Musa.

“Najla, abah kamu panggil tu.”tegur Mak Maimun yang sedang menggoreng ikan pada anak gadisnya yang asyik bermain handphone.

“Najla!!”sekali lagi Pak Musa menjerit.

“Ye, abah!! Naj kat sini” Najla bangkit dari sofa sebaik melihat kelibat ayahnya.

“Kamu tolong sound budak-budak sebelah tu. Abah nak sembahyang tak khusyuk. Dengar diorang melalak.”arah Pak Musa tegas.

“Alaa, abah. Malas la.. Kejap lagi boleh? Biar la diorang nak lepas gian dulu. Lama tak jamming la tu.”

“Pergi sekarang, Naj!! Abah nak sembahyang nie.. Kamu nak lambat-lambatkan sembahyang ayah pulak?”

Najla menarik muka. Dia menyarungkan tudung di kepala sebelum melangkah malas keluar dari rumah. Pak Musa pula pergi ke tandas. Mengambil wuduk yang mungkin terbatal..

********************

Ting Tong!!

Loceng ditekan.

“Pzol!! Gi bukak pintu tu.”ujar Faris yang sedang menggoreng gitar.

“Awat aku nye. Hang la pi. Hang dekat sekali kan.”Pzol yang bermain drum membuat muka tak puas hati.

“Kayril.. Kau pergi bukak pintu tuh. Budak dua ekor ni memang tak boleh harap.” Amin yang paling tua dan pemain bassis bersuara. Kayril dipandangnya.

“Kenapa aku nye Min? Aku nak test suara ni.”

“Kau nak ingkar arahan aku ke??Jangan jadi adik derhaka Ril..”ugut Amin.

“Haa, gitu la kau Min. Tak habis-habis ugut aku.. Mentang-mentang aku adik kau. Ok. Ok. Aku pergi.” Kayril meletakkan microphone di microphone stand. Dia menuju ke pintu pagar.

“Ye, nak cari siapa?”soal Kayril pada gadis yang berdiri di hadapannya. Heh.. Awek siapa pulak ni? Takkan Faris kot. Faris bukannya minat perempuan bertudung. Pzol?? Mintang simpang.. jangan.. ‘Crocodile land’ macam Pzol takkan lama dengan budak ni.. Jangan-jangan Amin?? Abang aku? Ya Allah.. Lagilah jangan.. Karang ada silap-silap hari bulan aku sangkut dengan kakak ipar sendiri. Nak buat macam mana.. comel sangat… hehe..

“Tak cari siapa. Cuma nak kasi tahu korang. Boleh tak tolong jangan bising sangat.”ujar Najla keras.

“Bising??”Kayril mengerutkan dahi.

“Kay, siapa tu?”Amin, Faris dan Pzol keluar.

“Awek kau ke Kay?” Pzol bertanya gusar. Tergugat dirinya jika perempuan secantik tu Kayril punya.

“Tak. Aku bukan girlfriend dia. Aku.. cuma nak beritahu korang,boleh tak korang jangan jamming bising-bising sangat. Korang ingat rumah korang sorang ke ada kat sini? Fikirlah pasal orang lain jugak. Abah aku nak sembahyang pun tak senang, korang memekak je.”jawab Najla.

Faris pandang Amin. Amin pandang Pzol. 1..2..3.. Ketawa pecah.

“Hei, cik adik. Nama pun jamming. Kalau jamming mana boleh tak bising. Kalau jamming slow-slow. Lembik la beb. Takde feeling.”Faris gelak.

“Lagi satu cik adik manis.. kalau nak sembahyang.. pergi surau depan tu. Sunyi. Aman. Damai. Tenteram. Tak bising. Pahala jemaah pun banyak.”Amin menyambung. Tawa masih bersisa.

“Amin, Faris. Senyap lah. Bising la korang.”Kayril tiba-tiba bersuara.

“Awak, awak balik dulu. Insyaallah. Nanti kitorang tak bising lagi. Oh ye. Kirim salam kat family ye.”Kayril melemparkan senyuman pada gadis di depan pagar.

“Oklah kalau macam tu. Aku balik dulu. Assalamualaikum.”Najla membalas senyuman itu segaris. Dia menapak ke rumahnya kembali.

“Waalaikumussalam.” Kayril menjawab salam perlahan. Matanya menyoroti langkah perempuan itu. Bibirnya mengukir senyuman.

“Kay!!”Amin, Faris dan Pzol menjerit serentak.

“Kau sihat tak?” Faris bertanya.

“Awat hang pi backup minah tu?” soal Pzol.

“Oit, adikku. Kau dengar tak kitorang cakap ni?” Amin risau.

“Aku rasa aku suka dia la.”

Semua terdiam.


*************************

“Mak buat apa tu?” soal Najla pada Mak Maimun di halaman rumah. Mujurlah rumah mereka di tepi sekali. Luas sikit halamannya. Bukan Najla tak tahu, maknya tu suka menanam.

“Mak tengah tanam pokok tomato. Kosong sangat halaman ni mak tengok.”Mak Maimun meneruskan kerja penanamannya.

Najla melilaukan matanya. Memerhati keadaan halaman rumah. Dahinya berkerut. Ni mak kata kosong? Mak.. mak.. Halaman bukan main penuh dengan pokok timun, ubi, lada, ulam, bunga-bunga.. Mak boleh cakap kosong lagi.. Dah addicted sangat mak ni.

“Kosong? Mak, dah penuh halaman rumah kita mak. Sekali tengok macam kebun sayur dah. Mak stop la dulu menanam. Nanti tak terjaga pulak.”

Mak Maimun menjeling anak gadisnya.Najla terdiam. Mak memang marah kalau orang halang hobi dia.

“Yela.. yela.. mak nak tanam banyak mana pun, mak tanam la. Kalau tak cukup tanah halaman rumah kita ni, Najla suruh abah sewa tanah depan surau tu pulak ye maakk..” Najla tersengih.

“Pandai la kamu memerli mak.”satu cubitan kecil dihadiahkan pada Najla. Najla mengaduh.

“Cakap pasal abah... kamu ada nampak dia?” Mak Maimun memandang Najla.

“Abah cakap nak pergi masjid. Sembahyang asar.”

“Oh..” Mak Maimun terangguk-angguk.

Bunyi bising di rumah sebelah mencuri tumpuan. Gelak tawa anak-anak muda yang sedang mencuci 4 buah motor memecah keheningan petang.

“Mak, tengoklah budak-budak tu. Tak sopan langsung. Bukannya dia nak tegur kita yang duduk tercongok kat sini. Baru 2 hari diorang pindah dah tunjuk belang. Jamming kuat-kuat. Haish..” Najla merungut. Tangannya mencabut rumput-rumput kecil di dalam pasu bunga.

“Yang kamu marah ni kenapa? Kamu harap diorang tegur kamu ke?”

“Ish, mak ni. Ke situ pulak. Takde la.. Sekurang-kurangnya diorang kena la hormat mak. Bagi salam ke.. Tanya khabar ke..”

“Aik? Mak tak cakap apa-apa pun? Ke kamu yang nak diorang tanya khabar?” Mak Maimun terus-terusan mengusik.

“Mak!!”Najla menjerit kecil. Mukanya kemerah-merahan.

Mak Maimun ketawa besar.

*************

Kayril mengelap cermin motornya. Kadang kala matanya mencuri pandang jiran sebelah rumahnya.

“Kay, pas air sabun tu.”pinta Faris yang sedang duduk mencangkung membasuh tayar motornya di sebelah..

“Iye. Jap.” Kayril mengambil sebaldi kecil air sabun yang diletakkan di sisinya. Matanya tidak lepas dari menjeling rumah sebelah.

“Nah.” Kayril bangun.

‘Splash!!’ baldi air sabun itu terjatuh ke atas Faris.

“Kurang ajar punya budak.. Woit.. kau ingat aku ni ape? Siap kau.” Faris jerit marah.

“Rilek bro. Gua tak sengaja. Aku ingat kau dah ambik dah air sabun tuh.”Kayril berkata cemas. Amin dan Pzol yang sedang membasuh motor masing-masing sudah tergelak melihat Faris yang bermandikan air sabun.

“Takde rilek-rilek. Aku baru mandi tadi kau dah kotorkan aku balik. Tunggu kau.”tangan Faris mencapai baldi air sabun di kaki Amin. Dia mengejar Kayril yang mula berlari.

“Ampun.. Ampun Faris..”jerit Kayril sambil berlari mengelilingi motor.

Larian Kayril terhenti. Amin dan Pzol berada di depannya. Dia dikepung.

“Kau nak lari mana ha Kay??”Pzol tersengih jahat.

“Come, baby come.” Amin gelak sinis.

Kayril pusing belakang. Faris menanti dengan sebaldi air sabun.

“Bingo!!”

Kali ini Faris pula mencurah air sabun. Tepat ke badan Kayril. Dia ketawa senang. Dendamnya terbalas.

“Woi.. Aku nak keluar la jap lagi..”Kayril meludah-ludah air sabun yang masuk ke dalam mulutnya.

Ada aku kesah?” ketawa pecah.


“Kau tak kesah , aku kesah.” Kayril menuju ke pili air. Wayar ditarik. Dihala ke arah Faris yang berdiri di depan pagar utama.

“Ambik kau.” Air disembur laju. Faris pantas menunduk.

“Kay!!” jeritan Faris, Pzol dan Amin bergabung. Masing- masing terkesima.

Kayril pucat. Faris telan liur. Amin tersandar. Pzol terlopong.

Seorang lelaki berusia pertengahan umur terbatuk-batuk kecil. Mukanya yang basah dilap menggunakan serban yang dipakai. Anak-anak muda dihadapannya direnung tajam.

“Err, pakcik okay? Nak tuala? Saya boleh ambilkan.”Kayril bersuara takut-takut. Adeh, macam mana la boleh tersasar kat pakcik ni.

“Tak payah.”ujar Pak Musa keras. Lelaki yang masih memegang wayar air itu dijeling. Sah! Memang tak layak jadi menantu aku. Rejected! Pak Musa berjalan menuju ke rumahnya.

****************

“Aiyoyo Kay.. Tak tahu.. Bukan ke tu your future in law ke? Yela, kan dia masuk rumah yang sama dengan perempuan semalam. ” Pzol mengusik.

“Habis la kau.. Confirm kena reject jadi menantu. Kau lupakan jelah kau punya first love tu.”Faris menyambung.

“Takpe Kay. Kau tak payah risau. Nanti, aku suruh je mak tolong carikan perempuan untuk kau eh. Sabar-sabar. Bunga bukan sekuntum.”Amin menepuk-nepuk bahu Kayril.

“Mangkuk. Bukan nak simpatii dengan aku. Blah la korang.” Kayril tolak tangan Amin. Dia mencapai span. Kembali mencuci motor.

***************

“Woi. Apa cerita korang semua ni? Sihat ke tak ni?”tegur Amin sebaik menjejakkan kaki ke dapur. Mana taknya, tak pernah-pernah budak-budak ni masuk dapur, hari ni tiba-tiba semua bertapa kat sini buat apa? Dahla muka masing-masing penuh dengan tepung.

“Kau jangan tanya aku, Min. Pergi tanya adik bertuah kau ni.”Pzol memuncungkan mulutnya pada Kayril yang khusyuk mengayak tepung.

“Kay, kau nak buat kek untuk sape ni? Birthday aku, birthday Pzol, birthday Faris semua lambat lagi. Birthday mak, dah lepas dah. Ke kau nak buat kek untuk ayah? Eh, birthday ayah berapa hari bulan eh?”Amin menggaru garu kepala.

“Bukan nak buat kek untuk ayah kau, dia nak buat kek untuk ayah mertua dia tu ha.”Faris menimbang gula. Tak pasal-pasal dia terlibat sama dalam plan si Kayril ni.

“Ayah mertua?”Amin masih kebingungan.

“Yelah.. bang. Kan orang cakap.. kalau nak pikat hati mertua mesti guna air tangan.”kali ni Kayril yang bersuara.

Amin tergelak-gelak.

“Ooo.. jadi kau nak buat kek untuk bapak mertua yang kau sembur air semalam la?”Kayril menganggukkan kepala.

“Boleh ke, Kay? Gula dengan garam pun kau tak tahu nak beza. . Ada hati nak buat kek.”tawanya masih bersisa.

“Kita kena la guna teknologi, Amin.”Kayril selesai mengayak tepung.

“Teknologi?”Amin angkat kening. Tak faham.

“Kau tengok sini.”Kayril mengambil laptopnya. Broadband disambung. Internet diakses. Yahoo Mail dibuka. Icon Inbox di klik. Satu video terpampang di skrin laptop.

“Eh, tu mak aku. Mak. Mak aku. Macam mana mak boleh ada video sendiri ni? Macam mana mak hantar emel kat kau, Kayril? Rumah kita dah ada internet dah ke? Tak. Bukan. Ni video cam sape mak rembat nak record video kat kau ni?”Amin memegang laptop hitam Kayril. Masih tak percaya maknya ada di dalam video itu.

“Aku mintak tolong cikgu Intan yang tinggal kat rumah sewa mak tolong record video ni guna video cam dia. Lepastu, aku mintak dia send kat emel aku. Kau ingat senang mak nak jadi ala-ala chef Wan? Tunjuk cara-cara masak kek coklat lagi. Puas aku memujuk kau tahu. Macam-macam aku janji kat mak. ”jelas Kayril sambil memandang Amin yang masih tak terkata.

“Okay dah muka aku, Intan? Tudung aku ni senget tak?”suara mak kedengaran sebaik video itu dimainkan.

“Eheem.eheeeem. ”Mak membetul-betulkan suara.

“Hari ini kita akan masak kek coklat. Mula-mula.. kita perlukan tepung..”Amin dan Kayril senyum serentak. Mak.. Mak.. Sebijik macam chef 5 star!

“So, aku boleh tolong apa?” Amin pelawa diri untuk membantu sebaik selesai menonton video itu.

“Kau tolong basuh bekas besi tu.”arah Kayril. Dia sedang asyik memerhati mesin pengadun tepung.

“Kenapa aku kena basuh bekas pulak?”Amin tak puas hati.

“Sebab… Antara kita 4 orang, kau yang paling tak reti masak.”Faris menjerit dari depan peti. Kayril dan Pzol mengiakan.

***************

“Betul ke boleh makan ni?”Pzol menekan-nekan kek coklat yang baru keluar dari oven itu menggunakan jari telunjuknya. Kayril pantas menepis.

“Tangan kau tu kotor!”marahnya pada Pzol.

“Apasal hitam legam sangat, Kay? Kalah mamat Bangla yang duk jual kain kat perumahan kita ni.Aku yang tengok ni pun fikir lima, enam kali nak makan. Bapak mertua kau tu nanti aku tak tahu lah. Entah-entah dia buang terus kot. ”Faris pula bersuara.

“Kau tak nak rasa dulu ke Kay?”Amin tolehkan muka pada Kayril.

“Don’t judge a book by its cover. Pzol. Kau pergi ambik Tupperware yang aku baru beli tadi kat dalam plastic. Ambik yang besar sekali.” Kayril mengambil plastic ising.

“Kau ni confident betul la.”Amin menggeleng-geleng kepala.

***************

“Hah! Apa hajat kamu datang ke mari?”Pak Musa pandang dua orang lelaki muda yang bersila di depannya.

Kayril siku lengan Faris. Faris siku lengan Kayril.

“Kau cakapla..”lengan Faris disiku lagi.

“Kalau kamu nak main siku menyiku, pergi balik rumah kamu. Aku takde hati nak tengok kamu siku menyiku depan aku.”jerkah Pak Musa lagi.

“Air, abah.” Najla menghidangkan air pada tetamu itu. Dia menyisipkan dulang ke dada dan berdiri di tepi sofa.

“Yang kamu tercegat kat situ kenapa, Najla? Tak reti-reti nak masuk dalam?”Pak Musa pandang anak daranya. Ni tak lain tak bukan nak menggatal la tu. Budak-budak la ni..

“Naj nak masuk la ni, abah.”Najla memuncungkan mulutnya. Saja je abah jatuhkan saham aku depan mamat dua orang ni.

“Se..se..sebenarnya pakcik, saya nak mintak maaf sebab sembur air kat pakcik semalam.”ujar Kayril sebaik buah hatinya masuk ke dalam.

“Hrmm.”Pak Musa mencapai surat khabar di atas meja.

“Saya betul-betul tak sengaja semalam, pakcik. Ni ha. Saya ada buatkan kek untuk pakcik. Saya harap pakcik terima lah.”plastic berwarna oren diletak di atas meja kopi.

“Hrmm.”Pak Musa tidak menoleh pada Kayril.

“Saya buat sendiri kek tu pakcik.”ujar Kayril lagi. Bagi la respond sikit, pakcik oi. Kebas dah kaki den duduk bersila ni.

“Hrmm. ”

“Err, Pakcik taknak rasa ke, kek tu? Saya ada bawak sudu ni.”Sudu dikeluarkan dari poket seluar jeans. Faris disebelah dah menundukkan muka. Malu nak ngaku kawan. Kot ye pun bersemangat, takyah la bawak sudu dari rumah, Kay. Macamlah rumah pakcik ni takde sudu. Malu.. Malu..

“Takde kerja aku nak makan depan kamu. Aku ni ada kencing manis. Tak makan kek-kek ni. Tengoklah, nanti. Kalau aku nak makan, aku makan. Kalau tak.. aku sedekah kat masjid Maghrib nanti. Dapat jugak korang pahala. ”tanpa perasaan Pak Musa menuturkan kata.

“Kalau macam tu, kitorang balik dulu, pakcik. Assalamualaikum.”Faris meminta diri. Lagi lama diorang kat sini, lagi jatuh maruah diorang.

“Waalaikumussalam.”Pak Musa menghantar pemergian anak muda itu dengan bebola matanya.

“Abah! Tak baik abah buat macam tu kat diorang. Sejak bila pulak abah ada kencing manis ni?”Najla keluar dari belakang dinding.

Ala.. abah bergurau-gurau manja.”Pak Musa ketawa besar. Plastik oren itu dibuka. Sebelum sekali lagi tawanya pecah.

“Kenapa pulak abah ni? Gelak je dari tadi.”Najla memandang abahnya pelik.

Cuba kamu tengok ni Najla.”Pak Musa masih tak berhenti ketawa.

‘SORRY PAKCIK.’tulisan senget benget yang ditulis menggunakan ising putih itu diperhati Najla. Dia juga tergelak.

“Kesian dia abah. Semangat bukan main.”ujar Najla sambil cuba meredakan ketawanya.

“Takut sangat abah tak bagi dia jadi menantu.”Pak Musa berkata selamba. Ketawa Najla terhenti.

“Abah cakap apa?”

“Budak ni lah.. Ingat abah tak tahu yang dia minat kat kamu. Tu lah yang beria mintak maaf dengan abah. Kalau tak.. haram. Time kamu duk menghidang air tadi, mata dia ralit je tengok kamu. Kalau ikutkan hati abah ni.. Dah lama abah cungkil bijik mata dia tu. Gatal sangat.”

“Ye ke abah?”Najla dah mula tersenyum-senyum.

“Hah! Yang kamu senyum macam orang lahir tak cukup bulan tu kenapa? Jangan nak menggatal dengan dia. Selagi abah tak kasi lesen L dekat dia,jangan harap dia dapat dekat dengan kamu.”Pak Musa menjeling anak gadisnya.

“Iye.. iye.. Naj belum lagi cakap apa-apa. Kek ni.. Naj potong ye bah?”Najla mencapai pisau plastic yang disertakan sekali. Potongan kek yang kecil itu dibawa ke mulut. Mukanya terus berubah.

“Kenapa, Naj? Sedap sangat ke?”Pak Musa memandang dengan rasa ingin tahu.

“Ni kek coklat kan abah? Apasal Naj rasa macam arang kat belakang kuali mak ni?”tisu segera dicapai sebelum meluihkan sisa yang berada di dalam mulutnya. Pak Musa ketawa.

“Hai.. nampak gayanya.. melepaslah orang masjid nak merasa kek buatan diorang.”

“Kenapa pulak?”

“Sebab kejap lagi, abah nak sedekah kat reban ayam belakang rumah kita tu.”

************

“Kehadapan saudari. Saudari apa khabar? Saya di sini sihat walafiat. Pasti saudari tertanya-tanya siapakah gerangan saya kan? Saya Kayril. Jiran rumah saudari. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menghulurkan salam perkenalan saya terhadap saudari. Saya harap saudari sudi menerimanya. Untuk makluman saudari, saudari telah berjaya mengetuk pintu hati saya sejak saudari datang ke rumah saya tempoh hari. Saudari tahu yang..”Pzol baca surat yang dirampasnya dari Kayril kuat-kuat. Amin dan Faris dah nak pecah perut ketawa. Kayril pula dah merah muka, menahan geram.

“Bagi surat aku balik, lah!”marah Kayril. Dia cuba merampas surat yang dipegang Pzol yang berdiri di atas sofa.

“Kay.. Sekarang kita ada emel. Ada handphone. Kenapa kau gi buang tenaga tulis surat ni semua.”Pzol gelak lagi.

“Dah aku tak tahu dia punya emel, dia punya phone number. Aku tulis je lah surat. Salah ke?”Kayril meneguk air sejuk yang diambil dari peti. Sabar Kay. Sabar. Pzol, Amin dan Faris berhenti gelak.

“Kay.. Kau tak payah buat ayat sadis macam tu.”Amin bersuara sambil menuju ke arah adiknya.

“Sorry, Kay. Kitorang takkan gelakkan kau lagi. Takpe, lepas ni.. kitorang tolong kau.”Pzol pula memujuk.

“Aaah Kay. Aku boleh tolong sponsor envelope dengan bedak wangi.”Faris tersengih-sengih.

“Banyak lah kau punya sponsor.”Kayril ambil bantal kecik lalu mencampakkannya ke muka Faris.

*************


Pak Musa membuka peti surat yang berwarna merah. Bil air, bil api, bil telefon. Haih.. Duit lagi.. Kejap? Apa ni? Satu sampul surat berwarna putih diambil. Awat wangi semacam ni? Dihidu-hidu surat putih itu. Sah! Surat cinta. Surat itu disisip ke dalam poket baju melayu.

************

“Abang tulis apa?”mak Maimun menegur suaminya yang sedang menulis di meja kerja. Sejak suaminya bersara 2 tahun lepas, jarang nak tengok suaminya melekat di meja kerja itu.

“Tulis surat cinta ni ha.”

Surat cinta?”kelam kabut Mak Maimun merampas surat itu dari tangan Pak Musa.

“Kayril? Kayril mana ni? Abang tu dah tua, bang. Sedarlah diri tu sikit. Abang duduk ke hulu ke hilir ke masjid, tak malu ke kalau orang tahu abang tulis surat cinta lagi? Dah la pada orang laki pulak tu.”Mak Maimun membebel tanpa usul periksa.

“Shhhh.. Kamu ni.. senyap sikit. Nanti anak kita dengar pulak.”

“Biar. Biar dia dengar. Biar dia tahu abah dia perangai macam mana.”

“Masya-Allah kamu ni.. Saya bukan tulis apa. Saya Cuma mencegah anak kita dari lakukan maksiat.”Mak Maimun terdiam.

“Maksiat?”

“Ni ha.. budak muda rumah sebelah, bagi anak kita surat. Puitis bukan main lagi. Geli saya membacanya. Tu yang saya balas surat tu. Kalau harap anak kita balas, mesti sama miang jugak budak tu.”surat bersampul putih yang diterima siang tadi diserahkan kepada isterinya. Tekun mak Maimun membaca.

“Yang kamu senyum-senyum tu kenapa?”

“Takde.. bang. Teringat nostalgia kita dulu. Macam ni lah. Abang kasi Mun surat letak bedak penuh satu sampul. Tak sangka budak-budak zaman sekarang buat macam ni jugak, kan Bang?”

“Ish.. Kesitu pulak dia. Dah mari sini. Tolong saya mengarang ayat sikit.”Mak Maimun berdiri di sebelah Pak Musa.

“Siap pun. Kasi pinjam awak punya bedak sikit.”tanpa pamitan, Pak Musa mengisi bedak itu kedalam sampul surat berwarna putih.

“Abang!!”

“Apa?”

“Bedak Avon saya tu!!”

“Alah.. demi anak awak.”Pak Musa terus mengisi bedak powder itu penuh satu envelope.

***************

“Wei, dia reject lah. Dia reject.”Kayril menggumpal surat itu. Kepala digeleng-geleng perlahan. Apasal aku rasa pedih semacam ni.

“Kau biar betul? Bak sini surat tu.”Faris merampas surat dari tangan Kayril. Dia, Amin dan Pzol berkumpul setempat.

“Awak ingat awak tu siapa? Ada hati nak pikat saya. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Ingat awak tu hensem sangat ke? Hensem lagi bapak saya tau. Saya rasa, baik awak cari orang lainlah. Dahla kek awak tak sedap. Pahit macam buntut kuali. Langsung tak layak untuk saya yang pandai memasak ni. Hai hai and Bye bye. Assalamualaikum.”Pzol membaca surat itu kuat.

“Mak oi.. Bahasa.. Tak berlapik langsung. Ni yang buat aku angin ni. Berani dia buat adik aku macam ni.”Amin menyinsing lengan baju.

“Dahla tu. Aku taknak dengar dah. Berkecai hati aku ni. Korang buang je surat tu.”Kayril tutup mukanya dengan majalah sebelum baring di atas sofa.

“Takkan kau nak give up je? Penat-penat kau menghadap bapak dia yang hensem tu. Kau jangan.. Kay. Malu aku yang turut serta menghadap bapak dia tu.”Faris membantah. Badan Kayril digoyang-goyang.

“Kau buat lah something Kay. Kau try lah lagi, Kay. Kau jangan give-up Kay.”badan Kayril masih digoncang Faris.

“Dah tu. Kau nak suruh aku buat apa? Nak suruh aku malukan diri aku lagi. Muka aku ni dah cukup tebal Faris!”Kayril bangun. Faris terkesima. Kay nangis?

“Kay..”Faris mula rasa bersalah. Wajah Amin dan Pzol dipandang.

“Jangan kacau aku.”Kayril mengambil gitar sebelum keluar duduk di atas buai di luar rumah.


Kau sering pergi
Tinggalkan aku
Ku juga suka meninggalkanmu
Lama-lama kau dan aku menjauh
Hati bagi air dan api yang tak bisa menyatu
Akhirnya cinta putus lagi

Mencari-cari cinta yang pasti
Mungkin tak semudah yang kau alami
Cinta sejati datang dan pergi
Cinta bisa kemana saja yang mungkin kau sukai
Yang ditinggalkan patah hati


Bukannya aku tak takut mati
Hanya karena sering patah hati
Yang aku takut
Bila patah hati
Engkau nekat mau bunuh diri

Mencari-cari cinta yang pasti
Mungkin tak semudah yang kau alami
Cinta sejati datang dan pergi
Cinta bisa kemana saja yang mungkin kau sukai
Yang ditinggalkan patah hati

Lagu nyanyian Radja itu dinyanyikan sepenuh hati. Kenapa jadi lagu ni? Kalau mak tanya nanti macam mane? Penat je mak buat video kek coklat tu. Kesian mak. Kesian aku.

“Hai.”Najla menegur lelaki memegang gitar itu sambil menyiram pokok bunga.

Kayril menoleh. Berani pulak minah ni nak tegur aku lepas reject aku terang-terang. Ke dia nak menyindir aku. Mentang-mentang dia tahu aku suka bagai nak rak dengan dia.

“Nak apa?”Kayril bertanya kasar.

“Eh. Eh. Marah pulak. Hello, saya tegur awak baik-baik, okay. Yang marah tak tentu pasal tu kenapa?”Najla berhenti menyiram bunga. Dia dah mula bercekak pinggang. Pantang betul aku kalau orang marah tak tentu pasal ni.

“Of course lah saya marah. Dah awak reject saya. Awak tahu saya suka awak kan? Lepastu yang awak pergi reject tu kenapa? Lepastu reject kasar-kasar pulak tu. Awak tahu tak? Pedih hati saya ni. Pedih tau.”Kayril meletakkan tangan kanannya di dada. Konon pedih la tu.

“Awak cakap apa? Saya tak faham lah.”Najla bertanya.

“Ekeleh. Buat-buat tak dengar pulak. Awak saja nak suruh saya ulang kan? Awak saja nak suruh saya cakap kuat-kuat kan? Fine! Saya suka awak. Tapi, awak dah reject saya. Awak reject saya bila saya kasi surat cinta pada awak. Puaslah hati awak?”Najla masih lagi kaku. Oh.. My..

“Abah!!!”Najla berlari masuk ke dalam rumah.

“Apa? Abah nak tengok tv tak senang.”ujar Pak Musa yang sedang menonton cerita P.Ramlee. Seniman Bujang Lapok.

“Abah.. Abah ada reply surat Naj eh?”Pak Musa pandang Najla.

“Macam mana kamu tahu?”

“Dia cakap kat Naj. Dia cakap yang Naj reject dia through surat. Sedangkan, Naj mana ada dapat surat apa-apa pun.”

“Tak malu punya budak. Orang reject dia pun, terhegeh-hegeh lagi.”Pak Musa mendengus kecil.

“Abah.. kesian dia tau. Siap menyanyi lagu Radja lagi tu.”

“Abah peduli apa dia nyanyi lagu Raja ke lagu Ratu ke. Kan abah dah cakap. Selagi dia tak dapat lesen L dari abah, abah akan halang kamu dua orang rapat.”

“Abah..”Najla mula merengek. Tak patut. Memang tak patut.

“Kamu cakap dengan dia. Kalau dia suka kamu, dia kena pikat hati abah dulu. Bukan pikat hati kamu.”

“Abah ni.. Takkan lah Naj nak cakap macam tu dekat dia. Malu lah, abah.”

“Malu tak malu tu urusan kamu. Selagi abah masih hidup, jangan harap dia nak bercinta dengan kamu. Nak bercinta lepas kahwin. Titik!”Pak Musa menutup suis TV sebelum berlalu ke dalam bilik. Spoil mood nak tengok cerita P. Ramlee.

***********

“So, abah awak yang balas surat tu?”Najla angguk kepalanya. Dah berapa kali awak nak tanya ni, Encik Kayril?

“Abah awak cakap, kena pikat hati dia dulu, baru boleh dapat lesen L?”Sekali lagi Najla mengangguk. Kan saya dah cakap tadi..

“Dia benci sangat ke kat saya?”Najla diam. Takkan nak angguk jugak kot. Kang tak pasal-pasal mamat ni menangis tak berlagu.

“Kucing jantan mane pulak tu, Mun?”laungan Pak Musa dari dalam rumah menghentikan perbualan Najla dan Kayril yang hanya dipisahkan dengan pagar kawat hijau.

“Kucing jantan mana nya? Mane ade kucing jantan dekat rumah kita ni, abang oi..”Mak Maimun menjawab. Sama kuat dengan Pak Musa.

“Dah yang duk mengorat kucing betina rumah kita tu ape Mak Maimun nya?”

“Itu kucing miang abang.”

“Err.. awak. Saya masuk dulu. Abah saya marah tu. Nanti-nanti lah kita cakap ek.”laju-laju Najla masuk ke rumah.

*************

“Assalamualaikum, pakcik!”Kayril mengangkat tangan kepada Pak Musa. Pak Musa menjawab salamnya perlahan sebelum mengalihkan pandangannya.

“Basuh kereta ke pakcik?”Kayril masih meramahkan diri. Nak pikat hati pak mertua lah katakan.

“Taklah. Tengah basuh lori ni.”Dah tahu tanya lagi. Pak Musa mendengus.

“Ooo.. Nak saya tolong?”

“Tak payah.”larang Pak Musa. Kayril yang dah melangkah masuk ke dalam pagar rumahnya dipandang. Budak ni memang la. Tak makan saman. Ni bukan namanya pikat hati bapak mertua. Lagi menyakitkan hati bapak mertua adalah.

“Pakcik pergi lah berehat sana. Biar saya yang tolong basuh.”Wayar yang berada di tangan Pak Musa diambil. Air disembur perlahan ke arah kereta Grand Livina Pak Musa.

“Pakcik tak balik kampung ke, raya tahun ni?”soal Kayril.

“Insyaallah, balik. Tapi hari raya pertama pakcik raya sini dulu.”Pak Musa menjawab sambil tangannya mengelap cermin sisi.

“Ooo. Kampung pakcik dekat mana?”Kayril terus menyelidik latar belakang keluarga Pak Musa.

“Kedah. Kat belah belah Aloq’ Staq sana.”

“Uiih.. sama la kita kalau lagu tu, pakcik. Saya pun asal belah belah Utara sana jugak. Nampak gaya senang lah nak balik kampung kalau dah kawin dengan Najla sat.”Kayril tersenyum panjang.

“Masa bila pakcik kasi kamu kawin dengan anak pakcik tu?”

“Mula mula memang pakcik tak kasi. Nanti dua tiga bulan, memang takda sapa dah yang layak jadi menantu pakcik selain saya.”

Pak Musa menjeling Kayril.

“Yang kamu duk confident sangat tu awat? Kerja pun tak, ada hati nak jadi menantu Haji Musa.”

“Eeeeh, pakcik. Siapa kata saya tak kerja? Saya ni kerja Enginner lagi.”

“Pandailah kamu nak kelentong pakcik. Engineer konon. Kalau still kat U tu cakap je lah. Nak tipu pulak.”

“U?”Kayril gelak.

“Saya ni memang nampak muda pakcik. Tapi umur saya ni dah nak cecah 25 dah. Ada pulak kata saya ni tipu.”ketawa masih tak berhenti.

“25? Kamu biar benar?”Pak Musa memandang Kayril separuh tak percaya.

“Betul.. pakcik. Itulah, susah jugak kalau dah awet muda ni. Kalau lalu tepi tepi U tu mesti ada je budak-budak perempuan tegur. Diorang ingat saya ni muda lagi la tu. Tapi yelah.. takkanla saya nak layan. Hati saya ni ada pada Najla je, pakcik.”

“Kamu ni kuat betul perasan, kan?”Kayril buat muka takde perasaan. Dah biasa..

**************

“Kay!! Aku nampak tadi. Aku nampak.”Pzol menegur Kayril sebaik Kayril melangkah masuk ke dalam rumah.

“Nampak apa?”Kayril pura pura tak tahu.

“Amboi Kay.. sejak bila kau rapat ngan tuan rumah sebelah ni?”Pzol dah mula angkat-angkat kening.

“Haaaaa. Itulah pasal. Aku rasa, tak lama lagi korang makan nasi minyak la.” Kayril senyum.

“Huish. Confidentnya!”

“Ye la. Kau tahu tak, hari tu aku pergi rumah dia, dia bahasakan diri dia aku. Hari ni dia bahasakan diri dia pakcik. Esok lusa dia bahasakan diri dia abah pulak.”Kayril dengan Pzol bergabung tawa.

“Seronoknya ketawa.. Hoi. Korang tahu tak, esok tu puasa?”tegur Faris yang baru keluar dari bilik.

“Habis tu?”soal Kayril. Apa kaitan puasa dengan ketawa?

“Jom pergi pasar. Beli apa yang patut. Nanti malam karang boleh makan untuk sahur.”Faris capai kunci motor.

“Boleh jugak tu. Tunggu aku jap.”Pzol berlalu ke dalam bilik.

“Eh, Faris.”Kayril bersuara.

“Apa?”Faris menyahut.

“Biasanya.. kalau bulan puasa orang selalu beri makanan kan?”

“Maksud kau?”

“Maksud aku.. biasanya jiran kita selalu kasi makanan kat kita kan?”

“Agak-agak family Pak Musa tu kasi tak makanan kat kita?”Kayril menyambung.

“Kau ni…”Faris menggelengkan kepala.

***************

“Mak!”Najla memanggil ibunya.

“Iye. Mak dekat dapur sini ha.”Mak Maimun melaung dari dapur.

“Mak.. mak taknak beri apa apa ke kat jiran kita? Naj boleh tolong kasi.”Najla menjenguk ke arah tudung saji.

Kan mak ada masak bubur lambuk. Kamu kasi lah. Pergi ambik Tupperware dekat dalam almari tu.”arah Mak Maimun. Najla pantas mengambil bekas dan mencedok bubur lambuk ke dalamnya hampir penuh satu bekas.

“Naj pergi hantar dulu mak.”Najla berjalan keluar dari ruang dapur sebelum dihalang oleh Pak Musa.

“Abah.. Naj nak lalu ni.”Najla memandang wajah ayahnya.

“Nak pergi mana?”Pak Musa bertanya anak gadisnya.

“Nak.. nak bagi makanan kat rumah sebelah.”Najla menjawab perlahan-lahan.

“Tak payah pergi.”keras arahan Pak Musa.

“Apanya abah.. kita kena saling memberi.”Najla dah mula merengek.

“Saling memberi ke saling menggatal?”

“Mak.. tengok abah ni.”adu Najla pada ibunya.

“Abang, biarlah dia pergi. Kalau lima minit dia tak balik abang pergi lah hambat dia dengan rotan.”ujar Mak Maimun.

“Kamu tak payah pergi. Nanti budak tu datang sini.”Pak Musa duduk di kerusi meja makan.

“Mana abah tahu?”Najla juga mengambil tempat di sisi ayahnya.

“Abah tahu lah. Abah ada sixth sense.”

“Tak. Diorang tak datang punya.”

“Yang kamu sibuk sangat nak pergi tu kenapa? Macam lah kamu yang masak bubur lambuk tu. Abah pelik dengan kamu ni. Nama je belajar course kulinari. Tapi.. tak pernah abah nampak kamu memasak dekat rumah. Betul ke kamu ambik kulinari ni, Najla?”Pak Musa bertanya.

“Betul la abah.. Naj saja je taknak masak kat rumah. Takut kalah pulak masakan mak nanti.”Najla memandang Mak Maimun yang sibuk di sinki dengan ekor matanya.

“Eeeeh. Ada hati nak challenge masakan kita. Okay. Esok kita tengok. Siapa yang paling sedap masak. Biar abah yang judge.”Mak Maimun menyampuk.

“Mana aci kalau abah judge. Mesti abah pilih mak punya masakan. Abah kan suami mak.”Najla membantah.

“Habis tu nak suruh siapa yang judge biar adil dan saksama.”soal Mak Maimun sambil memandang anak gadisnya.

“Suruh budak rumah sebelah.” Najla senyum.

“Gatal.”bahu Najla dipukul Mak Maimun perlahan.

“Assalamualaikum.. Pakcik.. ooo pakcik.”suara orang memberi salam dari luar rumah menghentikan perbualan.

“Abah! Diorang datangla abah.”wajah Najla sudah bertukar ceria.

Kan abah dah cakap. Kamu jangan keluar. Biar abah je kasi bubur lambuk ni.”Plastik bubur lambuk diambil Pak Musa.

“Alaaaa…”

*************

“Terima kasih.”Pak Musa mengambil bekas lutsinar yang mengandungi agar agar merah itu.

“Buat sendiri ke?”Pak Musa bertanya pada Kayril.

“Aaah.”

“Patut merah semacam. Guna satu botol pewarna sirap ke?”Kayril Cuma tersengih sengih sambil menggaru garu kepalanya.

“Sirap tertumpah banyak tadi. Bubur lambuk ni orang rumah buat ke pakcik?”soal Kayril setelah menjenguk ke dalam plastic.

“Aaah. Takkan nak beli kot. Kalau dah reti masak.”

“Siapa yang masak?”Kayril terus bertanya.

“Kamu rasa?”

“Najla ke? Wahh, mesti sedap ni. Saya balik dulu pakcik. Dah nak buka puasa ni. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”Pak Musa mengukir senyuman. Masa bila pulak dia cakap Najla yang masak bubur tu? Biarkan je lah.

**************

Allahumma laka shumna…”Amin mengetuai doa buka puasa. Setelah selesai, masing masing mencapai kurma dan minum air suam diikuti air cincau.

“Weh, jangan makan bubur lambuk tu.”larang Kayril pada Pzol yang ingin mengambil bubur lambuk.

“Apasal nya?”Pzol pandang Kayril yang masih makan Kurma. Orang tengah lapar-lapar ni, dia tak bagi makan pulak.

“Kalau nak makan, biar aku dulu rasmi. Kau makan la benda lain dulu. Mee goreng tu ke, ayam golek tu ke..”Kayril cepat-cepat menghabiskan kurma yang terakhir.

“Apa rasmi rasmi ni? Aku tengah lapar ni, dia sibuk nak buat upacara perasmian pulak.”Pzol mencapai senduk.

“Pzol. Kau tak tahu ke? Bubur lambuk ni jiran kita yang bagi. Tu yang selak sangat tu.”Faris menyiku lengan Pzol.

“Ooo..patutlah. Tapi aku tak kira. Jiran kita bagi ke.. siapa bagi ke.. aku peduli ape. Perut aku mintak diisi.”Pzol menenggelamkan senduk ke dalam bubur lambuk.

“Tak boleh. Aku punya ni.”Kayril mengambil bekas bubur lambuk itu sebelum berlari ke ruang tamu.

“Kau tengok adik kau, Amin. Macam budak-budak.”ujar Faris sambil tergelak kecil melihat gelagat Kayril. Sayang sangat kat bubur lambuk tu.

“Aku pulak yang kena. Dah nak buat macam mana. Dari azali lagi memang perangai dia camtu.”Amin menyuap cebisan isi ayam golek ke dalam mulut.

***********

“Korang tak pergi terawih ke?”Kayril membetul-betulkan songkoknya di atas kepala.

“Relax la bro. Baru pukul…. 7.50 kot. Asal nak pergi awal-awal?”Faris pandang Kayril dengan muka hairan.

“Makanan aku pun tak sempat hadam lagi.”Pzol menyambung.

“Tulah. Makan banyak sangat. Takkan kau tak tahu, mana baik makan banyak-banyak time buka puasa ni. Akibatnya, camnilah. Malas nak terawih.”Kayril membebel-bebel.

“Ekeleh. Sedapnya kau nasihat kat aku. Kau tu pun dua kali lima jugak. Dahla bubur lambuk tu makan sorang-sorang. Dasar kedekut!”ujar Pzol.

“Bubur lambuk tu sikit sangat la.”Kayril mencari alasan.

“Sikit lah sangat. Satu bekas penuh tu. Apa yang sikit nya? Kau memang tak kenang budi. Dahla aku tolong buat agar-agar sirap tadi.”Pzol terus mengungkit.

“Tolong apa nya? Kau tolong tumpahkan sirap banyak-banyak ada lah. Habis aku kena perli dengan bakal pak mertua aku tadi.”

“Hah. Baguslah. Biar kau rasa sikit. Dahla selfish.”

“Kau ni, memang tak sayang mulut ke? Kalau aku tak dapat kahwin dengan Najla, semua kau punya pasal.”

“Amin. Harap-harap kau tak dapat kahwin.”Pzol menadah tangan.

“Woi. Woi dah la tu. Kay. Tadi kata nak pergi surau. Pergilah cepat. Pzol kau pergi siap cepat. Kitorang dah nak pergi terawih ni. Kau tu selalu lambat.”Amin menenangkan keadaan. Sekejap baik sekejap gaduh budak dua orang ni.

“Ye. Aku pergi la ni. Pzol. Jangan nak ponteng pulak.” Kayril mengambil Crocs putih di dalam almari kasut sebelum membuka grill.

***********

1 Syawal.

“Jomlah balik, Kay. Dah lama kita duduk sini. Kejap lagi nak balik kampung pulak. Nanti tertinggal bas.”ujar Amin separuh berbisik.

“Kejap lagi la.”Kayril juga membalas dalam nada berbisik.

“Kay, balik lah cepat.”Amin terus mendesak.

“Sabar. Weh, kau perasan tak? Baju aku dengan Najla sama warna la. Sama-sama hitam. Sedondon molek.”

“Aku tak peduli semua tu. Yang penting kita balik sekarang!”tegas Amin bersuara.

“Kami mintak diri dulu, pakcik. Terima kasih makcik. Sedap laksa makcik tu.”Kayril bangun meminta diri. Kalau ikutkan hati nak je dia bertapa kat sini. Amin, Pzol dan Faris turut menuruti perbuatannya.

“Ni. Tunggu kejap. Pakcik nak kasi sesuatu ni.”Pak Musa menghulurkan sampul duit raya kepada Kayril.

“Eh, tak payah susah-susah pakcik. Kitorang pun dah kerja belaka. Buat apa nak duit raya lagi nya?”

“Siapa kata dalam tu ada duit raya?”

“Habis tu apa?”Kayril membuka sampul duit raya itu secepat mungkin.

“Lorong 16, Jalan Kampung Batu Jawa….”Kayril membaca kuat.

“Alamat apa ni pakcik?”Pzol bertanya sambil memandang Pak Musa.

“Kalau nak masuk meminang, tu lah alamatnya.”Mak Maimun menjawab bagi pihak Pak Musa.

“Meminang? Saya? Najla?”ujar Kayril tak percaya. Najla yang sedang duduk di sebelah Mak Maimun dipandang.

“Tarikh luput alamat tu, sebelum habis bulan Syawal ni. Kalau lambat, reject.”Pak Musa mengugut.

“Confirm saya tak lambat, pakcik. Balik kampung ni, terus saya suruh mak masuk meminang.”Kayril masih bernada gembira. Dia cepat-cepat memakai kasut dan keluar dari rumah.

“Weh, korang!! Cepatlah! Nanti lambat balik kampung karang.”laung Kayril yang sudah menunggu di pintu pagar. Tangannya laju mengeluarkan handphone dan mendail satu nombor; RUMAH.

“Mak! Kay nak kahwin ni.”

-TAMAT-

24 comments:

  1. hahhaaaaa....lawak...lawak......cinta punya pasal, lautan api, sanggup kyril harungi.....................best!!!!

    ReplyDelete
  2. best sgt2...buat lah smbungan...best giler...x sbr tggu yg bru.............syok hbs....

    ReplyDelete
  3. lawak2
    asyik gelak je baca cte ni

    ReplyDelete
  4. best2...
    terbaik la pakcik musa...hahaha

    ReplyDelete
  5. haahha...bestnye....congratz..

    ReplyDelete
  6. best pak mertua cam pak musa tabik spring hehehe, wat lagi ler sambungan cite nie , tak pun wat jadi novel ker....

    ReplyDelete
  7. best sgtttt..huhu..lawak ar citer ni..cm klaka je kayril tu..tp engineerrrr.huhu..syok2..pak musa pom cayalah..ni cth bapak mithali namenye..jaga pergaulan ank2..=)
    all da best !

    ReplyDelete
  8. cian pak musa....nak mayang pun x kusyukkkk...
    padan dah khai kena buli gitu...p...x sgka pak musa ni notty gilo...

    siap rply surat ag.
    hakhakhak...
    TERBAIK LAH PAK MUSA!!!!!

    >>niCk<<

    ReplyDelete
  9. sporting punye ayah
    bleh plak dia balas surat
    yg si kayrill tu tak pernah rasa putus asa.
    klakar *thumbs up*

    ReplyDelete
  10. bezlah..
    cmner nk wt blog ea..ngee

    ReplyDelete
  11. 2 thumbs up!
    best sgt!

    ReplyDelete
  12. best laaa...
    gelak gila2 wktu bce citer ni
    congrats writer;D

    ReplyDelete
  13. Memg da best....spnjang aku bace,x sdar snyuman da smpai tlinga... :D

    ReplyDelete
  14. wow!!best r!lawak dowh!!B-DDD....

    Sufi (",)

    ReplyDelete
  15. Cerita paleng lawak ! Syokk ..!!

    ReplyDelete
  16. terbaiklahhh... hahahahah lawak gyler...

    ReplyDelete
  17. sambung...sambung...hehe

    ReplyDelete
  18. Lawak lah pak musa nk gurau2 pasal kencing manis . kene betul2 baru tauu

    ReplyDelete
  19. penat gelak tau...bawak sudu??? omg...*lenguh pipi*

    ReplyDelete
  20. sape2 baca citer ni corfofm tak kering gusi punya..
    hahaha..

    ReplyDelete
  21. dah baca kat p2u semalam,..
    serius best. haha.
    suka tgk gelagat kayril n housemate dia...

    ReplyDelete