Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Saturday, August 22, 2009

I Warn You!! (3)

Baru sahaja kakiku ingin melangkah ke dalam kelas..aku terdengar perbualan.Membuatkan aku berselindung di balik pintu..“Saya suka sangat dekat awak Syafiq.Suka sangat-sangat…,”budak perempuan yang aku kira Form 2 meluahkan perasaan.“Boleh awak jadi boyfriend saya?,”melihat senyuman yang terbit dari wajah Syafiq.Aku rasa aku tahu apa jawapannya.Ahh..perasaan apa nie?Tiba-tiba aku rasa sebak.Dan tanpa aku sedari air mataku mengalir turun.

“Lamanya kau cari dompet…Eh,kau buat apa dekat sini Nurul?Kau..kau nangis?,”Malisa bertanya kuat.Aku menekup muka.Kakiku pantas meninggalkan Malisa seorang diri.Tak guna betul..Aku menangis?Nie hingus pun rasa nak meleleh dah nie..

Aku menangis tersedu-sedan.Ohh..aku memang tak sangka yang aku mengis teruk macam nie.Sah!Aku dah tak betul.Disebabkan Mohd Syafiq Azriel..aku menangis.Kalaulah kawan-kawan aku tahu.Compirm kena gelak nie.

******

Besoknya..aku ke sekolah seperti biasa.Takkan aku nak ponteng sekolah pulak sebab hal yang tak berapa nak penting semalam tu kan?So..sebagai Ketua Pengawas yang berwibawa..aku kena lah pergi sekolah jugak.

Semua budak kelas aku pandang aku sambil sengih-sengih.Ahh..sudah.Ini yang aku tak sedap hati nie.Aku buat macam biasa.Meletakkan beg dikerusi sebelum duduk.

“Ada sad story semalam!!!KP menangis….,”budak lelaki yang datang paling awal ke sekolah bersuara kuat.Siapa lagi kalau bukan Syafiq.Aku menelan air liur.Apa yang dia nak cakap?Siap lah dia kalau dia cakap yang bukan-bukan.

“Jangan risau lah Nurul..takkan aku nak couple dengan budak tu.Aku kan dah ada kau,”Syafiq mengeyitkan mata.Rakan sekelas ku bersorak.

“Weih!!Cakap tu baik-baik sikit..I warn you.Jangan nak pandai-pandai reka cerita ek..,”wajahku masam mencuka.Geram.

Aku menoleh ke arah belakang.Muka Malisa aku tenung garang.

“Apa yang kau dah buat ha?,”

“Buat apa?Aku mana ada buat apa-apa?,”Malisa memandang kea rah lain.

Nah.Reaksi dia sendiri menunjukkan yang dia tu menipu.Saja nak uji aku.Takpe-takpe.

“Aku beritahu Daniel kau suka dia…,”aku mula mengugut Malisa..

Terbeliak biji mata Malisa mendengar kata-kataku..Dia memandang ke bawah.
“Aku cuma beritahu Syafiq apa yang aku rasa.Aku nampak kau menangis semalam..Aku tahu lah..kau suka Syfiq kan?”

“Dah..dah..malas aku nak layan kau,”aku kembali memandang hadapan.Buku dari bawah meja aku keluarkan.Berpura-pura membuka buku Add Math.

“Err..jangan lah beritahu Daniel.Nurul..Janganlah,”aku memuncungkan mulut.

“Tahu takut..,”sengaja aku meresahkan Malisa.Alah..aku bukan nak beritahu Daniel pun.Saja aje ugut Malisa.

Syafiq mengambil tempat di sebelahku. “Add math bukan untuk di baca..Kena buat latihan,”aku menjeling tajam.

“Kau kenapa?Nak cari pasal?,”

Syafiq ketawa.

“Nak tahu tak..jelingan kau tu menggoda aku..,”pertanyaan aku langsung tak dijawab.Sebaliknya dia mula melalut cakap apa-apa entah.

“Kau cute lah..comel pulak tu,”Huh.Ayat apa benda lak nieh.Sama aje aku rasa.Aku menekup telinga.

“Diam boleh tak?Aku tak boleh nak concenterate..,”aku memberi amaran.

“Mata kau lawa lah..Sexy…,”Syafiq cakap perlahan aje.Aku rasa cuma aku yang duduk dekat sebelah dia aje yang dengar.Rimas..rimas..

“Aku gam mulut kau…,”

Syafiq ketawa perlahan..“Wah..takutnya aku..”

“Pipi kau mulus lah…,”uwargh..boleh jadi gila aku duduk sini.

“Malisa..aku tukar tempat dengan kau,”aku bangun dari tempat duduk.

Malisa terpinga-pinga.“Hah..hah?Apa dia?,”

“Kita tukar tempat duduk,”aku mengulangi ayatku sekali lagi.

Malisa tidak banyak soal..Syafiq sekadar tersenyum.Loceng sekolah berbunyi.Kami memulakan sesi pembelajaran.

*****

Pagi-pagi memang mengantuk sikit.Nak-nak bila subjek Matematik.Tersengguk-sengguk aku dibuatnya.Jadi..aku makanlah gula-gula getah.Hilang lah sikit mengantuk aku.Haha.Buruknya perangai aku.Kalau cikgu Math tahu..mampus aku.Cikgu Math nie dah la garang.



Syafiq tertoleh-toleh ke belakang.Aku tahu dia pandang aku.Huhu.Macam perasan lah pulak.Tiba-tiba Syafiq mengangkat tangan.Dia bangun.Nak Tanya soalan kot.

“Teacher!!Ada orang makan..,”Oh..Tidaaaak!!!

8 comments:

  1. hahahahahahaha!!!!!siott jer syafiq 2..
    bes gler siot cter nie..gelak sakan r ak
    nie tgh mlm2 bte nie...ermm BES3!!!

    ``~farah97~``

    ReplyDelete
  2. haha,
    comel la syafiq tu.HAHA

    cepat-cepat sambung.

    :))

    ReplyDelete
  3. cptla.. bwat sambungan..
    ta sabar da..
    bes la cite ni...
    CEPAT CEPAT!!

    ReplyDelete
  4. cpt skit smbg ekh...
    best le citer ni...

    ReplyDelete
  5. gilergiler arr,,...bes arr story niyh...cepat arr sambong...ta sabau uhh...

    ReplyDelete
  6. best giller..
    buat cpt aaa..
    pghbsn dier..

    ReplyDelete
  7. hahaha... lawak tol shafik nie

    ReplyDelete