Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Saturday, November 7, 2009

I Warn You!! (12)

Syafiq terpisat-pisat.Cahaya matahari yang menerobos masuk mengganggu tidurnya.Dia segera bangun menuju ke tandas.Bukan nak mandi..sekadar membasuh muka dan berkumur.Mandi tu karang-karang la..Kakinya laju menuruni anak tangga untuk menuju ke dapur.

“Baru bangun Angah?,”Shaliza menegur.Syafiq sekadar tersengih.Baru sedar dia menjadi tumpuan banyak mata yang sedang memandang.

“Abang kau ker tu?Handsome la…,” “Hot..,”

Shaliza mengukirkan senyuman.Bangga apabila abangnya dipuji demikian.

Di depan pintu dapur…Syafiq terserempak dengan seorang perempuan.Syafiq nak lalu kanan..perempuan tu pun nak ke kanan jugak.Syafiq ikut kiri..dia pun ke kiri jugak.Adeih..sakit hati betul.

“Aww..sakit lah kaki I!!!,”Syafiq mengangkat slipper.mak eih..kuatnya suara perempuan nie.Satu rumah boleh dengar.Derap kaki yang laju menghampiri dapur kedengaran.

“Kenapa Niel?.”laju Shaliza bertanya.

“Kaki I dah merah taw..abang you nie lah yang pijak,”jarinya menunjukkan ke arah Syafiq.

‘Kaki I dah merah taw’uwek.Gedik betul.Nak kata merah..tak ada lah pulak nampak merah.Perempuan nia aje yang lebih.Kenapalah adik aku boleh kawan dengan perempuan yang macam nie?

“Sorry ar..aku terpijak,”bukan ikhlas pun Syafiq minta maaf.Ye la..bukan salah dia..Perempuan tu yang gatal-gatal berjalan dengan berkaki ayam dalam rumah nie.Kaki aku nie suka aje pijak benda-benda yang tak bersarung.

“Tak sengaja you cakap?,”Niel menjengilkan mata.

“Ye lah..tak sengaja.Dah terpijak.Nak buat macam mana…,”Syafiq mula melangkah dari situ.

“Abang nak pergi mana tu?Tolong la ambil first aid dekat Niela nie…,”dia buat bodoh apabila mendengar kata-kata Shaliza.

“Abang!!Abang yang pijak kan?,”bosan betul.Syafiq mencapai fist aid yang berada di dalam almari yang berdekatan dengan tangga.

“Nah..,”dia menghulurkan kepada Shaliza.

“I nak abang you yang letakkan ubat dekat kaki I,”
“Ha??,”Shaliza dah mengaru-garu kepala. …

Syafiq mencemikkan muka.Lebih-lebih la pulak.Ingat aku nie apa?Hamba kau?Aku dah la tak mandi lagi nie…

“Malas ar…ada tangan kan?Buat sendiri…,”

*************

Perut dah la lapar…perempuan tu pulak buat hal..Syafiq merebahkan diri di atas katil.Mama entah pergi mana.Daddy pulak mesti la pergi kerja.Syahrein mesti pergi kolej dia punya..

Baru hari dia terasa bosan.Kalau aku asyik duduk terperap dekat dalam rumah nie memang boleh jadi gila.

Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.Syafiq tersenyum.

*************

Penampilannya cuma ringkas sekadar memakai t-shirt dn berseluar jeans.Syafiq menuruni naka tangga.Alahai..tak balik-balik lagi ker minah-minah nie semua?

Dia mencapai salah-satu kunci yang bergantungan di dinding.

“Angah nak pergi mana?,”

“Keluar..,”Syafiq menjawab seringkas yang boleh.

“Angah tahu ker jalan-jalan dekat KL nie?Nanti tak pasal-pasal sesat pulak,”Shaliza menyuarakan rasa bimbang.

“Tarak hal la…stakat KL,”Shaliza dah tak boleh nak kata apa bila Syafiq dah menghampiri motor BMW F 800 ST milik Syahrein.

Enjin motor itu dihidupkan.Lantak ar..peduli apa kalau Syahrein marah. Full-face helmet itu disarungkan ke kepala.

Motosikal kepunyaan Syahrein dibawa perlahan-lahan keluar daripada kawasan rumah.

************************

“Thanks Encik..,”aku menyambut huluran kunci Myvi daripada pekerja di situ yang dah banyak membantu aku untuk membeli kereta.

Akhirnya…boleh jugak aku bawak balik kereta nie.




“Kau ready Afa?,”aku mengerling sekilas ke arah Wafa Nadia,sepupu aku.

“Kau ni Nurul…mengada-ngada lah pulak.Bawak aje lah…,”Wafa menjeling.Aku tersenyum.Dia jeles la tu.Kami belajar kereta sama-sama…tapi aku yang dapat kereta dulu.Nak dapat kereta yang warna putih nie pun punyalah payah…aku kena pujuk abah lepastu kena janji macam-macam.

Aku menghidupkan enjin kereta.

“Kita nak pergi mana nie?Shopping?,”

“Kot ye pun balik la rumah kau dulu…cabut plastic dekat kerusi nie..Ramai orang pandang tau..,”

“Sorry..sorry..aku ter excited pulak,”aku menghalakan kereta ke jalan utama.

Traffic light warna merah la pulak.Ini yang aku tak suka nie.

“Smart ar dekat sebelah kau tu…,”aku menoleh ke sebelah motor di sebelah.Motor BMW.

“Hrm..smart ar jugak…,”

“Kalau mamat tu pakai jaket hitam mesti lagi smart…,”

“Kau cakap pasal apa nie?Motor ker pasal mamat tu?,”

“Pasal mamat tu la…buat apa cakap pasal motor dia..,”

“Aku dah agak dah…gatal betul sepupu aku nie…,”aku mencubit perlahan lengan Wafa.Wafa sekadar tersengih.

“Eh…dia angkat tangan dekat kita la…,”Wafa turut angkat tangan.

“Kau kenal ker dia?,”Wafa menggelengkan kepala.

Lampu hijau…aku masukkan gear.Kereta Myvi kepunyaanku aku lajukan.

“Kenapa motor tu ikut kita?,”aku bersuara bimbang.

“Dia memang nak lalu area sini kot,”

“Ye ker?,”aku membelok ke kanan…motosikal BMW tu pun ke kanan jugak.

Traffic light lagi……aku membrek kan kereta.
Berdentum bunyi kereta dihentam dari belakang.

“Kereta aku!!!!,”aku dah menjerit seperti orang yang kena histeria.

“Yang kau berhenti tengah-tengah jalan tu kenapa?,”suara Wafa ikut sama kuat.

“Kau tak nampak ker ngok?Traffic light kan??!,”aku bersuara bengang..

********************

Alamak…macam mana boleh terlanggar nie?Syafiq menelan air liur.Mampus aku lepas nie…itulah kau Syafiq..ikut kereta Nurul nie dekat-dekat sangat.Sekarang siapa susah?

“Weh brother…Buta ker?Tak ada kerja lain nak buat?,”my girl dah keluar daripada kereta.Huish..garang gila..

Syafiq cuma pandang..patut ker dia cakap something?

“TULI ker?.”amboi cik Nurul..lama tak jumpa mulut makin pedas ek..

“Hoi!!Kau dengar tak nie?,”okey…enough Syafiq..say something.

“Hye girl…,”dengan helmet yang masih di kepala Syafiq bersuara.Dia tak akan dapat cam aku punya.

“Ya Allah budak nie….Wafa!!!Kau mari sini kejap!!,”

“Apa dia Nurul?,”seorang perempuan keluar daripada kereta MyVi.

“Aku tengah hangin nie…,”

“Awak nie cute la…,”Wafa ikut sengih bila mendengar ayat yang keluar dari mamat di depannya.Ini ker yang buat kau hangin Nurul?

“Eh sedare…sedare paham tak yang sedare dah langgar kereta saya.Kereta baru saya..Sedare paham tak?!,”

Senyum Syafiq makin lebar..Rindunya aku..Lama tak dengar suara Nurul tengah marah.

“So?,”saja aje nak buat Nurul makin naik narah.

Pon!Pon!

Syafiq menoleh.Baru sedar sekarang nie dia berada di tengah-tengah jalan raya.

“Kenapa Encik?Ada masalah ker?,”seorang lelaki dalam lingkungan 30-an menurunkan tingkap kereta.

“Hal kecik aje bang...,”Lelaki itu mengangguk sebelum keretanya meluncur laju.

“Kecik apanya?Kereta saya dah kemik tahu tak?Saya tak kira..saya nak awak bayar ganti rugi..,”aish..macam mana nie?Aku mana la ada duit..Nasib baiklah BMW Syahrein nie steady aje...Cuma calar-calar sikit.

“Err..saya tak bawak duit la..macam nie lah..awak bagi nombor phone awak...nanti saya call balik,”alang-alang dah terlanggar kereta cik Nurul nie..apa salahnya kalau dia masuk jarum.

“Takpe..awak bagi nombor phone awak….,”eleh..kedekut!

“Takpe…lebih baik awak bagi saya.Senang sikit….saya janji nanti saya call awak,”

“Hish..awak lah bagi saya,”marah pulak…

“Awak lah yang bagi.....boleh?,”Syafiq separuh memujuk.

“Err..biar saya aje lah yang bagi...,”Wafa menyampuk sambil tersengih-sengih.

Syafiq tersenyum.

“Berapa nombor phone?,”Syafiq bertanya.Dah siap bawak kelaur handphone untuk simpan nombor.

“017-XXXXXXX….,”

“Wehh..tu nombor phone aku lah!!,”Wafa buat muka tak bersalah.

“Thanks...apa-apa hal nanti saya call awak...,”muka masam Nurul jadi sasaran Syafiq.

“Jom balik….,”Wafa menarik lengan Nurul.

“Eh...nanti jap..nombor awak berapa?,”

“Ingat tak sudi….,”

“Mana lah tahu awak nie penipu….bila ada nombor senang lah saya nak mintak hutang…,”

“014-XXXXXXX,”

Tak lama kemudian..handset Syafiq berdering.
“Okey..thanks...,”Syafiq menanti Myvi bergerak dari situ.Macam tak percaya aje…Yes2..Aku dapat nombor telefon Nurul!!!

******************************
Niela mengira-ngira jawapan soalan Matematik.Bila tak dapat..dia jadi geram…Kalkulator itu dilemparkan di sudut meja.

Syafiq..itu lah nama yang Shaliza beritahu dia…Kenapalah Syafiq tu handsome sangat?

Walaupun dia sebaya dengan Shaliza…baru Tingkatan 4…tapi cinta kan tak mengenal usia.Alah…beza dua tahun aje..

Handset Nokia kepunyaannya dicapai.Nombor Shaliza didail.

“Hello….,”

“Hah….You Niela..I ingat sape tadi..Ada ape?,”

“Boleh…boleh tak kalau I dinner dekat rumah you?,”kedengaran suara gelak yang kuat di hujung talian.

“Dekat rumah you tak ada makanan ker?,”Niela menggetap bibir.Shaliza nie...

“Malam nie I dinner dekat luar la....dengan kawan-kawan kita yang lain...I tak ada dekat rumah...,”

“Ohh...kalau macam tu tak apa la...bye,”Niela pantas meletak gagang telefon.Dia dengan Shaliza tak adalah rapat sangat.Selalu aje bergaduh.Shaliza tu la....selalu aje menyakitkan hati dia.Macam petang tadi...dia berkunjung ke rumah Shaliza tu pun sekadar mengekori teman yang lain.Tapi tak apa....sebab Syafiq...dia sanggup berpura-pura berkawan baik dengan Shaliza.

********************************
Syafiq menghentikan motosikal di garaj.Kelibat Syahrein yang tengah bersandar pada tiang tidak dihiraukan.

“Siapa benarkan kau guna motor aku?,”

“Motor kau ker?Alamak aku tak tahu lah pulak...,”muka Syahrein bertambah kelat.Syahrein bergerak menghampiri motosikal kepunyaannya.Ditelek sepintas lalu...Dahinya berkerut-kerut.

“Sejak bila motosikal aku ada calar nie?!!Nie mesti kau yang buat...,”

“Mana ada...masa aku bawak dekat rumah tadi pun dah ada...Jangan nak main tuduh-tuduh pulak,”
Lagu I’m yours berkumandang.Siapa pulak nie?Syafiq mengangkat telefon.

“Hello...Ya saya...Sekarang?Okey2...saya datang...dekat mana tu?Oooo...Okey bye...,”dia memandang Syahrein lama.

“Kau ada kredit card?,”

“Apesal pulak dengan kredit card aku?,”

“OOo…kau tak ada kredit card lah nie?Aku ingat kau ada...,”Syafiq tersenyum mengejek.

“Siapa kata tak ada?Nie apa?Aku ada tiga kredit card..,”Syahrein menayang-nayang kertas keras itu dihadapan Syafiq.

“Thanks eh...,”laju sahaja tangan Syafiq menyambar kredit card kepunyaan Syahrein.Tak banyak.Satu sahaja yang dirembatnya.

Motosikal milik Syafiq jadi arah tujunya.Syahrein tercengang-cengang.

“Nanti aku kasi balik....,”Syafiq membawa lari motosikal kepunyaan Syahrein.

“Woi!!!!,”

*********************
“Sepatutnya kita balik rumah....,”Wafa dah berjalan ke hulu ke hilir.

“Kau nak mati?Tahu dek abah aku nanti..masak aku…,”

“Tapi dah berjam-jam kita dekat workshop nie....kaki aku dah penat tahu tak?,”

“Tak lama lagi siap la tu....,”aku cuba untuk menyedapkan hati.Dah lama aku dengan Wafa keluar rumah untuk ambil kereta.Harap-harap abah tak call.

“Mana mamat BMW tu?Tak sampai-sampai lagi?,”aku bertanya risau.Kehadiran mamat tu pen ting.Manalah tahu kalau-kalau belanja baiki kemik kereta aku nie mahal.Aku manalah ada banyak duit.

“Kejap lagi sampai lah tu.....ha...tu dia,”Aku ikut pandang.

“Hye..sorry lambat...jalan jam,”Syafiq turun dari motor.Helmet tetap kemas di kepalanya..Bukan jalan jam sebenarnya.Dia yang tak jumpa cari jalan.Hampir-hampir aje sesat jalan.

“Takpe...asalkan awak datang...,”

“Miss Nurul...kereta you dah siap...ini bilnya...,”pekerja di situ menghulurkan resit.
Tanpa melihat jumlah yang tertera aku menyerahkan resit itu pada Wafa.Wafa pulak paskan resit tu pada mamat motor tu.Dah jadi macam game pulak.Main pas-pas.

“Hrmmmm..kredit cad boleh?,”Syafiq mengulurkan sekeping card kredit.Ada nada bangga dalam suaranya.




“Err..sorry Encik.Dekat sini kami tak pakai kredit card...,”pekerja tu dah serba-salah.

“Hah?,”

8 comments:

  1. yes..pencoret yg pertama..huhu....rindu nurul...abislah ko syafiq...w'shop tu xpakai kredit kad..hahaha

    ReplyDelete
  2. hahaha syafiq! adus................baru nak ek sikit dgn nurul tapi kantoi!!!!!!!!!!!!!!!! hehehee...nak lagi.......................

    ReplyDelete
  3. Salam..
    erm..nurul tu tak knal syafiq da ke?
    asal die wat donno jer...
    gewdik owh niela uh..

    ReplyDelete
  4. salam...korang memg pndai tarik org tuk bace CORETAN korg.tlg la smbung cpt2...tgh syok nie......

    ReplyDelete
  5. ahaha..mmpos la shafiq..!

    ReplyDelete
  6. haha..mmg klaka siOt !

    thumbs up 4 u writters..

    aQ ske gler citer niey

    ReplyDelete
  7. cepat la smbung.......plez....asyik mimpikan crite nie jer...tlog la..

    ReplyDelete
  8. best2. . .bila nak smbung ni. . .x sbar dh nk tgu. . .dh lm tgu nk bc smbungan cite ni . .

    ReplyDelete