Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Wednesday, January 26, 2011

Dia Salihin 9

Aku menjungkitkan kening.

“Tak elok perempuan masuk rumah lelaki malam-malam macam nie,”


Tak perlu dijelaskan.Aku tahu itu.Nak buat macam mana,aku tengah kejar masa nie.Kalau tak kejar masa pun memang kau nak masuk kan Sun?Tak apa.Masa masih panjang.Akan datang mungkin aku akan berjaya masuk dalam rumah Syazwi.Harap suatu hari nanti aku dapat tinggal dekat sini.


“Saya nak ambil barang…,”


“Barang apa?,”


“Suit…,”


“Suit?,”


“Warna plum.Fayyad punya,”aku menjelaskan tanpa sebarang riak.Aku pasti muka aku tiada langsung terpancar wajah kebahagiaan tatkala mulutku menuturkan nama Fayyad.


Ya…sangat pasti.


“Oh yang tu..tunggu jap.Saya pergi ambil,”Syazwi menghilang di balik pintu.Tak lama kemudian dia menghulurkan suit yang masih elok berbungkus kepadaku.


Aku senyum.Akhirnya…takut betul aku kalau suit nie hilang.Setiap rekaan ada pasangan masing-masing.Baju pengantin la katakan.Kalau suit yang warna plum nie tak ada.Memang tak lengkap peragaaan fesyen malam nie.


“Terima kasih…,”


“Sama-sama…,”

“Fayyad tu siapa??,”


Heh.Nak tahu juga?Aku ingat dia tak nak ambil tahu.Untuk makluman awak…Fayyad tu boyfriend saya.Tapi jangan risau..tak lama lagi saya akan putuskan hubungan dengan dia.Sayakan dah ada awak?.


Rancangan aku baru sahaja bermula.


“Fayyad?Oh….kawan sekerja.Kitorang kerja tempat yang sama,”habis sahaja berbicara.Aku berjalan laju untuk pergi.Langsung tidak memberi peluang kepada Syazwi untuk bertanya lebih-lebih.Bimbang mulut aku akan tersasul bercerita benda yang bukan-bukan.


Malu sebab Perkhidmatan Mangkuk Tingkat Lara Enterprise masih belum hilang.Ramai yang tak tahu..aku nie sebenarnya pemalu orangnya.


*******************************


Akhirnya….selesai juga pertunjukan fesyen aku hari ini.Terasa bangga bila aku dapat berdiri tengah-tengah di antara Fayyad dan Delion di akhir peragaan.


Fayyad memang nampak hebat dengan suit plum tu.Delion pula tampak menawan dengan gaun perkahwinan rekaanku.Rekaan utama malam nie.Mana tak meletup.



Mama sempat singgah menunjukkan muka.Sebenarnya mama ada mesyuarat.Wanita yang kuat berpersatuan.Macam itu lah.Aku tak terkejut kalau tiba-tiba mama cakap dengan aku dia nak bertanding pilihan raya.


Papa?Aku tak tahu.Batang hidung pun tak nampak.Masih sibuk dengan keluarga baru kot.Pak Su lah orang yang aku paling sayang sekali.Sebabnya mudah.Pak Su orang kuat di belakang fashion show ini.


Kalau tak sebab duit-duit yang pak Su hulurkan.Aku tak mungkin boleh adakan fashion show yang grand macam tadi.


“Hei!!!Thanks!Balik tidur awal sikit!,”aku mengangkat tangan pada Keylene yang sedang mengemaskan apa yang patut.


Keylene tersenyum.


“Kena tidur dah ke?Jom!,”dia menutup kotak sebelum menghampiri aku.


“Pergi mana?,”


“Celebrate!!Selamat Datang ke dunia peragaan Sunny!,”


Aku mencebik.


“I orang lama tau.Dah nak dekat dua tahun I terjun bidang nie..,”


“Baru apa …,”Keylene mengusik sambil ketawa.


Aku turut ketawa.Lengan Keylene aku paut.Kami bergerak keluar dari hotel menuju ke tempat parking kereta.


Sayangnya Alani dengan Arena tak dapat datang tengok pertunjukan fesyen aku.Mereka sibuk.Alani akauntan.Kerja dia sampai lewat malam.Arena pula?Entah.Aku tak dapat nak telefon dia.Handset dia off memanjang.


“Sun!Follow kereta I tau!Model kita semua dah tunggu dekat sana..,”


“Dekat mana tu?,”


“Rahsia….,”


****************************


Bunyi muzik membingitkan telinga aku.Dari jauh aku dan Keylene sudah dapat menangkap kelibat model-model kami.Antaranya Fayyad dan Delion.


Fayyad melambai-lambai.Memanggil aku agar duduk di sebelah dia.Memandangkan tak ada tempat kosong,aku duduk juga di sebelah Fayyad.


“Jom minum!!!,”tangan Keylene baru hendak menuangkan minuman keras ke dalam gelas aku.


“Sun tak minum…,”tangan Fayyad menahan.


“Tipu…,”Keylene mencemik.Tidak percaya.


“La..betul la.Serius.I tak minum,”ujarku pula sambil ketawa.Aku dan Fayyad berbalas senyuman.


“You pun sama Fayyad?,”Delion pula menyoal.


Fayyad mengangguk.Aku dan Fayyad sama-sama memesan coke.Keylene dan Delion rancak menari.Mereka umpama bunga di tengah kumbang-kumbang yang handsome.Dikelilingi model-model handsome..mana lah Keylene tak senyum sampai telinga.


“Jom..tak nak menari ke?,”Fayyad masih di sisi aku.


“Tak..I tak ada mood..,”aku menggeleng.Kepala tengah sibuk berfikir.Macam mana lah aku nak putuskan hubungan aku dengan Fayyad?


“Jangan marah kalau I join diorang,”Fayyad bangun.


“Go ahead…,”aku tak kisah kalau Fayyad nak terkinja-kinja di sana.Tak ada rasa jeles langsung.Ikut suka kau la Fayyad.Fayyad menangis tak kalau lepas nie aku cakap:


‘Sorry Fayyad.Kita dah tak ada jodoh…lupakan I.Cari orang lain’


Takpun…


‘Mama I dah jodohkan I dengan anak kawan dia.Kita tak boleh hidup bersama’


Aku menghalakan pandangan pada Fayyad,Keylene dan para model aku yang lain.Mereka nampak gembira.Segala masalah seolah lenyap begitu sahaja.Ya…segala penat lelah kami selama ini terbayar juga.


Fayyad menghampiri aku.Dia memegang kepala.


“Kenapa?,”aku bertanya risau.


“I rasa lain macam lah….,”dia kembali duduk di sebelah aku.


“Rasa apa?Rasa macam mana?,”mukaku berkerut-kerut cuba memahami apa yang ingin Fayyad sampaikan.


“I rasa ada orang letak something dalam minuman I,”


Aku pandang tak percaya.Siapa pula yang rajin nak letak something dalam minuman dia?


“Siapa?,”


“Entah…Delion kot..,”


Hais.Main ikut sedap mulut aje tuduh orang.Aku pandang Delion.Delion masih rancak menari.Aku kembali memandang Fayyad.Bila masa pula Delion letak something?Bukan dari tadi aku duduk tercongok dekat sini?


Atau masa aku dengan Keylene belum datang?Hish…lagi tak logik.Masa tu Fayyad masih belum pesan air lagi.


Fayyad dah tersengguk-sengguk menahan rasa mengantuk.


“I rasa bukan sebab Delion..you yang mengantuk tak?,”


Fayyad dah tak berbunyi.Dia dah tidur lena.Aku menggaru kepala yang tidak gatal.Masalah baru datang!Siapa nak bawa Fayyad balik?Nak suruh mak abah Fayyad terbang dari Switzerland ambil?Mengarut..


Aku membuat isyarat tangan pada Keylene.Bukan sahaja Keylene yang sedar,Delion pun ikut mengekori.Mereka berdua mendekati aku.


“Kenapa Sun?,”Keylene bertanya.


“Fayyad nie..tak sedar..tak ada orang nak hantar,”aku menjelaskan.Dari tadi aku cuba bangunkan Fayyad.Badan dia tak bergerak.Mata tu tak usah cakap.Langsung tak terbuka.


“I boleh hantar Fayyad balik,”Delion menawarkan diri.


Aku pandang Fayyad sebelum mataku kembali singgah pada Delion.Kalau Fayyad tahu Delion yang hantar dia balik.Memang dia tak akan tegur aku.Seminggu?Sebulan mungkin.Aku tak tahu kenapa Fayyad nie benci sangat dengan Delion.Benda buruk-buruk semua dia nak tuduh Delion.


Mereka sepadan.Nampak secocok di pentas peragaan.Realitinya?Macam anjing dengan kucing.Fayyad lah anjing tu..Garang bukan main.


“Hrmm..tak apa lah.Biar I yang hantar Fayyad balik.Keylene..tolong call pak Su I ya?Suruh dia bawa balik kereta I,”


Keylene mengangguk.Akur dengan arahan aku.


Aku meminta bantuan Keylene dan Delion memapah Fayyad ke kereta milik Fayyad.Kalau aku sorang memang tak terdaya nak angkat Fayyad.Model lelaki lain semua tak boleh diharap.Sibuk menari.Nak minta tolong susah.


Aku membawa kereta Fayyad meluncur laju di jalan raya.Teringat janji aku pada emak dan ayah Fayyad.Konon aku akan jaga Fayyad semasa Fayyad di Malaysia.Masa tu aku takut kalau ada pereka fesyen lain akan ambil Fayyad jadi model diorang.Fayyad kan berbakat.


Sanggup pula aku terima cinta Fayyad.Fayyad yang muda 3 tahun dari aku.Tu pun semata-mata tak nak dia lari pada pereka fesyen yang lain.Dah dia tangkap cintan dengan aku.Buat apa nak pening-peningkan kepala?Terima?Ke tak terima?Sun lain.Falsafah hidup aku masa tu.Kalau orang dah suka…terima aje lah dengan hati yang terbuka.


Aku menghentikan kereta di basement parking.Aku meletakkan kepala di atas stereng.Dah sampai pun.Sekarang macam mana?Sanggup ke aku papah Fayyad betul-betul dalam kondo dia?Patah bahu aku kalau aku buat macam tu.Fayyad tu berat dia 185 lbs..Tinggi dia pula 6’ 2’’.Aku nie tak usah cakap la..Berat aku cuma 45 kg.Aku memang tak daya.


Habis tu macam mana nie?Nak suruh siapa?Syazwi?Hanya pada dia sajalah aku rasa aku boleh minta tolong.Syazwi kan jiran Fayyad.Kalau minta tolong Syazwi,lagi lah dia ingat aku dengan Fayyad ada apa-apa..


Lagi-lagi Syazwi!Masuk hari nie dah kali ke berapa entah aku menatap muka Syazwi.Mula-mula secara sengaja.Perkidmatan Mangkuk Tingkat Lara Enterprise…siapa yang akan lupa?Sampai mati aku akan ingat nama syarikat tu.


Second…suit yang warna plum tu.Dah ditakdirkan aku kena minta suit dengan Syazwi.Tapi ye lah..aku tak tahu pula kalau yang sebenarnya Fayyad yang rancang semua nie.


Aku pandang Fayyad yang masih enak dibuai mimpi.


Third?Pilihan di tangan aku.Nak minta tolong Syazwi atau tidak?


Terpaksalah.Jodoh aku dengan Syazwi amat kuat.Sebab tu lah kitorang asyik berjumpa aje.Aku meraba seluar Fayyad.Menarik keluar handset kepunyaan dia.Wallpaper gambar aku.Gambar lama.Masa kitorang baru first time jumpa dekat taman bunga.


Aku tukarkan wallpaper tu pada gambar lain.Bahaya kalau Syazwi nampak.Boleh hancur hati dia.Dia kan suka dekat aku.


Aku mencari-cari nama Syazwi.


Yes.Jumpa.Sempat juga aku menyimpan nombor Syazwi ke dalam handset aku sendiri.Handset Fayyad masih di tangan.Aku mula mendail nombor Syazwi.


“Hello…,”


“Assalamualaikum…,”suara di sana macam baru bangun tidur.Jam dah pukul 2 pagi.Padanlah dia dah tidur.


“Waalaikummussalam..Sun nie…boleh turun dekat basement parking sekarang?,”aku bertanya ingin tahu.


“Dah pagi nie Maiya..ada apa?,”


“Turun sekarang…saya tunggu awak..,”aku menekan butang merah.Kalau duk bersoal jawab dengan Syazwi sampai ke siang hari lah aku duduk di sini.


Aku keluar dari kereta.Memeluk tubuh menanti kedatangan Syazwi.Dia datang ke?Tak sangka pula Syazwi akan turun.Aku ingat dia akan sambung tidur.Bukan dia suka tidur?


Aku melambaikan tangan pada Syazwi yang lengkap memakai sweater.


“So…ada apa yang boleh saya tolong?,”rambut Syazwi sedikit basah.Baru lepas basuh muka kot.Rasanya betul dah tu.Aku kan pandai meneka.


Aku menunjukkan ke dalam kereta.Syazwi membuka pintu kereta di sebelah pemandu.Dia menarik Fayyad keluar sebelum memapahnya.


“Kenapa dengan dia?,”


“Tidur..letih sangat kot.Saya cuba gerak.Tapi dia tak bangun-bangun..,”


Syazwi kelihatan sedikit payah untuk memapah Fayyad seorang diri.Aku menawarkan diri ingin menolong.Papah sorang-sorang memang la susah.Cuba kalau papah berdua.Senang sikit.


“Nak saya tolong?,”aku memang ikhlas ingin membantu.Tangan aku sudah hampir mendarat di bahu Fayyad.


“Tak.Tak perlu.Awak tak perlu sentuh dia…,”Syazwi melarang.Muka dia serius.Penat?Letih?Wajah tenang Syazwi hilang entah ke mana.

4 comments:

  1. waa, suke sgt knsyazwi..jeles kot tak bg sun pegang fayyad..hehe

    ReplyDelete
  2. mcm mana agaknya bila syazwi tahu about sun and fayyad???? tapi yg bagusnya,......Sun tak minum air setan tu..... still boleh dimaafkan!!!

    ReplyDelete
  3. best..sgt la xsabar nk tgu smbungannye..;)

    ReplyDelete