Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Friday, June 18, 2010

B.M.W (7)


“Apasal kau beria-ia sangat nak jadi hantu ni?”Farish cuba menyaingi langkah Darian yang jauh meninggalkannya.
“Aku nampak Bella tadi. Dia beratur kat rumah hantu.”Darian tersenyum-senyum.
“Bella? Makcik kau ke?”Darian ketuk kepala Farish.
“Ada pulak makcik aku. Bella lah.”ujar Darian sedikit marah. Bella yang bukan main muda dia cakap makcik aku? Memang nak kena betul si Farish ni.
“Yelah.. Siapa?”Farish menggosok-gosok kepalanya.
“Tu ha.. awek yang Darian ni jadi hero tadi. La.. yang dekat kereta langgar tu.”kali ni Oman menyampuk.
“Ooohh.. Cakaplah lain kali. Mana aku tahu. Tapi kau ada sedara kerja kat rumah hantu tu ke Darian?”Farish terus bertanya.
“Takde pulak. Kenapa? Kau ada ke?”Darian mengangkat kening pada Farish.
“Dah tu.. Yang kau cakap nak jadi hantu lah.. apa lah.. Macam mana? Kau ingat diorang boleh kasi kita jadi hantu suka suka macam tu ke?”Naqeeb yang lama menyepi sudah mula bersuara.
“Kalau ada duit, takde hal la bro.”Darian membuka pintu bilik belakang rumah hantu tersebut.
****************
“Kau nak jadi hantu ni sebab kau nak kacau perempuan tu je kan?”Naqeeb menyarung rambut palsu. Puas tadi mereka berempat memujuk Abang Mail, orang yang menjaga tempat ni. Berbuih jugak mulut ni. Duit pun dah beratus-ratus hulur. Mujur, abang tu kasi. Dengan syarat, Cuma sorang je yang boleh diorang usik. Tapi, kira baik jugak lah abang tu. Duit yang diorang hulur pun, abang tu tak ambik. Katanya, dia tak makan rasuah.
“Apa perempuan-perempuan? Nama dia Bella.”ujar Darian sedikit marah. Dia memakai costume ‘hantu tidak berkepala’ yang dijumpanya. Namanya rumah hantu kat fun-fair. Tapi props 100% lengkap.
“Iye.. Bella. Apasal kau suka sangat kacau dia?”kali ni Naqeeb memilih-milih tengkorak dan kain batik pula. Sejak masuk bilik ni, dia dah terbayang dah.. hantu apa yang dia akan jadi nanti. ‘Pontianak dengan bayi tengkorak’. Naqeeb senyum sendirian.
“Darian. Perempuan ni.. kalau kita selalu kacau dia.. Diorang jadi benci kat kita tau.”Oman yang sedang melilit Farish dengan pakaian pocong turut menyampuk.
“Betul tu. Aku sokong dengan Oman..”Farish terangguk-angguk dalam pakaian putihnya.
“Tu style aku mengorat dia. Lagipun kalau dia benci tu lah tanda sayang, kan?”ujar Darian perlahan.
“Kalau dah sangap tu..”Naqeeb geleng kepala.
“Woit. Slow-slow sikit ikat kepala aku tu“Farish menjerit marah.
“Padan muka kau. Sapa suruh gedik nak jadi pocong. Nanti, pocong kacau kau malam ni.. aku tak tahu. Jangan kau nak menempel tidur bilik aku, sudah. ”Oman membebel-bebel marah.
“Oman. Kau jadi hantu apa? Kau tak pakai costume apa-apa pun aku tengok.”Darian pandang Oman.
“Aku pakai topeng je. Malas aku beria. Lagipun nanti, aku taknak tunjukkan diri aku kat Bella tu.”Oman memandang topeng-topeng yang tergantung. Mana satu nak pilih ni..
“Darian. Nanti macam mana kita nak kacau Bella tu? Pelan rumah hantu tu pun aku tak tahu lagi.”Naqeeb berdiri di depan cermin. Membelek-belek solekan di mukanya.
“Sebelum Bella masuk, kita round-round dulu kawasan rumah hantu tu. Ikut suka koranglah nak jadi hantu macam mana pun. Weh, korang. Ada marker tak?”
“Nak buat apa?”soal Farish yang sedang menempek bedak di muka.
“Aku nak menconteng sikit..”
***********
“Bella, sorry. Aku tak sengaja. Kau jangan nangis.”Darian dah mula gelabah. Tak sangka yang Bella menangis sampai macam tu sekali. Takut sangat ke, dia?
“Bella..”kali ni Darian seru lagi nama Bella. Dia memicit-micit kepalanya. Pandangannya terasa semakin kabur. Kenapa ni.
“Bell…a” Mata tiba-tiba gelap. Darian rebah.
Aik? Kenapa hantu ni tiba-tiba jatuh ni? Aku mengesat air mata. Pengsan ke? “Eh. Eh. Hello..”aku bersuara. Tiada reaksi. Betul ke dia pengsan ni? Jangan-jangan saja nak buat gimik. Bila aku pergi kat dia nanti, mesti dia sedar.
“Saya keluar dulu.”aku dah berkira-kira nak bangun.
“Saya keluar ni. Keluar dulu. Saya tak datang balik dah.”aku masih terintai-intai akan hantu tadi. Kenapa tak bagi respon ni? Takkan pengsan kot.
“Keluar dulu.. Bye..”sengaja aku menguatkan suara. Tak boleh jadi. Aku menanggalkan sebelah dari kasutku. Badan lelaki itu aku acuh acuh dengan kasut. Masih tak bergerak. Sah. Pengsan. Nak buat apa ni. Aku pandang keliling. Takde orang pun.
“Sori ye hantu. Saya kena bukak topeng awak, biar udara masuk.”perlahan-lahan tanganku membuka topeng yang tersarung di kepala lelaki itu. Ni topeng jenis apa? Susah sangat nak bukak.
“Darian?”
*************
“Bella!”Darian menjerit kuat. Dia bangun dari sofa.
“Mana Bella?”Darian bertanya laju. Wajah Oman, Farish dan Naqeeb yang sedang menanggalkan costume masing-masing dipandang.
“Bella.. Bella. Woi! Sedar lah sikit. Bella kau tu dah lama balik. Dah nak dekat setengah jam dah kau pengsan.”Oman membuka mulut.
“Pengsan?”kali ni Darian merapati Oman.
“Aah pengsan. Kau ni.. buat malu kitorang je. Ada ke patut hantu boleh pengsan. Kalau orang pengsan tengok hantu tu lainlah. Ni tak, bila tengok Bella nangis kau pulak pengsan. Kelam kabut si Bella tu dibuatnya.” Naqeeb pula membebel.
“Habis dia tahu ke aku ni aku?”
“Confirm lah dia tahu. Dia yang bukak costume kau tu.”Farish bersuara.
“Dia marah aku ke?”
“Siapa tak marah. Nampak gayanya, kau kena lah prepare bunga ros banyak- banyak. Nak pujuk dia nanti.”Oman menyampuk. Darian sekadar diam.
“Bravo. Bravo. Cayalah korang. Abang sendiri seram dengan ‘hantu’ yang korang buat tu. Hingga menangis perempuan tadi.”Abang Mail masuk ke dalam bilik persiapan sambil menepuk-nepuk tangan.
“Kan kitorang dah cakap.. abang taknak percaya.”Farish yang sedang mencuci muka tersengih-sengih memandang Abang Mail.
“Tapi abang tak puas hati dengan korang. Mana ada hantu kat funfair bercakap. Semua hantu yang ada semuanya main sergah-sergah orang je. Yang korang ni.. Lebih dari cakap.. Siap kejar mengejar lagi.”
“Kitorang kan lain dari yang lain.”Naqeeb membangga diri.
“Apa-apalah. Lepas korang tanggal semua costume ni, simpan elok-elok. Lepas tu korang boleh balik.”Abang Mail berjalan keluar dari bilik itu.
“Serius syok habis jadi hantu ni. Lepas ni, aku nak suruh bapak aku bukak company macam ni pulak lah.”Farish masih lagi menyental mukanya yang ada sisa-sisa bedak itu.
“Mentang-mentang bapak kau kaya.. suka hati kau je ek. Tapi kau tak rasa kau over ke, Farish? Time kau cakap kenapa kenapa tu. Over gila. Aku pun tak tahan nak gelak.”Naqeeb dan Oman sama sama gelak.
“Kau pun sama lah Naqeeb. Over jugak aku tengok. Bayi tengkorak lah konon. Ibu sana ibu sini. Padahal kau tu lelaki. ”Farish memandang Naqeeb. Kita ni dua kali lima je Qeeb.
“Tapi at least kita taklah terlampau baik macam orang tu kan?”Naqeeb dan Farish sama-sama menjeling Oman. Bukan setakat baik je, dah tak rupa hantu langsung dah.
“Aku cuma kesiankan Bella tu je. Sebab aku tahu korang mesti usik dia kaw-kaw punya.”Oman mencari alasan. Dia mengalihkan pandangan ke arah Darian yang duduk di atas kerusi plastik.
“Darian, kau okay ke?”Oman tegur Darian yang senyap dari tadi. Langsung tak bersuara. Asyik termenung je.
“Bella..” Dah agak dah..
*************
Aku membetulkan tudung di cermin sisi kereta sementara menanti masuk ke dalam kawasan parking berbayar. Nak parking luar hari hari parking luar penuh. Jam di tangan dikerling. Pukul 9 pagi. Dah lambat 30 minit dah ni. Agak-agak Amsyar marah tak? Aku menurunkan cermin kereta. RM 5 aku hulur kepada penjaga kaunter itu . Kakiku dah sedia menekan pedal minyak tapi..
“Bang, saya dah bayar. Asal mende ni tak naik-naik lagi ni?”soalku pada lelaki tadi. Merujuk kepada palang besi yang tak terangkat-angkat dari tadi. Rosak ke?
“Bang.”lelaki penjaga kaunter itu tak menyahut. Tidur ke? Tadi elok je ambik duit RM5 aku.
“Bang.”tiba-tiba satu note putih dihulurkan melalui tingkap kaca kaunter. Ni apa note note ni? Surat cinta ke hape?
Tulis number phone awak.’ Nak nombor aku? Apa kes? Kenal tak, apa pun tak. Tak boleh jadi ni.
“Woi. Aku takde masa nak bergurau. Baik kau naikkan palang ni cepat. Kalau tak aku..”aku mengugut.
“Aku ape?”wajah Darian muncul di sebalik tingkap kaunter itu.
“Kau? Kau? Kau lagi? Asal asyik kau je yang aku jumpa? Hishh.. Takdek orang lain ke?”aku memandang Darian. Kaca mata hitam yang aku pakai dilurutkan.
“Yang kau bunyi macam tak suka jumpa aku tu kenapa?”Darian tak puas hati. Yelah, mana taknya. Nada suara Bella macam frust je jumpa dia.
“Habis takkan aku nak bersorak pulak bila jumpa kau. Kau stalk aku eh? Aku pergi mana-mana mesti kau ada. Dekat laksa shack, dekat funfair. Selalu muka kau je.”
“Mana ada. Kau jangan nak memandai fitnah aku.”Darian menafikan.
“Dah tu?”
“Aku kerjalah.”
“Berapa banyak kerja kau? Sekejap guard, sekejap cleaner. Sekarang parking boy pulak.”
“Ikut suka aku lah. Diri aku. Dari kau tu, asyik berkepit bawah ketiak Amsyar je.”
“Yang kau jeles tu kenapa?”
“Jeles buat apa? Buang masa aku.”
“Cakap pasal buang masa, baik kau naikkan palang besi ni cepat.”
“Kalau aku cakap aku taknak?”
“Aku report kau bos kau.”
“Macam aku takut..”
“Ishh, Darian! Cepatlah naikkan. Aku dah lambat ni. Nanti Amsyar marah aku pulak.”
“Amsyar marah? Lagi bagus. Sejam lagi baru aku naikkan.”Darian menopang dagunya menghadap aku.
“Kau nak apa ni?”
“Aku nak ni.”Note putih tadi ditunjukkan kepada aku. Nombor phone aku?
“Buat apa nak no aku?”
“Saja. Tambah koleksi contacts phone aku.”
“Aku serius ni. Apa rasional kau nak nombor aku.”
“Aku pun serius ni. Aku nak biar perhubungan kita konsisten.”Darian membalas sama skema dengan aku.
“Kita ada hubungan apa?”
“Er… Kawan?”jangan cakap kita bukan kawan, Bella. Menangis tak berlagu aku kat sini nanti.
“Kalau aku cakap aku taknak kasi?”
“Aku takkan naikkan palang ni.”
“Aku tak kisah.”
“Betul tak kisah?”Darian angkat kening.
“Kenapa?”Mata Darian melirik ke belakang keretaku. Aku juga turut berpaling ke belakang. Deretan kereta yang menanti giliran untuk memarkir kereta sedikit meresahkan aku.
“Darian.. cepatlah angkat. Nanti aku kena marah dengan diorang.”aku sedikit mendesak.
“Bagi dulu.”Darian menghulur tangan.
“Mana aci ugut-ugut.”
“Dah aku mintak cara yang paling sopan pun taknak bagi jugak. Terpaksalah ugut.”
“Kau memang suka cari pasal dengan orang.”
“Woi! Cepat-cepatlah bayar tu. Orang lain nak parking jugak!”kedengaran suara orang belakang kereta aku melaung marah.
“Baik kau kasi cepat. Aku tak tanggung kalau lelaki tu turun kereta, marah kau teruk-teruk.” ‘Tapi, don’t worry. Kalau dia marah kau, aku confirm backup punya.’ Sambung Darian di dalam hati.
“013-xxxxxxx.”aku menyebut satu persatu nombor aku.. Darian memanggil nombor tersebut. Telefon di dashboardku berbunyi.
“Bagus. Bagus.”Darian sengih lebar. Punat merah di sisinya ditekan. Palang besi terangkat.
“Jangan lupa save nombor aku tu.”aku melemparkan jelingan maut padanya. Jangan harap aku nak save.
**********
“Terima kasih, datang lagi.”aku melemparkan senyuman manis kepada pelanggan wanita yang baru beredar.
Handphone yang berbunyi di dalam poket bajuku diambil.
“Jom lunch. Aku belanja”
“Salah number.”
“Eh. Eh. Kejap. Bella! Ni aku lah.”
“Pakcik.. kan saya dah cakap, salah nombor tadi.”
“Bella…”
“Pakcik..”
“Bella, jom turun lunch. Aku jemput kat kedai Amsyar.”aku yang mendengar dah berkerut kening. Sejak bila aku declare aku baik dengan dia ni? Siap nak berjemput dekat kedai Amsyar.
“Busy. Bye.”butang merah ditekan. Tension ada mamat kurang faham bahasa ni.
“Bella, lunch. On me.”Amsyar menjerit kuat.
“Beres.”
***********
Tak boleh jadi. Tak boleh dimaafkan. Tadi bukan main sombong. Buat-buat salah nombor. Semata-mata taknak lunch dengan dia. Sekarang? Bukan main mesra dengan Amsyar. Tak boleh dibiarkan. Langkah dituju ke arah meja yang berkerusi empat sebaik Amsyar menghilangkan diri ke tandas.
Pinggan yang penuh terisi diletak di atas meja.
“Bang. Ada orang.”aku menegur sebaik melihat ada tangan meletakkan pinggan nasi di atas meja tempatku duduk.
“Sorry. Tapi saya tak nampak orang pun dekat kerusi ni.”Kerusi ditarik. Darian melabuhkan punggung. Patutlah tak reti bahasa sangat. Darian rupanya.
“Tu tempat Amsyar.”aku bernada keras.
“Aku tahu ni tempat Amsyar tu aku duduk tu.”Darian menadah tangan membaca doa debelum dia mencapai garpu dan sudu.
“Habis tu Amsyar nak duduk mana?”seleraku yang ingin makan mee basah terbantut seketika.
“Ada dua lagi tempat kosong, kan? Pandai-pandai dia lah duduk kat situ.”Nasi campur dimakan dengan penuh berselera.
“Kenapa tak kau je yang duduk situ?”aku memandangnya tajam. Tak malu betul. Datang-datang ambik tempat orang. Lepastu boleh pulak dia tolak mangkuk Mee Hailam dengan Air Jambu Amsyar ke tepi semata -mata nak duduk depan aku.
“Cik Bella, tak tahu ke waktu makan, mana boleh pindah tempat duduk. Orang tua-tua kata, nanti bertukar isteri.”Darian berhenti makan seketika. Wajah kelat Bella dijeling.
“Kalau kau tak pindah tempat duduk pun, entah-entah kau bertukar isteri jugak nanti. Muka player macam tu.”Aku merengus geram.
“Mulut jangan cabul sangat sayang oi. Nanti kau yang jadi isteri aku karang, tak ke sayu.”
“Aku? Jadi isteri kau? In your dream.”Aku menyambung semula makan.
“Patutlah. Ingatkan siapa lah yang muka tak tahu malu ambik tempat aku. Rupanya, kau Darian. No wonder.”ujar Amsyar tiba-tiba muncul.
“Kerusi ni ada tulis nama kau ke? Yang kau marah sangat aku duduk tu.”Darian dongak kepala pandang Amsyar. Langsung takde rasa bersalah.
Mangkuk Mee Hailam dengan Air Jambu Amsyar ambil dan dia duduk di kerusi kosong di sebelahku.
“Apasal kau duduk sebelah Bella nya? Tempat sebelah aku ni, kosong.”Darian tak puas hati atau dalam erti kata lain. Dia jeles.
“Kerusi ni ada tulis nama kau ke? Yang kau marah sangat aku duduk tu.”Amsyar memulang paku buah keras. Darian ketap bibir. Geram.
“Tapi baik kau duduk sebelah aku, kan? Dari duduk sebelah perempuan yang bukan muhrim kau.”Dush. Kena sebijik. Sampai aku sekali terasa. Aku menjarakkan sedikit kerusi.
“Yang kau jadi alim semacam apahal? Nak ceramah kat orang, tepuk dada sendiri dulu. Macam dia tak pernah buat pulak.”Amsyar dah mula berang.
“Aku dah kenyang.”Aku menolak pinggan mee basah ke hadapan. Sudu dan garfu ditelengkupkan. Dah dah la tu nak perang mulut pun.
“Kenapa tak makan sayur tu?”Darian bertanya bila melihat saki baki sayur sawi di dalam pinggan Bella.
“Dia tak suka sayur hijau.”Amsyar menjawab sebelum aku membuka mulut.
“Aku tanya kau ke?”
“Aku mewakili dia.”
“Yang kau ni siapa nak wakil dia menjawab pulak.”
“Yang kau ni siapa nak marah-marah? Dia tak marah pun aku jawab untuk dia.”
“Kau….”
“Asal? Nak tumbuk aku? Silakan. My pleasure.”Amsyar dah mula menayangkan pipinya pada Darian. Aku dah cuak. Jangan lah sampai bertumbuk-tumbuk. Yang Amsyar pun satu. Yang pergi layan angin Darian tu apasal. Biar lah dia sorang-sorang.
“Bella.”
“Apa?”laju aku menjawab.
“Tolong belikan aku air. Carrot susu. Make sure tak manis sangat tak tawar sangat.”5 ringgit diletak di sebelah pinggan mee basah aku.
“Kau ingat aku ni orang gaji kau? Pergi sendiri.”Aku meletakkan kembali duit 5 ringgit di sebelah pinggannya. Suka suki mak bapak dia je mengarah aku.
“Aku nak cakap dengan Amsyar sikit.”Nak cakap, cakap jelah. Ni yang kena menghalau aku pergi ni kenapa? “Hal lelaki.”terus aku terdiam. Lambat-lambat duit 5 ringgit diambil dan aku beredar meninggalkan meja.
“Aku nak cakap dengan kau pasal Bella.”datar suara Darian memulakan perbualan.

3 comments:

  1. lame tggu neh..hehehe..neway,,maceh 4 d new en3.. nk lgi.....

    ReplyDelete
  2. darian......darian...............ni dah kes teruk dah ni................

    ReplyDelete
  3. Ahhh...seriosss..ap larwh darian neyh..anyway..luph u darian..:))

    ReplyDelete