Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Friday, January 21, 2011

Dia Salihin 8

“Kenapa?Awak sakit?Tak sihat?,”suara Syazwi kedengaran risau.

“Tak tahu lah..tiba-tiba aje sakit kepala,”aku masih memegang kepala.


Handset Syazwi masih lagi berdering meminta diangkat.


“Aduh….sakitnya…,”aku mengaduh makin kuat.


Syazwi terkulat-kulat.Tidak tahu apa yang harus dia lakukan.Aku senyum di dalam hati.Aku disuruh agar berehat di sofa.


Syazwi melangkah keluar dari pejabat.


“Awak nak pergi mana?Jangan tinggal saya sorang-sorang dekat sini…,”dengan mata yang separuh terpejam aku melayangkan soalan.Dahiku berkerut-kerut.Orang tengah sakit kan?


Sekali sekala nak bermanja dengan Syazwi.Bukan selalu dapat tengok dia jaga aku.Merawat aku yang sedang sakit.


“Saya nak pergi ambil panadol dekat pantry.Sekejap lagi saya datang balik,”


Aku terangguk-angguk.Mata masih lagi terpejam.Lega.Ingatkan dia nak pergi mana.Harap dia tak tipu aku.


Tak sampai lima minit,Syazwi masuk kembali.Di tangannya ada segelas air dan sepapan panadol.


Aku kembali memegang kepala.


Dia menyuakan aku gelas dan panadol.Ingatkan nak tolong suap.Kalau dah nama Syazwi Salihin.Memang Syazwi juga lah.Perangai tak akan pernah berubah.Masih dingin dengan perempuan.Masih lagi memasang perisai agar tidak dapat ditembusi oleh insan yang bergelar wanita.Masih lagi mengekalkan jarak apabila bersahabat dengan seorang perempuan.


Nak dia tepuk-tepuk bahu aku sambil berkata, “Sumaiya…sabar lah ye.Sakit sikit aje tu…”


Nak suruh dia cakap macam tu?


Tak mungkin.Dalam mimpi boleh la kot….


Dia kan Syazwi.


Aku mengambil segala dua benda yang dihulurkan Syazwi.Syazwi meninggalkan aku sorang-sorang.Katanya kejap lagi dia datang balik.


Aku merenung panadol di tangan.Air di tangan aku teguk rakus.Rupanya memang penat jika bersandiwara.Panadol itu aku masukkan ke dalam handbag.



Aku kembali memicit-micit kepala.Risau juga kalau Syazwi tiba-tiba merempuh masuk.Lagi parah kalau dia tengok aku tengah duduk bersenang lenang.


Pintu bilik dikuak dari luar.


Syazwi muncul bersama dengan dua biji pinggan beserta dengan sudu dan garpu.Dahi aku makin berkerut.Dia nak buat apa pula dah?


“Jom makan…,”Syazwi meletakkan pinggan di atas meja kopi.Dia mengambil mangkuk tingkat yang elok terletak di atas mejanya.


Perasan juga dia?Aku ingat dia tak perasan.Aku bangun.Duduk dengan tegak.Bersedia untuk melantak.


“Macam mana?Dah rasa sihat sikit?,”Syazwi meletakkan nasi dan lauk ke atas pinggan di hadapanku.


Aku mengangguk.


“Hrm..dah tak berapa sakit..,”aku bercakap dengan nada yang perlahan.Tak berdaya dan lemah.


“Agaknya awak tak makan sarapan kot…,”dia duduk berhadapan denganku.


“Hrmm…ye lah kot,”aku tersengih.Bukan pagi tadi dah pergi breakfast dengan Alani?Siap habiskan sepinggan mee goreng.


Apa salahnya makan lagi?Rezeki jangan ditolak.Aku menyuapkan nasi ke dalam mulut.Kami masing-masing berdiam diri.Sun..fikir cepat.Idea2….Kau kan tengah nak mengorat Syazwi.


Aku pandang Syazwi.Dia sibuk menyuap nasi ke dalam mulut.Sambil menguyah,matanya tetap melekap ke dalam pinggan.Lapo sangat gamaknya….Aku yang cun melecun nie bukan dia nak pandang.


“Awak suka..,”aku belum habis cakap lagi Syazwi dah bangun.


“Awak nak air?Kejap ye.Saya pergi ambil..,”sekali lagi Syazwi Salihin keluar dari biliknya yang berhawa dingin ini.Aku rasa nak hentak kepala di atas meja.Betul ke dia nak ambil air?ke sengaja nak mengelak dari berborak dengan aku?


Aku memandang jam di tangan.Masa makan tengahari dah nak habis.Aku kembali menyuapkan makanan ke dalam mulut.Okeyla..not bad.Tak adalah teruk sangat pilihan Keylene.Kena dengan selera aku.


Nasi aku dah nak habis sepinggan.Rasa nak tercekik pun ada juga.Yang Syazwi nie hilang pergi mana?Kata nak ambil air?Dah sepuluh minit dia pergi ambil air.Lama betul…


Pintu diketuk dari luar.


“Nah.Air…,”dia menghulurkan kepadaku dua biji tin minuman.Syazwi rupanya.Ketuk bilik sendiri apa kes?


“Pilihla yang mana-mana.Saya tak tahu awak suka minum apa,”dia menyambung.


Nescefe?Milo?


Aku ambil air milo.


Syazwi mengukirkan senyuman sebelum duduk.


“Suka minum air milo?,”


“Saya tak kisah pun air apa.Semua saya minum.Cuma nescefe aje yang saya memang tak berkenan dari dulu.Kalau minum tu mesti malam nie payah nak tidur,”


Dia mengangguk tanda faham.


“Lauk-lauk nie awak masak sendiri ke?,”


“Hah?,”aku jadi blur.


“Lauk nie..masak sendiri?,”tangannya menunjukkan pada mangkuk tingkat di atas meja.


Oh..Ingatkan dia cakap pasal apa.


“Ye la..masak sendiri.Saya bukan nak berlagak apa.Tapi saya nie pandai masak.Semata-mata nak bawa benda nie..sampai berpeluh-peluh saya masak dari semalam,”ohh..sungguh melebih-lebih.Cakap aje lah yang kau yang masak.Tak perlu cakap sampai berpeluh-peluh.


Masak dari semalam?Melampau la tu.


Aku tersengih.Terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata,tanggunglah malu sendiri.


“Oh..okey,”Syazwi terangguk-angguk sambil tersenyum.


Wajahnya yang tenang.Sungguh menggamit kalbu.Senyuman dia?Lagilah.Malam nie mesti aku asyik teringatkan dia.Senyuman dia yang mempesonakan.


Aku turut senyum.Senyuman khas untuk Syazwi.


“Tapi kan…Perkhidmatan Mangkuk Tingkat Lara Enterprise?,”Syazwi menanggalkan pelekat di mangkuk tingkat yang bewarna pink itu sebelum menghulurkannya kepada aku.


Perkhidmatan Mangkuk Tingkat Lara Enterprise?Apa?Mangkuk Tingkat?Lara Enterprise pula tu?!Keylene!!!!!


*********************************


Aku membawa diri ke Palace Of The Golden Horses.Ingin melihat bagaimana kerja-kerja akhir pentas dihias.


Malam nie segala penat lelah aku akan terbayar.Segala rekaan aku akan membuka mata semua orang.


Kalau dulu aku hanya sekadar mereka pakaian dan menjualkannya secara online.Fayyad tu lah yang jadi model online aku.Sekarang aku mampu memperagakan segala rekaan aku di sini.Terima kasih Pak Su.


“Sun…,”Fayyad mendatangi aku.


Budak nie.Relaksnya dia…Sekarang bukan dia patut pergi berlatih ke?


“You buat apa dekat sini?Kenapa tak pergi studio?,”


Muka Fayyad masam.Dia mengambil kerusi sebelum duduk di sebelah aku.


“I tak suka lah pergi sana..Delion tak habis-habis nak menggatal dengan I.You tolong beritahu dia sikit.I kan dah ada you…,”


“You bagi tahu lah sendiri..kenapa I nya yang kena beritahu?,”aku tak suka betul menguruskan hal yang remeh temeh macam nie.


“Karang I cakap kita dah nak kahwin..you marah,”


“Memang I marah,”aku berkata dengan muka serius.Aku Cuma nak kahwin dengan Syazwi aje.


Fayyad mengangkat tangan.


“Okey..sorry…I ajak kawan baru I datang sini malam nie boleh?,”


“Siapa?,”aku memerhatikan pekerja-pekerja yang berkenaan menyusun atur bunga agar nampak lebih kemas.


“Syazwi…,”


Mataku mencerlung memandang Fayyad.


“Eh..tak payah…,”yang mengada-ngada nak ajak Syazwi tu buat apa?


“Apasal pula?Dia kawan I…you tahu kan?I mana ada ramai kawan dekat sini.Syazwi tu lah satu-satunya kawan I..,”


Bicara Fayyad mampu membuatkan aku jatuh simpati.Tapi sayang..kawan dia yang sorang tu bernama Syazwi.Fayyad mesti nak kenalkan aku pada Syazwi.


‘Syazwi..kenalkan.Sun.My girlfriend’


Aku tahu sangat perangai Fayyad.Kalau boleh dia nak bagitahu semua orang yang aku nie girlfriend dia.


Tak apa Sun.Sikit aje lagi.Lepas selesai pertunjukan fesyen nie.Putuskan hubungan dengan Fayyad.Kau dah tak perlukan dia lagi.Buat sementara nie..aku kena sorok hubungan aku dengan Fayyad dari pengetahuan Syazwi.


“You cakap Syazwi tu peguam.Peguam apa?,”


“Syariah..,”


“So..you rasa dia akan datang sini?,”


Fayyad menjungkitkan bahu.Tanda dia sendiri juga kurang pasti.


“Jadi…lebih elok kalau you tak payah ajak dia.Dia tak akan datang,”aku cuba untuk mempengaruhi Fayyad.


Fayyad diam tidak berkata apa-apa.


**********************************


Aku membelek-belek baju yang tergantung.Satu..dua…tiga…empat …lima…enam…tujuh..lapan…sembilan…sepuluh….sebelas…


Sebelas?Aku jadi gusar.Pertunjukan fesyen akan bermula tidak lama lagi.Model-model yang akan memeragakan pakaian aku sedang disolek.


Aku menahan Keylene yang kebetulan lalu di sebelah aku.


“Mana baju lagi satu?,”


“Yang mana satu?,”


“Suit.Yang warna plum tu…,”


Mulut Keylene herot berot.Cuba untuk mengingati suit yang aku tengah maksudkan.


“Oh..yang tu..rasanya petang tadi Fayyad ada pakai.Cuba you tanya dia,”Keylene meninggalkan aku.


Aku segera mengatur langkah ke arah Fayyad.Bilik persalinan aku terobos masuk.


“Mana suit yang warna plum tu?You ada pakai kan?,”


“Yang warna plum?Alah..I lupa nak bawak la.Ada dekat kondo.,”


Rahang aku jatuh.


“You bawak balik kondo?You nie kenapa?,”geram betul aku.Sesedap rasa aje Fayyad pergi usung suit yang warna plum tu balik rumah dia.


“I Cuma nak test aje.Macam mana rupa I bila pakai suit tu depan cermin,”


“Cermin yang berlambak dekat studio tu tak cukup?!,”suara aku makin tinggi.Model-model lelaki yang lain sudah mula tertoleh-toleh.Peduli hape aku?!


Fayyad diam.


“Sorry…,”


“Sorry?Hurgh.Dah.Mana kunci kondo you?,”


Fayyad menyeluk poket seluar sebelum menghulurkan segugus kunci kepadaku.Lekas sahaja tangan aku mencapai kunci kodominium milik Fayyad.


Aku melangkah ingin pergi.


“Tapi Sun…suit tu bukan ada dekat kondo I…,”Fayyad bersuara perlahan.


Aku berhenti melangkah.Muka Fayyad aku tenung.


“Habis tu dekat mana?,”aku memandang Fayyad tajam.Rasa marah masih belum hilang.


“Kondo Syazwi….,”Fayyad menjelaskan.Sedikit teragak-agak.


*******************************


Haish…memang sengaja nak cari penyakit Fayyad nie.Boleh pula dia pergi posing dengan suit plum tu dekat depan cermin.Kalau dalam kondo sendiri tahan juga.Ini dekat kondominium Syazwi.Tahulah Syazwi tu jiran dia.


Aku menekan butang lif.Terpaksa.Nak tak nak aku kena bersemuka dengan Syazwi.Patutnya aku suruh Fayyad pindah dari situ.Tapi nak ke dia?Dia kan dah dapat kawan baru.


Syazwi.Apa lah alasan yang aku nak bagi dekat Syazwi.Dia mesti ingat aku ada apa-apa dengan Fayyad.


High heel aku berhenti tepat di hadapan kondominium milik Syazwi.Nak ketuk ke tak?Tekan loceng?Tanganku terangkat.


Eh…lagi setengah jam pertunjukan fesyen aku akan mula.


Ting tong!


Loceng aku tekan.Aku menunggu.Menanti Syazwi Salihin keluar.Tak ada respon.Dia ke mana?Tidur?Syazwi tu bukan boleh percaya sangat.Mana tahu pukul 8.30 dia dah terbongkang tidur.Dia kan suka tidur.Itu apa yang aku tahu la.


Kali nie aku tekan loceng berkali-kali.


Ting Tong!Ting Tong!Ting Tong!Ting…


Aku baru sahaja hendak menekan loceng yang buat kesekian kalinya bila tiba-tiba wajah Syazwi terpampang di balik pintu.


Dia membuka pintu.Aku bersedia ingin masuk.


“Eh..jangan masuk..,”

1 comment:

  1. hehe..best2..emm kalau sun masuk nk amik baju tu mesti syazwi pelik kn? cz dia tak tau lg kan sun ade affair ngn Fayyad..hmm, next plz..

    ReplyDelete