Pemilik.

My photo
Kuantan, Pahang, Malaysia
We are siblings.

Laporan semasa;

Assalamualaikum ,

Cerita untuk dijamah ;

[ Novel Bukan Ustaz 8 ]

Sorry kalau cerita tak memenuhi citarasa korang :)


by mady and yana.

Thursday, January 6, 2011

Dia Salihin 5


Aku menapak sambil menarik bagasi kepunyaanku.Berat.Nasib baik ada roda.Aku pun memang tak daya nak pikul beg nie.

Mataku mencari-cari seseorang.Mataku beberapa kali menilik foto yang diberikan oleh mama.Pak Su dah lama bermastautin di luar negara.Padan lah aku selaku anak saudaranya dah tak berapa nak kenal.

“Sumaiya!!,”

Lari.Lari..Siapa pula yang kejar aku nie?Aku pernah berkenalan dengan orang putih ker?Rambut perang.Muda pula tu.Handsome tu tak usah cakap la.Memang handsome.

“Sumaiya!!,”jejaka tu sempat menarik tangan aku.Aku rasa aku dah lari cukup laju.Tak sangka sempat pula dia mengejar.

“Rindu sangat dekat dia…,”dia cuba untuk memeluk aku.Aku menyepak kaki dia kuat.

Jejaka itu mengaduh.

“Apa nie Sumaiya?,”dia sedikit marah.

“Kau tu siapa?Aku tak kenal…,”aku bertanya garang.

“Sumaiya?Nie pak Su lah..,”dia menudingkan jari ke arah dirinya sendiri.

Aku mengeluarkan foto yang yang diberikan oleh mama.Membandingkan dengan rupa orang yang sedang berdiri di hadapan aku.Aku menggeleng-geleng.Jauh beza.Memang bukan orang yang sama.

Orang yang dalam gambar nie pakai cermin mata.Orang yang dekat depan aku sekarang nie mata dia warna biru.

Walaupun gambar nie dah berkedut seribu dan kusam warnanya.Aku masih lagi mampu membezakan antara orang yang pakai cermin mata dan yang tak pakai cermin mata.

Rambut pak Su aku nerd.Meleweh dan leper.Lelaki nie?Spike?Pak Su aku ke nie?

“Sumaiya…,”dia menghampiri.

“Eh…jangan dekat!!,”aku melarang.Risau.Baru aje menjejakkan kaki di bumi Switzerland aku dah kena kejar dengan lelaki yang entah siapa-siapa.Lawa sangat ke aku nie?

“Sumaiya…my sweetheart…,”

Aku tergamam.

“Pak Su?…,”aku bersuara perlahan.Kenyataan yang sukar untuk dipercayai.Siapa lagi yang suka tergedik-gedik panggil aku sweetheart kalau bukan paksu?Agaknya dulu pak su tak ada makwe.Aku yang masih kecil la yang menjadi mangsa. Sweetheart.Darling.Sayang.Ala bucuk-cucuk.Apa-apalah.

Tapi perkara tu la yang paling aku payah nak lupa pasal Pak Su.

*******************

Aku masuk ke dalam banglo kepunyaan pak Su yang tersergam indah.Wah!Terer juga pak Su.Mana dia dapat duit banyak-banyak?

Pak Su membantu aku mengangkat bagasi ke dalam sebuah bilik.

“Pak Su?,”

“Sumaiya rehat dulu lah ye..mesti penat kan?,”

Aku menoleh.

“Pak Su..Tak payah la panggil Sumaiya.Call me Sun,”

Pak Su ketawa.

“Sun..Hmm..okey.No problem.Sun pun jangan lah panggil pak Su.Rasa macam dah tua aje.I am not married yet,”

“Dah tu?Sun kena panggil apa?,”aku menggaru kepala yang tidak gatal.

“Fizi..,”Pak Su tersenyum lebar.Ceh.Tua tak sedar diri.Kalau dah tua tu mengaku aje lah.Nak juga bergaya remaja.

Nama tak dapat berbohong la Pak Su.Kedut-kedut di dahimu orang boleh nampak.

“Pak Su?Umur Pak Su berapa?,”aku bertanya ingin tahu.Okey.Aku mengaku.Pak Su nampak muda.

“Fizi….,”Pak Su membetulkan.

“Iye la..Fizi.Umur berapa?,”kalau mama dengar mesti aku dah kena marah.Sun..tolong jangan kurang ajar dengan orang yang lebih tua.Mesti itu yang mama duk nasihatkan.

Tapi Sun tak bersalah mama.Pak Su yang ajar.

“Fizi..umur berapa?,”

Pak Su ketawa kuat.

“31…well..tak payah panggil Fizi la..macam pelik aje..,”dia tersenyum meleret.

“Tahu tak apa…,”aku turut tersenyum.

*********************

Aku membaringkan diri di atas katil.Fikiran tiba-tiba melayang jauh ke Malaysia.Alina…Arena…Syazwi?

Oh..tak boleh jadi nie.

Aku keluar dari bilik.Telingaku menangkap bunyi televisyen.Pak Su tengah ralit menonton.

Aku mengambil tempat di sebelah Pak Su.Duduk di atas sofa.

“Kenapa?Tak boleh tidur?,”Pak Su bertanya.Matanya masih melekap di kaca televisyen.

“Saja..nak teman pak Su,”aku menjawab.

“Sekejap lagi kawan pak Su datang.Better Sun masuk bilik,”

Pak Su menoleh memandang ke arahku.Ayat macam nak menghalau aje.

“Kalau Sun tak nak?,”aku cuba untuk menduga pak Su.

Pak Su memandangku tajam.

Macam serius aje.

“Okey la.Sun masuk bilik,”aku mengatur langkah kembali ke dalam bilik.

Di dalam bilik,aku masih tidak dapat tidur.Telefon bimbitku tiba-tiba berdering.Aku mencapai handset.Mama.Aku tersenyum.

“Mama!!,”aku bersuara ceria.

“Macam mana duduk dengan Pak Su?Best?,”Mama bertanya ingin tahu.

“Best ma..rumah pak Su besar.Kereta pak Su kalau ma tengok.Fuh.Ferrari…,”

Mama ketawa.

“Habis tu?Tak nak balik sini dah?Nak duduk sana sampai bila-bila?,”Mama macam merajuk.

“Iye kot..,”aku ketawa.Sengaja ingin mengusik mama.

“Jangan nak mengada-ngada Sun.Lepas habis belajar,kamu kena balik sini..,”mama bersuara garang.

Takut pula bila aku dengar.

Selepas selesai acara sapa-menyapa dengan mama.Aku kembali melabuhkan diri atas katil.Aku nak tidur.Tapi mata tak mengantuk.Macam mana nie?

Keluar aje lah.Tapi pak Su kan dah cakap jangan keluar!Apa selama nie aku pernah dengar cakap orang?Aku segera buka pintu bilik.

Mataku terpana melihat cahaya yang bergemerlapan.Cahaya demi cahaya.Bunyi muzik yang bising membingitkan telinga aku.Satu lembaga tiba-tiba terpaku di hadapan aku.

“Who are you?What are you doing here?,”seorang jejaka berkulit cerah menegurku.

“Sun..,”aku menjawab sepatah.Kalau orang bertanya mestilah kena jawab.Ye tak?

“Fizi’s niece?,”dia bertanya.

Aku mengangguk.

“Whoa..such a beautiful young lady…,”

Bahu lelaki itu ditepuk.Muncul Pak Su.

“Tak payah la nak speaking.Sun kenalkan…Gordon.Kadazan.Malaysia..Gordon.. Sun,”

Aku dan Gordon berbalas senyum.Aku mula kenal party.Aku jadi kenal kawan-kawan Pak Su.Gordon,Rex,Chua dan ramai lagi.Ma..jangan salahkan Sun.Pak Su yang ajar.

************************

4 years later…

Lepas bertahun di negara asing..akhirnya aku jejak juga Malaysia.Kalau ikutkan rasa hati.Ingin sahaja aku tinggal di sana.Aku benar-benar jatuh cinta dengan Switzerland.Jatuh cinta dengan lelaki dekat sana?Mungkin ya mungkin juga tidak.

Aku pandang sekeliling.Pak Su balik seminggu awal sebelum aku.Pak Su cakap dia rindukan Malaysia.Rindu?Malaysia?Aku bukan nak jadi warganegara yang berpaling tadah pada negara.Tapi kalau boleh aku tak nak jejakkan kaki aku di sini.

Aku ingin lupakan seseorang.Seseorang yang aku payah nak lupa.

Kereta Ferrari milik Pak Su berhenti di hadapanku.

“Welcome home…,”

Aku tersenyum.

Aku menerobos masuk ke dalam kereta.

“Letih?,”

“Pak Su rasa?,”

“Jom…ikut pak Su..,”

“Pergi mana?,”

“Jumpa kawan pak Su…,”

******************************

Jumpa kawan?What the?Cakap aje lah Pak Su nak pergi meeting.Jumpa kawan konon.Aku menghirup air minuman dengan perasaan sebal.Geram.

Aku duduk sensorang di bahagian luar good court.

“Hye…boleh kenal?Sorang aje?,”

“Duduk lah…,”aku pula yang terlebih ramah.

Lelaki yang memakai baju kemeja berbelang-belang tu duduk di hadapanku.

“Tengah tunggu siapa?,”

“Tak ada.I tengah tunggu uncle I…Lambat pula,”aku memasamkan muka.Aku tak tipu.Memang betul aku tengah tunggu pak Su aku.

“Ooh..,”

Diam.Kalau nak duduk termenung pergi main jauh-jauh la.Menyemak aje aku tengok.Dia pandang aku lama.Dah jatuh hati pada saya?Okey.

“Berapa nombor telefon awak?,”aku bertanya sambil tersenyum.

“Ha?Oh..013XXXXXXX.Call lah ye?,”dia bergerak ingin berlalu dari situ.

Aku mengangguk sambil tersenyum.Agaknya.Tengoklah macam mana.Kalau aku free aku call.

Telefon aku berdering.Gordon.

“Hye sayang….,”

“You tengah buat apa?,”

“I tengah tunggu Pak Su nie.Dia tengah meeting dengan klien,”

“Kenapa I rasa you tengah curang aje ye?,”

Aku ketawa.

“Hei…I nie setia tau!,”

“Really?,”

“Yes..darling…eh pak Su dah datang nie.Nanti I call you ye..,”aku memutuskan panggilan.

Pak Su datang?Kau nie lawak la Sun.Call waiting..Siapa ya?

“Hello..hye..,”aku memulakan perbualan.

“Oh..you…Farhan?Apa?Tak kenal you?No way…you kan duduk dekat sebelah I dalam flight…,”aku tersenyum meleret.

*************************

“Sun ke nie?,”mama pandang tak percaya.

“Ye ma…nie Sun.Anak mama,”aku berkata bosan.

“Sun??Kenapa warna rambut?Lain betul mama tengok..,”mama berkata-kata sambil matanya menjeling ke arah pak Su.Pak Su sekadar tunduk memandang lantai.

Sebelah malamnya pula kami bersama-sama makan malam.

“Sun dah dapat kerja?,”papa menyoal aku dengan satu soalan.

“Sun kerja sendiri papa…,”aku mengukirkan senyuman.

“Fizi tolong Sun buat pertunjukan fesyen.Abang Johar jangan risau,”Pak Su menyampuk.Papa terangguk-angguk.

Masing-masing meneruskan suapan tanpa berbicara apa-apa.Mama sedari tadi hanya berdiam diri.Memang itulah perangai mama.Mama jarang bersuara bila papa ada.

Aduh hati…aku benci suasana ini.Tapi ini lah hakikatnya.Aku dah lama tahu.Suasana bahagia dan gembira dah lama hilang dari hidup aku.Aku masih ingat lagi.Masa tu aku berumur 8 tahun.Baru darjah dua.Balik aje dari sekolah…aku lihat mama menangis.Mama cakap dengan aku…papa dah kahwin lain.

Sejak hari tu…mama dan papa dah tak macam dulu.Masih suami isteri tapi masing-masing buat hal sendiri.

****************************

Aku termenung di tepi tingkap.Gordon?Farhan?Siapa lagi ya?Handset aku berbunyi minta diangkat.Sekarang Fayyad?


Aku tidak mempedulikannya.Sun…kau memang hebat. Bitch? No. I am not. Never. Player? That’s me.

1 comment:

  1. woahhh. playgirl huh? HA-HA-HA-HA nice story babe,keep it up :DDD

    ReplyDelete