Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Sunday, August 23, 2009

Jaja Nombor



Hari ini,genap sebulan aku bekerja di kedai Top-up....Kesimpulannya..memang bosan..tak besh..Balik-balik buat benda yang sama.

“Nak berapa ringgit?”

“Celcom ker Maxis?”

Wuh…Tapi nie lah dunia pekerjaan..Kita akan ulang benda yang sama.Nasib baiklah aku kerja dekat sini sekejap aje.Minggu depan..aku dah tak ada dekat Kuantan..Balik kampung halaman aku la.

Kesunyian aku sewaktu bekerja diceriakan dengan kelibat mamat-mamat handsome yang datang nak top-up..tak pun diorang beli prepaid..Bikin hati wa cair.. Astaghfirullahalazim….ape la nak jadi dengan anak mak nie.Dalam bekerja sempat lagi jeling-jeling.Hehe

Aku meneruskan kerjaku seperti biasa..sehinggalah pada suatu hari.Mataku tidak melekap dari memandang seorang jejaka yang baru turun dari keretanya.BMW 3 series...Fulamak!Compirm orang kaya nie.Dia berjalan menuju ke arah kedai yang aku tengah jaga sekarang nie.Bila dia semakin hampir,aku segera menundukkan wajah.Ye lah..kalau aku renung dia macam nak telan nanti..Dia ‘chop’ aku gatal pulak.Kenalah jaga reputasi sikit.

“Maxis RM20,”ujar lelaki itu.Best la suara dier..

“Prepaid?,”aku bertanya sepatah.Wajahnya yang cerah aku pandang sekilas.

“Top-up..,”aku tersenyum meleret mendengarnya.Namun senyuman itu segera aku matikan setelah menyedari jejaka itu masih berada di hadapanku.

“Masuk nombor,”arahku pula sambil menghulurkan sebuah buku.

“0.17.9.X.X.X.X.X.X,”aku menyebut satu demi satu nombor.Lelaki berkenaan sekadar menganggukkan kepala.

Tidak lama kemudian,kedengaran lagu I Know Your Enemy berkumandang.

“Okey..thanks,”kemudian dia berlalu pergi.Yes!!Yes!Dapat nombor dia.Inilah untungnya bila kerja dekat kedai top-up.Nasib lah Pak Cik Duan dapat pekerja yang tak amanah macam aku..

Sedang aku mengelamun menanti pelanggan..telefonku berdering.

“Hello!Hah..Kau Syiela.Nie tak ada kerja lain lah nie..Mesti kau nak mintak nombor mamat-mamat handsome kan?,”tawaku meledak.Tahu sangat dengan perangai rakanku yang duduk senegeri dengan aku tu.Gediks nya bukan main.Sama lah macam aku.Kitorang nie 2x5 aje.Huhu.

“Pandai kau teka..aku baru break up dengan Kimi nie,tolong la Husna.Aku boring sangat nie.Kau ada nombor baru tak?”aku tersengih.

“Ada..ada..tapi mahal sikitlah..orang dia handsome taw.Kaya pulak tu.Tapi macam biasalah….RM 100 boleh?.,”

“Dari dulu..tak hilang-hilang lagi ek sikap mata duitan kau nie..Okey lah..duit no hal..tapi kau jangan pas nombor dia dekat orang lain pulak taw?Aku nak try tackle dia.,”

“Okey..Don’t worry la.Aku just simpan dia untuk kau.,”

“Kalau tak handsome siap kau!,”Syiela memberi amaran.

Aku menutup telefon.Inilah pekerjaan aku yang nombor dua.Jaja nombor.Dapat lah jugak duit lebih.Aku tersenyum.Makin bertambah la duit aku.Aku suka dengan duit.Senang cerita aku nieh memang gilakan duit.I like money..Bagi aku,duit itu penting.Beb,duit tu kan segala-galanya.Disebabkan otak aku nie..otak orang bisnes..sambil bekerja pun aku still boleh bekerja jugak.Sambil menyelam minum air.

******

Taufiq meramas kepala yang tidak gatal.Berserabut!Bilik Fauzan diterjah.Takde ketuk-ketuk lagi dah.

“Kau kena tolong aku bro..,”Fauzan yang sedang asyik dengan handphonenya sekadar menganggukkan kepala.

“Kau dengar tak nie???!,”suara Taufiq semakin tinggi.

“Yer..aku dengar.Tolong apa weh?,”wajah merah Taufiq dipandang.

“Hidup aku tak tenteram sekarang nie..Kau tahu tak?Pagi petang siang malam.Ada aje nombor yang aku tak kenal kacau.Telefon,..SMS..Serabut aku!!,”Taufiq meluahkan rasa yang terbuku di hati.Fauzan tersengih.Lihat rupa Taufiq sahaja dia tahu rakan karibnya itu memang benar-benar tertekan.

“Just off your phone la..apa susah?,”Taufiq mencemikkan bibir mendengarnya.

“Sebab aku tak boleh off handphone la susah.Payah la client aku nak call.Buah hati pengarang jantung aku pun mesti marah-marah.,”

Fauzan mengerling sekilas ke arah Taufiq.

“Hai..sejak bila kau ada makwe pulak neh?Setahu aku..kau nie payah sikit nak cair dengan perempuan..,”

Taufiq ketawa.

“My mom la…kau tahu lah mak aku..aku keluar kejap aje mesti call,takut sangat aku hilang,”

“Memang patut mak kau risau..nanti kau ulang lagi perangai lama.Cuba kau bayangkan…seminggu kau hilang tanpa dikesan.Alih-alih pergi bercuti dekat Pangkor.,”

“Argh..dah..dah..cerita lama jangan ungkit ek..,”Taufiq mencapai sebuah majalah di meja tulis Fauzan.

“Nie kau masuk rumah aku macam mana nie?,”

“Adik kau la bukak pintu..,nie nak cakap sikit,”

“Apa dia?,”Fauzan bertanya ingin tahu.

“Kau teman aku pergi Kuantan,”

“Ha??,”

******

Pukul 9.15 minit malam,Taufiq dan Fauzan akhirnya tiba di bandar Kuantan.Dari Pusat Bandar,Taufiq menghalakan keretanya ke Tanjung Lumpur.

“Ada banyak restoran lah..Jom makan.Aku lapar dah nie..,”Fauzan tersengih.

“Baru pukul berapa.Kejap lagi lah,”

“Kau nak pergi mana nie?Bukan rumah Uncle kau dekat Taman Buaya ker?,”Fuazan bertanya aneh.

“Aku nak pergi kedai top-up,”

“Buat apa?,”

“Aku nak cari perempuan tu.Ala yang Syiela cakap tu,”

Fauzan mengeluh.

“Kau percaya ker cakap si Syiela tu?Entah-entah dia tipu tak.Takkan dia nak bocorkan rahsia rakan subahat dia kot..,”

“Dia tengok kita pun takut semacam.Takkan nak tipu..,”

Fikiran Fauzan melayang jauh.Teringat pula pertemuan di R&R Genting Sempah tadi.Mereka berdua bertemu janji dengan Syiela.Orang yang sering mengganggu Taufiq di telefon.Kata Syiela,rakannya yang memberikan nombor Taufiq kepadanya.Syiela juga turut meminta maaf setelah dimarahi Tuafiq.Perempuan berambut perang itu turut berjanji bahawa dia tidak akan mengganggu Taufiq lagi.

******

Aku dan Nabila mengambil tempat kosong di restoran Ikan Bakar itu.Dekat rumah,Mak Long merangkap Mak Nabila dah masak.Tapi yelah kan,kami nie mengada sikit.Nak makan dekat restoran.Huhu.

“Kak Leha!!!,”aku memanggil kuat.

Nabila menyiku lenganku.

“Ramai orang tu..jaga perangai sikit.Buat malu aku jer.Pakai tudung.Perangai tak senonoh,”kena sound dengan my cousin lah pulak.

Aku sekadar tersengih.

Kak Leha menghampiri kami berdua.

“Yer intan payung..nak makan apa?,”kami memesan Nasi kosong,Lauk daging masak merah,sayur campur dan ikan bakar.Sikit aje kami pesan.Orang miskin lah katakan.

Kalau dah pergi restoran ikan bakar,memang tak sah kalau tak pesan ikan bakar.Sejak aku ikut Nabila bercuti di kampungnya,di sinilah tempat aku sering melepak malam-malam.Oleh itu,tidak hairanlah jika pemilik restoran nie sendiri dah kenal aku.Pelayan macam Kak Leha tu apatah lagi.Ikan bakar dekat restoran nie memang menyengat.Sedap giler..

“Besok kau dah balik K.L kan?,”Nabila bertanya tiba-tiba.

“Ha ah.Siang tadi last kerja dekat kedai Pak Duan..,”

“Rindulah aku bila kau tak ada nanti..,”Nabila membuat muka sedih.

Aku ketawa kuat mendengarnya.

“Eley..kau sebenarnya happy kan bila aku tak ada..Cakap aje lah..Lepas nie tak ada lah orang yang akan kacau pakwe kau lagi,”Nabila sudah tergelak.

“Well..taw tak per.Selama nieh aku bersabar aje time kau nak bermiang dengan Ardi,”aku mencemikkan bibir.

“Ardi tu tak pernah suka dekat kau.Kau aje yang syok sendiri,”sengaja aku mengusik Nabila.

“Biarlah...hati dan perasaan aku,”chewah..Jiwang lah pulak minah nie.Ardi tu rakan sekerja aku dekat kedai top-up.Nak dijadikan cerita,Nabila dah lama suka dekat mamat tu.

Tapi mamat tak pernah sedar.Kwang.kwang..Lembap betul mamat tu.Aku rasa Nabila nie dah buat habis baik dah.Siap hantar bekal untuk Ardi makan tengahari lagi.Aku pun apa lagi lah..join lah sekaki.Dah ada makanan depan mata..Siapa suruh Nabila balik rumah..malulah konon...

Telefon ku berbunyi tiba-tiba.Ada mesej masuk.

Husna,sorry...aku mintak maaf..

Syiela rupa-rupanya.Entah apa la yang dia merepek.Tak ada hutang..tiba-tiba mintak maaf.Aku try telefon nombor Syiela.Dia off handphone.

******

Taufiq memberhentikan keretanya.Kedai top-up kecil itu dituju.Tidak ada perempuan yang menjaga kaunter.Tetapi lelaki.

“Tumpang tanya...ada tak perempuan yang pakai tudung kerja dekat sini?,”

Wajah lelaki di hadapannya berkerut-kerut.

“Perempuan yang pakai tudung ramai yang kerja dekat sini,”

“Yang putih-putih tu..kening dia lebat,”Taufiq menerangkan.

“Yang lawa-lawa tu?,”lelaki berkenaan bertanya.Inginkan kepastian.

Lawa ker?Ergh..payah aku nak mengaku.Fauzan di sebelah sudah tersengih-sengih.

“Ha ah..yang lawa-lawa tu,”perlahan Taufiq menyebut.

Fauzan ketawa kuat.

“Oh my..I can’t believe this..Taufiq puji perempuan,”tawanya masih bersisa.

Taufiq memandang geram.Sumpah aku terajang kau kejap lagi.Dia tersenyum sambil memandang pekerja kedai top-up tu.

“Oh..Husna.Dia dah tak kerja dekat sini dah.Hari nie last..,”

Taufiq menggaru kepala yang tidak gatal.Macam mana nie?Dia memang nak bersemuka sangat-sangat dengan perempuan yang menjadi punca masalahnya itu.

“Tahu tak dia tinggal dekat mana?,”

Lelaki tersebut menggelengkan kepala.

“Sorry..tak boleh beritahu,”lelaki tersebut mula tidak mengendahkan kehadiran Taufiq dan Fauzan.

Mamat nie pehal?Taufiq tak nampak pun sebab apa mamat nie tak boleh beritahu dekat mana perempuan ‘lawa’ tu tinggal.Ini bukan syarikat besar.Nie kedai top-up aje.Dia mula geram.

“Kenapa pulak tak boleh beritahu?,”Taufiq bersuara sedikit keras.

“Sebab aku tak nak beritahu kau.Kau tu entah siapa-siapa.Datang aje nak tahu Husna tinggal dekat mana.,”

“Huh..Sibuklah kau nie..Alamat Husna tak ada kena mengena dengan kau..Cakap aje lah!Apa susah?,”wajah lelaki dihadapannya dipandang geram.

“Aku Ardi.Boyfriend dia...,”oh...boyfriend Husna konon..




“Kalau kau boyfriend dia..Aku Mohd Taufiq Bin Tan Sri Mohd Khalil.Tunang Husna,”Taufiq mula mereka-reka cerita.Syiela kata Husna tu tak ada boyfriend.Itu apa yang dijawab Syiela bila ditanya oleh Fauzan.Rakannya itu tiba-tiba berminat untuk mengambil tahu.

Wajah manusia yang bernama Ardi itu berubah.

“Tipu…,”sakitnya hati aku dengan mamat yang ada empat mata nie.

“Aku tak macam kau...untuk pengetahuan kau lah yerk..aku dari K.L.Aku dengan Husna nie dah bertunang sejak kecik lagi..jadi simpan saja lah perasaan kau tu.Takkan ke mana.Sedar lah sikit diri..kau tu orang kampung aje,”Taufiq tersenyum sinis.

Memang kejam bunyinya.Melalui reaksi Ardi yang tiba-tiba mengaku sebagai boyfriend Husna.Dia tahu.Jejaka itu menyimpan perasaan terhadap Husna.Wajah Ardi sendiri membuktikannya.Mungkin Husna juga menyimpan perasaan yang serupa.Kalau ya..bagus sangat-sangat.Nie lah balasan untuk kau Husna.Want to play with me?

“Tak kisah la apa yang kau nak kata.Aku tetap takkan beritahu kau.Aku tak nafikan..aku suka dekat dia.Tapi aku takkan biarkan orang yang perangai macam kau dekat dengan Husna,”

“Kau nie..kan!!!,”Fauzan segera menahan tangan Taufiq yang ringan sahaja ingin melayang ke muka Ardi.

“Dah la tu..kita balik lah,”Taufiq mengetap bibir.Dia akur dengan saranan Fauzan.

******

Kereta Taufiq meluncur laju meninggalkan kedai berkenaan.Dari Peramu,mereka kembali ke Tanjung Lumpur.

“Jom makan nak?,”ajak Fauzan sekali lagi.

“Leceh la kau nie.Macam perempuan,”nak tak nak.Taufiq memberhentikan kereta di bahu jalan.Dia turut berasa lapar.Mereka hanya berhenti makan di Genting Sempah.

Kedai Ikan Bakar menjadi pilihan.Orang kata kalau dah sampai ke Tanjung Lumpur tak sah kalau tak makan ikan bakar.

Restoran di berdekatan dengan simpang menjadi pilihan.Taufiq dan Fauzan mengambil tempat.

******

“Husna..Husna..cuba kau tengok tu..,”suapan aku terhenti apabila Nabila membisikkan sesuatu.

“Apa dia?,”

“Pstt..tu…ada dua orang mamat handsome lah…,”tangan Nabila menunjukkan ke satu arah.

“Uhuk-uhuk…,”tersedak-sedak aku.Macam kenal aje.Arghhhhh….mamat ‘BMW’.Apa dia buat dekat sini?Nie yang aku cuak nie.

“Kau nie pulak kenapa?Sampai tersedak-sedak?,”Nabila bertanya musykil.

“Er..tak ada apa lah..eh,kau dah siap makan kan?Jom balik..,”aku melambai tangan kepada Kak Leha.

******

“Perempuan tu pelik lah..,”Fauzan ketawa kecil.

“Perempuan mana?,”

Fauzan menunjukkan ke sebelah meja mereka.Dia turut tersengih.Memang pelik minah tu.Jalan tunduk aje.Kalau tunduk macam perempuan Melayu terakhir nie tahan jugak.Ini tak.Tunduk 90 darjah.Macam nenek salah urat aje aku tengok..Gelang silver di tangan perempuan itu membuatkan Taufiq teringatkan sesuatu.Macam kenal..Tapi dekat mana yer?

******

“Kau nie kenapa?Jalan pelik-pelik.Buat malu aku aje...,”rungut Nabila.

“Aku sakit pinggang lah!Langgar meja tadi…nie pun tak hilang lagi,”aku menggosok-gosok pinggang.Kami sudah tiba di motosikal milik Nabila yang diparking berdekatan dengan restoran.

Tawa Nabila meledak. “Itu lah kau..lain kali..pandang pakai mata,”aku merengus.Nabila nie memang.Bukan nak bersimpati.Digelaknya aku.Isk..isk..Tapi salah aku jugak.Nak cepat blah punya pasal.


******

Ya Allah...Taufiq menepuk dahi. “Cepat Zan!!Aku dah ingat.Tu Husna.Kita kena kejar dia...,”Taufiq segera angkat kaki.

“Habis tu?Makanan kita?Kan dah pesan dah tadi..,”

Taufiq mengeluarkan not RM50.Diselitkan di bawah buku menu.

******

Aku menoleh ke belakang.Rasa macam ada orang ikut aje?Siapa ek?Jangan ‘benda terbang’ sudah.

Bahu Nabila di hadapan ditepuk.Nabila yang bawak motosikal.Dia bonceng aje.

“Apa?,”Nabila bertanya kuat.Melawan bunyi bising jalan raya.

“Aku rasa ada orang ikut lah,”jawabku pula.Turut kuat.

“Hah?Kau biar betul?Ini yang aku seram nie...,”

Aku menoleh sekali lagi ke belakang.Aku yakin kereta di belakang mengekori kami.Macam kereta mahal aje.Mata kepunyaanku aku liarkan.Sah!Mamat BMW!

“Cepat Nabila!!Cepat!!Ada orang kejar!!!,”menggelabah Nabila aku buat.

Nabila melajukan motosikalnya.Apalah sangat kelajuan motosikal Honda lama jika nak dibandingkan dengan BMW.Macam langit dengan bumi.

Kereta BMW semakin hampir.Tak senang duduk aku dibuatnya.

“Masuk simpang belah kanan!!!,”aku memberi arahan.

“Kau gila??!!!Mana ada jalan ngok!!,”Nabila bersuara tension.

“Salah2!!!Belah kiri!!Cepat lah woi..,”Nabila membelokkan ke sebelah kiri.Motosikal bergerak laju.Belukar yang kami jumpa.

“Ini jalan mati!!,”rungut Nabila.Belum pun sempat Nabila memberhentikan motor..Dia hilang kawalan.Kami jatuh.

Debukkk....

“Ada lumpur!!!Kotor baju aku!!,”aku menekup mulut Nabila.Bising!Kereta BMW berkenaan berhenti berdekatan dengan tempat kami.Nasib baiklah kami terbabas ke dalam semak.Terlindung sikit.Dua orang lelaki keluar dari dalam kereta.

******

“Mana motor tadi Fiq??,”Fauzan bertanya aneh.

Taufiq menjungkitkan bahu.

“Entah..nie yang aku pelik nie.Tadi ada,..mesti ada dekat-dekat sini.Tadi aku nampak diorang masuk simpang nie..”

“Wehh!!!!Lemas aku!!!!,”

Taufiq dan Fauzan saling berpandangan.

“Err…aku tak dengar..aku rasa baik kita pergi cepat.Malam-malam tak baik duduk tepi hutan..”Fauzan mula bergerak meuju ke kereta.

“Nanti jap...,”Taufiq berjalan laju.Dia rasa dia tahu dari mana bunyi nie datang.

“Hah!!Sini pun kau!!,”mendengar suara kuat Taufiq.Fauzan turut menghampiri.

Aku bangun lambat-lambat.Baju aku dan Nabila sudah comot-comot.Ini Nabila punya pasal la..Bising!

“Kau Husna kan?,”aku mengangguk.

“Kau sedar tak apa yang kau dah buat?,”lelaki di hadapanku bersuara kuat.

“Tak..,”jejaka itu tersenyum sinis.

“Kau kacau hidup aku!!!!,”tersentak aku dibuatnya.Suaranya yang kuat menunjukkan bahawa dia benar-benar marah.

Aku mengeluh.

“Tak ada lah sampai kacau hidup kau.Aku just jaja nombor kau aje,”

“Memang lah!Tapi kau sedar tak perbuatan kau tu meyusahkan aku!Kau sedar tak?!Kau patut berterima kasih dekat aku.Kalau aku tak bersemuka dengan kau.Mungkin orang lain yang akan buat macam tu,”

Aku menundukkan wajah.First time dalam hidup aku seorang insan yang bergelar lelaki menengking aku.Papa tak pernah marah aku.

“Syiela cakap kau selalu jaja nombor orang..siap jual lagi.Macam mana kalau perbuatan kau tu merosakkan rumah tangga orang??!!Takkan kau tak pernah fikir.?Kau nie bodoh lah!!,”argh..aku tak tahan mendengarnya.

Air mata aku mengalir laju.Jiwa perempuan kan memang sensitif.Aku tak dapat elakkan diri daripada menangis.Betul..aku tak pernah fikir pasal tu semua.Bagi aku,asalkan duit masuk dalam poket aku,itu sudah cukup bagus.Kenapalah aku ak terfikir akan kemungkinan-kemungkinan ini?

“Sorry...,”aku berkata perlahan.Nabila buat-buat sibuk.Dia cuba untuk menghidupkan enjin motosikal.Tapi aku tahu,dia mengikuti perbualan kami.

“Itu aje yang kau boleh cakap?,”dia memandangku tajam.

Aku diam.Pelik.Aku tak mampu nak menjawabnya.Aku tahu dalam hal ini,aku yang bersalah.Sekarang aku faham maksud SMS daripada Syiela.

“Huh..Kau buat aku geram..Zan..jom balik!!!,”

Aku mengerling ke arah motor Honda kepunyaan Nabila.

“Motor kau rosak ker Nabila?…,”aku bertanya Nabila perlahan.

Lelaki yang aku kira Fiq itu menoleh.

“Kenapa??Nak duit??Nah!!Dasar minah kampung!,”not-not RM50 ringgit dilayangkan ke muka ku sebelum dia berlalu pergi..Lebih daripada 5 keping.Aku tercengang.Apa nie??Aku bukan cakap dengan dia....

“Entah pape mamat tu..,”aku memandang Nabila sambil tersenyum kelat..Nabila ikut tersenyum.Semasa aku kena bambu dengan si Fiq tu tadi..Nabila cuba untuk menghidupkan motor.Tiba-tiba aje tak hidup.Nak tak nak kami terpaksa menyorong motosikal untuk pulang.

*******

“Aku rasa perangai kau nie melampau lah!,”Fauzan meluahkan rasa marah.

“Melampau apa...??Memang patut aku buat dia macam tu..aku nie mangsa orang mata duitan macam dia.Tahu tak??,”

“Tak salah kalau maafkan orang Taufiq..Kau kena ingat.Kadang-kadang..kita tak dapat lari daripada buat kesilapan.Aku rasa masalah nie kecik aje.Cuma kau aje yang besarkan,”

Tindakan Taufiq yang berdiam diri membuatkan Fauzan malas untuk bercakap panjang lebar.

******

Dah dua bulan perkara tu berlaku.Kata-kata Fauzan sebelum ini ada benarnya..Tidak patut dia memarahi Husna.Sebabnya...setiap orang pernah membuat kesilapan.Tapi nak buat macam mana,dia memang panas baran sikit.

Terimbau pula kisah pertemuan antara dia dan Husna buat pertama kali.Masa tu..dia berada di Kuantan.Alang-alang berkunjung ke rumah Uncle..dia mengunjungi rakan-rakannya yang tinggal berdekatan.

Nak dijadikan cerita,on the way balik daripada rumah Zul,kredit dia habis.Malas nak gores-gores prepaid.Dia top-up..Lamunan Taufiq terganggu apabila telefon bimbitnya berdering.

*******

Taufiq memerhati sekeliling.Dia sekarang berada di Alamanda Putrajaya.Fauzan yang beria-ia ingin berjumpa.Entah apa yang bestfriendnya nak.

Tiba-tiba dia terpandang seseorang...


“Awak!!!,”perempuan itu berpaling.


******

Aku menahan geram..Dua tiga hari nie..ada 3 empat nombor yang aku tak kenal sering sahaja mengganggu aku.Bukan sahaja dekat handset..sampai siap telefon dekat rumah.

‘‘Husna!!!Ada orang telefon nie...,”mama memanggilku dari ruang tamu.Aku berjalan malas menuruni tangga.Gagang telefon aku angkat.

‘‘Hello..,”

‘‘Assalamualaikum....,”suara lelaki!

‘‘Waalaikummussalam...,saper nie?,”aku bertanya dingin.

Lelaki di hujung talian ketawa.Talian diputuskan.

Ini yang aku geram..Nak cakap sangat!!


Sampai sahaja di bilik tidur,1 mesej sedia menantiku.


‘Barangsiapa yang tiada sifat penyayang maka dia tidak akan disayangi’

Huh.Macam lah dia kenal aku sangat.Telefon bimbitku tiba-tiba berdering..Nombor yang sama.

“Assalamualaikum,,Saya Taufiq……,”aku terdiam.Taufiq?Fiq?

“Saya tahu saya melampau sangat hari tu..saya minta maaf,”aku masih diam.

“Please say something…awak..awak maafkan saya?,”

“Hal lama.Buat apa ungkit..,”aku ketawa.Hmph..malas la nak ingat kenangan yang tak berapa nak indah.Aku pun salah jugak sebenarnya..

“So..awak dah maafkan saya lah nie?Terima kasih..,”lagi sekali talian diputuskan.

Tok!Tok!

“Cik..ada orang nak jumpa,”orang gajiku memberitahu.Aku mencapai tudung.

Di pintu rumah, …

“Cik Hazamera Husna?,”

“Ya..saya,”

“Tolong tandatangan dekat sini,”aku akur.Pen bertukar tangan.

“Terima kasih..Ajim!Zack!Bawak masuk bunga tu…,”lelaki berpakaian Florist Style Shop bersuara.

Aku hanya memerhati tindakan mereka.Hampir beratus jambak bunga di bawa masuk..Aku rasa bunga-bunga nie menyemakkan aje..Buat serabut ruang tamu.Mama marah ke tak yek?

“Ada lagi?,”soalan nak menghalau sebenarnya.

“Ada…lagi satu..Jaja!!Bawak masuk,”Huhu.Pelik sungguh nama pekerja dia yang sorang nie.Dengan berpakaian kotak-kotak dan bertopi..dia menghampiriku.Tunduk aje budak nie…

“UU…Un…untu…kk…awa..awak..,”gagap rupanya.Tak sampai hati aku nak gelakkan dia.Aku mengukirkan senyuman.Kotak itu aku buka.

Cincin??

“Untuk awak Husna,” ‘Jaja’ memandangku.

“Fiq??,”dia mengangguk.

Aduh….mamat nie sengaja nak bikin hati wa cair…Romantik habis..Padahal,nak mintak maaf aje.

******

Aku percaya pertemuan itu di tangan tuhan.Dalam beberapa minggu lagi,aku dan Taufiq bakal mendirikan rumah tangga.Pelik tapi benar.Dalam beberapa bulan sahaja kami berkenalan,wujud satu perasaan yang aku tak tahu dari mana datangnya.Apa yang aku tahu.Aku sayangkan Taufiq.

Perangai aku dulu memang teruk sikit.Mata duitan..eventhough dah dilahirkan dalam keluarga yang berada.Pengalaman menimba pengalaman bekerja di kawasan kampung aku tak akan lupa sampai bila-bila.Aku kerja dekat Kuantan sebab Nabila yang ajak.Kebetulan kami masing-masing baru graduate.Tengah tunggu kerja.Rindunyer…Rindu dekat Nabila.Nabila beritahu aku,Ardi ada hati dekat aku.Terkejut aku.Haha.Tak sangka lah pulak.Aku tertanya-tanya jugak..Lawa sangat ker aku niee?Hehe.Nabila nak tutup buku lama.Dia kata buat apa nak pada orang yang tak sudi.Now..dia dah bertunang dengan Fauzan..Moga-moga mereka berbahagia.

Daripada Syiela,aku dapat tahu..dia yang pergi jaja nombor Taufiq dekat kawan-kawan dia yang lain.Dalam 4..lima orang jugaklah.Patutlah Taufiq marah sangat.Aku jaja nombor kat Syiela je okey!Syiela yang bersalah…Huhu.

Duit yang Syiela pernah kasi,aku pulangkan balik.Syiela jugak lah rupanya yang jaja nombor aku dekat Taufiq.Dia terserempak dengan Taufiq dekat Alamanda.Ini yang nak marah nie….Hehe.Terima kasih Syiela!!

14 comments:

  1. bez..nyer..
    citer nier..

    ReplyDelete
  2. woh
    best3
    sweeet gilers
    ekekekekekke

    ReplyDelete
  3. alolololo...
    comey nye kisah cinta diorg...
    kikiki...
    sweet2...

    ReplyDelete
  4. best la..
    sweet sgat..

    ReplyDelete
  5. rjin dowh mamat tu turun kuantan..

    papehal pun nice,sweet,n muahhhhhhhxxx

    terbaik lah...

    >>nbiCk<<

    ReplyDelete
  6. gud work..tema cinta yg mcm biase,tapi jln cter len..kreatif sgt!hope 2 c more from u!!thankz..

    ReplyDelete
  7. best lah sume cter2 kt blog niey,,
    hope trus scces,,

    ReplyDelete
  8. len drpd yg len!bgs r!!sggup tu trn kl ke kuantan semata nak jumpa husna.pelik tol!heh..

    Sufi (",)

    ReplyDelete
  9. mmg best sume cite dlm blog nie..wat novl mst laku..=)

    ReplyDelete
  10. aq ase crite ni x berape realistic...
    coz x logic... x kan la si taufiq uh runsing sgt no. dye kena kacau sampai turun kuantan pegi menyiasat..kalo aq block je no. atau tuka no. baru... tapi, kalo reader among of teenagers, maybe will loves this story..

    so, target reader korang mesti teenager an..?


    "mentega terbang"

    ReplyDelete
  11. pening sikit tp still best.
    ehehe.
    kreatif lah korang...!

    ReplyDelete