Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Friday, January 29, 2010

B.M.W (4)

“Kenapa cicakman nya?”soal Darian tak puas hati.

“Oklah tu. Kau pun ada gaya ala-ala cicak pe.”makin keruh muka Darian. Dia memandang aku tajam.

“Apasal pandang aku camtu? Macam la aku takut.”aku pandang muka Darian.

“Kau kena belanja aku makan.”Ha? Belanja makan? Kenapa pulak? Ingat aku kaya sangat ke nak belanja dia makan?

”Banyak hensem muka kau. Apasal aku kena belanja kau nya? Tak gentle langsung. Perempuan belanja lelaki. Aku simpati dengan girlfriend kau, Darian. Mesti dia yang selalu kena tanggung makan minum kau.”

“Sebab.. aku dah tolong kau. Tapi kau taknak mintak maaf. So, kau kena belanja aku makas. Sebagai ganjaran.”

“Tak ikhlas. Buruk siku. Ada udang di sebalik batu. Mana baik tolong sebab nak ganjaran.”

“Dah. Dah. Aku taknak dengar peribahasa, simpulan bahasa kau tu. Yang aku tahu. Kita jumpa kat kedai mamak sebelah kedai kek hujung jalan sana lepas isyak. Kau tak datang siap kau.”usai berkata, Darian berlalu keluar dari kedai Amsyar. Eh? Aku belum lagi cakap aku nak gi! …. Lantak kau lah.

************

Darian tutup pintu bilik tidurnya. Dia menghempaskan diri ke atas katil. Hari ni dia mintak mc dengan Mak Cik Kinah. Malas. Lagipun malam ni dia ada date.

Dia suka Bella ke? Of course… dia suka perempuan bertudung tu. Sebelum ni mana pernah dia ajak perempuan date. Biasa perempuan ajak dia date. But, untuk Bella… Dia sanggup. Lautan api pun sanggup dia redah. Dah parah penangan Bella ni.

Tapi dia tahu.. bukan setakat tahu tapi confirm.. Bella mesti tak suka dia. Bella mesti benci dia.. Yelah.. bukan nak buat ayat sadis ke ape.. tapi perempuan mana yang suka lelaki yang selalu kacau dia.

Darian bangun. Dia menghadap cermin meja solek berwarna hitam. Time for practice. Malam ni dia nak cakap kat Bella, yang.. dia suka Bella. Bella terima ke tak terima ke.. lain kira.

“Ehemmm.. ehemm..” Darian membetul-betulkan suara.

“Bella.. Sejak first time aku tengok kau. Aku rasa lain macam je.. Aku rasa berdebar-debar. Aku rasa...” Darian berhenti. Sejak bila dia jadi mat jiwang macam ni? Tak boleh jadi. Tak boleh jadi. Sekali lagi, Darian.

“Bella.. Walaupun kau tu tak ayu mana, muka pun takdelah cantik sangat, dalam hutan tu belambak muka macam kau ni. Kerja pun taklah tinggi mana.. perangai lagilah.. tak senonoh langsung.. Tapi aku nak cakap yang aku suka…”sekali lagi dia berhenti. Kalau cakap macam ni.. ada menangis anak dara orang. Tapi dia rasa.. kalau tengok perangai Bella yang ayu tak ayu tu, Bella tak menangis. Paling kurang pun mesti Bella simbah muka dia dengan air teh tarik.

Come on, Darian. Be yourself. Jadi diri kau cukup. Tak payah nak jadi mat jiwang.. tak payah nak buat- buat brutal. Kau ni nak confess. Serius sikit. Darian tarik nafas.

“Sebenarnya aku nak cakap mende ni dah lama.. Tapi aku segan. And tonight, aku rasa the best time untuk aku cakap. Sebenarnya Bella, aku dah lama suka kau. Sejak time aku tahan kau kat mall hari tu. Aku kacau kau.. aku sakat kau.. semua tu aku buat untuk dapatkan perhatian kau. Aku tahu, aku ni tak layak untuk kau. Aku bagi kau masa. Kau jangan risau. Kau tak suka aku sekarang pun takpe. Maybe, one day.. hati kau terbuka untuk aku.”

Perfect! Bravo.. bravo.. Dia yang melafazkan ayat ni pun rasa nak menangis. Puitis habis. Bella yang tak suka dia pun boleh jadi suka. Kena tulis ni. Nanti terlupa pulak. Pantas tangannya mencapai Iphone 3Gs di dalam poket seluar.

“Se..benarnya.. ak.. nk.. ckp..”satu-satu dia taip dalam phone. Saved to draft. Malam ni takdela tergagap-gagap.

Sekarang.. time for outfits. Pintu wardrobe dibuka. Sah memang angau!

************

Aku mundar-mandir di dalam kedai Amsyar. Jam di tangan dikerling beberapa kali. Dah pukul 9 dah ni. Azan isyak pun dah lama habis tadi. Aku pun baru je lepas sembahyang ni. Darian datang ke? Dia tunggu aku ke?

“Awat hang ni. Duk ke hulu ke hilir dari tadi. Cuba duduk elok-elok.” tegur Amsyar kurang senang.

“Takde apa. Er, Am.. Kawan aku ajak aku keluar makan.”

“Pergi jelah.”

“Tapi kawan aku tu lelaki.”Am mengalihkan pandangannya pada aku. Riak di mukanya berubah sedikit.

“Siapa?”

“Kawan aku... lah.”

“Kau nak pergi ke?”

“Aku kena gi ke, Am?”pertanyaannya aku abaikan.

“Kau dah janji ke dengan dia?”janji? Aku tak cakap apa-apa pun kan dengan Darian? Kira tak janji lah..

Aku geleng kepala.

“Ikut suka kau lah. Tapi kalau kau nak pergi.. hati-hati. Kawan kau tu lelaki.”nasihat Amsyar.

“Am, aku tak jadi nak pergi lah. Aku rasa.. dia tak datang kot. Sebab, aku tak janji apa-apa pun.”

“Ok. Kau taknak pergi sudah.”lagi aku suka. Amsyar menyambung di dalam hati.

**************

“Bye, Am, Fakhrul. Aku balik dulu.”aku melangkah keluar dari kedai Amsyar. Langkahku ku tuju menuju ke arah kereta. Mujur aku tak letak kereta kat basement parking. Kalau tak leceh nak pergi naik turun lif. Dah la malam-malam macam ni. Seram tu. Macam-macam boleh jadi. Tempat tu kan gelap.

Aku menekan kunci kereta Satria Neo berwarna oren. Setelah menghidupkan enjin kereta aku mengundurkan kereta perlahan-lahan. Aku melilaukan mata ke restoran mamak di tepi kedai kek. Mencari kelibat Darian. Mana tahu kot-kot dia tunggu aku lagi. Lelaki bertopi putih itu mencuri tumpuan. Dia tunggu aku lagi?? Ya Allah..

**************

“Lama dah ke kau tunggu aku?”aku tarik kerusi. Muka tak bersalah aku pamerkan. Ramai jugak orang dekat kedai mamak ni.

“Lambat gila kau datang. Kau tahu tak sekarang dah pukul berapa?.” Darian mengacau-ngacau air teh tarik. Hampir tiga biji gelas ada kat atas meja tu. Mesti lama gila dia tunggu aku. Sampai bergelas-gelas dah air dia minum.

“11 lebih.”aku menjawab selamba.

“Dah dekat 2 jam dah aku tunggu kau.”

“Aku tak janji apa-apa pun kat kau kan? Aku tak cakap pun yang aku nak datang.”

“Yelah.. Tapi.. tapi.. dah la. Kau gi order makanan.”Darian melambai-lambaikan tangannya memanggil pelayan.

“Mee goreng basah satu. Sirap limau satu. Kau nak apa, Darian? Kan aku belanja hari ni.”aku tanya Darian. Perkataan belanja aku tekankan. Biar pelayan lelaki tu dengar, yang aku kena belanja Darian. Biar Darian malu sikit.

“Nasi goreng ikan masin.”Darian tunduk. Lelaki berapron itu pandangnya sinis sebelum beredar.

Aku dengan Darian masing-masing senyap. Janggalnya.. Selain Amsyar, aku tak pernah makan dengan lelaki lain. Berdua-duaan macam ni. Tak tahu nak cakap apa..

“Ermm…”serentak aku dengan Darian bersuara. Kami saling berpandangan.

“Kau dulu.”again. Serentak lagi.

“Aku dulu cakap eh.”Darian membuat keputusan. Aku mengangguk.

Darian mengeluarkan telephone Iphone 3Gs nya. Aku hanya memerhati. Amboi.. kerja cleaner.. tapi phone mahal. Phone curi ke?? Ish.. jahatnya mulut aku ni.. Entah-entah dah bertahun dia kumpul duit nak beli Iphone. Mana tahu..

“Sebenarnya aku..”

“Makanan cik.”lelaki berapron yang tadi menghidangkan makanan kepada kami. Express nya. Mengalahkan servis restoran hotel 5 bintang. Padahal kedai mamak je..

Aku menghirup sirap limau sebelum mencapai sudu dan garpu.

“Bella.. sebenarnya aku..”ujar Darian. Aku mengangkat kepala.

“Ha? Apa dia?”

“Aku…” KLIK! Semua lampu Kalimantang yang ada di restoran mamak itu terpadam. Begitu juga dengan lampu-lampu jalan. Blackout! Aku dah la takut gelap. Darian yang seakan memahami aku, pantas menyalakan Iphonenya. Sedikit sebanyak menerangkan kedai yang gelap tu.

“Aiyoyo tauke. Tak bayar api ke?”seorang pelanggan lelaki bersuara kuat. Tadi, mereka syok-syok tengok Manchester United lawan Chelsea, kat tv. Alih-alih blackout. Mana tak bengang.

“Saya sudah bayar. Ini mesti problem kabel. Mahmud, pergi call TNB cepat. Tanya apa jadi.”laung seorang lelaki India muslim yang sedang memegang torchlight kepada pekerjanya.

Aku pulak static kat tempat duduk. Tak bergerak. Cepatlah ada balik.. cepatlah..

“Yo, tauke. Relaxlah. Sekali sekala kita makan dalam gelap macam ni. Best jugak.”kali ni aku terdengar suara lain pulak bercakap. Macam familiar je suara tu. Darian. Ye. Suara Darian. Apa maksud dia relaxlah? Dia tak tahu ke aku tengah terseksa ni? Nak makan pun takut-takut. Mana tahu tercekik tulang ikan ke.. Tulang ayam ke.. Entah-entah ada benda kat sebelah aku. Hantu ke.. toyol ke.. Mana nampak,

“Betul tu tauke.. Tak payah call. Kita makan je..”satu suara lagi menyokong. Sebelum disambut dengan suara yang lain. Diorang ni.. Ni semua Darian punya pasal.

“Okeylah.. Kalau macam tu.. Lagipun saya baik hari ni. Saya mahu kasi free..”Tauke restoran ini bersuara.

“Tauke nak kasi free makanan semua ni kat kitorang? Maksudnya, tak payah bayar la eh?”kali ni aku yang bertanya. Muka aku dah bercahaya. Kalau mamak ni kasi free, aku tak payah la bayar makanan Darian.

Pelanggan lain dah kecoh. Masing-masing muka dah ceria semacam.

“Saya tak habis cakap lagi. Saya kasi free….….lilin. Satu batang satu meja. Daud. Ambik lilin cepat.”

“La…”aku mengeluh kuat. Begitu juga dengan customer yang lain.

“Lilin, bang.”seorang pekerja meletakkan piring sebelum menitiskan air lilin dan menyalakan lilin di atas meja aku dengan Darian.


Darian senyap. Dia rasa bersyukur pulak ajak Bella keluar hari ni. Mula-mula plan makan kat kedai mamak je. Tapi sekarang dah jadi candle light dinner pulak dah. Kalau tak kerana blackout.. takkan adanya candle light dinner. Dan kalau takde orang yang nak sponsor lilin, takkan adanya candle light dinner. Terima kasih TNB. Terima kasih mamak..

“Apasal tak makan, Bella?”soal Darian pada aku. Macam mana aku nak makan Darian oi.. Kita ni dah jadi macam couple yang tengah date sambil makan candle light dinner pulak.

“Tak selera pulak.”aku jawab perlahan. Mak ai.. segannya.. Ni lagi segan dari tadi lagi. Rasa lain macam je. Walaupun suasana kat sini bising-bising, rasa macam romantic je. Erkk.

“Time dalam gelap nilah senang nak makan. Comot ke ape ke, takde orang nampak. Tak payah nak segan-segan.”balas Darian. Apasal aku dengar suara dia lembut semacam. Macam suara nak menggoda aku pun ada. Ke perasaan aku je?

“Err.. ok. Aku makan la ni.”aku menyuap mee goreng ke dalam mulut.

“Bella, aku nak cakap something..”Darian memandang wajah Bella yang dilihat samar-samar. Nilah time yang paling sesuai. Tempat pun dah romantic.

“Aku sebenarnya..”KLIK! Semua lampu terbuka semula.. Apasal cepat sangat ada!!! Darian menjerit geram.

5 comments:

  1. nice story...
    smbng cpt ckit...berjanggut tngu

    ReplyDelete
  2. hee,,bestnyerr..
    sian darian..
    sabaq ya..huhuhu

    cpt smbung ^__^

    ReplyDelete
  3. heee..
    darian. lawak.
    cool la cerita nie.
    berusaha utk smbg ye..
    :)

    ReplyDelete
  4. interesting citer nih..
    darian cool n lucu..
    hehe
    keep it up..

    ReplyDelete